::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

04 March 2009

Cinta untuk Ain

Cinta Untuk Ain
-Is-
Masuk kali ni dah dekat 5 kali mak bawak budak ni balik rumah. Kadang-kadang tu ada juga mak dok puji-puji dia depan aku. Pandai masaklah, pandai jahitlah, baik, pelajaran ada, agama kuat. Hrm. Memang aku tak nafikan budak ni ok. Kat rumah aku pun dua puluh empat jam bertudung. Muka pun manis bila senyum tapi mak, anak mak ni tak terpikat lagilah dengan dia.

***
-Ain-
Hujung minggu ni, mak angkatku merangkap bos aku di pejabat mengajak aku datang ke rumahnya. Mulanya aku menolak juga. Tapi bila dah dua-tiga kali mengajak, aku pun tak boleh nak menolak. Aku segan juga datang kat rumah dia. Lagi-lagi bila ada anak lelaki dia yang nombor dua tu. Tak selesa aku. Yang aku pelik, katanya kerja di Melaka, tapi bila aku datang rumah dia, mesti dia ada. Entah apalah yang dia fikir fasal aku.
***
-Is-
Hujung minggu tu aku balik ke rumah. Nasib baik mak tak ajak anak angkat dia tu tidur kat rumah hujung minggu ni. Aku pun tak beritahu mak yang aku balik rumah minggu ni. Menjadi juga taktik aku. Malam tu selepas makan malam, aku ambil angin di laman rumah. Tengah syok-syok layan perasaan, aku tersentak apabila mak duduk di kerusi di sebelah aku.
“Is,” panggil mak perlahan. Aku memusingkan badan menghadap mak.
“Ada apa mak?” soalku.
“Mak berkenan betul dekat Ain tu. Kamu rasa macam mana?”
Aku terdiam. Ah, sudah! Apa yang mak tengah fikir ni? “Ok je Is tengok. Kenapa? Mak berkenan sebab nak cari calon untuk abah ke?” Aku tergelak.
Mak membulatkan mata. “Ada pulak! Mak ingatkan, mak nak jumpa mama dengan papa dia. Abah pun mak dah tanya, dia setuju je.”
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Mak... mak... “Mak, Is tak nak mak lain. Is dah ada mak. Cukuplah.” Sengaja aku buat-buat tak faham.
“Isy kamu ni. Bila masa mak nak bertanyakan dia untuk abah kamu. Mak nak risikkan dia untuk kamu.”
Aku terdiam. Untuk aku? Alamak... Parah-parah. Aku belum nak kahwin lagilah mak.
“Diam je? Boleh tak? Kamu pun takde kawan lagi kan?” soal mak bertubi-tubi.
Aku menarik nafas panjang. “Suka hati maklah...” kataku perlahan. Kadang-kadang pilihan orang tua pun ok juga kan? Walaupun aku tak pernah ada perasaan kat Ain tu. Ok je la...
Mak tersenyum. Senang hati agaknya aku ikutkan katanya. “Kalau macam tu, hujung minngu ni mak dengan abah pergi Mersing. Jumpa mama dengan papa Ain. Kalau diorang setuju, hujung bulan ni bertunang, bulan depan menikah.”
Tak sempat aku membuka mulut mak dah bangun masuk ke dalam rumah. “Mak nak beritahu abah,” ujarnya sambil tersenyum. Suka hati maklah...
***
-Ain-
Handset aku di atas meja berbunyi. Aku melangkah ke meja. Mama? Kenapa tiba-tiba telefon aku malam-malam ni? Rasanya pagi tadi aku dah telefon rumah.
“Assalamualaikum, mama. Kenapa?” soalku sebaik sahaja aku menekan butang hijau.
“Wa’alaikumsalam. Ain. Kamu tengah buat apa?” Eh? Aku tanya mama tak jawab, aku pulak kena soal.
“Tak buat apa pun mama. Kenapa?”
“Kejap. Papa kamu nak bercakap dengan kamu.” Talian senyap sekejap. Tak lama kemudian, satu suara memanggil namaku.
“Ya papa,” sahutku.
“Ain, papa ada benda sikit nak cakap dengan kamu. Kamu dengar ya....” papa meneruskan ceritanya. Kisah tentang mak angkatku yang bertandang ke rumah membawa hajat. Tenang aku mendengarkan cerita papa.
“Ikut suka papalah. Ain ikut je. Kalau papa rasa ok, Ain setuju.” Aku memberikan kata putus.
“Kiranya kamu tak kisah ye? Kalau macam tu, kira jadi ya Ain?” suara papa sedikit ceria. Eh... eh, macam dia pulak nak kahwin. Aku tersenyum.
“Ya papa.”
“Kalau macam tu, hujung bulan ni bertunang, bulan depan menikah,” kata papa lagi.
Hah? Cepatnya. Sempat ke nak siapkan semua? “Cepatnya papa? Tak haru-biru ke nanti?”
Aku terdengar papa ketawa. “Insya-Allah ok. Lagipun, mereka cakap tadi Is setuju je.”
Aku memegang handset dengan erat. Aku tak silap dengarkan. Is setuju? Kalau macam tu... “On.”
            ***
            -Is-
Dah hampir dua bulan aku memegang gelaran suami kepada Farah Ain binti Wahid. Dan dah hampir dua bulan aku duduk sebumbung dengannya. Ain okey saja budaknya. Masa nikah baru aku tahu yang dia lapan tahun lagi muda dari aku. Baru dua puluh dua tahun budak ni. Kalau macam tu aku dah 30 tahun? Patutlah mak beriya-iya suruh aku kahwin dengan budak Ain ni. Dah nak jadi bujang terlajak rupanya aku ni.
“Abang, nak makan? Makanan Ain dah siapkan.” Aku terdengar suara Ain dari arah dapur. Lembut je dia panggil aku. Mula-mula merah jugak muka aku bila dia panggil aku ‘abang’. Mana pernah perempuan panggil aku abang. Dah adik-beradik semua lelaki.
“Abang?”
Aku tersentak melihat Ain di depanku. “Kenapa Ain?” soalku. Aku lihat Ain tersenyum.
“Ain tanya tadi, abang nak makan tak?”
“Oh, boleh juga. Kita makan sama-sama. Ain masak apa?”
“Masak biasa-biasa je,” Ain menarik tanganku. Bingkas aku bangkit dari sofa. Langkahku menuju ke arah dapur. Mataku melihat lauk di atas meja. Asam pedas! Wah, lauk kegemaran aku ni. Erm, wanginya. Fuh, berasap lagi ni. Pantas aku mengambil tempat duduk. Ain mengambil tempat duduk di sebelahku. Tangannya lincah mencedokkan aku nasi dan lauk-pauk. Dengan membaca bismillah aku menjamah nasi. Erm, sedap. Pandai budak ni masak. Memang mak tak bohong aku dulu.
***
-Ain-
Dekat dua bulan aku duduk kat bersama Is di sini. Is, pagi-pagi lagi sudah pergi kerja. Dah kahwin ni baru aku tau dia sebenarnya jurutera di syarikat sub-kontraktor yang menjalankan kerja-kerja untuk PETRONAS. Rumah yang aku duduk sekarang ni dia beli lepas kahwin. Sebelum ni dia duduk dengan kawan-kawan dia je. Is pula selalunya balik hampir maghrib. Kadang-kadang dia maghrib di pejabat dia. Aku pula dah berhenti kerja selepas kahwin. Is yang suruh. Aku ikutkan aje. Mak mertua aku pun tak kisah. Terpaksalah dia cari setiausaha baru untuk menggantikan aku.
Petang itu aku duduk di atas sofa di ruang tamu. Jariku menekan-nekan remote Astro. Mencari siaran yang best. Baru aku hendak baring di sofa, telefon rumah berbunyi. Dengan berat aku bangun.
“Helo, Ain. Abang ni.” Aku dengar suara Is di corong telefon.
“Kenapa bang?” soalku bila aku dengar suaranya sedikit cemas.
“Ain, mak sakit. Masuk wad. Ain siap, kita balik kampung petang ni. Kemaskan baju abang sekali. Kejap lagi abang sampai.”
“Ok.” Sebaik sahaja aku meletakkan telefon, aku melangkah ke bilik kami.
Sedang aku mengemas baju-baju Is, sekeping kad terjatuh dari lipatan baju-bajunya. Aku mengambil kad yang jatuh betul-betul di kakiku. Aku membaca nama penerimanya. Tiada nama tapi tertulis perkataan ‘sayang’. Aku tersenyum. Takkan untuk aku? Is tak pernah panggil aku sayang sejak kahwin. Aku membuka kad itu.
‘Loving you is the best thing happened in my life. Happy birthday Fiza. With love –Is-’
Aku tersentak membaca kad itu. Ternyata bukan untuk aku. Loving you is the best thing happened in my life? Nampaknya memang Is tak pernah cuba menerima dan mencintai aku sejak kami menikah. Terasa hati aku seperti gelas kaca yang jatuh ke lantai. Pecah berderai. Aku mengesat air mata yang hampir jatuh ke pipi dan meletakkan kembali kad itu di tempatnya kembali. Selesai berkemas, aku mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Ingin mandi dan cuba melupakan apa yang aku baca tadi.
Dalam pukul lima petang barulah Is sampai. Is membantu aku mengangkat beg pakaian ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan aku mendiamkan diri. Masih terkejut dengan apa yang aku jumpa tadi. Tambahan pula kepala aku sudah mula pening. Mungkin terlalu banyak menangis.
            ***
-Is-
Sepanjang perjalanan ke kampung, aku lihat Ain hanya mendiamkan diri. Sepatah yang aku tanya sepatah dijawabnya. Dia runsing fasal mak kot. Tapi aku lagi runsing! Awal malam itu, kami tiba di daerah kampung aku. Aku tidak terus ke hospital, sebaliknya aku membelokkan kereta ke taman di mana letaknya rumah mak. Sampai di rumah, aku membawa beg pakaian kami ke dalam. Abang Long dan Am sudah berada di ruang tamu.
“Mak macam mana? Is tak ke hospital lagi ni,” soalku kepada mereka berdua.
“Mak pitam pagi tadi. Abah bawak pegi hospital. Abang pun dapat call tengah hari. Terus ambil Am dekat uni. Abah cakap malam ni mak dah boleh keluar. Dah stabil. Abah pergi hospital nak ambil mak. Kau tak payah pergi hospital pun takpe. Abang tengok Ain pun nampak penat,” ujar Abang Long.
Aku mengalih pandang ke kiri. Ain sudah berdiri di sebelahku. Dia hanya tersenyum.
“Kalau macam tu, Ain jom naik atas.” Aku memanjat tangga ke tingkat atas. Ain mengekoriku dari belakang tanpa sepatah kata. Aku menjadi pelik melihat tingkah Ain. Apa kena agaknya?
Hampir pukul sepuluh malam barulah abah sampai di rumah. Aku, Abang Long dan Am pergi ke kereta abah untuk menyambut mak. Ain masih di dapur. Entah apa yang dibuatnya. Bila aku bertanya dia hanya senyum nipis.
“Mana Ain?” soal mak bila dia melangkahkan kaki ke dalam rumah. Sejak tadi Ain tidak memunculkan diri. Masakan dia tak dengar bunyi kereta abah?.
“Ada tadi di dapur. Buat apa entah. Kejap Is panggilkan,” jawab aku. Aku melangkah ke dapur.
“Ain?” panggilku apabila melihat Ain tiada. Aku berjalan ke sink. “Ya Allah, Ain!”
“Kenapa Is?” abah masuk ke dapur sebaik sahaja mendengar aku menjerit. Aku mengendong Ain.
“Abah, Is nak bawak Ain pergi hopital.”
Dan kereta abah sekali meluncur laju ke hospital.
***
-Ain-
Aku cuba untuk membukakan mata. Aduh, silau! Aku tengok keadaan sekeliling. Hospital? Sudah lama baru aku teringat. Aku pengsan di dapur semasa hendak mengambil cawan. Kepala aku tiba-tiba pening. Aku bangun.
“Ain? Ain dah sedar?” Aku mencari arah datang suara itu dan aku terlihat Is seolah-olah baru bangun tidur. Mungkin terjaga sewaktu aku bergerak tadi.
“Ain jangan gerak sangat. Kenapa Ain tak sihat tak cakap dengan abang Ain tak sihat?” soal Is. Dia tersenyum-senyum. Aik, aku sakit dia boleh sengih-sengih pulak.
“Dah pukul berapa sekarang?”
“Pukul dua pagi. Tidurlah, doktor cakap Ain kena banyak rehat. Lepas ni, jangan tension-tension, jaga makan, jangan buat kerja berat-berat...”
Aku merenung muka Is dengan rasa tak puas hati. Tengah aku pening, ditambah pula dengan mamai baru bangun tidur dia nak membebel pula kat aku. Tadi dia juga yang suruh aku tidur.
“Ain, dengar tak? Lepas ni Ain kena jaga diri ain lebih-lebih tau.” Is memegang tanganku.
“Apa pulak?” soalku tidak puas hati.
“Ain dah nak jadi ibu. Mestilah kena extra careful. Jaga diri Ain, jaga baby,” kata Is. Wajahnya cukup ceria. Aku terpinga-pinga. Jadi ibu? Ah, sudah! Bertambah satu lagi masalah. Tangan Is mengusap jari-jemariku.
Aku menarik tanganku dari tangan Is. “Ain nak tidur.” Aku terus baring dan memejamkan mata. Fikiranku runsing!
***
            -Ain-
Sudah kandungan aku sudah hampir masuk bulan ke empat. Is pula sangat mengambil berat tentang kesihatan aku dan baby. Malam hujung minggu itu, aku mengajak Is makan di luar. Terasa semakin malas hendak ke dapur. Is tak menghampakan aku. Malam itu, kami ke kedai makan yang menjual makanan ala Thai. Selesai order makanan, kami disapa oleh seorang wanita. Aku tertanya-tanya siapa dia.
“Ain, kenalkan ini Fiza. Dia kerja di tempat abang.” Aku tersentak mendengarkan nama itu. Fiza...Fiza menghulurkan tangan. Aku menyambut salamnya.
“Fiza.” Dia menyebut namanya.
“Ain. Farah Ain. Isteri Is,” kataku. Aku menekankan perkataan isteri agar dia sedar dengan siapa dia bersalam sekarang.
Fiza hanya tersenyum. Sempat aku menjeling Is. Wajahnya tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seolah-olah dia tiada perasaan terhadap Fiza.
“Join us?” aku mengajaknya separuh ikhlas.
“Oh, thanks. But no, thanks. I dengan family I. Ternampak Is, terus rasa nak tegur. Lagipun boleh berkenalan dengan isteri dia.”
Aku tersenyum sinis. Berkenalan dengan isteri dia? Hai, pelik aku dengan perempuan ni.
Okeylah, I pergi dulu. Ain, nice to meet you.” Fiza melangkah meninggalkan aku dan Is.
“Yeah, it is ‘nice’ to meet you too, kataku perlahan. Namun aku yakin dia tak mendengar. Tiba-tiba aku rasa menyesal mengajak Is makan di luar malam ni.
Sampai di rumah, aku masuk ke bilik untuk menyalin pakaian. Sebaik sahaja aku keluar bilik, aku melihat Is sedang menonton. Aku duduk di sebelahnya. Kemudian aku baring dan kepala aku letakkan di pahanya.
“Tak elok baring lepas makan,” tegur Is. Namun tangannya tetap mengusap rambutku.
Aku tersenyum. “Abang,” panggilku perlahan. Is menyahut namun matanya tak berganjak dari t
elevisyen. “Siapa Fiza?”
Fiza? Dia kerani kat company abang.”
“Apa hubungan dia dengan abang?” soalku lagi.
Is sedikit terkejut dengan soalanku. Melihatnya terkejut aku bingkas duduk.
“Frankly speaking
abang, Ain terjumpa kad birthday yang abang nak bagi dia masa Ain kemas baju abang. Siapa dia bang?” soalku perlahan. Pandangan aku halakan ke televisyen. Dadaku terasa berat.
“Ain,” panggilnya. Aku menoleh ke arahnya. “Ain tahukan yang kita kahwin sebab mak yang cadangkan,” katanya. Aku mengangguk.
“Sebenarnya abang sedikit pun tiada perasaan kat Ain masa kita kahwin. Dan abang setuju nak kahwin dengan Ain pun sebab mak suka sangat dekat Ain. Abang tak sanggup nak hampakan dia,” tambahnya lagi.
Aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan Is meneruskan ceritanya. Aku melihat kembali ke kaca televisyen. Tapi yang aku nampak kabur. Terasa sebak dengan pengakuannya.
“Sebulan lepas kita kahwin, Fiza baru masuk kerja. First time abang tengok dia, terus abang rasa suka. Abang...”
“Abang, jangan teruskan,” aku memintas kata-katanya. Tak sanggup mendengar suamiku mengaku mencintai wanita lain di hadapan aku.
“Kalu boleh, Ain nak minta izin abang...”
***
-Is-
“Ain nak minta izin abang. Ain nak buat abang cintakan Ain, sayangkan Ain. Bolehkan?”
Terkejut aku dengan kata-kata Ain dua minggu lepas. Aku hanya menganggukkan kepala. Air mata di pipinya aku kesat dengan jariku. Terasa bersalah membuatnya menangis. Sejak peristiwa malam itu, dia tidak membuka cerita tentang itu. Aku sedar yang Ain sudah sedikit berubah. Ain menjadi semakin manja dan suka menyakatku. Terasa kehidupanku terisi dengan kehadirannya. Tapi aku yakin yang aku masih belum cintakan dia. Sekadar rasa sayang sesama manusia.
Selepas peristiwa malam itu, aku berjumpa dengan Fiza di pejabat. Bila aku bertanyakan kenapa dia buat begitu, dia menjawab,
“Saja. Nak kenal dengan isteri boyfriend saya. Salah? Mana tahu boleh jadi kawan dengan Ain. Senang nanti kita nak kahwin”
Meluat aku mendengarkan jawapannya.
***
-Ain-
Aku sedaya upaya ingin menarik perhatian Is. Tapi aku perasan yang Is sudah mula menerimaku. Atau hanya aku yang berperasaan macam tu? Handset Is di meja cermin berbunyi sebaik sahaja Is keluar dari bilik air. Cepat-cepat aku memejamkan mata. Berpura-pura tidur. Is menjawab panggilan telefonnya. Aku membuka sedikit mata untuk melihatnya.
“Fiza? Kenapa?” perlahan suaranya tapi masih dapat ku tangkap butir katanya. Fiza? Buat apa dia cari Is malam-malam ni? Tak sedarkah dia lelaki yang dicari itu suami orang? Suami aku?
“Ok. You tunggu I kat situ. Kejap lagi I sampai.” Is menoleh ke arahku.
“Ada. Dia tidur.” Aku menelan air liur.
“Ok. You tunggu je. Tiga puluh minit lagi I sampai. Ye... I love you.” Is meletakkan kembali handsetnya di atas meja. I love you? Untung Fiza. Aku yang isterinya pun tak pernah dia ucapkan kata-kata macam tu.
Is menghampiriku selepas dia bersiap. Rambutku diusap perlahan-lahan. Dahiku dicium lembut. “Abang keluar sekejap.” Is terus bergerak keluar bilik. Dalam diam aku menangis. Abang, tiadakah cinta abang untuk Ain?
***
-Is-
Aku memerhatikan Ain yang sibuk menyidai baju di laman rumah. Perutnya sudah mula memboyot. Tunggu masa untuk bersalin. Aku mengeluh. Mungkin di mata keluarga dan orang luar, aku dan Ain sangat bahagia. Tapi hakikatnya aku sering berperang dengan perasaan aku sendiri. Aku berkahwin dengan Ain tanpa rasa cinta dan sebenarnya walaupun sudah hampir sepuluh bulan aku berkahwin dengannya, aku masih belum mempunyai perasaan terhadapnya. Kadang-kadang aku terasa bersalah dengan Ain. Sedang aku mengelamun, suara Ain memecahkan lamunanku.
“Abang!” Aku melihat Ain terduduk di laman rumah.
“Abang, sakit!” jeritnya lagi sambil memegang perutnya. Tanpa berfikir panjang aku mengambil kunci kereta dan membawa Ain ke hospital.
Sampai sahaja di hospital, aku mengendong Ain ke wad bersalin. Aku lihat Ain berpeluh-peluh menahan sakit. Tanganku juga sakit bila digenggam erat oleh Ain. Doktor bertugas datang melihat Ain dari masa ke masa. Akhirnya, tepat jam sembilan malam Ain melahirkan seorang bayi lelaki.
Sebaik sahaja Ain tersedar dari tidur, aku mengucup dahinya. Aku berjalan ke katil bayi di sebelah katil Ain. Aku angkat anak kecil itu berhati-hati dan aku berikan kepada Ain.
“Terima kasih Ain.” Aku tersenyum. “Tadi abang dah call mama dengan papa. Mereka on the way. Mak dengan abah pun sama.”
Ain hanya tersenyum dan mencium anak kami. Aku terasa sungguh bahagia bila melihatkan kelakuan Ain. Wajahnya penuh dengan sifat keibuan. Sejenak aku terleka melihatnya.
“Abang dah pilih nama?” soalan daripada Ain menyedarkan aku yang terleka.
“Abang ingat nak letak nama Ammar Amsyar. Ok kan?” Ain hanya mengangguk tanda setuju. Dia mencium Ammar buat kesekian kalinya. Dan aku tersenyum bahagia.
***
-Is-
Masa berlalu terlalu pantas. Ammar pun sudah mula berjalan jatuh. Aku dengan Ain masih sama. Fiza pula sibuk mengajakku kahwin. Apa dia ingat kahwin senang ke? Memanglah cukup syarat, cukup rukun, dapat sign Ain, kami dah boleh menikah. Tapi sanggup ke aku? Rasanya sejak berkahwin dengan Ain, aku tak pernah membahagiakannya.
“Ain, kita balik kampung hujung minggu ni?” usulku pada satu malam.
Ain tersenyum. “Ok jugak. Minggu lagi satu kita balik kampung Ain pula ye? Ain rindu kat mama dengan papa.”
Ammar berjalan ke arahku. Minta di dukung. Aku menangkat Ammar dan mengagah-agahnya. Bising mulutnya bercakap.
“Hujung minggu ni kita jumpa Atuk dengan Nenek, ok? Minggu depan kita jumpa Tok Nek dengan Tok Wan,” kataku kepada Ammar. Ammar hanya tertawa riang seolah-olah faham dengan apa yang aku katakan. Ain hanya tersenyum melihat telatah Ammar.
Seperti apa yang kami rancang, Jumaat malam kami bergerak ke kampung. Mulanya Ain berkeras mahu pulang esok. Katanya bahaya berjalan malam. Lagipun aku sudah penat bekerja hari ini. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Nak elak jam kataku. Akhirnya separuh rela Ain mengikut kehendakku.
Perjalanan kami diriuhkan dengan lagu-lagu dari radio. Ammar nyenyak tidur di pangkuan Ain. Ain setia menemani aku memandu. Aku lihat jam sudah hampir ke angka dua belas sewaktu kami melalui jalan yang berbukit dan gelap. Sengaja aku malas mahu menggunakan highway. Jalan kampung seronok,’ kataku bila Ain mencadangkan kami melalui highway. Jalan ini agak lengang malam ini. Aku menekan pedal minyak bagi melajukan kereta. Tiba di satu selekoh, aku gagal mengawal kereta. Tiba-tiba ada pula sebuah lori dari arah bertentangan. Aku terdengar Ain menjerit memanggilku. Dan aku hanya mampu bertawakal.
***
-Is-
Aku berusaha membuka mata, tapi tak berjaya. Akhirnya setelah berusaha keras, aku berjaya juga membuka mata. Silau dari lampu menyebabkan aku mengalihkan pandangan. Aku berusaha pula untuk bangun.
Is dah sedar? Alhamdulillah.” Suara mak menyapa telingaku.
“Is kat mana ni mak?” soalku. Mak melarangku bangkit. Abah hanya melihatku sambil tersenyum nipis.
“Is kat hospital. Dah dua minggu Is koma,” terang mak. Aku dapat melihat matanya merah kesan lepas menangis. Sedang aku cuba mengingatkan kembali apa yang berlaku, seorang doktor cina datang ke katilku.
Macam mana keadaan awak, Iskandar?” soalnya sambil tersenyum.
"Pening sikit". Tanganku meraba-raba kepalaku yang sedikit perit.
Selesai memeriksa keadaan ku, doktor itu menulis sesuatu di fail di tangannya. “Bila saya boleh balik, doctor?” Doktor cina itu memandangku.
“Kalau you dah stabil, paling cepat pun mungkin lusa you boleh discharge.”
Mak memapahku masuk ke rumah. Abah pula mengangkat barang-barangku. Mak menyuruhku duduk di ruang tamu. Tak lama kemudian, muncul Abang Log bersama seorang anak kecil.
“Anak siapa tu abang?” soalku. Pelik kerana setahu aku, tiada budak kecil di rumah ini.
Abang Long sedikit terkejut dengan pertanyaanku. “Is? Takkan Is tak kenal anak sendiri? Ni Ammar Is,” kata Abang Long.
Anak?” kataku perlahan. Mak masuk ke ruang tamu dengan bekas ubat di tangan. Aku masih keliru dengan jawapan Abang Long tadi. Puas aku mengerah otak untuk mengingat apa yang berlaku dan tiba-tiba mataku menyapa sekeping gambar di dalam bingkai di sebelah televisyen. Perlahan-lahan ingatan aku mula kembali. Ain?!
“Mak, mana Ain?” soalku sebaik sahaja terpandangkan gambar perkahwinan kami.
“Is, sabar ya nak. Bawak bertenang. Ain dah takde. Dia dah tinggalkan kita nak. Dia...” Mak sudah tak mampu meneruskan kata-kata. Aku lihat mata mak merah. Air mata laju menuruni pipinya.
“Dia meninggal di tempat kemalangan. Ammar terselamat sebab Ain peluk dia. Ain cedera teruk di kepala.” Abah menyambung kata-kata mak yang terputus. Aku menelan air liur.
***
-Is-
Lama aku duduk di sebelah kubur Ain yang masih merah. Dadaku terasa sebak. Memori lama mengimbau kembali. Ain...
“Ain nak minta izin abang. Ain nak buat abang cintakan Ain, sayangkan Ain. Bolehkan?”
Aku masih ingat kata-katanya dahulu. Dan sehingga nafasnya yang terakhir pun aku tak pernah mengucapkan kata-kata sayang kepadanya. Aku memejamkan mata. Terasa ada air mengalir di pipi. Patutlah Ain beriya-iya mengajak aku pulang ke kampung pada Sabtu pagi. Patutlah Ain sibuk menyuruhku menggunakan jalan highway. Ya Allah, tangan ini yang telah membunuh isteriku sendiri.
Aku bangun setelah hampir sejam aku duduk di sebelah pusara Ain. Dengan perlahan-lahan aku bergerak ke kereta abah di tepi jalan dengan menggunakan topang. Mulanya abah bersama-sama denganku membacakan surah Yaasin untuk arwah Ain. Tapi, selesai kami membaca Yaasin, aku terus duduk untuk ‘berbual-bual’ dengan Ain dan abah menungguku di kereta. Sewaktu aku melangkah, ada seorang wanita berdiri di sebelahku.
“Is, I’m sorry...”
“Fiza,” pintasku.
I minta maaf. I tak boleh terima you dalam hidup I. Kita tak boleh bersama sebab... sebab cinta I hanya untuk Ain. I tak kisah kalau you nak marah I sekalipun. Walaupun Ain dah tak ada, I hanya mahukan dia sebagai isteri I dunia dan akhirat.”
Fiza terdiam mendengarkan kata-kataku. Tanpa menghiraukannya, aku terus melangkah ke kereta. Ain, abang sayang dan cintakan Ain sangat-sangat. Tapi abang sedar, tak ada gunanya lagi abang ungkapkan sekarang kerana Ain tak dengar pun. Silap abang tidak menghargai Ain sewaktu Ain masih hidup. Abang janji, cinta abang hanya untuk Ain.

8 comments:

Anis Mohd said...

d sbbkan dah pg buta ..
anis baca esok pg lah cite nih ..
1st time menjenguk ke mari ..
napa x de shoutmix or chatbox ?

Wanie a.k.a Wafau said...

Oit , Nice story I guess.
Lagi best from before walaupun da biasa bce cite cam ni...
cinta utk Ain ni mcm tjuk drama kt TV3je...
Diinspirasikan dr situ ke..hehe
tak abis komen lg..
Pnulisn kau kli ni lg bettr..
Pggunaan ayt2 yg lbih brbunga n jln cite lg mnarik..
Naty, jgn lupe cmmnt cte kt blog aku..

Anonymous said...

ok jg ko wat cerpen
len kali leh wat novel lak
gantikan aisya sofea
bagus jln citer die
sesuai ngan jiwa aku yg jiwang nie
aku lg suke citer nie dr yg lain
tangkap jiwang seyh....

NUR FARHAH said...

huhu..welkem~..
wt le crpen myk2 er..huhu..i luv crpen n n0vels..huhu

Anonymous said...

slm..
akk..sye print ea cter nih..
nnt ltk alamat blog akk skali..
hehe..oh reunion pun yep..
thanks!

Aqilaa said...

menangis saye bace . :(

ZAra said...

haha.. akhirnya saya jumpa blog awak..
baca kat penulisan 2u.. cari2 link baru ni dapat
eh cite2 awak best lah..
jap, tapi citer yang ni.. macam ada yang missing..

Anonymous said...

ya allah..bez sgtt..;)sgt sdey..;P