::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

30 March 2009

Dan Sebenarnya

“Kau cuti berapa lama?” Hasif bertanya kepada aku sewaktu dia datang ke rumahku kelmarin.
“3 bulanlah. Apahal?” Tanyaku kembali.
“Kau nak kerja?” Hasif memandangku. Bercahaya matanya.
“Kerja apa?” soalku sambil aku menuangkan air ke dalam cawannya.
“Kerani. Office aku nak orang ni. Tapi kontrak la. 3 bulan. Kerani yang selalu cuti bersalin. Kau guna SPM kau,” terangnya.
Aku meletakkan kembali teko berisi kopi ke dalam dulang. “Nanti aku tanya ayah. Dia tak bagi aku kerja sebenarnya.”

***

“Boleh ya ayah?” soalku penuh mengharap.
Ayah mengalihkan muka daripada suratkhabar yang dibacanya. Dia menghela nafas panjang.
“Suka hati kamulah. Yang penting jaga diri.” Akhirnya ayah memberikan kata putus. Mak pula tak kisah sangat kalau aku nak kerja. Ayah je yang susah sikit nak pujuk.
Aku tersenyum. “Itu ayah jangan risau. Tempat tinggal semua dah ada. Hasif carikan. Mungkin sewa bilik je kot.”
“Hrm…” balas ayah tak berminat. Matanya kembali menatap surat khabar. Aku bingkas bangkit. Memberitahu Hasif keputusanku.

***

Hari pertama bekerja sebagai kerani tak lah teruk sangat. Aku terpaksa menukarkan telefon nokia N73 kepada 3310 dan memakai baju kurung ke tempat kerja bagi menampakkan ‘kekampungan’ aku dan ‘kesusahan’ hidupku. Mana tak nya, masa temuduga semalam, aku cakap aku nak guna duit sangat-sangat sebab ayah sakit. Ya Allah, mintak simpanglah ayah sakit! Huhu...
“Hai!” baru je aku membongkok untuk menghidupkan komputer, satu suara dah menegurku.
Aku mengangkat muka. Siapa pulak ni? Aku tayang muka innocent. Kemudian aku kembali menunduk. Ahah!
“Boleh saya tolong?” tegur suara itu tadi apabila melihatkan aku terkial-kial hendak menggunakan word.
“Tak apa. Terima kasih,” kataku ringkas. Aku membuang pandang ke arah meja Suzi da hadapanku. Tekun Suzi membuat kerjanya. Insan disebelahku masih tak berganjak.
“Err, Suzi? Macam mana nak buat table?” soalku. Suzi mengangkat muka daripada kerjanya.
“Fatin, you guna apa? Kalau nak buat table, I sarankan guna excel. Lebih mudah,” panjang lebar Suzi mengajarku. Eheh, saje je. Kalau tak, tak nampak lah yang aku ni budak kampung!
Lelaki itu masih lagi terpinga-pinga melihatku. Agaknya dalam fikiran dia, perempuan ni kolot benar, ke? Nak buat table pun tak reti? Aku tertawa dalam hati. Melihatkan aku tak mengendahkan kehadirannya, lelaki itu melangkah pergi. Barulah rasa tenang debaran kat dada ni. Kalau tak, rasa semacam aja.
Waktu lunch, aku dan Suzi berjalan bersama ke kafe. Tengah hari itu, aku hanya memilih nasi berlaukkan ikan goreng dan masak lemak bayam. Sebaik sahaja aku duduk, wajah lelaki tadi berlegar-legar di mindaku.
“Suzi,” panggilku. Suzi memandangku dengan kening terangkat.
“Siapa yang yang berdiri sebelah meja Fatin masa Fatin tanya Suzi nak buat table?” soalku berhati-hati. Suzi tersenyum.
“Oh, Aliff? Dia tu engineer kat sini. Handsome kan? Ada iras-iras Fahrin Ahmad kan?”
“Fahrin? Siapa tu?” Artis ke? Aku mana tahu sangat hal artis-artis ni.
“Lah, Fahrin pun you tak kenal? Peliklah you Fatin.” Suzi kembali meneruskan kunyahannya.
Pelik tak peliklah Suzi. Dah memang aku macam ni. Aku tersenyum dalam hati. Kami sambung makan tanpa perbualan. Tak lama kemudian, aku terasa ada seseorang duduk di kerusi sebelahku. Dadaku kembali berdebar. Debaran yang sama seperti Aliff berdiri di sebelah mejaku.
“May I join you all?” tegur satu suara yang arahnya datang dari sebelahku.
Nak tanya apa lagi? Dah duduk pun. Takkan aku atau Suzi nak halau pulak! Rungutku di dalam hati. Aku tidak memberikan sebarang reaksi.
“Silalah, lagipun I dengan Fatin berdua je.” Suara Suzi mencecah gegendang telingaku. Erm...
“Oh, Fatin ya nama kawan you?”
Aku diam tak berkutik. Khusyuk meneruskan kunyahanku.
“Sombong ya dia?” soal Aliff kepada Suzi. Tapi, lebih menyindir aku.
Aku menoleh ke kananku. “Ya? Ada apa-apa masalah, encik?”
Aliff tersenyum-senyum. “Aliff Haikal. Panggil sahaja Aliff.” Aliff meletakkan sudu garfu lalu tangan kanannya disuakan kepadaku. Aku hanya membiarkan tangannya disambut angin lalu.
Keningku terangkat sebelah. “Maaf ya, bukan muhrim.” Aku kembali memandang nasi yang tinggal separuh. Walhal, kat jantung dah macam kat tekak!
Dari hujung mata aku memerhatikan Aliff. Ingin melihat reaksinya apabila ‘salam persahabatan’ daripadanya tidak ku sambut. Aliff seolah-olah terkejut melihatku. Mesti selalu bersalam dengan perempuan. Hai... Kadang-kadang aku terfikir? Kenapa orang yang kerja profesional macam ni ambil ringan je hukum agama. Tapi aku tahu, tak semua macam tu.

***

Minggu seterusnya berjalan seperti biasa. Aliff pula selalu juga menebeng kat mejaku. Cuma aku je yang buat tak sedar yang dia ada. Banyak lagi kerja yang aku boleh buat. Kalau dia bertanyakan sesuatu, aku hanya membiarkan Suzi yang menjawab bagi pihak aku.
Petang itu aku menunggu Hasif seperti biasa. Memang sejak hari pertama bekerja aku pergi dan balik dengan dia. Sedang aku duduk di perhentian bas, sebuah kereta BMW E 46 berhenti betul-betul dihadapanku. Kemudian cermin di tempat penumpang sebelah pemandu diturunkan.
“Hai,” tegur Aliff.
Aku memandang ke arah lain. Terdengar suara perempuan lain yang membalas teguran Aliff. Aku ketawa dalam hati. Aliff terpinga-pinga memandang perempuan itu.
“Fatin, awak tunggu siapa? Mari, saya tumpangkan awak,” pelawanya. Aku memandangnya. Pelik. Selalunya tak pernah-pernah aku nampak dia waktu balik. Kenapa hari ni terjumpa pula?
“Tak apa. Terima kasih. Kebetulan, kawan saya dah sampai.”
Aku menarik nafas lega bila kereta Waja milik Hasif menonjolkan diri. Bingkas aku bangkit dari duduk lalu berjalan mendapatkan Hasif. Nasib baik Hasif datang tepat masanya. Kalau tak, macam mana lah aku nak larikan diri daripada Aliff. Dekat dengan dia membuatkan aku tak keruan!

***

Masuk bulan kedua aku bekerja, aku semakin serasi dengan syarikat ni. Mungkin lepas gradute aku boleh apply kerja kat sini? Tapi...
“Hai!” tegur satu suara.
Tapi... sanggup ke aku kerja sekali dengan mamat ni? Aku mengangkat muka memandang Aliff di hadapan ku. Mamat ni tak de kerja ke? Asyik menebeng kat meja aku je. Kata engineer?
“Hai,” balasku tak berminat. Aiseh, apahal hati aku berdebar sebagai nih?
“I nak tanya sikit boleh?” soal Aliff tiba-tiba.
Aku hanya mengangguk tanpa memandangnya.
“Apa hubungan awak dengan Hasif?” soalnya.
“Apa punya jenis soalan tu?” soalku kembali.
“Soalan tentang hati dan perasaan,” jawabnya selamba.
Eheh, apa punya jawapan da.
“Kenapa? Ada beri awak masalah ke?” Aku memandang Aliff. Dia mengangguk.
“Ada. I pelik. I yang kerja bagus ni you tak layan. Dia yang kerja technician je boleh bawak you balik. Huh, mantap! Dia guna-gunakan you apa?” sinis sekali kata-katanya.
Ek, eh mamat ni. Suka-suka dia je nak mengutuk orang. Apa? Technician tu tak standard ya? Dia tak tahu, kalau technician tak ada susah hidup dia. Yang dia tahu mengarah je.
Aku tak membalas kata-katanya. Pertama kali aku rasa sungguh geram dengan mamat ni. Bajet bagus sangatlah! Aku membiarkan Aliff yang berdiri di hadapanku. Kerjaku yang terbengkalai kusambung. Melihatkan aku tidak melayannya, Aliff mendengus marah sebelum pergi.

***

Hari ni hari terakhir aku kat sini. Final sem pun nak start minggu depan. Huh, akhirnya berjaya jugak aku mengharungi saat-saat terakhir kat sini. Aliff sejak kes dia tanya pasal Hasif tu, terus aku tak layan. Senyum pun tak. Tak kuasa aku nak melayan orang yang perasan bagus ni.
Aku menyiapkan kerja seperti biasa. Disebabkan hari ni hari terakhir, aku terpaksa pulang lewat sedikit. Kunci office memang sudah aku minta daripada bos.Bos suruh aku pak cik jaga bila hendak pulang nanti.
“Fatin, you tak apa ke sorang-sorang ni?” Suzi menyapaku. Lagaknya sudah bersiap untuk pulang.
Aku tersenyum. “Tak apa. Bukannya lewat sangat pun. Mungkin dekat pukul 7 malam nanti Fatin balik.”
Suzi berjalan merapatiku. Sebaik sahaja aku bangun, tubuhku dipeluk.
“You jangan lupakan I ya. Nanti contactlah. Lepas ni kalau I teringin nak makan ikan Patin, I datang kampung you ya?” katanya.
Aku tergelak. “Eh, datanglah. Tapi beritahu Fatin dulu. Takut Fatin tak ada nanti.”
“Okaylah, I pergi dulu. Husband I dah tunggu tu. Bye. Take Care.” Sempat Suzi melambaiku sebelum melangkah pergi.
Keadaan office yang agak sunyi membuatkan aku terasa sedikit seram. Laju sahaja aku menyiapkan kerjaku. Akhirnya kerjaku siap apabila aku melihat jam menunjukkan pukul 6.45 petang. 1 jam 45 minit aku kerja overtime hari ni. Selalunya tepat pukul 5.00 petang akulah yang sibuk siap nak balik.
Aku mengemas barang-barangku memandangkan esok aku tidak akan datang ke sini lagi. Selamat tinggal mejaku. Selamat tinggal officeku. Selamat tinggal Aliff! Aku melangkah ke lobby office dengan sebuah senyuman. Baru je aku berjalan melepasi sofa, aku terasa satu tangan memeluk pinggangku dan membaringkan aku di atas sofa. Spontan aku terjerit.
“Aliff?! Apa ni?” terkejut beruk aku bila melihat Aliff berdiri di sebelah sofa.
Aliff tersenyum penuh makna melihatku. Jantungku sudah berdegup laju. Aku cuba untuk bangun tetapi Aliff lebih cepat mengambil tindakan. Dia terus baring menindih badanku, membuatku tidak dapat bergerak walau sedikit pun. Tangannya menanggalkan tudung yang ku pakai. Rambutku yang separas bahu terlepas mengurai. Aku sudah mula tak sedap hati.
“Eh, apa ni Aliff?! Tolonglah, Fatin nak balik. Jangan buat Fatin macam ni,” air mataku sudah mula bergenang. Ya Allah, selamatkanlah aku!
“Heh, selama ni kau tak layan aku kan? Hari ni jugak aku akan buat kau layan aku! Kau tu yang berlagak sangat Fatin! Aku layan kau elok-elok kau sombong sangat!” Tangan Aliff sudah ligat mengusap wajahku. Aku menjadi semakin takut. Argh, lelaki ini! Tangan dan badanku terkunci dalam pelukannya. Tak lama kemudian, aku terdengar bunyi pintu utama di buka.
Cepat-cepat Aliff bangun. Tangannya meraup wajahnya. Aku terkelu apabila melihat dua orang anggota polis dan beberapa orang lelaki berserban melangkah masuk ke dalam lobby. Alif mengemaskan bajunya dan aku cepat-cepat mengambil tudung untuk menutup kembali rambutku.
“Assalamualaikum,” tegur salah seorang daripada mereka sambil menghulurkan tangan.
“Wa’alaikumussalam.” Aliff menjawab salam lalu menyambut hukuran itu. Mulutku menggumam menjawab salam. Wajah ayah dan mak dah berlegar-legar di fikiranku. Terasa masa depanku musnah!
“Encik dengan cik ni suami isteri ke?” tanya lelaki itu. Perlahan-lahan Aliff menggeleng-gelengkan kepala.
“Ada orang lain di sini?” soalnya lagi. Sekali lagi Aliff menggeleng-gelengkan kepala.
Melihatkan gelengan Aliff, lelaki itu menggelengkan kepala. “Minta kad pengenalan kamu berdua.” Kemudian dia menulis sesuatu di atas sehelai kertas sebaik sahaja kami memberikan kad pengenalan kami.
“Saya minta maaf. Kamu berdua terpaksa mengikut kami ke memandangkan kamu berdua berdua-duaan di tempat sunyi dan menimbulkan syak.” Aku melepaskan keluhan. Kemudian mataku menjeling ke arah Aliff. mendongkol rasa marah di dalam dada. Aliff menayangkan muka selamba tanpa sedikitr pun riak bersalah.

***

Menyinga wajah ayah sebaik sahaja aku sampai di rumah tengah malam itu. Wajah bengis ayah ku tatap dengan takut. Air mataku dah mengalir seperti empangan pecah sejak dalam perjalanan ke sini lagi. Sepanjang perjalanan Aliff memujukku untuk bertanggungjawab dan menjelaskan perkara sebenar kepada ayah.
“Dasar anak tak kenang budi! Patutlah kau beriya-iya nak kerja dulu. Konon nak belajar cari duit! Tapi kau cari laki! Anak tak guna!” Ringan tangan ayah menyentuh pipiku. Air mataku laju mengalir. Mak hanya berdiri tanpa dapat membuat apa-apa.
“Ayah, Fatin minta maaf. Ni semua salah faham, ayah. Percayalah cakap Fatin.” Aku cuba menagih simpati ayah. Kaki ayah kupeluk erat.
Cepat-cepat ayah mengalihkan kakinya. “Sudah! Ayah tak nak dengar apa-apa lagi. Sebelum satu kampung tahu kau kena tangkap basah, aku nak kau menikah dengan jantan tu!” tegas ayah.
Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju. Aku mengalih pandang melihat Aliff. Aku cuba meminta pertolongannya supaya ayah menarik balik arahannya.
“Pak cik,” tegur Aliff, seakan-akan faham apa yang aku fikirkan tadi.
“Saya minta maaf kerana membuat perkara tak senonoh dengan anak pak cik.” Kata-kata Aliff bagai halilintar buatku. Masakan dia mahu ayah semakin marah denganku dengan mengeluarkan kata-kata seolah-olah aku dan dia pernah berbuat sesuatu?
“Saya sayangkan Fatin, pak cik. Saya sanggup bertanggungjawab. Saya akan bersihlkan nama keluarga pak cik.”
What?! Mamat ni betul-betul gila. Betul-betul dah gila!
“Fatin, ayah tak nak dengar perkataan tak nak dari mulut kamu. Esok kamu berdua bersiap. Kita uruskan apa yang patut. Kamu dengar, Fatin?!”
Dari nada suara ayah aku dah tahu yang aku tidak boleh membantah lagi. Aku memandang Aliff dengan penuh rasa benci. Andai aku boleh undurkan masa, sudah tentu aku tidak akan menjejakkan kaki ke company itu lagi!

***

Keesokan harinya, tepat pukul 10.00 aku dah menyandang gelaran Mrs. Aliff Haikal. Aku lihat wajah Aliff sungguh bahagia. Berbeza sungguh denganku yang muram sejak semalam. Jangan-jangan lelaki ini yang rancang semua?
“Fatin,” panggil ayah. Aku menoleh melihat wajah tegang ayah yang masih tak berubah sejak semalam.
“Ya, ayah. Kenapa?”
“Ayah nak kamu ikut Aliff balik hari ni. Esok dia kerja kan?” Tersentak aku mendengar kata-kata ayah. Ikut lelaki tu balik?!
“Tapi, yah...”
“Ayah tak nak dengar apa-apa lagi. Hai, nak suruh ikut balik pun tak nak? Sebelum kahwin buat benda tak senonoh tak kisah pulak?” sinis sahaja suara ayah di pendengaranku. Pantas aku menunduk sebik sahaja merasakan air mata mula hendak menitis.
“Baiklah ayah,” kataku perlahan sambil menghayunkan kaki ke bilik.
Sebaik sahaja aku masuk bilik, empangan air mataku pecah. Aku sudah tak dapat menahan perasaan lagi. Aku duduk di tepi katil. Aliff yang ketika itu baru keluar dari bilik air pelik melihatku.
“Sayang? Kenapa ni?” tegurnya.
Aku mematikan diri. Malas mahu bersoal jawab dengannya. Kalau tak kerananya, pasti hidup aku tak jadi macam ni. Aliff memanjangkan tangan kanannya menyentuh bahuku. Pantas aku menepis tangannya.
Kemudian aku bangkit dan menapak keluar meninggalkan Aliff yang terpinga-pinga di bilik.
Petang itu aku dan Aliff bersiap-siap untuk pulang ke KL. Aku pergi mendapatkan mak yang masih di dalam bilik sebelum kami bertolak. Sejak aku pulang malam tadi, aku langsung tak berkesempatan untuk berbual panjang dengan mak.
“Mak?” tegurku sebaik sahaja aku masuk ke bilik mak.
Perbuatan mak mengesat air mata terkesan jua di mataku. Mak bangun dari duduk dan berjalan mendapatkan aku. Terus aku memeluk mak sebaik sahaja mak berdiri di hadapanku. Air mataku kembali tumpah.
“Fatin Najihah anak mak. Sekarang kamu dah jadi isteri orang. Jaga diri ya nak,” pesan mak. Mak mengusap-usap belakangku.
“Mak, mak percayakan Fatin tak pernah buat benda tak elok? Mak percayakan Fatin kan, mak?” soalku. Hanya maklah harapanku kini. Melihatkan mak terangguk-angguk membuatkan dadaku lapang sedikit.
“Mak percayakan anak mak. Fatin seorang je anak mak. Tak ada lain. Fatin, mak tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi yang pasti, mak yakin kamu tak pernah buat bukan-bukan. Fatin, ingat pesan mak. Dengar cakap suami. Walau macam mana pun Fatin tak suka kat dia, Fatin kena ingat, syurga Fatin kat suami Fatin. Bukan kat mak lagi,” panjang nasihat mak. Aku hanya diam mendengarkannya.
“Fatin nanti jangan lupakan mak ya.” Mak dah mengesat air matanya. Mak, maafkan Fatin sebab buat mak menangis.

***

Awal malam barulah kami sampai di rumah Aliff. Aliff tinggal bersama kedua ibu bapanya memandangkan dia anak bongsu dan hanya tinggal dia yang belum berkahwin. Aliff memakirkan kereta di hadapan rumah teres dua tingkat itu. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, pintu utama rumah itu dibuka dari dalam. Seorang wanita separuh abad keluar. Dia tersenyum memandangku.
Sebaik sahaja aku keluar dari perut kereta, perempuan itu mendapatkan ku. Aliff mengambil tugas untuk mengeluarkan barang-barangku. Banyak juga sebenarnya sebab aku bawa sekali barang untuk naik sem minggu depan.
“Ini Fatin ya?” soalnya.
Aku cuba mengukir senyuman buatnya. “Saya, mak cik.” Kami bersalaman.
“Eh, apa mak cik-mak cik. Panggil ibu,” katanya. Aku terdiam. Oh, mak Aliff! “Fatin ni manis orangnya. Patutlah Aliff tak tidur malam dibuatnya.”
Aku menjadi malu dengan kata-kata dari ibu Aliff. Tak lama kemudian, keluar seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan ibu. Aku dapat merasakan yang lelaki ini ayah Aliff.
“Menantu abah?” tegur lelaki itu. Aku sudah tak tahu nak tayang muka macam mana. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian aku menyalami tangan abah.
“Memang lawa menantu kita. Aliff mana?” soal abah.
“Aliff kat sini. Angkat barang Fatin sekejap. Ibu, abah masuklah dulu. Berbual kat dalam lagi selesa. Sayang, abang angkat barang-barang dulu ya?”
Aku malu sendiri apabila Aliff membahasakan diri abang dan memanggilku sayang di hadapan kedua orang tuanya. Lelaki ni, mulut manis sungguh!
Aku turut membantu Aliff mengangkat barang. Sebuah kotak sebderhana besar berisi buku-buku, aku angkat. Baru sahaja aku mesuk ke ruang tamu, aku terdengar suara abah berbual dengan ibu dari arah dapur.
“Hai... kenapalah Alif ambil tindakan terburu-buru tanpa berbincang. Bukannya kita tak boleh pergi jumpa keluarga budak tu, cakap elok-elok nak meminang. Ini dah jadi macam ni baru menyesal tak sudah buat taktik kotor macam tu.” Bebel abah panjang.
Aku yang sedang berjalan tiba-tiba berhenti. Taktik kotor? Ya Allah. Sebab taktik inilah ayah dah tak percayakan aku lagi. Air mataku kemali bergenang.
“Aduh, yang awak nak siku-siku saya ni kenapa?” sekali lagi suara abah kedengaran.
“Yang awak cakap kuat-kuat ni kenapa? Dengar si Fatin tu lain jadinya. Aliff dah minta maaf, kan? Biasalah manusia kalau terlajak perbuatan tu” marah ibu. Aku masih boleh tangkap kata-kata ibu meskipun jarak sedikit jauh.
“Hah! Itulah awak. Saya bebelkan anak, awak menangkan dia. Sampai ambil tindakan bukan-bukan. Macam tak ada adab! Mujur dia tak rogol budak tu. Ingat semudah itu nak mengawal nafsu?”
Ibu hanya diam. Terima kasih abah! Kalau tak mesti sampai sekarang aku tak tahu.

***

Malam itu buat kali pertama aku tidur sebilik dengan lelaki ajnabi. Berdebar tak usah cakaplah. Tapi, rasa marahku melebihi rasa berdebar ini. Aku baring di atas katil milik Aliff sebaik sahaja usai solat Isyak. Penat. Mentally and physically. Makan malan tadi pun aku lebih banyak diam daripada bercakap. Dan aku hanya akan buka mulut bila hendak menyuap nasi dan menjawab soalan je.
Tak lama kemudian aku terdengar pintu bilik dikuak. Aliff mungkin. Aku tidak memberikan apa-apa reaksi. Aliff terus masuk ke bilik air. Kemudian dia menunaikan solat. Usai solat, Aliff melangkah ke katil. Dadaku kembali berdebar.
“Sayang? Dah tidur?” soal Aliff perlahan. Mungkin mengelakkan aku terjaga jika aku sudah tidur. Bingkas aku bangkit dari pembaringan dan duduk di birai katil. Membuang pandang ke luar melalui celah langsir tingkap.
“Saya ada perkara nak bincang,” kataku tegas. Aliff mengambil tempat di sebelahku. Bahu kami bersentuh. Dadaku kembali berdegup kencang. Aduh! Macam mana ni?
“Apa, sayang?” soalnya lembut.
“Awak yang rancang semua ni kan? Kenapa? Apa dosa saya kat awak Aliff?” Aliff terpaku mendengar kata-kataku. Wajahnya berubah riak.
“Mana sayang tahu?” soalnya. Mungkin dia fikir tak patut untuknya berahsia lagi.
Aku memandangnya. “It’s not the answer for my question, Aliff Haikal!” nadaku meninggi.
Wajah Aliff sedikit tegang memamdangku. Tak suka aku meninggi suara barangkali. Kemudian pandangannya kembali redup. “Fatin, awak percaya pada cinta pandang pertama?”
Aku menjadi geram dengan tingkahnya. Soalan aku dia tak jawab, aku pula yang diberikan soalan.
“Abang jatuh cinta dengan Fatin sejak kali pertama abang jumpa Fatin. Abang boleh nampak yang Fatin ni seorang gadis kampung yang pandai jaga diri. Tapi abang geram bila abang cuba dekati Fatin, Fatin sering melarikan diri,” ujarnya panjang berjela. Riak wajahku sedikit pun tidak berubah mendengarkan kata-katanya. Apa? Dia ingat dia boleh beli jiwa aku dengan bercakap macam tu?
“Bila sampai hari terakhir Fatin bekerja, abang terpaksa buat macam tu. Abang tak nak kehilangan Fatin. So, langkah terbaik untuk dapatkan Fatin dengan cara macam tu. Abang akui, memang abang dah rancang daripada awal.”

Darahku kembali menggelegak. Aliff membuka mulut untuk meneruskan kata. Pantas aku mengangkat tangan. Menyuruhnya berhenti.
“Sudahlah. Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut awak. Cuma, saya nak mintak tolong kat awak. Tolong terangkan perkara sebenar dekat ayah saya. Kemudian, tolong lepaskan saya. Saya tak nak jadi isteri awak,” kataku tegas.
Aliff sedikit terkejut dengan permintaanku. Aku tak kisah dengan hubungan kami. Aku lebih sayangkan ayahku. Apa yang pasti esok pagi sebelum subuh aku akan tinggalkan rumah ini!

***

Final sem dah dua bulan berlalu. Maknanya lagi beberapa bulan sahaja lagi aku bakal menamatkan pembelajaranku di sini. Selama 2 bulan ini hidupku tiada gangguan daripada Aliff. Tapi ada masanya, rindu juga untuk melihatnya. Hubungan aku dengan ayah masih lagi dingin. Sering mengelak bila aku nak bercakap dengannya di telefon.
Ah, Aliff mesti tak cerita perkara sebenar kepada ayah. Rasa marahku padanya kembali meluap-luap. Namun aku sedar, rasa rinduku padanya melebihi rasa marah ini. Aku sering ternanti-nanti panggilan daripadanya. Namun sia-sia sahaja penantianku selama 2 bulan ini.
Deringan handset di atas meja mematikan khayalanku. Nombor yang terpapar di skrin tidak pernah kukenali. Aku menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Fatin ya?” suara seorang wanita mencecah gegendang telingaku.
“Wa’alaikumussalam. Ya, saya. Siapa ni?” soalku sopan.
“Ini ibu, Fatin. Fatin dah tak ingat ke?” Ibu? Ibu Aliff Haikal? Masakan aku boleh lupa!
“Oh, ibu. Ada apa ibu?” dadaku sedikit berdebar. Janganlah berita buruk tentang Aliff. Doaku dalam hati.
“Saja ja. Ibu rindu pada Fatin. Bila tanya Aliff tentang Fatin, dia diam je. Kamu bergaduh ke? Kenapa kamu balik U tak beritahu kami?” soalan demi soalan keluar dari mulut ibu. Aku menjadi serba salah. Malam aku meminta penjelasan Aliff, aku sudah menelefon teksi untuk mengambilku pukul 4.00 pagi. Seminggu sebelum semester bermula aku sudah berada di Johor Bahru. Terpaksalah aku menginap di rumah Anis sementara menunggu U dibuka.
“Err, taklah bu. Kami ok je. Aliff tengah buat apa tu?” berkobar-kobar semangatku untuk mendengar khabar Aliff.
“Aliff kerja. Semenjak Fatin pergi, dia asyik dengan kerja je. Diri sendiri pun dah tak terurus,” adu ibu. Aku terdiam. Kenapa Aliff jadi macam tu? Ah, aku tak akan menunjukkan yang aku begitu mengambil berat tentangnya selagi hubungan aku dan ayah tak pulih!
“Oh, macam tu. Okaylah ibu. Fatin ada kerja sedikit nak buat. Lain kali kalau ada masa Fatin telefon. Ini telefon rumah ya, bu?”
“Ya. Jangan lupakan ibu dan abah. Telefonlah selalu. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Talian mati. Huh, tak mungkin aku akan call rumah itu. Buatnya Aliff yang angkat?

***

Perjalanan dari Johor Bahru ke Temerloh terasa lama. Aku sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan kedua ibu bapaku. Terasa rindu sungguh! Terasa sekejap 4 tahun aku belajar meskipun dalam masa 4 tahun itu, pelbagai perkara telah berlaku dalam hidupku. Kebanyakan barang-barangku aku tumpang di rumah Anis. Mungkin 2-3 hari lagi aku akan ke sana untuk mengambilnya setelah hubungan aku dan ayah baik semula.
“Assalamualaikum. Mak, ayah! Fatin dah balik ni!” jeritku dari luar rumah. Terasa tanah yang dipijak tak cukup untuk aku melangkah.
“Waalaikumussalam,” jawab satu suara di balik pintu. Macam suara ayah. Ayah, Fatin rindu! Terus aku meletakkan beg dan meluru memeluk tubuh di balik pintu itu.
“Sayang, abang tak sangka yang sayang rindukan abang macam ni sekali.” Tangan lelaki itu kejap memeluk tubuhku. Aku mengangkat muka untuk melihat wajah lelaki itu. Aliff Haikal? Iya ke? Kenapa nampak lain? Dengan adanya jambang di wajahnya, aku hampir tidak mengenali lelaki itu.
Pantas aku menolak tubuh Aliff. Dadaku dah berdebar semacam. Lelaki ini terlalu hampir denganku. Bukan terlalu hampir, malah tubuhku dan tubuhnya dah bersatu sebentar tadi!
“Apa ni? Awak buat apa kat sini?” nada suaraku meninggi.
Aliff menarik tanganku. Menyuruhku duduk di atas sofa. “Awak yang meluru peluk saya. Bukannya saya yang tarik peluk awak.” Dia sengih mengusik.
Wajahku sedikit panas. Sedar kealpaan ku. “Awak buat apa kat sini? Tak malu ke datang rumah orang?” soalku sedikit lembut daripada tadi.
“Ada banyak perkara yang abang nak selesaikan.” Jawabnya. Aku menantikan kata-kata yang seterusnya. Namun, Aliff hanya mendiamkan diri. Tak lama kemudian, mak dan ayah keluar ke ruang tamu. Aku bingkas mendapatkan mereka berdua.
“Mak,” panggilku.
Belum sempat mak membuka mulut, aku dah peluk mak terlebih dahulu. Terasa rinduku sedikit terlerai. Kemudian aku mendapatkan ayah. Terasa sedikit gementar menantikan reaksinya. Baru aku hendak membuka mulut, ayah dah menarikku ke pelukannya. Air mataku laju menitis.
“Ayah, Fatin minta maaf sebab hancurkan hati ayah,” kataku di selangi esakan. Ayah mengusap belakangku lembut. Aku rindukan belaiannya.
“Dah, jangan menangis. Buruk dah besar-besar ni menangis,” usik ayah. Walhal matanya turut bertakung air.
“Aliff dah ceritakan semua kat ayah. Ayah minta maaf Fatin sebab tak percayakan kamu,” ujar ayah. Aku telah mendapatkan kepercayaan ayah kembali. Aku memeluk ayah erat. Tak mahu ayah ‘memboikot’ aku lagi.

“Fatin.” Aku melepaskan pelukanku dan beralih memandang Aliff.
“Thanks sebab tolong saya. Saya harap permintaan kedua saya awak boleh tunaikan sekarang,” ujarku tidak berperasaan.
Aliff menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tidak. Abang tak akan lepaskan sayang. You’re my wife forever and ever. Remember that. Cuma...” Aliff mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. “Abang nak lamar sayang kembali. Melamar dengan cara yang sebetulnya. Mengambil Fatin sebagai isteri abang dengan cara yang betul.”
Aku mendiamkan diri. Berfikir.
“Fatin? Abang nakkan jawapan Fatin.” Aliff memandangku penuh harap.
“Kita dah bercerai ke? 3 bulan kan awak nak beri apa-apa nafkah?” soalku.
“Belum. Kita tak pernah bercerai. Tiap-tiap bulan abang masukkan duit dalam akaun saying. Abang cakap dengan ayah, abang akan bertanggungjawab sepenuhnya.” Penjelasan daripada Aliff melegakanku. “Macam mana?”
Aku berjalan merapati Aliff. Tubuhnya kupeluk erat. Terlepas sudah rasa marah dan rindu selama ini. “I’m all yours, dear. Forever and ever.”
“Kalau macam tu, jadilah plan kita hujung bulan ni?” soal ayah tiba-tiba. Aku terpinga-pinga. Plan apa pula ni?
Aliff mengangguk dengan sebuah senyuman. Wajahnya lebih berseri daripada tadi walaupun jambangnya masih belum dikemaskan.
“Plan apa ayah?”
“Hujung minggu ni, buat kenduri kat rumah kita. Minggu depannya kat rumah Aliff.”
Oh, kenduri kahwin! Ya, dengan adanya kenduri ini tidak membuatkan aku rasa aku berkahwin kerana terpaksa. Aku memandang Aliff. Rasa sayangku melimpah ruah buat lelaki ini meskipun aku begitu membencinya sewaktu ketika dahulu.

10 comments:

Anis Mohd said...

gila ..
boleh pulak wat plan tangkap basah cam tu ..

hahaaaa

hudaSANGOOOOO said...

ahahah kalau aku mau kene penampo laki tuu hahaha :DD

Anonymous said...

gile
sah tingen gle nak makan penampo mask kicap tuh

blueskyz said...

giler ahh laki cmnih..mmg nk kna penampar..

Anonymous said...

klo iyer pun nk suh kna cekup...
xyah r buat lbih2 kat ank dara org tu...
bkan stakat pnampor..pakej dgan trajang2 skali ak bgi kat dia ni..

Anonymous said...

laki mcm tu sesuai ke buat suami. tak kawen lg pun brani peluk n cium. kalu ye rancang tak pyh lah lbih2.. aku bagi penampar, terajang, penyepak suma. bukankah definisi syg dan cinta adalah melihat kebahagiaan org yg kita cinta n syg serta melindunginya???

Mutmainnah Mazlan said...

ntah.. nak buat plan tangkap basah tak yah gitu skali. tu macam nk rape je.

lelaki gi bukan kasi pnampo dgn terajang je.
penumbuk, penyepak, penyapu,sume kasi.
tak nak ah suami gitu.

Anonymous said...

besala tuh...xbuleh nak control...sbb da syg sgt kot?!hahah....overall,cite ni menarik!

Sufi (",)

Anonymous said...

u r engine stdent haaa??from utm i guess..:)most of ur story related with engine n utm..btw..rely nice story..;P

Anonymous said...

Wou....cukup menarik memang gila,inila cinta berani mati cAliff nampaknya,alahai dipujuk pujuk X dapat,akhirnya dibawa lari sokong...Aliff heeehee..