“Kau cuti berapa lama?” Hasif bertanya kepada aku sewaktu
dia datang ke rumahku kelmarin.
“3 bulanlah. Apahal?” Tanyaku kembali.
“Kau nak kerja?” Hasif memandangku. Bercahaya matanya.
“Kerja apa?” soalku sambil aku menuangkan air ke dalam
cawannya.
“Kerani. Office aku nak orang ni. Tapi kontrak la. 3 bulan.
Kerani yang selalu cuti bersalin. Kau guna SPM kau,” terangnya.
Aku meletakkan kembali teko berisi kopi ke dalam dulang.
“Nanti aku tanya ayah. Dia tak bagi aku kerja sebenarnya.”
***
“Boleh ya ayah?” soalku penuh mengharap.
Ayah mengalihkan muka daripada suratkhabar yang dibacanya.
Dia menghela nafas panjang.
“Suka hati kamulah. Yang penting jaga diri.” Akhirnya ayah
memberikan kata putus. Mak pula tak kisah sangat kalau aku nak kerja. Ayah je
yang susah sikit nak pujuk.
Aku tersenyum. “Itu ayah jangan risau. Tempat tinggal semua
dah ada. Hasif carikan. Mungkin sewa bilik je kot.”
“Hrm…” balas ayah tak berminat. Matanya kembali menatap
surat khabar. Aku bingkas bangkit. Memberitahu Hasif keputusanku.
***
Hari pertama bekerja sebagai kerani tak lah teruk sangat.
Aku terpaksa menukarkan telefon nokia N73 kepada 3310 dan memakai baju kurung
ke tempat kerja bagi menampakkan ‘kekampungan’ aku dan ‘kesusahan’ hidupku.
Mana tak nya, masa temuduga semalam, aku cakap aku nak guna duit sangat-sangat
sebab ayah sakit. Ya Allah, mintak simpanglah ayah sakit! Huhu...
“Hai!” baru je aku membongkok untuk menghidupkan komputer,
satu suara dah menegurku.
Aku mengangkat muka. Siapa pulak ni? Aku tayang muka
innocent. Kemudian aku kembali menunduk. Ahah!
“Boleh saya tolong?” tegur suara itu tadi apabila melihatkan
aku terkial-kial hendak menggunakan word.
“Tak apa. Terima kasih,” kataku ringkas. Aku membuang
pandang ke arah meja Suzi da hadapanku. Tekun Suzi membuat kerjanya. Insan
disebelahku masih tak berganjak.
“Err, Suzi? Macam mana nak buat table?” soalku. Suzi
mengangkat muka daripada kerjanya.
“Fatin, you guna apa? Kalau nak buat table, I sarankan guna
excel. Lebih mudah,” panjang lebar Suzi mengajarku. Eheh, saje je. Kalau tak,
tak nampak lah yang aku ni budak kampung!
Lelaki itu masih lagi terpinga-pinga melihatku. Agaknya
dalam fikiran dia, perempuan ni kolot benar, ke? Nak buat table pun tak reti?
Aku tertawa dalam hati. Melihatkan aku tak mengendahkan kehadirannya, lelaki
itu melangkah pergi. Barulah rasa tenang debaran kat dada ni. Kalau tak, rasa
semacam aja.
Waktu lunch, aku dan Suzi berjalan bersama ke kafe. Tengah
hari itu, aku hanya memilih nasi berlaukkan ikan goreng dan masak lemak bayam.
Sebaik sahaja aku duduk, wajah lelaki tadi berlegar-legar di mindaku.
“Suzi,” panggilku. Suzi memandangku dengan kening terangkat.
“Siapa yang yang berdiri sebelah meja Fatin masa Fatin tanya
Suzi nak buat table?” soalku berhati-hati. Suzi tersenyum.
“Oh, Aliff? Dia tu engineer kat sini. Handsome kan? Ada
iras-iras Fahrin Ahmad kan?”
“Fahrin? Siapa tu?” Artis ke? Aku mana tahu sangat hal
artis-artis ni.
“Lah, Fahrin pun you tak kenal? Peliklah you Fatin.” Suzi
kembali meneruskan kunyahannya.
Pelik tak peliklah Suzi. Dah memang aku macam ni. Aku
tersenyum dalam hati. Kami sambung makan tanpa perbualan. Tak lama kemudian,
aku terasa ada seseorang duduk di kerusi sebelahku. Dadaku kembali berdebar.
Debaran yang sama seperti Aliff berdiri di sebelah mejaku.
“May I join you all?” tegur satu suara yang arahnya datang
dari sebelahku.
Nak tanya apa lagi? Dah duduk pun. Takkan aku atau Suzi nak
halau pulak! Rungutku di dalam hati. Aku tidak memberikan sebarang reaksi.
“Silalah, lagipun I dengan Fatin berdua je.” Suara Suzi
mencecah gegendang telingaku. Erm...
“Oh, Fatin ya nama kawan you?”
Aku diam tak berkutik. Khusyuk meneruskan kunyahanku.
“Sombong ya dia?” soal Aliff kepada Suzi. Tapi, lebih
menyindir aku.
Aku menoleh ke kananku. “Ya? Ada apa-apa masalah, encik?”
Aliff tersenyum-senyum. “Aliff Haikal. Panggil sahaja
Aliff.” Aliff meletakkan sudu garfu lalu tangan kanannya disuakan kepadaku. Aku
hanya membiarkan tangannya disambut angin lalu.
Keningku terangkat sebelah. “Maaf ya, bukan muhrim.” Aku
kembali memandang nasi yang tinggal separuh. Walhal, kat jantung dah macam kat
tekak!
Dari hujung mata aku memerhatikan Aliff. Ingin melihat
reaksinya apabila ‘salam persahabatan’ daripadanya tidak ku sambut. Aliff
seolah-olah terkejut melihatku. Mesti selalu bersalam dengan perempuan. Hai...
Kadang-kadang aku terfikir? Kenapa orang yang kerja profesional macam ni ambil
ringan je hukum agama. Tapi aku tahu, tak semua macam tu.
***
Minggu seterusnya berjalan seperti biasa. Aliff pula selalu
juga menebeng kat mejaku. Cuma aku je yang buat tak sedar yang dia ada. Banyak
lagi kerja yang aku boleh buat. Kalau dia bertanyakan sesuatu, aku hanya
membiarkan Suzi yang menjawab bagi pihak aku.
Petang itu aku menunggu Hasif seperti biasa. Memang sejak
hari pertama bekerja aku pergi dan balik dengan dia. Sedang aku duduk di
perhentian bas, sebuah kereta BMW E 46 berhenti betul-betul dihadapanku.
Kemudian cermin di tempat penumpang sebelah pemandu diturunkan.
“Hai,” tegur Aliff.
Aku memandang ke arah lain. Terdengar suara perempuan lain
yang membalas teguran Aliff. Aku ketawa dalam hati. Aliff terpinga-pinga
memandang perempuan itu.
“Fatin, awak tunggu siapa? Mari, saya tumpangkan awak,”
pelawanya. Aku memandangnya. Pelik. Selalunya tak pernah-pernah aku nampak dia
waktu balik. Kenapa hari ni terjumpa pula?
“Tak apa. Terima kasih. Kebetulan, kawan saya dah sampai.”
Aku menarik nafas lega bila kereta Waja milik Hasif
menonjolkan diri. Bingkas aku bangkit dari duduk lalu berjalan mendapatkan
Hasif. Nasib baik Hasif datang tepat masanya. Kalau tak, macam mana lah aku nak
larikan diri daripada Aliff. Dekat dengan dia membuatkan aku tak keruan!
***
Masuk bulan kedua aku bekerja, aku semakin serasi dengan
syarikat ni. Mungkin lepas gradute aku boleh apply kerja kat sini? Tapi...
“Hai!” tegur satu suara.
Tapi... sanggup ke aku kerja sekali dengan mamat ni? Aku
mengangkat muka memandang Aliff di hadapan ku. Mamat ni tak de kerja ke? Asyik
menebeng kat meja aku je. Kata engineer?
“Hai,” balasku tak berminat. Aiseh, apahal hati aku berdebar
sebagai nih?
“I nak tanya sikit boleh?” soal Aliff tiba-tiba.
Aku hanya mengangguk tanpa memandangnya.
“Apa hubungan awak dengan Hasif?” soalnya.
“Apa punya jenis soalan tu?” soalku kembali.
“Soalan tentang hati dan perasaan,” jawabnya selamba.
Eheh, apa punya jawapan da.
“Kenapa? Ada beri awak masalah ke?” Aku memandang Aliff. Dia
mengangguk.
“Ada. I pelik. I yang kerja bagus ni you tak layan. Dia yang
kerja technician je boleh bawak you balik. Huh, mantap! Dia guna-gunakan you
apa?” sinis sekali kata-katanya.
Ek, eh mamat ni. Suka-suka dia je nak mengutuk orang. Apa?
Technician tu tak standard ya? Dia tak tahu, kalau technician tak ada susah
hidup dia. Yang dia tahu mengarah je.
Aku tak membalas kata-katanya. Pertama kali aku rasa sungguh
geram dengan mamat ni. Bajet bagus sangatlah! Aku membiarkan Aliff yang berdiri
di hadapanku. Kerjaku yang terbengkalai kusambung. Melihatkan aku tidak
melayannya, Aliff mendengus marah sebelum pergi.
***
Hari ni hari terakhir aku kat sini. Final sem pun nak start
minggu depan. Huh, akhirnya berjaya jugak aku mengharungi saat-saat terakhir
kat sini. Aliff sejak kes dia tanya pasal Hasif tu, terus aku tak layan. Senyum
pun tak. Tak kuasa aku nak melayan orang yang perasan bagus ni.
Aku menyiapkan kerja seperti biasa. Disebabkan hari ni hari
terakhir, aku terpaksa pulang lewat sedikit. Kunci office memang sudah aku
minta daripada bos.Bos suruh aku pak cik jaga bila hendak pulang nanti.
“Fatin, you tak apa ke sorang-sorang ni?” Suzi menyapaku.
Lagaknya sudah bersiap untuk pulang.
Aku tersenyum. “Tak apa. Bukannya lewat sangat pun. Mungkin
dekat pukul 7 malam nanti Fatin balik.”
Suzi berjalan merapatiku. Sebaik sahaja aku bangun, tubuhku
dipeluk.
“You jangan lupakan I ya. Nanti contactlah. Lepas ni kalau I
teringin nak makan ikan Patin, I datang kampung you ya?” katanya.
Aku tergelak. “Eh, datanglah. Tapi beritahu Fatin dulu.
Takut Fatin tak ada nanti.”
“Okaylah, I pergi dulu. Husband I dah tunggu tu. Bye. Take
Care.” Sempat Suzi melambaiku sebelum melangkah pergi.
Keadaan office yang agak sunyi membuatkan aku terasa sedikit
seram. Laju sahaja aku menyiapkan kerjaku. Akhirnya kerjaku siap apabila aku
melihat jam menunjukkan pukul 6.45 petang. 1 jam 45 minit aku kerja overtime
hari ni. Selalunya tepat pukul 5.00 petang akulah yang sibuk siap nak balik.
Aku mengemas barang-barangku memandangkan esok aku tidak
akan datang ke sini lagi. Selamat tinggal mejaku. Selamat tinggal officeku.
Selamat tinggal Aliff! Aku melangkah ke lobby office dengan sebuah senyuman.
Baru je aku berjalan melepasi sofa, aku terasa satu tangan memeluk pinggangku
dan membaringkan aku di atas sofa. Spontan aku terjerit.
“Aliff?! Apa ni?” terkejut beruk aku bila melihat Aliff
berdiri di sebelah sofa.
Aliff tersenyum penuh makna melihatku. Jantungku sudah
berdegup laju. Aku cuba untuk bangun tetapi Aliff lebih cepat mengambil
tindakan. Dia terus baring menindih badanku, membuatku tidak dapat bergerak
walau sedikit pun. Tangannya menanggalkan tudung yang ku pakai. Rambutku yang
separas bahu terlepas mengurai. Aku sudah mula tak sedap hati.
“Eh, apa ni Aliff?! Tolonglah, Fatin nak balik. Jangan buat
Fatin macam ni,” air mataku sudah mula bergenang. Ya Allah, selamatkanlah aku!
“Heh, selama ni kau tak layan aku kan? Hari ni jugak aku
akan buat kau layan aku! Kau tu yang berlagak sangat Fatin! Aku layan kau
elok-elok kau sombong sangat!” Tangan Aliff sudah ligat mengusap wajahku. Aku
menjadi semakin takut. Argh, lelaki ini! Tangan dan badanku terkunci dalam
pelukannya. Tak lama kemudian, aku terdengar bunyi pintu utama di buka.
Cepat-cepat Aliff bangun. Tangannya meraup wajahnya. Aku
terkelu apabila melihat dua orang anggota polis dan beberapa orang lelaki
berserban melangkah masuk ke dalam lobby. Alif mengemaskan bajunya dan aku
cepat-cepat mengambil tudung untuk menutup kembali rambutku.
“Assalamualaikum,” tegur salah seorang daripada mereka
sambil menghulurkan tangan.
“Wa’alaikumussalam.” Aliff menjawab salam lalu menyambut
hukuran itu. Mulutku menggumam menjawab salam. Wajah ayah dan mak dah
berlegar-legar di fikiranku. Terasa masa depanku musnah!
“Encik dengan cik ni suami isteri ke?” tanya lelaki itu.
Perlahan-lahan Aliff menggeleng-gelengkan kepala.
“Ada orang lain di sini?” soalnya lagi. Sekali lagi Aliff
menggeleng-gelengkan kepala.
Melihatkan gelengan Aliff, lelaki itu menggelengkan kepala.
“Minta kad pengenalan kamu berdua.” Kemudian dia menulis sesuatu di atas
sehelai kertas sebaik sahaja kami memberikan kad pengenalan kami.
“Saya minta maaf. Kamu berdua terpaksa mengikut kami ke memandangkan
kamu berdua berdua-duaan di tempat sunyi dan menimbulkan syak.” Aku melepaskan
keluhan. Kemudian mataku menjeling ke arah Aliff. mendongkol rasa marah di dalam
dada. Aliff menayangkan muka selamba tanpa sedikitr pun riak bersalah.
***
Menyinga wajah ayah sebaik sahaja aku sampai di rumah tengah
malam itu. Wajah bengis ayah ku tatap dengan takut. Air mataku dah mengalir
seperti empangan pecah sejak dalam perjalanan ke sini lagi. Sepanjang
perjalanan Aliff memujukku untuk bertanggungjawab dan menjelaskan perkara
sebenar kepada ayah.
“Dasar anak tak kenang budi! Patutlah kau beriya-iya nak
kerja dulu. Konon nak belajar cari duit! Tapi kau cari laki! Anak tak guna!”
Ringan tangan ayah menyentuh pipiku. Air mataku laju mengalir. Mak hanya
berdiri tanpa dapat membuat apa-apa.
“Ayah, Fatin minta maaf. Ni semua salah faham, ayah.
Percayalah cakap Fatin.” Aku cuba menagih simpati ayah. Kaki ayah kupeluk erat.
Cepat-cepat ayah mengalihkan kakinya. “Sudah! Ayah tak nak
dengar apa-apa lagi. Sebelum satu kampung tahu kau kena tangkap basah, aku nak
kau menikah dengan jantan tu!” tegas ayah.
Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju. Aku
mengalih pandang melihat Aliff. Aku cuba meminta pertolongannya supaya ayah
menarik balik arahannya.
“Pak cik,” tegur Aliff, seakan-akan faham apa yang aku
fikirkan tadi.
“Saya minta maaf kerana membuat perkara tak senonoh dengan
anak pak cik.” Kata-kata Aliff bagai halilintar buatku. Masakan dia mahu ayah
semakin marah denganku dengan mengeluarkan kata-kata seolah-olah aku dan dia
pernah berbuat sesuatu?
“Saya sayangkan Fatin, pak cik. Saya sanggup
bertanggungjawab. Saya akan bersihlkan nama keluarga pak cik.”
What?! Mamat ni betul-betul gila. Betul-betul dah gila!
“Fatin, ayah tak nak dengar perkataan tak nak dari mulut
kamu. Esok kamu berdua bersiap. Kita uruskan apa yang patut. Kamu dengar,
Fatin?!”
Dari nada suara ayah aku dah tahu yang aku tidak boleh
membantah lagi. Aku memandang Aliff dengan penuh rasa benci. Andai aku boleh
undurkan masa, sudah tentu aku tidak akan menjejakkan kaki ke company itu lagi!
***
Keesokan harinya, tepat pukul 10.00 aku dah menyandang
gelaran Mrs. Aliff Haikal. Aku lihat wajah Aliff sungguh bahagia. Berbeza
sungguh denganku yang muram sejak semalam. Jangan-jangan lelaki ini yang
rancang semua?
“Fatin,” panggil ayah. Aku menoleh melihat wajah tegang ayah
yang masih tak berubah sejak semalam.
“Ya, ayah. Kenapa?”
“Ayah nak kamu ikut Aliff balik hari ni. Esok dia kerja
kan?” Tersentak aku mendengar kata-kata ayah. Ikut lelaki tu balik?!
“Tapi, yah...”
“Ayah tak nak dengar apa-apa lagi. Hai, nak suruh ikut balik
pun tak nak? Sebelum kahwin buat benda tak senonoh tak kisah pulak?” sinis
sahaja suara ayah di pendengaranku. Pantas aku menunduk sebik sahaja merasakan
air mata mula hendak menitis.
“Baiklah ayah,” kataku perlahan sambil menghayunkan kaki ke
bilik.
Sebaik sahaja aku masuk bilik, empangan air mataku pecah.
Aku sudah tak dapat menahan perasaan lagi. Aku duduk di tepi katil. Aliff yang
ketika itu baru keluar dari bilik air pelik melihatku.
“Sayang? Kenapa ni?” tegurnya.
Aku mematikan diri. Malas mahu bersoal jawab dengannya.
Kalau tak kerananya, pasti hidup aku tak jadi macam ni. Aliff memanjangkan
tangan kanannya menyentuh bahuku. Pantas aku menepis tangannya.
Kemudian aku bangkit dan menapak keluar meninggalkan Aliff
yang terpinga-pinga di bilik.
Petang itu aku dan Aliff bersiap-siap untuk pulang ke KL.
Aku pergi mendapatkan mak yang masih di dalam bilik sebelum kami bertolak.
Sejak aku pulang malam tadi, aku langsung tak berkesempatan untuk berbual
panjang dengan mak.
“Mak?” tegurku sebaik sahaja aku masuk ke bilik mak.
Perbuatan mak mengesat air mata terkesan jua di mataku. Mak
bangun dari duduk dan berjalan mendapatkan aku. Terus aku memeluk mak sebaik
sahaja mak berdiri di hadapanku. Air mataku kembali tumpah.
“Fatin Najihah anak mak. Sekarang kamu dah jadi isteri
orang. Jaga diri ya nak,” pesan mak. Mak mengusap-usap belakangku.
“Mak, mak percayakan Fatin tak pernah buat benda tak elok?
Mak percayakan Fatin kan, mak?” soalku. Hanya maklah harapanku kini. Melihatkan
mak terangguk-angguk membuatkan dadaku lapang sedikit.
“Mak percayakan anak mak. Fatin seorang je anak mak. Tak ada
lain. Fatin, mak tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi yang pasti, mak
yakin kamu tak pernah buat bukan-bukan. Fatin, ingat pesan mak. Dengar cakap
suami. Walau macam mana pun Fatin tak suka kat dia, Fatin kena ingat, syurga
Fatin kat suami Fatin. Bukan kat mak lagi,” panjang nasihat mak. Aku hanya diam
mendengarkannya.
“Fatin nanti jangan lupakan mak ya.” Mak dah mengesat air
matanya. Mak, maafkan Fatin sebab buat mak menangis.
***
Awal malam barulah kami sampai di rumah Aliff. Aliff tinggal
bersama kedua ibu bapanya memandangkan dia anak bongsu dan hanya tinggal dia
yang belum berkahwin. Aliff memakirkan kereta di hadapan rumah teres dua
tingkat itu. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, pintu utama rumah itu dibuka
dari dalam. Seorang wanita separuh abad keluar. Dia tersenyum memandangku.
Sebaik sahaja aku keluar dari perut kereta, perempuan itu
mendapatkan ku. Aliff mengambil tugas untuk mengeluarkan barang-barangku.
Banyak juga sebenarnya sebab aku bawa sekali barang untuk naik sem minggu
depan.
“Ini Fatin ya?” soalnya.
Aku cuba mengukir senyuman buatnya. “Saya, mak cik.” Kami
bersalaman.
“Eh, apa mak cik-mak cik. Panggil ibu,” katanya. Aku
terdiam. Oh, mak Aliff! “Fatin ni manis orangnya. Patutlah Aliff tak tidur
malam dibuatnya.”
Aku menjadi malu dengan kata-kata dari ibu Aliff. Tak lama
kemudian, keluar seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan ibu. Aku dapat
merasakan yang lelaki ini ayah Aliff.
“Menantu abah?” tegur lelaki itu. Aku sudah tak tahu nak
tayang muka macam mana. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian aku menyalami
tangan abah.
“Memang lawa menantu kita. Aliff mana?” soal abah.
“Aliff kat sini. Angkat barang Fatin sekejap. Ibu, abah
masuklah dulu. Berbual kat dalam lagi selesa. Sayang, abang angkat
barang-barang dulu ya?”
Aku malu sendiri apabila Aliff membahasakan diri abang dan
memanggilku sayang di hadapan kedua orang tuanya. Lelaki ni, mulut manis
sungguh!
Aku turut membantu Aliff mengangkat barang. Sebuah kotak
sebderhana besar berisi buku-buku, aku angkat. Baru sahaja aku mesuk ke ruang
tamu, aku terdengar suara abah berbual dengan ibu dari arah dapur.
“Hai... kenapalah Alif ambil tindakan terburu-buru tanpa
berbincang. Bukannya kita tak boleh pergi jumpa keluarga budak tu, cakap
elok-elok nak meminang. Ini dah jadi macam ni baru menyesal tak sudah buat
taktik kotor macam tu.” Bebel abah panjang.
Aku yang sedang berjalan tiba-tiba berhenti. Taktik kotor?
Ya Allah. Sebab taktik inilah ayah dah tak percayakan aku lagi. Air mataku
kemali bergenang.
“Aduh, yang awak nak siku-siku saya ni kenapa?” sekali lagi
suara abah kedengaran.
“Yang awak cakap kuat-kuat ni kenapa? Dengar si Fatin tu lain
jadinya. Aliff dah minta maaf, kan? Biasalah manusia kalau terlajak perbuatan
tu” marah ibu. Aku masih boleh tangkap kata-kata ibu meskipun jarak sedikit
jauh.
“Hah! Itulah awak. Saya bebelkan anak, awak menangkan dia.
Sampai ambil tindakan bukan-bukan. Macam tak ada adab! Mujur dia tak rogol
budak tu. Ingat semudah itu nak mengawal nafsu?”
Ibu hanya diam. Terima kasih abah! Kalau tak mesti sampai
sekarang aku tak tahu.
***
Malam itu buat kali pertama aku tidur sebilik dengan lelaki
ajnabi. Berdebar tak usah cakaplah. Tapi, rasa marahku melebihi rasa berdebar
ini. Aku baring di atas katil milik Aliff sebaik sahaja usai solat Isyak.
Penat. Mentally and physically. Makan malan tadi pun aku lebih banyak diam
daripada bercakap. Dan aku hanya akan buka mulut bila hendak menyuap nasi dan
menjawab soalan je.
Tak lama kemudian aku terdengar pintu bilik dikuak. Aliff
mungkin. Aku tidak memberikan apa-apa reaksi. Aliff terus masuk ke bilik air.
Kemudian dia menunaikan solat. Usai solat, Aliff melangkah ke katil. Dadaku
kembali berdebar.
“Sayang? Dah tidur?” soal Aliff perlahan. Mungkin
mengelakkan aku terjaga jika aku sudah tidur. Bingkas aku bangkit dari
pembaringan dan duduk di birai katil. Membuang pandang ke luar melalui celah
langsir tingkap.
“Saya ada perkara nak bincang,” kataku tegas. Aliff
mengambil tempat di sebelahku. Bahu kami bersentuh. Dadaku kembali berdegup
kencang. Aduh! Macam mana ni?
“Apa, sayang?” soalnya lembut.
“Awak yang rancang semua ni kan? Kenapa? Apa dosa saya kat
awak Aliff?” Aliff terpaku mendengar kata-kataku. Wajahnya berubah riak.
“Mana sayang tahu?” soalnya. Mungkin dia fikir tak patut
untuknya berahsia lagi.
Aku memandangnya. “It’s not the answer for my question,
Aliff Haikal!” nadaku meninggi.
Wajah Aliff sedikit tegang memamdangku. Tak suka aku
meninggi suara barangkali. Kemudian pandangannya kembali redup. “Fatin, awak
percaya pada cinta pandang pertama?”
Aku menjadi geram dengan tingkahnya. Soalan aku dia tak
jawab, aku pula yang diberikan soalan.
“Abang jatuh cinta dengan Fatin sejak kali pertama abang
jumpa Fatin. Abang boleh nampak yang Fatin ni seorang gadis kampung yang pandai
jaga diri. Tapi abang geram bila abang cuba dekati Fatin, Fatin sering melarikan
diri,” ujarnya panjang berjela. Riak wajahku sedikit pun tidak berubah
mendengarkan kata-katanya. Apa? Dia ingat dia boleh beli jiwa aku dengan
bercakap macam tu?
“Bila sampai hari terakhir Fatin bekerja, abang terpaksa
buat macam tu. Abang tak nak kehilangan Fatin. So, langkah terbaik untuk
dapatkan Fatin dengan cara macam tu. Abang akui, memang abang dah rancang
daripada awal.”
Darahku kembali menggelegak. Aliff membuka mulut untuk
meneruskan kata. Pantas aku mengangkat tangan. Menyuruhnya berhenti.
“Sudahlah. Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut awak.
Cuma, saya nak mintak tolong kat awak. Tolong terangkan perkara sebenar dekat
ayah saya. Kemudian, tolong lepaskan saya. Saya tak nak jadi isteri awak,”
kataku tegas.
Aliff sedikit terkejut dengan permintaanku. Aku tak kisah
dengan hubungan kami. Aku lebih sayangkan ayahku. Apa yang pasti esok pagi
sebelum subuh aku akan tinggalkan rumah ini!
***
Final sem dah dua bulan berlalu. Maknanya lagi beberapa
bulan sahaja lagi aku bakal menamatkan pembelajaranku di sini. Selama 2 bulan
ini hidupku tiada gangguan daripada Aliff. Tapi ada masanya, rindu juga untuk
melihatnya. Hubungan aku dengan ayah masih lagi dingin. Sering mengelak bila
aku nak bercakap dengannya di telefon.
Ah, Aliff mesti tak cerita perkara sebenar kepada ayah. Rasa
marahku padanya kembali meluap-luap. Namun aku sedar, rasa rinduku padanya
melebihi rasa marah ini. Aku sering ternanti-nanti panggilan daripadanya. Namun
sia-sia sahaja penantianku selama 2 bulan ini.
Deringan handset di atas meja mematikan khayalanku. Nombor
yang terpapar di skrin tidak pernah kukenali. Aku menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Fatin ya?” suara seorang wanita mencecah
gegendang telingaku.
“Wa’alaikumussalam. Ya, saya. Siapa ni?” soalku sopan.
“Ini ibu, Fatin. Fatin dah tak ingat ke?” Ibu? Ibu Aliff
Haikal? Masakan aku boleh lupa!
“Oh, ibu. Ada apa ibu?” dadaku sedikit berdebar. Janganlah
berita buruk tentang Aliff. Doaku dalam hati.
“Saja ja. Ibu rindu pada Fatin. Bila tanya Aliff tentang
Fatin, dia diam je. Kamu bergaduh ke? Kenapa kamu balik U tak beritahu kami?”
soalan demi soalan keluar dari mulut ibu. Aku menjadi serba salah. Malam aku
meminta penjelasan Aliff, aku sudah menelefon teksi untuk mengambilku pukul
4.00 pagi. Seminggu sebelum semester bermula aku sudah berada di Johor Bahru.
Terpaksalah aku menginap di rumah Anis sementara menunggu U dibuka.
“Err, taklah bu. Kami ok je. Aliff tengah buat apa tu?”
berkobar-kobar semangatku untuk mendengar khabar Aliff.
“Aliff kerja. Semenjak Fatin pergi, dia asyik dengan kerja
je. Diri sendiri pun dah tak terurus,” adu ibu. Aku terdiam. Kenapa Aliff jadi
macam tu? Ah, aku tak akan menunjukkan yang aku begitu mengambil berat
tentangnya selagi hubungan aku dan ayah tak pulih!
“Oh, macam tu. Okaylah ibu. Fatin ada kerja sedikit nak
buat. Lain kali kalau ada masa Fatin telefon. Ini telefon rumah ya, bu?”
“Ya. Jangan lupakan ibu dan abah. Telefonlah selalu. Jaga
diri elok-elok. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Talian mati. Huh, tak mungkin aku akan
call rumah itu. Buatnya Aliff yang angkat?
***
Perjalanan dari Johor Bahru ke Temerloh terasa lama. Aku
sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan kedua ibu bapaku. Terasa rindu
sungguh! Terasa sekejap 4 tahun aku belajar meskipun dalam masa 4 tahun itu,
pelbagai perkara telah berlaku dalam hidupku. Kebanyakan barang-barangku aku
tumpang di rumah Anis. Mungkin 2-3 hari lagi aku akan ke sana untuk
mengambilnya setelah hubungan aku dan ayah baik semula.
“Assalamualaikum. Mak, ayah! Fatin dah balik ni!” jeritku
dari luar rumah. Terasa tanah yang dipijak tak cukup untuk aku melangkah.
“Waalaikumussalam,” jawab satu suara di balik pintu. Macam
suara ayah. Ayah, Fatin rindu! Terus aku meletakkan beg dan meluru memeluk
tubuh di balik pintu itu.
“Sayang, abang tak sangka yang sayang rindukan abang macam
ni sekali.” Tangan lelaki itu kejap memeluk tubuhku. Aku mengangkat muka untuk
melihat wajah lelaki itu. Aliff Haikal? Iya ke? Kenapa nampak lain? Dengan
adanya jambang di wajahnya, aku hampir tidak mengenali lelaki itu.
Pantas aku menolak tubuh Aliff. Dadaku dah berdebar semacam.
Lelaki ini terlalu hampir denganku. Bukan terlalu hampir, malah tubuhku dan
tubuhnya dah bersatu sebentar tadi!
“Apa ni? Awak buat apa kat sini?” nada suaraku meninggi.
Aliff menarik tanganku. Menyuruhku duduk di atas sofa. “Awak
yang meluru peluk saya. Bukannya saya yang tarik peluk awak.” Dia sengih
mengusik.
Wajahku sedikit panas. Sedar kealpaan ku. “Awak buat apa kat
sini? Tak malu ke datang rumah orang?” soalku sedikit lembut daripada tadi.
“Ada banyak perkara yang abang nak selesaikan.” Jawabnya.
Aku menantikan kata-kata yang seterusnya. Namun, Aliff hanya mendiamkan diri.
Tak lama kemudian, mak dan ayah keluar ke ruang tamu. Aku bingkas mendapatkan
mereka berdua.
“Mak,” panggilku.
Belum sempat mak membuka mulut, aku dah peluk mak terlebih
dahulu. Terasa rinduku sedikit terlerai. Kemudian aku mendapatkan ayah. Terasa
sedikit gementar menantikan reaksinya. Baru aku hendak membuka mulut, ayah dah
menarikku ke pelukannya. Air mataku laju menitis.
“Ayah, Fatin minta maaf sebab hancurkan hati ayah,” kataku
di selangi esakan. Ayah mengusap belakangku lembut. Aku rindukan belaiannya.
“Dah, jangan menangis. Buruk dah besar-besar ni menangis,”
usik ayah. Walhal matanya turut bertakung air.
“Aliff dah ceritakan semua kat ayah. Ayah minta maaf Fatin
sebab tak percayakan kamu,” ujar ayah. Aku telah mendapatkan kepercayaan ayah
kembali. Aku memeluk ayah erat. Tak mahu ayah ‘memboikot’ aku lagi.
“Fatin.” Aku melepaskan pelukanku dan beralih memandang
Aliff.
“Thanks sebab tolong saya. Saya harap permintaan kedua saya
awak boleh tunaikan sekarang,” ujarku tidak berperasaan.
Aliff menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tidak. Abang tak akan
lepaskan sayang. You’re my wife forever and ever. Remember that. Cuma...” Aliff
mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. “Abang nak lamar sayang kembali.
Melamar dengan cara yang sebetulnya. Mengambil Fatin sebagai isteri abang
dengan cara yang betul.”
Aku mendiamkan diri. Berfikir.
“Fatin? Abang nakkan jawapan Fatin.” Aliff memandangku penuh
harap.
“Kita dah bercerai ke? 3 bulan kan awak nak beri apa-apa
nafkah?” soalku.
“Belum. Kita tak pernah bercerai. Tiap-tiap bulan abang
masukkan duit dalam akaun saying. Abang cakap dengan ayah, abang akan
bertanggungjawab sepenuhnya.” Penjelasan daripada Aliff melegakanku. “Macam
mana?”
Aku berjalan merapati Aliff. Tubuhnya kupeluk erat. Terlepas
sudah rasa marah dan rindu selama ini. “I’m all yours, dear. Forever and ever.”
“Kalau macam tu, jadilah plan kita hujung bulan ni?” soal
ayah tiba-tiba. Aku terpinga-pinga. Plan apa pula ni?
Aliff mengangguk dengan sebuah senyuman. Wajahnya lebih
berseri daripada tadi walaupun jambangnya masih belum dikemaskan.
“Plan apa ayah?”
“Hujung minggu ni, buat kenduri kat rumah kita. Minggu
depannya kat rumah Aliff.”
Oh, kenduri kahwin! Ya, dengan adanya kenduri ini tidak
membuatkan aku rasa aku berkahwin kerana terpaksa. Aku memandang Aliff. Rasa
sayangku melimpah ruah buat lelaki ini meskipun aku begitu membencinya sewaktu
ketika dahulu.
10 comments:
gila ..
boleh pulak wat plan tangkap basah cam tu ..
hahaaaa
ahahah kalau aku mau kene penampo laki tuu hahaha :DD
gile
sah tingen gle nak makan penampo mask kicap tuh
giler ahh laki cmnih..mmg nk kna penampar..
klo iyer pun nk suh kna cekup...
xyah r buat lbih2 kat ank dara org tu...
bkan stakat pnampor..pakej dgan trajang2 skali ak bgi kat dia ni..
laki mcm tu sesuai ke buat suami. tak kawen lg pun brani peluk n cium. kalu ye rancang tak pyh lah lbih2.. aku bagi penampar, terajang, penyepak suma. bukankah definisi syg dan cinta adalah melihat kebahagiaan org yg kita cinta n syg serta melindunginya???
ntah.. nak buat plan tangkap basah tak yah gitu skali. tu macam nk rape je.
lelaki gi bukan kasi pnampo dgn terajang je.
penumbuk, penyepak, penyapu,sume kasi.
tak nak ah suami gitu.
besala tuh...xbuleh nak control...sbb da syg sgt kot?!hahah....overall,cite ni menarik!
Sufi (",)
u r engine stdent haaa??from utm i guess..:)most of ur story related with engine n utm..btw..rely nice story..;P
Wou....cukup menarik memang gila,inila cinta berani mati cAliff nampaknya,alahai dipujuk pujuk X dapat,akhirnya dibawa lari sokong...Aliff heeehee..
Post a Comment