::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

04 March 2009

Yop, aku sayang kau!

Yop, Aku Sayang Kau!
Duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa cukup membosankan. Sementara menunggu keputusan SPM, ingin juga aku bekerja seperti rakan-rakan yang lain. Tapi, mak sering mematikan niat aku yang satu itu.
“Adik, gosok baju aku, aku dah lambat dah ni!” Yop menjerit memanggilku.
“Argh... tak habis-habis mengarah!” jeritku di dalam hati. Kalau Yop dengar, habis aku kena marah. Dengan hati yang bengang aku melangkah juga ke bilikku. Baju kemeja Yop yang tergantung di dalam bilik aku capai. Seterika dihidupkan. Sementara menunggu ia panas, sempat aku meluahkan rasa marahku.

“Ingat aku ni bibik dia ke? Dah tahu lambat bangunlah awal! Ni tak! Tidur lambat, bangun lambat. Kalau buat kerja takpe jugak! Ni dok menghadap internet 24 jam. Hisy...” rungutku. Tanpa aku sedari, ibu sudah berada di pintu bilikku. Melihat perangai aku.
“Adik, janganlah berkira sangat dengan Yop tu. Korang tu dua beradik je. Yop tu mana pernah berkira dengan adik? Tengok, setiap hujung bulan ada je duit yang dia bagi.”
“Ah mak, bukannya adik nak sangat duit dia tu! Tak mati pun kalau tak dapat. Suruh orang buat kerja sikit, lepas tu cakap, kan Yop bagi elaun. Alah, setakat RM 50 je, nak buat apa!” jawabku.
“Adik! Mulut tu jga sikit! Jangan cakap ikut sedap mulut je! Kamu ni, makin hari makin teruk!” Mak melangkah keluar dengan muka masam.
Ah mak. Tak pernah faham perasaan aku. Asyik-asyik dia menangkan Yop Si Tuan Pengarah itu. Sakit hati aku. Kalaulah abah masih ada, mesti dia menangkan aku. 5 minit selepas itu baju Yop digosok. Aku masuk ke bilik Yop dan menggantungkan baju kemejanya di pintu almari. Tiba-tiba aku terdengar suara rengekan. Anis! Aduh, dah bangun dah budak kecil ni? Aku dahlah malas nak melayannya. Apa taknya, aku ni bukannya biasa dengan budak kecil! Aku terus mendukungnya sebelum dia menangis.
“Yop! Anis dah bangun ni” Hisy, anak dengan bapak sama je menyusahkan aku. Dahlah maknya kursus 3 bulan.
“Tolong tengokkan Anis tu, buatkan susu. 1 air panas, 3 air biasa, susu taruk 4,” arah Si Tuan Pengarah dari dalam bilik air.
Ah sudah, apa yang 1, 3, 4. ”Mak, Anis nak susu ni. Hisy... Buat anak pandai, jaga tak nak”
“Adik! Jaga sikit mulut tu. Mak cili karang! Belajar-belajar lah layan si Anis tu. Kan dia anak sedara kamu jugak. Mak dulu masa sekolah rendah dah pandai jaga anak sedara,” tegur mak.
“Ala mak, malaslah. Lagipun adik bukannya biasa sangat dengan budak kecil. Ni ha, apa yang 1, 3, 4 ni?”
Selepas mak mengajar aku membuat susu, aku memberikan Anis susu tu. Si Tuan Pengarah pun dah keluar bilik air, aku terus masuk bilikku.
“Adik, thanks!”
***
Sudah seminggu aku batuk. Aku makan ubat batuk pun tak jalan. Aku sibuk mengemas dapur. Jam sudah pukul sepuluh pagi. Mak datuk, penatnya. Bosan betul tiap-tiap hari buat kerja yang sama. Jadi bibik! Huh!
Tepat pukul 12, aku sudah menyediakan makan tengah hari. Lauk yang ringkas. Ikan cencaru masak kicap, sayur kangkung goreng belacan dan aku membuat puding buah sebagai pencuci mulut. Aku dah tak tahu nak masak apa. Nak masak asam pedas tak reti walaupun itu lauk kegemaran aku. Tapi, aku tetap suka memasak. Huh, dah bau bawang! Sia-sia je aku mandi subuh-subuh tadi. Aku terus mengambil tuala untuk mandi sekali lagi. Selepas mandi, aku duduk menghadap komputer. Online! Tak lama selepas tu, mak dan Si Tuan Pengarah balik untuk makan tengah hari.
Yop Si Tuan Pengarah membuka tudung saji. ”Hrm... sedapnya adik masak hari ni,” pujinya.
Aku membuat muka. Puji nak bagi kerja lagilah tu!Apabila Yop nampak, terus aku dimarahi. “Yang kau nak buat muka tu kenapa? Aku puji elok-elok pun nak buat muka! Dah lah, pergi masuk bilik kalau tak nak makan!”
Aku sedikit tersentak kerana dimarahi begitu. Nasib baik mak di dalam bilik air. Kalau tak, malu aku. Aku terus masuk ke bilikku dan pintu bilik aku hempas. Balik-balik nak marah! Dah la tak habis-habis nak mengarah! Pergi matilah! Baru aman hidup aku agaknya!
Petang itu Yop balik lewat. Aku dan mak pun pergi ke rumah Cik Ana untuk mengambil Anis. Dalam perjalanan itu, mak tak habis-habis menegur sikapku. Katanya, walau macam mana teruk pun Yop tu, dia tetap abang aku. Ah, tak ada abang lagi aman hidupku. Kata-kata emak pergi bersama angin lalu. Langsung tidak terlekat dikepala aku.
alam itu, selepas makan malam, aku membasuh pinggan-mangkuk, periuk juga kuali yang digunakan tadi. Habis membasuh, aku terasa sungguh penat. Wajahku sedikit sejuk dan aku sudah mula susah bernafas. Ditambah lagi dengan batuk yang tak baik-baik.
“Adik, kau ok tak ni?” soal Yop semasa dia masuk ke dapur untuk mengambil air.
Aku hanya diam. “Oi, aku tanya ni!” Yop sudah mula naik angin. Ah, baran betul!
“Ok,” jawab ku sepatah. Melihatkan aku yang susah untuk bernafas, Yop menyuruhku siap.
“Kita pergi hospital!” tegasnya.
Sampai sahaja di hospital, aku disuruh duduk di kerusi dan diberikan nebuliser. Selepas habis ubat itu, nafasku kembali normal. Alhamdulillah. Yop setia menunggu aku dari pukul sembilan sampai hampir pukul sepuluh!
* * *
Sudah hampir dua bulan aku duduk di rumah. Yop masih dengan sikapnya yang suka mengarah. Aku pula masih menyumpah seranahnya tiap kali Yop mengarahkan aku membuat itu-ini. Argh! Anis pula macam tulah dia, hujung bulan ni masuk setahun umurnya. Semakin lincah dan semakin menyakitkan hati aku! Tak suka betul aku melayan budak kecil!
Petang Ahad itu, sedang membaca novel di bilikku, handsetku berbunyi menandakan mesej masuk.
‘Hai dear, tengah buat apa tu? Teringatkan saya ya?’
Aku tersenyum. Oh, Fitri. Pantas aku menekan keypad mambalas mesej daripadanya. Fitri, sudah hampir tiga bulan aku keluar dengan dia. Tapi, mak dan Yop aku tak bagitahu. Ada teruk aku kena marah nanti. Hrm... Tanpa sedar, aku terlena.
* * *
Bangun sahaja dari tidur aku masuk ke bilik air. Tak lama lepas itu, aku masuk semula ke bilik. Tiba-tiba aku terlihat Yop sedang duduk di birai katilku. Aku terkedu, di tangannya ada handset aku! Mak duduk di kerusi sebelah meja belajarku.
“Yop!” Aku terjerit.
“Siapa Fitri?! Adik, kau kecik-kecik dah pandai bercinta ya? Dah berapa lama kau couple dengan dia? Mesti kenal kat sekolah ni. Kalau keputusan SPM kau teruk, siap kau!” Yop menengking aku. Mak hanya membungkam. Aku hanya menelan air liur.
“Aku tanya ni, jawablah!” sergah Yop. Ek eh, dahlah baca mesej aku.
“Yang kau sibuk baca mesej aku apehal? Kasi privacylah sikit!” aku melawan.
Tiba-tiba aku terasa pipiku perit. Air mata aku dah mengalir ke pipi. Seumur hidupku, tak pernah aku ditampar.
“Yop, aku benci kau! Aku menyesal dapat abang macam kau! Tau menyusahkan aku je! Kau... Kau... Argh!!! Aku benci kau!!” Aku terus berlari keluar bilik.
Aku melangkah ke taman rekreasi. Tiada sesiapa di situ. Aku duduk di pondok di situ. Menangis lagi. Kenapalah aku ada abang seperti Yop. Aku sungguh sakit hati dengannya. menyampah dan meluat dengan sikapnya itu. Panas baran, mengarah itu ini.
Hampir dua jam di situ, aku mengambil keputusan untuk mencari rumah Hanim. Aku tak nak balik ke rumahku kerana tak nak melihat muka orang paling aku benci.
Empat puluh minit aku berjalan, akhirnya aku sampai di rumah Hanim. Aku menekan loceng rumahnya. Tak lama selepas itu, seorang wanita berumur awal empat puluhan keluar.
“Anak nak cari siapa?”
“Mak Mah, ni saya ni, An. Hanim ada, bik?”
“La... An. Mana tudung kamu? Dengan rambut tak terurus. Mata merah. Kamu ok?” Mak Mah menyoalku. Pintu pagar dibuka. “Masuklah” Pelawanya.
Aku masuk ke rumah Hanim. Soalan-soalan daripada Mak Mah kubiarkan sepi. Tak berjawab. “Hanim mana Mak Mah?”
“Dia ada di atas. Sekejap Mak Mah panggil” Mak Mah naik ke tingkat atas. Meninggalkan aku keseorangan. Tak lama selepas itu, Hanim pun turun.
“Ya ALLAH, An, kau ok? Kenapa ni? Cuba cerita kat aku,” Soal Hanim lembut.
Hanimlah merupakan satu-satunya rakan yang paling rapat dengan aku. “Mak Mah, tolong bancuhkan milo ya.” Kata Hanim kepada Mak Mah.
Aku menangis di bahu Hanim. Semua yang berlaku di rumah tadi kuceritakan kepadanya. “Hanim, boleh aku tinggal kat rumah kau? Malam ni je. Aku takut nak balik. Boleh ya Hanim?”
Hanim sedikit keberatan. “Aku tak kisah An, tapi mak dengan abang kau mesti risau.”
“Hanim, please. Aku dah tak ada tempat nak pergi. Kalau kau tak bagi tak apalah, aku pergi dulu.” Aku terus bangun. Tapi tanganku ditarik.
“Jangan. Mana lagi kau nak pergi? Ok lah, malam ni je. Esok aku nak, kau balik. Aku bukan tak bagi. Tapi biarlah mak dengan abang kau tahu. An, kita ni baru lapan belas tahun An. Result SPM pun tak keluar lagi. Boleh dikatakan kita ni underage. Abang kau buat macam tu sebab dia nak protect kau,” lembut kata-kata Hanim menyapa telingaku. Aku sudah mula tenang.
“Mama dengan papa kau mana?” soalku.
“Diorang pergi bercuti kat Mauritius. Honeymoon katanya,” jawab Hanim tergelak.
“Wah, nanti beradik lah kau” usikku. Kami sama-sama ketawa. Hilang sedikit masalah di kepala aku.
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Di fikiranku penuh dengan wajah Yop. Terasa bersalah kerana lari meninggalkan rumah.
* * *
Pagi-pagi lagi aku sudah mengemaskan diri. Aku membina keyakinan untuk pulang. Nasihat Hanim malam tadi sedikit-sebanyak meninggalkan kesan dalam diri aku. Aku berjalan kaki ke rumah kerana rumah ku tidak jauh dari rumah Hanim.
Selang tiga buah rumah dari rumah aku, aku boleh melihat ramai orang diperkarangan rumah aku. Eh, ada majlis apa ni? Aku berjalan pantas untuk ke rumahku. Aku terlihat Yong dari jauh.
“Yong!” jeritku. Yong menoleh.
“Adik! Adik pergi mana? Puas kami cari,” Yong memelukku. Matanya merah tanda bau lepas menangis.
“Yong, kenapa Yong ada kat rumah? Bukan ke Yong kursus sekarang ni?” Yang tersentak bila aku bertanya.
“Adik, adik tak tahu lagi ke? Yop dah takde dik. Anis dah takde ayah,” tangisan Yong kembali rancak.
“Tapi...”
“Adik, Yop kemalangan malam tadi masa nak mecari kamu. Dia berlanggar dengan kereta dan diseret dengan lori. Yop dah meninggal dik,” mak memintas kata-kataku.
Aku melihat Anis didukung oleh mak. Terasa bersalah. Aku masuk ke dalam rumah. Aku nampak sebatang tubuh ditutupi dengan kain. Aku tidak mampu berdiri lebih lama di situ, lantas aku memanjat tangga untuk naik ke bilikku. Aku menangis. Apabila aku mengangkat muka, aku terlihatkan beberapa pasang baju kemeja Yop yang belum digosok. Ya ALLAH... Apa aku dah buat? Kerana aku Anis kehilangan ayah. Aku mengambil baju kemeja Yop dan aku peluk. Aku bersalah. Selepas ini tiada lagi baju kemeja untuk aku gosok. Yop...
Selepas Zuhur, mayat Yop dikebumikan. Selepas bacaan doa dan talkin, jiran-jiran, saudara-mara bergerak meninggalkan kubur. Aku menjadi orang terakhir di situ. Yong turut menemani aku. “Yop, adik minta maaf. Adik banyak sakitkan hati Yop. Adik sayang Yop,” kataku di dalam hati. Aku teringat kata-kataku kepada Yop malam tadi.
“Yop, aku benci kau! Aku menyesal dapat abang macam kau! Tau menyusahkan aku je! Kau... Kau... Argh!!! Aku benci kau!!”
Air mataku kembali menitis. Aku teringat betapa dia mengambil berat akan ku semasa aku diserang asma dulu. Ya ALLAH... Kenapalah semua ni terjadi? Yop sangat sayangkan aku. Aku je yang buta ya ALLAH...
“Adik, sudahlah tu. Redhakanlah pemergiannya, adik.” Yong memujukku. Mata dan hidungnya merah kesan daripada menangis. Ah Yong, tabahnya hatimu. Sedangkan yang pergi itu suamimu. Aku dan Yong berjalan keluar dari kawasan perkuburan. Dengan air mata yang bergenang sedikit sebanyak mengganggu penglihatanku.
Bukk!! Aduh sikitnya. Aku terlanggar satu batu nisan lama yang hampir tenggelam. Seluruh badanku terasa sakit Aduh... Pandanganku gelap.
* * *
Buk. Aku tersedar. Ya ALLAH, sakitnya badan. Aku tersedar aku terjatuh dari katil.Terasa pipiku basah. Aku menangis? Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Ya! Aku terjatuh di tanah perkuburan tadi. Aku melihat keadaan sekeliling. Aku dalam bilik aku ni. Siapa yang mengangkat aku. Tanah perkuburan? Apa aku buat kat situ? Yop? Air mataku kembali menitis. Ya, baru aku teringat.
Suara tangisan Anis aku dengar dari arah dapur. Kuat betul tangisannya. Rindukan ayahnya barangkali. Ah, semua silapku. Anis, Mak Su minta maaf sayang. Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur.
“Dah bangun dah?” Satu suara menegurku dari ruang tamu. Aik, macam suara...
“Yop!” aku terkejut. Tapi yang tadi tu...?
“Lama betul adik tidur. Dari pukul 2 sampai dekat pukul 6 baru sedar,” tambah Yop lagi. Aku tertidur? Ya baru aku teringat. Aku tertidur selepas membalas mesej daripada Fitri tadi.
Aku berlari ke arah Yop yang sedang duduk di sofa, lantas memeluknya. Tidak mahu dia meninggalkan aku lagi. Yop terpinga-pinga dengan reaksi aku. Mana pernah aku peluk dia. Salam bercium tangan pun selalunya lepas kena paksa dengan mak dan masa raya je.
“Yop, adik sayang Yop. Jangan tinggalkan adik Yop. Adik minta maaf sebab selalu melawan Yop. Adik minta maaf. Adik janji tak buat lagi. Jangan tinggalkan adik Yop!” Aku menangis. Tak sanggup kehilangan Yop.
Yop masih keliru memandang aku. Tapi tak lama. Tangannya mengusap-usap kepala aku. “Yop pun sayang adik. Jangan risau. Yop akan jaga adik sampai Yop mati. Adik seorang jelah adik Yop. Beza umur kita pun jauh. Yop janji Yop takkan tinggalkan adik,” kata Yop.
Mak yang sedang dukung Anis keluar dari dapur. Anis leka dengan susunya. Aku mengambil Anis dari mak dan menciumnya sepuas hati. Anis menjerit marahkan aku dengan bahasa yang dia seorang yang faham. Aku pula mengajuk percakapannya.
Mak tersenyum melihatku.
“Adik, kenapa?” soal mak.Pelik dengan tingkahku.
Aku terdiam sekejap. “Tadi adik mimpi Yop tinggalkan kita. Adik bersalah sangat. Mimpi tu macam betul-betul berlaku. Takut adik.”
Yop tersenyum ke arah mak. “Sayang juga adik kat Yop.”
Ya. Aku sayang sangat. Benar kata mak. Buruk macam mana pun Yop tu, dia seorang je abang aku. Hanya dia. Yop, aku sayang kau!
“Lagi satu, tadi nasa adik tidur, ada orang call handphone adik. Banyak kali. Tengok adik tak sedar Yop tolong angkatkan. Siapa Fitri?” soal Yop sengih mengusik.
Aku terkelu. Erk?!

12 comments:

Anonymous said...

ape la ko nie..
nasib bek air mata aku x menitis membasahi bumi
karang banjir kilat lak...:p
wat suspen org je
nasib bek aku x nangis lg
kalu aku nangis membazir je air mata aku....

Najmi Hayat said...

best!!! 5* beb..
teruskan menulis!!!

Nurulhuda Mohd Mohsin said...

huwaaaaaaa aku dh stat nk sakit jantung

miSz NiEZa said...

awaakk..best sgt..mmg dh nangis..teruskan usaha..nie sy baru bace 1..xsbr nk smbg bace cerpen2 yg lain..all d best ek..

ZAra said...

hahaha..
aku jugak yang bijak, baca2 tgh2 tu aku dah agak dah,, ni mesti mimpi, hahaha.. nak tau satu rahsia? untuk membuttikan agakan aku tepat, aku tak baca pon tgh2 tu, trus g part last.. hehe..

Anonymous said...

sgt la best AA...ni sy baca utk kesekian kali...dulu dh baca skali dh...mmg nangis...terasa kasih sayang adik beradaik tu...uwaaa...yop,ak pn sayang kau!!!erkk..leh tak??...hahaha

anib firdausi said...

adoila..buat perobih ayaq mata den ja...penah kehilangan abg yg disayangi. Masa tu istri arwah mngandung 6 bln. sedih. walaupun mimp tetap menyentap sanubari. tq

female said...

bgus la cerpen2 miss writer...byk morl values in d stories...aq ni kira kakak yg kejam u adk2 aq yg semua llaki..pasni xnk mrh2 ordera ag...nk brubh...sdih klu jd cm dia mimpi..mnta jauh..

yuna said...

best sngt100..hahha smpai meleleh air mata sy bce..tengok2 mimpi rupanya..

Anonymous said...

nasib baik x ngis ag.. lau x membazir je air mataku hahaha......

Unknown said...

Nice story.. Suspen n penuh dengan mesej.. Teruskan berkarya...

nonton flim online said...

bgus la cerpen2 miss writer ni..
asik bangat bacanya sampek kluar pun air mata qu baca cerpen ni..
mantap bos cerpenya...