Yop, Aku Sayang Kau!
Duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa cukup membosankan.
Sementara menunggu keputusan SPM, ingin juga aku bekerja seperti rakan-rakan
yang lain. Tapi, mak sering mematikan niat aku yang satu itu.
“Adik, gosok baju aku, aku dah lambat dah ni!” Yop
menjerit memanggilku.
“Argh... tak habis-habis mengarah!” jeritku di dalam
hati. Kalau Yop dengar, habis aku kena marah. Dengan hati yang bengang aku
melangkah juga ke bilikku. Baju kemeja Yop yang tergantung di dalam bilik aku
capai. Seterika dihidupkan. Sementara menunggu ia panas, sempat aku meluahkan
rasa marahku.
“Ingat aku ni bibik dia ke? Dah tahu lambat bangunlah
awal! Ni tak! Tidur lambat, bangun lambat. Kalau buat kerja takpe jugak! Ni dok
menghadap internet 24 jam. Hisy...” rungutku. Tanpa aku sedari, ibu sudah
berada di pintu bilikku. Melihat perangai aku.
“Adik, janganlah berkira sangat dengan Yop tu. Korang tu
dua beradik je. Yop tu mana pernah berkira dengan adik? Tengok, setiap hujung
bulan ada je duit yang dia bagi.”
“Ah mak, bukannya adik nak sangat duit dia tu! Tak mati
pun kalau tak dapat. Suruh orang buat kerja sikit, lepas tu cakap, kan Yop bagi
elaun. Alah, setakat RM 50 je, nak buat apa!” jawabku.
“Adik! Mulut tu jga sikit! Jangan cakap ikut
sedap mulut je! Kamu ni, makin hari
makin teruk!” Mak melangkah keluar dengan muka masam.
Ah mak. Tak pernah faham perasaan aku. Asyik-asyik dia
menangkan Yop Si Tuan Pengarah itu. Sakit hati aku. Kalaulah abah masih ada,
mesti dia menangkan aku. 5 minit selepas itu baju Yop digosok. Aku masuk ke
bilik Yop dan menggantungkan baju kemejanya di pintu almari. Tiba-tiba aku
terdengar suara rengekan. Anis! Aduh, dah bangun dah budak kecil ni? Aku dahlah
malas nak melayannya. Apa taknya, aku ni bukannya biasa dengan budak kecil! Aku
terus mendukungnya sebelum dia menangis.
“Yop! Anis dah bangun ni” Hisy, anak dengan bapak sama je menyusahkan aku.
Dahlah maknya kursus 3 bulan.
“Tolong tengokkan Anis tu, buatkan susu. 1 air panas, 3
air biasa, susu taruk 4,” arah Si Tuan Pengarah dari dalam bilik air.
Ah sudah, apa yang 1, 3, 4. ”Mak, Anis nak susu ni.
Hisy... Buat anak pandai, jaga tak nak”
“Adik! Jaga sikit mulut tu. Mak cili karang!
Belajar-belajar lah layan si Anis tu. Kan dia anak sedara kamu jugak. Mak dulu
masa sekolah rendah dah pandai jaga anak sedara,” tegur mak.
“Ala mak, malaslah. Lagipun adik bukannya biasa sangat
dengan budak kecil. Ni ha, apa yang 1, 3, 4 ni?”
Selepas mak mengajar aku membuat susu, aku memberikan
Anis susu tu. Si Tuan Pengarah pun dah keluar bilik air, aku terus masuk
bilikku.
“Adik, thanks!”
***
Sudah seminggu aku batuk. Aku makan ubat batuk pun tak
jalan. Aku sibuk mengemas dapur. Jam sudah pukul sepuluh pagi. Mak datuk, penatnya. Bosan betul tiap-tiap hari
buat kerja yang sama. Jadi bibik! Huh!
Tepat pukul 12, aku sudah menyediakan makan tengah hari.
Lauk yang ringkas.
Ikan cencaru masak kicap, sayur kangkung goreng belacan dan aku membuat puding
buah sebagai pencuci mulut. Aku dah tak tahu nak masak apa. Nak masak asam
pedas tak reti walaupun itu lauk kegemaran aku. Tapi, aku tetap suka memasak. Huh, dah bau bawang!
Sia-sia je aku mandi subuh-subuh tadi. Aku terus mengambil tuala untuk mandi
sekali lagi. Selepas mandi, aku duduk menghadap komputer. Online! Tak lama selepas tu, mak dan Si Tuan Pengarah balik untuk
makan tengah hari.
Yop Si Tuan Pengarah membuka tudung saji. ”Hrm...
sedapnya adik masak hari ni,” pujinya.
Aku membuat muka. Puji nak bagi kerja lagilah tu!Apabila
Yop nampak, terus aku dimarahi. “Yang kau nak buat muka tu kenapa? Aku puji
elok-elok pun nak buat muka! Dah lah, pergi masuk bilik kalau tak nak makan!”
Aku sedikit tersentak kerana dimarahi begitu. Nasib baik
mak di dalam bilik air. Kalau tak, malu aku. Aku terus masuk ke bilikku dan
pintu bilik aku hempas. Balik-balik nak marah! Dah la tak habis-habis nak
mengarah! Pergi matilah! Baru aman hidup aku agaknya!
Petang itu Yop balik lewat. Aku dan mak pun pergi ke
rumah Cik Ana untuk mengambil Anis. Dalam perjalanan itu, mak tak habis-habis
menegur sikapku. Katanya, walau macam mana teruk pun Yop tu, dia tetap abang
aku. Ah, tak ada abang lagi aman hidupku. Kata-kata emak pergi bersama angin
lalu. Langsung tidak terlekat dikepala aku.
alam itu, selepas makan malam, aku membasuh pinggan-mangkuk, periuk juga kuali yang digunakan tadi. Habis membasuh, aku terasa
sungguh penat. Wajahku sedikit sejuk dan aku sudah mula susah bernafas. Ditambah
lagi dengan batuk yang tak baik-baik.
“Adik, kau ok tak ni?” soal Yop semasa dia masuk ke dapur
untuk mengambil air.
Aku hanya diam. “Oi, aku tanya ni!” Yop sudah mula naik
angin. Ah, baran betul!
“Ok,” jawab ku sepatah. Melihatkan aku yang susah untuk
bernafas, Yop menyuruhku siap.
“Kita pergi hospital!” tegasnya.
Sampai sahaja di hospital, aku disuruh duduk di kerusi
dan diberikan nebuliser. Selepas habis ubat itu, nafasku kembali normal.
Alhamdulillah. Yop setia menunggu aku dari pukul sembilan sampai hampir pukul sepuluh!
* * *
Sudah hampir dua bulan aku duduk di rumah. Yop masih dengan sikapnya yang
suka mengarah. Aku pula masih menyumpah seranahnya tiap kali Yop mengarahkan
aku membuat itu-ini. Argh! Anis pula macam tulah dia, hujung
bulan ni masuk setahun umurnya. Semakin
lincah dan semakin menyakitkan hati aku! Tak suka betul aku melayan budak
kecil!
Petang Ahad itu, sedang membaca novel di bilikku,
handsetku berbunyi menandakan mesej masuk.
‘Hai dear,
tengah buat apa tu? Teringatkan saya ya?’
Aku tersenyum. Oh, Fitri. Pantas aku menekan keypad mambalas mesej daripadanya.
Fitri, sudah hampir tiga bulan aku keluar dengan dia. Tapi, mak dan Yop aku tak bagitahu. Ada teruk aku kena
marah nanti. Hrm... Tanpa sedar, aku terlena.
* * *
Bangun sahaja dari tidur aku masuk ke bilik air. Tak lama
lepas itu, aku masuk semula ke bilik. Tiba-tiba aku terlihat Yop sedang duduk
di birai katilku. Aku terkedu, di tangannya ada handset aku! Mak duduk di
kerusi sebelah meja belajarku.
“Yop!” Aku terjerit.
“Siapa Fitri?! Adik, kau kecik-kecik dah pandai bercinta
ya? Dah berapa lama kau couple dengan
dia? Mesti kenal kat sekolah ni. Kalau keputusan SPM kau teruk, siap kau!” Yop
menengking aku. Mak hanya membungkam. Aku hanya menelan air liur.
“Aku tanya ni, jawablah!” sergah Yop. Ek eh, dahlah baca
mesej aku.
“Yang kau sibuk baca mesej aku apehal? Kasi privacylah sikit!” aku melawan.
Tiba-tiba aku terasa pipiku perit. Air mata aku dah
mengalir ke pipi. Seumur hidupku, tak pernah aku ditampar.
“Yop, aku benci kau! Aku menyesal dapat abang macam kau!
Tau menyusahkan aku je! Kau... Kau... Argh!!! Aku benci kau!!” Aku terus
berlari keluar bilik.
Aku melangkah ke taman rekreasi. Tiada sesiapa di situ.
Aku duduk di pondok di situ. Menangis lagi. Kenapalah aku ada abang seperti
Yop. Aku sungguh sakit hati dengannya. menyampah dan meluat dengan sikapnya
itu. Panas baran, mengarah itu ini.
Hampir dua jam di situ, aku mengambil keputusan untuk mencari rumah Hanim. Aku tak nak balik ke rumahku kerana tak nak melihat muka orang paling aku benci. Empat puluh minit aku berjalan, akhirnya aku sampai di rumah Hanim. Aku menekan loceng rumahnya. Tak lama selepas itu, seorang wanita berumur awal empat puluhan keluar.
Hampir dua jam di situ, aku mengambil keputusan untuk mencari rumah Hanim. Aku tak nak balik ke rumahku kerana tak nak melihat muka orang paling aku benci. Empat puluh minit aku berjalan, akhirnya aku sampai di rumah Hanim. Aku menekan loceng rumahnya. Tak lama selepas itu, seorang wanita berumur awal empat puluhan keluar.
“Anak nak cari siapa?”
“Mak Mah, ni saya ni, An. Hanim ada, bik?”
“La... An. Mana tudung kamu? Dengan rambut tak terurus.
Mata merah. Kamu ok?” Mak Mah menyoalku. Pintu pagar dibuka. “Masuklah”
Pelawanya.
Aku masuk ke rumah Hanim. Soalan-soalan daripada Mak Mah
kubiarkan sepi. Tak berjawab. “Hanim mana Mak Mah?”
“Dia ada di atas. Sekejap Mak Mah panggil” Mak Mah naik
ke tingkat atas. Meninggalkan aku keseorangan. Tak lama selepas itu, Hanim pun
turun.
“Ya ALLAH, An, kau ok? Kenapa ni? Cuba cerita kat aku,”
Soal Hanim lembut.
Hanimlah merupakan satu-satunya rakan yang paling rapat
dengan aku. “Mak Mah, tolong bancuhkan milo ya.” Kata Hanim kepada Mak Mah.
Aku menangis di bahu Hanim. Semua yang berlaku di rumah
tadi kuceritakan kepadanya. “Hanim, boleh aku tinggal kat rumah kau? Malam ni
je. Aku takut nak balik. Boleh ya Hanim?”
Hanim sedikit keberatan. “Aku tak kisah An, tapi mak
dengan abang kau mesti risau.”
“Hanim, please.
Aku dah tak ada tempat nak pergi. Kalau kau tak bagi tak apalah, aku pergi
dulu.” Aku terus bangun. Tapi tanganku ditarik.
“Jangan. Mana lagi kau nak pergi? Ok lah, malam ni je.
Esok aku nak, kau balik. Aku bukan tak bagi. Tapi biarlah mak dengan abang kau
tahu. An, kita ni baru lapan belas tahun An. Result
SPM pun tak keluar lagi. Boleh dikatakan kita ni underage. Abang kau buat macam tu sebab dia nak protect kau,” lembut kata-kata Hanim
menyapa telingaku. Aku sudah mula tenang.
“Mama dengan papa kau mana?” soalku.
“Diorang pergi bercuti kat Mauritius. Honeymoon katanya,”
jawab Hanim tergelak.
“Wah, nanti beradik lah kau” usikku. Kami sama-sama
ketawa. Hilang sedikit masalah di kepala aku.
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Di fikiranku
penuh dengan wajah Yop. Terasa bersalah kerana lari meninggalkan rumah.
* * *
Pagi-pagi lagi aku sudah mengemaskan diri. Aku membina
keyakinan untuk pulang. Nasihat Hanim malam tadi sedikit-sebanyak meninggalkan
kesan dalam diri aku. Aku berjalan kaki ke rumah kerana rumah ku tidak jauh
dari rumah Hanim.
Selang tiga buah rumah dari rumah aku, aku boleh melihat ramai orang
diperkarangan rumah aku. Eh, ada majlis apa ni? Aku berjalan pantas untuk ke
rumahku. Aku terlihat Yong dari jauh.
“Yong!” jeritku. Yong menoleh.
“Adik! Adik pergi mana? Puas kami cari,” Yong memelukku.
Matanya merah tanda bau lepas menangis.
“Yong, kenapa Yong ada kat rumah? Bukan ke Yong kursus
sekarang ni?” Yang tersentak bila aku bertanya.
“Adik, adik tak tahu lagi ke? Yop dah takde dik. Anis dah
takde ayah,” tangisan Yong kembali rancak.
“Tapi...”
“Adik, Yop kemalangan malam tadi masa nak mecari kamu.
Dia berlanggar dengan kereta dan diseret dengan lori. Yop dah meninggal dik,”
mak memintas kata-kataku.
Aku melihat Anis didukung oleh mak. Terasa bersalah. Aku
masuk ke dalam rumah. Aku nampak sebatang tubuh ditutupi dengan kain. Aku tidak
mampu berdiri lebih lama di situ, lantas aku memanjat tangga untuk naik ke
bilikku. Aku menangis. Apabila aku mengangkat muka, aku terlihatkan beberapa
pasang baju kemeja Yop yang belum digosok. Ya ALLAH... Apa aku dah buat? Kerana
aku Anis kehilangan ayah. Aku mengambil baju kemeja Yop dan aku peluk. Aku
bersalah. Selepas ini tiada lagi baju kemeja untuk aku gosok. Yop...
Selepas Zuhur, mayat Yop dikebumikan. Selepas bacaan doa
dan talkin, jiran-jiran, saudara-mara bergerak meninggalkan kubur. Aku menjadi
orang terakhir di situ. Yong turut menemani aku. “Yop, adik minta maaf. Adik
banyak sakitkan hati Yop. Adik sayang Yop,” kataku di dalam hati. Aku teringat
kata-kataku kepada Yop malam tadi.
“Yop, aku benci kau! Aku menyesal dapat abang macam kau!
Tau menyusahkan aku je! Kau... Kau... Argh!!! Aku benci kau!!”
Air mataku kembali menitis. Aku teringat betapa dia
mengambil berat akan ku semasa aku diserang asma dulu. Ya ALLAH... Kenapalah
semua ni terjadi? Yop sangat sayangkan aku. Aku je yang buta ya ALLAH...
“Adik, sudahlah tu. Redhakanlah pemergiannya, adik.” Yong
memujukku. Mata dan hidungnya merah kesan daripada menangis. Ah Yong, tabahnya
hatimu. Sedangkan yang pergi itu suamimu. Aku dan Yong berjalan keluar dari
kawasan perkuburan. Dengan air mata yang bergenang sedikit sebanyak mengganggu
penglihatanku.
Bukk!! Aduh sikitnya. Aku terlanggar satu batu nisan lama
yang hampir tenggelam. Seluruh badanku terasa sakit Aduh... Pandanganku gelap.
* * *
Buk. Aku tersedar. Ya ALLAH, sakitnya badan. Aku tersedar
aku terjatuh dari katil.Terasa pipiku basah. Aku menangis? Tiba-tiba aku
teringat sesuatu. Ya! Aku terjatuh di tanah perkuburan tadi. Aku melihat
keadaan sekeliling. Aku dalam bilik aku ni. Siapa yang mengangkat aku. Tanah
perkuburan? Apa aku buat kat situ? Yop? Air mataku kembali menitis. Ya, baru
aku teringat.
Suara tangisan Anis aku dengar dari arah dapur. Kuat
betul tangisannya. Rindukan ayahnya barangkali. Ah, semua silapku. Anis, Mak Su
minta maaf sayang. Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur.
“Dah bangun dah?” Satu suara menegurku dari ruang tamu.
Aik, macam suara...
“Yop!” aku terkejut. Tapi yang tadi tu...?
“Lama betul adik tidur. Dari pukul 2 sampai dekat pukul 6
baru sedar,” tambah Yop lagi. Aku tertidur? Ya baru aku teringat. Aku tertidur
selepas membalas mesej daripada Fitri tadi.
Aku berlari ke arah Yop yang sedang duduk di sofa, lantas
memeluknya. Tidak mahu dia meninggalkan aku lagi. Yop terpinga-pinga dengan
reaksi aku. Mana pernah aku peluk dia. Salam bercium tangan pun selalunya lepas
kena paksa dengan mak dan masa raya je.
“Yop, adik sayang Yop. Jangan tinggalkan adik Yop. Adik
minta maaf sebab selalu melawan Yop. Adik minta maaf. Adik janji tak buat lagi. Jangan tinggalkan adik Yop!” Aku
menangis. Tak sanggup kehilangan Yop.
Yop masih keliru memandang aku. Tapi tak lama. Tangannya mengusap-usap kepala aku.
“Yop pun sayang adik. Jangan risau. Yop akan jaga adik sampai Yop mati. Adik
seorang jelah adik Yop. Beza umur kita pun jauh. Yop janji Yop takkan tinggalkan adik,” kata Yop.
Mak yang sedang dukung Anis keluar dari dapur. Anis leka
dengan susunya. Aku mengambil Anis dari mak dan menciumnya sepuas hati. Anis
menjerit marahkan aku dengan bahasa yang dia seorang yang faham. Aku pula
mengajuk percakapannya.
Mak tersenyum melihatku.
Mak tersenyum melihatku.
“Adik, kenapa?” soal mak.Pelik dengan tingkahku.
Aku terdiam sekejap. “Tadi adik mimpi Yop tinggalkan
kita. Adik bersalah sangat. Mimpi tu macam betul-betul berlaku. Takut adik.”
Yop tersenyum ke arah mak. “Sayang juga adik kat Yop.”
Ya. Aku sayang sangat. Benar kata mak. Buruk macam mana
pun Yop tu, dia seorang je abang aku. Hanya dia. Yop, aku sayang kau!
“Lagi satu, tadi nasa adik tidur, ada orang call handphone
adik. Banyak kali. Tengok adik
tak sedar Yop tolong angkatkan. Siapa Fitri?” soal Yop sengih mengusik.
Aku
terkelu. Erk?!
12 comments:
ape la ko nie..
nasib bek air mata aku x menitis membasahi bumi
karang banjir kilat lak...:p
wat suspen org je
nasib bek aku x nangis lg
kalu aku nangis membazir je air mata aku....
best!!! 5* beb..
teruskan menulis!!!
huwaaaaaaa aku dh stat nk sakit jantung
awaakk..best sgt..mmg dh nangis..teruskan usaha..nie sy baru bace 1..xsbr nk smbg bace cerpen2 yg lain..all d best ek..
hahaha..
aku jugak yang bijak, baca2 tgh2 tu aku dah agak dah,, ni mesti mimpi, hahaha.. nak tau satu rahsia? untuk membuttikan agakan aku tepat, aku tak baca pon tgh2 tu, trus g part last.. hehe..
sgt la best AA...ni sy baca utk kesekian kali...dulu dh baca skali dh...mmg nangis...terasa kasih sayang adik beradaik tu...uwaaa...yop,ak pn sayang kau!!!erkk..leh tak??...hahaha
adoila..buat perobih ayaq mata den ja...penah kehilangan abg yg disayangi. Masa tu istri arwah mngandung 6 bln. sedih. walaupun mimp tetap menyentap sanubari. tq
bgus la cerpen2 miss writer...byk morl values in d stories...aq ni kira kakak yg kejam u adk2 aq yg semua llaki..pasni xnk mrh2 ordera ag...nk brubh...sdih klu jd cm dia mimpi..mnta jauh..
best sngt100..hahha smpai meleleh air mata sy bce..tengok2 mimpi rupanya..
nasib baik x ngis ag.. lau x membazir je air mataku hahaha......
Nice story.. Suspen n penuh dengan mesej.. Teruskan berkarya...
bgus la cerpen2 miss writer ni..
asik bangat bacanya sampek kluar pun air mata qu baca cerpen ni..
mantap bos cerpenya...
Post a Comment