::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

10 April 2009

Si Baju Biru

Si Baju Biru
“Minggu depan junior masuk.” Aina dah tersengih penuh makna.
Hrm...” balasku pendek.
“Boleh usha,” katanya lagi.
“Ah, kau. Junior je. Apalah sangat?” kataku sedikit meluat. Junior? Dah lah muda setahun. Kalau senior last year nak usha tak apalah jugak!

***
            Tekun aku menyiapkan latihan Fizik yang Cikgu Hamidah bagi minggu lepas. Aku menjeling jam di dinding kelas. Pukul 10.25 pagi. Alahai! Lagi lima minit. Fokus Diana, fokus! Lagi sikit je ni. Come on! Itulah. Orang lain dah siap dah. Yang kau baru nak buat hari ni siapa suruh?
Aku kembali menghalakan pandangan kepada helaian di atas meja. Belum pun sempat mataku mencapai target, sesusuk tubuh yang berjalan di aras tiga bangunan Damai menarik perhatianku. Siapa tu? Macam tak pernah nampak sebelum ni. Ah, Diana! Cepat! Lagi dua minit nak ke makmal ni! Mati aku kena dengan Cikgu Hamidah tu karang!
***
“Aina, siapa tu eh?” aku menegakkan jari telunjukku ke arah budak lelaki yang aku nampak berjalan di aras tiga blok Damai pagi tadi.
Aina memfokuskan pandangan ke arah yang aku tunjukkan. Dia tertawa kecil. “Itu juniorlah. Adam nama dia. Junior Kapur tu.”
Aku mengecilkan mata untuk melihat muka Adam dengan lebih jelas. Not bad. Hati aku dah melonjak kegirangan. Dapat tahu nama pun dah okeylah tu.
“Oit!” sergah Aina. Fuh! Gugur jantung aku!
Aku membuat muka. “Apahal kau? Sergah-sergah aku pulak,” rungutku.
Aina dah sakan menggelakkan aku. “Kau tengok Adam macam nak makan boleh tak?”
Aku menjulingkan mata. “Suka hati akulah,” balasku pendek.Oh Adam!
Aku meletakkan sandal di atas rak kasut sebelum masuk ke dorm. Hanya ada beberapa orang je di dalam dorm. Yang lain semua dah selamat ke dewan makan. Malam ni malam apa eh? Oh, Rabu... jadi, malam ni makan mee goreng hangit. Argh!
Tepat jam 11.00 malam, kami bersama-sama membaca Surah al-Mulk sebagai pendinding. Setelah majlis di tutup, aku merehatkan diri di atas katilku. Kay, si pemilik katil sebelahku sibuk mengemaskan katil. Tiba-tiba terasa katilku bergegar. Aduh, juniorku seorang ini. Aku dulu, nak gerak sikit punya perlahan takut kena marah dengan senior. Budak ni? Hrm... Biarlah.
“Kay,” panggilku. Kay yang dah tengah mengemas menoleh.
“Apahal?” soalnya.
“Banyak lagi?” soalannya ku jawab dengan soalan.
“Tak. Last.”
Kay memasukkan barang terakhirnya ke dalam almari. Kemudian dia mengambil tempat di katilnya. Aku membelek-belek kalendar di atas katil. Sembilan bulan lagi untuk SPM. Bermakna lagi sembilan bulan je untuk aku bersama Adam. Ceh.
“Diana!” suara Kay menghentikan lamunanku. Aku berpaling melihat Kay.
“Apahal?” soalku.
Kay memandangku dengan muka pelik. “Kau nak cakap apa?”
Aku mengerutkan dahi. “Cakap apa? Bila masa aku nak cakap apa-apa dengan kau?”
“Come onlah. Kau ni macam atas angin je aku tengok apahal?”
Aku tergelak. Atas angin, eh? Nampak sangat ke?
“Eh, Kapur satu class dengan kau kan?”
Kay menelek kulit buku nota Sejarah. “Mimpi apa kau tiba-tiba tanya pasal Kapur?” soalnya.
“Mimpi Adam.”
Diam sekejap.
“Oh, Kak Diana suka Adam, eh?” terdengar satu suara lain yang menyampuk. Bukan suara Kay, tapi suara junior dormku yang lain. Aku berpaling mencari arah suara tersebut. Erk?! Satu dorm melihat ke arah ku dengan senyuman penuh makna. A... dus!
“Amboi Diana. Dalam diam kau eh? Cik Siti di katil seberang dah tersengih-sengih.
“Kak Diana, nanti orang cakap kat Adam, eh? Dia sekelas dengan orang tau!” Wawa junior Sakinah bersuara.
“Alahai, Adam yang Kak Diana minat? Ramai tau budak lain minat kat dia,” kata Liyana adik katil si Aina.
“Kak Diana...”
“Dah... dah. Cukup Pergi tidur. Akak minat main-main ajelah. Korang ni pun. Telinga kecik, tapi dengar aje orang cakap,” pintasku sebelum Fatin junior dorm ku yang lagi seorang bersuara.
“Alah, Kak Diana yang buat announcement. Siapa suruh?” Liyana membela diri dan rakan-rakan.
Aku memandang Kay. ‘Iya, ke?’ tanyaku tanpa mengeluarkan suara.
Kay mengangguk-angguk. Ah, patutlah. Alahai. Baru hari ni aku tahu kewujudan Adam, dah kecoh satu dorm. Aku menutup muka dengan selimut. Malu!
“Alala... Kak Diana, janganlah malu,” Fatin mengusikku. Terdengar gelak tawa budak-budak dormku yang lain. Dorm yang dihuni oleh 7 orang pelajar tingkatan 5 dan 8 orang pelajar tingkatan 4. Memang riuh rendahlah jadinya!
            ***
Malam itu merupakan malam Jumaat. Seperti biasa, aktiviti surau dijalankan. Kami beramai-ramai solat Maghrib dan Isyak berjemaah di surau. Aku mengambil tempat di tingkat atas. Sedang aku menaiki tangga, mataku tercantap pada Adam yang sedang duduk dengan Al-Quran terbuka di tangan.
Hatiku serta-merta berbunga. Bagusnya budak ni. Tak sia-siakan masa. Aku tergelak di dalam hati. Tak macam aku. Naik tingkat atas, ambil peluang mengusha anak teruna orang! Astaghfirullah! Lepas ni lebih baik aku duduk bawah. Insya-Allah!
Selepas tazkirah ringkas daripada Ustaz Zainuddin, kami bersurai. Aku mengajak Aina ke dewan makan untuk supper. Malam ni bubur ayam. Erm, yummy! Aku beratur di barisan mengambil air. Mataku melilau melihat orang ramai di dalam dewan makan. Kemudian, wajah Adam muncul. Adam nampak segak dengan baju melayu biru tua cekak musang. Padan dengn kulitnya yang cerah. Aku tersenyum sendiri.
“Fatin!” Aku memanjat katil Fatin di atas katil Ida sebaik sahaja balik daripada dewan makan.
“Kenapa kak?” soalnya pelik.
“Tadi akak nampak Adam,” ujarku.
Fatin mencebikkan bibir. “Alah... Fatin selalu je nampak dia.”
Aku tergelak. “Lain. Hari ni dia nampak smart sangat. Dia pakai baju melayu dark blue! Cekak musang pulak tu. Handsome!” pujiku tinggi melangit. Kalau dia tahu, malu sungguh aku!
Fatin tergelak mendengar kata-kataku. “Kak Diana, budak lelaki sekolah ni, manalah ada banyak baju melayu. Paling banyak pun ada dua helai je. Pakai pun seminggu sekali. Minggu depannya pakai lagi. Entah basuh ke tak tu,” katanya.
Aku mencebik. “Iyalah cik Fatin. Dahlah. Dah dekat pukul sebelas ni. Kita siap nak al-Mulk,” arahku sebagai ketua dorm.
***
Masa berlalu pantas. Sedar tak sedar dah hampir sebulan kami menduduki peperiksaan setengah tahun. Peperiksaan yang dijalankan serentak untuk tingkatan empat dan lima. Sunyi sepi sekolah. Yang bising bila habis kertas Matematik Tambahan. Masing-masing ke koperasi mencari aiskrim. Tension punya pasal, untung koperasi.
“Kak Diana, abang katil ipar Ana ada kat sana,” Ana, junior katilku menunjuk ke arah pelajar lelaki yang berkumpul di sebelah kiri koperasi.
Aku menanyang muka selamba. “Bila masa pulak awak ada abang katil ipar?” soalku tak berperasaan. Sejak malam tu, tak aman hidup aku. Kena usik je.
“Eleh, Kak Diana. Buat-buat tak tahu pulak,” balas Ana.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Aina di sebelah tersenyum-senyum melihat aku.
“Sudah-sudahlah tu.”
Aku terus melangkah ke koperasi. Walhal, mata dah melilau-lilau mencari sesusuk tubuh yang dikatakan Ana tadi. Nampak! Aku tersenyum sendiri.
“Lepas ni kita pergi Makmal Fizik 2 eh?” ajak Aina.
Aku memandangnya pelik. “Lepas ni aku ada Biologi la. Kau nak suruh aku buat apa kat sana?”
“Alah. Sekejap je. Ranking tingkatan dah keluar. Form four punya pun ada tau!” desak Aina dengan senyuman penuh makna.
Selepas ke koperasi, aku membontoti Aina yang sibuk hendak ke Makmal Fizik 2. Aku malas sebenarnya nak tengok ranking aku. Mestilah teruk! Dapat 60% je masa setengah tahun hari tu.
Dalam tak nak pergi tadi, aku cari juga nama aku dekat papan kenyataan yang bertampal dengan kertas-kertas warna putih berdakwat hitam itu. Erk! Namaku diwarnakan dengan warna kuning. Ranking dalam tingkatan nombor 159 daripada 270 orang murid. Mak aih! Target untuk percubaan 65%. SPM 72%. Eh, target aku A2 je untuk SPM? Sampai hati cikgu.
Kemudian mataku melilau ke nama-nama pelajar tingkatan 4. Zarif Adam Bin Hussaini. Adam... Adam... Ahah! Erk? 75%? Ranking nombor 98 daripada 350 orang murid. 75? Tujuh puluh lima? A2? Wah... wah! Aku sendiri tak pernah dapat A2 untuk Fizik! Kalau masa tingkatan 4 pernahlah juga! Itu pun ujian awal tahun. Ujian tau bukannya peperiksaan! Mak! Malunya aku!!!
“Oit! Dah jumpa nama Adam?” Aina tersengih-sengih melihatku.
“Kau dah sudah?” soalku kembali.
Bibir Aina tak lekang dengan senyuman. “Dah lama dah. Tunggu kau cari nama ‘kau’ lama sangat. Kau jumpa ke nama kau dekat kertas nama budak form four?” usiknya.
“Diamlah kau!” marahku. Malu sebenarnya.
Sedang kami berjalan menghala ke tangga, Adam dan rakan-rakannya berjalan menghala kami. Jantungku kembali berdegup kencang. Apabila dia berjalan melepasi kami barulah perasaanku reda sedikit. Gila betul! Aku menoleh ke arah Aina. Dia tak habis-habis tersengih ke arahku.
“Kau sengih-sengih macam kerang busuk ni apahal?” Aku menjadi geram dengan tingkahnya. Tak habis-habis sengih!
“Elele... Sudahlah Diana. Tak payahlah nak malu-malu konon,” giatnya.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Wajahku terasa panas. “Diamlah kau!”
Aku merebahkan diri di atas katil balik tengah hari itu. Malas mahu turun makan. Kay pula tengah sibuk menyalin sesuatu di dalam bukunya. Aku melihat ke arah jam yang tergantung di dinding dorm. Pukul 1.30 petang. Zohor dah sudah. Petang ni pukul dua ada kelas tambahan Fizik. Erm. Fizik.
“Kay,” panggilku.
“Erm?” jawab Kay. Namun matanya masih tak lari daripada kerjanya.
“Adam tu pandailah,” kataku. Mataku terbayang-bayang wajah Adam yang bersahaja di sebalik cermin mata separuh bingkai yang di pakainya.
“Apasal tiba-tiba kau cakap macam tu?” tanya Kay.
Aku terdiam sekejap sebelum kembali meneruskan kata. “Dia dapat 75% seh untuk mid-year Fizik. Aku pun tak sehebat dia!” ujarku.
Kay mengangguk-angguk mendengar ceritaku. “Oh. Baguslah.”
“Kay,” panggilku lagi.
Kay tak menjawab tapi aku tahu dia mendengar. “Aku nak jadikan Adam pemangkin aku untuk belajarlah. Aku nak dapatkan A1 dalam Fizik untuk percubaan ni dengan SPM,” kataku penuh bersemangat.
***
Tinggal seminggu lagi sebelum percubaan SPM berjalan. Aku semakin sibuk dengan pelajaran. Tapi kadang-kadang tu melahu jugak! Kelas persediaan malam itu aku mengajak Aina ke perpustakaan. Aina menurut sahaja. Bagus betul! Huhu.
Aku mengambil tempat duduk di hujung sekali. Menghadap meja pelajar lelaki. Kelihatan ketua pengawas sekolahku sedang sibuk mengulangkaji selang 2 buah meja di hadapanku. Aku cuba menumpukan pembacaan aku pada buku teks Sejarah di hadapanku. Tidak lama kemudian, seorang pelajar lelaki berbaju t-shirt biru muda berjalan menuju ke arah ketua pengawas.
Aku terkedu seketika. Adam. Jantungku kembali berdegup kencang. Aku mengangkat buku teks Sejarah bagi menghalang penglihatanku daripada melihat Adam. Tak boleh! Walaupun tak nampak, aku tahu dia betul-betul duduk di hadapanku. Aina di sebelahku pelik melihat tingkahku. Aku menayangkan senyuman plastik. Tak lama kemudian matanya melihat ke hadapan. Dia tersenyum. Mungkin dah tahu apa yang membuatkan aku gelabah macam ni. Budak baju biru itulah!
“Diana,” panggil Aina perlahan.
Aku menoleh. “Apa?”
Aina tersenyum. “Boleh baca? Sepatutnya lagi senang nak faham,” usiknya.
Aku menayangkan penumbukku kepadanya. “Nampak ni?” soalku.
Aina tersenyum-senyum. “Diamlah!” marahku.
“Aku tak cakap apa-apa pun,” katanya.
“Diam!” tegasku. Aina masih tersenyum-senyum.
Alahai, macam mana nak fokus baca ni?
Setibanya di dorm, seperti biasa aku merehatkan diri di atas katil sementara menunggu untuk membaca surah al-Mulk. Aku menjawab salam yang diucapkan oleh Wawa. Tiba-tiba Wawa berjalan menuju ke arah katil ku.
“Kak Diana, orang ada cerita nak beritahu ni,” katanya.
Aku mengangkat kening bertanya. “Orang dapat tahu, keluarga Adam ada kedai makan dekat Melaka,” ujarnya penuh perasaan.
Aku tersengih. “Mana dapat tahu? Kat mana? Boleh ajak ayah akak pergi nanti.”
“Kawan orang cakap. Dia budak sekolah Adam dulu. Kedai makan dia kat Umbai. Kalau tak silap kedai yang tepi sungai kut. Yang banyak ikan bakar tu,” cerita Wawa.
“Okaylah. Nak salin baju. Tu je orang nak cakap.” Wawa melangkah ke katilnya dengan senyuman di bibir.
Oh! Budak baju biru itu ada kedai makan kat situ! Boleh aku ajak abah makan dekat situ. Aku dah ketawa dalam hati.
***
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Akhirnya bulan November menampakkan diri. Lagi dua hari pelajar tingkatan empat akan pulang. Tinggallah kami senior-senior di sekolah ni untuk berjuang dengan SPM. Percubaan aku tak berapa baik. Tapi ada peningkatan kalau dibandingkan dengan setengah tahun hari tu. Fizik aku hanya berjaya dapat 68%. Tak apalah. SPM cuba lagi!
Memandangkan lagi dua hari lagi junior akan meninggalkan sekolah, termasuk si baju biru, aku mengambil tindakan berani mati malam itu. Semua pelajar tingkatan empat berada di dewan makan untuk taklimat yang aku sendiri tak pasti berkenaan apa. Pelajar tingkatan lima pula perlu ke kelas persediaan seperti biasa. Blok tingkatan empat dan tingkatan lima merupakan blok yang berbeza. Aku mengajak Aina ke kelas Adam untuk mengulang kaji pelajaran. Saja je sebenarnya. Teringin hendak melihat keadaan kelasnya.
Bila masuk kelas Adam, bukannya boleh belajar pun sebenarnya. Aku menyelak-nyelak nota ringkas Pendidikan Agama Islam yang diberikan Ustaz Zainuddin minggu lepas. Tepat pukul sepuluh malam, aku mengajak Aina untuk pulang ke kelas. Sebelum itu, sempat aku meninggalkan nota kecil di atas meja Adam. Tulis perasang untuknya yang bakal menduduki SPM tahun depan. Ceh, aku sendiri teruk, nasihatkan orang.
***
Dah hampir seminggu SPM berjalan. Aku memangkah tarikh yang sudah aku lalui. Esok 19 November. Aku tersenyum sendiri. Hari jadi Adam! Aku menyemak baki kredit di telefon bimbitku. RM 5.95. Boleh sangat kalau nak wish dia!
Keesokan harinya, balik dari dewan peperiksaan, aku terus masuk ke dorm. Telefon bimbit di dalam locker aku capai dan aku hidupkan. Laju aku menaip ucapan Selamat Hari Jadi untuknya. Delivered. Aku menunggu balasan daripadanya. Seminit... dua minit... tiga minit... lima minit... sepuluh minit... Ah! Hisy budak ni! Sampai hati. Kot ye pun tak layan perempuan, janganlah buat aku macam ni. Sedih tau!
Aku pergi ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Selepas itu, aku kembali ke dorm untuk menunaikan solat Zuhur. Kemudian aku baring di atas katil. Telefon bimbit yang aku setkan ke silent mode aku capai. 1 message received.
Thanks. Siapa ni? –Adam-
Aku tersenyum. Laju aku mengenalkan diriku sebagai Diana, seniornya. Kemudian tiada balasan daripadanya. Biarlah.
***
Itu kisah zaman sekolah menengahku. Kisah yang sudah hampir lima tahun berlalu. Khabar Adam sudah tiada lagi kedengaran. Kadang-kadang tu, tertanya-tanya juga apa khabar dia agaknya? Sebaik sahaja aku menamatkan zaman sekolah menengahku, aku memohon untuk memasuki universiti awam dengan keputusan SPM 9A. Fizik A1 tu! Alhamdulillah. Rezeki aku ada di sebuah universiti yang terkenal dalam negara. Dengan mengambil Kejuruteraan Awam sebagai jurusanku, aku telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda dengan kelas kedua atas.
Hujung minggu itu, aku mengikut Aina ke kampungnya. Dah lama dia ajak. Baru sekarang aku berkesempatan untuk mengikutnya. Malam itu Aina sekeluarga mengajakku makan di luar. Makan ikan bakar, katanya. Aku menurut sahaja. Tiba-tiba aku teringat cerita Wawa tentang keluarga Adam yang mempunyai kedai makan di Umbai. Aku tersenyum sendiri. Mulutku melagukan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC yang berkumandang di corong radio. Aina menoleh ke arahku.
“Sejak bila kau suka nasyid?” soalnya pelik.
Aku tersentak. “Kau ni, aku baru nak layan blues. Kacau,” rungutku.
“Layan blues ke? Jap eh. Kalau tak silap aku lah, lirik dia kena sangat dengan kau. Erm. Ku pendamkan perasaan ini. Kurahsiakan rasa hati ini. Melindungkan kasih yang berputik tersembunyi di dasar hati...” Aina dah mula menyanyi rangkap pertama lagu itu. Wajahku terasa panas.
“Kau ni bisinglah. Aku nak dengar lagu tu. Bukannya nak dengar kau nyanyi. Dah, dah. Bising je,” marahku. Aina dah ketawa sakan.
“Tengok tu muka dah merah. Diana... Diana. Kau tunggu Adam lagi ke? Sudah-sudahlah tu.”
Aku terus menyanyikan lagu UNIC tadi. Malas mahu melayan kerenah Aina. Makin dilayan makin menjadi. Akhirnya nanti, aku juga yang terkena.
Setibanya di destinasi, aku sedikit gabra bila aku berada di medan ikan bakar umbai. Aku memandang Aina yang sibuk berbual dengan ibu dan ayahnya. Kemudian, mereka berjalan ke sebuah gerai. Aku hanya mengekor daripada belakang.
Sementara menunggu pelayan mengambil pesanan, aku memerhatikan kawasan kedai makan di sini. Ramai juga orang datang walaupun sekarang ni tengah-tengah bulan. Tak lama kemudian, seorang lelaki berbaju t-shirt biru datang ke meja kami. Aku menoleh ke arah lelaki itu. Erk? Adam! Mak, lainnya dia sekarang.
Aku cuba menahan wajah daripada berubah riak. Nasib baiklah yang Adam tak pernah kenal aku. Huhu. Tapi, kalau dia tengok majalah sekolah macam mana? Ah, tak kanlah dia nak sangat kenal aku. Dah lah aku ni antara berpuluh peminat dia. Tak mungkinlah dia kenal.
“Kak?” teguran daripada Adam membuatkan aku malu sekejap. Nampak sangat yang aku ni asyik berangan pasal dia. Ah! Malu!
Aku menoleh ke arah Adam. “Nasi goreng kampung satu ya?” pintaku.
Adam mempamerkan wajah pelik. “Nasi goreng kampung? Kat sini biasanya orang makan nasi lemak. Betul akak nak nasi goreng kampung ni? Nanti saya buatkan special untuk akak.”
Aku dah ketawa dalam hati. Ya tak ya. Selalukan orang nak nasi lemak. Aku menjeling Aina di hadapanku. Aina dah tersengih tak berhenti. Hampeh punya budak. Entah apalah yang dia fikir sekarang ni. “Oh. Ya. Kalau macam tu bagi nasi lemak je lah.”
Adam dah tergelak-gelak. “Nasi lemak memang kami akan hantar ke meja. Jangan risau. Saya nak tanya air.”
Ya Allah. Kenapa hari pertama jumpa dia selepas hampir masuk 6 tahun aku perlu malu dengan dia. Relaks. Dia bukannya tahu yang aku pernah minat dia dulu. Eh? Dulu ke sekarang? “Okey. Saya nak teh ‘o’ ais limau.”
Adam melangkah pergi sebaik sahaja mengambil pesanan.
Sebaik sahaja nasi lemak tiba, aku antara orang terawal yang membuka bungkusannya. Erk? Mana sambal? Takkan lupa letak? Isk. Takkan nak tanya Adam? Malu oh. Baru aku nak bersuara, Adam dah tiba dengan dulang berisi gelas. Aku membina keyakinan untuk bertanya.
“Err... Nasi lemak ni tak ada sambal,” ujarku.
Adam menoleh. “Hah?”
“Ni, nasi lemak ni tak ada sambal,” kataku sambil menunjukkan nasi lemak yang putih bersih.
“Hoi, Diana. Sambal dekat bawahlah. Lain kali tanya aku dulu,” ujar Aina. Aku dah menahan rasa malu di hadapan Adam. Aina dah ketawakan aku.
Adam hanya tersenyum nipis. “Enjoy your meal!” katanya. Macam dekat Pizza Hut pulak.
Mak, tak nak jumpa Adam lagi! Malu!
***
            Hujung minggu itu aku menghabiskan masa dekat rumah. Kalau ikutkan aku kena pergi ke pejabat. Malas pulak rasanya. Letih bila hujung minggu pun kena kerja. Nanti kalau dah kahwin nanti macam mana? Telefon bimbitku melagukan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu. Ada mesej. Bingkas aku bangkit untuk mendapatkan telefonku.
Hai akak. Lama tak jumpa dengan akak. Akak apa khabar? -0176543210-
Siapa pulak ni? Aku terus mendail nombor itu. Takkan Ana, juniorku di sekolah dulu? Rasanya baru minggu lepas aku berhubungdia. Talian bersambung.
“Wa’alaikumussalam. Siapa ni?” soalku sebaik sahaja orang di sebelah sana memberi salam.
“Hai akak. Saya mesej, akak telefon terus?” Soalanku dijawab dengan soalan.
“Siapa ni?” soalku sedikit tegas apabila soalan ku tidak di jawab sebentar tadi
“Akak, ni Adam. Your junior. Remember?” Adam?
“Nombor akak saya tak pernah buang sejak akak wish birthday saya. Akak dah buang nombor saya ye?” soalnya sedikit sayu.
Alahai. “Tak. Cuma hari tu handset tercicir. Jadi, banyak nombor yang hilang.” Ah, bohong sunat. Tak apa kan?
“Iya ke?” usiknya. Perbualan kami pada hari itu hampir dua puluh minit. Habis terus kredit aku dibuatnya.
            ***
“Akak, esok saya nak datang rumah akak boleh?”
“Nak buat apa?”
“Tunggu ajelah esok.”
“Okey.”
Dan disebabkan perbualan aku dengan Adam petang semalam, mak sibuk menyediakan juadah di dapur. Abah yang tak pernah kisah tentang hal-hal memasak turut turun padang. Tepat jarum jam menunjukkan pukul tiga petang, ada bunyi enjin kereta di luar. Mungkin Adam dah sampai.
“Diana, pergi bersiap. Pakai sopan sikit,” arah mak sebaik sahaja melihat tetamu di luar. Aku berjalan ke bilik untuk menyalin pakaian. Kemudian aku berjalan ke ruang tamu. Eh? Mana Adam? Yang ada hanya beberapa orang makcik dan pakcik. Aku terasa malu sendiri. Bingkas aku berjalan ke dapur. Mencedok makanan ke dalam mangkuk.
Tak lama kemudian mak masuk ke dapur. “Diana, jom ke depan sekejap. Abah ada benda nak tanya kat kamu.” Aku mengikut langkah mak ke ruang tamu. Enam pasang mata dah merenung ke arah aku. Terasa macam pesalah kena tangkap pula.
“Diana, keluarga Adam datang nak merisik kamu. Kamu dah ada yang punya ke?” soal abah terus tanpa kiasan. Enam pasang mata tadi merenungku menantikan jawapan dari mulutku.
Aku menelan air liur. Apa ni? Adam langsung tak bagi hint pulak tu. Isk, malu!
“Diana?” tegur abah.
Makcik pakcik yang datang bertandang ke rumahku tersenyum-senyum melihatku.
“Diam tu tak adalah tu,” ujar salah seorang daripada mereka. Wajahku terasa hangat.
Abah tersenyum memandangku. “Kamu tak ada kawan lagi kan?” soalnya lembut.
Aku menggeleng. Mak mencuit pinggangku. “Abah tanya cuba jawab. Tak ada mulut ke?”
“Oh, mak kau! Tak ada! Nak kahwin dengan Adam!” latahku. Rumah kami dah bergema dengan suara orang ketawa. Aku menekup mulut dengan tapak tangan. Malu! Pantas aku berlari ke dapur.
            Rombongan merisik daripada keluarga Adam pulang selepas makan. Aku membantu mak membasuh pinggan mangkuk di dapur. Masih malu dengan peristiwa tadi. Mak dengan abah pula tersenyum-senyum je bila memandangku.
            ***
            Selepas sebulan dirisik oleh keluarga Adam, aku mengajak Adam berjumpa. Adam mengambilku di rumah. Mahkota Parade di Bandar Hilir Melaka menjadi pilihan hati. Sepanjang perjalanan aku mendiamkan diri. Hanya suara deejay radio yang memeriahkan suasana. Tak lama kemudian, lagu kegemaranku berkumandang di corong radio. Aku tersenyum dalam hati. Kalaulah Adam tahu yang lagu ini menggambarkan perasaanku kepadanya...
“Ni lagu favourite akak kan?” soal Adam. Lagu Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC.
Aku terkedu sekejap. “Mana tahu?”
Adam tersenyum manis. “Kalau akak nak tahu, Kak Aina tu sepupu Adam.”
Kata-kata Adam bagai tamparan buatku. “SEPUPU!!!” Aku terjerit. Aina!!!
“Kita shopping untuk walimah sekali ye akak?” soal Adam sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di  Mahkota Parade.
“Bila nak walimah? Adam belajar lagi kan? Tunggu Adam habis belajarlah,” tegurku. Duit pun tak ada, ada hati nak kahwin.
“Adam tinggal dua bulan je lagi. Lepas ni habis. Bulan lapan konvo. Mungkin tolong umi dengan abi dekat kedai sementara cari kerja,” jelasnya.
Aku mengangguk tanda setuju. Kemudian aku terfikir sesuatu. “Tak payah bertunang dulu ke?”
Adam tersenyum manis. “Kita bertunang masa walimah terus. Tak payah banyak kali akak nak buat makan-makan.”
Aku ketawa. Apa sangat setakat menjamu orang makan. Sedekah, kan?
***
            Majlis walimah pagi tadi berlangsung dengan meriah. Senyuman tak lekang dari wajah mak dengan abah walaupun penat seharian melayan tetamu. Aku memandang Adam yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Tangannya melambai ke arahku. Menyuruhku datang kepadanya.
“Adam nak kenalkan. Ni kawan-kawan Adam masa sekolah dulu.” Seorang-seorang Adam perkenalkan kepadaku. Semuanya juniorku di sekolah dulu. Aku hanya tersenyum.
“Err, Dam. Nak panggil akak ke?” soal salah seorang daripada mereka. Aku tergelak.
“Panggil je Diana. Kita bukan sekolah lagi kan?” Aku menjawab bagi pihak Adam.
Adam tersenyum senang. “Kenal tak tu?” Adam menunjukkan aku seorang wanita hampir sebaya dengan kami. Aku merenungnya lama. Macam pernah kenal.
“Amboi Kak Diana. Sampai hati tak kenal kita lagi kan. Iyalah, dah dapat budak baju biru. Mana nak ingat orang lain
“Siapa ya? Adam?” tanyaku kepada Adam. Adam membuat muka.
“Apa panggil Adam-Adam? Abang bukan junior sayang lagi, tau! Abang suami sayang. Ingat tu!” tegasnya di hapadan wanitaku. Soalanku dibiarkan sepi.
Wanita itu tertawa melihatkan kami berdua. “Kak Diana. Ini Fatin lah,” kata wanita itu.
Mulutku sedikit ternganga. Ya Allah, Fatin! Pantas tubuhnya aku peluk. “Fatin! Lamanya akak tak jumpa dengan Fatin.”
Fatin tertawa. “Eh, tadi dengar orang tu cakap tak payah ber‘akak-akak’. Ni apa dah jadi?”
“Fatin lain. Akak dah terbiasa macam tu,” ujarku.
Fatin hanya ketawa. Lama sebenarnya tak berhubung dengan buda-budak sekolah sains. Hanya Aina je yang aku selalu berjumpa. Itupun sebab sama kolej dekat universiti dulu.
            ***
Malam itu, rumah diriuhkan dengan suara sanak saudara. Riuh rendah rumah dibuatnya walaupun jam mencecah pukul dua belas tengah malam. Aku masih di ruang tamu, bermain-main dengan anak saudara yang masih belum tidur. Jelingan mak aku buat tak endah.
”Diana,” akhirnya mak bersuara apabila aku masih leka melayan gelagat anak saudaraku.
“Diana!” panggilnya lagi. Aku menoleh. “Masuk bilik. Dah pukul berapa ni,” tegur mak. Aku buat tak tahu.
“Diana!!!” sekali lagi mak bersuara. Akhirnya aku melangkah malas ke bilik pengantin. Adam sudah lama masuk. Seawal jam sepuluh malam lagi.
Dua bulan lepas sibuk nak menikah. Ni dah depan mata main lari-lari pulak,” kata mak perlahan. Namun masih dapat ku tangkap butir bicaranya. Wajahku terasa panas.
“Assalamualaikum,” ucapku sebaik sahaja pintu bilik ku kuak. Adam sudah terbaring di atas katil. Dah tidur ke? Aku berjalan ke bilik air. Alahai, macam mana nak cakap dengan Adam eh? Malunya.
Aku membaringkan diri di sebelah Adam. Tiba-tiba terasa pinggangku di peluk.
“Oh, mak kau!” aku dah tergolek jatuh dari atas katil. Mak aih, patah pinggang. Adam tercengang-cengang melihatku.
“Ok tak?” soalnya.
Aku mengurut-urut pinggang yang terasa sengal sedikit. “Ok,” balasku pendek.
Kemudian aku kembali ke atas katil. Tangan Adam sekali lagi mencapai pinggangku.
“Adam, akak ‘cuti’ lah,” ujarku. Adam bangkit dari pembaringannya. Wajahnya berkerut.
“Sayang, berapa kali abang nak pesan, abang bukan junior sayang lagi tau!” tegurnya.
Alamak! Lupalah. Dah terbiasa membiasakan diri sebagai akak dengan semua junior.
“Sorry... sorry. Ok, lepas ni Diana tak panggil macam tu lagi,” pujukku. Adam kembali berbaring.
“Err... Abang,” teragak-agak aku mahu memanggilnya. Adam menoleh dengan senyuman.
“Aina ada cerita apa-apa ke pasal Diana?” soalku. Pandangan Adam redup melihatku.
“Macam-macam,” jawabnya ringkas.
“Dia cerita apa?” desakku. Apalah yang Aina cerita pasal aku?
Adam masih tersenyum. Hai, sama je dengan Aina. Suka sangat tersengih!
“Aina satu dorm dengan sayang, kan?” soalnya. Aku mengiyakan.
“Aina pun bestfriend sayang, kan?” soalnya lagi. Sekali lagi aku mengiyakan.
“Aina cerita macam-macam. Cerita masa sayang first time nampak abang. Masa sayang usha abang dari tingkat atas surau...”
Wajahku terasa panas.
“... Masa sayang tengok ranking Fizik abang. Masa sayang nyanyi lagu UNIC kalau teringat kat abang,” ceritanya.
Aku menutup muka dengan bantal. “Dah... dah. Jangan cerita lagi,” ujarku. Mak datuk! Selama ni aku dok perhatikan dia dia tahulah? Kiranya aku ni bukan secret admirer lagi sebab dah tak secret dah! Adam tergelak.
“Masa sayang wish birthday abang pun abang tahu tu sayang. Lagi satu, sayang yang tinggalkan nota atas meja abang kan?” soalnya lagi.
Nasib baiklah gelap. Kalau terang, mesti dia nampak, satu kepala aku merah! “Ye. Memang Diana yang taruk. Ingatkan nak jadik secret admirer. Tapi tak sangka pula ada orang dah bocorkan,” luahku. Adam tersenyum.
“Sebenarnya bukan abang tak nak layan. Tapi abang dah set kan fikiran, masa belajar bukan untuk bercinta, nak bercinta lepas kahwin. Sebab pada abang cinta masa sekolah cinta monyet je semua tu. Akhirnya belajar ke mana, cinta ke mana. Tengok, kalau abang layan sayang, mesti sayang punya SPM drop. Kan? Tak ada jadi engineer macam sekarang.” Panjang lebar Adam bercerita. Aku bersetuju dengannya. Adam si pemangkin aku untuk belajar.
“Erm, tak kisah lah secret admirer ke. Apa ke. Yang penting Diana dah jadi isteri abang hari ni. Err... Lama lagi ke?” soalnya tiba-tiba.
Wajahku kembali panas. “Hrm... Hari ni hari first,” ujarku.
Adam mengeluh. “Tak apalah. Takkan lari gunung dikejarkan sayang?” bisiknya.
Mak aih! Geli aku orang main bisik-bisik ni. Aku menolak wajahnya.
“Saya Karam Singh Walia melaporkan untuk TV3,” usikku.
“Banyak lah!” Adam menarik hidungku.
Suasana kembali sunyi. Akhirnya Adam dah lena dibuai mimpi. Aku menatap wajahnya. Tenang sungguh tidurnya. Tak sangka aku seniornya di sekolah menjadi isterinya. Budak berbaju biru gelaranku untuknya setiap kali aku bercerita tentangnya di dormku. Aku tersenyum sendiri. Doaku di dalam hati agar pernikahan ini akan berkekalan sampai ke hujung nyawa. Amin.

11 comments:

Anis Mohd said...

hahaa..
ngan junior ..

Nurulhuda Mohd Mohsin said...

agagagagaga :DD
aku tau aku tau

Wanie a.k.a Wafau said...

macam kukenal cter ni.
tpi dimana ye? hahahahaha...
Canm ksh bnar plus fantasy ko yek...
Anyway..good job..
Ko mkin mju dlm bdg pnlsn...
cayalah...

angel@september said...

kisah ni ade sm ngan kwn aku.couple ngan junior gak tp xlm..sedih gler...
apapon..truskn lg...bagus..:)

ZAra said...

Haha.. wish bezday.. tulis note kat meja..
mmang send me back to the past
nak gelak bleh tak?

et said...

hee.dgn junior.chumel2.

pink ranger said...

wahh!! best bet0l..tringt jni0r kt skolh dlu..

Najihah Azhar said...

hkhk~
best..!!
sweet sgt..!!
jun0r n seni0r..!!!
ahaks~
=)

Anonymous said...

bininye senior dye..
laki dye juniornye...
0o mak ai... aha3...
best w0kkk!!!

nonamanis said...

aq pon wk2 dok asrma suke usha junior...senior hampeh(sbb dh knl prngai sorng2)..tp xlh brani cm diana..siap cal ag..lm2 dh lupe..huhuhu..crita zmn dulu wlaupon x lah lma sngt..

Homo sapien said...

Sy suke citer2 akak. Truskn...anyway sy org umbai;-)