Si Baju Biru
“Minggu depan
junior masuk.” Aina dah tersengih penuh makna.
“Hrm...” balasku pendek.
“Boleh usha,” katanya lagi.
“Ah, kau. Junior je. Apalah sangat?” kataku
sedikit meluat. Junior? Dah lah muda
setahun. Kalau senior last year nak usha tak apalah jugak!
***
Tekun aku menyiapkan latihan Fizik yang Cikgu Hamidah bagi minggu lepas.
Aku menjeling jam di dinding kelas. Pukul 10.25 pagi. Alahai! Lagi lima minit. Fokus Diana, fokus! Lagi sikit je
ni. Come on! Itulah. Orang lain dah
siap dah. Yang kau baru nak buat hari ni siapa suruh?
Aku kembali
menghalakan pandangan kepada helaian di atas meja. Belum pun sempat mataku
mencapai target, sesusuk tubuh yang berjalan di aras tiga bangunan Damai
menarik perhatianku. Siapa tu? Macam tak pernah nampak sebelum ni. Ah, Diana!
Cepat! Lagi dua minit nak ke
makmal ni! Mati aku kena dengan Cikgu Hamidah tu karang!
***
“Aina, siapa tu
eh?” aku menegakkan jari telunjukku ke arah budak lelaki yang aku nampak
berjalan di aras tiga blok Damai pagi tadi.
Aina memfokuskan
pandangan ke arah yang aku tunjukkan. Dia tertawa kecil. “Itu juniorlah. Adam nama dia. Junior Kapur tu.”
Aku mengecilkan
mata untuk melihat muka Adam dengan lebih jelas. Not bad. Hati aku dah melonjak kegirangan. Dapat tahu nama pun dah
okeylah tu.
“Oit!” sergah
Aina. Fuh! Gugur jantung aku!
Aku membuat muka.
“Apahal kau? Sergah-sergah aku pulak,” rungutku.
Aina dah sakan
menggelakkan aku. “Kau tengok Adam macam nak makan boleh tak?”
Aku menjulingkan
mata. “Suka hati akulah,” balasku pendek.Oh Adam!
Aku meletakkan sandal di atas rak kasut sebelum masuk
ke dorm. Hanya ada beberapa orang je
di dalam dorm. Yang lain semua dah
selamat ke dewan makan. Malam ni malam apa eh? Oh, Rabu... jadi, malam ni makan mee goreng hangit. Argh!
Tepat jam 11.00
malam, kami bersama-sama membaca Surah al-Mulk sebagai pendinding. Setelah
majlis di tutup, aku merehatkan diri di atas katilku. Kay, si pemilik katil
sebelahku sibuk mengemaskan katil. Tiba-tiba terasa katilku bergegar. Aduh, juniorku seorang ini. Aku dulu, nak
gerak sikit punya perlahan takut kena marah dengan senior. Budak ni? Hrm... Biarlah.
“Kay,” panggilku.
Kay yang dah tengah mengemas menoleh.
“Apahal?” soalnya.
“Banyak lagi?”
soalannya ku jawab dengan soalan.
“Tak. Last.”
Kay memasukkan
barang terakhirnya ke dalam almari. Kemudian dia mengambil tempat di katilnya. Aku membelek-belek kalendar di
atas katil. Sembilan bulan
lagi untuk SPM. Bermakna lagi sembilan bulan je untuk aku bersama
Adam. Ceh.
“Diana!” suara Kay
menghentikan lamunanku. Aku berpaling melihat Kay.
“Apahal?” soalku.
Kay memandangku
dengan muka pelik. “Kau nak cakap apa?”
Aku mengerutkan
dahi. “Cakap apa? Bila masa aku nak cakap apa-apa dengan kau?”
“Come onlah. Kau ni macam atas angin je aku tengok apahal?”
Aku tergelak. Atas
angin, eh? Nampak sangat ke?
“Eh, Kapur satu class dengan kau kan?”
Kay menelek kulit
buku nota Sejarah. “Mimpi apa kau tiba-tiba tanya pasal Kapur?” soalnya.
“Mimpi Adam.”
Diam sekejap.
“Oh, Kak Diana
suka Adam, eh?” terdengar satu suara lain yang menyampuk. Bukan suara Kay, tapi
suara junior dormku yang lain. Aku berpaling mencari arah suara tersebut. Erk?!
Satu dorm melihat ke arah ku dengan
senyuman penuh makna. A... dus!
“Amboi Diana.
Dalam diam kau eh? Cik Siti
di katil seberang dah tersengih-sengih.
“Kak Diana, nanti
orang cakap kat Adam, eh? Dia sekelas dengan orang tau!” Wawa junior Sakinah bersuara.
“Alahai, Adam yang
Kak Diana minat? Ramai tau budak
lain minat kat dia,” kata Liyana adik katil si Aina.
“Kak Diana...”
“Dah... dah. Cukup
Pergi tidur. Akak minat main-main ajelah. Korang ni pun. Telinga kecik, tapi
dengar aje orang cakap,” pintasku sebelum Fatin junior dorm ku yang lagi
seorang bersuara.
“Alah, Kak Diana
yang buat announcement. Siapa suruh?”
Liyana membela diri dan rakan-rakan.
Aku memandang Kay.
‘Iya, ke?’ tanyaku tanpa mengeluarkan suara.
Kay
mengangguk-angguk. Ah, patutlah. Alahai. Baru hari ni aku tahu kewujudan Adam,
dah kecoh satu dorm. Aku menutup muka
dengan selimut. Malu!
“Alala... Kak
Diana, janganlah malu,” Fatin mengusikku. Terdengar gelak tawa budak-budak dormku yang lain. Dorm yang dihuni oleh 7 orang pelajar tingkatan 5 dan 8 orang
pelajar tingkatan 4. Memang riuh rendahlah jadinya!
***
Malam itu
merupakan malam Jumaat. Seperti biasa, aktiviti surau dijalankan. Kami
beramai-ramai solat Maghrib dan Isyak berjemaah di surau. Aku mengambil tempat
di tingkat atas. Sedang aku menaiki tangga, mataku tercantap pada Adam yang
sedang duduk dengan Al-Quran terbuka di tangan.
Hatiku serta-merta
berbunga. Bagusnya budak ni. Tak sia-siakan masa. Aku tergelak di dalam hati.
Tak macam aku. Naik tingkat atas, ambil peluang mengusha anak teruna orang!
Astaghfirullah! Lepas ni lebih baik aku duduk bawah. Insya-Allah!
Selepas tazkirah
ringkas daripada Ustaz Zainuddin, kami bersurai. Aku mengajak Aina ke dewan
makan untuk supper. Malam ni bubur ayam. Erm, yummy! Aku beratur di barisan
mengambil air. Mataku melilau melihat orang ramai di dalam dewan makan. Kemudian, wajah Adam muncul. Adam nampak segak dengan baju melayu biru tua
cekak musang. Padan dengn kulitnya yang cerah. Aku tersenyum sendiri.
“Fatin!” Aku
memanjat katil Fatin di atas katil Ida sebaik sahaja balik daripada dewan
makan.
“Kenapa kak?”
soalnya pelik.
“Tadi akak nampak
Adam,” ujarku.
Fatin mencebikkan
bibir. “Alah... Fatin selalu
je nampak dia.”
Aku tergelak.
“Lain. Hari ni dia nampak smart
sangat. Dia pakai baju melayu dark blue!
Cekak musang pulak tu. Handsome!”
pujiku tinggi melangit. Kalau dia tahu, malu sungguh aku!
Fatin tergelak mendengar
kata-kataku. “Kak Diana, budak lelaki sekolah ni, manalah ada banyak baju
melayu. Paling banyak pun ada dua helai je. Pakai pun seminggu sekali. Minggu depannya pakai lagi. Entah
basuh ke tak tu,” katanya.
Aku mencebik.
“Iyalah cik Fatin. Dahlah. Dah dekat pukul sebelas ni. Kita siap nak al-Mulk,” arahku sebagai
ketua dorm.
***
Masa berlalu
pantas. Sedar tak sedar dah hampir sebulan kami menduduki peperiksaan setengah
tahun. Peperiksaan yang dijalankan serentak untuk tingkatan empat dan lima. Sunyi sepi sekolah. Yang bising bila habis
kertas Matematik Tambahan. Masing-masing ke koperasi mencari aiskrim. Tension punya pasal, untung koperasi.
“Kak Diana, abang
katil ipar Ana ada kat sana,” Ana, junior
katilku menunjuk ke arah pelajar lelaki yang berkumpul di sebelah kiri
koperasi.
Aku menanyang muka
selamba. “Bila masa pulak awak ada abang katil ipar?” soalku tak berperasaan.
Sejak malam tu, tak aman hidup aku. Kena usik je.
“Eleh, Kak Diana.
Buat-buat tak tahu pulak,” balas Ana.
Aku
menggeleng-gelengkan kepala. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Aina di sebelah
tersenyum-senyum melihat aku.
“Sudah-sudahlah
tu.”
Aku terus
melangkah ke koperasi. Walhal, mata dah melilau-lilau mencari sesusuk tubuh
yang dikatakan Ana tadi. Nampak! Aku tersenyum sendiri.
“Lepas ni kita
pergi Makmal Fizik 2 eh?” ajak Aina.
Aku memandangnya
pelik. “Lepas ni aku ada Biologi la. Kau nak suruh aku buat apa kat sana?”
“Alah. Sekejap je.
Ranking tingkatan dah keluar. Form four punya pun ada tau!” desak Aina dengan
senyuman penuh makna.
Selepas ke
koperasi, aku membontoti Aina yang sibuk hendak ke Makmal Fizik 2. Aku malas
sebenarnya nak tengok ranking aku.
Mestilah teruk! Dapat 60% je masa setengah tahun hari tu.
Dalam tak nak
pergi tadi, aku cari juga nama aku dekat papan kenyataan yang bertampal dengan
kertas-kertas warna putih berdakwat hitam itu. Erk! Namaku diwarnakan dengan
warna kuning. Ranking dalam tingkatan nombor 159 daripada 270 orang murid. Mak
aih! Target untuk percubaan 65%. SPM 72%. Eh, target aku A2 je untuk SPM?
Sampai hati cikgu.
Kemudian mataku
melilau ke nama-nama pelajar tingkatan 4. Zarif Adam Bin Hussaini. Adam...
Adam... Ahah! Erk? 75%? Ranking nombor 98 daripada 350 orang murid. 75? Tujuh
puluh lima? A2? Wah... wah! Aku sendiri tak pernah dapat A2 untuk Fizik! Kalau
masa tingkatan 4 pernahlah juga! Itu pun ujian awal tahun. Ujian tau bukannya
peperiksaan! Mak! Malunya aku!!!
“Oit! Dah jumpa
nama Adam?” Aina tersengih-sengih melihatku.
“Kau dah sudah?”
soalku kembali.
Bibir Aina tak
lekang dengan senyuman. “Dah lama dah. Tunggu kau cari nama ‘kau’ lama sangat.
Kau jumpa ke nama kau dekat kertas nama budak form four?” usiknya.
“Diamlah kau!”
marahku. Malu sebenarnya.
Sedang kami
berjalan menghala ke tangga, Adam dan rakan-rakannya berjalan menghala kami.
Jantungku kembali berdegup kencang. Apabila dia berjalan melepasi kami barulah
perasaanku reda sedikit. Gila betul! Aku menoleh ke arah Aina. Dia tak
habis-habis tersengih ke arahku.
“Kau sengih-sengih
macam kerang busuk ni apahal?” Aku menjadi geram dengan tingkahnya. Tak
habis-habis sengih!
“Elele... Sudahlah
Diana. Tak payahlah nak malu-malu konon,” giatnya.
Aku menarik nafas
sedalam-dalamnya. Wajahku terasa panas. “Diamlah kau!”
Aku merebahkan
diri di atas katil balik tengah hari
itu. Malas mahu turun makan. Kay pula tengah sibuk menyalin sesuatu di dalam
bukunya. Aku melihat ke arah jam yang tergantung di dinding dorm. Pukul 1.30 petang. Zohor dah sudah. Petang ni pukul dua ada kelas tambahan Fizik. Erm. Fizik.
“Kay,” panggilku.
“Erm?” jawab Kay.
Namun matanya masih tak lari daripada kerjanya.
“Adam tu
pandailah,” kataku. Mataku terbayang-bayang wajah Adam yang bersahaja di
sebalik cermin mata separuh bingkai yang di pakainya.
“Apasal tiba-tiba
kau cakap macam tu?” tanya Kay.
Aku terdiam
sekejap sebelum kembali meneruskan kata. “Dia dapat 75% seh untuk mid-year Fizik. Aku pun tak sehebat
dia!” ujarku.
Kay
mengangguk-angguk mendengar ceritaku. “Oh. Baguslah.”
“Kay,” panggilku
lagi.
Kay tak menjawab
tapi aku tahu dia mendengar. “Aku nak jadikan Adam pemangkin aku untuk
belajarlah. Aku nak dapatkan A1 dalam Fizik untuk percubaan ni dengan SPM,”
kataku penuh bersemangat.
***
Tinggal seminggu
lagi sebelum percubaan SPM berjalan. Aku semakin sibuk dengan pelajaran. Tapi
kadang-kadang tu melahu jugak! Kelas persediaan malam itu aku mengajak Aina ke
perpustakaan. Aina menurut sahaja. Bagus betul! Huhu.
Aku mengambil
tempat duduk di hujung sekali. Menghadap meja pelajar lelaki. Kelihatan ketua
pengawas sekolahku sedang sibuk mengulangkaji selang 2 buah meja di hadapanku.
Aku cuba menumpukan pembacaan aku pada buku teks Sejarah di hadapanku. Tidak
lama kemudian, seorang pelajar lelaki berbaju t-shirt biru muda berjalan menuju
ke arah ketua pengawas.
Aku terkedu
seketika. Adam. Jantungku kembali berdegup kencang. Aku mengangkat buku teks
Sejarah bagi menghalang penglihatanku daripada melihat Adam. Tak boleh!
Walaupun tak nampak, aku tahu dia betul-betul duduk di hadapanku. Aina di
sebelahku pelik melihat tingkahku. Aku menayangkan senyuman plastik. Tak lama
kemudian matanya melihat ke hadapan. Dia tersenyum. Mungkin dah tahu apa yang
membuatkan aku gelabah macam ni. Budak baju biru itulah!
“Diana,” panggil
Aina perlahan.
Aku menoleh.
“Apa?”
Aina tersenyum.
“Boleh baca? Sepatutnya lagi senang nak faham,” usiknya.
Aku menayangkan
penumbukku kepadanya. “Nampak ni?” soalku.
Aina
tersenyum-senyum. “Diamlah!” marahku.
“Aku tak cakap
apa-apa pun,” katanya.
“Diam!” tegasku.
Aina masih tersenyum-senyum.
Alahai, macam mana
nak fokus baca ni?
Setibanya di dorm,
seperti biasa aku merehatkan diri di atas katil sementara menunggu untuk
membaca surah al-Mulk. Aku menjawab salam yang diucapkan oleh Wawa. Tiba-tiba
Wawa berjalan menuju ke arah katil ku.
“Kak Diana, orang
ada cerita nak beritahu ni,” katanya.
Aku mengangkat
kening bertanya. “Orang dapat tahu, keluarga Adam ada kedai makan dekat
Melaka,” ujarnya penuh perasaan.
Aku tersengih.
“Mana dapat tahu? Kat mana? Boleh ajak ayah akak pergi nanti.”
“Kawan orang
cakap. Dia budak sekolah Adam dulu. Kedai makan dia kat Umbai. Kalau tak silap kedai yang tepi sungai kut.
Yang banyak ikan bakar tu,” cerita Wawa.
“Okaylah. Nak
salin baju. Tu je orang nak cakap.” Wawa melangkah ke katilnya dengan senyuman
di bibir.
Oh! Budak baju
biru itu ada kedai makan kat situ! Boleh aku ajak abah makan dekat situ. Aku
dah ketawa dalam hati.
***
Hari berganti
minggu. Minggu berganti bulan. Akhirnya bulan November menampakkan diri. Lagi dua hari pelajar tingkatan empat akan pulang. Tinggallah kami
senior-senior di sekolah ni untuk berjuang dengan SPM. Percubaan aku tak berapa
baik. Tapi ada peningkatan kalau dibandingkan dengan setengah tahun hari tu.
Fizik aku hanya berjaya dapat 68%. Tak apalah. SPM cuba lagi!
Memandangkan lagi dua hari lagi junior akan meninggalkan
sekolah, termasuk si baju biru, aku mengambil tindakan berani mati malam itu.
Semua pelajar tingkatan empat berada di dewan makan
untuk taklimat yang aku sendiri tak pasti berkenaan apa. Pelajar tingkatan lima pula perlu ke kelas persediaan seperti
biasa. Blok tingkatan empat
dan tingkatan lima merupakan
blok yang berbeza. Aku mengajak Aina ke kelas Adam untuk mengulang kaji
pelajaran. Saja je sebenarnya. Teringin hendak melihat keadaan kelasnya.
Bila masuk kelas
Adam, bukannya boleh belajar pun sebenarnya. Aku menyelak-nyelak nota ringkas
Pendidikan Agama Islam yang diberikan Ustaz Zainuddin minggu lepas. Tepat pukul
sepuluh malam, aku mengajak
Aina untuk pulang ke kelas. Sebelum itu, sempat aku meninggalkan nota kecil di
atas meja Adam. Tulis perasang untuknya yang bakal menduduki SPM tahun depan.
Ceh, aku sendiri teruk, nasihatkan orang.
***
Dah hampir
seminggu SPM berjalan. Aku memangkah tarikh yang sudah aku lalui. Esok 19
November. Aku tersenyum sendiri. Hari jadi Adam! Aku menyemak baki kredit di
telefon bimbitku. RM 5.95. Boleh sangat kalau nak wish dia!
Keesokan harinya,
balik dari dewan peperiksaan, aku terus masuk ke dorm. Telefon bimbit di dalam
locker aku capai dan aku hidupkan. Laju aku menaip ucapan Selamat Hari Jadi
untuknya. Delivered. Aku menunggu balasan daripadanya. Seminit... dua minit...
tiga minit... lima minit... sepuluh minit... Ah! Hisy budak ni! Sampai hati.
Kot ye pun tak layan perempuan, janganlah buat aku macam ni. Sedih tau!
Aku pergi ke bilik
air untuk mengambil wudhu’. Selepas itu, aku kembali ke dorm untuk menunaikan
solat Zuhur. Kemudian aku baring di atas katil. Telefon bimbit yang aku setkan
ke silent mode aku capai. 1 message
received.
Thanks. Siapa ni? –Adam-
Aku tersenyum.
Laju aku mengenalkan diriku sebagai Diana, seniornya. Kemudian tiada balasan daripadanya.
Biarlah.
***
Itu kisah zaman
sekolah menengahku. Kisah yang sudah hampir lima tahun berlalu. Khabar Adam sudah tiada lagi
kedengaran. Kadang-kadang tu, tertanya-tanya juga apa khabar dia agaknya?
Sebaik sahaja aku menamatkan zaman sekolah menengahku, aku memohon untuk
memasuki universiti awam dengan keputusan SPM 9A. Fizik A1 tu! Alhamdulillah.
Rezeki aku ada di sebuah universiti yang terkenal dalam negara. Dengan
mengambil Kejuruteraan Awam sebagai jurusanku, aku telah berjaya mendapat ijazah
sarjana muda dengan kelas kedua atas.
Hujung minggu itu,
aku mengikut Aina ke kampungnya. Dah lama dia ajak. Baru sekarang aku
berkesempatan untuk mengikutnya. Malam itu Aina sekeluarga mengajakku makan di
luar. Makan ikan bakar, katanya. Aku menurut sahaja. Tiba-tiba aku teringat
cerita Wawa tentang keluarga Adam yang mempunyai kedai makan di Umbai. Aku
tersenyum sendiri. Mulutku melagukan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC yang
berkumandang di corong radio. Aina menoleh ke arahku.
“Sejak bila kau
suka nasyid?” soalnya pelik.
Aku tersentak.
“Kau ni, aku baru nak layan blues. Kacau,” rungutku.
“Layan blues ke? Jap eh. Kalau tak silap aku
lah, lirik dia kena sangat dengan kau. Erm. Ku pendamkan perasaan ini.
Kurahsiakan rasa hati ini. Melindungkan kasih yang berputik tersembunyi di
dasar hati...” Aina dah mula menyanyi rangkap pertama lagu itu. Wajahku terasa
panas.
“Kau ni bisinglah.
Aku nak dengar lagu tu. Bukannya nak dengar kau nyanyi. Dah, dah. Bising je,”
marahku. Aina dah ketawa sakan.
“Tengok tu muka
dah merah. Diana... Diana. Kau tunggu Adam lagi ke? Sudah-sudahlah tu.”
Aku terus
menyanyikan lagu UNIC tadi. Malas mahu melayan kerenah Aina. Makin dilayan
makin menjadi. Akhirnya nanti, aku juga yang terkena.
Setibanya di
destinasi, aku sedikit gabra bila aku berada di medan ikan bakar umbai. Aku
memandang Aina yang sibuk berbual dengan ibu dan ayahnya. Kemudian, mereka
berjalan ke sebuah gerai. Aku hanya mengekor daripada belakang.
Sementara menunggu
pelayan mengambil pesanan,
aku memerhatikan kawasan kedai makan di sini. Ramai juga orang datang walaupun
sekarang ni tengah-tengah bulan. Tak lama kemudian, seorang lelaki berbaju
t-shirt biru datang ke meja kami. Aku menoleh ke arah lelaki itu. Erk? Adam!
Mak, lainnya dia sekarang.
Aku cuba menahan
wajah daripada berubah riak. Nasib baiklah yang Adam tak pernah kenal aku.
Huhu. Tapi, kalau dia tengok majalah sekolah macam mana? Ah, tak kanlah dia nak
sangat kenal aku. Dah lah aku ni antara berpuluh peminat dia. Tak mungkinlah
dia kenal.
“Kak?” teguran
daripada Adam membuatkan aku malu sekejap. Nampak sangat yang aku ni asyik
berangan pasal dia. Ah! Malu!
Aku menoleh ke
arah Adam. “Nasi goreng kampung satu ya?” pintaku.
Adam mempamerkan
wajah pelik. “Nasi goreng kampung? Kat sini biasanya orang makan nasi lemak.
Betul akak nak nasi goreng kampung ni? Nanti saya buatkan special untuk akak.”
Aku dah ketawa
dalam hati. Ya tak ya. Selalukan orang nak nasi lemak. Aku menjeling Aina di
hadapanku. Aina dah tersengih tak berhenti. Hampeh punya budak. Entah apalah yang
dia fikir sekarang ni. “Oh. Ya. Kalau macam tu bagi nasi lemak je lah.”
Adam dah
tergelak-gelak. “Nasi lemak memang kami akan hantar ke meja. Jangan risau. Saya
nak tanya air.”
Ya Allah. Kenapa hari
pertama jumpa dia selepas hampir masuk 6 tahun aku perlu malu dengan dia.
Relaks. Dia bukannya tahu yang aku pernah minat dia dulu. Eh? Dulu ke sekarang?
“Okey. Saya nak teh ‘o’ ais
limau.”
Adam melangkah
pergi sebaik sahaja mengambil pesanan.
Sebaik sahaja nasi
lemak tiba, aku antara orang terawal yang membuka bungkusannya. Erk? Mana
sambal? Takkan lupa letak? Isk. Takkan nak tanya Adam? Malu oh. Baru aku nak
bersuara, Adam dah tiba dengan dulang berisi gelas. Aku membina keyakinan untuk
bertanya.
“Err... Nasi lemak
ni tak ada sambal,” ujarku.
Adam menoleh.
“Hah?”
“Ni, nasi lemak ni
tak ada sambal,” kataku sambil menunjukkan nasi lemak yang putih bersih.
“Hoi, Diana.
Sambal dekat bawahlah. Lain kali tanya aku dulu,” ujar Aina. Aku dah menahan
rasa malu di hadapan Adam. Aina dah ketawakan aku.
Adam hanya
tersenyum nipis. “Enjoy your meal!”
katanya. Macam dekat Pizza Hut pulak.
Mak, tak nak jumpa
Adam lagi! Malu!
***
Hujung minggu itu aku menghabiskan masa dekat rumah. Kalau ikutkan aku kena
pergi ke pejabat. Malas pulak
rasanya. Letih bila hujung minggu pun kena kerja. Nanti kalau dah kahwin nanti
macam mana? Telefon bimbitku melagukan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu. Ada mesej.
Bingkas aku bangkit untuk mendapatkan telefonku.
Hai akak. Lama tak
jumpa dengan akak. Akak apa khabar? -0176543210-
Siapa pulak ni?
Aku terus mendail nombor itu. Takkan Ana, juniorku di sekolah dulu? Rasanya
baru minggu lepas aku berhubungdia. Talian bersambung.
“Wa’alaikumussalam.
Siapa ni?” soalku sebaik sahaja orang di sebelah sana memberi salam.
“Hai akak. Saya
mesej, akak telefon terus?” Soalanku dijawab dengan soalan.
“Siapa ni?” soalku
sedikit tegas apabila soalan ku tidak di jawab sebentar tadi
“Akak, ni Adam. Your junior. Remember?” Adam?
“Nombor akak saya
tak pernah buang sejak akak wish birthday
saya. Akak dah buang nombor saya ye?” soalnya sedikit sayu.
Alahai. “Tak. Cuma
hari tu handset tercicir. Jadi, banyak nombor yang hilang.” Ah, bohong sunat. Tak apa kan?
“Iya ke?” usiknya.
Perbualan kami pada hari itu hampir dua puluh minit. Habis terus kredit aku dibuatnya.
***
“Akak, esok saya
nak datang rumah akak boleh?”
“Nak buat apa?”
“Tunggu ajelah
esok.”
“Okey.”
Dan disebabkan
perbualan aku dengan Adam petang semalam, mak sibuk menyediakan juadah di dapur.
Abah yang tak pernah kisah tentang hal-hal memasak turut turun padang. Tepat
jarum jam menunjukkan pukul tiga petang, ada bunyi enjin kereta di luar. Mungkin Adam dah sampai.
“Diana, pergi
bersiap. Pakai sopan sikit,” arah mak sebaik sahaja melihat tetamu di luar. Aku
berjalan ke bilik untuk menyalin pakaian. Kemudian aku berjalan ke ruang tamu.
Eh? Mana Adam? Yang ada hanya beberapa orang makcik dan pakcik. Aku terasa malu
sendiri. Bingkas aku berjalan ke dapur. Mencedok makanan ke dalam mangkuk.
Tak lama kemudian
mak masuk ke dapur. “Diana, jom ke depan sekejap. Abah ada benda nak tanya kat
kamu.” Aku mengikut langkah mak ke ruang tamu. Enam pasang mata dah merenung ke arah aku. Terasa
macam pesalah kena tangkap pula.
“Diana, keluarga
Adam datang nak merisik kamu. Kamu dah ada yang punya ke?” soal abah terus
tanpa kiasan. Enam pasang
mata tadi merenungku menantikan jawapan dari mulutku.
Aku menelan air
liur. Apa ni? Adam langsung tak bagi hint
pulak tu. Isk, malu!
“Diana?” tegur
abah.
Makcik pakcik yang
datang bertandang ke rumahku tersenyum-senyum melihatku.
“Diam tu tak
adalah tu,” ujar salah seorang daripada mereka. Wajahku terasa hangat.
Abah tersenyum
memandangku. “Kamu tak ada kawan lagi kan?” soalnya lembut.
Aku menggeleng.
Mak mencuit pinggangku. “Abah tanya cuba jawab. Tak ada mulut ke?”
“Oh, mak kau! Tak
ada! Nak kahwin dengan Adam!” latahku. Rumah kami dah bergema dengan suara
orang ketawa. Aku menekup mulut dengan tapak tangan. Malu! Pantas aku berlari
ke dapur.
Rombongan merisik daripada keluarga Adam pulang selepas makan. Aku membantu
mak membasuh pinggan mangkuk di dapur. Masih malu dengan peristiwa tadi. Mak
dengan abah pula tersenyum-senyum je bila memandangku.
***
Selepas sebulan dirisik oleh keluarga Adam, aku mengajak Adam berjumpa. Adam
mengambilku di rumah. Mahkota Parade di Bandar Hilir Melaka menjadi pilihan hati. Sepanjang
perjalanan aku mendiamkan diri. Hanya suara deejay
radio yang memeriahkan suasana. Tak lama kemudian, lagu kegemaranku
berkumandang di corong radio. Aku tersenyum dalam hati. Kalaulah Adam tahu yang
lagu ini menggambarkan perasaanku kepadanya...
“Ni lagu favourite akak kan?” soal Adam. Lagu
Hanya Tuhan Yang Tahu oleh UNIC.
Aku terkedu
sekejap. “Mana tahu?”
Adam tersenyum
manis. “Kalau akak nak tahu, Kak Aina tu sepupu Adam.”
Kata-kata Adam
bagai tamparan buatku. “SEPUPU!!!” Aku terjerit. Aina!!!
“Kita shopping untuk walimah sekali ye akak?”
soal Adam sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di Mahkota Parade.
“Bila nak walimah?
Adam belajar lagi kan? Tunggu Adam habis belajarlah,” tegurku. Duit pun tak
ada, ada hati nak kahwin.
“Adam tinggal dua bulan je lagi. Lepas ni habis. Bulan lapan konvo. Mungkin tolong umi dengan abi
dekat kedai sementara cari kerja,” jelasnya.
Aku mengangguk
tanda setuju. Kemudian aku terfikir sesuatu. “Tak payah bertunang dulu ke?”
Adam tersenyum
manis. “Kita bertunang masa walimah terus. Tak payah banyak kali akak nak buat
makan-makan.”
Aku ketawa. Apa
sangat setakat menjamu orang makan. Sedekah, kan?
***
Majlis walimah pagi tadi berlangsung dengan meriah. Senyuman tak lekang
dari wajah mak dengan abah walaupun penat seharian melayan tetamu. Aku
memandang Adam yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Tangannya melambai ke
arahku. Menyuruhku datang kepadanya.
“Adam nak kenalkan.
Ni kawan-kawan Adam masa sekolah dulu.” Seorang-seorang Adam perkenalkan
kepadaku. Semuanya juniorku di
sekolah dulu. Aku hanya tersenyum.
“Err, Dam. Nak
panggil akak ke?” soal salah seorang daripada mereka. Aku tergelak.
“Panggil je Diana.
Kita bukan sekolah lagi kan?” Aku menjawab bagi pihak Adam.
Adam tersenyum
senang. “Kenal tak tu?” Adam menunjukkan aku seorang wanita hampir sebaya
dengan kami. Aku merenungnya lama. Macam pernah kenal.
“Amboi Kak Diana.
Sampai hati tak kenal kita lagi kan. Iyalah, dah dapat budak baju biru. Mana
nak ingat orang lain
“Siapa ya? Adam?”
tanyaku kepada Adam. Adam membuat muka.
“Apa panggil
Adam-Adam? Abang bukan junior sayang
lagi, tau! Abang suami sayang. Ingat tu!” tegasnya di hapadan wanitaku.
Soalanku dibiarkan sepi.
Wanita itu tertawa
melihatkan kami berdua. “Kak Diana. Ini Fatin lah,” kata wanita itu.
Mulutku sedikit
ternganga. Ya Allah, Fatin!
Pantas tubuhnya aku peluk. “Fatin! Lamanya akak tak jumpa dengan Fatin.”
Fatin tertawa.
“Eh, tadi dengar orang tu cakap tak payah ber‘akak-akak’. Ni apa dah jadi?”
“Fatin lain. Akak
dah terbiasa macam tu,” ujarku.
Fatin hanya
ketawa. Lama sebenarnya tak berhubung dengan buda-budak sekolah sains. Hanya
Aina je yang aku selalu berjumpa. Itupun sebab sama kolej dekat universiti
dulu.
***
Malam itu, rumah
diriuhkan dengan suara sanak saudara. Riuh rendah rumah dibuatnya walaupun jam
mencecah pukul dua belas
tengah malam. Aku masih di ruang tamu, bermain-main dengan anak saudara yang
masih belum tidur. Jelingan mak aku buat tak endah.
”Diana,” akhirnya
mak bersuara apabila aku masih leka melayan gelagat anak saudaraku.
“Diana!”
panggilnya lagi. Aku menoleh. “Masuk bilik. Dah pukul berapa ni,” tegur mak.
Aku buat tak tahu.
“Diana!!!” sekali
lagi mak bersuara. Akhirnya aku melangkah malas ke bilik pengantin. Adam sudah
lama masuk. Seawal jam sepuluh malam lagi.
“Dua bulan lepas sibuk nak menikah. Ni dah
depan mata main lari-lari pulak,” kata mak perlahan. Namun masih dapat ku
tangkap butir bicaranya. Wajahku terasa panas.
“Assalamualaikum,”
ucapku sebaik sahaja pintu bilik ku kuak. Adam sudah terbaring di atas katil.
Dah tidur ke? Aku berjalan ke bilik air. Alahai, macam mana nak cakap dengan
Adam eh? Malunya.
Aku membaringkan
diri di sebelah Adam. Tiba-tiba terasa pinggangku di peluk.
“Oh, mak kau!” aku
dah tergolek jatuh dari atas katil. Mak aih, patah pinggang. Adam
tercengang-cengang melihatku.
“Ok tak?” soalnya.
Aku mengurut-urut
pinggang yang terasa sengal sedikit. “Ok,” balasku pendek.
Kemudian aku
kembali ke atas katil. Tangan Adam sekali lagi mencapai pinggangku.
“Adam, akak ‘cuti’
lah,” ujarku. Adam bangkit dari pembaringannya. Wajahnya berkerut.
“Sayang, berapa
kali abang nak pesan, abang bukan junior
sayang lagi tau!” tegurnya.
Alamak! Lupalah. Dah
terbiasa membiasakan diri sebagai akak dengan semua junior.
“Sorry... sorry. Ok, lepas ni Diana tak panggil macam tu lagi,”
pujukku. Adam kembali berbaring.
“Err... Abang,”
teragak-agak aku mahu memanggilnya. Adam menoleh dengan senyuman.
“Aina ada cerita
apa-apa ke pasal Diana?” soalku. Pandangan Adam redup melihatku.
“Macam-macam,”
jawabnya ringkas.
“Dia cerita apa?”
desakku. Apalah yang Aina cerita pasal aku?
Adam masih
tersenyum. Hai, sama je dengan Aina. Suka sangat tersengih!
“Aina satu dorm dengan sayang, kan?” soalnya. Aku
mengiyakan.
“Aina pun bestfriend sayang, kan?” soalnya lagi.
Sekali lagi aku mengiyakan.
“Aina cerita
macam-macam. Cerita masa sayang first time nampak abang. Masa sayang usha abang
dari tingkat atas surau...”
Wajahku terasa panas.
“... Masa sayang
tengok ranking Fizik abang. Masa
sayang nyanyi lagu UNIC kalau teringat kat abang,” ceritanya.
Aku menutup muka
dengan bantal. “Dah... dah. Jangan cerita lagi,” ujarku. Mak datuk! Selama ni
aku dok perhatikan dia dia tahulah? Kiranya aku ni bukan secret admirer lagi sebab dah tak secret dah! Adam tergelak.
“Masa sayang wish birthday abang pun abang tahu tu
sayang. Lagi satu, sayang yang tinggalkan nota atas meja abang kan?” soalnya
lagi.
Nasib baiklah
gelap. Kalau terang, mesti dia nampak, satu kepala aku merah! “Ye. Memang Diana
yang taruk. Ingatkan nak jadik secret
admirer. Tapi tak sangka pula ada orang dah bocorkan,” luahku. Adam
tersenyum.
“Sebenarnya bukan
abang tak nak layan. Tapi abang dah set kan fikiran, masa belajar bukan untuk
bercinta, nak bercinta lepas kahwin. Sebab pada abang cinta masa sekolah cinta
monyet je semua tu. Akhirnya belajar ke mana, cinta ke mana. Tengok, kalau abang layan sayang, mesti
sayang punya SPM drop. Kan? Tak ada
jadi engineer macam sekarang.” Panjang
lebar Adam bercerita. Aku bersetuju dengannya. Adam si pemangkin aku untuk
belajar.
“Erm, tak kisah
lah secret admirer ke. Apa ke. Yang
penting Diana dah jadi isteri abang hari ni. Err... Lama lagi ke?” soalnya
tiba-tiba.
Wajahku kembali
panas. “Hrm... Hari ni hari first,” ujarku.
Adam mengeluh.
“Tak apalah. Takkan lari gunung dikejarkan sayang?” bisiknya.
Mak aih! Geli aku
orang main bisik-bisik ni. Aku menolak wajahnya.
“Saya Karam Singh
Walia melaporkan untuk TV3,” usikku.
“Banyak lah!” Adam
menarik hidungku.
Suasana kembali
sunyi. Akhirnya Adam dah lena dibuai mimpi. Aku menatap wajahnya. Tenang
sungguh tidurnya. Tak sangka aku seniornya
di sekolah menjadi isterinya. Budak berbaju biru gelaranku untuknya setiap kali
aku bercerita tentangnya di dormku.
Aku tersenyum sendiri. Doaku di dalam hati agar pernikahan ini akan berkekalan
sampai ke hujung nyawa. Amin.
11 comments:
hahaa..
ngan junior ..
agagagagaga :DD
aku tau aku tau
macam kukenal cter ni.
tpi dimana ye? hahahahaha...
Canm ksh bnar plus fantasy ko yek...
Anyway..good job..
Ko mkin mju dlm bdg pnlsn...
cayalah...
kisah ni ade sm ngan kwn aku.couple ngan junior gak tp xlm..sedih gler...
apapon..truskn lg...bagus..:)
Haha.. wish bezday.. tulis note kat meja..
mmang send me back to the past
nak gelak bleh tak?
hee.dgn junior.chumel2.
wahh!! best bet0l..tringt jni0r kt skolh dlu..
hkhk~
best..!!
sweet sgt..!!
jun0r n seni0r..!!!
ahaks~
=)
bininye senior dye..
laki dye juniornye...
0o mak ai... aha3...
best w0kkk!!!
aq pon wk2 dok asrma suke usha junior...senior hampeh(sbb dh knl prngai sorng2)..tp xlh brani cm diana..siap cal ag..lm2 dh lupe..huhuhu..crita zmn dulu wlaupon x lah lma sngt..
Sy suke citer2 akak. Truskn...anyway sy org umbai;-)
Post a Comment