Handset di tangan aku main lambung-lambung. Sesekali aku buka phone book dan mencari nama Wati. Abang Hafiz, lepas solat Isyak. Kata dia nak pergi rumah Ustaz Awang. Tak cakap pula nak buat apa. Nak pergi ambil air untuk lembutkan hati aku kut. Isk! Aku tengok jam sekilas sebelum mata kembali memandang ke arah handset. Nak call ke, tak? Tanpa sedar, ibu jari menekan button hijau. Bila terdengar suara Wati di hujung talian, laju aku mendekatkan handset ke telinga.
“Tengah buat apa?” aku bertanya. Aku rasa nada suara aku macam orang malas nak bercakap je.
“Kau salah call orang ke?” dia pula yang bertanya lepas terdiam sekejap bila mendengar soalan aku tadi.
Dahi aku berkerut. “Kenapa pulak?”
“Call aku, tiba-tiba tanya tengah buat apa. Ingatkan kau nak call Joe tapi tercall aku.”
Ceh! Ada pula ke situ. “Aku sedarlah sekarang aku tengah bercakap dengan siapa. Kau tengah buat apa? Aku nak kacau sikit ni.”
“Tengah isi goodies bag untuk kenduri esok. Apahal?”
Aku menarik nafas dalam. Tangan bermain dengan bantal kat atas katil.
“Wati, macam mana nak pujuk orang yang merajuk?” Lepas bertanya, aku gigit bibir aku. Kenapa payah sangat nak berterus-terang ni?
“Siapa? Joe? Hah! See! Aku dah agak dah kau dengan Joe bergaduh. Apa cerita ni?” bersemangat pula Wati bertanya.
Aku mencebik. Tak habis-habis dengan Joe. Aku dah tak kisah dah kalau dia merajuk ke apa ke, sebab sekarang yang aku risau Ustaz seorang ni tengah merajuk.
“Dengan Joe tu, aku malas nak kisah dah. Ni dengan orang lain.”
“Siapa?”
Terkelu sekejap lidah aku nak menjawab. Tangan menggaru kepala yang tak berpa nak gatal.
“Err... Kalau aku cakap, ada benda yang aku tak cerita dekat kau, kau rasa apa dia bendanya?”
Wati terdiam di hujung talian. “Kau couple dengan Joe.”
Ternganga sekejap aku mendengar ayat yang keluar daripada mulut Wati. Aku? Couple? Joe? Euw! Sebab itu je ke yang Wati ala-ala nak merajuk dengan aku sebab tak cakap yang aku kononnya dengan Joe? Ah sudah! Ni kalau dia tahu aku dengan Ustaz, memang matilah aku. Aku melangkah keluar bilik. Kaki dihayun ke arah dapur. Pintu belakang aku buka lalu aku duduk di belakang rumah.
“Err... taklah! Kalau aku couple, of course kau orang pertama yang tahu!” Aku menelan air liur. Cuma pasal aku isteri orang je kau lambat sikit. Mianhae chinguu! *Sorry kawan!
“Habis tu? Pasal apa?”
“Err... sebelum aku cakap, aku nak kau letak dulu apa-apa barang yang kau tengah pegang.”
“O...kay.”
Aku tarik nafas dalam-dalam. “Sebenarnya, Ustaz merajuk dengan aku.”
“Hah?” Wati dah pelik. “Ustaz mana pulak ni?”
“Ustaz Hafiz.” Pendek aku menjawab.
“Eh? Apahal pulak dia nak merajuk bagai ni dengan kau?”
Erk! Soalan membunuh tu! Ya Allah, kau sejukkanlah hati kawan aku ni.
“Wati... sebenarnya kan, aku sekarang duduk serumah dengan Ustaz!”
“Maksud kau?”
“Aku duduk sebilik dengan dia.”
Wati terdiam. “Kau gila?!”
“Wati, aku mungkin kena sehidup semati dengan dia.”
Mungkin sebab bukan tentu kitorang mati sama-sama kan? Boleh terima tak alasan tu?
“Lisa, don’t tell me...”
“Wati, aku minta maaf sangat sebab tak story dekat kau. Sebenarnya before mak ayah aku pergi hari tu, kitorang dah... err...”
“Kau dengan dia dah kahwin?!” suara Wati tiba-tiba meninggi.
“Eheh. Yup!” Teragak-agak aku nak menjawab.
“Ek eh! Sampainya hati kau! Langsung tak nak cerita dekat aku!” Wati dah ala-ala merajuk dengan aku. Tapi aku rasa bukan ala-ala lagi, ni memang dah merajuk betul!
“Wati, kau marah?” Aku bertanya dengan mata memandang langit yang tak berbintang. Macam hati aku je, tak ceria.
“Tak adalah. Tapi terkilan jugaklah kau langsung tak cerita kat kitorang. Kawan baik sendiri mengaku dah kahwin tapi tak ajak, siapa yang tak bengang?”
Aku terdiam. Dia marahlah tu. Bengang dengan marah tu pada aku sama je makna dia.
“Lisa, serius ke kau dengan Ustaz dah kahwin?”
Aku mengangguk tanpa sedar. “Hrm...” perlahan je aku menjawab.
“So, kau dengan dia pernah err tu lah...?”
Muka aku terasa panas. “Bodohlah kau ni! Tak ada benda lain ke nak tanya?!”
Isk budak-budak zaman sekarang ni. Nampak sangat kalau kahwin mesti fikirannya ke situ. Teruk betul! Wati tergelak bila aku marah dia. Sengal betul!
“Wati, serius ke kau tak marah aku?” Aku bertanya bila dengar dia macam lepak je dapat tahu benda ni.
“Marah.” Pendek je jawapan dia. “Marah jugaklah. Tapi, kesianlah dekat kau kalau aku pun nak marah. Dengan Joe terasa hati lagi dengan kau. Eh? Sekejap. Joe dah tahu ke benda ni?”
“Hrm...”
“Serius ah? Weh? Apasal aku orang last yang tahu ni?” Dia dah mengungkit.
“Kau bukan orang lastlah. Kau orang first yang aku beritahu tau! Joe tahu pun sebab kebetulan.”
“Lah! Patutlah dia merajuk dengan kau. Eh, Kau tahu tak dia suka kau?”
Terbatuk sekejap aku dengar soalan Wati. Joe suka aku?
“Tak” sengaja aku nak buat nampak innocent sikit.
“Serius? Hari tu beriya-iya dia cakap dengan Pa’an dia nak confess dekat kau.”
“Oh!” Itu je aku mampu jawab. Agaknya dia nak confess masa kitorang angkat buku pergi bilik guru tu kut. Itu yang dia tanya soalan luar silibus tu.
“Hrm... agaknya sebab kau dah kahwin kut, dia merajuk. Kesian dia. Hah, yang pasal Ustaz Hafiz ni kenapa pulak?”
Aku mengetap gigi. “Aku cakap benda yang aku tak patut cakap, and he heard it.”
“Bila?”
“Tadi kat sekolah. Masa aku nak pujuk Joe.”
“Kau pujuk Joe?” Nada Wati meninggi. “Kau cakap apa sampai Ustaz terasa hati dengan kau ni?”
Aku mengurut-urut dahi perlahan. “Entahlah. Aku pun tak ingat.” Malas aku nak cerita panjang-panjang. “Apa aku nak buat ni? Macam mana aku nak mintak maaf ni?”
Aku terdengar Wati menarik nafas dalam. “Macam ni lah. Kau tengah online tak?”
“Tak.”
“Aku cadangkan kau online. Kau search cara-cara romantik nak minta maaf.”
Tersedak air liur aku dibuatnya bila dengar idea gila Wati. “Kau bengong apa? Perlu ke sampai nak romantik segala bagai? Kau ingat aku tengah bercinta dengan dia ke?”
“Ek, eh budak ni!” Wati dah menyampuk. “Kalau tak bercinta dengan dia, dengan siapa lagi? Joe?”
Aku mencebik. “Tak adalah.” Aku dah mula lenguh pegang handset dekat telinga.
“Dah tu? Cubalah. Kalau tak, kau minta maaf depan-depan macam selalu.”
Aku tergeleng perlahan. “Tak boleh...”
“Kenapa?”
“Aku takut.”
“Sejak bila pandai takut nak minta maaf ni?”
Aku terdiam. “Sejak aku kahwin dengan dia?”
Wati ketawa. “Dah dah. Aku tengah buat kerja ni. Tak berjalan kerja aku kalau berbual dengan kau. Lagipun aku dah bagi idea kan dekat kau? Tinggal kau jelah nak pilih.”
Dahi aku berkerut. Idea apa je? Idea yang boleh pakai tu satu je. Minta maaf macam biasa. Yang lagi satu tu? Tunggu aku belajar bercinta baru aku buat. Ingat status aku dengan Ustaz ni, macam status dia dengan Pa’an agaknya?
“Iyalah... iyalah!” Akhirnya aku mengalah juga.
“Wati, thanks sebab memahami.” Memahami aku dengan tak buat bodoh pada aku.
“Kalau ikutkan hati, tak adanya aku nak layan kau.” Serius je Wati bersuara.
Aku menelan air liur. Erk!
“Tapi kawan... Aku buat macam mana pun, kau dah kahwin. Kenduri nanti, kalau tak cakap awal-awal memang kita putus dahabat!” Dia mengugut.
Aku tersenyum sumbing. Insya Allah, aku ajak Ustaz datang sekali masa bagi kad. Tapi itupun kalau aku dengan Ustaz dah ok. Kalau macam sekarang ni gayanya, nak pandang muka dia pun aku takut! Talian diputuskan selepas dekat 10 minit berbual. Kesian juga dekat Wati yang tengah sibuk dengan kerja dia. Esok nanti lagilah sibuk.
“Jangan kecoh-kecoh dekat sekolah eh? Malulah beb!” Sempat aku pesan pada dia sebelum talian mati.
***
Aku terdengar bunyi enjin kereta Abang Hafiz masa mata tengah ralit membaca cara memohon maaf dekat internet. Ok, tajuk artikel ni sebenarnya, 10 Cara Romantik Untuk Meminta Maaf. Cis! Aku tak tahu kenapa aku ikut juga idea gila Wati ni. Masa aku baca artikel ni, aku dah tahu aku tak boleh langsung nak ikut apa yang diorang duk cadangkan. Gila apa? Takkan aku nak hantar bunga dekat bilik guru sebab nak minta maaf? Itu mencari masalah namanya.
Nak bagi coklat? Yang aku tahu dia suka makan gula-gula je. Bagi kad? Apa aku nak tulis dalam tu. Kalau aku pandai buat pantun ke, syair ke, puisi ke memang idea ni aku guna pakai. Lagu? Menyanyi pun pitching lari memanjang, ada hujan lebat nanti. Masak makanan favourite dia? Ada terbakar dapur dibuatnya. Imbau kenangan manis? Aku rasa banyak kenangan masam-kelat je dengan dia ni. Bagi mesej atau e-mail lawak? Tunggu aku apply masuk Raja Lawak dulu tengok aku ni kelakar ke tak. Ah! Senang cakap, memang tak ada langsung benda yang aku boleh pakai daripada artikel ni. Tak membantu langsung!
Abang Hafiz menolak pintu yang sememangnya tak rapat. Aku pandang dia, dia pandang aku tapi sepatah perkataan tak keluar. Aduh! Ada aku mati disebabkan kebosananan melampau kalau dia terus-terusan macam ni. Tapi, memang salah aku at the first place kan? Siapa suruh tak mengaplikasikan peribahasa Melayu dalam kehidupan seharian? Kan orang-orang dulu selalu cakap, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Ada bagusnya nasihat orang-orang tua ni.
Aku bangun dan melangkah ke bilik air. Terasa nak buang air kecil bila duduk lama-lama atas simen ni. Sejuk! Laptop dibiarkan di atas meja. Tak kuasa nak tutup lepas tu buka balik. Lepas ni boleh tengok dekat mana-mana forum cari cara nak minta maaf dekat suami.
“Tengah online ke? Nak cek e-mail sekejap?”
Belum sempat aku nak tutup pintu, terdengar Abang Hafiz bersuara. Ek eh? Abang Hafiz bercakap dengan akulah! Wah...! Lega sikit rasa walaupun cara dia bercakap macam cakap dengan student dia dekat kelas.
Aku hanya mengangguk.
Sebaik sahaja aku keluar daripada bilik air, Abang Hafiz dah tak ada dalam bilik. Malas nak fikir dia ke mana, aku kembali duduk di hadapan laptop. Lagipun esokkan cuti, malas pula aku nak beriya-iya sangat buat kerja sekolah. Mood honeymoon masa form 4 tak hilang lagi ni.
Terpandangkan skrin laptop, mata aku membulat. Ya Allah! Aku tak tutup ke browser ni tadi? Artikel 10 Cara Romantik Untuk Meminta Maaf masih elok terpampang di skrin. Aku menepuk dahi. Confirm Ustaz ni perasan tadi. Aduh! Rasa nak pergi lompat masuk laut sekarang juga. Tiba-tiba aku rasa macam nak biarkan je semua ni. Let the time heals everything. Kalau dalam keadaan searang ni, nak minta maaf pun rasa malu gila! Argh! What a stupid act you have done, Alisa!
Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v
::aku_dia's current status::
04.05.2016
Mencari momentum untuk menulis.
Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^
Mencari momentum untuk menulis.
Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^
13 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
terubat rindu ngan ustaz hafiz,,cpt smbung yer
sudah tentu!!!! cite ni spontan dan amat menghibur!!!!!!!!!!! nak lagi.................
dh lme tggu... smbg lg yer xsbr nk tgok lisa pujuk abang hafiz mcm mna..(^_^)
huhu....cukup...laaaaaaaagiiiiiii...
risau abg ustaz ingt alisa bukak artikel tu sbb nk pjuk joe je.arghhhhhhh xmo la cm2
lagi..lagi..x cukup lah n3 nie..
he..he..
smbung cepat dan panjang2 yea..
rindu sangat dengan ustaz Hafiz. =)
cepat2 la diorg berbaik...
terubat windu ngn cter nie....nak lagi....
after weeks?huh?thaks sbb hilangkn rasa rndu ngn u.hfiz..=P
akhirnya sampai juga smbungan cita ni dah lama tertunggu2 cpt smbung ye kalau blhlah 2 n3 ke dlm seminggu xlah lama menanggung rindu k
wahhhhhhh dpt gak lepaskan rindu pada Ustaz & Lisa, lama tunggu hihihi...
Ustaz jgn merajuk lama2 yea, kesian Lisa, takut dia stress yg bukan2 sampai takleh study lak....
ada hikmahnya jga ustaz hafiz merajuk...bila camtu barule tau yang si lisa takecare and sayang gak kat suami dia tu.cepat sambung ye.....
trouble tp sweet!! tahniah cik penulis.klu de masa tu cepat sambung yerk. klu leh novelkan lg bagus.
klu next post citer yer ustaz hafiz memula cam ingat lisa search page tu utk pujuk joe. lps tu buat r lisa nak buktikan apa yg abg hafiz dia sangkakan tu salah ok gak. hihi...tu cadangan saya r. wink!
memang lah rindu giler...sakit tau menanggung rindu..tahniah kpd penulis sebb buat kitorg rindu giler ngan ceta ni..ini bermakna karya anda memang hebat giler...
Mmg ternanti-nanti sambungan Lisa dgn ustaz hafiz ni...
O-o..dah agak mesti lisa terluper ustaz akan baca skrin artikel tu..cumer skrg ni, takut ustaz salah faham yg lisa nak pujuk joe.. camno?
cepat la updated....best gila citer ni...
wah...best sngt cite nie...
suke ustaz hafiz n lisa too..
take ur time,sy sabar tggu smbgannye..
www... i really miss it... lawak sgt2!! haha... dengan gaya penulisannya yang selamba dan bersahaja amat menambat hati ku...
harap2 bunga2 cinta berkemabang mekar selepas ini.. insyaallah...
tak sangka ustaz pun kuat merajuk... kah2!!!!!
hayoyoyoo..
sat g ustaz ingat lisa nak pujuk joe.
hurrm, lisa cepat jalankan sesi pemujukan terhadap ustaz hafiz.
=D
sambung...xsbr nk tau....
ala sedihnye.....bile nak sambung nih? xsabar nk tau cmne lisa pujuk ustaz.....bunga2 cinta da terbit dihati lisa......cepat2 sambung yer
gak2 bile yek nak kluar S.A.U? 18 & 19 ? tak sabo ni nak tau cte seterusnya.............
hoho..comel gile..tgu episod seterusnya..lisa pujuk ustaz..hehe
Post a Comment