::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

28 February 2011

Suami Aku Ustaz?! 20

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, Abang Hafiz hanya menghidupkan enjin kereta tanpa menunjukkan tanda nak bergerak balik ke rumah. Aku duduk di sebelah dia hanya mematungkan diri. Dia ni, nak tunggu pegawai Jabatan Agama Islam datang ke apa? Tapi Alisa, kan sekarang korang tengah-tengah alam ni. Bukannya kau berdua dengan Ustaz ni dekat hutan lipur! Iyelah. Walaupun sekarang dekat tempat awam, tapi buat apa nak duduk dekat sini lama-lama? Baik balik rumah. Boleh jugak aku isi perut dengan makanan apa yang ada dekat rumah tu. Tak begitu, perut? Awak pun dah lapar kan?

“Cuba tengok.”
Aku tersentak. Hilang terus suara-suara dalam kepala aku tadi. “Apa?”
“Agak-agak diorang tengah buat apa?”
Aku pandang ke arah tempat yang Abang Hafiz tunjuk. “Yoga?” jawabku tak berperasaan.
“Hrm... Lisa rasa kenapa diorang buat macam tu?”
Aku berkerut dahi aku melihat seorang perempuan tengah beryoga. Kan dia tengah duduk bersila tu? Nak tahu kenapa jugak ke?
“Sebab dah penat berdiri.” Selamba je aku menjawab.
Aku dapat rasa Abang Hafiz tengah tengok aku semacam walaupun aku tak pandang dia sekarang ni.
“Lisa ni... Abang tanya lain, dia jawab lain.” Abang Hafiz merungut.
Iyalah, salah dia jugak apa sebab bagi soalan tak jelas. Kalau SPM bagi soalan macam tu, boleh dipertikaikan tau! Eh, iya ke?
“Kenapa dia buat yoga?”
Aku tersenyum nipis. “Sebab nak tenangkan fikiran. Nak bertenang sebab hari ni hujung minggu jadi diorang ada masa untuk duduk situ lama-lama untuk tenangkan fikiran?” Panjang pulak aku menjawab.
Abang Hafiz tersenyum senang. “Bukan sebab diorang nak tenangkan diri daripada masalah?”
“Hee... apaperlah Ustaz!” Aku dah malas nak melayan.
Abang Hafiz hanya menggeleng melihat tingkahku. Dia mesti dah faham yang aku malas nak layan dia kalau aku start panggil dia Ustaz. Gear dimasukkan, akhirnya kereta mula bergerak perlahan-lahan.
“Lisa pernah terbaca yang statistik muslimin dekat Malaysia tak solat?”
Aku diam. Dia ni macam tak tahu je yang aku ‘terlebih’ rajin baca surat khabar tu? Kalau bukak internet pun, aku bukak benda yang melagha-lagha. Eh? Terror jugak aku tahu penggunaan lagha tu ek?
*lagha: sia-sia

“Paling terbaru abang baca, satu per enam muslimin dekat Malaysia tak solat.”
Dahi aku dah berkerut. So? Ceh! Rasa kerek pulak aku menjawab dalam hati. “Apa kena mengena dengan yoga?” Tapi dekat mulut keluar lain. Iyalah, mana boleh nak cakap bukan-bukan dengan Ustaz ni. Nanti aku jugak yang kena luku nanti.
Aku nampak Abang Hafiz tersenyum dari tepi. “Tak adalah. Kadang kita ni, sibuk nak beryoga, bermeditasilah. Tapi sebenarnya, kita sendiri dah ada cara meditasi kita. Kan?”
Aku hanya mengangguk. Solatlah tu. Slow-slow aku dalam agama pun, tak adalah lembab sangat nak berfikir pasal tu.
“Kadang tu, kita terlupa apa yang Allah dah syariatkan tu sangat sempurna. Tak perlu nak duduk bermeditasi lama-lama. Kalau kita solat, sempurna solat kita, khusyuk dah cukup tenang dah fikiran. Iyalah, masa solat tu kan masa kita kosongkan fikiran kita. Hanya perlu ingatkan Allah. Solat macam Allah ada dekat depan kita. In the same time, boleh jugak minta tolong Allah permudahkan urusan kita, minta tolong bagi petunjuk nak selesaikan masalah kita...”
Aku diam je dengar dia bagi tazkirah waktu Dhuha ni. Malas nak menyampuk. Hai... nampak gayanya, kalau jodoh aku dengan dia ni panjanglah kan, mesti tiap-tiap hari aku kena tadah telinga dengar tazkirah dia.
“Lisa?”
Aku tersentak. Kereta tengah berhenti dekat traffic light. Alamak! kantoi mengelamun masa dia tengah bagi tazkirah. Spontan aku tersengih menutup kesalahan.
“Orang cakap dia boleh berangan pulak.” Relaks je Abang Hafiz menegur. Nasib baik nada suara dia tak meninggi.
Aku buat muka tak bersalah. “Lisa dengarlah.” Aku cuba back up diri sendiri. Betul apa? Aku memang dengarlah apa yang Ustaz ni cakap.
“Kalau dengar, apa yang abang cakap?”
Aku tersenyum menayangkan gigi. “Pasal meditasi dengan solat. Macam mana solat tu boleh menggantikan meditasi” Aku meringkaskan apa yang dia dok bercakap tadi. Wah, hebat jugak aku ni walaupun dengar tak dengar je sebenarnya apa yang dia cakap tadi.
“Hrm...” Itu je yang keluar daripada mulut Abang Hafiz. Agaknya mesti dia ingat aku malas nak ambil tahu semua benda ni.

“Lisa, kita sarapan dulu?” Abang Hafiz bertanya bila kereta dah berhenti dekat bahu jalan.
Aku dah buat muka. Kereta dah berhenti barulah dia nak tanya. Baik dia tanya masa kitorang dah masuk kedai makan tu. Alamak? Kedai makan? Dia ni, nak mencari masalah ke, apa? Sudahlah kedai tu ramai orang. Buatnya terjumpa yang kenal nanti? Tak ke haru? Cukup-cukuplah kes aku dengan Joe dan Cikgu Liana tu dulu.
“Abang!” Aku panggil dia dengan dahi yang berkerut.
Abang Hafiz pandang aku. “Kenapa?”
Aku menggigit bibir. “Sebenarnya Lisa sakit perut ni. Dapat panggilan alam.” Aku berkias. “Abang bungkuskan ajelah ya? Kita makan dekat rumah. Order yang simple je.” Sambung aku lagi.
“Boleh pulak dia sakit perut. Iyalah... iyalah. Lisa nak apa?”
“Anything yang cepat siap.”
Abang Hafiz mengangguk tanda faham. “Kunci pintu.” Sempat dia mengingatkan sebelum sebelum bergerak pergi.
Aku duduk dalam kereta dengan senang hati. Nak tahu kenapa? Mestilah sebab tak ada Ustaz dekat sebelah! Kalau dia ada, aku rasa semua benda aku nak buat macam tersekat. Contohnya... hah! Jari aku menekan suis radio. Channel yang aku suka aku pilih. IKIM? Mestilah tak. Alisa, malaikat dekat kiri kanan tu, dah terlupa ke? Argh! Kenapa tiba-tiba aku macam terdengar suara Ustaz aku dekat sebelah ni?

Dalam dua puluh minit menunggu, akhirnya Abang Hafiz sampai dengan plastik dan surat khabar di tangan. Aku yang tengah melalak lagu Spider terus terdiam. Laju tangan menutup radio. Isk! Kacau daunlah dia ni.
“Nah.”

Beg plastik dengan surat khabar tadi bertukar tangan. Aku letak makanan dekat tempat duduk belakang. Malas nak pegang sampai ke rumah. Surat khabar aku ambil dan buka. Jarang baca berita sebenarnya. Tengok tajuk utama je aku dah rasa gerun semacam. Isk! Menakutkan! Lagi-lagi bila tengok gambar yang terpampang besar dekat situ. Ngeri! Bukan berita pasal pengeboman dan bukan jugak berita tentang kemalangan yang melibatkan banyak kematian. Kalau dulu, aku paling ngeri tengok dua benda tu. Tapi sekarang ni, cerita bayi yang baru lahir, mati lepas dibakar menjadi berita utama. Dunia sekarang dah gila agaknya.

“Apa pendapat Lisa?”
Aku terpinga-pinga sekejap. “Pendapat?”
“Pasal tu.”
Aku faham sendiri yang Abang Hafiz minta aku komen pasal gambar tu. Aku diam sekejap sebelum berfikir.
“Hrm... dunia sekarang dah gila.” Itu je komen aku. Nak cakap apa lagi?
“Macam mana kalau abang cakap ni antara kesan-kesan meninggalkan solat?”
Dahi aku dah berkerut. “Apa kena mengena?”
“Solat itukan mencegah maksiat, Lisa. Bila solat dah tak dapat mencegah maksiat, itulah jadinya. Itupun kalau diorang solat. Kalau tak, apatah lagi. Boleh lupa yang kita ni ada CCTV dekat atas nun.” Abang Hafiz mengehelakan nafas perlahan.
CCTV. Baru je tadi aku bercakap pasal malaikat kiri kanan. Ni Ustaz lagi advance, guna CCTV terus. Iyalah, Allah itu kan Maha Melihat.
“Lisa pernah dengar ayat ni? Kalau kita nak tengok masa depan negara kita, tengok generasi muda sekarang.”
Aku mengangguk. Dia pernah cakap masa dekat kelas, mestilah aku pernah dengar.
“Kalau macam ni generasi muda sekarang, cuba Lisa bayangkan masa depan negara kita? Ok, tak payah cakap negaralah. Bercakap pasal agama. Apa jadi dengan Islam?”
Aku diam je. Tak tahu nak menambah apa.
“Lisa perasan tak zaman sekarang dah banyak kembali ke zaman sebelum Islam datang. Zaman masa bila orang sibuk membunuh anak.”
Aku mengangguk. Zaman itu, zaman jahiliah walaupun zaman sekarang orang berlumba-lumba nak timba ilmu. Sebab itulah agaknya dinamakan jahiliah moden. Itulah, ilmu dunia je yang diingatnya. Ilmu agama dilupakan. Aku? Eh! Mana ada aku lupakan ilmu agama, aku ingat apa. Cuma payah nak score ajelah.
“Sebab tu agaknya orang cakap lagi senang duduk dan hidup dekat luar negara. Senang nak didik anak-anak katanya.” Barulah aku bersuara bila dah ada idea sedikit nak berbual. Kesian jugak dekat Ustaz ni bercakap sorang-sorang dari tadi.
Abang Hafiz tersenyum nipis. “Ye, mungkin mudah untuk kita. Sebab nanti bila budak-budak tanya, kenapa dia boleh kita tak boleh sedangkan sama-sama muslim, kan? Itu yang Lisa cuba sampaikan?”
Aku mengiyakan.
“Tapi, Lisa. Kalau semua berfikiran macam tu. Semua nak lari daripada tanggungjawab dekat sini, siapa pula yang nak naikkan Islam dekat sini kalau bukan kita? Abang tak nak, nanti dekat sana kena soal kenapa lari daripada tanggungjawab. Kalau kita sedar benda ni, kita pun kena sedar tanggungjawab kita. Bukannya lepaskan je macam tu dan biarkan diorang leka buat maksiat.”

Aku mati kutu. Payah bila Ustaz dah bercerita pasal masalah umat ni. Nasib baik Abang Hafiz tak sambung perbincangan dia. Dia ni dah salah oranglah. Aku diajak berfikir pasal semua ni. Kalau sekadar baca, ambil iktibar dan benci dengan hati tu, terrorlah.

***

Bau nasi lemak dengan sup berjaya membuatkan perut aku yang lapar bertambah lapar. Elok masuk rumah, aku terus sidai tudung dekat sofa. Lepas tu, terus aku masuk dapur ambil apa yang patut untuk bersarapan pagi ni. Hah! Sia-sia je berjogging kalau lepas jogging makan nasi lemak. Hahaha. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya nasi lemak kurang sikit kalori dia kalau nak dibandingkan dengan roti canai. Iya tak?

“Eh? Tadi Lisa kata sakit perut? Pergilah masuk bilik air dulu. Sempat jugak abang masak air.” Abang Hafiz pandang aku pelik masa aku tengah salin sup ke dalam mangkuk.
Aku menahan diri daripada nak tergelak. Habis aku kalau dia tahu aku tipu dia tadi.
“Tiba-tiba dah hilang. Tak apalah, kita makan dulu ye? Lagipun Lisa dah lapar ni.” Aku menuang air soya yang aku ambil daripada peti ais. Manalah sempat nak sediakan air panas sekarang?
“Ke Lisa tipu abang tadi?”
Rasa nak luruh jantung aku bila dengar dia cakap macam tu. Dia ni, memang boleh kesan ke kalau aku tipu dia? Tadi masa jogging dia sindir aku jugak.
“Tak adalah. Jomlah makan? Laparlah.” Laju aku mengelak.
Abang Hafiz duduk dekat sebelah. Pinggan kosong dengan gelas berisi air soya aku dekatkan ke arah dia. Wah? First time ni aku layan dia masa makan walaupun tak berapa nak sempurna. Oklah tu kan?
“Lisa...”
Aku mengangkat muka.
“Tak ada apa. Saja nak panggil.”
Rasa nak tersembam muka aku ke dalam pinggan ni. Ustaz ni sihat ke tidak? Aku menyambung suapan. Sup kambing yang menyelerakan aku cedok sikit kuah dia. Hrm... inilah baru mashita!
“Lisa.” Sekali lagi dia panggil.
Aku lagi sikit nak buat muka. Kalau tak disebabkan depan rezeki dan sebab nak jaga hati dia, memang aku dah buat dah!
“Abang, daripada duk berzikir nama Lisa, lagi baik abang berzikir macam dekat padang tadi.” Aku menyindir.
Tergelak besar Abang Hafiz. Isk! Tak faham aku.
“Bila masa abang duk berzikirkan nama Lisa? Abang panggillah.” Itu je dia jawab.
Aku mencebik. “Iyalah. Ada apa?”
Abang Hafiz masih tak hilangkan lagi senyuman dia. Dia ni, terlebih makan gula apa?
“Nak cakap, cakaplah sekarang. Kalau tak, Lisa nak sambung makan.” Kan tengah makan tak elok berbual? Isk!
“Hai, Lisa... Lisa.”
“Iya, Ustaz?” aku menjawab dengan nada yang dibuat-buat lembut.
“Lisa memang nak duduk kat rumah ni ke masa abang tak ada nanti?” Suasana tiba-tiba menjadi serius bila dia bertanya.
“Iyalah, kenapa?”
“Abang risau. Duduk seorang, kalau apa-apa jadi. Lisa balik rumah Umi ya? Sekurang-kurangnya, kalau ada apa-apa ada orang teman.” Dia pandang mata aku nak suruh aku bersetuju.
Aku menggeleng. “Tak ada apalah. Insya Allah Lisa ok punya. Don’t worrylah my hubby.”
Erk! Terkeluar pulak perkataan tu daripada mulut ni. Walaupun lebih kepada melawak, kalau ada masak lemak cili padi sekarang ni, memang aku dah cili mulut aku ni sekarang. Abang Hafiz tersenyum. Sukalah tu. Mesti dia fikir, ‘oh Lisa ingat lagi aku ni suami dia.’ Cit!

21 comments:

Anonymous said...

Best...well done to the writer.keep it up..can't wait to read next ep...

Qwerty said...

hahaha.
best2.

comel je dorang.
=)

Unknown said...

suke2,, best2,,,

S. said...

lisa!!bila kau nk terima n ikhlas ngan ustaz cun ni? kalo taknak kau pass aje ustaz 2 kat aku!

Seorg wanita... said...

Lisa...Lisa... hehehe...comel..

Anonymous said...

sweet btoi la diorg ni...nk lg..cpt smbg ye cte ni..best sgt2

Anonymous said...

heheh.....comel2.....smbung cpat2 ...x sbar nie...hehe

Noor Shahin said...

ustaz tu... mesti suka dkat lisa jugak kan... romantiknya bila panggil nama camtu. anyway, kali nie, sambungan dia hebat, sebab ada nasihat2 n moral2 yg berguna. waiting for da next entry.. =) well done.

deesyirah said...

good jobs! ada unsur nasihat yg baik..teruskan....x sabo nak bace scene 'rindu2an " bile diorng tu berjauhan(ustaz g kursus).cepat sambung yek.

Zass said...

ehehe.... suke sgt2 novel ni.. serius....

byk sgt pengajaran yg saya dapat hanya dengan baca novel.. tak yah pun bukak kitab tebal-tebal, dah dapat pun ilmu agama yg baru..

hrmm.. so masyuuukkkk...

si kaki merepek , said...

the story is superb. simple plus sempoi jehh. keep it up !

mojako said...

besttttttttt

Anonymous said...

dr start baca spai last word - senyum! nilah menu bekpes pagi ni.

bila nk dinovelkan ni? nk jd org pes beli. hehe....

umi kalsom said...

saya dah terbayangkan kecomelan ustaz Hafiz bila dia sebut nama Lisa...ahahaha...
p/s: entry yang mentazkirahkan pembaca. Well done writer. Hope awak dapat terbitkan buku ni. :)

Dr.LoVe said...

Syabas kepada penulis cerita ini kerana banyak menyelitkan unsur2 agama disamping perasaan cinta kepada suami atau isteri.

Semoga penulis SAU akan berjaya dalam dunia penulisan seiring dengan penulis2 terkenal. Berjihad dalam penulisan cara yang terbaik telah dilakukan oleh Aku_Dia. Semoga Allah merestui perjuanganmu....amin

sAkEeNa said...

keep it up dear..suka sgt...ada pngisian...

jijah said...

BESTNYA...

Rohaida Rahman said...

love this chapter.. penuh pengajaran & ustaz pun ala2 romantik tak habis kurang marah2 kali ni huhuhu...

"drp zikir nama lisa, baik berzikir mcm kat padang" & "nk cili mulut dgn masak lemak cili api" ==> mmg terbaik la hahahaha...

congrats!!! best sesangat....

Dla Fazilah said...

suke gan novel nie....da diselitkan unsur2 agama....best...good job

nyss annyss said...

love this novel!!!!besz + sweet glerz cte nieh...xjemu nk bace..!!! mmg mntap la.. :D

azwin fitriah said...

sambung cepat please! cite terbaek punya! bile agaknya nk romantik2 sikit ustaz ni dgn lisa... xsabar rasenye..hehe cpat update please!!