::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

22 November 2011

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 05

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,) v

Suami Aku Ustaz?! 05
“ALISA?” Abang Hafiz memanggil sekali lagi.
Aku mengetap gigi. “Ingkar atau derhaka?” jawabku.
“Jadi, kalau isteri nusyuz macam mana pula?” dia sudah menukar kepada soalan lain.
Ngee... aku menjeling Abang Hafiz sekilas sebelum kembali memandang whiteboard di hadapan. “Isteri yang tak ikut cakap suami tanpa sebab yang munasabah,” jawabku dengan nada geram.
“Contohnya?”

Mata aku membulat melihat Abang Hafiz. Agak-agaklah kalau hendak kenakan aku pun. Aku menjeling ke seisi kelas. Punyalah ramai budak lain yang dia boleh panggil.
“Contohnya...” aku terdiam sekejap. Contoh paling mudah macam malam tadi. Ada isteri kepada seorang ustaz tu keluar tidak minta izin suami dia. Betul, tak?
“Contohnya... melawan cakap suami kalau suami dia suruh pakai tudung?” spontan idea itu datang. Fuh! Alhamdulillah!
Aku ternampak bibir Abang Hafiz sudah hampir membentuk senyuman. “Itu bukan setakat ingkar perintah suami, Lisa. Itu ingkar perintah Allah,” komennya.
“Macam mana pula apabila isteri keluar rumah tanpa izin suami?”
“Err... Samalah tu.”
“Sama apa?”
“Nusyuz...”
“Hukumnya?”
Ok, sekarang aku sudah mula terasa satu kelas tengok aku dengan Abang Hafiz semacam. Apabila aku melihat ke seisi kelas, macam yang aku jangka, masing-masing memandang aku dengan Abang Hafiz berulang kali. Aku menelan air luir. Kalau iya pun cik abang, janganlah buat sampai dia orang semua tahu pasal kita!
“Berdosa.” Kira haram lah kan? Sebab perkara haram itu, apabila kita buat, kita akan mendapat dosa.
“Jadi, apa yang perlu awak buat kalau awak nusyuz?”
Kening aku bertaut. Mata aku jegilkan ke arah Abang Hafiz. Woi! Habis, habis! Soalan yang memang membuatkan status aku diketahui umum.
Melihatkan mimik muka aku, Abang Hafiz tersenyum. Kemudian, dia ketawa perlahan. “Tak perlulah nak buat muka macam tu, Alisa. Rasanya awak dah faham kan maksud nusyuz? Lepas ni, tak perlu tanya saya lagi.”
Aku mencebik lalu kembali duduk di atas kerusi. Bila masa entah aku tanya dia maksud nuysuz.
Abang Hafiz memadam perkataan Ibadat di whiteboard dan di ganti dengan perkataan Aqidah. “Jadi, sepatutnya hari ni kita belajar Aqidah kan? Sekarang saya mahu seorang volunteer untuk terangkan maksud Ahli Sunnah wal Jamaah.”
Abang Hafiz menjeling aku sekilas.
“Oh ya! Sebelum tu, handout yang saya bagi dua hari lepas tolong hantar hari ni ya? Nur Alisa, saya nak awak tolong kutip dan bagi saya after class dekat bilik guru,” arahnya.
Wati yang duduk di sebelah, memandang aku bagaikan mahu menelan. Kalau dia tahu perkara yang sebenar, mesti aku sudah kena telan dekat sini. Aku rasa dia perasan ada perkara yang aku rahsiakan daripada dia. Mesti dia pelik apabila Ustaz Hafiz ‘berminat’ dengan aku hari ni. Bagi soalan bertubi-tubi satu hal. Kutip kertas latihan pun aku juga yang disuruhnya. Walhal, Hanif si mata empat itu AJK untuk subjek Pendidikan Islam.
Kelas selama tujuh puluh minit itu berlangsung dalam suasana tenang. Nasib baiklah Abang Hafiz berperangai sopan sedikit dengan aku. Barulah aku boleh menarik nafas lega semasa tengah belajar. Isk! Bahaya betullah dia ni. Suka hati dia je menggunakan kuasa ustaz dia kalau dekat sekolah. Agaknya nanti, kalau aku buat benda pelik-pelik lagi dekat rumah, entah apa pulalah yang dia kenakan aku.
Sebaik sahaja kelas tamat, Abang Hafiz sudah keluar terlebih dahulu. Sudah menjadi kebiasaan Abang Hafiz untuk keluar awal kerana kami ada kelas Biologi di makmal. Jadi, bagi mengelakkan kena marah dengan Cikgu Linda yang garang tu, awal-awal lagi Pa’an selaku AJK Biologi berbincang dengan Abang Hafiz, meminta dia untuk menghabiskan kelas awal.
Handout! Handout!” aku melayang-layangkan kertas Tajwid yang diminta Abang Hafiz tadi. Kemudian dari satu meja ke satu meja aku berjalan untuk mengutipnya. Hanif pula membantu aku dengan mengutip daripada pelajar yang berdekatan meja dia.
“Lisa, kau dengan Ustaz Hafiz ada apa-apa ke?” Nisa tiba-tiba bertanya apabila aku berdiri di sebelah meja dia. Kuat pula suaranya bertanya! Budak-budak lain yang terdengar soalan Nisa, memandang aku tersengih-sengih.
Aku tidak tahu kenapa muka aku tiba-tiba terasa panas. Nasib baiklah kulit aku ni tidak putih sangat sampai boleh bertukar kepada warna merah. Hai... janganlah budak-budak ini fikir yang bukan-bukan pula. Ada jadi gosip satu sekolah nanti.
“Eh? Tak adalah! Hari tu, aku ada terbaca satu artikel pasal nusyuz. Aku terlupa apa makna dia. Aku tanyalah Ustaz. Dia tolong explain. Ni agaknya saja nak test aku faham ke tidak. Lagipun kan masuk dalam silibus kita? Kan?”
Sengaja aku turut menjawab dengan suara yang kuat. Terasa macam nak bagi kelas seramai tiga puluh satu orang pelajar ni dengar je. Melihatkan Nisa mengangguk tanpa banyak soal, aku menarik nafas lega.Entah kenapalah aku menjelaskan hal kecil ni panjang lebar. Sudahlah menipu pula tu. Hrm... tak mahu dia orang ni fikir bukan-bukan kot. Isk! Kalau Abang Hafiz tidak buat benda merepek tadi, tak adalah dia orang fikir bukan bukan. Buatnya terbongkar semuanya, kan dah susah hidup aku nanti?
Selepas aku mengambil kertas latihan daripada Hanif, aku mencapai buku teks Biologi sekali dengan buku nota dan kotak pensel. Pada Wati, aku minta tolong dia bawakan pergi ke makmal dan suruh dia beritahu Cikgu Linda yang aku akan masuk lewat sedikit sebelum Cikgu Linda mengamuk aku masuk lambat nanti. Langkah aku hayun ke bilik guru. Pintu kaca berwarna hitam itu aku tolak. Bilik guru nampak lengang. Agaknya masing-masing ada kelas.
Aku berjalan menuju ke meja Abang Hafiz. Ek, eh? Dari jauh aku ternampak gambar aku sewaktu baby dekat bawah kaca atas meja dia. Aku tersengih. Sejak bila agaknya ya gambar ni berada dekat situ? Kalau tak silap aku, umur aku masa ni baru nak masuk setahun. Baru pandai duduk dan tengah belajar berjalan. Di dalam gambar tu, Abang Hafiz duduk sebelah aku sambil cium pipi aku. Cis! Kecil-kecil lagi dah gatal. Hahaha! Walhal aku pun tak tahulah siapa tukang tangkap gambar yang suruh Abang Hafiz buat macam tu. Budak-budak, ikut ajalah orang suruh. Bukannya faham apa.
“Eh?” Abang Hafiz menoleh dengan kening terangkat kening bila tersedar aku sudah berdiri dekat sebelah dia.
Kertas di tangan aku hulurkan pada dia. Bila terpandangkan muka dia, perasaan geram dengan kes dekat kelas tadi datang balik. Sekarang ni aku nampak dia kecil je dekat mata aku walaupun sebenarnya kalau berdiri sebelah, aku ni paras bahu dia je.
“Kenapa buat macam tu dekat kelas? Kalau terbongkar rahsia dengan budak-budak ni macam mana?” Aku menyoal Abang Hafiz apabila yakin tak ada cikgu yang berada dekat dengan kami.
Abang Hafiz tayang muka selamba lagi tidak bersalah. “You asked for it, right?
Aku pula yang kena balik. “Bila masa pula?” balasku geram.
Last night? Siapa agaknya yang cakap dekat abang, ajar agama masa kat kelas hari ni? Hrm?” dia mengungkit kata-kata aku semalam. Cis!
“Tapi Lisa tak maksudkan betul-betul!” marahku.
Abang Hafiz hanya menjongketkan bahu. “Lisa yang suruh. Abang ikutkan aje. Lagipun itu je cara untuk Lisa dengar cakap abang.”
Aku membuat muka. Hai, dia ni! “Jangan buat macam tu lagilah. Nanti dia orang suspicious apa je. Lisa tak sedia lagi nak declare pasal kita. Lagipun, tak pasal-pasal kena buang sekolah karang. Sudahlah SPM lagi sebulan,” pintaku perlahan.
Abang Hafiz memandang muka aku tidak berkelip. “If and only if Lisa dengar cakap abang dekat rumah,” katanya dengan kening dijungkitkan dua tiga kali.
Aku mencebik geram. Ada sahaja ugutan dia. “Tengoklah macam mana nanti,” balasku separuh hati.
Abang Hafiz hanya ketawa apabila mendengarkan jawapan aku. Tiba-tiba dia membuka laci meja. Tiga biji gula-gula HACKS berplastik kelabu dia berikan kepada aku. Dahi aku berkerut.
“Nah. Makan dekat kelas nanti. Malam tadi sudahlah tidur lambat. Sakit belakang abang angkat Lisa, tahu?”
Wargh! Aku rasa nak cari ais letak dekat muka. Panas... panas...!
“Siapa suruh abang angkat? Lisa tak suruh pun,” aku menjawab selamba. Dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.
“Isk. Menjawab je.” Abang Hafiz menggeleng. Kemudian, dia menjeling jam yang dipakai di pergelangan tangan.
“Sudah-sudah. Pergi masuk kelas. Nak berbual, sambung dekat rumah nanti. Ni dah lambat lima minit dah ni. Nanti Cikgu Linda marah, abang tak nak bertanggungjawab.”
Eleh! Bila masa entah yang aku nak sangat berbual dengan dia. “Iyalah.”
Baru aku hendak memusingkan badan, mataku menangkap susuk tubuh Cikgu Liana yang berdiri di hadapan pintu dengan mata memandang tajam ke arah kami berdua. Erk! Janganlah dia dengar apa yang kami bualkan tadi. Kalau dikira jarak meja Abang Hafiz dengan tempat yang dia berdiri sekarang ni, ditambah pula dengan suara kami yang perlahan semasa berbual tadi, aku yakin Cikgu Liana tidak mendengar apa-apa.
Aku berjalan menuju ke arah pintu keluar. Kepada Cikgu Liana, aku menghadiahkan senyuman dan salam aku berikan kepadanya. Sebaik sahaja melepasi dia, laju aku berjalan keluar dari bilik guru. Fuh! Kalaulah dia tahu lelaki yang dia suka selama ni suami orang, macam mana agaknya reaksi dia nanti? Suami aku pula tu!
Cikgu Linda terdiam sewaktu aku memberi salam untuk masuk ke dalam makmal. Sebaik sahaja meminta maaf atas kelewatan, aku terus duduk di sebelah Wati. Kemudian, Cikgu Linda kembali menyambung sesi pengajarannya yang terganggu tadi.
“Lambatnya?” perlahan suara Wati menegur. Bimbang menganggu kelas.
“Aku singgah bilik air tadi.” Aku menjawab dengan mata fokus memandang Cikgu Linda yang sedang mengajar.
Wati mengangguk.
“Eh, makan seorang je? Nak sebiji?” Wati meminta gula-gula HACKS apabila aku mengeluarkan sebiji. Plastik gula-gula aku simpan.
“Tak boleh!” Entah kenapa, aku tiba-tiba menjadi kedekut. Tak terasa hendak memberi kepada sesiapa pun gula-gula yang Abang Hafiz bagi ni.
“Eii... kedekut! Ni mesti ada yang special bagi ni. Siapa? Joe eh?” Wati mengusik.
Joe yang duduk di sebelah kanan aku menoleh ke arah kami. Agaknya dia terdengar nama dia disebut-sebut.
Laju aku menggeleng untuk menafikan. Tak ada kerja budak tu nak bagi aku gula-gula.
“Bukanlah!” sanggahku. Orang yang bagi ni jauh lagi istimewa tahu? Tidak ada sesiapa pun yang boleh lawan tau!
“Kau pernah dengar tak?”
“Apa?”
“Makna disebalik gula-gula HACKS?”
Aku mengerutkan dahi. Tak tahu pula gula-gula dua biji sepuluh sen ni ada makna?
“HACKS tu, maknanya Hanya Aku Cinta Kau Seorang!” Wati menyambung apabila melihat aku sedikit blur.
Erk? Gulp! Spontan aku tertelan gula-gula yang masih belum berubah bentuknya. Uwaahh! Sudahlah besar lagi gula-gulanya! Ada lagi dua biji sahaja yang tinggal. Rugi betul rasanya apabila tidak dapat menikmati gula-gula ni sampai habis.
“Ah, tak ada maknanya!” nafiku.
Sebiji lagi gula-gula aku keluarkan. Ini kalau setiap hari Abang Hafiz bagi gula-gula bawa pergi kelas, boleh kena kencing manis aku dibuatnya. Wati sudah tergelak-gelak. Apa yang kelakar sangat pun aku tidak tahu. Hrm... HACKS tu Hanya Aku Cinta Kau Seorang? Ustaz Hafiz hendak cakap macam tu pada aku? Euw... tak sesuai!

5 comments:

kleo said...

heee~ suka! suka! :D akak! nanti kalau dah ada di pasaran, akak jangan lupa gitau kitaorang tau kak! suka sangat dengam lisa and abang hafiz ni. sangat sweet! XD

miznza84 said...

best sangat ... x sabar nk tunggu publish....

Anonymous said...

best2 :)

Anonymous said...

Suke2...<3 ..suke sume karya awk..
Teruskn selit unsur2 islamik..
Moge novel ni cpt kua n sy cpt bli..
Moge anda d berkati dunia n akhirat..:-D

Anonymous said...

melepas la cikgu liana dengan joe tu eh? wonder mcm mane reaksi diorang bila tau nnt :P