::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

29 November 2011

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 06

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,) v


Suami Aku Ustaz?! 06
“TENGOK cerita apa tu?” Abang Hafiz bertanya apabila melihat aku leka menghadap laptop sejak dari setengah jam yang tadi. Baru sekarang ni tergerak hendak bertanya agaknya.
Goong.
Dahi Abang Hafiz sudah berkerut. “Apa?”
Goong...
“Gong?”
Daripada raut wajah dia, nampak sangat yang dia tidak faham apa yang aku sampaikan.
Goong. Bukannya gong gong bunyi anjing tu!” ujarku sambil ketawa. “Goong. G.O.O.N.G.” ejaku satu persatu.
“Kalau Bahasa Inggeris, cerita ni orang panggil Princess Hours.”
Abang Hafiz tumpang ketawa sekali melihat aku. Aku terasa pelik. Kenapa? Comel sangat ke bunyi anjing yang aku buat tadi?
“Lah... cakap ajelah nama English dia. Ini bila abang tanya, Lisa cakap gong je. Manalah abang tahu?”
Aku tersengih sebelum pandangan aku kembali halakan ke arah skrin laptop. Baru sahaja aku hendak kembali fokus melihat wajah Shin yang kacak tu, tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.
“Abang?”
Abang Hafiz menyahut.
“Abang tak kisah ke Lisa tengok cerita macam ni?” Serba salah aku bertanya. Teringin juga nak tahu kalau-kalau ustaz seorang ni tidak bagi.
Abang Hafiz memandang muka aku tidak berkelip. Sekuntum senyuman dihadiahkan kepada aku. “Kalau abang cakap, Lisa! Jangan tengok cerita tu. Agak-agak Lisa nak ikut tak cakap abang?”
Aku tersengih menampakkan gigi. Soalan membunuh tu! “Mestilah susah nak ikut!” balasku. Bukannya susah, aku rasa memang tidak adanya aku akan ikut cakap dia tu.
“Hah, dah tu?”
Dahi aku dah berkerut. “Abang, soalan Lisa tak terjawab lagi tau. Lisa tanya abang kisah ke tak?” terasa sedikit manja aku bertanya.
“Mestilah abang kisah.”
“Habis, kenapa abang tak suruh Lisa stop tengok cerita ni?”
Abang Hafiz tersenyum.
“Lisa, kalau abang terus paksa Lisa buat benda yang Lisa tak biasa, mesti nanti Lisa terus tak nak kan? Jadi, tengoklah. Tapi jangan tengok bodoh gitu je. Cuba ambil pengajaran dia. Boleh jadikan pedoman. Contohnya...”
Abang Hafiz merapatkan badan dia. Mahu melihat sekali cerita yang tengah terpasang.
“Hah! Contohnya, kalau dah kahwin tu, janganlah pula keluar jumpa lelaki lain. Belajar cintakan suami sendiri. Kan lebih bagus?”
Aku tengok muka Abang Hafiz macam sudah tidak tahan hendak ketawa.
“Ceh! Sengajalah tu nak mengenakan orang!”
Ke aku seorang yang terasa sendiri? Itulah! Sudah elok-elok ada ustaz dekat rumah, sibuk juga hendak keluar juga cari Joe dengan Pa’an. Kan dah dapat sebiji! Hahaha.
Abang Hafiz menjongketkan bahu.
“Betul apa? Lagi satu, Lisa. Bila kita tengok cerita-cerita macam ni, cuba kita comparekan life dia orang dengan life kita. Walaupun sebenarnya cerita ni lagi banyak yang buruk daripada baik, sekurang-kurangnya Lisa dapat tengok bertapa bezanya cara hidup seorang Muslim dengan dia orang, insya Allah iman kita pun boleh bertambah. Lepas tu, bila tengok tu janganlah sampaikan lupa semua benda. Solat ke mana, belajar ke mana, apa ke mana.”
Sempat lagi dia nasihatkan aku. Memberi tazkirah ringkas. Yang paling aku tidak tahan sewaktu dia cakap, ‘cerita ni lagi banyak yang buruk daripada baik’. Boleh nampak dia sebenarnya tidak berapa berkenan dengan minat aku yang satu ini.
Hah, itulah! Siapa suruh kau bertanya soalan yang macam tu? Aku menyambung menonton cerita Goong. Ayat Abang Hafiz tadi kembali terngiang-ngiang di telinga. Belajar cintakan suami sendiri. Aku tersengih tanpa sedar. Macam lawak je kalau aku ditakdirkan bercinta dengan ustaz ni. Mesti dia tak seromantik Yul, kan? Yul siap bagi Chae Kyung gula-gula masa Chae Kyung tengah stres kena belajar adat istiadat istana. Comel je walaupun Yul suruh Shin yang sampaikan. Tapikan Alisa, bukan ke tadi kau pun dapat gula-gula daripada ustaz ni? HACKS lagi tu. Hahaha!
“Sengih seorang-seorang!” Mati terus senyuman aku apabila kena tegur dengan Abang Hafiz.
“Dah siap dah ke, kerja?” Aku bertanya apabila nampak abang Hafiz dah kemas barang-barang dia.
“Belum. Sambung malam ni. Jom pergi masak? Abang dah lapar dah ni. Lisa, malam ni study. Jangan nak leka sangat dengan benda bukan-bukan. SPM bulan depan je hah...”
“Ok, ok!” Laju aku memintas kata-kata dia. Laptop aku tutup dan simpan apabila Abang Hafiz sudah mula hendak memberi pesanan khidmat masyarakat dekat aku.
Cekap Abang Hafiz buat kerja di dapur. Kalah aku yang perempuan ni. Agaknya dia memang rajin memasak kot. Mesti belajar semasa di universiti ni. Tidaklah macam aku, pemalas hendak masuk ke dapur. Selalunya selepas balik kerja, mak dengan ayah makan di luar je sebab sampai rumah pun dah lewat. Aku pula kalau nak makan malam, masa lepak dengan Joe dan Pa’an itulah. Sampai ada masa tu, memang tidak berasap langsung dapur rumah kalau hari bekerja.
***
“AH! Mashita!” ujarku selepas menyuap nasi masuk mulut. Lain rasanya ya, makan malam di rumah sendiri?
Abang Hafiz pandang aku pelik. “Hah? Siapa Mashitah?”
“Hah?” Aku pula yang blur.
“Tadi Lisa sebut. Siapa Mashitah?”
Aku ketawa. Abang Hafiz memandang aku tidak puas hati. “Mashita. Bukan Mashitah. Mashita tu maknanya sedap dalam bahasa Korea!”
Abang Hafiz menjuihkan bibir. “Amboi! Baru tengok cerita Korea dah terror dah bahasa dia. Lepas ni Abang nak tengok Lisa betul semua ye dekat soalan tanya makna perkataan tu, ya?” dia menyindir.
Aku tersenyum kelat. Ada sahaja benda yang dia dapat kenakan aku! Sambil menyuap nasi dengan lauk yang Abang Hafiz masak, membuatkan aku rasa dia patut pindah balik ke rumah umi dia tu. Terjaga sikit makan minum dengan pakaian dia. Eh! Tapi kalau bab pakaian dia tu, aku ada jaga juga. Selalu aku tolong gosokkan baju kerja dia. Iyalah, dah semasa aku hendak menggosok baju kurung sekolah aku, dia dah bagi aku baju kemeja dia sekali dengan baju Melayu dia untuk seminggu. Takkan aku buat tidak tahu je, kan?
***
MALAM ni, aku tidak pergi mana-mana. Masa awal malam tadi, ada juga Joe mesej aku, mengajak keluar. Apabila mengingatkan kes dekat kelas hari tu, malas pula aku hendak mencari pasal dengan Ustaz Hafiz ni lagi. Risau aku dengan dia ni. Isk! Buatnya dia buat benda-benda pelik dekat sekolah, huru-hara hidup aku nanti. Untuk mengelakkan masa terbuang malam ni, aku pun menyelak soalan-soalan SPM tahun lepas untuk subjek Pendidikan Islam. Terasa hendak mengambil hati ustaz ni pula. Masa aku bawa keluar buku teks agama tadi, lebar senyuman Abang Hafiz. Ceh!
Baru tengok soalan nombor satu, aku terus melangkau ke muka surat sebelah. Soalan pertama je dia suruh beri makna perkataan yang bergaris. Perkataan tu pula dalam bahasa Al-Quran, Bahasa Arab! Bab itulah yang den lomah tu. Kalau ustaz depan aku ni, pejam mata pun masih boleh jawab. Itulah, Alisa. Sibukkan sangat belajar bahasa Korea, bukannya kau nak hidup dekat Korea nun. Aku menjeling Abang Hafiz yang tengah menyiapkan laporan di dalam buku rekod mengajar. Apabila sudah siap, dia mengeluarkan pula handout Tajwid yang dia minta aku kutip semasa di kelas tadi.
Abang Hafiz tidak menanda terus. Dia menyelak helaian kertas satu persatu, bagaikan mencari nama seseorang. Perasaan aku sudah terasa serba tidak kena. Alahai... ini yang susah ni apabila duduk serumah dengan ustaz sendiri. Kalau ada yang salah, mesti aku orang pertama yang kena dulu. Empat helai kertas dikeluarkan daripada kumpulan kertas yang lain. Dahi Abang Hafiz tiba-tiba berkerut bila dia membaca jawapan yang tertulis di atas kertas tersebut. Aku meneruskan lakonan aku.Kononnya, tengah menyelak-nyelak buku teks untuk mencari jawapan.
“Lisa?”
“Hrm?” Aku berlagak selamba sewaktu Abang Hafiz memanggil.
“Kenapa jawapan sama dengan Afrina,Johan dan Farhan ni? Hrm?”
Abang Hafiz memandang aku dengan muka meminta jawapan. Oh ya! Afrina itu nama sebenar Wati. Dia pernah cerita yang semasa dia kecil, dia selalu menangis kalau orang panggil dia dengan nama Afrina. Tetapi, apabila dipanggil dengan nama Wati, baru dia ok. Aku pun tidak berapa faham sebenarnya dengan cerita dia. Jadi aku bayangkan sahajalah macam dalam cerita Ahmad Albab tu.
“Kita orang buat sama-sama. Discuss.”
Abang Hafiz menerima jawapan aku tanpa banyak soal. “Faham tak?”
Aku mengangguk.
“Hrm... Lisa cakap Lisa lemah bab tajwid kan?”
Aku sengih je. Kemudian aku mengangguk lagi.
“Mulai esok, after Maghrib je, abang nak Lisa mengaji depan abang. Boleh abang test tajwid Lisa sekali.”
Hah?! Aku terasa macam kena campak ke dalam gaung sekejap.
“Lisa?”
Aku menarik nafas dalam. “Iyelah. Lagipun Lisa bukannya boleh cakap no pun.”
For your own good, Lisa. Bukannya untuk SPM je...”
“Baiklah, ustaz!” laju aku memotong percakapan dia.
Abang Hafiz menggelengkan kepala je tengok perangai aku. Tidak lama kemudian, telefon di dalam bilik berbunyi. Laju aku berlari sebelum talian mati, tidak bersambut. Baru tengok nama dekat skrin, aku sudah tersengih sampai ke telinga.
“Assalamualaikum. Mak? Mak sihat?” Aku bertanya sambil berjalan keluar dari bilik.
“Oh! Ayah demam? Panas sangat ke cuaca dekat sana?”
Abang Hafiz hanya memerhatikan aku dengan hujung mata.
“Lah? Baru cakap dengan Lisa sekejap, dah cari dia.” Sempat aku meluahkan rasa tidak puas hati. Apa ni, mak ingat dekat menantu lebih daripada anak sendiri?
“Ye, dia ada ni. Dia sihat je! Makin sihat! Hahaha!”
Abang Hafiz menggeleng melihatkan telatah aku.
“Mak nak cakap dekat dia? Iyalah. Takkan tak boleh pula. Sekejap ye mak?”
Aku menghulurkan telefon kepada Abang Hafiz. Dalam lima minit berbual, telefon kembali bertukar tangan. Aku mendekatkan telefon dekat telinga, eh! Ada bunyi lagi!
“Hello, mak?”
Sempat mak memberi nasihat panjang lebar dekat aku. Suruh buat itulah, jangan buat inilah. Aku tadah telinga ajelah. Kalau Abang Hafiz tak ada dekat sini, aku buat loudspeaker je telefon ni. Lepas tu letak atas meja. Tak adalah letih hendak pegang lama-lama macam ni.
“Iyalah, mak. Lisa dengar.”
Tiba-tiba aku terasa mahu mengusik. “Mak? Dekat sana nanti, doakan Lisa cepat jumpa jodoh eh!” ketawa aku lepas.
“Lelaki sebelah kamu tu siapa? Bukan suami kamu tu? Bukan jodoh kamu?” Mak pula sudah bising di hujung talian. Aku buat-buat tidak dengar je bebelan mak. Sudahlah suaranya macam Mak Dara dalam cerita Ibu Mertuaku. Aku ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Oklah, mak. I love you! Kirim salam ayah! Assalamualaikum!” Ketawa aku masih tidak berhenti. Mak... mak. Marah betul dia. Telefon aku letakkan di atas meja. Tetapi apabila mata terpandangkan muka Abang Hafiz yang tiba-tiba serius, terus aku terdiam.
“Kenapa?” Matanya aku pandang sedikit gerun. Aku ada buat salah besar ke? Muka dia macam nak makan aku.
“Cuba belajar jaga hati orang lain sikit, Lisa.”
Aku mula cuak. “Kenapa ni?”
“Lisa minta mak doakan jodoh Lisa cepat? Habis, abang ni siapa? Kenapa? Lisa tak redha lagi bila kita kena kahwin? Hrm? Lain kali, cuba minta mak doakan yang baik-baik. Doa jodoh kita ni berkekalan ke?”
Terpinga-pinga aku apabila kena asak dengan soalan yang bertubi-tubi. Tambahan pula, nada suara Abang Hafiz yang keras, membuatkan aku rasa macam mahu menangis bila kena marah sebab benda kecil macam ni. Bukannya aku minta mak doakan kami ni bercerai pun!
“Lisa bergurau ajelah. Mak pun tahu. Abang janganlah take it serious sangat!”
Serabut betul lah ustaz ni. Lawak jenaka dengan ayat yang serius pun tak pandai hendak bezakan ke? Abang Hafiz mendiamkan diri sambil melakukan kerja dia. Aku menggigit bibir. Alamak! Ustaz ni betul-betul terasa ke?
“Abang?” aku memanggil.
Abang Hafiz tidak menoleh. Wah! Merajuk betul ni! Suasana kembali hening. Tiada suara yang keluar daripada mulut aku. apatah lagi daripada mulut Abang Hafiz. Aku menyelak kembali kertas soalan yang tidak bersentuh dari tadi. Baru tangan mahu mencapai pen di dalam bekas pensil, mata aku terpandangkan gula-gula Choclairs di dalam. Aku tersengih. Ini gula-gula yang dia suka ni. Aku mengambil gula-gula tu dan perlahan-lahan aku tolak dekat dengan dia.
Sorry...” lembut aku menuturkan perkataan itu.
Abang Hafiz memandang aku tidak beriak. Gula-gula dekat atas meja dia buat pandang tak pandang. Jual mahal!
Sorry ye?”
Akhirnya gula-gula Choclairs tu, dia capai dengan tangan kiri tanpa bersuara. Selepas plastik pembalut dibuka, terus dia masukkan gula-gula itu ke dalam mulut. Amboi! Tidak cakap sepatah apa, dia main makan je? Ini maafkan ke tidak ni?
“Abang?!” Ini yang buat aku mula nak naik angin ni. Apa dia ingat, dia seorang je yang tahu marah?
“Abang maafkan ke tak ni?” geram aku bertanya.
Isk! Hendak minta maaf pun, bunyinya macam nak marah. Hilang sudah bahasa yang lembut macam awal-awal tadi. Nasib Abang Hafizlah dapat isteri macam aku ni.
“Iyalah!” malas je Abang Hafiz menjawab. “Abang maafkan,” sambungnya.
Aku kembali tersenyum. Dia dah ok!
“Heee.. Thank you! Ni gula-gula favourite abang kan? Tak sangka ya, dah tua pun suka makan gula-gula?” sengaja aku menyakat.
Abang Hafiz buat muka selamba. “Gula-gula ni ada sejarah dia. Mana Lisa tahu abang suka?”
“Selalu nampak ada dekat kereta.” Bila dah nak habis je, mesti bertambah balik kuantiti gula-gula ni.
“Nak tahu kenapa abang suka?”
Aku sudah malas hendak melayan dia berbual. Soalan di hadapan mata terasa menarik untuk dijawab memandangkan aku tahu jawapan dia.
“Sebab abang sukalah. Takkan tu pun nak ada sebab specific.
Apabila melihat reaksi aku seperti tidak berminat, Abang Hafiz terdiam. Kemudian dia menyambung kerja dia yang terhenti tadi. Aku membuka buku teks bahagian Sirah. Kenapalah setiap kali periksa, soalan biodata tokoh yang suka keluar? Nasib baik dua tahun punya silibus. Kalau daripada tingkatan satu, lagi harulah aku kena hafal semua. Kalau dia tanya biodata aku kan senang? Gerenti A++ aku dapat. Hahaha.
“Lisa.”
Fokus aku terganggu. Aku mengangkat muka memandang Abang Hafiz. Kening aku angkat, menyuruh dia meneruskan kata-kata dia.
Thanks!” ujarnya berserta senyuman ikhlas.
Kening aku dah bertaut. “Untuk apa?”
“Gula-gula ni?”
Manis betul Abang Hafiz tersenyum. Mesti manis sebab sudah ditambah dengan manis gula-gula Choclairs ni. Aku pun membalas senyuman dia.
“Tak payah nak say thank you pun tak apa...” jawabku berahsia.
“Kenapa?” Abang Hafiz menayangkan muka pelik.
“Sebab gula-gula itu pun, abang yang punya. Lisa curi dalam kereta abang. Bawa pergi kelas. Hahaha!” Aku ketawa nakal. Redha ajelah ye, ustaz!

4 comments:

xxx ooo said...

lisa dan hafiz buat saya happy!

azmina azman said...

best sesangat cita ni.. sporting je.. tahniah ye whai pnulis.. smbung la ye.. =D

Aida Sherry said...

awak sangat nakal la lisa....
ust hafiz...awak plak cool...
pasangan serasi...

Hayisa Neerza said...

nakalnya dia hehe best !