::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

03 December 2011

Cerpen: Bukan Tak Sudi 02

***
“Naufal tak datang, mak cik?” soalku kepada ibu Naufal yang datang berkunjung malam sebelum aku bertolak ke Melaka.
Memandangkan aku mendaftarkan diri di sekolah baru pada hari esok, hari ini dan semalam, aku sudah tidak ke sekolah. Naufal pulak tidak pernah memunculkan diri di hadapan aku semenjak kata-katanya hari tu. Sekalipun kami terserempak dengan dia minggu lepas, dia hanya melayan aku acuh tak acuh. Aku mengeluh.
“Naufal kata dia ada kerja nak kena siapkan. Dia kirim salam pada kamu.”
Air muka aku sudah berubah. Terasa hati dengan sikapnya. Tak pernah-pernah dia melayan aku macam ni. Esok selepas subuh, kami akan bertolak dari rumah. Memang tak ada peluang langsung untuk aku berjumpa dengan dia. Sekarang ni pun sudah pukul sepuluh malam. Tak adanya ayah nak benarkan aku keluar jumpa si Naufal walaupun rumah dia hanya selang sebuah rumah dengan rumah aku.

“Ini ada hadiah untuk kamu. Belajar elok-elok Siti,” mak cik Lina menghulurkan sebuah beg plastik ke arah aku. Aku menyambut. Beg plastik itu aku buka sedikit untuk melihat isinya. Bibir menguntum senyuman.
“Terima kasih, mak cik. Cantik!”
Mak cik Lina mengangguk. “Sama-sama. Benda kecil je. Jangan tinggal solat ye. Belajar ni, kita belajar ilmu Allah. Sembahyanglah, berdoalah minta keberkatan ilmu tu daripada Dia,” pesannya lagi. Aku hanya menggangguk.
“Mak cik nak balik dululah. Dah lewat ni. Ada bising pak cik kamu tu. Tadi cakap nak ke mari sekejap je. Nab! Oh, Nab!” laungnya memanggil nama mak. Kemudian dia melangkah keluar daripada bilik aku. Aku mengeluarkan telekung daripada beg plastik. Kain putih bersulamkan bunga berwarna pink itu aku sentuh. Lembut, sejuk! Satu kerja pula mak cik Lina menyiapkan dan menghantar kepada aku malam ni. Telekung kembali dimasukkan ke dalam beg plastik. Kemudian, aku berdiri. Sebelum aku melangkah keluar dari bilik, mata terpandangkan sekeping kad yang hendak aku berikan kepada Naufal sebelum aku berangkat esok. Memandangkan mak cik Lina belum balik, lagi bagus aku minta dia sampaikan kepada Naufal.
We were all given.
Two hands to hold,
Two legs to walk,
Two eyes to see,
Two ears to listen.
But why only one heart?
Because the other was given to someone else for us to find,
And my heart found YOURS.
Ps: Tunggu aku. =)

 Kad putih itu aku masukkan ke dalam sampul. Laju aku keluar dari bilik sebelum mak cik Lina pergi. Harapnya Naufal faham maksud tersirat aku. Bibir sudah tersenyum.
***
Pagi itu, kami sudah sibuk bersiap-siap untuk berangkat. Beg-beg yang berisi pakaian, baldi yang berisi penyangkut baju dan alatan mandi aku masukkan ke dalam boot. Beg sandang yang selalu aku bawa ke sekolah aku isikan segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran. Mak dengan ayah sudah menunggu di dalam kereta.
Aku menatap rumah buat kali terakhir. Bagaikan tak percaya hari ini aku bakal duduk di asrama. Perasaan aku bercampur baur. Gembira, sedih, sayu, teruja semuanya ada. Sebaik sahaja aku menutup pintu kereta, ayah menggerakkan kereta perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah. Aku memerhatikan rumah yang sudah tinggal dibelakang. Pandangan aku beralih pula kepada bumbung rumah Naufal. Orang kata, kalau tak dapat tengok orangnya, dapat tengok rumahnya pun dah rasa lepas rindu. Itulah apa yang aku rasakan sekarang.
“Ek eh! Si Naufal ni...!” kata ayah terkejut. Serentak dengan itu kereta berhenti mengejut di hadapan rumah Naufal. Aku menjengahkan kepala ke hadapan, ingin melihat apa yang terjadi. Ek? Naufal buat apa berdiri tengah-tengah jalan raya ni?
“Sorry pak cik! Sa saya nak jumpa Siti, se sekejap!” kata Naufal.
Aku mengerutkan dahi. Mak dengan ayah hanya menggeleng. Tingkap diturunkan ke bawah, untuk memudahkan aku bercakap dengan Naufal.
“Ada apa, Fal?”
Naufal menunduk. Tangannya menghulurkan sampul putih. Kening aku terangkat sebelah. Sampul itu bertukar tangan.
“All the best!” katanya perlahan. Mukanya sedikit memerah. Aku tersenyum dan mengangguk.
“Thank you!”
Ayah kembali meneruskan  perjalanan selepas Naufal ke tepi. Tangan aku melambai Naufal di belakang. Dia tidak membalas, tetapi senyumannya cukup memberi semangat untuk aku menghadapi hari yang baru. Perlahan-lahan sampul pemberiannya tadi aku buka.
9x - 7i > 3(3x - 7u)
9x - 7i > 9x - 21u
-7i > -21u
7i < 21u
i < 3u
Aku mengerutkan dahi. Apa yang cuba sampaikan dengan kad ni? Sungguh aku tak faham. Tiba-tiba bagi kad dengan equation segala bagai, mana nak faham? Aku menterbalikkan kad pemberiannya. Mana tahu ada secret note dekat belakang ni.
I <3 U.
Right here waiting,
Naufal.
Mata aku menangkap baris-baris perkataan yang Naufal tulis. Kemas tulisannya, mengalahkan aku! Hati sudah berlagu riang. Barulah aku faham makna-makna equation yang dia tulis. I love you. Cukup tersirat. Kad kembali dimasukkan ke dalam sampul dan aku selitkan di dalam beg. Aku sudah tidak mampu hendak menyembunyikan senyuman sehinggalah ditegur mak. Aduh! Malu!

4 comments:

kleo said...

hee~ best! best! sambung lagi akak. right here waiting too :D

ummi rahimi said...

waa..menarik..best!

Anonymous said...

best2, saya suka la tgk equation tue,, haha :)

Anonymous said...

best la..sy suka2!hehe