::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

15 March 2012

Suami Aku Ustaz?! Teaser 01

Sama yang saya post di wall fb. ^^
--

“Lisa...” dia memanggil lembut.
“Hrm?” perlahan aku menyahut.
Abang Hafiz mencapai tangan kanan aku dan menyarungkan sebentuk cincin di jari manis. Aku tergamam. Hampir terlupa cincin yang aku tanggalkan semasa habis majlis tadi. Sudah terbiasa dengan jari yang kosong, sampai aku terlupa untuk pakai kembali tadi. Mata memerhatikan cincin yang sudah tersarung di jari. Cincin yang dihiasi dengan tiga biji batu yang berkilau di atasnya sedikit sebanyak membuatkan aku terasa sayang dengan perkahwinan ni.
“Jangan tanggalkan lagi tanpa sebab. Kalau tanggalkan, jangan lupa pakai balik. Abang tak nak simpankan lagi. Kalau hilang, siap Lisa,” katanya sedikit mengugut dalam bergurau.
Aku ketawa. “Masa sambung belajar nanti, Lisa tak nak pakai tau. Abang tolong simpan, ye?” pintaku.
Abang Hafiz menggeleng. “Masa belajar lagilah Lisa kena pakai sepanjang masa.”
Aku memandang ke arah dia. Tanpa aku bertanya, dia sudah bersuara terlebih dahulu.
“Masa belajar selalunya waktu lelaki mengurat perempuan. Abang tak nak ada yang mengurat isteri abang, ya? Pakai je selalu, biarkan orang tahu Lisa dah ada abang.”
Sekali lagi aku tergelak mendengarkan penjelasan dia. Nasib tak bergegar sahaja katil dibuatnya dek kerana aku ketawa lepas. Tajam mata Abang Hafiz membuatkan aku serba salah. Aku berhenti ketawa dengan bibir masih tersenyum-senyum. Ada aku kena pelangkung dengan dia nanti sebab ketawakan dia. Nasib badanlah dapat suami kuat cemburu ni.
“Kenapa abang pilih yang ada tiga biji batu, ye?” soalku menukar topik.
“Sebab satu campur satu jadi tiga?” laju dia menjawab.
Aku mengerutkan dahi. Dia ni, dulu add math bukan dapat A1 ke?
“Ha’ah. Satu campur satu memang jawapan dia tiga. Mesti salah satu ‘satu’ tu ada unknown kan? ‘X’ kot? Sebab tu boleh jadi tiga, empat, lima, infiniti pun boleh!” balasku geram. Nak mengenakan akulah tu.
Buat muka terkejut. “Eh? Lisa sanggup ke?”
“Sanggup apa?”
“Lahirkan ramai anak untuk abang?”
Muka aku terus berubah panas. Itu ke maksud dia dengan satu campur satu jadi tiga? Argh! Geramnya aku!
“Banyaklah!”
Abang Hafiz ketawa mengekek. Suka sangat dapat kenakan aku...

8 comments:

Uwais Al-Qarni said...

tak dpt bca kt fb.nasib baik publish kat sni..nape pendek sngt ?

Anonymous said...

cumelll jew.....

ihaaz said...

rindulah kan diorang berdua ni.. hehe
:)

ain79 said...

ala..nie lps dorg wt mjlis lps lisa abis spm kn..lisa smbung kt la nti..luar ngra ke

miznza84 said...

bile cte ni nak publish... tak sabar la ...... windu ngan mereka ni...

CAHAYA SAKSI said...

Salam..
Best sgt..romantik gilerr..
Nak tanye ape name fb akak ek?..tq

Anonymous said...

Rupanya satu campur satu tu dapat anak rupanya . Tak terfikir langsung . Hihi . Terbaekk la .

(syaza)

zietyrahman said...

Cute2....comel sgt..