::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

29 March 2012

Suami Aku Ustaz Teaser 02


As I promised. ♥ 
Insya Allah akan ada last teaser. Tapi... lambat lagilah. ;)
---
“Sayang rasa baby kita ni boy ke girl?”soal Abang Hafiz selepas aku menidurkan Furqan. Aku berbaring di atas katil. Tangan Abang Hafiz mengurut perlahan pinggang aku yang terasa sengal.
“Hrm... Lisa tak kisah. Tapi kalau boleh, Lisa nak lelaki.”
Dahi Abang Hafiz berkerut. “Kenapa?”
Sebab kalau perempuan, nanti bertambah nama perempuan dalam hati abang!” balasku nakal.
Abang Hafiz tergelak. “Ada pula ke situ Lisa ni,” katanya.
Aku hanya tersenyum sambil menikmati urutan Abang Hafiz. Terasa lega sedikit sengal yang aku rasa setiap hari. Dan setiap hari jugalah Abang Hafiz terpaksa melayan kerenah aku. Mujur aku tak ada mengidam hendak makan benda yang bukan-bukan.
“Abang teringin nak anak perempuan. Kalau tanya Furqan, mesti dia nak perempuan juga.”
“Kenapa?” giliran aku pula yang bertanya.
Abang Hafiz tersengih. “Kalau perempuan, kita dah ada sepasang. Furqan mesti suka sebab perempuan tak boleh main mainan dia.”
Aku tergeleng perlahan. “Ke situ pula dia!”
Abang Hafiz ketawa.
“Tapi, kalau perempuan, seronok juga. Mesti dia comel macam Lisa, kan?” kataku sengaja ingin menyakat Abang Hafiz.
“Insya Allah... kalau comot macam abang pun, abang terima...” katanya sengaja dibuat-buat sedih. Ketawa aku lepas. Nasib baik Abang Hafiz mencuit pinggang aku, mengingatkan Furqan yang sedang tidur. Kalau tidak, mahu terjaga budak itu dibuatnya.
“Macam pernah dengarlah ayat tu. Dekat mana ya?”
Abang Hafiz mencubit pipi aku. “Lupalah tu. Kan Lisa yang cakap masa kita pergi jogging dekat padang? Masa jumpa Amirul dengan isteri dan anak dia tu,” cerita Abang Hafiz cuba mengingatkan.
Aku menggeleng perlahan. Tak sangka perkara sekecil itu pun dia boleh ingat. “Abang ingat lagi masa Abang Amirul datang kenduri kita?” Muka Abang Amirul dengan Kak Intan yang terkejut melihat aku dengan Abang Hafiz bermain di fikiran. Aku tersenyum.
“Ingat! Kan dia ada tanya, Lisa kahwin masa tengah belajar ke?”
Aku mengangguk. “Dia seorang je yang dapat teka. Itu pun, sebab abanglah! Boleh pula peluk Lisa masa dekat tepi laut tu!”
Abang Hafiz ketawa. “Abang bukannya apa. Abang cuma..”
“Cemburu!” aku memotong. Buat kesekian kalinya pipi aku menjadi mangsa cubitan. Kami akhirnya kami sama-sama ketawa.
“Kalau anak perempuan, Lisa nak letak nama Istisyhad,” kataku berangan-angan.
Kening Abang Hafiz terangkat sebelah. “Kenapa?”
“Lisa baca buku Cinta di Rumah Hasan Al Bana. Dalam buku tu, dia cakap nama anak terakhir Imam Hasan, Istisyhad. Biar anak kita hayati makna nama dia dan mengimpikan syahid di jalan Allah. Sentiasa mengabdikan diri dia kepada Allah...”
Abang Hafiz tersenyum. “Lisa dah baca buku tu? Apa pengajaran yang menarik Lisa nak kongsi?”
Aku tersengih. “Jangan cemburu kalau ada perempuan sedang berbincang sesuatu dengan abang. Macam cerita anak Imam Hasan Al-Bana, mak dia tak cemburu pun kalau ada perempuan yang jumpa Imam Hasan untuk berbincang tentang dakwah,” kataku tersengih.
Abang Hafiz ketawa. Giliran aku pula mengingatkan tentang Furqan yang sedang tidur. Suka betul dia bila aku bercakap tentang cemburu. Terlupa agaknya dia pun dua kali lima.
“Abang, apa maksud HACKS ya?” soalku tiba-tiba. Abang Hafiz terhenti daripada mengurut pinggang aku. Mukanya dialihkan memandang aku. Bila bercerita kenangan lama, aku teringat usikan Wati tentang makna disebalik gula-gula HACKS.
“HACKS?” soal Abang Hafiz pelik. Aku mengangguk, meyakinkan dia tidak tersalah dengar.
“Gula-gula HACKS. Dulu Afrina pernah cakap, gula-gula HACKS ni ada makna dia. Dia suruh Lisa cari sendiri. Sampai sekarang Lisa tak tahu. Abang tahu tak?” soalku berahsia.
Berkerut-kerut dahi Abang Hafiz mendengarkan soalan aku.
“HACKS? Hanya Allah Cinta Ku Selamanya?” tekanya.
Aku terbatuk. Hah! Ambil kau! Keluar sekali jawapan ustaz dia.
“Oh...!”
            Abang Hafiz ketawa. “Lisa, Lisa... abang bergurau ajelah. Masa belajar dulu, kawan-kawan abang sibuk cakap, HACKS itu Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Jadi kita orang pun pakat-pakatlah tukar, jadi Hanya Allah Cinta Ku Selamanya. Kiranya pembakar semangat untuk dapatkan cinta Allah lah...” terangnya.
Aku mengangguk tanda faham. Iyalah, takkan dia nak sakan melayan cinta pula.
“Lisa jangan ingat abang maksudkan abang tak sayang Lisa pula! Abang sayang Lisa, tapi insya Allah bukan yang paling teratas sebab abang mengharapkan hati abang merindui Allah lebih daripada segala-galanya. Lisa nak tahu? Siapa yang mendapat cinta Allah, Allah akan memberitahu Jibril, yang Dia mencintai seorang hamba ini. Lepas tu, Jibril pula memberitahu penduduk langit bahawa, Allah s.w.t mencintai hamba ini. Dan penduduk langit pula, akan mencintai hamba itu sehingga Allah menjadikan penduduk bumi pun turut mencintai hamba itu...”
“Jadi, kalau rasa hendak disayangi, kita kejarlah cinta Allah terlebih dahulu kerana Allah yang memegang hati hamba-hambanya untuk mencintai kita...” dia mengakhiri kata-katanya dengan senyuman.

14 comments:

Anonymous said...

So sweet la Abang Hafiz ni . Suka2 . Tak sabarnya nak dapatkan novel ni . :)

(syaza)

Anonymous said...

xsbr nk beli novel nih..
errr..btw,novel Bidadariku bila nk continue ya? yg tu pun sy suka ^_^

Aida Sherry said...

this couple is so sweet.... alahai cemburunya....

aynie said...

first time bca cerita ni dkt p2u dh rsa seronok sgt..cerita nie lain dr yg lain..best sgt..tiap2 minggu pasti t'tunggu2 sambungan cerita nie..bla dpt tau cerita nie bakal diterbitkn versi cetak, b'tambah2 excited nk dptkn novel nie..sekarang nie dok tgu green light dr karyaseni je..bla diorg dh buka jualan online, trus nk order...hehehe..

ummi rahimi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

suka sangat cerita ni.. da lama sangat tunggu.. akhirnya~ x sabar nak baca full..

NAISMA said...

dah lama tunggu cerita ni keluar versi cetak. x sabar rasanya bila dpt tahu dah nak keluar.

miznza84 said...

aduiiii makin tak sabar dibuatnya...

Anonymous said...

assalammualaikum..

sy baru baca bab 1 hg 25 back-to-back hari ni...overall sy sgt suka & jatuh chenta ngn SAU...dan tak sabar nak tgu SAU publish next month...syabas kpd writer sbb menyelitkan unsur2 dakwah dlm penulisan...maklumlah sometimes kita (termasuklah sy) terlalai dan terlupa...sy suka ngn watak Lisa...w/pon dia masih remaja dan blum bersedia utk berumah tangga tetapi plg tdk dia menghormati Hafiz sbg suami...w/pon ada terlps ckp dan laku ttp its ok sbb dia br 17 thn...wah...panjang plak komen ek...lastly, mari sama2 counting days tgu SAU!!..hehe...chill...

ashlien

ain79 said...

aduh..sweet sgt dorg nie mmg x sbar nk tggu smbungan cte nie

Anonymous said...

wahhh, tak sabar nak beli SAU?! ni. :) agakagak masa pesta buku nanti dah boleh beli belum ya?

Anonymous said...

terbaik!!

superwoman :P said...

eeeee!!!!menyampahnye!abg hafiz sweet sgtlah!!!!(menyampah sbb msih tak jumpe novel tu untuk dibeli :P)

best la!thumbs up!

zietyrahman said...

Novel ni bnyk terapkan unsur islamik. Mendidik secara halus..gud job writer...