As I promised. ♥
Insya Allah akan ada last teaser. Tapi... lambat lagilah. ;)
Insya Allah akan ada last teaser. Tapi... lambat lagilah. ;)
---
“Sayang rasa baby kita
ni boy ke girl?”soal Abang Hafiz selepas aku menidurkan Furqan. Aku berbaring
di atas katil. Tangan Abang Hafiz mengurut perlahan pinggang aku yang terasa
sengal.
“Hrm... Lisa tak kisah. Tapi kalau boleh, Lisa nak
lelaki.”
Dahi Abang Hafiz berkerut. “Kenapa?”
Sebab kalau perempuan, nanti bertambah nama perempuan
dalam hati abang!” balasku nakal.
Abang Hafiz tergelak. “Ada pula ke situ Lisa ni,”
katanya.
Aku hanya tersenyum sambil menikmati urutan Abang Hafiz.
Terasa lega sedikit sengal yang aku rasa setiap hari. Dan setiap hari jugalah
Abang Hafiz terpaksa melayan kerenah aku. Mujur aku tak ada mengidam hendak
makan benda yang bukan-bukan.
“Abang teringin nak anak perempuan. Kalau tanya Furqan,
mesti dia nak perempuan juga.”
“Kenapa?” giliran aku pula yang bertanya.
Abang Hafiz tersengih. “Kalau perempuan, kita dah ada
sepasang. Furqan mesti suka sebab perempuan tak boleh main mainan dia.”
Aku tergeleng perlahan. “Ke situ pula dia!”
Abang Hafiz ketawa.
“Tapi, kalau perempuan, seronok juga. Mesti dia comel
macam Lisa, kan?” kataku sengaja ingin menyakat Abang Hafiz.
“Insya Allah... kalau comot macam abang pun, abang
terima...” katanya sengaja dibuat-buat sedih. Ketawa aku lepas. Nasib baik
Abang Hafiz mencuit pinggang aku, mengingatkan Furqan yang sedang tidur. Kalau
tidak, mahu terjaga budak itu dibuatnya.
“Macam pernah dengarlah ayat tu. Dekat mana ya?”
Abang Hafiz mencubit pipi aku. “Lupalah tu. Kan Lisa yang
cakap masa kita pergi jogging dekat padang?
Masa jumpa Amirul dengan isteri dan anak dia tu,” cerita Abang Hafiz cuba
mengingatkan.
Aku menggeleng perlahan. Tak sangka perkara sekecil itu
pun dia boleh ingat. “Abang ingat lagi masa Abang Amirul datang kenduri kita?”
Muka Abang Amirul dengan Kak Intan yang terkejut melihat aku dengan Abang Hafiz
bermain di fikiran. Aku tersenyum.
“Ingat! Kan dia ada tanya, Lisa kahwin masa tengah
belajar ke?”
Aku mengangguk. “Dia seorang je yang dapat teka. Itu pun,
sebab abanglah! Boleh pula peluk Lisa masa dekat tepi laut tu!”
Abang Hafiz ketawa. “Abang bukannya apa. Abang cuma..”
“Cemburu!” aku memotong. Buat kesekian kalinya pipi aku
menjadi mangsa cubitan. Kami akhirnya kami sama-sama ketawa.
“Kalau anak perempuan, Lisa nak letak nama Istisyhad,”
kataku berangan-angan.
Kening Abang Hafiz terangkat sebelah. “Kenapa?”
“Lisa baca buku Cinta di Rumah Hasan Al Bana. Dalam buku
tu, dia cakap nama anak terakhir Imam Hasan, Istisyhad. Biar anak kita hayati
makna nama dia dan mengimpikan syahid di jalan Allah. Sentiasa mengabdikan diri
dia kepada Allah...”
Abang Hafiz tersenyum. “Lisa dah baca buku tu? Apa
pengajaran yang menarik Lisa nak kongsi?”
Aku tersengih. “Jangan cemburu kalau ada perempuan sedang
berbincang sesuatu dengan abang. Macam cerita anak Imam Hasan Al-Bana, mak dia
tak cemburu pun kalau ada perempuan yang jumpa Imam Hasan untuk berbincang
tentang dakwah,” kataku tersengih.
Abang Hafiz ketawa. Giliran aku pula mengingatkan tentang
Furqan yang sedang tidur. Suka betul dia bila aku bercakap tentang cemburu.
Terlupa agaknya dia pun dua kali lima.
“Abang, apa maksud HACKS ya?” soalku tiba-tiba. Abang
Hafiz terhenti daripada mengurut pinggang aku. Mukanya dialihkan memandang aku.
Bila bercerita kenangan lama, aku teringat usikan Wati tentang makna disebalik
gula-gula HACKS.
“HACKS?” soal Abang Hafiz pelik. Aku mengangguk,
meyakinkan dia tidak tersalah dengar.
“Gula-gula HACKS. Dulu Afrina pernah cakap, gula-gula HACKS
ni ada makna dia. Dia suruh Lisa cari sendiri. Sampai sekarang Lisa tak tahu.
Abang tahu tak?” soalku berahsia.
Berkerut-kerut dahi Abang Hafiz mendengarkan soalan aku.
“HACKS? Hanya Allah Cinta Ku Selamanya?” tekanya.
Aku terbatuk. Hah! Ambil kau! Keluar sekali jawapan ustaz
dia.
“Oh...!”
Abang
Hafiz ketawa. “Lisa, Lisa... abang bergurau ajelah. Masa belajar dulu,
kawan-kawan abang sibuk cakap, HACKS itu Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Jadi kita
orang pun pakat-pakatlah tukar, jadi Hanya Allah Cinta Ku Selamanya. Kiranya
pembakar semangat untuk dapatkan cinta Allah lah...” terangnya.
Aku mengangguk tanda faham. Iyalah, takkan dia nak sakan
melayan cinta pula.
“Lisa jangan ingat abang maksudkan abang tak sayang Lisa
pula! Abang sayang Lisa, tapi insya Allah bukan yang paling teratas sebab abang
mengharapkan hati abang merindui Allah lebih daripada segala-galanya. Lisa nak
tahu? Siapa yang mendapat cinta Allah, Allah akan memberitahu Jibril, yang Dia
mencintai seorang hamba ini. Lepas tu, Jibril pula memberitahu penduduk langit
bahawa, Allah s.w.t mencintai hamba ini. Dan penduduk langit pula, akan
mencintai hamba itu sehingga Allah menjadikan penduduk bumi pun turut mencintai
hamba itu...”
“Jadi, kalau rasa hendak disayangi, kita kejarlah cinta
Allah terlebih dahulu kerana Allah yang memegang hati hamba-hambanya untuk
mencintai kita...” dia mengakhiri kata-katanya dengan senyuman.
14 comments:
So sweet la Abang Hafiz ni . Suka2 . Tak sabarnya nak dapatkan novel ni . :)
(syaza)
xsbr nk beli novel nih..
errr..btw,novel Bidadariku bila nk continue ya? yg tu pun sy suka ^_^
this couple is so sweet.... alahai cemburunya....
first time bca cerita ni dkt p2u dh rsa seronok sgt..cerita nie lain dr yg lain..best sgt..tiap2 minggu pasti t'tunggu2 sambungan cerita nie..bla dpt tau cerita nie bakal diterbitkn versi cetak, b'tambah2 excited nk dptkn novel nie..sekarang nie dok tgu green light dr karyaseni je..bla diorg dh buka jualan online, trus nk order...hehehe..
suka sangat cerita ni.. da lama sangat tunggu.. akhirnya~ x sabar nak baca full..
dah lama tunggu cerita ni keluar versi cetak. x sabar rasanya bila dpt tahu dah nak keluar.
aduiiii makin tak sabar dibuatnya...
assalammualaikum..
sy baru baca bab 1 hg 25 back-to-back hari ni...overall sy sgt suka & jatuh chenta ngn SAU...dan tak sabar nak tgu SAU publish next month...syabas kpd writer sbb menyelitkan unsur2 dakwah dlm penulisan...maklumlah sometimes kita (termasuklah sy) terlalai dan terlupa...sy suka ngn watak Lisa...w/pon dia masih remaja dan blum bersedia utk berumah tangga tetapi plg tdk dia menghormati Hafiz sbg suami...w/pon ada terlps ckp dan laku ttp its ok sbb dia br 17 thn...wah...panjang plak komen ek...lastly, mari sama2 counting days tgu SAU!!..hehe...chill...
ashlien
aduh..sweet sgt dorg nie mmg x sbar nk tggu smbungan cte nie
wahhh, tak sabar nak beli SAU?! ni. :) agakagak masa pesta buku nanti dah boleh beli belum ya?
terbaik!!
eeeee!!!!menyampahnye!abg hafiz sweet sgtlah!!!!(menyampah sbb msih tak jumpe novel tu untuk dibeli :P)
best la!thumbs up!
Novel ni bnyk terapkan unsur islamik. Mendidik secara halus..gud job writer...
Post a Comment