--
“Lisa...” dia memanggil lembut.
Abang Hafiz mencapai tangan kanan aku dan menyarungkan sebentuk
cincin di jari manis. Aku tergamam. Hampir terlupa cincin yang aku tanggalkan
semasa habis majlis tadi. Sudah terbiasa dengan jari yang kosong, sampai aku
terlupa untuk pakai kembali tadi. Mata memerhatikan cincin yang sudah tersarung
di jari. Cincin yang dihiasi dengan tiga biji batu yang berkilau di atasnya
sedikit sebanyak membuatkan aku terasa sayang dengan perkahwinan ni.
“Jangan tanggalkan lagi tanpa sebab. Kalau tanggalkan,
jangan lupa pakai balik. Abang tak nak simpankan lagi. Kalau hilang, siap Lisa,”
katanya sedikit mengugut dalam bergurau.
Aku ketawa. “Masa sambung belajar nanti, Lisa tak nak
pakai tau. Abang tolong simpan, ye?” pintaku.
Abang Hafiz menggeleng. “Masa belajar lagilah Lisa kena
pakai sepanjang masa.”
Aku memandang ke arah dia. Tanpa aku bertanya, dia sudah
bersuara terlebih dahulu.
“Masa belajar selalunya waktu lelaki mengurat perempuan.
Abang tak nak ada yang mengurat isteri abang, ya? Pakai je selalu, biarkan
orang tahu Lisa dah ada abang.”
Sekali lagi aku tergelak mendengarkan penjelasan dia.
Nasib tak bergegar sahaja katil dibuatnya dek kerana aku ketawa lepas. Tajam
mata Abang Hafiz membuatkan aku serba salah. Aku berhenti ketawa dengan bibir
masih tersenyum-senyum. Ada aku kena pelangkung dengan dia nanti sebab
ketawakan dia. Nasib badanlah dapat suami kuat cemburu ni.
“Kenapa abang pilih yang ada tiga biji batu, ye?” soalku
menukar topik.
“Sebab satu campur satu jadi tiga?” laju dia menjawab.
Aku mengerutkan dahi. Dia ni, dulu add math bukan dapat A1 ke?
“Ha’ah. Satu campur satu memang jawapan dia tiga. Mesti
salah satu ‘satu’ tu ada unknown kan?
‘X’ kot? Sebab tu boleh jadi tiga, empat, lima, infiniti pun boleh!” balasku
geram. Nak mengenakan akulah tu.
Buat muka terkejut. “Eh? Lisa sanggup ke?”
“Sanggup apa?”
“Lahirkan ramai anak untuk abang?”
Muka aku terus berubah panas. Itu ke maksud dia dengan
satu campur satu jadi tiga? Argh! Geramnya aku!
“Banyaklah!”
Abang Hafiz ketawa
mengekek. Suka sangat dapat kenakan aku...
8 comments:
tak dpt bca kt fb.nasib baik publish kat sni..nape pendek sngt ?
cumelll jew.....
rindulah kan diorang berdua ni.. hehe
:)
ala..nie lps dorg wt mjlis lps lisa abis spm kn..lisa smbung kt la nti..luar ngra ke
bile cte ni nak publish... tak sabar la ...... windu ngan mereka ni...
Salam..
Best sgt..romantik gilerr..
Nak tanye ape name fb akak ek?..tq
Rupanya satu campur satu tu dapat anak rupanya . Tak terfikir langsung . Hihi . Terbaekk la .
(syaza)
Cute2....comel sgt..
Post a Comment