::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

07 January 2013

Cerpen: Lamaran Kali Kedua

Assalamualaikum.
Apa khabar? Lama betul saya biarkan blog berusang. Jadi, sebagai penyeri untuk kali ni saya cuba tulis cerpen yang ringan-ringan untuk dinikmati bersama. #cewah! Mohon komennya, ya! ^___^


Lamaran Kali Kedua
Laju aku berjalan ke arah kelas 5S1. Peluh yang mengalir di dahi dilap kasar dengan tangan. Huh! Sudahlah terlambat, kena sound lagi dengan Pak Ali pengawas pendek tu dekat pintu pagar. Cikgu Hassan yang memang guru disiplin pun tak bising macam Pak Ali. Relax je bila nampak aku berebut mengayuh basikal masuk ke dalam kawasan sekolah. Siap boleh lambai lagi, cakap ‘Selamat Pagi’. Hee... geramnya! Sudahlah mulut laser. Lagi nak kutuk badan aku yang comel ni depan-depan Cikgu Hassan. Jealous!
“Kau lambat lagi ke hari ni?”
Nabhan yang duduk meja sebelah tanya dengan nada tak berperasaan. Ini lagi seorang! Dah tahu lagi nak tanya? Tak nampak ke aku berpeluh-peluh ni? Marah aku di dalam hati. Nak meluahkan karang, lagi teruk aku kena dengan Nabhan nanti.
“Kau dah tahu kau jenis siap lambat, datang sekolah naik basikal... cubalah bangun awal sikit. Ini muka macam ni, mesti kau bergaduh dengan Imran lagi, kan?” soal Nabhan lagi.
Aku tidak membalas. Malas mahu memanjangkan bicara, dia laju keluar daripada kelas. Mahu ke bilik air. Sakit perut! Tadi di rumah tak sempat nak ‘membuang’. Aduh! Kelam kabut betul dia hari ni. Semuanya sebab papa kena outstation ke Sungai Besar sejak minggu lepas. Kalau tak, tak adalah dia kena ke sekolah naik basikal. Nak naik motor, lesen pun belum ada.
            Badan aku sudahlah memang besar. Kalau ada medical check up, sama saja komen doktor. Obesiti! Nak buat macam mana lagi? Tak makan nasi, aku cari makanan ringan. Kalau tak makan makanan ringan, aku cari nasi. Mana boleh perut kosong? Gastriklah aku nanti! Lagi satu kerja mama dengan papa nak bawa aku ke klinik. Cukuplah sekali aku berdiet sampai pedih perut menahan sakit sebab gastrik. Pengakhirannya, begitu jugalah badan aku. Makin lama, makin besar. Macam di pam-pam!
            Aku berdiri di depan singki. Selepas membasuh tangan dengan air dan sabun sehingga yakin tiada bau, warna dan rasa yang tinggal. Kemudian aku mengeluarkan sehelai tisu daripada dalam kocek baju sekolah. Tangan yang basah dilap sehingga diyakini kering. Najis itu ada 3 tahapnya. Yang paling ringan, najis mukhaffafah. Yang pertengahan, najis mutawassitah. Dan yang paling berat, najis mughallazah. Ah sudah! Apa ke halnya sampai ke sini aku bercerita?
            Selesai menyahut seruan ‘alam’, aku berjalan keluar, menuju ke arah kelas. Hari ini hari Khamis. Jadi perhimpunan pagi sekadar berdiri di hadapan kelas, mengaminkan bacaan doa wakil pelajar dan kemudian masuk ke dalam kelas. Jadi tak apalah kalau aku ‘lari’ sekejap ke bilik air. Kalau perhimpunan pagi di tapak perhimpunan, memang aku kena jerit dengan Pak Ali Imran tu bila dia nampak aku terkedek-kedek masuk ke dalam.
“Tengok? Lambat lagi. Apalah nak jadi dengan kau, Khalilah? Sudahlah badan makin hari makin sihat aku tengok. Aku yang takut, tahu?”
Nabhan menjeling ke arah aku sekilas. Tegurannya membuatkan beberapa rakan sekelas aku yang berdiri di baris belakang memandang ke arah kami berdua. Kritikan selamba daripada Nabhan membuatkan muka aku serta-merta menjadi merah. Malu!
“Tak apalah. Badan aku, kalau sakit pun, aku juga yang tanggung. Kalau mati pun...”
“Aku juga kena tolong angkat mayat kau bawa masuk kubur tu. Berat tahu?” dia memintas.
Aku terdiam. Terasa hati. Kawan-kawan yang memandang kami kembali memandang ke hadapan. Tidak menghiraukan perbualan kami berdua walaupun aku yakin mereka memasang telinga. Sukalah tu bila aku kena kutuk dengan Nabhan.
“Aku tegur sebab kau kawan aku. Aku rasa masa form one kau ok je. Naik form five, makin menjadi-jadi pula. Kau ni ada sakit apa-apa ke? Dah macam belon apa je aku tengok,” kata Nabhan lagi. Sikit pun tak hiraukan muka aku dah berubah nak jadi raksasa. Dasar lelaki! Sikit pun tak sensitif dengan hati perempuan. Huh!
“Iyalah, aku gemuk. Montel. Debab. Suka hati kaulah nak cakap apa pun. Aku tau, aku tak selawa Sofiah yang suka kat kau tu? Sudahlah! Tak payah nak ambil tahu fasal aku lagi,” rajukku.
Sebaik sahaja segala pengumuman selesai, kami melangkah masuk ke dalam kelas. Sedikit pun aku tak hiraukan Nabhan yang terkulat-kulat melihatkan reaksi aku. Cukuplah! Aku bosan mendengar orang mengutuk aku. Bukannya dia orang tahu apa yang aku rasa. Dia orang takkan pernah faham! Lagi bila Sofiah, antara budak yang cantik dan aktif di sekolah buat ‘press conference’ sukakan Nabhan. Lagilah semua orang nak mengutuk aku. Keji betul!
“Ila...”
“Just shut up!” marahku.
Nabhan terdiam. Sesi persekolahan hari itu sepi tanpa suara Nabhan.
***
Aku kembali membelek majalah sekolah lama. Mata memerhatikan gambar kelas 5S1 yang mempunyai 32 ahli kelas. Teringat kenangan lama. Kenangan yang menyebabkan aku dan Nabhan jauh. Bukan sehari aku tidak mendengar suara dia. Bahkan hari-hari seterusnya sehinggalah kami tamat persekolahan, sedikit pun dia tak menegur aku. Tamat persekolahan, dia meneruskan cita-citanya, mengambil jurusan akauntan di Universiti Malaya. Dengar cerita, Sofiah pun di sana ambil perubatan. Hah, sesuai benarlah mereka berdua tu!
Aku? Aku pula menyambung pelajaran di Politeknik Merlimau, mengambil diploma di sana. SPM aku dulu teruk! Aku sendiri tak sangka dengan keputusan aku walaupun aku di kelas pertama. Budak kelas sains yang hujung lagi hebat daripada aku. Sekarang ni aku sedang sibuk memohon tempat di universiti tempatan. Ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Rasanya dalam adik-beradik, aku seorang saja yang tak berapa menjadi dan terpaksa berusaha daripada bawah.
Walaupun lama tak berborak dengan Nabhan, setiap perkembangan Nabhan aku ikuti. Nabhan semakin tinggi, semakin kacak, semakin bijak! Tapi pendiamnya masih sama, sikap menghormati orang tua tetap tak ada beza. Itu yang papa dengan mama suka sangat bila aku berkawan dengan Nabhan. Siap pernah memasang harapan nak menjodohkan aku dengan Nabhan. Cuma, iyalah, siapa nak pandang orang yang kurang rupa macam kita ni, kan?
Rumah Nabhan sebenarnya tak jauh daripada rumah aku. Mama dengan papa berkawan baik dengan ibu dan baba Nabhan. Nabhan anak sulung, aku anak bongsu. Kami memang rapat. Dia layan aku pun macam dia layan adik-adik dia. Sampai ibu dengan baba dia pun bahasakan diri ibu-baba dengan aku. Macam dah anak angkat! Tapi sejak aku marahkan dia mengutuk aku, terus kami jadi macam orang asing. Bila terserempak, aku pandang dia, dia pandang aku. Mulut diam membisu. Oh! Rindunya aku dengan kenangan dahulu.
“Ila, marilah tolong mama dekat dapur ni. Tak kesian dekat mama ke?” mama bersuara daripada pintu bilik. Sempat dia mengetuk pintu dua tiga kali, tak mahu aku berangan lebih. Heh, berangan apa? Ini aku tengah susun balik barang-barang dalam bilik ni, nak buang apa yang patut.
“Sekejap. Lima minit nanti Ila keluar,” balasku akhirnya. Mama meninggalkan aku. Tepat lima minit kemudian seperti yang aku janjikan, aku sudah tiba di dapur. Sempat aku capai sayur kangkung yang bakal menjadi salah satu menu hari ni.
“Malam ni, ibu dengan baba Ila ajak pergi rumah dia. Ada doa selamat untuk Kira yang nak berangkat ke Mesir minggu depan,” kata mama masa aku tolong dia siang sayur di dapur.
“Ok,” balasku tanpa ragu.
Teringat Kira, anak gadis ibu dan baba yang lincah. Anak ketiga daripada enam adik-beradik. Rasanya baru semalam dia ambil SPM. Sekali, minggu depan sudah ke Mesir seorang diri. Harap dia bolehlah bawa diri dekat sana nanti.
“Mama, Nabhan tak habis belajar lagi ke, ma?”
Mama memandang aku pelik. Macamlah aku minta dia pinangkan Nabhan untuk aku pula.
“Kenapa tiba-tiba kamu tanya? Ingatkan kamu dah tak nak ambil tahu fasal Nabhan tu.”
Aku tersenyum tawar. Mana boleh tak ambil tahu. Membesar sama-sama, banyak kenangan yang tercipta.
“Lama tak dengar cerita fasal dia, ma...”
“Lah... bukan ke kamu sendiri yang jauhkan diri? Gaduhkan benda kecil sampai bertahun-tahun kamu tak bercakap dengan dia? Bukan kamu ke yang mulakan?”
Aku diam. Terasa hati bila mama menyebelahkan Nabhan melebihi aku. Bukannya mama tahu apa yang berlaku masa dulu.
“Mama tak faham...”
“Tak faham apanya, Ila? Ibu kamu bercerita daripada A sampai Z apa yang Nabhan cerita pada dia. Kamu tu merajuk berhari-hari. Dia pun jadi takut nak tegur, tahu?”
Erk! Bukan ke dia yang memang tak nak tegur aku selama ni?
“Tapi Ila bukannya marah saja-saja...”
“Dan dia pun bukannya tegur saja-saja. Cakap dia betul Mungkin silap dia masa susun ayat. Lelaki, Ila. Pada dia biasa je. Kita ni, kena bawa-bawa bersabar! Jangan ikutkan sangat kemarahan kita.”
“Iyalah...” aku mencebik.
“Tengok? Kita tegur, dia buat muka. Hai, Ila... Ila.”
Mama menggelengkan kepala sebelum keluar daripada dapur, mahu mengambil serai di tepi rumah. Aku menarik nafas perlahan. Salah aku juga ke? Tak apalah, nanti lama-lama mesti ok punya! Ah! Dah empat tahun dah, Ila. Ok apanya?
***
Usai solat Isyak, jemaah lelaki mula ramai tiba di rumah Nabhan. Aku sejak tadi tak berenggang jauh daripada mama. Macam tak biasa pula dengan rumah Nabhan ni. Hampir lima minit menunggu segala-galanya tenang, majlis doa selamat bermula. Memohon agar perjalanan Kira sepanjang menuntut ilmu di Mesir dipermudahkan dan berakhir dengan selamat.
Selesai majlis, para tetamu semua dijemput menikmati makan malam di bawah khemah luar rumah. Aku mencari-cari juga Nabhan masa tengah berdoa tadi. Dengar gosip-gosip mak cik-mak cik ni, dia ada balik bercuti. Siap dipuji-puji lagi Nabhan. Lelaki idaman Malayalah kononnya. Mesti ramai nak jadikan dia menantu.
“Ila, ambilkan mama rojak, Ila.”
Mama menepuk lengan aku perlahan. Aku yang sedap menyuap nasi putih berlaukkan ayam masak kicap terhenti. Mama aku pandang dengan sedikit tak puas hati. Mama? Ambil lepas makan tak boleh ke? Malas mahu membantah, aku turutkan juga permintaan mama walaupun aku tahu mama akan rojak tu lepas makan nasi. Saja je mama ni.
“Hai! Lama tak jumpa.”
Aku mendongak daripada memandang rojak di depan aku. Wajah Nabhan jelas tersenyum berdiri tegak di depan aku. Aku tergamam sendiri.
“Err... hai?”
“Ila sihat?” soal Nabhan dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir.
Aku membuat muka. Huh! Tak ada soalan lain ke nak tanya? Dah terang tang tang badan aku maintain comel, takkan tak nampak lagi? Lagi satu, mestilah aku sihat! Kalau tak, tak adanya aku ada dekat rumah dia ni.
“Amboi! Tak nak jawab. Ila, kau marah aku lagi ke? Cerita lama, Ila. Sampai bila kau nak bermusuh dengan aku ni?”
“Bila masa aku bermusuh dengan kau?” dingin aku membalas. Selesai aku mencedok rojak ke dalam pinggan, aku terus menuju ke arah meja yang kami duduk tadi. Sedikit pun tak meminta diri daripada Nabhan. Aduh, Khalilah! Orang dah nak berbaik-baik lagi mahu jual mahal.
“Jumpa Nabhan?” soal mama selesai dia menikmati rojak yang aku ambil tadi. Memang betul seperti yang aku jangka, mama makan rojak lepas makan nasi. Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu. Aku mengecilkan mata.
“Mama saja je ye nak Ila jumpa Nabhan?” soalku akhirnya.
“Dah dia daripada tadi asyik pandang-pandang Ila. Bila tertangkap dengan mama, dia sengih-sengih. Sudah-sudahlah marahkan dia, Ila...” nasihat mama.
“Ila mana ada marah dia, ma.”
“Habis tu?”
“Ila rasa janggal je, ma. Dah lama tak berbual macam dulu-dulu.”
 “Macam-macamlah kamu ni, Ila!”
Mama menggeleng saja mendengarkan jawapan aku. Betul apa? Awkward tau nak berbual macam dulu!
Mata aku kembali mencari Nabhan. Dia tengah rancak berbual dengan papa dekat khemah satu lagi. Sesekali aku nampak papa ketawa dan menepuk bahu Nabhan dua tiga kali. Entah apa yang dia bualkan pun, aku tak tahu. Tanpa sedar bibir aku turut tersenyum melihat kemesraan mereka.
Tak lama kemudian, Kira menjerit pula memanggil abangnya itu. Aku memandang pula Kira yang berdiri dengan seorang lagi wanita, memakai jubah hitam dengan selendang berwarna merah. Nampak anggun. Siapa ya?
“Sofiah! Datang juga akhirnya!”
Tak semena-mena hati aku dipagut cemburu!
***
“Mama... please...”
Mama menarik muka tegang. Takut pula aku lihat mama marah macam ni.
“Jangan nak buat malulah, Ila!”
Aku menundukkan kepala. Keterlaluan ke permintaan aku ini? Rasanya tidak.
“Mama, tolonglah. Ila serious ni. Bukannya main-main. Mama cakaplah dengan papa, minta bincang dengan ibu dan baba Nabhan...”
Mama tidak membalas. Kerja melipat kain yang baru diangkat daripada jemuran tadi diteruskan tanpa sedikit pun menghiraukan permintaan aku.
“Mama tak nak dengar apa-apa lagi, Ila. Sudah! Pergi buat kerja apa yang patut!” marah mama.
Aku menarik muncung. Mama, tak boleh ke pertimbangkan sikit permintaan Ila ni? Aku masih duduk di kerusi tanpa berkata apa-apa. Protes!
“Kenapa ni, sayang?”
Papa yang muncul daripada ruang tamu membuatkan aku terkejut sendiri. Alamak! Bila masa papa balik ni? Baru nak bincang dulu dengan mama baru beritahu papa. Kalau mama tak setuju, mesti papa pun tak setuju dengan rancangan gila aku ni. Argh!
“Anak abang nilah! Minta merepek-merepek. Tak kuasa saya nak melayan!”
Papa tersenyum. Kemudian pandangannya dihalakan ke arah aku. “Kenapa, Ila?” lembut je suara papa bertanya. Aku menggigit bibir. Perlu ke aku luahkan apa yang aku rasa? Papa marah ke kalau dia dengar? Aduh! Dilema!
“Ila...” kata-kata aku tersekat. Aduh!
Papa masih tenang menunggu.
“Ila...”
“Apa dia?” papa dah mula bosan.
Aku menelan air liur. Mata dipejamkan rapat-rapat sebelum aku meluahkan apa yang aku rasa.
“Ila nak minta mama dengan papa risik Nabhan untuk Ila boleh tak papa?” kataku dalam satu nafas.
Sebaik saja melafazkan apa yang aku rasa, barulah aku membuka mata memandang papa yang nyata terkejut mendengarkan permintaan aku. Aku tak boleh biarkan Nabhan jadi milik Sofiah. Malam itu cukup membuktikan sebenarnya hati aku dah lama terpaut pada Nabhan, calon menantu mama dengan papa sejak kecil. Papa, please?
“Nanti papa dengan mama fikirkan macam mana...”
Sebaris ayat itu cukup membuatkan aku kembali tersenyum walaupun muka mama pula yang mencuka. Thanks, papa!
***
“Macam mana, mama?” soalku cuak mahu mendengarkan jawapan daripada pihak Nabhan.
Mama membuka tudung dan diletakkan di kepala sofa. Kemudian dia menarik nafas sebelum mengambil tempat di atas sofa yang sama. Melihatkan reaksi mama membuatkan gementar aku menjadi-jadi.
Pagi tadi mama sudah membebel bila dia terpaksa ke rumah Nabhan, untuk berjumpa dengan ibu. Mahu bertanya tentang perkara yang aku usulkan. Dia tak suka betul bila aku keluar idea merepek macam tu. Lagi-lagi bila papa minta dia berbual-bual dahulu dengan ibu, tengok bagaimana penerimaan orang sana.
“Mama dah bincang dengan ibu. Dia kata dia tak ada masalah. Cuma...”
“Cuma?” soalku pantas. Mama ni, saja je buat ayat tergantung macam tu. Nak bagi unsur-unsur saspenslah ni?
“Nabhan menolak.”
Mama merenung mata aku dalam. Bagaikan meminta aku untuk menjadi lebih kuat. Aku menelan air liur. Terasa berpasir rasanya. Nabhan, sampainya hati kau!
“Tak apalah kalau macam tu...”
Aku terus berjalan dengan longlai, masuk ke dalam bilik. Tak mahu bertanya alasan yang Nabhan berikan. Aku tahu, mesti dia memilih Sofiah. Sekarang ni aku hanya rasa mahu menangis. Ah, Khalilah! Sentiasa saja tak sedar diri. Awak tu debab, montel, gemuk, macam belon! Kalau mati pun, berat orang nak angkat mayat kau, tahu?! Ada hati nak pinang anak teruna orang!
Aku duduk di meja belajar. Air mata berjurai-jurai turun ke pipi. Ya Allah, tak sangka macam ini sekali rasanya bila kena reject? Agaknya, kalau orang yang tak kuat iman memang dah bunuh diri! Aku mengesat air mata dengan tangan. Surat tawaran daripada Universiti Malaysia Sarawak yang tiba tengah hari tadi aku capai. Envelope yang lebih besar berbanding kertas A4 aku buka.
Pen hitam dicapai dan satu persatu borang yang perlu aku isi, aku isi dengan hati yang remuk rendam. Tak apalah hati. Nabhan tolak, ada yang lain jauh lebih baik menanti. Siapa tahu? Manat tahu pemergian ke Sarawak nanti ada sesuatu yang lebih manis yang boleh dikenang seumur hidup? Sabarlah duhai hati...
***
Aku memandang geram ke arah Pak Ali yang berdiri dengan muka sengaja nak cari fasal dengan aku. Ya Allah, kenapalah dalam ramai-ramai orang, dia yang aku jumpa dekat sini? Ini yang rasa nak terjun tasik. Sudahlah berlagak senior sangat. Tahulah dia Liason Officer. Ada saja benda dia nak bahan aku. Lagi-lagi bila aku terlewat masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat.
“Awak! Awak yang baru masuk tu. Kenapa lambat?” dia tanya dengan muka serius. Macam tak kenal aku je dia buat.
“Saya dah datang awal. Beg saya ada di dalam. Saya keluar pergi bilik air, takkan tak boleh?”
Seboleh-boleh aku menjaga perkataan yang keluar daripada mulut aku. Tak mahu kedengaran seperti kurang ajar. Sudahlah ramai L.O. lain dekat dengan kami. Buatnya Ali Imran ni tak mengaku aku kawan dia, buat malu saja!
“Kenapa tak pergi masa break tadi? Kenapa pergi masa taklimat dah nak mula?” sengaja dia menaikkan volume nak bagi orang lain dengar. Aku sudah terkulat-kulat berdiri dekat depan pintu masuk ni.
“Im, relaxlah. Tak start pun lagi,” tegur kawan Pak Ali bila dia sedar aku dah malu berdiri lama dekat belakang ni. Mamat tu siap senyum lagi dekat aku. “Sorry ye, dik! Dia ni memang putus wayar sikit!” lelaki tu mengutuk Ali. Tiba-tiba aku rasa nak ketawa guling-guling dekat sini. Mesti dia ingat aku junior. Ah! Perasan muda pula tiba-tiba.
“Aku saja jelah gertak budak ni,” perlahan dia berbisik dekat kawan dia, tapi dapat ditangkap jelas oleh telinga aku. “Dah, pergi masuk!” dia sound aku lagi. Aku menghentakkan kaki sebelum pergi ke tempat duduk aku. Geram! Muka Ali yang tergelak-gelak dengan kawan dia aku pandang tak puas hati. Gila betullah budak Ali Imran ni. Kalau membunuh bukan satu kesalahan, aku dah bunuh dah dia ni.
***
Bunyi telefon bimbit yang sayup di bawah bantal betul-betul mengganggu tidur aku petang itu. Aduhai! Siapa pulalah yang berani mengacau masa rehat aku ni? Sudahlah lepas minggu orientasi, kelas aku terus mula. Sekarang, bagilah aku rehat pada hujung ni. Kacau! Deringan telefon buat kali ketiga betul-betul menguji kesabaran aku. Telefon di bawah bantal aku keluarkan. Dalam mamai, aku membaca nombor yang tertera. Private number? Siapa pula ni?
“Hello? Nak apa?” marahku terus. Rimaslah! Orang dah tak angkat dua kali tu, faham-faham ajelah!
“Assalamualaikum. Amboi, angkat telefon terus nak marah-marah ni kenapa?” tegur suara lelaki di hujung talian. Aku mengerutkan dahi. Bangla mana pula yang sesat telefon aku ni?
“Waalaikumussalam. Siapa ni? Nak apa? Di mana? Bagaimana? Dengan apa?” soalku malas. Sudahlah nombor telefon private. Tak reti-reti nak kenalkan diri?
Lelaki itu terkekeh-kekeh ketawa mendengar soalan bertalu-talu daripada aku. Soalan aku tak dijawab juga.
“Eh, kalau setakat telefon nak gelak-gelak baik telefon Hospital Bahagialah!”
“Ila, kau ni garang betul. Dari zaman sekolah sampai sekarang tak berubah. Asyik marah aku je kerjanya. Ini Imran lah. Nak ajak kau keluar malam ni. Kau free kan? Kita pergi makan nak?” ajaknya tiba-tiba.
Aku mengerutkan dahi. Motif apa pula budak ni nak ajak aku keluar makan pula ni?
“Apa fasal tiba-tiba?”
“Tiba-tiba? Eh, kau kan kawan aku. Kau pun baru je masuk U ni. Aku nak raikanlah!”
“Eh, mengaku pula eh kau kawan aku?” aku bangun daripada baring. Tangan membetulkan rambut yang kusut. Mata mencari kelibat Zu, kawan sebilik aku. Tiada. Pergi basuh baju agaknya.
“Lah... dah memang kau kawan aku, kan? Ok. Lepas maghrib aku jemput kau dekat hostel. Bye!”
Tanpa salam, Ali Imran menamatkan panggilan. Macam-macamlah budak ni!
***
Malam itu selepas solat Maghrib, Ali tiba seperti yang dijanjikan. Aku hanya duduk diam di tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Mata hanya memerhatikan kawasan sekitar sementara menunggu kami tiba di kedai makan yang Ali Imran ingin bawa. Terasa jauh pula. Iyalah, aku sendiri baru beberapa minggu di bumi Sarawak ni. Belum dapat jelajah lagi.
“Kita nak pergi mana ni, Ali?”
“Eh? Ada mulut rupanya. Aku ingat kawan aku ni dah bisu!”
 “Aku tak bisulah!” balasku geram. Ada saja nak bahan aku.
Ali Imran tersenyum. Matanya sempat mengerling aku sekilas. “Kau tahu tak, kau seorang je yang panggil aku Ali.”
“Tak tahu.” Tiba-tiba dia buka topik fasal nama. Eh, soalan aku pun dia tak jawab lagi!
“Ini aku bagitahulah ni. Kau tak rasa special ke? Kau seorang je tau yang panggil aku macam tu, seumur hidup aku. Orang lain pun tak tahu nama aku Ali Imran. Ada yang ingat Muhammad Imran,” celoteh dia lagi.
“Kita nak pergi makan dekat mana ni?” soal aku lagi. Geram pula bila soalan aku tak terjawab dari tadi.
“Kau ni, tak ada perasaan betul!” Ali Imran menarik muka. “Aku nak bawa kau pergi makan dekat SADDAD Court. Oh! Jangan risau bab bil, sebab aku dah niat nak belanja.” Ali Imran tersenyum sampai ke telinga. Seram pula aku tengok dia versi baik ni.
“Kau ada niat apa ni? Menakutkan je?”
“Kau ni... kawan baik datangkan, kita kenalah layan. Lagipun ni semester aku. Semester depan aku dah tak ada. Tapi kalau kau nak suruh aku tunggu, aku on je. Boleh cari kerja dekat Kuching.” Tiba-tiba dia merepek.
“Apa kau merepek ni? Malas aku nak layan kau!”
“Tak apalah, kalau tak nak layan. Aku tahu aku siapa...”
Selepas menuturkan ayat itu, Ali Imran diam menyepi. Aku menelan air liur. Serba salah pula sebab buat dia terasa hati. Aduh! Aku bukannya apa. Aku tak reti nak melayan dia yang macam ni. Selalunya kalau dengan aku, asyik bergaduh je. Tiba di SADDAD pun, kami masih membisu. Segala tempahan makanan, Ali yang lakukan. Mata aku memerhatikan sekeliling restoran. Menarik! Menu pun boleh tahan. Harapnya rasa pun ok. Lain kali kalau mama dengan papa datang, boleh ajak makan di sini.
“Kau ambil kos apa?” Ali Imran bertanya. Air mukanya sudah kembali seperti biasa.
Civil.” Balasku seperti biasa juga. Tak kuasa aku hendak minta maaf untuk benda yang kecil macam tadi.
“Dulu kau masuk poli, kan?”
Aku mengangguk. “Kat sini, senang dapat lepas tak untuk subjek yang aku ambil masa dekat poli?”
“Ikut pensyarah. Tapi pada aku, baik kau mula all over again. Boleh target ‘A’ untuk subjek yang kau dah belajar. CGPA tinggi sikit,” cadangnya.
“Tapi lama, empat tahun. Tualah aku kat sini. Lambatlah aku kahwin nanti...”
Ketawa besar Ali Imran mendengar. Aku membuat muka. Itu pun nak suka!
“Kalau kau risau, tak apa. Aku kan dah cakap tadi, biar aku teman kau sampai kau habis belajar. Kau sudi tak?”
“Sudi apa?” dahi dah berkerut. Budak ni, nak kata klaka Sawarak tak. Tapi kenapa aku tak faham?
“Kita kahwin. Kau jadi isteri aku, aku jadi suami kau. Macam mana?”
Ali Imran mengangkat kening dua tiga kali. Selamba je dia ajak aku kahwin dekat SADDAD ni.
“Hee... tak naklah! Nanti bergaduh je dengan kau.”
“Lah, aku baiklah! Selama ni bergaduh sebab apa? Aku tegur kau marah-marah aku balik. Cuba kau ingat?”
Aku terdiam. Pada masa yang sama, pelayan tiba dengan membawa makanan yang dipesan. Boleh tahan banyaknya. Amboi! Ali Imran ni macam nak sindir badan aku yang besar ni je?
“Aku tak ingatlah!”
“Itulah kau. Fasal aku semua kau lupa...” Ali berjauh hati. “Kita gaduh semuanya isu yang bodoh-bodoh. Bila aku tegur kau, kau melawan. Sampai aku pun jadi angin. Tapi bila waktu aku tak bertugas, ada ke aku cari fasal dengan kau?” dia mengungkit kisah lama.
Aku terdiam. Kembali mengimbas kenangan-kenangan lama. Betul kata dia. Kami bergaduh semuanya sebab perkara yang kecil. Dan selalunya aku yang melanjutkan pergaduhan kami. Bila dia tegur sekali, aku membalas berkali-kali. Sesiapa pun akan naik angin bila jadi perkara yang sama. Aduh! Teruknya perangai anak mama dengan papa seorang ni.
Sorry...
Dan serentak dengan itu, Ali Imran tersenyum.
***
Hampir tiga bulan aku menuntut di bumi Sarawak. Selama itu jugalah hubungan aku dengan Ali Imran semakin rapat. Dia tu... boleh tahan jugalah! Haha! Tak adalah sejahat mana. Tapi kalau gaduh-gaduh manja tu, biasalah ya? Kadang-kadang isu aku tak puas hati dengan budak kelas yang muda beberapa tahun daripada aku pun dia marahkan aku. Berbulu betul bila semua salah aku dia utarakan.
“Kau ni, dahlah pemarah, tak boleh nak tolak ansur dengan orang, berkira pula tu. Kenapa?” Kata dia masa aku membebel marahkan budak-budak tu. Rasa macam kena toreh dengan pisau bila dia kata macam tu. Pedih! Mujur juga kami dalam kereta. Mahu makan malam bersama. Kalau depan-depan orang awam, memang aku menyorok tak nak tunjukkan muka!
“Kau ni, tegur pun janganlah direct sangat! Menusuk tau! Lagipun...”
“Tengok? Nak menangkan diri sendiri je. Cuba kau berfikir dengan tenang, gunakan logik, bukan emosi. Kau ikutkan sangat marah kau ni, nanti bila kau dah waras baru kau malu sendiri tau!” pintasnya.
“Kau tau? Lebih baik aku tegur direct daripada aku sindir-sindir kau. Point aku sampai. Sekurang-kurangnya, sakit hati kau pada aku sekejap je. Kau nak terima ke tak, nanti mesti kau terima punya. Kalau aku sindir, kau akan ingat sampai mati. Lagi kau sakit hati...” dia memberitahu kewajaran tindakannya.
Aku diam. Malas mahu melayan. Terasa hati lagi tau! Ingat senang ke nak hilang? Tapi dalam malas nak layan tu, aku berfikir juga kata-kata dia tadi. Betul ke aku ni pemarah? Macam tak je? Tapi kalau fasal duit pun jadi bergaduh dengan budak kelas, kalau fasal teguran Nabhan pun jadi tak bertegur sapa, bukan pemarah ke namanya? Aku malu sendiri.
“Teruk sangat ke aku ni?” Mata aku dapat menangkap senyuman Ali ketika aku bertanyakan soalan itu.
“Aku tanya ni, teruk sangat ke aku ni?” tanya aku lagi bila dia masih tidak menjawab.
“Teruk tu taklah. Ramai lagi yang lagi teruk daripada kau. Tapi kau dah tahu weakness kau ni kan? Kau overcome lah. Bukannya biarkan dan jadi makin teruk.”
Berbelit dia cakap. Tapi konklusinya, aku ni teruk juga sebenarnya. Ok, sedihnya. Siapalah aku nak dibandingkan dengan Sofiah kan? Cantik dia tu, agaknya pekerti dia pun cantik. Aku ni hodoh, pekerti aku pun hodoh. Ah! Kenapa aku tiba-tiba teringat kisah lama?
“Ali...”
“Hrm?”
“Kata-kata kau dulu tu, kau serius ke main-main?” tenang aku bertanya tentang hasrat dia dulu. Dia bergurau ke, dia memang serius?
“Kata-kata aku yang mana ni? Banyak dah aku borak dengan kau.”
Aku diam. Cuba untuk merasionalkan tindakan aku bertanya kepada dia. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ali pun dah nak habis belajar. Tinggal aku seorang bakal terkontang-kanting dekat sini.
“Yang aku ajak kau kahwin ke?”
Suasana sepi seketika apabila kami sama-sama terdiam. Aku teragak-agak ingin meneruskan perbualan. Bertanya lebih lanjut atau tamatkan saja di sini dan tukar topik lain.
“Aku serius dengan aku cakap. Buat apa nak main-main dengan benda yang melibatkan masa depan ni?”
“Kalau macam tu...” aku menarik nafas dalam sebelum meluahkan apa yang bermain di fikiran.
“Suruhlah mak dengan ayah kau jumpa mama dengan papa.” Dan riak muka bercahaya Ali Imran cukup membuatkan aku tersenyum lebar. Mudah-mudahan dialah jodoh aku.
***
“Dia setuju!”
Ali Imran ketawa besar. Sedikit pun tidak sedar kehadiran aku di dalam perpustakaan ni. Masa aku masuk perpustakaan lagi aku dah ternampak dia berdiri menjauhi tempat duduk pelajar lain. Mungkin tak mahu mengganggu mereka belajar agaknya. Aku tersenyum. Selepas meletak barang, aku berjalan menuju ke arah dia.
“Aku dah cakap dah, dia sukakan aku! Kalau tak, takkanlah dia terima! Siap suruh mak bapak aku jumpa parents dia weh! Sekarang, aku dah menang! Kau kena tunaikan janji kau!” katanya lagi.
Jantung aku berdegup laju. Aku tersalah tafsir atau apa? Semua yang berlaku selama tiga bulan ni memang permainan dia ke? Ya Allah... rasa lemah kaki aku untuk menampung berat badan. Teruk sangat ke aku ni sampai perkara sebesar ini pun dia nak permainkan aku?
“Mana! Masih dalam perjanjian, ok? Kau yang cakap hari tu, within three months! Sekarang ni ada lagi 4 hari sebelum tiga bulan kau tu. Valid lagi tahu!”
Aku menahan air mata yang sudah bertakung daripada jatuh ke pipi. Begini sekali aku diuji? Kenapa, Allah? Kenapa?
“Pandailah aku nak beritahu dia nanti. Small matter je tu.” Ali tersengih-sengih. Tak semena-mena dia menoleh ke arah aku yang sudah terkaku di situ. Tanpa sebarang kata, laju kaki aku melangkah pergi. Meninggalkan dia yang terkedu di tempat yang dia berdiri.
“Khalilah! Khalilah!!!”
***
“Ma... Ila demam... Huk huk huk!” baru cakap satu ayat, air mata aku terus je meleleh berjurai-jurai. Satu persatu perkara yang berlaku dalam hidup aku kembali bermain di fikiran. Tetapi, dua perkara itu jugalah yang paling kuat aku ingat. Rejection daripada Nabhan, dan juga permainan oleh Ali Imran.
Semalam, sebaik saja aku melarikan diri daripada Ali Imran, bertalu-talu panggilan yang dia buat ke telefon bimbit aku. Rimas dan runsing dengan apa yang berlaku, terus aku matikan telefon. Ya Allah, mujur juga aku tak memberitahu papa dengan mama tentang Ali Imran. Kalau tidak, pasti aku akan malu lagi. Cukup-cukuplah dengan peristiwa dengan Nabhan dulu.
“Dah makan ubat ke belum ni? Teruk sangat menangisnya? Takkanlah homesick? Masa kena tinggal lepas daftar hari tu, relax je? Boleh ketawa-ketawa lagi berbual dengan mama? Dengan papa?”
Aku tidak menjawab apa-apa. Hanya mahu menangis teresak-esak saja dengan ada orang yang boleh mendengar. Aku tidak perlukan pujukan. Aku hanya mahu ada seseorang yang dekat dengan aku. Yang boleh mendengar segala cerita sedih aku. Dan orang itu hanyalah mama. Walau apa pun yang terjadi, hubungan ibu bapa dengan anak tetap tak akan terputus.
“Mama...”
“Kenapa ni? Ila...?” suara mama lembut memujuk. Lagilah laju air mata aku mengalir.
“Ila... nak... mama...”
“Ya Allah... Ila... sabar. Makan ubat, lepas tu rehat...”
Mama, anak mama bukannya menangis sebab homesick ma. Anak mama tengah sedih sangat sekarang ni. Rasanya lagi teruk daripada kena tolak dengan Nabhan dulu, ma. Apa Ila nak buat, ma? Ila malu sangat dengan Ali Imran. Ila malu sangat kalau kawan-kawan yang tahu Ila rapat dengan Ali, tahu rupa-rupanya Ila kena tipu dengan mulut manis Ali. Ah! Tapi Ali bukannya jenis bermulut manis. Ali tidak ada apa-apa pun sebenarnya. Dia Cuma pandai bermuka-muka! Kalau tidak, macam mana Ila yang ada hati pada Nabhan boleh jatuh suka pada Ali dalam masa 3 bulan je?
“Ma...” aku mengesat air mata.
“Ila rindu mama...” kataku teresak.
“Tengoklah hujung minggu nanti, kalau papa tak kena outstation, mama ajak papa pergi Kuching!”
***
Tak sabar rasanya hendak menunggu mama dengan papa sampai. Masa aku tengok dekat schedule, kapal terbang dia orang tiba jam 12.30 pm. Mama dengan papa punya fasal, sanggup aku sewa kereta dengan seorang budak Melanau dekat kampus tu. Bawa seorang diri ke airport. Sesat larat jadinya! Kalau Ali Imran yang dahulu, mesti dia yang akan bawa kereta dan aku hanya jadi penumpang sebelah.
“Khalilah!”
Aku tersentak. Dahi aku berkerut. Siapa pula yang panggil aku dekat tengah-tengah airport ni? Rasanya suara lelaki, dan suara tu bukan suara papa. Aku memandang ke sekeliling airport. Namun seorang pun aku tak dapat cam. Siapa pula? Ah! Aku yang terdengar-dengar sendiri agaknya tadi.
“Khalilah!” kali ini suara itu betul-betul dekat sebelah aku. Aku menoleh ke kanan. Terpandangkan muka Ali Imran, mata aku membulat. Patutlah tak kenal suara. Tengah deman agaknya! Padan muka! Allah balas cash!
“Apa kau buat kat sini?” nada aku meninggi. Orang sekeliling mula memerhatikan kami berdua. Aduh! Malunya!
“Aku tunggu orang.”
Aku diam. Betul juga, kan? Takkanlah nak cari mangsa baru dekat sini? Dekat kampus tu melambak lagi anak dara yang ada. Jauh lagi seksi, cantik, bergaya daripada aku pun ada. Pilih je lah satu. Melihatkan dia turut sama terjenguk di tempat ketibaan, aku menjauhkan diri daripada Ali. Rimas bila berada dekat dengan dia.
“Tak payah nak larikan diri daripada aku. Nanti bila dah kahwin baru kau tahu kau tak akan boleh jauh daripada aku.” Tegas nada dia. Bila masa dia berdiri sebelah aku pun, aku tak sedar.
“Siapa nak kahwin dengan kau?”
“Eh, kaulah! Kau kan dah setuju nak kahwin dengan aku. Siap suruh mak ayah aku jumpa mama dengan papa kau lagi. Tapi, memandangkan mama dengan papa kau datang sini, biar aku je yang jumpa terus. Kau tahu tak? Aku tour guide yang bagus tau! Untuk mama dengan papa, free of charge!
Terpinga-pinga aku mendengar kata-kata dia. Macam mana dia boleh tahu mama dengan papa dah datang sini?
“Ila!” aku mencari arah suara mama yang memanggil. Kemudian aku menapak ke arah dia. Papa melambai-lambai tangan dari belakang. Terus aku melajukan langkah, mahu cepat tiba di pelukan mama.
“Mama, rindunya...” pipi mama aku cium berulang kali. Kemudian, pipi papa pula yang menjadi mangsa.
“Siapa ni, Ila?” soal mama. Ali yang berdiri di sebelah mama hanya tersenyum.
“Saya Imran, kawan Ila...”
“Daftar sekali ke hari tu?” soal papa pula.
Ali menggeleng. “Saya senior di UNIMAS. Tapi sama batch masa di sekolah menengah dulu!”
“Oh! Sebayalah ni! Asal Selangor juga ke? Adalah Ila kawan dekat sini, ya?” mama dah teruja nak tahu lagi lanjut.
“Ya, saya. Tapi dah menetap di Melaka sekarang. Mak dengan ayah dan bersara. Balik kampunglah!”
“Oh begitu...”
“Ok. Jomlah. Mama, papa. Kita pergi hotel dulu ya?”
“Ali datang sekali ke tadi?”
“Ya. Saya drive tadi. Kunci mana, Ila?” tanya dia.
Aku dah tarik muka tegang. Sudahlah permainkan aku. Lepas tu, suka-suka hati je datang sini. Tak malu panggil aku Ila pula tu! Tapi disebabkan malas hendak memanjangkan cerita, aku hulurkan juga kunci kereta sewa yang aku keluarkan daripada dalam beg tangan. Apa motif Ali Imran ni sebenarnya?
Tiba di hotel, kami bertiga check in satu bilik. Sibuk Ali bertanya pukul berapa hendak keluar petang ni. Selepas mama dengan papa solat jama’ qasar, aku mengajak mereka keluar. Buka pintu bilik, Ali dah tegak berdiri dengan senyuman yang tak lekang daripada bibir.
“Kita pergi makan dulu, lepas tu kita pergi Kuching Waterfront. Rasanya tak sempat nak berjalan ke tempat lain. Kalau nak beli pasu ke, tikar ke, boleh juga pergi petang ni. Malam nanti, kalau mak cik nak berjalan shopping complex, saya boleh tunjukkan.”
Ali dah mengatur jadual kami. Papa dengan mama apa lagi, seronok sajalah ada orang yang sudi tunjuk tempat berjalan. Nak harapkan aku? Confirm tak lepas.
“Diam je?” mama menegur bila aku banyak mendiamkan diri. Apa tidaknya, kalau Ali ada sekali, dia saja yang bercakap. Bercerita itu ini. Kami duduk di tepi sungai yang dijadikan salah satu tempat pelancongan di Kuching. Kuching Waterfront. Ramai juga orang ke sini hujung minggu macam ni.
“Ila dengan Imran tu, ada apa-apa ke?”
“Tak ada apa-apa ma. Kami kawan je...”
Mama mengangguk mendengarkan jawapan aku. “Hrm...”
“Kenapa, ma?”
“Nabhan...”
Aku terkedu. Kenapa dengan dia?
“Ibu dengan baba Nabhan bertanyakan Ila untuk Nabhan...”
Lama aku memerhatikan kapal dan sampan yang ada di atas sungai. Cuba untuk berfikir menggunakan logik, bukan emosi.
“Kenapa tiba-tiba? Hari tu, Ila minta tolong pinangkan dia, dia menolak. Jangan-jangan, Nabhan pun tak setuju, tak?” soalku musykil.
“Mama tak tahulah Nabhan setuju ke tidak. Tapi cara ibu dengan baba macam serius. Mama dengan papa pun terkejut bila dia orang datang bawa hajat...”
“Biarkanlah dulu, ma.”
“Tapi dia orang nak jawapan cepat.”
“Cukuplah ma, kena reject hari tu. Takkan Nabhan nak jilat ludah dia balik?”
“Ila... cuba jangan berdendam...” tegur mama. Aku diam. Malas mahu memberikan apa-apa komen. Cukuplah dengan apa yang berlaku dulu. Pandangan aku alihkan ke arah Ali yang rancak berbual dengan papa. Sekali lihat, macam gaya Nabhan yang berbual dengan papa.
“Habis tu, mama nak Ila terima? Macam tu?”
Mama menggeleng perlahan. Pula? Ingatkan kata-kata mama tadi sebab dia nak aku terima.
“Mama dengan papa serahkan keputusan pada Ila. Tapi naluri mama kata, dia bukan orangnya.”
“Eh? Dulu mama dengan papa yang beriya nak Nabhan jadi menantu?” Tak suka betul  bila aku kena mengungkit kisah lama. Tapi aku nak tahu juga perkara sebenar.
“Itu dulu...”
“Mama, ada apa-apa ke yang mama rahsiakan?”
Mama menarik nafas dalam. Kemudian bibirnya membentuk senyuman. Kepala digelengkan perlahan.
“Tak ada apa-apa pun, Ila...”
“Ok...” balasku pendek. “Mama nak naik sampan tak?” soalku tiba-tiba. Bosan pula bila duduk begini je tanpa apa-apa aktiviti. Sampai bila nak pandang je sampan-sampan dekat bawah tu?
Mama yang terpinga-pinga hanya menurut. Tanpa berlengah aku mendapatkan papa yang duduk tidak jauh daripada kami. Pengakhirannya, bukan kami bertiga saja yang naik. Ali Imran pun ikut tumpang sekaki. Papa, bila dia dah ‘masuk’ dengan seseorang tu, ok saja dia! Pandai pula pak cik Ali ni ambil hati papa, ya?
***
“Terima kasih Imran bawa kami berjalan-jalan dekat sini. Tentang perkara yang Im kata tengah hari tadi, nanti ajak mak dengan ayah ke rumah. Boleh bincang lebih lanjut,” kata papa ketika kami menunggu panggilan untuk masuk ke balai pelepasan.
“Insya Allah pak cik...” balas Ali Imran dengan senyuman tak lekang daripada bibir.
Aku tertanya sendiri. Perkara apa yang dia bincangkan dengan papa? Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?
“Oklah Ila. Mama dengan papa masuk dulu ya? Jaga diri. Ali, tolong tengok-tengokkan sekali Ila ni. Tak lama lagi jadi isteri kamu juga!” kata mama.
Aku terkaku walaupun mama sedang memeluk aku. Biar benar? Ali Imran beritahu papa dengan mama ke fasal lamaran dia hari tu? Apa yang dia cuba lakukan ni sebenarnya?
“Hari tu kata, tak ada apa-apa dengan Imran?” mama berbisik di telinga aku. Kemudian dia menepuk-nepuk belakang aku perlahan sebelum mencium kedua belah pipi aku.
“Anak mama dah besar!” katanya lagi dengan senyuman bahagia.
“Jaga diri, Ila!” pesan papa pula sewaktu kami berpelukan. Aku hanya mampu senyum. Senyum dalam keliru selagi Ali Imran tak menjelaskan apa-apa. Selesai bersalam, mama dengan papa berjalan masuk ke balai pelepasan. Aku menoleh ke arah Ali Imran yang masih tersenyum walaupun mama dengan papa dah jauh daripada pandangan.
“Apa yang kau cuba buat ni?! Tak cukup-cukup lagi ke nak mainkan aku? Apa tujuan kau? Nak malukan aku? Tak puas hati dengan aku?!” marahku berapi-api. Nampak kecil je Ali Imran dekat depan aku ni. Orang ramai yang memerhatikan kami sedikit pun aku tak ambil peduli.
“Bila masa saya mainkan awak, Ila?” Entah bila kata ganti diri bertukar. Tapi aku suka.
“Sudahlah! Kau balik jalan kaki. Bak sini kunci kereta!” marahku lagi. Ali buat tak faham Lagi dia mainkan aku adalah! Ditunjuk-tunjuk kunci kereta yang ada di pegangan dekat aku. Marahnya!
“Kan saya dah cakap, soal kahwin ni perkara serius, bukan main-main. Dah saya yang ajak awak kahwin kan?”
“Habis tu? Yang kau cakap kau menang dekat kawan kau tu apa? Kau memang dah pasang niat nak kenakan aku kan? Eh, aku tahulah aku ni tak cantik mana. Kau tu adalah rupa sikit walaupun tak handsome mana. Aku ada perasaan juga tau!”
“Lah... itulah awak. Saya nak jelaskan awak tak nak dengar? Tiga hari saya cuba call awak. Tak berjawab-jawab. Pergi hostel awak, awak lari ikut jalan lain. Hari keempat, saya dah demam. Buat apa pun tak larat. Dapat MC daripada klinik. Tak pergi kelas.”
“Yang telefon tu, memanglah saya menang. Bukan apa... awak ingat lagi tak, Jamil? LO masa minggu orientasi awak?”
Jamil? Aku mengangguk perlahan. Dialah lelaki yang cool kan Ali masa dia buli aku dulu. Yang ingat aku ni junior. Siap panggil adik lagi.
“Saya beritahu Jamil, awak schoolmate saya dulu. Saya beritahu dia, sejarah kita dulu. Selalu bergaduh. Saya beritahu dia, saya dah lama sukakan awak. Tak sangka jumpa awak dekat sini. Saya beritahu dia, awak tak tahu pun saya sukakan awak.”
“Jadi, dia cabar saya. Dalam masa 3 bulan, kalau saya berjaya ajak awak kahwin dengan saya, dia nak sponsor pakej fotografi masa tunang, nikah dan resepsi nanti. Tak ke untung? Bila awak agree, itu yang saya telefon dia tu. Cakap, saya dah menang!” ceritanya ceria.
“Habis tu, awak nak kahwin dengan saya sebab hadiah tu je ke?” soal aku, keliru.
“Hisy... bukan! Saya nak kahwin sebab saya rasa dah sampai masanya, kot? Lagipun, benda baik buat apa nak tunggu lama. Saya rasa berdosa je jumpa awak selagi kita belum halal, tahu?”
Aku menelan air liur. Kepala menunduk dan mata memandang jubin yang menjadi penghias lantai airport.
“Jadi disebabkan salah faham ni je ke yang awak marah sangat?” soal Ali Imran lembut.
Aku terkelu. Perlahan-lahan aku mengangguk.
“Sebab itu jangan marah tak tentu fasal. Fikir guna logik, bukan emosi. Tak adalah awak demam-demam disebabkan salah faham dengan saya. Saya pun kena tempias demam sekali!” dia ketawa. Aku pula rasa bahagia bila mendengarkan ketawa dia.
“Jadi, buat kali kedua saya nak tanya awak. Sudi tak awak teman saya seumur hidup? Sampai ke syurga, mungkin?” tiba-tiba Ali menghulurkan sebuah kotak baldu berwarna merah. Dahlah tak bukakan. Tapi, tak perlu dia melutut depan aku pun, aku dah rasa terharu.
“Insya Allah...” kotak itu bertukar tangan. Tanpa berlengah aku keluarkan isi dia. Fuh! Muat-muat dengan jari manis aku. Ini mesti saiz yang paling besar ni.
“Sesuai. Mujurlah! Kalau tak nak kena tukar pula. Ok, jomlah kita balik.”
Orait!”
Kata orang bila dah terima lamaran macam ni, dah dikira bertunanglah kan? Haha! Nasib badanlah dapat bakal suami yang sempoi je macam ni. Sudahlah ajak kahwin dekat kedai makan, bagi cincin pula dekat airport. Tapi itulah yang buat hati aku terpaut. Selagi dia boleh terima kekurangan aku, setakat diri dia yang macam tu, tak jadi masalah buat diri aku. Harap berkekalanlah kami sampai ke anak cucu.
-end-

11 comments:

Anonymous said...

nice and sweet story. santai je baca. selalu heroin mesti kurus langsing. org debab montel pun ade yg suka kn , jgn ingat tak laku. hehe. thank you for the story :)

#Murni Tan

skullmonkey22 said...

best jew....wat r cerpen byk2....kadang2 kite penat bace crite panjang2 nie....cerpen nie mmg best...

Mawar Merah Jambu said...

kenapa dengan nabhan tu sebenarnya?

Anonymous said...

knp dgn nabhan tu??sy ingtkn nabhan yg jdi hero dlm cerpen ni....tp,apa2 pon best kak...

Anonymous said...

cerita yg menarik..apa2 pn saya suka sangat2..best cerpen nie.org comel n montel pun tak perlu merendah dirikn.setiap kelebihan n kekurangan yg Allah berikan tu ada nikmat& hikmah drpdNYA.siapa kata org comel,montel,gendut atau gemuk tak boleh bahagia.....=)

azila said...

lagi best kalau sambung sampai diorg kawin :) nice story

Kuazue Mohd said...

wah..saya nak tahu apa jadi dgn nabhan sampai parents ila tukar fikiran..??? pleaseee...

Nur Eza said...

Napa dgn nabhan ye.sya pn stidnt unimas jgk..hehe

Anonymous said...

cukup terhibur cerpen yang bestt!!!setuju....pada kawan-kawan memang lagi best kalau ada sambungan banyak persoalan???? yg belum jelas tentang nabhan dll jangan marah heehee...

Sarah Berry said...

Cerpen yang beeest , tapi kak Nabhan knape ye ?

Shila Mohd said...

Please story balik pasal Nabhan... Teringin nak tahu..