::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

01 January 2014

E-novel: Oh My Prince! 21



Oh My Prince 21
            “Kak Adele!” Acha tiba-tiba memanggil sewaktu aku hendak turun daripada kereta. Aku menoleh memandang Acha yang duduk di tengah-tengah antara aku dan Hairi.
            “Ada apa, Acha?”

            “Ini ada souvenirs sikit untuk akak. Ambillah.” Acha menghulurkan sebuah beg kertas ke arah aku. Terpinga-pinga aku memandang hulurannya.
            “Untuk akak?” aku bertanya benda yang dah terang lagi bersuluh. Dalam pada itu, beg itu aku ambil juga.
            Thanks, Acha. Susah-susah je...”
            “Eh, tak susah. Mama yang belikan. Acha tolong bagikan je...” Acha dah ketawa. Mendengarkan jawapan dia aku turut sama ketawa.
            “Terima kasih, auntie.
            “Sama-sama. Bukan orang lain. Untuk bakal menantu auntie juga...”
            Aku dah tak tahu senyuman macam mana yang aku berikan pada mereka. Rasa kekok bila diusik macam tu walaupun memang hubungan aku dengan Hairi sudah serius. Akhirnya aku hanya ketawa untuk menutup kegugupan.
            “Ok, auntie.Uncle, hati-hati memandu. Hairi,teman uncle!”
Sempat aku mengenakan Hairi. Hairi sekadar menunjukkan isyarat ‘OK’ kepada aku. Selepas bersalam, Uncle Zaman memandu meninggalkan kawasan parking. Apabila BMW 6 series itu hilang daripada pandangan, barulah aku berjalan ke blok rumah aku. Beg kertas pemberian Acha tadi aku peluk erat. Bahagianya ada sebuah keluarga yang begitu. Keluarga yang menyayangi antara satu sama lain. Aku cemburu!
***
Aku bangun awal hari ini. Semalam Hairi mesej ajak keluar tengok wayang. Ada cerita best, katanya. 3 Idiots.Disebabkan cuti pun ada berbaki lagi tiga hari, bila lagi nak enjoy sebelum hidup kembali sibuk dengan pelajaran. Aku baru lepas mandi bila telefon bimbit aku berbunyi menandakan mesej masuk. Telefon kedua yang khas untuk keluarga pula tu. Ingatan aku melayang teringatkan insan-insan di kampung. Terasa berdebar hendak membuka mesej itu dan membacanya.
Melihatkan nama Abang Harith yang keluar, perasaan aku kembali reda. Risau juga kalau-kalau yang menghantar mesej tu Abang Hadi. Manalah tahu tiba-tiba suruh aku balik dan kahwin juga dengan Adib. Hish! Tak nak aku! Aku membuka mesej yang dihantar Abang Harith. Bait-bait perkataan yang dia taip aku baca.
-Assalamualaikum. Hani apa khabar? Masih bercuti? Hati-hati di tempat orang. Doa abang sentiasa bersama adik.-
Luruh terus air mata aku membaca pesanan Abang Harith. Walaupun pendek, inilah kali pertama dia menghantar mesej bertanyakan khabar. Aku sangat-sangat menghargai ingatan dia pada adik dia yang seorang ni. Jari jemari aku laju menaip untuk membalas mesej Abang Harith. Biarlah hanya dengan sebuah mesej, sekurang-kurang ada daripada tak ada. Kita tak boleh tamak bila hendakkan sesuatu.
Selepas mengeringkan rambut dengan hairdryer, sebelum menyarung t-shirt purple bercorak bunga hitam dan jeans hitam untuk keluar. Muka aku make up ala kadar dan rambut aku ikat satu. Bila masa entah nak pergi salon buat rambut balik. Bosan tengok rambut hitam macam ni. Sepasang cermin mata hitam aku sangkutkan di kolar baju dan beg yang selalu aku gunakan untuk berjalan aku capai. Nak kena cepat ni sebab janjinya nak jumpa di MRT Diamond yang dekat dengan rumah dia sebelum sama-sama naik train ke Marina Mall.
Aku membuka beg untuk memastikan barang keperluan aku ada. Terpandangkan kotak hitam pemberian Hairi semalam, terus aku keluarkan ia dan rantai yang ada di dalamnya aku pakaikan ke leher. Comel je terletak rantai ni. Aku dan Hairi ibarat puzzle yang melengkapkan satu sama lain. Kononnyalah.
Setibanya di stesyen MRT Diamond, aku turun daripada train untuk berjumpa dengan Hairi terlebih dahulu sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Marina Mall. Kata Hairi dia malas nak memandu, jadi sebab tu dia ajak aku naik train ke sana. Aku tercari-cari kelibat Hairi. Dalam keadaan orang ramai macam ni, susah pula nak nampak kelibat dia.
Aku berdiri di depan sebuah minimart sebelum mengeluarkan telefon untuk menelefon Hairi. Dalam pada itu, mata aku melilau ke arah orang ramai. Lain yang aku cari, lain yang aku nampak. Zul tengah relax berdiri bersandarkan badan dia ke dinding dengan matanya memandang aku. Nasib baiklah pakaian dia pakaian casual. Tak adalah pelik sangat orang tengok. Hai... kalau macam ini, aku tak tahulah bila baru Putera Danial ‘lepaskan’ aku.
Aku masih berusaha mendail nombor Hairi. Rasanya dah dekat sepuluh minit aku berdiri dekat sini. Sekali sekala bila aku pandang Zul, dia pun masih berada dekat tempat dia berdiri tadi. Aku dah terasa penat. Akhirnya aku masuk ke dalam kedai dan membeli dua tin air cincau. Selesai membuat pembayaran, aku menapak ke arah Zul. Satu tin aku hulurkan ke arah dia. Dia terkejut.
“Eh! Tak payah susah-susah. Saya tengah kerja sekarang ni.”
Rasa nak je aku ketuk kepala Zul dengan air tin ni mendengarkan jawapan dia. Kerja apa lagi kalau bukan mengikut mana aku pergi. Aku pun tak tahu kenapa aku nak belikan dia air ni. Tapi, manalah tahu dengan cara ni aku boleh rasuah dia untuk tak ikut aku lagi. Heh! Sejak kenal Putera Danial ni, bukan takat berbohong, bagi rasuah pada orang pun aku dah reti. Tak membawa kebaikan betul putera seorang tu.
“Lain kali kalau nak ikut saya, jangan sampai saya nampak. Ambillah, saya belanja. Mesti awak penatkan mengikut kerenah putera seorang tu. Entah apa-apa je kerja dia bagi dekat awak,” sempat aku membebel.
Zul dah ketawa. Air tin yang aku hulurkan dia ambil juga. Tin dibuka dan airnya diminum selamba.
“Apa boleh buat Cik Adlina.. Kalau tak, saya tak ada kerja...”
Aku mencebik. Ada-ada je alasan dia. Ikut aku mana pergi setiap hari pun dapat gaji kan? Kalau aku berkurung je dalam bilik macam hari tu pun dia dapat gaji. Senang betul kerja dia.
“Cik Adlina cantik hari ni. Nak ke mana sebenarnya?”
“Eh? Awak ikut saya mana pergi, awak tak tau?”
“Saya ikut je. Bukan saya boleh baca fikiran Cik Adlina, baca hati Cik Adlina.”
Tersenyum aku mendengarkan jawapan Zul. “Dahlah. Malas saya nak layan awak. Sama je malasnya saya nak layan bos awak tu. Saya pergi dulu. Nanti bakal suami saya nampak saya dengan awak, banyak soalan dia nanti,” kataku seraya melangkah ke arah kedai serbaneka tadi.
Lima minit menunggu, tiba-tiba sekuntum bunga ros dihulurkan di hadapan aku. Aku mengambil bunga itu dan dengan tangan kiri aku menepuk kuat bahu Hairi. Hairi sudah mengaduh kuat.
“Sakitlah!”
“Kau lambat lima belas minit tahu tak!” Aku pandang dia geram.
“Kan aku dah bagi bunga tu, tanda maaf?” Hairi cuba merasionalkan tindakan dia.
Aku mencebik. “Nak minta maaflah baru nak bagi bunga. Huh! Jomlah kata tiket pukul sepuluh.”
“Yelah, yelah. Lepas ni aku beli bunga bukan sebab nak minta maaf je...” Hairi mengalah.
Aku dan Hairi berjalan ke platform untuk menunggu train. Sementara menunggu, Hairi membelek telefon dia manakala aku hanya berdiri di sebelah, bermain dengan bunga di tangan. Kemudian, aku menjeling pula ke arah Zul yang sedang leka dengan telefon dia. Heh, mesti tengah report segala pergerakan aku pada Putera Danial. Tapi kenapa aku tak ada rasa rimas ye? Macam tak ada apa je walaupun tahu ada orang  yang mengikut aku mana pergi. Rasa lagi selamat adalah.
“Adele?” tiba-tiba Hairi memanggil.
“Hah? Kau ada cakap apa-apa ke?” Aku terpinga-pinga.
“Aku dah tanya dua tiga kali pun, kau tak dengar.” Hairi merungut.
Aku hanya tersengih. Tak ada rasa nak minta maaf pun dengan Hairi. Aku membawa bunga ros merah itu ke hidung. Harumannya aku hidu.
“Hairi...”
“Hrm?”
Thanks untuk bunga ni,”
Thanks juga sebab sudi pakai rantai tu...” balas Hairi perlahan.
Kening aku terangkat. Hairi nampak! Ingatkan dia tak perasan rantai yang tergantung di leher ni. Aku menyentuh loketnya lembut. Kemudian, aku dan Hairi sama-sama tersenyum. Genggaman tangan dia semakin erat. Sweet juga boyfriend aku seorang ni.
xxx
ps: Saya akan slow down kan entry OMP sebab.... proses saya menaip lebih perlahan daripada saya update di blog. Huhu. Maafkan saya. Mungkin dalam seminggu hanya ada 1 je update. Saya harap readers OMP terus menyokong OMP dengan penuh kasih sayang. Next update untuk OMP insya Allah Isnin depan. :)

5 comments:

Anonymous said...

suka adlina dgn hairi.. hoho :D

Anonymous said...

Best! Tak sabar nak tunggu lanjutannya. InsyaAllah novel ini akan diterbitkan di masa hadapan :) Saya nak tahu macam mana eh Putera Danial akan merebut Adele dari Hairi. Dan Adib pula macam mana eh...

Anonymous said...

terbaik!! kalau boleh saya nk adlina dgn putera danial.. mesti lagi sweet kn?? heheehe..x sbar saya nk tunggu entry akak yg strusnya..caiyok kak!! >_<

Basyirah Abd Rahman said...

Tuan Putera jangan frust tau.. Ade ruang waktu lagi. Hehe..
Seronoknya nk tengok rupa Putera Danial cemburu.. Tp harap tuan putera ade style tersendiri utk memikat Adele.
oh btw.. Knp 1 entry per week je.. Bikin menunggu ni. haha. Ok tp kasik panjang sikit buleh x? :) plss...

Unknown said...

BEST.