::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

06 January 2014

E-novel: Oh My Prince! 22

Oh My Prince 22
Cuti pertengahan semester tamat juga. Rasa tak puas pula cuti dua minggu yang pihak universiti berikan. Mujur tak kerja hari tu. Kalau tak, lagilah tak puas aku bercuti. Konon semangat nak kerja sangat. Aku ketawa sendiri mengenangkan semangat berkobar-kobar hendak mencari kerja hari tu.

Mulai hari ni juga, Hairi menjadi pemandu tak rasmi aku. Seperti yang dia minta hari tu, setiap kali pergi dan balik kelas dia akan hantar. Tapi disebabkan ada juga subjek kami yang tak sama, rasanya aku kena naik train juga nanti macam selalu. Selesai bersiap, aku berlari-lari anak untuk turun ke bawah. Hairi sudah menunggu di dalam keretanya di tempat parking.
“Ahhhh....! Sorry lambat!” kataku sebaik saja masuk ke dalam kereta.
Sorry je? Bunga tak ada?”
Aku ketawa mendengarkan usikan Hairi. Bahu dia aku tampar perlahan. Hairi menghulurkan sebuah bekas makanan yang dibungkus dengan plastik.
“Sempat sarapan tak tadi? Mama ada kirim kuih sikit.”
Aku mengeluarkan bekas makanan itu daripada plastik. Dengan selamba penutupnya aku buka. Ada lima biji karipap yang Auntie Mai kirimkan. Aku ambil sebiji dan menggigit sedikit.
“Tak sempat sarapanlah tu kalau dah ambil dan terus makan...” komen Hairi.
Aku hanya tersengih dan mengangguk. “Kan selalu lepas kelas Prof. Hanna kita pergi makan dekat kafe.”
“Hrm... cakap sajalah bangun lambat!”
Aku menepuk bahu Hairi kuat dengan tangan kiri. “Bangun awallah! Malas nak sarapan je!”
“Iyelah tu...”
Sekali lagi bahu Hairi menjadi mangsa.
“Sakitlah sayang! Bisa tahu tak?”
“Tak!” aku menarik muncung. Dalam pada itu, sudah dua biji karipap selamat masuk ke dalam perut.
“Hairi, aku malulah dengan mama kau...”
“Hrm? Kenapa?”
Aku mengeluh. Memanglah mama dia baik, tapi aku malu bila dia layan aku baik sangat sedangkan aku dengan Hairi belum ada apa-apa ikatan lagi.
“Macam-macam dia bagi. Hari tu balik Hong Kong siap bagi baju, keychain entah apa-apa lagi entah.”
“Tak apalah... bukannya orang lain.”
“Iyalah, tapi aku seganlah juga.” Aku menggigit bibir. Susahnya nak membuatkan Hairi faham.
“Kalau segan, jom cepat-cepat kita kahwin.” Nada Hairi tiba-tiba serius. Aku menelan air liur. Janganlah Hairi. Janganlah buat aku serba salah macam ni.
“Kau tengah propose aku sekarang ke?”
Hairi mengangguk. Serius.
“Ceh. Ada ajak kahwin dalam kereta. Dekat tengah-tengah jalan raya pula tu, nak pergi kelas.”
“Ok, kalau aku propose dengan cara paling romantik dan sweet, kau tolak siap kau!” ugut Hairi. Erk! Tiba-tiba aku terasa takut mendengar ugutan dia. Kalau dia buat betul-betul macam mana? Haru aku nanti.
“Eh, janganlah! Aku tak sedia lagilah...”
“See?” Hairi mengeluh. “Kenapa susah sangat Adele? Aku ingatkan perasaan kau pada aku sama dengan perasaan aku pada kau?”
“Sama. Cuma...” aku sudah kehilangan kata-kata. Macam mana aku nak cakap yang diri aku di kampung berbeza dengan aku di Amanjaya? Dan aku sendiri tak pasti mana satu diri aku sebenarnya. Aku sendiri keliru.
“Nantilah, dah jumpa keluarga aku baru kita bincang macam mana. Ok?” kataku berjanji. Janji yang akan menjerat diri aku sendiri.
“Ok. Aku tunggu saat tu. Kita pun ada setahun lagi nak habis belajar. Kalau soal nafkah, tak jadi masalah.”
“Aku tahu kau lebih dari mampu...” kataku perlahan.
Bukan soal harta yang menjadi masalah. Tetapi tentang diri aku, tentang keluarga aku, tentang rahsia aku. Boleh ke Hairi terima aku dan keluarga aku? Dan aku, sampai bila nak berahsia dengan keluarga aku tentang keadaan aku di sini? Rasa sesak nak bernafas bila memikirkan semua ni.
***
Seperti biasa, selepas kelas Prof Hanna, kami ke kafateria untuk mengisi perut. Di satu sudut kelihatan Putera Danial sedang makan di meja tanpa diganggu oleh mana-mana gadis. Zul dan Joe duduk semeja dengan dia walaupun kedua-dua lelaki itu tidak menjamah sebarang makanan. Kening aku terangkat sebelah. Menarik pemandangan ni, jarang ditemui kalau berada di sekitar universiti ni. Kalau tidak, ada saja gadis-gadis menempel di sebelah.
“Tengok apa?”
Teguran Hairi mengembalikan aku ke alam realiti. Alamak! Janganlah Hairi naik angin aku dok perhatikan Putera Danial ni.
“Err... tengok pemandangan yang jarang dilihat.”
Hairi mengerling ke arah tempat yang aku lihat tadi. Cemberut muka dia bila Putera Danial yang aku perhatikan.
“Aku susah hati betul bila mengingatkan kau dengan Danial tu.”
“Hish! Tak baik panggil dia macam tu! Kan putera raja tu!” tegurku.
“Alah, putera kedua je pun. Bukannya naik jadi raja nanti. Tak ada daulat pun!”
Ketawa besar aku mendengarkan jawapan Hairi. Betul juga. Dia tak berdaulat. Teringatkan kami berada di kafeteria, aku menutup mulut dengan tapak tangan. Beberapa mata memerhatikan aku. Putera Danial tidak terkecuali. Alamak! Malu sekejap.
“Tapi dia ada kuasa tau! Macam-macam dia boleh buat nak jatuhkan orang. Kena jaga-jaga juga,” aku memberi peringatan.
Hairi sekadar mengangkat bahu. Kami meneruskan suapan kami yang terhenti tadi. Dalam pada itu, sempat aku mencuri pandang ke arah Putera Danial. Pandangan aku berbalas. Hati aku terasa berdebar melihatkan dia. Gyaaa... kenapa hati aku perlu ada perasaan macam ni!
***
            “Missing me?”
Mujur tak terjerit apabila muka Putera Danial muncul di celah-celah rak buku. Dia berdiri di rak sebelah. Aku memandang ke sekeliling. Nasib baik Hairi tak ada dekat sini. Aku memandang Putera Danial geram. Macam manalah dia boleh tahu aku dekat rak ni?
“Apa tuanku buat dekat sini?!”
Putera Danial mengangkat bahu. “Library. Student. Studying?”
Dia menunjukkan sekitar Pustaka Ilmu, kad pelajarnya dan buku yang ada di depan dia. Aku mengetap bibir. Betul juga. Dia kan salah seorang pelajar universiti ni juga. Buat apalah ditanya soalan yang dah jelas jawapan dia.
“Kalau ye pun study, tak payahlah sampai nak ikut saya dekat rak ni...”
“Kami tak ikut kamu. Takdir yang membawa kami ke sini.”
Aku membuat muka. Dia cakap tentang takdir pula dah! Malas mahu melayan, aku mencari buku rujukan yang aku mahu gunakan tanpa menghiraukan dia yang tersenyum-senyum di rak sebelah. Kata study tapi dari tadi dok perhatikan aku.
“Pergi tempat lainlah, tuanku! Habis saya nanti kalau Hairi nampak!”
Putera Danial sekadar mengangkat bahu. Geram je aku tengok bila dia bersahaja macam tu. Tangannya memegang beberapa buah buku dan matanya membelek-belek tajuk buku tersebut.
 “Hari tu dekat airport buat tak nampak je dengan saya. Tiba-tiba hari ni sibuk je ada dekat depan saya,” bebelku. Saja hendak mengenakan dia. Jangan aku pula yang terkena sudah.
“Oh! You were there?” soal dia terkejut.
Aku mencebik. “Iyalah! Hairi balik dari Hong Kong. Saya jemput dia. Tiba-tiba ternampak pula ada orang tu berjalan dengan ayahanda dia. Punyalah kita senyum, dia buat bodoh je jalan terus. Malu sekejap saya dibuatnya...”
Putera Danial menggeleng perlahan. Melihatkan raut dia sedikit kesal, aku ketawa.
“Tapi tak apalah. Saya faham tuanku sibuk. Manalah nak perasankan saya...”
“No, no! Sebenarnya kami ada nampak kamu. Ingatkan imaginasi kami saja... Zul pun tak adalah pula nak cakap dekat kami kamu ke airport!
“Oh!” hanya sepatah perkataan yang terkeluar daripada mulut aku. Pelik. Bukan ke Zul tu selalu ikut aku mana pergi dan laporkan pergerakan aku dekat lelaki ni?
“Sejak kebelakangan ni, mana kami pergi pasti akan terbayangkan kamu. Sebab tu kami ingat kami berangan!” Putera Danial ketawa sedikit lalu menggeleng.
“Kalau kami tahu kamu ada dekat sana, kami terus tarik je tangan kamu dan kenalkan pada semua, bakal puteri Alamin!” sambung dia dengan senyuman mengusik.
“Hei!” aku dah terjerit. Muka dia aku pandang dia dengan mata membulat. Geram! Mujurlah jarak kami dipisahkan dengan rak buku. Kalau tak memang aku dah ketuk dia dengan buku dekat tangan ni.
“Merepek banyak sangatlah tuanku ni!” marahku. Aku kembali membelek isi kandungan buku yang berada di pegangan. Kacau je tuan putera seorang ni. Kerja yang boleh siap lima minit jadi berpuluh minit!
“Adlina...”
“Hrm?”
“Kamu tak rasa macam kita tengah dating secara sembunyi-sembunyi ke sekarang ni?”
Aku memandang Putera Danial tajam. Bila masanya kita dating, tuan putera? Berangan betul. Banyak sangat tengok dramalah tu!
“Tuanku nak cakap kita ni ada secret affair lah sekarang?”
Putera Danial mengangkat kening dengan bibir yang tak lekang dengan senyuman.
“Sengetlah tuanku ni. Malas saya nak layan.”
“Senget? Apa maksud kamu?”
Wajah Putera Danial sedikit terpinga-pinga. Aku sudah menahan diri daripada ketawa. Kalau dah putera raja tu putera raja juga! Manalah nak faham bahasa pasar yang rakyat marhaen gunakan. Kat sini je dah nampak betapa jauhnya taraf aku dengan dia. Macam ni dia nak ajak aku kahwin? Memang taklah!
Google!”kataku sepatah sebelum meninggalkan rak buku dengan senyuman.
Suka dapat mengenakan putera raja seorang tu. Aku kembali di meja belajar yang aku dan Hairi duduk tadi. Hairi leka menulis sesuatu di atas kertas kajang, menyiapkan kerja yang diberi pensyarah. Telinganya disumbat dengan sepasang earphone. Aku menarik nafas lega. Nasib baiklah dia tak bangun-bangun dari sini.
“Satu je bukunya? Ingatkan banyak sangat?”
“Hrm? Apa dia?”
“Kaulah! Lama cari buku. Ingatkan dah sepuluh buku kau ambil.”
Aku hanya ketawa mendengarkan bebelan Hairi. Malas mahu menjawab, aku menyambung kerja aku yang terhenti tadi kerana mencari buku rujukan. Seketika kemudian, Putera Danial lalu di belakang  kerusi Hairi. Sempat dia mengenyitkan dekat aku. Aku mencebik. Tapi dalam hati nak tergelak pun ada mengenangkan perangai Putera Danial ni. Aku tersenyum sendiri.

9 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Alahai sweetnya putera Danial ni! Suka nye dia usik Adelia dia . hehe.. pandai dia tackle adelia dlm diam. Sengih2 dh baca.. Pls continue soonest possible.. Panjang mcm ni best :)

Ida said...

Best sangat2. (^__^) Thumbs up :)

Peminat Prince said...

Sweet! Best. Bila next entry?

Unknown said...

BEST.

Anonymous said...

Salam... sgt menanti2 sambungannya.. ske ske ske... chapter kalini pjg sket.. berbaloi penantian...
Mmg xleh teka la apa akhirnya kisah adlina n prince n hairi.. n adib? Suspen je nk tau bile tetibe adib muncul.. dah bukak sem nih..
Thumbs up sgt2 utk writer..

opi said...

Amboi2 tuan putera dh angau dengan cik Adelia la.. Sampai kat mana2 pun terbayangkan Adelia. hik hik.

world of beauty said...

best..minta sambungan pleass

Anonymous said...

nk lagi! nk lagi! please kak another entry?

Hara Karim said...

(y)