Oh My Prince 22
Cuti
pertengahan semester tamat juga. Rasa tak puas pula cuti dua minggu yang pihak
universiti berikan. Mujur tak kerja hari tu. Kalau tak, lagilah tak puas aku
bercuti. Konon semangat nak kerja sangat. Aku ketawa sendiri mengenangkan
semangat berkobar-kobar hendak mencari kerja hari tu.
Mulai
hari ni juga, Hairi menjadi pemandu tak rasmi aku. Seperti yang dia minta hari
tu, setiap kali pergi dan balik kelas dia akan hantar. Tapi disebabkan ada juga
subjek kami yang tak sama, rasanya aku kena naik train juga nanti macam selalu. Selesai bersiap, aku berlari-lari
anak untuk turun ke bawah. Hairi sudah menunggu di dalam keretanya di tempat parking.
“Ahhhh....!
Sorry lambat!” kataku sebaik saja
masuk ke dalam kereta.
“Sorry je? Bunga tak ada?”
Aku
ketawa mendengarkan usikan Hairi. Bahu dia aku tampar perlahan. Hairi
menghulurkan sebuah bekas makanan yang dibungkus dengan plastik.
“Sempat
sarapan tak tadi? Mama ada kirim kuih sikit.”
Aku
mengeluarkan bekas makanan itu daripada plastik. Dengan selamba penutupnya aku
buka. Ada lima biji karipap yang Auntie
Mai kirimkan. Aku ambil sebiji dan menggigit sedikit.
“Tak
sempat sarapanlah tu kalau dah ambil dan terus makan...” komen Hairi.
Aku
hanya tersengih dan mengangguk. “Kan selalu lepas kelas Prof. Hanna kita pergi
makan dekat kafe.”
“Hrm...
cakap sajalah bangun lambat!”
Aku
menepuk bahu Hairi kuat dengan tangan kiri. “Bangun awallah! Malas nak sarapan
je!”
“Iyelah
tu...”
Sekali
lagi bahu Hairi menjadi mangsa.
“Sakitlah
sayang! Bisa tahu tak?”
“Tak!”
aku menarik muncung. Dalam pada itu, sudah dua biji karipap selamat masuk ke
dalam perut.
“Hairi,
aku malulah dengan mama kau...”
“Hrm?
Kenapa?”
Aku
mengeluh. Memanglah mama dia baik, tapi aku malu bila dia layan aku baik sangat
sedangkan aku dengan Hairi belum ada apa-apa ikatan lagi.
“Macam-macam
dia bagi. Hari tu balik Hong Kong siap bagi baju, keychain entah apa-apa lagi entah.”
“Tak
apalah... bukannya orang lain.”
“Iyalah,
tapi aku seganlah juga.” Aku menggigit bibir. Susahnya nak membuatkan Hairi
faham.
“Kalau
segan, jom cepat-cepat kita kahwin.” Nada Hairi tiba-tiba serius. Aku menelan
air liur. Janganlah Hairi. Janganlah buat aku serba salah macam ni.
“Kau
tengah propose aku sekarang ke?”
Hairi
mengangguk. Serius.
“Ceh.
Ada ajak kahwin dalam kereta. Dekat tengah-tengah jalan raya pula tu, nak pergi
kelas.”
“Ok,
kalau aku propose dengan cara paling
romantik dan sweet, kau tolak siap
kau!” ugut Hairi. Erk! Tiba-tiba aku terasa takut mendengar ugutan dia. Kalau
dia buat betul-betul macam mana? Haru aku nanti.
“Eh,
janganlah! Aku tak sedia lagilah...”
“See?”
Hairi mengeluh. “Kenapa susah sangat Adele? Aku ingatkan perasaan kau pada aku
sama dengan perasaan aku pada kau?”
“Sama.
Cuma...” aku sudah kehilangan kata-kata. Macam mana aku nak cakap yang diri aku
di kampung berbeza dengan aku di Amanjaya? Dan aku sendiri tak pasti mana satu diri
aku sebenarnya. Aku sendiri keliru.
“Nantilah,
dah jumpa keluarga aku baru kita bincang macam mana. Ok?” kataku berjanji.
Janji yang akan menjerat diri aku sendiri.
“Ok.
Aku tunggu saat tu. Kita pun ada setahun lagi nak habis belajar. Kalau soal
nafkah, tak jadi masalah.”
“Aku
tahu kau lebih dari mampu...” kataku perlahan.
Bukan
soal harta yang menjadi masalah. Tetapi tentang diri aku, tentang keluarga aku,
tentang rahsia aku. Boleh ke Hairi terima aku dan keluarga aku? Dan aku, sampai
bila nak berahsia dengan keluarga aku tentang keadaan aku di sini? Rasa sesak
nak bernafas bila memikirkan semua ni.
***
Seperti
biasa, selepas kelas Prof Hanna, kami ke kafateria untuk mengisi perut. Di satu
sudut kelihatan Putera Danial sedang makan di meja tanpa diganggu oleh
mana-mana gadis. Zul dan Joe duduk semeja dengan dia walaupun kedua-dua lelaki
itu tidak menjamah sebarang makanan. Kening aku terangkat sebelah. Menarik
pemandangan ni, jarang ditemui kalau berada di sekitar universiti ni. Kalau
tidak, ada saja gadis-gadis menempel di sebelah.
“Tengok
apa?”
Teguran
Hairi mengembalikan aku ke alam realiti. Alamak! Janganlah Hairi naik angin aku
dok perhatikan Putera Danial ni.
“Err...
tengok pemandangan yang jarang dilihat.”
Hairi
mengerling ke arah tempat yang aku lihat tadi. Cemberut muka dia bila Putera
Danial yang aku perhatikan.
“Aku
susah hati betul bila mengingatkan kau dengan Danial tu.”
“Hish!
Tak baik panggil dia macam tu! Kan putera raja tu!” tegurku.
“Alah,
putera kedua je pun. Bukannya naik jadi raja nanti. Tak ada daulat pun!”
Ketawa
besar aku mendengarkan jawapan Hairi. Betul juga. Dia tak berdaulat.
Teringatkan kami berada di kafeteria, aku menutup mulut dengan tapak tangan.
Beberapa mata memerhatikan aku. Putera Danial tidak terkecuali. Alamak! Malu
sekejap.
“Tapi
dia ada kuasa tau! Macam-macam dia boleh buat nak jatuhkan orang. Kena
jaga-jaga juga,” aku memberi peringatan.
Hairi
sekadar mengangkat bahu. Kami meneruskan suapan kami yang terhenti tadi. Dalam
pada itu, sempat aku mencuri pandang ke arah Putera Danial. Pandangan aku
berbalas. Hati aku terasa berdebar melihatkan dia. Gyaaa... kenapa hati aku
perlu ada perasaan macam ni!
***
“Missing
me?”
Mujur
tak terjerit apabila muka Putera Danial muncul di celah-celah rak buku. Dia
berdiri di rak sebelah. Aku memandang ke sekeliling. Nasib baik Hairi tak ada
dekat sini. Aku memandang Putera Danial geram. Macam manalah dia boleh tahu aku
dekat rak ni?
“Apa
tuanku buat dekat sini?!”
Putera
Danial mengangkat bahu. “Library.
Student. Studying?”
Dia
menunjukkan sekitar Pustaka Ilmu, kad pelajarnya dan buku yang ada di depan
dia. Aku mengetap bibir. Betul juga. Dia kan salah seorang pelajar universiti
ni juga. Buat apalah ditanya soalan yang dah jelas jawapan dia.
“Kalau
ye pun study, tak payahlah sampai nak
ikut saya dekat rak ni...”
“Kami
tak ikut kamu. Takdir yang membawa kami ke sini.”
Aku
membuat muka. Dia cakap tentang takdir pula dah! Malas mahu melayan, aku
mencari buku rujukan yang aku mahu gunakan tanpa menghiraukan dia yang
tersenyum-senyum di rak sebelah. Kata study
tapi dari tadi dok perhatikan aku.
“Pergi
tempat lainlah, tuanku! Habis saya nanti kalau Hairi nampak!”
Putera
Danial sekadar mengangkat bahu. Geram je aku tengok bila dia bersahaja macam
tu. Tangannya memegang beberapa buah buku dan matanya membelek-belek tajuk buku
tersebut.
“Hari tu dekat airport buat tak nampak je dengan saya. Tiba-tiba hari ni sibuk je
ada dekat depan saya,” bebelku. Saja hendak mengenakan dia. Jangan aku pula yang
terkena sudah.
“Oh! You were there?” soal dia terkejut.
Aku
mencebik. “Iyalah! Hairi balik dari Hong Kong. Saya jemput dia. Tiba-tiba
ternampak pula ada orang tu berjalan dengan ayahanda dia. Punyalah kita senyum,
dia buat bodoh je jalan terus. Malu sekejap saya dibuatnya...”
Putera
Danial menggeleng perlahan. Melihatkan raut dia sedikit kesal, aku ketawa.
“Tapi
tak apalah. Saya faham tuanku sibuk. Manalah nak perasankan saya...”
“No, no!
Sebenarnya kami ada nampak kamu. Ingatkan imaginasi kami saja... Zul pun tak
adalah pula nak cakap dekat kami kamu ke airport!”
“Oh!”
hanya sepatah perkataan yang terkeluar daripada mulut aku. Pelik. Bukan ke Zul
tu selalu ikut aku mana pergi dan laporkan pergerakan aku dekat lelaki ni?
“Sejak
kebelakangan ni, mana kami pergi pasti akan terbayangkan kamu. Sebab tu kami
ingat kami berangan!” Putera Danial ketawa sedikit lalu menggeleng.
“Kalau
kami tahu kamu ada dekat sana, kami terus tarik je tangan kamu dan kenalkan
pada semua, bakal puteri Alamin!” sambung dia dengan senyuman mengusik.
“Hei!”
aku dah terjerit. Muka dia aku pandang dia dengan mata membulat. Geram!
Mujurlah jarak kami dipisahkan dengan rak buku. Kalau tak memang aku dah ketuk
dia dengan buku dekat tangan ni.
“Merepek
banyak sangatlah tuanku ni!” marahku. Aku kembali membelek isi kandungan buku
yang berada di pegangan. Kacau je tuan putera seorang ni. Kerja yang boleh siap
lima minit jadi berpuluh minit!
“Adlina...”
“Hrm?”
“Kamu
tak rasa macam kita tengah dating secara
sembunyi-sembunyi ke sekarang ni?”
Aku
memandang Putera Danial tajam. Bila masanya kita dating, tuan putera? Berangan betul. Banyak sangat tengok dramalah
tu!
“Tuanku
nak cakap kita ni ada secret affair
lah sekarang?”
Putera
Danial mengangkat kening dengan bibir yang tak lekang dengan senyuman.
“Sengetlah
tuanku ni. Malas saya nak layan.”
“Senget?
Apa maksud kamu?”
Wajah
Putera Danial sedikit terpinga-pinga. Aku sudah menahan diri daripada ketawa.
Kalau dah putera raja tu putera raja juga! Manalah nak faham bahasa pasar yang
rakyat marhaen gunakan. Kat sini je dah nampak betapa jauhnya taraf aku dengan
dia. Macam ni dia nak ajak aku kahwin? Memang taklah!
“Google!”kataku sepatah sebelum
meninggalkan rak buku dengan senyuman.
Suka
dapat mengenakan putera raja seorang tu. Aku kembali di meja belajar yang aku
dan Hairi duduk tadi. Hairi leka menulis sesuatu di atas kertas kajang,
menyiapkan kerja yang diberi pensyarah. Telinganya disumbat dengan sepasang earphone. Aku menarik nafas lega. Nasib
baiklah dia tak bangun-bangun dari sini.
“Satu
je bukunya? Ingatkan banyak sangat?”
“Hrm?
Apa dia?”
“Kaulah!
Lama cari buku. Ingatkan dah sepuluh buku kau ambil.”
Aku
hanya ketawa mendengarkan bebelan Hairi. Malas mahu menjawab, aku menyambung
kerja aku yang terhenti tadi kerana mencari buku rujukan. Seketika kemudian,
Putera Danial lalu di belakang kerusi Hairi.
Sempat dia mengenyitkan dekat aku. Aku mencebik. Tapi dalam hati nak tergelak
pun ada mengenangkan perangai Putera Danial ni. Aku tersenyum sendiri.
9 comments:
Alahai sweetnya putera Danial ni! Suka nye dia usik Adelia dia . hehe.. pandai dia tackle adelia dlm diam. Sengih2 dh baca.. Pls continue soonest possible.. Panjang mcm ni best :)
Best sangat2. (^__^) Thumbs up :)
Sweet! Best. Bila next entry?
BEST.
Salam... sgt menanti2 sambungannya.. ske ske ske... chapter kalini pjg sket.. berbaloi penantian...
Mmg xleh teka la apa akhirnya kisah adlina n prince n hairi.. n adib? Suspen je nk tau bile tetibe adib muncul.. dah bukak sem nih..
Thumbs up sgt2 utk writer..
Amboi2 tuan putera dh angau dengan cik Adelia la.. Sampai kat mana2 pun terbayangkan Adelia. hik hik.
best..minta sambungan pleass
nk lagi! nk lagi! please kak another entry?
(y)
Post a Comment