::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

13 January 2014

E-novel: Oh, My Prince! 23



Oh My Prince 23
            Tamat kelas Prof Yash, aku dan Hairi berjalan meninggalkan blok H dan menuju ke kawasan parking kereta. Kami berjalan menalui susur gajah yang menghubungkan setiap bangunan yang ada di dalam universiti. Susur gajah yang sangat membantu kami apabila musim hujan tiba. Tak adalah kami kebasahan kalau hendak ke kelas.

            Kaki aku tiba-tiba kaku apabila terpandangkan seseorang yang aku kenal keluar daripada kafeteria. Terasa menderu-deru darah turun daripada muka. Aku menarik lengan Hairi untuk berhenti melangkah. Hairi turut pelik dengan tindakan aku. Hati aku mula tak tenang. Adib! Kenapa mesti nampak dia dekat sini? Apa dia buat dekat sini?
            “Kenapa, Adele?” soal Hairi pelik bila aku menarik tangan dia untuk berpatah balik.
            Aku hanya menggeleng laju. Tak tahu macam mana nak menerangkan keadaan sebenar pada Hairi. Apa pula yang dia fikir nanti kalau aku beritahu dia cerita sebenar? No... no... no!  Belum masanya lagi. Semua ni tak boleh terburu-buru. Aku kena fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ni satu persatu.
            Dan soal Adib, kenapalah kat universiti ni juga yang dia nak mengajar? Kenapa tak pergi mengajar di kolej-kolej ataupun universiti lain? Aku juga yang tersepit dekat sini. Lagipun, fakulti dia dengan aku kan jauh. Kenapa mesti terjumpa dekat kafeteria ni? Banyak lagi kafeteria lain dekat universiti ni. Aku memicit kepala aku perlahan. Tak pasal-pasal sakit kepala jadinya!
            “Adele, kalau tak ada apa-apa, kenapa kita patah balik ni? Kau tak lupa lagikan dekat mana aku parking kereta tadi?”
            Sorry, Hairi. Aku tak boleh nak jalan ikut sana tadi. Kita guna jalan lain? Please?” rayuku.
            Hairi memandang aku dengan hujung mata. Kemudian dia menoleh ke belakang, memerhatikan siapa yang aku takutkan sangat tadi. Mungkin tiada sesiapa yang dia boleh teka, akhirnya Hairi mengalah.
            “Ada sesuatu yang kau rahsiakan daripada aku kan, Adele?”
            Aku menelan air liur. Ya Hairi. Banyak sangat benda yang aku tak ceritakan pada kau. Hairi akhirnya memberhentikan langkah sewaktu kami berada di blok D. Tangan aku di tarik untuk ke belakang bangunan. Badan aku ditolakkan ke dinding. Hairi memandang aku garang dengan matanya tajam memandang ke dalam mata aku. Aku tertunduk.
            “Pandang aku, Adele.”
            Aku diam. Rasa nak menangis bila kena tekan macam ni. Bila aku masih mendiamkan, Hairi mengeluh. Tangannya meraup muka dengan penuh rasa kecewa. Maafkan aku Hairi, aku tak sekuat yang kau sangka.
            “Kau tunggu sini. Aku ambil kereta dulu,” kata Hairi lalu melangkah pergi.
            Aku terduduk dengan tangan memeluk lutut. Kenapa selepas dua tahun dekat sini baru macam-macam masalah yang timbul? Dengan masalah keluarga yang tak sudah, dengan masalah Adib yang muncul tiba-tiba, dengan masalah Putera Danial yang aku tak tahu macam mana nak redah. Banyak sangat ke permintaan aku, ya Allah? Aku hanya mahukan sebuah keluarga yang bahagia. Kalau dapat keluarga sendiri, dapat menumpang dengan keluarga Hairi pun aku dah bersyukur. Tamak sangat ke aku?
***
            Aku merebahkan badan di atas katil. Baju yang dipakai sejak pagi tadi pun aku tak tukar. Tangan aku letakkan ke dahi. Cuba reflek balik apa yang sudah berlaku hari ni. Sepanjang perjalanan dari universiti tadi, aku dan Hairi sama-sama diam di dalam kereta. Dia hanya menjawab sepatah dua bila aku bersuara. Terasa mood dia memang betul-betul tak elok, akhirnya aku mendiamkan diri.
           Aku memegang loket rantai pemberian dia hari tu. Sedihnya rasa hati bila bergaduh macam ni. Salah aku juga. Aku yang terlalu banyak berahsia dengan dia sejak awal perkenalan kami. Ingatan aku melayang ke hari pertama aku tiba di Amanjaya dan mendaftar sebagai pelajar Universiti Awam Alamin.
Aku nekad untuk ubah penampilan diri aku. Aku tak mahu menjadi Hani yang lama, tetapi menjadi Adele dengan semangat yang baru untuk membina hidup yang baru. Dan selebihnya, Hairi yang banyak merubah dan membentuk aku sehingga menjadi Adele seperti sekarang. Tapi aku terlupa, sejauh mana aku berlari meninggalkan masa lalu, Hani tetap sebahagian diri aku dan terus mengejar aku. Kini, aku tersepit di antara keduanya.
Aku memejamkan mata rapat-rapat. Dah sampai masanya ke aku memberitahu Hairi kisah sebenar? Boleh ke Hairi terima aku kalau aku menjadi Hani nanti? Aku risau kalau dia tak boleh terima. Dua tahun bersama tak menjanjikan apa-apa.Macam mana kalau Hairi tak boleh terima dan putuskan hubungan yang terbina ni? Stresnya!
Aku mengeluh bila tiba-tiba telefon  aku berbunyi. Dengan malas, aku memanjangkan tangan untuk meengambil telefon daripada dalam beg. Melihatkan nama pemanggil, aku menekan perkataan silence dan membiarkan panggilan tak berjawab. Apa? Sekarang ni seluruh alam cuba nak memberitahu kalau Hairi putuskan hubungan, Putera Danial akan gantikan tempat dia?
Putera Danial tidak berputus asa memanggil nombor aku. Masuk kali ketiga telefon berbunyi, akhirnya aku angkat malas.
“Apa  yang tuanku nak?” soalku sebaik saja panggilan berjawab.
Aku tidak mendengar apa-apa balasan kecuali bunyi nafas Putera Danial. Terasa panas darah aku bila dipermainkan.
“Kalau telefon saya sampai tiga kali, tapi tak nak cakap apa-apa, baik tak payah telefonlah!” tengkingku. Baru aku hendak menamatkan talian, terdengar suara Putera Danial di hujung talian. Aku kembali mendekatkan telefon ke telinga.
“Are you okay?”
Aku menggigit bibir. Mendengarkan soalan yang ditanya dengan penuh rasa prihatin membuatkan hati aku yang bercelaru tiba-tiba menjadi sebak. Tanpa di tahan-tahan, aku menangis bertemankan Putera Danial di talian. Hampir dua puluh minit juga aku menangis sebelum tangisan aku reda. Menangis kerana bermasalah dengan Hairi. Menangis kerana kecewa dengah ayah dan Abang Hadi. Menangis kerana tak tahu macam mana nak selesaikan masalah yang ada.
“Adlina...” Putera Danial memanggil lembut apabila esakan aku mula reda.“Are you okay?” soalnya lagi. Lembut sekali nada dia.
“Feeling better.”
“Kamu bergaduh dengan Hairi?”
Aku diam. Belum ada rasa hendak berkongsi masalah aku dengan dia. Tak ada sebab untuk aku meluahkan perasaan aku pada dia. Tapi, kenapa kau boleh menangis dengan dia, Adele?
“Kenapa tuanku telefon saya malam-malam macam ni?”
“Sebab kamu nampak tak berapa ok tadi masa di kampus. Jadi kami risaukan kamu...”
“Tak sepatutnya tuanku risaukan saya.”
“Kamu masih tak anggap kami sebagai kawan kamu?”
“Biasalah tuanku, orang sedangkan yang dah kahwin pun ada masanya bergaduh, inikan pula yang bercinta.” Aku menukar topik. Tidak menjawab soalan dia.
“Kalau macam tu jangan bercinta, kahwin terus dengan kami.”
Aku diam. Malas hendak melayan. Mood tengah tak eslok, sempat dia naikkan isu ni.
“Kalau kamu rasa ok, baguslah. Sekarang ni tengah buat apa? Nak kami datang ke sana?” Perbualan kami mula bertukar rentak.
“Hei! Jangan nak buat gila lagi. Dapat orang kenal tuanku nanti, saya yang dapat masalah!”
Putera Danial hanya ketawa. “Kalau macam tu, kamu datang ke sini. Kami pun bosan juga tak ada apa nak dibuat malam ni.”
“Datang istana? Hish! Lagilah tak kuasa saya nak pergi,” balasku laju. “Tuanku ni, mana pergi nampak saya, kan? Zul ye yang beritahu hal siang tadi?”
“Zul?”
“Ha’ah.”
“Eh taklah. Masa kelas, dia tak ikut kamu. Kalau dekat luar je.”
“Oh. Kesian dia kena ikut saya mana pergi kan? Lepas tu setiap apa saya buat dia kena beritahu tuanku,” kataku bersimpati dengan nasib Zul. Simpati dengan nasib sendiri juga dah tak ada kebebasan. Macam tak ada kerja lain yang dia boleh buat selain mengikut aku mana pergi.
“Siapa kata dia laporkan semua pergerakan kamu pada kami?”
“Eh? Bukan ke?”
Putera Danial ketawa perlahan. “Zul tu, salah seorang bodyguard kami. Dia ikut kamu untuk pastikan kamu selamat dan tak apa-apa. Kalau kami bertanya tentang kamu je baru dia ceritakan. Kalau tak, tak ada pun.”
“Pula?” kataku sedikit terkejut. “Ingatkan dia laporkan mana saya pergi, apa saya buat pada tuanku...” Teringat masa dating dengan Hairi hari tu aku nampak dia main dengan telefon. Berlakon je agaknya.
“Taklah. Sebab kami perhati kamu mana pergi banyak berseorangan. Risau juga kalau apa-apa jadi.”
Aku tersenyum diluar sedar. Kenapalah orang yang entah siapa-siapa boleh mengambil berat berbanding dengan keluarga sendiri? Eleh, itu taktik je semua tu, Adele. Dia kan nak buat apa cara pun untuk kau terima dia.
“Tuanku, saya nak tanya satu bendalah...”
“Hrm? Apa dia?”
“Tuanku buat semua ni sebab nak pikat saya, kan?” soalku akhirnya. Nak cakap aku perasan, cakaplah! Tak heran dah.
“Perasan juga kamu ni, ya?”
Aku mencebik. Dah agak dah. Mesti tu yang dia akan cakap. “Saya memang kuat perasan pun. Tuanku baru kenal saya ke? Lagipun, tuanku sendiri yang cakap nak buat apa saja untuk saya terima tuanku, kan?”
Putera Danial sekadar ketawa. “Kalau itu yang kamu fikir, maka itulah jawapannya. Tapi pada kami, kami mahukan yang terbaik buat kamu. Sebab kami sayangkan kamu,” katanya selamba.
“Sudah-sudahlah tu, tuan putera. Saya ni orang punya tau!”
“Iya? Kami tak ada dengar pula kamu dengan Hairi dah berkahwin?”
Aku mengeluh. Silap besar rasanya naikkan isu ni tadi. Sebut nama Hairi, tiba-tiba datang satu idea untuk meminta kemaafan dia. Aku tersenyum sendiri.
“Ok, kalau begitu, anggap saja kami sayangkan kamu sebab kamu kawan kami...” suara Putera Danial mengembalikan aku ke alam nyata.
“Bila masa kita mula berkawan, tuanku?”
Well, kita nak sampan sama-sama. Kita pernah makan sama-sama. Kita pernah berjalan sama-sama. Kita pernah...”
“Ok, ok saya faham. Seseorang tu takkan buat perkara-perkara yang tuanku senaraikan kalau mereka bukan berkawan,kan?” kataku bila mengingatkan kata-kata dia dulu.
Yes!That’s my point!”
“Tapi tuanku kena ingat, saya buat semua tu sebab tuanku paksa saya!”
“Oh, ya? Tapi kamu tak pernah menolak kan?”
Aku menggigit bibir. Terperangkap dengan kata-kata dia. Bukan tak pernah menolak. Ada juga aku tolak, tapi mungkin penolakan aku tak keras sangat sebab tu akhirnya aku ikut juga kehendak dia.
“Kalau kamu masih tak anggap kami sebagai kawan, apa kata hari ni, kita mulakan persahabatan kita. Kami Danial Alauddin. Kamu boleh panggil kami Danial. Sejujurnya, kami tak suka kamu memanggil kami tuanku. Terasa ada gap.”
Aku menghela nafas perlahan. Tak tahu sama ada hendak menerima ataupun tidak.
“Baiklah. Tapi saya rasa masih tak kena kalau saya panggil tuanku nama.”
No!Jangan! Sejak awal kami sudah gunakan kata ganti nama yang kami gunakan dalam keluarga kami dengan kamu. Kalau kamu tak nak panggil kami kanda ataupun sayang, kamu kena panggil kami Danial.”
Aku ketawa kecil. “Tengoklah macam mana.”
“Jangan tengok-tengok lagi. Panggil je. Bukannya susah pun.”
Aku menghela nafas perlahan. Betul juga. Lagipun bak kata Hairi, Putera Danial ni bukannya ada daulat. “If you insist, then okay. Oklah awak, dah maghrib ni. Saya ada hal nak uruskan malam ni.”
“Hrm... Take care Adlina.”
“Okay. Lagipun, sayakan ada bodyguard tak rasmi tu. Bye!” kataku seraya mematikan talian. Berbual dengan Danial membuatkan aku terfikirkan sesuatu tadi. Eh, dah hilang panggilan Putera Danial? Ah! Dia nak nak sangat, kita ikutkan je. Aku mencapai telefon bimbit. Nombor Abang Jade aku cari. Ada sesuatu yang aku kena buat malam ni.
xxx
Buat yang tak sabar Adele jumpa Adib, sabar ye. :) Thanks sebab sudi menunggu. ^_^

6 comments:

Anonymous said...

ksiany adlina trsepit dtgh2..
tpy ksian juga kt hairi diperalatkn..
putera danial?
sweeetny cm cupcakes...
writer x mau r adlina ngn adib..
huhu....

eija said...

ssh jugak yek.. cian kt adele tsepit ngn sgala mslh..

Anonymous said...

Tersepit oleh lelaki dr background yg sgt2 berbeza.... adoiii... masih2 samar2 pengakhiran citer nih.. suspen... suspen....

world of beauty said...

best..xsbr nk tnggu bab 24..

Anonymous said...

Haha gatal juga tuan putera ni. :P Nak suruh Adele panggil dia kanda atau sayang? Eee so cheesy. Cerita ni unik sangat. Saya tak dapat meneka apa yang akan berlaku.

Basyirah Abd Rahman said...

Semakin complicated. Tuan putera ni buatkan Adelia semakin serba salah. Hihi.. Tp xpe. Suka cara Tuan Putera approach. Nampak tenang dn bersahaja tp ada kesungguhan..