Oh, Reunion!
Jadi
tak datang? Ramai tanya kau mana
Mesej Ira aku biarkan tak berjawab. Aku sendiri tak tahu
nak pergi ke tak ke reunion sekolah rendah. Ayah dengan mak berjalan ke Terengganu. Aku tinggal
dengan Angah di
rumah. Malas hendak memenatkan diri ke negeri pantai timur itu.
“Angah, kau jadi pergi kenduri kawan kau tak? Ira mesej.
Dia ada buat makan-makan untuk kelas aku darjah enam dulu. Kau boleh hantar aku?” ujarku sebaik sahaja masuk
ke bilik Angah. Aku memandang muka Angah dengan penuh harapan.Angah yang sedang
mencari baju merenung aku. Aku mula cuak. Alamak! Dia marah ke?
“Kenapa kau tak bagi tahu awal-awal?” serius nada suara
Angah. Tangannya kembali mencari bajunya.
Aku menelan air liur. “Aku ingat malas nak pergi. Tapi,
Ira dah dua-tiga kali mesej tanya aku.” Angah mengeluarkan sepasang baju
kurung. Tanpa menoleh ke arahku, dia bersuara.
“Pergi siap. Aku hantar kau pergi rumah Ira. Nanti dah
habis kenduri aku ambik kau.” Aku berjalan keluar dari bilik Angah. Yes!
Aku mengenakan blouse
berwarna
merah hati dan berbunga kuning bersama
seluar slack hitam. Hrm... Macam manalah rupa diaorang
agaknya. Setelah tamat sekolah rendah, aku dan keluarga berpindah ke Kelantan
kerana ayah dinaikkan pangkat. Ni pun balik semula ke Muar selepas ayah pencen.
Suara Angah dari ruang tamu mematikan khayalanku. Selepas merapikan tudung, aku
bergegas keluar.
***
Sebaik saja tiba di persimpangan rumah Ira, beberapa motosikal di
hadapan rumahnya dapat kulihat. Macam ramai je. Aku terasa sedikit cuak bila
membayangkan aku bakal berjumpa ex-classmate
aku.
Angah memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah
Ira. Aku membuka pintu kereta. Seorang budak lelaki yang kebetulan berada di
motornya melihatku. Matanya bulat. Angah pergi selepas aku turun dari kereta.
“Hana?” budak tadi menegurku.
Aku tersenyum. “Siapa ya?” soalku kembali.
“Hei, ni Nazmilah. Kau tak kenal?” Lebar senyuman Nazmi
melihatku.
“Erk! Hehe... Sorrylah.
Dah lama tak jumpa. Tak perasan pulak. Kau baru sampai?” Aku melihat Nazmi dari
atas ke bawah. Jauh beza. Hampir enam tahun tak jumpa membuatkan aku langsung tak kenal dia!
“Yup! Jom masuk sama-sama,” ajaknya. Aku mengatur langkah
bersamanya.
“Woi! Tengok tu... Hana datang dengan Nazmi. Wah! Wah!
Nazmi, dalam diam kau ek?” satu suara menjerit dari dalam rumah sebaik sahaja
kami memberi salam. Aku menoleh, melihat Nazmi. Nampak mukanya yang putih
berubah menjadi kemerah-merahan. Pandangan aku alihkan melihat dalam rumah Ira.
Usikkan dari Syafiq tadi tidak kulayan.
“Hana, kau datang jugak! Lama tak jumpa kau!” Ira muncul
dari arah dapur. Aku bersalam dengan rakan perempuanku yang lain. Kemudian aku
bergerak mendapatkan Ira.
“Mestilah aku datang. Dah kau asyik
mesej dengan missed
call je kerjanya!” Ira hanya ketawa.
“Eh, pergilah makan. Nazmi, makanlah sekali. Ajak Hana ni
hah. Makanan kat atas meja tu.” Tunjuk Ira.
“Kau dengan Nazmi je yang datang lambat. Yang lain dah
lama sampai. Dah melantak dah,” kata Ira. “Eh, kejaplah. Aku nak tukar kuah
sup. Kasi panas sikit. Baru sedap.” Ira kembali masuk ke dapur.
Aku mengambil sedikit nasi himpit dan mencedok kuah sup
setelah ditukar Ira. Aku mengambil tempat duduk di atas sofa. “Semua datang
ke?” soalku kepada Reen yang kebetulan duduk disebelahku.
“Tak jugak. Ada dua-tiga orang yang tak dapat datang. Ada hal katanya,” jawab
Reen. Aku terus berbual dengan budak-budak lain sambil makan. Berkongsi cerita
tentang peristiwa selama enam tahun ini. Sesekali aku turut berbual dengan budak lelaki. Dan setiap kali
aku melihat Nazmi, pasti dia tertangkap sewaktu sedang merenungku.
Handset di dalam kocek bajuku berbunyi. Angah. Aku
menjawab panggilannya. Selesai menjawab panggilan, aku berjalan menuju ke arah
Ira yang sedang berbual dengan Nazmi.
“Sorry kacau
kejap ya, Nazmi. Ira, aku dah nak gerak dah. Angah aku dah nak sampai,” kataku.
“Dah nak balik dah? Kejapnya. Aku ingatkan kau datang and
balik dengan Nazmi tadi.”
“Banyaklah kau. Aku dengan Angah akulah.” Aku melihat ke
arah jalan. Kereta Angah dah sampai.
“Oklah. Angah aku pun dah sampai. Aku balik dulu.” Aku
bersalam dengan Ira. Kemudian aku bergerak ke arah rakan-rakanku yang lain
untuk bersalam.
Sewaktu hendak melangkah ke pintu, aku tidak perasankan
kaki Syafiq yang duduk melunjur. Dan dengan penuh dramatisnya, aku tersadung
kaki Syafiq lalu terjatuh. Aku menyambar apa sahaja untuk berpaut. Rupa-rupanya
Nazmi yang ketika itu sedang berdiri di pintu aku sambar dan dia terjatuh
bersama aku. Argh! Malunya! Tiba-tiba ruang tamu yang riuh sebentar tadi
menjadi sunyi sepi. Aku dan Nazmi menjadi tumpuan. Cepat-cepat aku bangun dan
keluar. Tidak menoleh ke belakang lagi.
***
Aku memegang bibirku.
Tiap kali aku terkenangkan peristiwa enam tahun lalu, pasti aku termalu sendiri. Sejak dari
peristiwa itu, aku sering melarikan diri rakan-rakanku. Malu bila peristiwa itu
diungkit. Rezekiku mendapat straight A di dalam SPM telah melayakkan aku menyambung
pelajaran di Australia. Dan kini aku bekerja sebagai tenaga pengajar di salah
sebuah sekolah di Muar.
Semenjak dari peristiwa itu, aku langsung tidak bertemu
dengan rakan-rakanku. Dengan Nazmi apatah lagi. Malu besar aku dibuatnya nanti
walaupun sebenarnya tiada siapa yang bersalah aku rasa. Sapaan daripada seorang
pelajarku mematikan khayalanku. Aku menoleh ke arahnya lalu tersenyum.
“Cikgu, cikgu free
tak lepas sekolah? Saya ingat nak minta tolong cikgu hantar saya ke bandar. Nak
beli barang untuk kelas,” sopan Yani bertanya.
“Saya free
petang ni. Awak nak ke mana?” soalku kembali. Aku menyusun buku-buku essay
pelajarku di atas meja.
“Nak ke Wetex. Nak ke Tanjung Mas Bookstore. Boleh ya, cikgu?” Aku berfikir
sekejap sebelum memberikan jawapan.
“Ok, awak tunggu saya kat kereta. Mungkin saya lewat
sikit sebab ada kelas.” Aku memberikan kata putus. Selepas mengucapkan terima
kasih, Yani menginggalkan ku.
“Jauh menung cikgu,” tegur Cikgu Fadhil sebaik sahaja
Yani pergi. Aku mengalih pandang melihat Cikgu Fadhil. Mengangkat kening,
bertanya.
“Tadi sebelum student awak datang, saya panggil dua-tiga kali pun awak tak sedar,” ujarnya.
Aku hanya tersengih melihatnya dan tidak berkata apa.
Lalu aku mengambil sebuah buku essay pelajarku untuk ditanda. Namun aku dapat
merasakan yang pandangan Cikgu Fadhil tidak beralih sedikit pun. Alahai, tak
selesanya. Aku mengangkat muka.
“Kenapa?” soalku.
Cikgu Fadhil menggeleng-gelengkan kepalanya sambil
tersenyum. Hai, tak faham aku!
Selepas habis sesi pembelajaran di kelas tingkatan lima,
aku terus ke bilik guru. Berkemas. Kemudian aku ke keretaku. Aku lihat Yani dan
Iza, rakannya sedang menungguku.
“Maaf saya lewat,” kataku.
“Jom.” Aku membuka pintu kerata lalu masuk ke dalam
kereta. Setelah Yani dan Iza masuk ke dalam kereta, aku menghidupkan enjin dan
bergerak menghala keluar.
“Saya tinggalkan awak kat sini. Pukul 2 kita jumpa di
sini,” kataku sebaik sahaja kami tiba di Wetex. Yani dan Iza turun dari kereta.
Sementara menunggukan pukul 2, aku berjalan-jalan di
sekitar Wetex. Dari satu kedai ke satu kedai aku singgah. Lebih kepada mencuci
mata. Sewaktu aku masuk ke dalam Watson, mataku cepat menangkap seseorang yang
sudah lama tidak ku jumpa sedang membelek barang. Aku menelan air liur dan
memikirkan kewajaran aku menegurnya. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk
menegur insan itu.
“Err, hai!” tegurku sebaik sahaja berdiri di sebelahnya.
Lelaki itu menoleh sebaik sahaja melihatku.
“Hana!” dia sedikit terjerit. Aku tersenyum melihatnya.
“Lama tak jumpakan.”
“Ha’ah. Sejak reunion enam tahun dulu aku langsung tak dengar cerita fasal kau. Aku
tanya Ira pun dia cakap kau tak contact
dia.” Wajahku sedikit panas bila Syafiq mengungkit kisah enam tahun dulu walaupun dia tidak menyebut tentang peristiwa
aku dengan Nazmi.
“Kau apa cerita sekarang?” Syafiq menyoalku.
“Aku mengajar kat sekolah menengah. Kau?” tanyaku kembali.
“Aku kerja kat KL. Ni kat Muar ni pun balik kampung. Eh,
nak phone number kau. Nanti boleh
kita contact-contact.” Syafiq
menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Selepas
bertukar-tukar nombor telefon, kami berpisah. Seminggu selepas berjumpa dengan Syafiq di Watson,
barulah Syafiq menghubungi aku. Bermacam-macam-macam kisah keluar. Kecuali
kisah aku dan Nazmi.
***
Malam itu aku
terjaga daripada
tidur. Aku terasa badanku sejuk. Mimpi yang aku alami benar-benar menakutkan
aku. Aku mencapai handset di tepi bantal. 3.30 A.M. Aku cuba untuk kembali tidur tapi tak berjaya. Lantas
aku membelek-belek handsetku. Membaca dan memilih mesej untuk dibuang.
Jariku terhenti menekan keypad handset bila tiba di nama
Syafiq. Boleh dikatakan sejak tiga bulan lalu kami saling berhubung. Terasa bosan menunggu pagi dengan mata
yang tidak mengantuk, aku memberi mesej selamat pagi kepada Syafiq. Tak lama
selepas mesej dihantar, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada
Syafiq. Aik, mamat ni pun tak tidur jugak?
“Hello, assalamualaikum,” kataku sebaik sahaja talian
bersambung.
“Waalaikumsalam. Kau tak tidur lagi?” soal Syafiq.
Aku bangun mendapatkan suis kipas. Kelajuannya aku perlahankan bila tiba-tiba terasa sejuk. “Tak boleh tidur. Aku mimpi
entah apa-apa je tadi,” ujarku seolah-olah mengadu kepadanya. Aku terdengar
suara Syafiq ketawa perlahan.
“Kau mimpi apa? Aku pulak mimpi dapat kahwin dengan kau.”
Kata-kata Syafiq mengundang tawaku.
“Haha... Dalam nasib baik dalam mimpi je. Kalau
betul-betul, tak sanggup aku.”
“Eleh, cakaplah macam tu. Sekali aku datang rumah kau,
aku propose kau dan mak kau terima,
baru kau tahu. Tapi untung apa kau kahwin dengan aku. Eh, aku tanya kau mimpi
apa?”
“Aku mimpi kena kejar dengan ular kau tahu! Dah lah
besar! Lepas tu bila dia dapat dekat dengan aku, dia patuk kaki aku. Peh, sampai sekarang aku terasa-rasa geli.
Yaks...” Kuat ketawa Syafiq dapat aku dengar di corong telefon.“Woi, agak-agak
lah nak gelak tu. Dah pukul tiga lebih ni kau tau!” marahku. Barulah ketawa Syafiq reda
sedikit.
“Kau nak tau tak? Orang dulu-dulu cakap, kalau kau mimpi
kena patuk ular, maknanya ada orang nak masuk meminang. Pada pendapat aku
pulak, kalau ular tu besar macam yang kau cakap, mesti orang yang masuk
meminang kau tu gemuk! Hahaha....” Ketawa besar Syafiq selepas mengenakan aku.
Hai, kalau budak ni kat depan aku, dah lama aku ketuk dengan senduk!
“Dahlah kau. Kenakan aku pulak. Aku merajuklah dengan
kau. Huh. Assalamualaikum,” nada suara aku buat ala-ala merajuk. Nak tengok apa
agaknya Syafiq akan buat.
“Okey. Merajuklah. Waalaikumsalam,” balas Syafiq. Huh, boleh dia buat macam tu
aje? What do you expect from him, Hana?
Aku kembali meletakkan handset di sebelah bantal. Mataku dipejam. Cuba untuk
tidur. Akhirnya aku terlena.
Setelah hampir seminggu aku ‘merajuk’ dengan Syafiq,
akhirnya dia menghantar mesej kepadaku pada hari Jumaat. Mengajakku untuk
berjumpa hujung minggu ni.
‘Kau nak turun Muar ke?’ tanyaku.
‘Yup. Aku nak belanja kau makan. Aku pun baru gaji.
Lagipun nak pujuk orang yang tengah merajuk. Nanti aku inform nak jumpa kat mana.’ balas Syafiq.
Aku tersenyum membaca mesejnya. Masakan dia ingat aku
benar-benar merajuk? Selepas aku sms dia alamat rumahku, aku kembali menyambung
tugasku.
***
Akhirnya petang Ahad itu kami berjanji untuk berjumpa di
KFC. Dah orang nak belanja, aku pun setuju sajalah. Setelah memakirkan kereta, aku mengatur langkah ke
restoran itu yang letaknya bersebelahan pintu masuk Wetex. Mataku melilau
mencari kelibat Syafiq dari pintu masuk ke restoran itu. Namun yang aku lihat
hanyalah pelajar asrama yang keluar outing.
Aku berjalan masuk ke dalam restoran itu. Aku ternampak seorang lelaki yang
sedang membuang pandang keluar cermin melihat jalan raya yang sibuk. Lagaknya
seperti sedang menunggu seseorang. Aku mengatur langkah mendapatkan lelaki itu.
Yakin itu adalah Syafiq memandangkan tiada lagi lelaki yang duduk berseorangan.
“Hai, dah lama tunggu?” tegurku. Lelaki itu menoleh
kepadaku. Aku menelan air liur.
“Nazmi???” Dan lelaki itu tersenyum.
***
Aku membuang pandang melihat Sungai Muar di hadapanku.
Selepas makan di Wetex, Nazmi mengajakku ke Tanjung Mas. Kami makan dengan
perbualan paling sedikit. Sebenarnya aku masih keliru dengan apa yang berlaku
sebenarnya. Waktu makan mataku sempat juga melilau mencari kot-kot Syafiq
datang. Tapi hampa.
“Nah.” Nazmi menghulurkan air yang dia beli sebentar
tadi.
“Thanks.” Aku menyedut air itu dengan straw yang disediakan. Air
kelapa.
“Kenapa diam je? Sejak kita makan tadi Hana tak banyak
bercakap. Kalau kat telefon rancak pula bercerita.” Nazmi memulakan perbualan.
Dia mengambil tempat duduk di sebelahku dan turut membuang pandang melihat ke
arah sungai.
“Tak tahu nak cakap apa.” Lagipun terkejut bila terjumpa
dengan awak sebab saya janji dengan Syafiq... Tambahku di dalam hati. Buih-buih
di permukaan sungai aku tenung.
“Hana...” panggilnya. Menoleh ke arah Nazmi
“Sebenarnya, tujuan saya jumpa dengan Hana hari ni
bukannya setakat nak belanja makan je.” Nazmi mengalih pandang ke arahku.
Mukaku sedikit panas apabila Nazmi ralit memerhatikanku.
Tiba-tiba Nazmi berdiri dan melutut di hadapanku.
Tangannya mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar. “Be my wife?” tanya Nazmi penuh pengharapan.
Dan lidahku menjadi kelu.
***
Badanku sedikit letih
sejak pagi tadi. Aku berjalan menuju ke bilikku. Kamar yang dihias indah dengan
warna biru-putih sungguh menenangkanku. Tanganku mencari tuala dari dalam
almari. Selepas mengambil apa yang patut, kakiku melangkah ke bilik air untuk
membersihkan diri. Selesai mandi, aku mengambil wudhu’ untuk menunaikan solat Isyak. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air, Nazmi
masuk ke dalam bilik.
“Tunggu abang. Kita solat berjema’ah.” Nazmi melangkah ke
dalam bilik air. Aku menyarungkan telekung dan membentangkan sejadah untuk aku
dan Nazmi. Aku duduk di atas sejadah sementara menunggu Nazmi.
Selesai bersolat, aku menyalam tangan Nazmi dan Nazmi mencium
dahiku buat kali kedua selepas akad nikah pagi tadi Wajahku sedikit panas
dengan tindakannya. Aku bangkit sambil membuka telekung. Setelah meletakkan
telekung di rak khas, aku menyambut sejadah yang dihulurkan Nazmi. Kemudian
Nazmi menarik tanganku untuk duduk di birai katil.
“Boleh Hana tanya sesuatu?” soalku kepada Nazmi. Melihat
Nazmi menganggukkan kepala, aku meneruskan kata-kata.
“Apa sebenarnya yang berlaku? Hana tak faham.” Nazmi
tersenyum melihatku. Tangan kananku di capai.
Mana taknya aku tak faham. Lepas Nazmi propose aku kat Tanjung Mas, Nazmi
membawaku pulang ke kampungku di Parit Jawa. Di kampung barulah aku tahu yang
keluarga Nazmi telah datang ke rumahku minggu lepasnya untuk melamarku. Mak pula
memberikan kata setuju tanpa pengetahuanku selepas Nazmi
memberitahunya yang
aku telah tahu mengenai lamaran itu dan aku setuju. Aduhai, nasib baiklah aku
tiada steady boyfriend lagi masa tu.
Dua minggu kemudiannya kami bertunang dan pagi tadi kami dinikahkan. Tak sempat
aku nak bertanya apa-apa kepada Nazmi memandangkan dia sibuk bekerja di
Hospital Kuala Lumpur. Kami berhubung pun melalui sms dan itu pun sekadar
bertanya khabar dan persiapan majlis pertunangan dan pernikahan.
Aku teringat sewaktu aku meminta Nazmi menemani aku ke
rumah cikgu Fadhil untuk memberikan kad undangan perkahwinan minggu lepas.
Cikgu Fadhil tersenyum je bila membuka dan membaca kad itu.
“Patutlah asyik berangan je sampai saya panggil dua-tiga kali pun tak dengar. Rupa-rupanya teringatkan cik
abang.” Sakan cikgu Fadhil mengusikku. Nazmi di sebelah tersenyum-senyum
melihatku.
“Hana ingat lagi yang Hana jumpa Syafiq di Watson?” Nazmi
menyoalku. Aku sedikit pelik dengan soalannya. Mana dia tahu?
“Sebenarnya, Syafiq housemate
abang kat uni.
Dia tahu yang abang dah lama cari Hana sejak kita terjatuh dulu.” Mukaku
sedikit merah bila dia membuka cerita enam tahun dulu. Aku hanya diam untuk membenarkan Nazmi terus
bercerita.
“Masa Syafiq dengan Hana tukar-tukar nombor, sebenarnya
Syafiq bagi nombor abang.”
“Dan abang terus berlakon menjadi Syafiq?” lancar lidahku
memanggil Nazmi abang.
“Bila masa abang berlakon jadi Syafiq? Cuba Hana cakap?
Abang tak pernah cakap abang Syafiq,” katanya lagi.
“Tapi abang tak pernah kenalkan diri abang sebagai
Nazmi.” Aku sedikit tak puas hati dengannya.
“Pernah tak Hana tanya? Tak, kan?”
Aku menarik nafas panjang. “Dah Syafiq yang bagi nombor tu. Mestilah Hana fikir yang contact Hana tu Syafiq.”
Nazmi tersenyum. Tanganku di tangannya tak dilepaskan.
“Sebenarnya abang ada jugak terfikir nak cakap kat Hana.
Tapi abang takut Hana akan larikan diri lagi. Hana tahu tak betapa susahnya
abang nak cari Hana sejak enam tahun dulu. Dah lah Hana tak contact Ira langsung. Abang tanya budak-budak lain pun diorang
cakap tak tahu. Dan bila abang dah jumpa Hana, Hana ingat abang nak lepaskan je
peluang tu? Tak mungkin Hana...” panjang lebar penerangan Nazmi. Aku terkelu.
Dia cari aku. Kenapa?
“Tapi kenapa abang cari Hana? Kita dah cukup malu dengan
kes kita dulukan. Dahlah Hana yang jadi penyebabnya.” Aku memandang wajah
Nazmi.
“Sebab abang nak tuntut hutang kat Hana.” Serius nada
suaranya.
“Hutang? Bila masa Hana ada hutang dengan abang?” soalku
pelik.
“Ada...” balasnya.
“Hutang apa?” soalku lagi tak berpuas hati selagi aku tak
tahu.
“Ingat apa yang berlaku masa kita jatuh dulu?” soal Nazmi
tersenyum-senyum. Aku menampar lembut bahunya. Malu!
***
“Tak sangka aku
dapat jumpa kau lagi.” Ira memelukku sebaik sahaja aku sampai di rumahnya.
“Kenapa kau tak contact aku langsung? Kau dah lupakan aku
ye?” ada nada sedih dalam suaranya. Aku menepuk-nepuk bahu Ira.
“Bukannya dah lupa. Aku malu lah nak jumpa korang lepas
kes tu,” terangku. “Eh, ramai ke yang dapat datang hari ni?” soalku kepada Ira.
“Insya-Allah semua datang. Mungkin ada yang bawak family
kot,” jawapan Ira membuatku pelik.
“Siapa yang bawa family?”
“Hai cik kak ni, abang kau tak cerita ke yang Syafiq dah
kahwin. Lagi, Aina, Reen dengan Lee. Semua tu dah kahwin. Syafiq tu kahwin masa
tahun akhir kat U. Sekarang dah ada 2 orang anak dah.” Lincah tangan Ira
menyusun makanan di atas meja. Hari ini sekali lagi kami akan berkumpul.
“Syafiq dah kahwin?” Aku terkejut dengan cerita Ira.
Nasib baiklah yang mesej aku tu Nazmi. Kalau tak, mahu aku kena kejar dengan
isteri Syafiq!
“Ha’ah. Tapi kau dengan Nazmi je lah yang kahwin sesama
classmate.” Ira mengusikku.
Aku tersengih.
***
Reunion kali ini agak meriah. Tambah lagi dengan suara
kanak-kanak yang bermain di laman rumah Ira yang agak lapang. Boleh dikatakan
hampir semua rakan-rakanku datang. Mereka hanya tersenyum bila aku memberi tahu
yang aku sudah berkahwin dengan Nazmi. Entah apalah yang diorang fikirkan
agaknya.
“Abang,” aku memanggil Nazmi yang sedang berbual dengan
Syafiq di laman. Nazmi menoleh dan melambaikan tangannya, memintaku datang kepadanya.
Aku mengatur langkah menuju kepada Nazmi. Dalam pada itu,
kaki aku tersadung tunggul kayu yang tersembul keluar dari tanah.
“Ya Allah,” aku hampir tergelincir jatuh. Namun sempat aku
menarik baju Nazmi. Peristiwa enam tahun dulu berulang kembali bila elok je aku jatuh
dengan Nazmi. Nazmi memelukku kejap. Sekali lagi kami menjadi perhatian. Aku
dan Nazmi sama-sama bangun. Aku membersihkan bajuku yang ada kesan rumput.
Nazmi turut melakukan perkara yang sama. Mukaku panas kerana malu.
“Wooo....” sorakan daripada ex-classmate
ku membuatkan aku berdiri di belakang Nazmi. Nazmi menarik tanganku supaya aku
berdiri di sebelahnya.
“Nazmi, pegang tangan Hana kuat-kuat. Nanti dia lari
lagi,” usik satu suara.
“Hana takkan lari lagi dari aku. Aku dah ikat dia,” balas
Nazmi. Wajahku di pandang sayang.
“Hana nak malu apa lagi. Kita dah kahwin dah pun,” bisik
Nazmi perlahan di telinga kananku. Hai... Kenapalah tiap kali reunion aku mesti
terjatuh? Tapi reunion jugaklah yang menemukan jodohku dengan Nazmi. Oh
reunion!
7 comments:
hahaaa..
tersadung punya psl ..
nice story..
agagagagaga aku pn nk tergolek gak laaa
slm..
kak..bleh sye print cter ni?
sye ta bce lg..
sye jenis yg pring dulu then sye bce..
hik3..
nnt sye ltk skali nme akk yep!
Assalammualaikum... sgt menghibur kan... love it...^.^
best story... keep it up....
@_^
nak share bleh?
Post a Comment