Aku melangkah masuk ke dalam kelas lebih awal daripada hari-hari biasa. Sampai awal pun sebab bergerak sekali dengan Ustaz tu. Dia yang berkeras sangat nak hantar dan ambil aku dari sekolah. Mujurlah sampai sekolah tadi, tak ada yang perasan aku naik kereta dengan Ustaz. Itu pun aku yang beriya-iya memujuk dia suruh turunkan jauh sedikit daripada perkarangan sekolah. Huh! Kalau aku naik motor, tak adanya aku nak kena jalan kaki yang lagi jauh daripada biasa tahu?
Baru menaiki anak tangga yang kelima, aku ternampak Joe yang baru sampai dengan motorsikal dia. Terasa jantung aku macam nak melompat keluar. Malam tadi lepas aku telefon dan mesej berulang kali, akhirnya Joe terus menutup handset dia. Aku perasan pun sebab bila aku cuba call dia, terus masuk ke voicemail. Nak kata bateri habis, macam tak logik sebab Joe lah orang yang selalu bising dekat aku kalau aku malas nak charge bateri.
Aku memandang kelas yang masih gelap. Peliknya? Takkan tak ada seorang pun yang dah sampai? Dan macam pelik kalau aku yang menjadi orang pertama sebab ramai je lagi budak kelas yang yang tinggal lagi jauh daripada aku. Sambil menaiki tangga, aku memandang keluar. Mata menangkap susuk tubuh Joe yang sedang berjalan menuju ke arah tangga. Laju aku berkejar menaiki tangga untuk mengelakkan daripada berselisih dengan Joe. Aduh! Kaki sudahlah masih terasa lagi sengalnya. Ini pun nasib baik aku pakai bandage. Mengada-ngada kan? Kaki terkehel sedikit, terus nak pakai bandage bagai.
Sebaik sahaja tiba di kelas, aku menuju ke tempat duduk aku. Debaran dekat dada semakin menggila. Aduh...! Macam mana aku nak berdepan dengan Joe ni? Apa ayat aku nak cakap dekat dia? Perlu ke aku minta maaf dan ceritakan je semuanya? Tengah aku leka memikirkan pasal Joe, Joe dan melangkah masuk ke dalam kelas. Aku menelan air liur. Ah! Macam mana ni?
“Joe!” Laju aku memanggil Joe bila terpandangkan dia sudah bersedia nak keluar dari kelas. Joe mengangkat muka. Sebaik sahaja dia terpandangkan aku, riak wajahnya nyata berubah.
“Joe!!” Buat kali kedua aku memanggil dia.
Joe buat tak dengar. Dia dah berjalan keluar dari kelas. Aku menggigit bibir. Terasa nak menangis bila kawan baik buat aku macam ni.
“Johan!”
Akhirnya Joe menoleh. Nampak sangat dia tengah marahkan aku. “Apa dia?!”
“Pasal semalam...” aku terhenti bersuara. “Joe, aku nak mintak maaf. Sebenarnya, aku...”
“Huh!” Cara dia pandang aku, macam nak tak nak je. “Agaknya, kalau aku tak ada semalam, mesti sampai sekarang aku tak tahu kan?” keras dia bersuara.
Aku terdiam. Nafas aku tarik dalam-dalam. “Joe, takkan sebab benda ni kau terus buat aku macam ni?”
“Buat kau macam mana?” sinis dia menyoal.
Aku diam.
“Lepas apa semua yang aku tahu, kau nak aku treat kau tak ada apa-apa yang berlaku?!” Joe meraup muka dia dengan tapak tangan. “Aku minta maaf, Lisa. Perkara yang aku tahu ni buatkan aku tak boleh treat kau macam selalu.”
Aku memejamkan mata rapat-rapat. Ini baru Joe. Baru Joe. Baru Joe seorang... belum lagi Wati belum Pa’an lagi. Baru Joe seorang pun, penerimaan dia dah macam ni.
“Takkan sebab benda kecil ni kau terus nak sisihkan aku? At least, bagilah aku peluang untuk explain.”
Aku nampak Joe tersenyum sinis.
“Peluang? Explain?”
Aku memandang Joe tanpa sepatah kata.
“Kau dah lama sia-siakan peluang tu, Lisa. Let me guess, aku rasa aku orang pertama yang tahu kan?”
Aku terdiam.
“Hah! Baguslah, tu! Kau mengaku dekat semua orang, kitorang kawan baik kau. Bestfriend forever kononnya. Tapi benda besar macam ni, kitorang seorang pun tak tahu. Ini yang kau cakap bestfriend? Pergi matilah dengan BFF kau tu!”
Joe... kasarnya! Terasa mata dah mula bergenang dengan air mata. Ah! Kenapa tiba-tiba mood aku jadi sentimental sangat ni?
“Joe...” Aku cuba untuk memanggil dia.
Joe memusingkan badan dia membelakangkan aku. “Sudahlah Lisa. Aku frust sangat dengan apa yang kau buat. Pada aku kalau kau sendiri yang cerita awal-awal, aku masih boleh terima. Tapi dengan apa yang dah berlaku semalam, aku kecewa gila dengan kau.” Dia dah berjalan perlahan-lahan untuk keluar.
“Kau ingat aku suka sangat ke?” perlahan aku bersuara.
Joe terhenti melangkah. Kemudian dia menoleh ke arah aku.
“Kau ingat aku suka sangat ke bila kena paksa macam ni? Kalau tak kerana mak dengan ayah aku, tak ada maknanya aku nak sia-siakan hidup aku tau! Kau pernah tahu apa yang aku rasa? Kau pernah terfikir apa yang jadi pada aku kalau satu sekolah tahu? Apa pandangan diorang bila dengar cerita ni? Semua benda ni mengarut, kau tahu tak? Kau tak pernah berada dekat tempat aku, jadi tak adil kalau kau nak judge aku macam ni je. Kau ingat aku nak sangat ke hidup dengan dia? Kau ingat aku suka sangat ke dekat dia? Aku langsung tak terfikir semua benda ni tahu?” Laju aku menuturkan kata.
Aku lihat Joe bagaikan hendak bersuara. Baru dia hendak membuka mulut, matanya menjeling ke arah seseorang diluar.
Aku menarik nafas dalam. Ada orang datang, ke? Tanpa sepatah kata, Joe meninggalkan aku di dalam kelas seorang diri. Aku memberanikan untuk menoleh ke kiri. Mencari-cari siapa gerangan yang dah mendengar semuanya. Berubah terus muka aku bila terpandangkan Abang Hafiz tengah berdiri elok di pintu belakang. Damn it! Satu masalah tak selesai, dah timbul masalah lain.
“Err...”
Sekarang ni aku sudah tak tahu nak panggil dia abang ataupun Ustaz. Lidah aku terkelu bila aku lihat muka dia serius semacam. Abang Hafiz mengambil satu langkah ke hadapan. Tangannya meletakkan sesuatu yang berwarna hitam ke atas meja yang paling dekat dengan dia.
“You left this in the car,” dia berkata tanpa memandang aku. Sebaik sahaja meletakkan benda yang aku tertinggalkan itu, Abang Hafiz terus melangkah pergi tanpa bertanyakan apa-apa.
Aku mengigit bibir. Objek hitam itu aku perhatikan. Entah bila masa pula purse ni tercicir? Dan kenapa mesti hari ni yang purse tu nak tercicir? Ah! Aku cuba untuk mencari-cari bayang Abang Hafiz. Dia dah menghilang. Dia dengar? Dia dengar ke semuanya? Kalau dia tak dengar, dia tak akan menjadi pelik macam tadi! Aku ligat berfikir, mengingatkan kembali apa yang aku dah cakapkan sepanjang Joe ada dekat dalam kelas tadi. Ya Allah, Alisa... apa kau dah buat ni?
***
“Kau dengan Joe gaduh ke?” Wati bertanya apabila pelik melihat aku dengan Joe tak seperti selalu.
Aku hanya mendiamkan diri. Kalau aku mengaku, memang sah-sah Wati akan mengorek sampai dia dapat tahu apa yang membuatkan aku dengan Joe tak bertegur sapa. Ok, bukannya aku yang tak menegur Joe. Tapi Joe yang langsung buat aku tak wujud dekat depan dia.
“Tak adalah.” Akhirnya itu je jawapan yang aku dapat berikan. Bukan setakat dengan Joe je macam ni. Dengan Ustaz tu belum kira lagi. Aduh! Malang bertimpa-timpa betul aku hari ni. Kalaulah tadi aku tak ikutkan sangat perasaan aku.
“Iya ke?”
Aku mengangguk.
“Suka hati kaulah, Lisa. Kalau aku tanya banyak kali pun belum tentu kau nak cerita dekat aku.”
Bagaikan merajuk sahaja Wati bersuara. Aku buat tak faham.
“Wati...”
Wati menoleh. Aku teragak-agak mahu bercerita. Perlu atau tidak? Cerita atau diamkan sahaja?
“Ada apa?” Wati bertanya bila aku tidak mengeluarkan suara.
Aku menggeleng. Belum lagi... belum masanya. “Tak ada apalah!”
Tajam mata Wati memandang aku. Aku dah mula rasa serba tak kena.“Aku tahu kau ada sorok benda daripada aku.”
Aku buat-buat terbatuk bila Wati berkata seperti itu. Setelah berdehem dua-tiga kali kononnya, aku bersuara. “Err... kalaulah aku memang ada sorokkan something daripada kau, apa kau buat?”
Wati memusingkan badannya. Kali ini, dia sudah duduk berhadapan dengan aku. Tangan kanan dia memegang tangan kiri aku. Gaya aku dah macam orang kena tahan je. Tak bagi pergi mana-mana.
“Cerita.” Dia mengarah.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Aku cakap kalau. Bukannya aku ada rahsiakan apa-apa pun,” kataku cuba untuk mencari ruang untuk menyelamatkan diri.
Wati mengeluh. “Suka hati engkaulah, Lisa. Kalau kau nak rahsiakan sampai bila-bila pun, rahsiakanlah. Tapi kalau kau rasa aku ni kawan baik kau, kau ceritalah. Aku tak nak memaksa.”
Aku rasa macam kena penampar dua kali daripada Wati. Kawan baik, huh? Sebab perkataan kawan baik itulah aku dengan Joe jadi macam ni. ‘... tapi kalau kau rasa aku ni kawan baik kau, kau ceritalah...’ Aku menggosok-gosok tengkuk yang terasa sedikit lenguh. Bukan aku tak anggap kau orang semua kawan baik aku, cuma aku yang tak bersedia nak berkongsi benda ni dengan kawan baik aku.
***
Seharian di sekolah hari ini tidak seceria seperti hari-hari sebelumnya. Joe dengan sikap dingin dia, Wati yang tak berapa banyak berbual dan Pa’an pula yang mengambil langkah untuk tidak mahu mengambil tahu. Entah kenapa, aku dapat rasa yang Wati macam dah tahu semua benda. Takkanlah Joe dah cerita semuanya? Pelik juga kalau Joe yang bercerita sebab dia tu bukan jenis yang suka bawa mulut.
Aku duduk di perhentian bas sementara menunggu Abang Hafiz datang jemput. Jam dipergelangan aku jeling sekilas. 6.00 petang. Pelajar tingkatan lima kebanyakannya sudah pulang ke rumah masing-masing. Aku masih menunggu Abang Hafiz yang tak kunjung tiba. Lambat pula lah dia ni. Aku dah naik penat duduk dekat perhentian bas ni, tak buat apa-apa. Tak lama kemudian, kereta Abang Hafiz berhenti betul-betul di hadapan aku. Erk! Tiba-tiba aku terasa takut nak masuk ke dalam kereta bila teringatkan insiden pagi tadi. Harap-haraplah hati Abang Hafiz dah ok.
Aku bangun daripada duduk. Buku teks di sebelah aku capai. Sebelum masuk ke dalam kereta, aku menjeling sekali lalu ke arah tempat yang aku duduk tadi. Takut-takut ada barang tertinggal.
“Assalamualaikum...” Aku memberi salam buat dia yang berada di dalam.
Dia hanya mendiamkan diri. Aku rasa je lah salam aku dia jawab dalam hati. Suasana dalam kereta hanya sunyi sepi. Aku dah pening memikirkan idea untuk ajak berbual. Berbual? Aku rasa selama ni Abang Hafiz yang banyak bersuara daripada aku.
“Abang.” Aku memanggil.
Abang Hafiz tak memberikan apa-apa reaksi.
“Abang?”
Akhirnya dia menyahut.
“Err...” Aduh! Sekarang aku pula yang terkial-kial nak mencari topik untuk bercakap.
“Esok Lisa nak pergi rumah Afrina ye? Ada kenduri. Boleh?”
“Hrm...” Itu je jawapan dia? Kalau sebelum ni, mesti ada saja yang dia akan tambah. Aduh! Mak! Menantu mak merajuk betul ni. Macam mana Lisa nak handle ni mak?
Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v
::aku_dia's current status::
04.05.2016
Mencari momentum untuk menulis.
Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^
Mencari momentum untuk menulis.
Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^
04 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
memang berat.ustaz hafiz dah merajuk!gak2 camne le lisa nak pujuk ye?....cepat sambung yek...
janganla ustaz 2 lepaskan lisa...tak mo!!
kes berat ni...aduh!
alahai lisa, ustaz dah merajuk dah...mmg kes berat!
tak blame kan lisa, dia sayangkan friendship dia dgn joe, paan & wati, of course mulut laju jer nk defense diri kan kan...
ustaz xleh selfish camni, dia lg matured & patut handle this situation dgn baik, i/o merajuk baik pujuk lisa tu, support her... lg satu, ustaz suka nar tegur lisa tu lebih2, lisa tu x cukup umur lg, kesian dia....
alahai.alahai.
bestnyerr~
sambung lekas yer..
hehe~
hari2 menanti cite ni.
thnx 4 dis n3
nak lagiii <3333
cepat la update..best2..nak tau camner seorang lelaki yang matang nak handle budak 17 thun
tulah Lisa.......ckp siang pandang-pandang.....kan dah kantoi!!!! mesti Abg Hafiz terluka dgr kata-kata Lisa tu..........yelah......Abg Hafiz mmg dah syg sgt kat Lisa........dgrlak Lisa ckp camtu.....aduhhhhhhhhhhhhh
nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
akhirnyer.... bersmbung...padan muka lisa... asyik nak jaga hati org lain jer hati laki sndiri x ambik tau... cpt smbung yer...
erk...berat jugak bebab tergalas kt bahu lisa...si hafiz da lancarkan mogok...so lisa...planning ur strategi.. :)
puan lisa, silakan pujuk ustaz Hafiz cepat.
xsabar nk tau smbgn...:)
a'ah...x taw....ustaz hafiz a.k.a suami lisa dh majuk....x sbr nk bce next n3...:)
ala...ustaz hafiz dah merajuk :( tak sabar tggu sambungan dia :)
semakin suspen ....cepatle sambung! x sabau nak tau tahap "kemerajukan" si ustaz tu.
semakin suspen ....cepatle sambung! x sabau nak tau tahap "kemerajukan" si ustaz tu.
Best!!! Tak terkata....
Moga Alisa dapat jaga dan jernihkan hati-hati yang terluka dgn kata-kata dan perbuatan dia...
Moga kesilapan yg dilakukan akan mematangkan Alisa antara tanggungjawab pada suami dan nilai persahabatan..mana yg lebih utama...
memang ustaz hafiz dh terasa hati n majuk, tp dgn cara ni blh uji sejauh mana perasaan lisa pd dia. ni yg buat x sabar nak tahu skill memujuk n sesi ambik hati lisa tuk abg afis dia.
wohhhoo..
habislah lisa.
cepat2 pujuk ustaz hafiz.
=)
Nak lagi.... cepat la... penulis terbitkan la plak....
akak penulis ,cepatle postkan SAU 17 & 18. xsabo dah nie.........nak tau camne kesudahannya rajuk si ustaz.
huhu...xde sambungan lagi ker.....
wah....sedihnye....aku tak dapat bayangkan kalau sorang isteri cakap camtu....mungkin aku tak tidur sebilik dah....hahahaha....merajok tau......
Post a Comment