::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

31 March 2011

Suami Aku Ustaz?! 25 i

Aku baring golek-golek atas katil macam orang dah habis sekolah. Sepatutnya, orang yang nak ambil SPM ni, kena belajar. Ini aku punya relaks, macamlah soalan SPM tu aku yang buat. Walhal, trial boleh dikira dengan jari je berapa bulan lagi. Eh? Ke berapa minggu? Jangan hari sudahlah. Memang sengaja gali lubang kubur namanya. Walaupun trial je, tapi kalau trial pun tak boleh buat, SPM apatah lagilah kan?
Tadi awal malam, Umi ajak aku masuk dapur. Bukan masuk dapur suka-suka nak buat survey hiasan dalaman, tapi Umi ajak aku teman dia masak. Atau dalam kata lebih mudah, Umi suruh aku belajar masak. Ceh! Aku tak tahulah daripada mana Umi tahu aku tak suka dan tak pandai memasak ni. Tapi, siapa je lagi pusat sumber maklumat aku kalau bukan Mohd Nor Hafiz tu.
Aku cuba pejamkan mata, tapi rasa mengantuk tak juga datang menjengah. Iyalah, jam pun baru pukul sembilan. Umi dengan Walid dekat depan. Aku pulak bagi alasan masuk bilik awal nak siapkan kerja sekolah. Hrm... Kerja sekolah apanya? Daripada tadi aku lagi banyak berfikir benda lain daripada berfikir pasal belajar. Benda lain? Ok. Aku mengakulah yang tunggu orang yang kata nak call tadi tapi sampai sekarang tak call. Huh! Satu kerja aku pun tak jalan.
Handset yang tiba-tiba melagukan lagu Avril Lavigne – When You’re Gone buat aku terkaku sekejap memandang handset dekat sebelah. Dahi aku dah berkerut. Bila masa pulak lagu ni ada dekat dalam handset ni? Dan, bila masa pulak caller ringtone aku bertukar ni? Seingat aku, aku pakai ringtone nokia biasa je. Masa dekat sekolah tadi aku set dekat mode silent. Baru ni aku tersedar yang ringtone biasa aku dah jadi luar biasa.
Bila handset berbunyi lagi sekali, barulah tangan aku ni mampu nak bergerak capai handset yang ada dekat sebelah. Walaupun lagu tu sedap dan jiwang yang amat, tapi aku kesian jugak dekat Avril Lavigne yang dah melalak-lalak daripada tadi. Aku tahan bibir daripada nak tersenyum bila baca nama pemanggil. Kalau dia dekat depan aku, sah-sah kantoi terang tang tang. Mesti dia cakap aku anagau. Isk! Button hijau aku tekan. Dengan lemah gemalai handset aku dekatkan ke telinga.

“Tak boring ke call Lisa tiga kali sehari?” Tak sempat Abang Hafiz bersuara aku dah bertanya.
“Tak adalah. Kenapa nak boring? Or Lisa yang boring dengar suara abang tiga kali sehari?”
Aku mencebik. Tiru ayat aku. Ceh. “Tak adalah...”
Erk! Aku dengar ada suara ketawa dengar jawapan aku. Sukalah tu aku terlepas cakap. Terlepas ok? Bukan ikhlas dari hati. Aku memang boring gila dengar suara dia. Ah! Tapikan, bukan ke apa yang kau rasa selalunya akan terlepas cakap, Lisa? Spontan muka aku panas. Kureng betul! Doa apalah yang dia baca masa call aku tadi ni?
“Kenapa Lisa lambat angkat? Tengah buat kerja ke?”
“Tak adalah. Tak perasan handset bunyi.”
Aku main dengan hujung bantal. Masa angkat muka, terpandangkan reflection aku dekan cermin. Apahal gaya aku berbual dekat handset macam orang tengah bercinta? Tiba-tiba aku terasa segan sendiri. Laju aku tukar posing.
“Hai? Tak perasan? Berangankan siapa? Teringatkan abang ke?”
Suhu muka aku naik lagi dua degree celcius. Dia ni, kalau depan aku macam boleh baca fikiran aku. Dah jauh ni pun, takkan boleh baca suara aku? Suara? Sungguh tak logik di situ.
“Ceh... tak kuasa. Baik Lisa hafal lens law.” Laju aku menjawab.
“Hah, iyalah. Hafal ye. Bawak tidur.” Dia menyindir.
Gelak besar aku dengar nada suara dia macam merajuk. Bawak tidur? Hahaha! Sekalipun aku rebus refference book Pelangi tu, aku minum air dia belum tentu aku A1 SPM tahu?
“Apa je program abang dekat sana?” Tiba-tiba aku jadi ramah nak berbual dengan dia.
“Biasa je. Pagi petang seminar. Malam baru free sikit. Tak pack sangatlah kursus ni. Ni baru lepas dinner.”
Dinner? Tiba-tiba aku teruja sekejap. “Mesti makan sedap. Makan kat hotel ke?”
Abang Hafiz ketawa. “Tak adalah. Makan kedai dekat luarlah Lisa. Umi masak apa tadi?”
“Dalca daging.”
“Oh sedap! Umi yang masak ke Lisa yang masak?”
Aku terasa pelik dengan soalan Abang Hafiz. Kenapa aku rasa macam Umi dengan Abang Hafiz ada komplot yang aku tak tahu je ni?
“Did Umi tell you anything?”
Abang Hafiz dah ketawa besar. “Abang baru lepas call Umi tadi.”
Aku buat muka dengar jawapan Abang Hafiz. “Ceh! Baik tak payah. Mesti daripada A sampai Z abang dah tahu kan?” Daripada macam mana slownya aku potong bawang sampai siap masak dalca tu. Umi siap komen lagi, aku potong bawang macam guna pembaris!
“Agaknya kalau dekat rumah, mesti abang report bukan-bukan dengan Umi kan?” tanya aku lagi. Ah! Terasa tak bebas gila hidup macam ni. Kalau dengan Umi, Umi cerita dengan Abang Hafiz apa yang aku buat. Bosan betul.
“Mana ada. Cuba jangan fikir benda yang bukan-bukan?”
Aku diam tak menjawab.

“Hrm? So, how is your day, today?” Abang hafiz dah tukar topik. Malas nak panjangkan topik tadi agaknya.
“Biasa je.”
“Iya? Sekolah macam mana?”
Ngee... aku dah terasa boring berbual. Tak ada topik lain ke nak bercerita selain hal sekolah? Hish. Kalau macam inilah gayanya, cancel aku nak jadi Ustazah. Hahaha!
“Bosan.”
“Kenapa? Sebab abang tak ada?”
Dahi aku dah berkerut. “Eh? Mana abang tahu ni? Serius bosan sebab abang tak ada. Zzzz... ” Mendatar je suara aku. Nampak sangat tengah menyindir. Kalau time chatting orang selalu taip huruf ‘z’ tanda malas nak layan. Ni time berbual aku pronounce terus huruf tu.
“Amboi. Abang tak ada betul nanti, baru tahu bosan ke tak?”
Tersentap sekejap aku bila dia cakap macam tu. Isk! Apalah dia ni. “Kenapa? Abang nak pindah sekolah ke?” Sengaja aku tanya macam tu. Nak hilangkan rasa tak sedap hati dekat dalam ni.
“Abang, tadi kan Cikgu Liana kan...” Saja je aku buat-buat bunyi susupen sikit. Teringatkan kes Cikgu Liana masa dekat sekolah tadi, terasa nak bercerita dekat Ustaz ni. Kes? Gaya macam Cikgu Liana ditangkap tengah langgar tatatertib cikgu dekat sekolah je
“Kenapa dengan dia?”
Akhirnya Abang Hafiz bertanya bila aku lambat sangat nak bercerita. Aku tersenyum simpul. Laju aku bercerita peristiwa dekat sekolah tadi. Abang Hafiz tak menyampuk. Cuma sesekali je dia ketawa.
“Itulah. Lain kali jangan fikir buruk orang je.” Sempat dia menegur.
Aku buat muka. Ceh. “Bukan fikir buruk. Tapi dah kebetulan dia yang tahu pasal kita. Lepas tu, dia panggil Lisa pergi bilik guru. Macam mana tak terfikir yang bukan-bukan?”
“Hrm... Kalau dia tanya abang macam mana kita kahwin, Lisa nak abang cerita?”
Aku mencebik. Benda tu jugak yang dijadikan hal. Macamlah kisah kitorang kahwin hot sangat. Kalau bagi dekat surat khabar, belum tentu laku. Kalau nak lakukan pun mungkin diorang akan bagi tajuk yang catchy sikit. Contohnya, Ustaz menikah dengan anak murid bawah umur. Itupun orang boleh cakap, kitaorang kena tangkap basah. Tak pun aku kena kahwin paksa. Haish! Apa ke jauh sangat aku merepek ni?
“Tak payahlah. Tak ada yang menarik pun.”
“Eh? Iya ke? Kan menarik kisah kita?” Abang Hafiz ketawa.
“Eh! Menarik gila. Macam kisah cinta artis gitu kan?”
“Hai... Lisa, Lisa...” Itu je balasan dia.
Aku tak tahu kenapa rancak pulak kitorang berbual malam ni. Selalunya aku banyak diamkan diri daripada dia.
“Lisa...”
“Hrm?”
“Suka dengar Lisa macam ni.”
Kening aku bertaut. “Kenapa?”
“Sebab selalunya kalau dekat rumah, abang yang banyak cakap daripada Lisa.”
Aku terpegun sekejap. Tak sangka kitorang berfikir benda yang sama. Aku diam tak menjawab.
“Oklah. Lisa pergilah study. Nanti lambat sangat, mengantuk pulak. Esok balik rumah dulu ye baru pergi sekolah?” Dia bertanya. Mesti Umi dah cerita tadi.
“Hrm.”
“Oklah. Jaga diri. Jaga iman. Assalamualaikum.” Seperti biasa pesanan dia bila nak pergi.
Aku menjawab salam didalam hati. Dah rancak-ancak berbual tiba-tiba jadi macam dulu. Ah! Tiba-tiba rasa macam tak pernah berbual dengan dia selama ni. Habislah aku kena gula dengan Wati kalau dia tahu ni.

39 comments:

Unknown said...

ala,,, nape,,??
sedey la cm ni,,
huhu,,,

keSENGALan teserlah.. said...

entry kedua terakhirr?
whoaaaa..
mengapakah? nak publish kah?

ihaaz said...

dah nak tamat atau nak kuar novel??

Anonymous said...

hmm.. kedua trakhir???
ala, x sronok la cm nie.

fara said...

ke 2 trakhir??
da nk abes kah atau nk publish kah??
huhu.. br dorang nk bcintun..
da nk stop ke...
sedis la gini..
nyway, gud luck 4 u..!! =)

Anonymous said...

nape????xsyoknye..writer smbungle lg.wlaupn dah bce kat sni sye+kengkawan ttap akn beli gak ble dipublishkan nnti utk koleksi kmi...pleazz..prtmbangkan yek.TQ.

in-in said...

ala..jgnle stop dlu.nak tau gak scene ustz blik kursus and dpt tak lsa smbng study kat luar negara?..continue lg ok....ape2pn ble terbit nnti nak miliki jg novel ni.

deesyirah said...

"Abg, td kan c.liana kan..." dush mesti ustaz hafiz rsa mcm nak terbang je blik umah jmpa lisa ble dgr suara lsa ckp cmtu kan3.apa2pn continue2 and continue pleazzzzzzz..nice story.

Anonymous said...

kalau macam tu. happy sebab nk abis tapi sedih sebab kene berpisah ngan ustaz! :'(

Anonymous said...

NI MST NNT USTAZ TU ACCIDENT MASA BALIK DARI KURSUS N MENINGGAL KAN
N END OF THE STORY
BETUL TAK

miznza84 said...

alamak tak kan dah nk abis..
lisa blum lagi confess dah jatuh cinta kat encik ustaz lagi..

tp klo dah nk publish tak pela.. x sabar nk tunggu ni.. harap2 tajuknya dikekalkan la ye senang nk cari nti..

umi kalsom said...

entry kedua terakhir?
dah nak dipublish?

Kalau macam tu saya tak kisah...
rela tngu abang hafiz keluar dalam versi cetak. ;)

Juan.Ita said...

alah..jgnlah lagi..smbunglah sket lagi...kasik panjanglah..best citer nie..tertunggu2 tiap hari...smbglah lagi yek...pleazzzzzzzzzzz..........

amyzek said...

alaaaaa.......
x mau camtue^^
x tipu, best sgt citer nie**

Anonymous said...

jgn lak bt ust hafiz xcident then die & jgn pula stop mcm tu je k..

Nur Aisyah Zakaria said...

entry ke-2 terakhir?ala,jgnla camtu..sy dah la ade jauh dr Malaysia..kalo publish pon cmne sy nak beli novel ni??kt cn mn ade jual buku novel2 melayu?huhu~~ penulis pertimbangkan la utk smbg cite ni kt cn sampai abis ye??plisss...

Amalina Ali said...

eish, nak abis???pliz3, jangan la ade perkara buruk berlaku kat hafiz.....

diahperi said...

btl tu. jgn stop n3 dulu. citalah kisah lisa dah mula jtuh cintun dgn ustaz dulu. jgn kasi ustaz accident x nk lah . x sukalah sad2 cam ni. xkan lah asal blik outstanding accident lepas tu hilang ingatan x mau lah. pls.... jgn stop n3 dulu ye. kacian yg kat oversea tu x da jual novel melayu kan

Anonymous said...

yeke?? x syok la klu dh nk abis..smbung la cite nisa g blajar oversea plak msti best pnye!

Rohaida Rahman said...

wahhhhhh nak publish yeaaa???
if yes, CONGRATULATIONS!!!!!!
pasti akan rindu Lisa & Ustaz, tapi klu dpt pegang buku nanti lagi best boleh bawak tido :-)) ...
all the best!!

srikandi umar said...

kenape ke2 terakhir..sedihnyer...kami tertunggu2 entry yg terbaru,,teruskanlah...

Blue Rose said...

kdua trakhir???
alaaa sdihnyerrr ;(

LaDY YeLLow said...

n3 kedua terakhir? knp...xmau la, nak lagi nak lagi...citer ni best sgt....plzzzz

Bunga Syurga said...

ala....kte tiap2 ari bukk blog ni nk tngok n3 bru kuar...tp skunk tetibe nk abis...cedihnyew....please...nk lg...jgn la abis cpt...pleaseeeeeeeee...T_T

Anonymous said...

huhu...jgn lah...nk lagi....
bukukan yerk!
asal bg hafiz selalu ckap yer nak g jauh? xmo kemungkinan 'itu'. nak drg happy ending.

qaseh rusadi said...

ala panjankan la lagi jalan cerita ni.... kalu ni entry kedua terakhir... mcm x best la cerita ni... sumpah x best sbb pendek cetot sgt cerita nya... tak sempat nak rasa suspen bila hubungan dieowng ni de masalah terbesar sgt ker.... baru la dramatik.... panjang kan jalan cerita ni.... kasi dramatik tahap tak tahu nk cakap plss..

sAkEeNa said...

whoa..kalu nk brenti sbb nk publish org skong..tpi kalu nk sad ending...xnaklah..uhu..plizzz

Anonymous said...

adakah hafiz akan mati? Lain mcm jer bunyi n3 kali ni.
Kalau nak publish pun, keep on posting smp buku keluar dpasaran. Tentu bosan tunggu buku siap.
Tapi lpas ni bleh smbg citer aiman amalina kan?!

aisyah affani said...

jaganlh abis kan cpat sngt,.. wat lah smpi lisa mmg cinta dla nagn ustaz hafiz.. cer boleh p jauh lagi sampai mlm ptama ke,, smp[ai ada anak ke... smpi joe kwen ke,,, jgn matikan watak ye,,, plezzzz,, sperti kbnyakkn novell.. kkkkk

Anonymous said...

janganlah ,, takkan ending nak wat ustaz xcdent dan pass away,, pastu joe pnyelamat hatui lisa so,, x best... kmbangkan lagi plessss,, yg mcm aisyah affani ckp uhh bru gempak,,pless sdihnya,,,, cer ni bnyk pngjaran au,, cer my little bridle luar punya,, yg awak wat ni versi malaysia pnya.. wat bnyak 2 prbezaan k....

Anonymous said...

Plsssssssssss continue.. saya baca novel ni hilang stress saya.. kalu kuar novel, gerenti saya beli..

Anonymous said...

org baik mcm ust hafiz ni mmng ALLAH "SAYANG" dlm relitinya...tp dlm SAU ni xnak le cpat sgt ending cmtu trjdi ..coz suke sngt cra dia bimbing lisa tobe a good wife+good muslimah..nak ambik jd pnduan.TQ.so please continue ye..

Dya Ezlia said...

OMG!!!!!
Pliz!!!!!!!!!
tlg lha jgn jdikn ney scnd laz n3...
sy jnji sy akn bli ble novel ney da publish..
but,,better smbong lg crite ney in dis blog..
:D

Anonymous said...

ala jangan la ustaz hafiz mati....x best...saya tertunggu2 tiap2 hari nk bca nvel nie...best sgt...keep on writing smpai kluar belh????novel nie BBBBEEEEEESSSSSSTTTTTTTTT SGT!!!

adeline icha said...

jgn la yg kedua akhir....
buring la.....p[anjang la cikit...
huhuhu

I-eim7 said...

jgn lla habis...klu publish pom okey...jgn la ustaz mati x best.... klu novel nie publish saya garenti akn bli punyer... hrp2 klu ustaz acident pom dio koma... pastu lisa myesal n belajr sugh2 sampai dpt full a's n dpy g oversea... pastu ustaz sdr...diorg hpy la ending dier...please....

Anonymous said...

jngnla terakhir...klo xde idea crila idea...i really luv dis novel...hope, klo novelni kuar...ckp tau...sbb i rse da jtuh aty dngn character ustaz tu...

Anonymous said...

Jgnla fkr yg bkn2 korg...xde nyer ustaz tu mati... x pn juzt accident... dpt jgk kte tgk lisa syg x kat ustaz tu...hehex n hope jgk bku ni x hbz kat cnie je... nk lg...syg r...hehex

azie said...

novel ni terbit kt kaki novel ke??/