::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

02 December 2011

Cerpen: Bukan Tak Sudi 01

Ini cerpen. Seriously, ini bukan mini novel. Insya Allah hanya ada 4-5 entry je sebelum fully siap. Nak unwind daripada sambung KS or Bidadari. ^^, v
Bukan Tak Sudi.
            Aku dan Naufal sama-sama duduk atas bangku yang dibuat oleh atok. Mata aku tak lepas daripada memerhatikan sawah padi yang terbentang luas. Warna hijau daun-daunnya mendamaikan mata yang melihat. Aku menghela nafas perlahan. Naufal yang sejak tadi mematikan diri sedikit sebanyak membuatkan aku serba salah nak bercakap. Semenjak aku memberitahu dia tentang surat yang tiba dua hari lepas, kawan baik aku ni terus berubah laku. Sedih aku dibuatnya.
            “Fal...”
Dia tak menjawab.
“Fal, kau janganlah macam ni. Aku pergi dua tahun je. Lepas tu, aku balik sinilah...”
Naufal tidak berkutik. Aku tahu dia tak bersetuju dengan rancangan aku. Dua hari lepas, atok menunjukkan surat tawaran belajar di salah sebuah asrama penuh di negeri Melaka. Tawaran yang memang aku tunggu-tunggu semenjak keluarnya keputusan PMR tahun lepas. Tawaran yang memang aku harapkan untuk memberi pengalaman baru dan belajar untuk hidup berdikari.
“Ta tapi, ka kalau kau dah tak a ada kat sini... si siapa la lagi nak berkawan dengan aku? Kau ta tahu-tahu ajelah bu budak-budak lain layan aku macam mana. Sa sampai hati kau nak ti tinggalkan aku pulak...” sayu Naufal bersuara.
Naufal, satu-satunya kawan baik aku yang daripada kecil aku berkawan. Badannya kecil, cakapnya sedikit gagap, kulitnya pula tak sebersih orang lain. Penampilan dia itulah menyebabkan dia selalu dibuli dan diejek ‘budak lembik!”. Lagi-lagi oleh si beruang kutub Fakhrul. Ada sahaja cara dia hendak mengenakan Naufal. Naufal pula tak reti hendak melawan. Bila melihatkan, aku baik dengan Naufal, bertambah ‘beranglah’ si beruang kutub tu.
Namun, dalam kekurangan Naufal itu, dia dianugerahkan otak yang cerdas dan kreatif. Sebab itulah aku suka berkawan dengan dia. Hatinya bersih. Jarang dia buat benda-benda yang menyakitkan hati ibu bapa dia. Keputusan peperiksaannya jarang di bawah top five dalam tingkatan. Kekreatifan dia pula terserlah di dalam bidang seni. Lihat sahaja lukisan-lukisan yang dia hasilkan sewaktu duduk di bawah pokok di hadapan rumahnya. Satu perkara yang aku kagum pada Naufal, dia boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menulis tanpa menunjukkan perbezaan pada tulisannya.
“Kalau macam tu, kau pergilah maktab tu. Aku dah banyak kali cakap, kau lupakan je masalah kau dekat sini. Kau je yang degil!” sekali lagi aku memaksa dia untuk menerima tawaran yang dia terima.
Naufal menggelengkan kepalanya. Menolak cadangan yang aku utarakan. Aku mendengus geram. Bosan bila dia tetap hendak menolak tawaran ke MRSM Muar. Katanya, susah hendak mulakan hidup baru.
“A aku dah banyak kali cakap, a aku tak nak! A aku tak sanggup lagi dah. Dekat sa sana nanti, mesti lagi teruk a aku kena buli. Kau tahukan, as asrama ni banyak kes buli? Lagi-lagi la laki macam aku ni. Kau nak ka kalau muka aku masuk dalam surat khabar sebab ke kena bunuh?” soalnya.
“Hei! Mulut tu, mintak bukan-bukan!” marahku lalu menepuk keras bahu Naufal. Seketika kemudian, dia tersenyum-senyum. Cukup membuatkan hati aku sakit melihatkan senyuman dia. Aku tengah risau, dia tayang muka sengih pulak.
“Sa sayang jugak ka kau dekat aku, ya?” usiknya.
Aku memuncung. Kalau sekejap tadi moodnya yang mendung, kali ni, mood kami bagai tertukar pula.
“Tak sayang! Sebab tu aku suruh kau pergi maktab tu!” balasku geram. Aku mengharapkan masa depan kami sama-sama cerah kalau ke sana, dia pula yang sebut bukan-bukan. Siapa yang tak marah?
Naufal membungkam. Wajahnya kembali mendung. Mulutnya bergerak-gerak seolah ingin menyatakan sesuatu, tetapi tiada suara yang kedengaran.
“Aku tahu, kau bukan tak nak pergi sebab takut kena buli...” aku cuba untuk mendalami hati dia. “Mesti ada sebab lain ni. Kau ni kan kuat semangat orangnya! Kena buli dengan si beruang tu pun, aku rilek je. Betul tak?” cucukku lagi.
Pasti ada sesuatu yang dia fikirkan. Bukan aku tak tahu, Naufal sungguh-sungguh berharap dapat pindah daripada sekolah kami sekarang. Masa kami sama-sama memohon untuk masuk ke asrama, dia yang berangan-angan untuk mendapat sama tempat dengan aku.
“A aku sebenarnya...” kata-katanya terhenti. Naufal mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Wajahnya sedikit memerah. Membuatkan aku tertanya-tanya sendiri. Isk! Mamat ni demam ke?
“Sebenarnya apa?”
Naufal menunduk. Telinga aku bagaikan terdengar suara Naufal menyebut sesuatu. Dahi aku berkerut. Apa yang dia cakap? Langsung tak dapat tangkap dek telinga ni. Sejak bila Naufal pandai malu-malu dengan aku ni?
“Fal... kau cakap apa ni? Aku tak dengarlah! Cuba cakap kuat sikit!” tegurku.
Naufal akhirnya mengangkat muka. Mukanya masih merah. Comel pulak aku tengok dia dalam keadaan macam ni. Terus bibir aku tersenyum nipis. Matanya dilarikan daripada memandang kau. Aku terpandangkan dia menggenggam tangannya, seolah-olah mencari kekuatan. Sekali lagi dahi aku berkerut melihatkan tingkah Naufal. Kenapa dengan budak ni?
“A aku sebenarnya tak ki kisah ke kena buli, Siti. Se sekalipun muka aku ma masuk surat khabar sebab mangsa bu buli pun, aku tak takut. Ta tapi, aku nak se semangat aku ada sekali de dengan aku...” Naufal berhenti seketika.
“A aku sukakan kau.  Siti. A aku sayangkan kau. A aku tak nak kau pergi jauh da daripada aku, Siti. Se sebab tu, aku nak tolak tawaran tu. A aku nak kau pun tolak. Ki kita belajar sama-sama. Macam se sebelum-sebelum ni...”
Aku tergamam sebaik sahaja Naufal menghabiskan kata-katanya. Kami sama-sama terdiam. Naufal sudah menunduk dengan kaki bermain-main dengan selipar di atas tanah. Sesekali angin menampar lembut pipi dan rambut aku yang terjuntai di dahi. Naufal... sukakan aku? Aku terasa seram sejuk. Jantung aku macam gendang kena palu. Biar benar? Mata dikerdipkan dua tiga kali, ingin memastikan yang memang Naufal yang duduk di sebelah aku. Naufal masih diam, tidak bergerak, menunggu balasan daripada aku yang sudah kehilangan kata-kata.
“Naufal, aku...” aku terdiam. Suka? Sayang? Selama ni aku hanya anggap Naufal kawan aku. Kawan untuk belajar sama. Tapi tak sangka pula dia ada perasaan lain terhadap aku.
“Aku sebenarnya...” sekali lagi aku kematian kata-kata. Naufal tiba-tiba menggeleng perlahan. Kepalanya diangkat sedikit, memandang aku disebelah dengan senyuman tawar.
“A aku sedar a aku tak sesempurna Fakhrul yang su sukakan kau. A aku faham, Siti. Tak apalah. Ka kalau kau tak sudi... anggap saja a apa yang aku cakap ni gurauan. Oklah! A aku nak balik. Ta takut mak a aku cari. A apa-apa pun, aku do doakan kau be berjaya dekat sekolah ba baru kau.”
Naufal menyarung seliparnya sebelum berdiri. Aku hanya memerhatikan perlakuannya tanpa sedikit pun menghalang. Kejutan yang dia berikan belum berjaya membuatkan suara aku keluar. Akhirnya, aku hanya memandang Naufal yang sudah jauh meninggalkan aku yang masih terpaku di sini. Naufal...

3 comments:

kleo said...

akak! best sangat-sangat! ^^ sambung lagi kak! good job! *clapping hands*

blinkalltheday said...

hohoho, nice intro dik..

Anonymous said...

nice entry writer!
keep it up!