::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

09 December 2011

Cerpen: Bukan Tak Sudi

Full version. ^^

Bukan Tak Sudi.

Aku dan Naufal sama-sama duduk atas bangku yang dibuat oleh atok. Mata aku tak lepas daripada memerhatikan sawah padi yang terbentang luas. Warna hijau daun-daunnya mendamaikan mata yang melihat. Aku menghela nafas perlahan. Naufal yang sejak tadi mematikan diri sedikit sebanyak membuatkan aku serba salah nak bercakap. Semenjak aku memberitahu dia tentang surat yang tiba dua hari lepas, kawan baik aku ni terus berubah laku. Sedih aku dibuatnya.

“Fal...”

Dia tak menjawab.

“Fal, kau janganlah macam ni. Aku pergi dua tahun je. Lepas tu, aku balik sinilah...”


Naufal tidak berkutik. Aku tahu dia tak bersetuju dengan rancangan aku. Dua hari lepas, atok menunjukkan surat tawaran belajar di salah sebuah asrama penuh di negeri Melaka. Tawaran yang memang aku tunggu-tunggu semenjak keluarnya keputusan PMR tahun lepas. Tawaran yang memang aku harapkan untuk memberi pengalaman baru dan belajar untuk hidup berdikari.

“Ta tapi, ka kalau kau dah tak a ada kat sini... si siapa la lagi nak berkawan dengan aku? Kau ta tahu-tahu ajelah bu budak-budak lain layan aku macam mana. Sa sampai hati kau nak ti tinggalkan aku pulak...” sayu Naufal bersuara.

Naufal, satu-satunya kawan baik aku yang daripada kecil aku berkawan. Badannya kecil, cakapnya sedikit gagap, kulitnya pula tak sebersih orang lain. Penampilan dia itulah menyebabkan dia selalu dibuli dan diejek ‘budak lembik!”. Lagi-lagi oleh si beruang kutub, Fakhrul. Ada sahaja cara dia hendak mengenakan Naufal. Naufal pula tak reti hendak melawan. Bila melihatkan, aku baik dengan Naufal, bertambah ‘beranglah’ si beruang kutub tu.

Namun, dalam kekurangan Naufal itu, dia dianugerahkan otak yang cerdas dan kreatif. Sebab itulah aku suka berkawan dengan dia. Hatinya bersih. Jarang dia buat benda-benda yang menyakitkan hati ibu bapa dia. Keputusan peperiksaannya jarang di bawah top five dalam tingkatan. Kekreatifan dia pula terserlah di dalam bidang seni. Lihat sahaja lukisan-lukisan yang dia hasilkan sewaktu duduk di bawah pokok di hadapan rumahnya. Satu perkara yang aku kagum pada Naufal, dia boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menulis tanpa menunjukkan perbezaan pada tulisannya.

“Kalau macam tu, kau pergilah maktab tu. Aku dah banyak kali cakap, kau lupakan je masalah kau dekat sini. Kau je yang degil!” Sekali lagi aku memaksa dia untuk menerima tawaran yang dia terima.

Naufal menggelengkan kepalanya. Menolak cadangan yang aku utarakan. Aku mendengus geram. Bosan bila dia tetap hendak menolak tawaran ke MRSM Muar. Katanya, susah hendak mulakan hidup baru.

“A aku dah banyak kali cakap, a aku tak nak! A aku tak sanggup lagi dah. Dekat sa sana nanti, mesti lagi teruk a aku kena buli. Kau tahukan, as asrama ni banyak kes buli? Lagi-lagi la laki macam aku ni. Kau nak ka kalau muka aku masuk dalam surat khabar sebab ke kena bunuh?” soalnya.

“Hei! Mulut tu, mintak bukan-bukan!” marahku lalu menepuk keras bahu Naufal. Seketika kemudian, dia tersenyum-senyum. Cukup membuatkan hati aku sakit melihatkan senyuman dia. Aku tengah risau, dia tayang muka sengih pulak.

“Sa sayang jugak ka kau dekat aku, ya?” usiknya.

Aku memuncung. Kalau sekejap tadi moodnya yang mendung, kali ni, mood kami bagai tertukar pula.

“Tak sayang! Sebab tu aku suruh kau pergi maktab tu!” balasku geram.

Aku mengharapkan masa depan kami sama-sama cerah kalau ke sana, dia pula yang sebut bukan-bukan. Siapa yang tak marah? Naufal membungkam. Wajahnya kembali mendung. Mulutnya bergerak-gerak seolah ingin menyatakan sesuatu, tetapi tiada suara yang kedengaran.

“Aku tahu, kau bukan tak nak pergi sebab takut kena buli...” aku cuba untuk mendalami hati dia. “Mesti ada sebab lain ni. Kau ni kan kuat semangat orangnya! Kena buli dengan si beruang tu pun, aku rilek je. Betul tak?” cucukku lagi.

Pasti ada sesuatu yang dia fikirkan. Bukan aku tak tahu, Naufal sungguh-sungguh berharap dapat pindah daripada sekolah kami sekarang. Masa kami sama-sama memohon untuk masuk ke asrama, dia yang berangan-angan untuk mendapat sama tempat dengan aku.

“A aku sebenarnya...” kata-katanya terhenti. Naufal mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Wajahnya sedikit memerah. Membuatkan aku tertanya-tanya sendiri. Isk! Mamat ni demam ke?

“Sebenarnya apa?”

Naufal menunduk. Telinga aku bagaikan terdengar suara Naufal menyebut sesuatu. Dahi aku berkerut. Apa yang dia cakap? Langsung tak dapat tangkap dek telinga ni. Sejak bila Naufal pandai malu-malu dengan aku ni?

“Fal... kau cakap apa ni? Aku tak dengarlah! Cuba cakap kuat sikit!” tegurku.

Naufal akhirnya mengangkat muka. Mukanya masih merah. Comel pulak aku tengok dia dalam keadaan macam ni. Terus bibir aku tersenyum nipis. Matanya dilarikan daripada memandang kau. Aku terpandangkan dia menggenggam tangannya, seolah-olah mencari kekuatan. Sekali lagi dahi aku berkerut melihatkan tingkah Naufal. Kenapa dengan budak ni?

“A aku sebenarnya tak ki kisah ke kena buli, Siti. Se sekalipun muka aku ma masuk surat khabar sebab mangsa bu buli pun, aku tak takut. Ta tapi, aku nak se semangat aku ada sekali de dengan aku...” Naufal berhenti seketika.

“A aku sukakan kau. Siti. A aku sayangkan kau. A aku tak nak kau pergi jauh da daripada aku, Siti. Se sebab tu, aku nak tolak tawaran tu. A aku nak kau pun tolak. Ki kita belajar sama-sama. Macam se sebelum-sebelum ni...”

Aku tergamam sebaik sahaja Naufal menghabiskan kata-katanya. Kami sama-sama terdiam. Naufal sudah menunduk dengan kaki bermain-main dengan selipar di atas tanah. Sesekali angin menampar lembut pipi dan rambut aku yang terjuntai di dahi. Naufal... sukakan aku? Aku terasa seram sejuk. Jantung aku macam gendang kena palu. Biar benar? Mata dikerdipkan dua tiga kali, ingin memastikan yang memang Naufal yang duduk di sebelah aku. Naufal masih diam, tidak bergerak, menunggu balasan daripada aku yang sudah kehilangan kata-kata.

“Naufal, aku...” aku terdiam. Suka? Sayang? Selama ni aku hanya anggap Naufal kawan aku. Kawan untuk belajar sama. Tapi tak sangka pula dia ada perasaan lain terhadap aku.

“Aku sebenarnya...” sekali lagi aku kematian kata-kata. Naufal tiba-tiba menggeleng perlahan. Kepalanya diangkat sedikit, memandang aku disebelah dengan senyuman tawar.

“A aku sedar a aku tak sesempurna Fakhrul yang su sukakan kau. A aku faham, Siti. Tak apalah. Ka kalau kau tak sudi... anggap saja a apa yang aku cakap ni gurauan. Oklah! A aku nak balik. Ta takut mak a aku cari. A apa-apa pun, aku do doakan kau be berjaya dekat sekolah ba baru kau.”

Naufal menyarung seliparnya sebelum berdiri. Aku hanya memerhatikan perlakuannya tanpa sedikit pun menghalang. Kejutan yang dia berikan belum berjaya membuatkan suara aku keluar. Akhirnya, aku hanya memandang Naufal yang sudah jauh meninggalkan aku yang masih terpaku di sini. Naufal...

***

“Naufal tak datang, mak cik?” soalku kepada ibu Naufal yang datang berkunjung malam sebelum aku bertolak ke Melaka.

Memandangkan aku mendaftarkan diri di sekolah baru pada hari esok, hari ini dan semalam, aku sudah tidak ke sekolah. Naufal pulak tidak pernah memunculkan diri di hadapan aku semenjak kata-katanya hari tu. Sekalipun kami terserempak dengan dia minggu lepas, dia hanya melayan aku acuh tak acuh. Aku mengeluh.

“Naufal kata dia ada kerja nak kena siapkan. Dia kirim salam pada kamu.”

Air muka aku sudah berubah. Terasa hati dengan sikapnya. Tak pernah-pernah dia melayan aku macam ni. Esok selepas subuh, kami akan bertolak dari rumah. Memang tak ada peluang langsung untuk aku berjumpa dengan dia. Sekarang ni pun sudah pukul sepuluh malam. Tak adanya ayah nak benarkan aku keluar jumpa si Naufal walaupun rumah dia hanya selang sebuah rumah dengan rumah aku.

“Ini ada hadiah untuk kamu. Belajar elok-elok Siti,” mak cik Lina menghulurkan sebuah beg plastik ke arah aku. Aku menyambut. Beg plastik itu aku buka sedikit untuk melihat isinya. Bibir menguntum senyuman.

“Terima kasih, mak cik. Cantik!”

Mak cik Lina mengangguk. “Sama-sama. Benda kecil je. Jangan tinggal solat ye. Belajar ni, kita belajar ilmu Allah. Sembahyanglah, berdoalah minta keberkatan ilmu tu daripada Dia,” pesannya lagi. Aku hanya menggangguk.

“Mak cik nak balik dululah. Dah lewat ni. Ada bising pak cik kamu tu. Tadi cakap nak ke mari sekejap je. Nab! Oh, Nab!” laungnya memanggil nama mak. Kemudian dia melangkah keluar daripada bilik aku.

Aku mengeluarkan telekung daripada beg plastik. Kain putih bersulamkan bunga berwarna pink itu aku sentuh. Lembut, sejuk! Satu kerja pula mak cik Lina menyiapkan dan menghantar kepada aku malam ni. Telekung kembali dimasukkan ke dalam beg plastik. Kemudian, aku berdiri. Sebelum aku melangkah keluar dari bilik, mata terpandangkan sekeping kad yang hendak aku berikan kepada Naufal sebelum aku berangkat esok. Memandangkan mak cik Lina belum balik, lagi bagus aku minta dia sampaikan kepada Naufal.

We were all given.


Two hands to hold,


Two legs to walk,


Two eyes to see,


Two ears to listen.


But why only one heart?


Because the other was given to someone else for us to find,


And my heart found YOURS.


Ps: Tunggu aku. =)


Kad putih itu aku masukkan ke dalam sampul. Laju aku keluar dari bilik sebelum mak cik Lina pergi. Harapnya Naufal faham maksud tersirat aku. Bibir sudah tersenyum.

***

Pagi itu, kami sudah sibuk bersiap-siap untuk berangkat. Beg-beg yang berisi pakaian, baldi yang berisi penyangkut baju dan alatan mandi aku masukkan ke dalam boot. Beg sandang yang selalu aku bawa ke sekolah aku isikan segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran. Mak dengan ayah sudah menunggu di dalam kereta.

Aku menatap rumah buat kali terakhir. Bagaikan tak percaya hari ini aku bakal duduk di asrama. Perasaan aku bercampur baur. Gembira, sedih, sayu, teruja semuanya ada. Sebaik sahaja aku menutup pintu kereta, ayah menggerakkan kereta perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah. Aku memerhatikan rumah yang sudah tinggal dibelakang. Pandangan aku beralih pula kepada bumbung rumah Naufal. Orang kata, kalau tak dapat tengok orangnya, dapat tengok rumahnya pun dah rasa lepas rindu. Itulah apa yang aku rasakan sekarang.

“Ek eh! Si Naufal ni...!” kata ayah terkejut. Serentak dengan itu kereta berhenti mengejut di hadapan rumah Naufal. Aku menjengahkan kepala ke hadapan, ingin melihat apa yang terjadi. Ek? Naufal buat apa berdiri tengah-tengah jalan raya ni?

“Sorry pak cik! Sa saya nak jumpa Siti, se sekejap!” kata Naufal.

Aku mengerutkan dahi. Mak dengan ayah hanya menggeleng. Tingkap diturunkan ke bawah, untuk memudahkan aku bercakap dengan Naufal.

“Ada apa, Fal?”

Naufal menunduk. Tangannya menghulurkan sampul putih. Kening aku terangkat sebelah. Sampul itu bertukar tangan.

“All the best!” katanya perlahan. Mukanya sedikit memerah. Aku tersenyum dan mengangguk.

“Thank you!”

Ayah kembali meneruskan perjalanan selepas Naufal ke tepi. Tangan aku melambai Naufal di belakang. Dia tidak membalas, tetapi senyumannya cukup memberi semangat untuk aku menghadapi hari yang baru. Perlahan-lahan sampul pemberiannya tadi aku buka.

9x - 7i > 3(3x - 7u)


9x - 7i > 9x - 21u


-7i > -21u


7i < 21u


i < 3u

Aku mengerutkan dahi. Apa yang cuba sampaikan dengan kad ni? Sungguh aku tak faham. Tiba-tiba bagi kad dengan equation segala bagai, mana nak faham? Aku menterbalikkan kad pemberiannya. Mana tahu ada secret note dekat belakang ni.

I <3 U.


Right here waiting,


Naufal.

Mata aku menangkap baris-baris perkataan yang Naufal tulis. Kemas tulisannya, mengalahkan aku! Hati sudah berlagu riang. Barulah aku faham makna-makna equation yang dia tulis. I love you. Cukup tersirat. Kad kembali dimasukkan ke dalam sampul dan aku selitkan di dalam beg. Aku sudah tidak mampu hendak menyembunyikan senyuman sehinggalah ditegur mak. Aduh! Malu!

***

“Siti! Ada surat untuk kau!” aku yang baru melangkah masuk ke dalam kelas terpegun mendengarkan suara Uyul menegur. Mata dihalakan ke arah Uyul yang sedang melangkah masuk melalui pintu belakang kelas. Dahi aku berkerut.

“Kau cakap apa?”

“Ada surat untuk kau. Tadi aku pergi office, ambil surat yang mak aku pos. Ternampak ada nama kau sekali. Baru sampai agaknya. Pergilah ambil.”

Aku mengangguk. Surat! Mesti daripada Naufal. Aku tersenyum dalam diam. Hati sudah melagukan irama indah. Rasa macam nak terbang ke pejabat tu. Sabar, Siti... sabar! Takkan lari surat dikejar. Hihihi! Selepas meletakkan botol air yang baru diisi, aku berjalan keluar daripada kelas. Langkah diatur menuju ke arah pejabat sekolah yang tidak jauh daripada kelas aku. Pintu bilik dibuka. Terasa hawa dingin yang keluar daripada pejabat. Laju aku membelek tempat yang diletakkan surat-surat untuk pelajar.

“Hai! Dapat surat daripada boyfriend ke?” sinis suara Fakhrul menegur sewaktu aku melangkah masuk ke dalam kelas.

Aku memuncung. Sakit hati dengan teguran sinis dia. Geram! “Suka hati akulah. Yang kau sibuk nak jaga tepi kain aku, apasal?!” marahku.

Dua tahun sekelas dengan Fakhrul, cukup menjengkelkan. Oh, silap! Dicampur dengan sewaktu di menengah rendah, lima tahun sebenarnya aku sekelas dengan dia. Entah apalah malangnya dapat sekelas dengan dia semasa di sini. Masa aku mendaftar, Fakhrul sebenarnya tak dapat pun tawaran ke sekolah berasrama ni. Tetapi, dah rezeki dia agaknya... masa pelajar panggilan kedua mendaftar, dengan bangganya dia melangkah masuk ke dalam kelas aku. Lepas tu, suka sangat menyakitkan hati aku setiap kali aku dapat surat daripada Naufal. Sabar sahajalah!

“Apa ayat-ayat jiwang dia kali ni? Hahaha! Tak sangka ye, budak lembik macam tu, gagap, dahlah rupa pun hish.... ada jugak perempuan nak? Buta agaknya perempuan tu!” kata Fakhrul kuat.

Aku menahan geram. Ini bukan kali pertama dia berkata begitu. Tahun lepas pun, dia pernah pecahkan almari aku di dalam kelas semata-mata hendak mencari ‘surat cinta’ daripada Naufal kononnya. Entah macam mana malangnya nasib aku hari tu, boleh pula kad yang baru aku terima, aku terlupa hendak bawa balik ke asrama. Sekuat-kuat hati si beruang tu baca dalam kelas. Tak pasal-pasal jadi kes dekat sekolah. Seminggu jugak aku kena panggil dengan Ustazah Mashitah untuk kaunseling.

“Apa tujuan Fatimah bercouple sebenarnya, Fatimah?” soal ustazah lembut. Kalau empat hari lepas, ustazah sekadar berbual kosong. Dia bertanyakan latar belakang aku, keluarga aku, bertukar cerita dengan hidup dia, berkongsi cerita tentang zaman belajar... hari ni, barulah aku terasa lain mendengarkan soalannya.

Aku tertunduk. Segan rasanya bila baru tingkatan empat sudah kena panggil masuk ke dalam bilik ni buat kali kelima. Mujurlah hari ni hari terakhir aku kena menghabiskan masa dengan dia. Sudahlah bilik ni terletak di kawasan kelas pelajar tingkatan 5!

“Saya sayangkan dia, ustazah...” balasku berani walaupun tidak memandang muka Ustazah Mashitah.

“Hrm... ya! Kalau Fatimah tak sayang dia, takkan Fatimah couple dengan dia, kan?”

Aku diam.

“Jadi apa tujuan Fatimah couple dengan dia? Fatimah nak kahwin dengan dia lepas belajar ke?” asak ustazah dalam lembut.

Aku termangu. Kahwin? Aku? Naufal? Entahlah! Apa yang pasti, bila aku mengingati dia, fikiran aku jadi tenang, hati aku berbunga-bunga. Perasaan yang tak pernah aku rasakan sebelum ini.

“Ya!” kataku yakin lalu mengangkat sedikit muka, memandang ustazah.

Ustazah tersenyum simpul. Kepalanya dianggukkan perlahan.

“Bagus! Fatimah ada perancangan masa depan. Saya suka orang yang berfikiran jauh. Saya tak salahkan Fatimah kalau Fatimah bercinta.”

Terangkat sebelah kening aku mendengarkan kata-kata ustazah. Dahi aku sudah berkerut. Ustazah ni biar benar? Takkanlah cerita-cerita senior tentang ustazah ni strict dan garang sebenarnya tipu belaka?

“Cuma, apa yang salah adalah cara tu, Fatimah...”

Aku menelan air liur.

“Cinta itu fitrah. Saya tak pernah menghalang orang bercinta. Saya tak pernah marahkan anak-anak didik saya yang hendak bercinta. Teruskanlah! Siapa saya untuk menghalang perasaan yang Allah dah jadikan?”

“Tapi, saya hanyalah dengan cara bercinta yang dihalalkan Allah. Cara yang Fatimah buat ni, salah. Ya, memang Allah yang menciptakan perasaan kasih, belas, sayang, cinta. Tapi itu tak bermakna kita boleh salurkan perasaan itu dengan cara yang tak betul. Allah ciptakan perasaan kasih sayang. Tujuannya, untuk kita, orang-orang yang beriman ni berkasih-sayang. Merapatkan tali persaudaraan, agar tiada rasa benci, agar tiada perasaan iri hati, agar kita sama-sama rasa sakit bila saudara kita berada dalam kesusahan. Jadi, bila kita ada perasaan sayang itu, tak akan ada masalah. Sebab, kita akan rasa susahnya juga, sakitnya juga bila saudara kita ditimpa masalah-masalah tu...” kata ustazah lagi.

“Kalau macam tu, apa masalahnya kalau saya bercinta sekalipun? Sayakan orang yang beriman?” soalku berani.

Ustazah Mashitah hanya terangguk-angguk mendengarkan soalan aku. Sedikit pun tidak terkejut apabila aku berani bersuara. Tapi, betul apa? Ustazah jugak yang cakap, Allah ciptakan perasaan itu untuk orang yang beriman berkasih sayang? Jadi, apa masalahnya?

“Memang Allah suruh kita berkasih sayang. Tapi Allah juga dah mengingatkan kita, kasih sayang antara lelaki dan perempuan yang dia ciptakan hanya antara pasangan suami isteri. Bukan pasangan kekasih...”

“Habis tu? Takkanlah saya sendiri pulak yang buat-buatkan perasaan tu kalau bukan dari Allah?” balasku geram.

Ustazah tersenyum lagi. “Bukan Fatimah yang munculkan, tetapi syaitan yang mencampakkan benih-benih perasaan kasih sayang tu. Kasih sayang itu daripada syaitan, Fatimah. Bukan Allah...”

“Kalau macam tu, kenapa Allah izinkan syaitan mencampakkan perasaan tu? Kalau Allah tak izinkan, mesti tak akan ada masalah sekecil ni kan? Mesti ustazah bosan nak melayan masalah couple setiap tahun,” kataku sinis.

“Fatimah... Fatimah...” perlahan ustazah memanggil, seolah-olah mengeluh apabila aku asyik membalas kata-katanya.

“Kenapa Allah izinkan, ya? Berbalik kepada kisah penciptaan Adam, Fatimah. Fatimah lupa ya?” usik ustazah.

Aku tidak memberikan apa-apa reaksi.

“Bila Allah memerintahkan syaitan sujud kepada Adam, dia tak mahu. Katanya, dia lagi mulia daripada Adam. Apabila Allah murka, syaitan meminta izin untuk menyesatkan manusia. Allah izinkan. Tetapi itu tak bermakna Allah tak adil. Allah sayang sangat hambaNya, Fatimah. Dia berikan kitab sebagai petunjuk. Dia akan sentiasa mengampunkan hamba-hambaNYa yang tergelincir kerana ikutkan nafsu.”

“Tapi, ustazah... Saya bukannya berzina dengan boyfriend saya pun?”

“Ya... alhamdulillah, Allah masih melindungi Fatimah daripada terjebak dengan perkara-perkara haram tu, Fatimah. Saya bersyukur sangat. Mungkin Fatimah tak berzina, Fatimah. Tetapi hati Fatimah bagaimana? Fatimah berani cakap Fatimah tak pernah teringin sekalipun untuk peluk boyfriend awak?” soal ustazah.

Muka aku terasa panas. Malu dengan soalan yang dia ajukan. Aku menggeleng.

“Mungkin Fatimah belum pernah terasa lagi, sebab Fatimah dengan dia jauh. Tapi cuba kalau Fatimah dengan dia duduk sebelah-sebelah. Pernah tak Fatimah teringin nak pegang tangan dia? Kalau melintas jalan, dia pimpin tangan Fatimah, bagaikan melindungi Fatimah. Bermesra? Bermanja?”

“Saya bercinta dengan dia, tapi saya tak pernah buat perkara-perkara yang ustazah cakapkan tu. Saya couple, tapi saya ok!” kataku, cuba untuk meyakinkan dia.

“Ok. Secara luarannya, Fatimah ok. Alhamdulillah. Tapi bagaimana dengan hati Fatimah? Pernah Fatimah ingatkan Allah lebih daripada Fatimah ingatkan boyfriend Fatimah? Pernah Fatimah rindukan Allah lebih daripada Fatimah rindukan boyfriend Fatimah? Masa sembahyang, pernah tak Fatimah sembahyang segembira Fatimah terima surat daripada boyfriend Fatimah ataupun Fatimah sembahyang kerana terpaksa?” soalnya bertalu-talu. Tangannya menunjukkan kad yang diberikan Fakhrul kepada dia.

Aku menggigit bibir. Perlahan-lahan aku menggeleng.

“Hati kita ni Fatimah, penting sangat. Hati kita menunjukkan betapa ikhlasnya kita dalam beramal kepada Allah. Kalau hati kita dah terpalit dengan noda-noda yang hitam, macam mana hati kita nak ikhlas dan seronok bila beramal?”

Aku memerhatikan mata ustazah dalam-dalam.

“Fatimah tahu, dalam badan manusia ni, ada seketul daging yang bila daging itu baik, maka baiklah satu badan kita. Tapi, kalau daging itu rosak, maka, rosaklah diri kita. Daging itulah sebenarnya hati kita. Setiap kali kita langgar perintah Allah, lakukan apa yang DIa tak suka, bertambah rosaklah hati kita...”

Aku mengangguk lemah.

“Sebab itulah kita kena berusaha menjaga hati kita. Mesti ada hikmah setiap pengharaman Allah tu. Macam Allah mengharamkan arak. Arak boleh membuatkan akal kita rosak. Betapa Allah sayang kepada hambaNya, Allah tak hanya mengharamkan arak untuk umat Islam, tetapi juga untuk bukan Islam. Sebab itulah ada 10 orang yang dilaknat Allah berkaitan dengan arak. Semuanya untuk kebaikan kita kat dunia ni, untuk menjaga keselamatan hamba-hambaNya yang Dia cintai...” kata ustazah lembut.

“Oklah. Saya rasa, Fatimah dah faham apa yang saya cuba sampaikan. Cubalah perlahan-lahan. Kalau tak boleh nak lakukan hari ni, mungkin esok. Tapi, kalau boleh, buatlah sebelum terlambat,” Ustazah Mashitah mengakhiri kata-katanya. Kemudian, kami sama-sama berjalan keluar bilik. Sempat aku bersalam dan mencium tangannya sebelum kami berpisah. Tapi, itulah! Pesanannya tahun lepas bagaikan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Taufik Allah tak sampai lagilah tu!

***

‘Every time I look at the keyboard, I see that U and I are always together.’


Right here waiting,


Naufal.
Buat kesekian kalinya aku tersenyum memandang kad pemberian Naufal minggu lepas. Terasa minggu-minggu yang sibuk untuk persediaan peperiksaan bulan hadapan sedikit ceria apabila mendapat kad daripada dia. Boleh dikatakan setiap pertengahan bulan, kami akan bertukar-tukar kad. Walaupun tiada kata-kata bertanyakan khabar, kehadiran kad ini cukup memberi semangat untuk aku sama-sama belajar.

Baru aku hendak memasukkan kembali kad hitam itu ke dalam sampul, tanpa amaran Fakhrul terus merampasnya daripada tangan aku. Aku tersentak. Bulat mata aku memandang Fakhrul yang membuat gaya hendak muntah membaca kad itu.

“Everytime I look at the keyboard, I see that U and I are always together. Huh! Nak muntah aku baca!” katanya kuat.

Masing-masing di dalam kelas memandang aku dengan Fakhrul tak berkelip. Seketika kemudian, masing-masing kembali melakukan kerja masing-masing. Sudah biasa mendengar suara Fakhrul mengutuk aku di sini. Aku menahan geram di dalam hati. Kalau diikutkan perasaan, memang aku dah tampar budak ni. Dari tahun lepas nak mencari pasal dengan aku. Tak faham betul! Tiba-tiba Fakhrul ketawa, bagai terbayangkan sesuatu yang kelakar.

“Agaknya, macam manalah budak gagap tu baca, kan? Mesti macam ni, a a a I ss ss see da da da that yu yu you a a a and a a a a I a a a are...”

Pang!

Fakhrul terdiam. Aku tersentak. Tak sangka apa yang aku bayangkan difikiran kini sudah aku lakukan. Tangan terasa kebas selepas menampar pipi Fakhrul. Fakhrul melemparkan kad aku di lantai. Tangannya mengusap-usap pipi yang sedikit merah. Matanya mencerun memandang aku, lagaknya hendak menelan je.

“Kau tampar aku?” soalnya tak puas hati.

Aku mengangguk puas. Terasa puas hati aku dapat membalas apa yang dia lakukan kepada aku sepanjang di sekolah ni. Tak sangka, bila masuk asrama, makin teruk perangai dia.

“Kau tampar aku?!” katanya sekali lagi.

“Ya! Memang aku tampar kau! Sebab kau kurang ajar sangat! Allah dah kurniakan mulut tu elok bercakap, kau hina orang macam orang tu sampah. Kalau kau nak tahu, mulut kau ni, jauh lagi busuk daripada tangki najis dekat asrama kau tu!” kataku geram.

Fakhrul tergamam. Dia memandang aku bagaikan tidak percaya. Aku menggigit bibir.

“Aku benci kau Fakhrul. Aku tak tahu kenapa aku jumpa kau daripada form 1 sampai form 5. Aku muak dengan perangai kau. Tak cukup dengan buli Naufal dekat sekolah lama, kau nak buli aku dekat sini pulak?” soalku sinis.

“Kau silap besar!” kataku tegas.

Laju aku menolak Fakhrul menjauhi aku dan kad yang jatuh di sebelah kakinya aku ambil dan masukkan ke dalam laci meja. Tak puas dengan itu, aku tendang perlahan belakang lututnya sehingga dia terduduk. Aku tersenyum puas.

***

“Sampai bila kau nak bergaduh dengan si Fakhrul tu?” Sarah menyoal sewaktu kami lepak di dalam dorm selepas bacaan surah Al-Mulk.

Aku hanya diam, tidak mahu memberikan apa-apa komen.

“Bukan ke kau dengan dia bukan kawan baik dari sekolah lama?” soal Sarah lagi.

Aku mengeluh.

“Bila masa aku dengan dia kawan baik? Aku tak pernah baik dengan dia tahu? Dia tu, menyakitkan hati kawan baik aku lagi, adalah!” balasku geram.

Sarah tersenyum. “Kawan baik ke, boyfriend kau, Naufal?”

Aku mencebik. “Samalah tu! We are bestfriend too, what?” kataku selamba. Tak ada apa hendak dirahsiakan daripada umum. Memang satu sekolah dah tahu aku ada boyfriend di luar. So, what?

“Iyalah... habis tu, apa yang buat kau gaduh besar dengan Fakhrul?” soal Sarah lagi.

Aku menggeleng perlahan. “Bukan semua orang dah tahu ke sebab apa aku gaduh dengan dia? Dah seminggu pun, kan? Kenapa baru hari ni kau nak siasat lebih-lebih?”

Giliran Sarah pula yang menggeleng. “Sebab aku belum tahu!” tegasnya.

“Dia kurang ajar sangat. Aku ajarlah sikit,” kataku pendek.

Sarah sudah tergelak. “Sampai dia mintak tolong aku paskan ini dekat kau? Dia kata kat aku, kalau dia panggil, kau buat bodoh, tak nak bercakap dengan dia.”

Aku tersenyum sinis. Teringat-ingat muka Fakhrul yang keruh setiap kali dia panggil aku buat pekak. Kalau dah memang tak tahan sangat dengan dia, aku pergi lepak dekat library. Selamat! Dah buat salah banyak kali, dah aku diamkan banyak kali, baru inilah nak mintak maaf berkali-kali. Menyampah! Sekeping kertas testpad yang dilipat menjadi kecik Sarah hulurkan kepada aku. Kening aku bertaut. Apa pulak ni?

I’M SORRY.


SOMETIMES I GET JEALOUS THINKING THAT SOMEONE ELSE COULD MAKE YOU HAPPIER THAN I COULD.


I GUESS IT’S MY INSECURITIES ACTING UP.


BECAUSE I KNOW I’M NOT THE HANDSOME, SMARTEST, OR MOST FUN AND EXCITING.


BUT, I DO KNOW THAT NO MATTER HOW HARD AND AND LONG YOU LOOK;


YOU’LL NEVER FIND SOMEBODY THAT LOVES YOU LIKE I DO.


Aku terpempan. Jantung aku berdegup kencang. Tak tahu apa yang aku rasakan sebenarnya. Jangan kata Fakhrul sukakan aku? Ah! Tak. Tak akan ada sesiapa lagi yang seistimewa Naufal. Naufal itu gagap, tapi gagapnya tak pernah menyatakan sesuatu yang menyinggung hati orang lain. Badannya kecil, tapi kecil-kecil itulah yang banyak berkongsi ilmu dengan aku sewaktu ketika dahulu. Kulitnya tak sebersih orang lain, namun itulah yang membuatkan Naufal istimewa di hati aku. Tak ada orang lain!

“Kau cakap dengan dia, aku tak nak dengar nama dia pun sampai mati!” balasku geram. Sarah terkesima.

***

“Kau nak qiam sekali malam ni?” soal Husna sewaktu aku sedang membelek buku rujukan Sejarah. Aku mendongakkan muka, memandang Husna yang berdiri di hujung katil.

“Pukul berapa kau nak bangun?” aku bertanya.

Husna menjeling ke arah jam yang tergantung di dinding, di atas pintu.

“Dalam pukul empat setengah bolehlah. Subuh pun masuk awal dah sekarang!”

Aku mengangguk malas. “Bolehlah. Kau kejutkan. Kalau aku larat, aku bangun.”

“Ok...”

Aku kembali membaca buku yang masih setia di tangan. Fikiran aku sudah melayang jauh, membayangkan saat-saat bergelut dengan peperiksaan tidak lama lagi. Mengingatkan SPM yang semakin menghampiri, aku menelan air liur. Risau, takut, cuak dan semua perasaan yang tidak sedap mula muncul. Walaupun boleh dikatakan setiap hujung minggu, aku rajin mengikut Husna menunaikan solat malam, ia bagaikan tidak memberi apa-apa makna. Aku mengeluh. Kata-kata Ustazah Mashitah bagaikan terngiang-ngiang di telinga.

“Hati kita ni Fatimah, penting sangat. Hati kita menunjukkan betapa ikhlasnya kita dalam beramal kepada Allah. Kalau hati kita dah terpalit dengan noda-noda yang hitam, macam mana hati kita nak ikhlas dan seronok bila beramal?”

Takkan sebab hubungan aku dengan Naufal, aku jadi macam ni? Kenapa sejak akhir-akhir ni, aku rasa hidup aku macam robot? Bila waktu prep aku turun, habis kelas, aku balik asrama. Ikutkan sahaja waktu yang telah ‘diprogramkan’ oleh cikgu-cikgu di sini. Ya Allah, kenapa dengan aku ni?

Buku ditutup dan diletakkan di sebelah. Muka diraup dengan tapak tangan, seolah-olah mencari ketenangan. Kad-kad permberian Naufal yang aku selitkan di bawah tilam, aku keluarkan. Ayat-ayat jiwang tulisannya aku baca. Sedikit pun tidak berjaya hendak menenangkan hati aku. Aku mengeluh.

“Kau nak pergi mana?” soal Sarah sewaktu aku bangun dan mencapai tudung untuk keluar dorm. Duduk di sini, terpaksalah aku pakai tudung untuk mengikut peraturan walaupun kalau di rumah, aku lagi selesa membiarkan rambut ikal aku dibuai angin.

“Bilik air, ambil wudhuk.”

Sarah mengerutkan dahi. “Bukan ke kau dah sembahyang?”

Aku mengangguk. “Aku nak baca Quranlah.”

“Oh! Okay...” Sarah kembali fokus dengan kerjanya.

“Husna...” panggilku pula. Husna mengangkat muka. Melihatkan sahaja isyarat tangan aku, dia mengangguk. Aku hanya tersenyum sebagai tanda berterima kasih.

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan mendapat kepuasan dan mendapat keredhaan dari-Nya. Dan silalah masuk ke dalam kumpulan para hamba kesayangan Ku. Dan silalah masuk ke dalam syurga Ku. (89:27-30)

“Apa yang dimaksudkan dengan jiwa yang tenang?” soalku kepada Husna sebaik sahaja menamatkan surah Al-Fajr untuk malam itu. Walaupun aku baca sedikit merangkak namun terasa hati ini tenang setelah selesai membaca kata-kata cinta daripada Allah.

“Jiwa yang tenang?” soal Husna dengan dahi berkerut. Tangannya bermain-main dengan pensel yang terselit di jari.

Aku mengangguk. Potongan ayat yang membuatkan aku tertarik tadi aku tunjukkan kepada dia. Bagaikan tahu-tahu sahaja hati aku tengah tak tenang, terus terkena dengan ayat ni.

“Oh! Maksudnya, jiwa penghuni syurga, jiwa mereka yang hidupnya tenang dengan setiap qadha’ dan qadar Allah Ta’ala sama ada dalam kesusahan atau kesenangan,” jelas Husna.

Aku mengangguk tanda faham. “Thanks! Sorry kacau kau study.”

Husna hanya tersengih. “No problem!”

Al Quran kembali diletakkan di rak. Jiwa yang tenang, jiwa penghuni syurga, yang terima segala ketentuan Allah dengan tenang sama ada dalam senang atau susah. Kiranya, jiwa aku belum setenang jiwa penghuni syurga lagi ni.

***

“Assalamualaikum, ustazah!” tegurku sewaktu berdiri di sebelah meja Ustazah Mashitah. Dia yang sedang menyemak hasil kerja anak didiknya mengalih pandang ke arah aku. Bibirnya tersenyum.

“Ya, Fatimah? Fatimah ada masalah ke?”

Aku terdiam. Bagai tahu-tahu saja aku hendak berbincang dengan dia tentang sesuatu. Akhirnya aku mengangguk perlahan.

“Duduklah sebelah ni. Cikgu Nora tak datang,” ujarnya. Aku hanya menurut. “So, ada apa yang saya boleh bantu Fatimah?” soalnya lembut.

Aku menjadi serba salah untuk bertanya. Memikirkan aku sudah pun mengganggu kerja dia, rasa tak elok pula aku biarkan dia menunggu.

“Hati saya tak tenanglah, ustazah. Makin dekat dengan SPM, makin cuak saya dibuatnya. Baca buku pun, tak berapa nak masuk. Nak kata tak ingat Allah, boleh kata selalu jugak saya solat malam. Qiam apa semua...” keluhku.

Ustazah tersenyum.

“Fatimah ada masalah dengan kawan-kawan ke?”

Aku diam. Cuba untuk mengingat kembali. Serentak dengan itu, mata aku terpandangkan Fakhrul yang sedang berjalan daripada koperasi untuk menuju ke kelas. Aku tertunduk.

“Ada, ustazah...”

“Hrm... macam mana dengan solat fardhu Fatimah? Solat di awal waktu ke macam mana?”

“Macam biasalah, ustazah. Tak adalah lewat sangat...”

“Fatimah rajin baca Quran dan terjemahan?” soalnya lagi.

Teragak-agak aku menggeleng.

Ustazah Mashitah hanya tersenyum melihatkan jawapan aku. Tangannya memegang tangan aku lembut.

“Fatimah... antara salah satu sebab hati menjadi tak tenang, bila kita jarang mengingati Allah. Ya, mungkin kita rasa, kita dah solat malam, kita solat awal waktu, kita rajin baca Al-Quran... tapi, kalau kita lakukan semua tu, tak ada penghayatan, serupa macam robot yang dah diprogram untuk buat kerja. Waktu zohor, oh! Aku kena solat. Dah nak SPM, oh! Aku kena qiam. Tetapi, keikhlasan tu, boleh jadi tak ada. Sebab itulah kita kena sentiasa bersihkan hati kita, jaga hati kita supaya setiap amalan yang kita lakukan tak jadi sia-sia!”

Tekun aku mendengar pesanannya.

“Awak nak tahu kenapa saya tanya tentang masalah awak dengan kawan, solat awak, awak baca Quran ke tak...?”

Aku mengangguk.

“Hubungan kita dengan manusia pun kita kena jaga. Kalau tidak hati kita pun tak akan tenang. Mungkin Fatimah ada sesuatu yang belum selesai dengan seseorang, jadi hati Fatimah sentiasa rasa resah. Dan, apabila kita ada masalah hubungan dengan manusia, kita cek balik, macam mana hubungan kita dengan Allah. Selalunya, mesti ada masalah jugak...” kata ustazah lembut.

Aku menekur memandang lantai. Kata-kata ustazah satu persatu masuk ke dalam kepala. Mungkinkah hubungan aku dengan dia yang menyebabkan aku macam ni?

“Terima kasih ustazah! Saya rasa better sikit...” ujarku tersenyum sebelum meminta diri.

Ustazah Mashitah hanya tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan. “Ada apa-apa masalah, jangan takut-takut untuk kongsi dengan saya...” sempat dia berpesan sebelum aku pergi.

“Fakhrul...” perlahan aku memanggil dia sebaik sahaja aku berdiri di sebelah meja dia.

Fakhrul menoleh. Terpandangkan muka aku, terus air mukanya berubah. Terkejut.

“Kau panggil aku?” soalnya sedikit kalut.

Aku mengangguk. “Aku nak minta maaf dekat kau...” kataku lancar. Lama aku praktis sepanjang perjalanan ke kelas untuk meminta maaf dekat dia.

Fakhrul tersenyum nipis. “Kau tak salah apa pun dengan aku. Aku yang patut minta maaf dekat kau sebab cakap kau macam-macam.”

Aku menggangguk perlahan. Langkah diatur kembali ke meja aku. Selepas mengangkat sedikit baju kurung sekolah, aku duduk di atas kerusi plastik itu.

“Aku harap, lepas ni kita boleh jadi kawan...” kata Fakhrul perlahan.

Aku menoleh ke kiri. Fakhrul memandang aku tak berkelip. Spontan darah menyerbu ke muka. “No problem. Yang penting, mulut kau dah wangi macam ros!” balasku spontan.

Fakhrul ketawa.

***

“Ta tapi ke kenapa tiba-tiba, Siti? A apa salah Fal?” soal Naufal sewaktu aku menelefonnya petang itu.

Aku diam. Ganggang telefon aku genggam sekuat hati. Entah kenapa aku ambil keputusan ini pun, aku tak tahu. Selepas memohon maaf daripada Fakhrul, perasaan aku masih tidak setenang dahulu. Lantas aku mengambil keputusan untuk menelefon Naufal, memohon pengertian dia.

“Fal... Fal tak salah apa-apa pun. Siti je yang tak tenang semenjak dua menjak ni...”

“Ta tapi, ki kita selama ni, o okay je kan? Ke kenapa ti tiba-tiba ni, Siti? Siti su sukakan orang lain, ya? Siti su sukakan Fakhrul?”

Aku menggeleng perlahan. “Ini bukan sebab sesiapa, Fal. Siti tak tahu kenapa, tapi Siti rasa ini yang terbaik buat masa sekarang. Fal belajar elok-elok ya? SPM dah dekat sangat ni...” pesanku lembut.

Naufal tidak membalas. Tahu dia sedang merajuk dihujung talian.

“Fal, sekejap je. Nanti lepas SPM kita sambung balik. Boleh?”

“Kalau ma macam tu, a apa bezanya ka kalau kita couple je?”

Aku terdiam. Betul juga tu. Apa bezanya kalau putus atau tak?

“Entahlah, Fal...” keluhku. Fikiran bercelaru. “Kita putus, ya? Siti tak tahu kenapa, Siti rasa macam something is not right. Siti...”

“Dah a ada o orang lain?” potongnya.

“Siti tak...”

“Tak a apalah, Siti. Fal faham ka kalau Siti suka sesiapa pun. Fal ta tak ma macam lelaki lain. Fal ta tak handsome! Fal gagap. Fal tak boleh ha halang Siti. Fal ha harap Siti berjaya dalam SPM. Assalamualaikum!”

Belum sempat aku hendak membalas, Naufal sudah meletakkan ganggang. Aku terdiam. Air mata laju menuruni pipi. Betulkah tindakan yang aku lakukan ni? Menyesalkah aku?

***

8 tahun berlalu...

Aku menyusun kembali kad-kad pemberian Naufal ke dalam kotak kecik yang aku beli di kedai cenderahati tengah hari tadi. Terasa macam baru semalam aku dengan dia berkawan baik, bercinta dan akhirnya putus begitu sahaja. Agaknya, kalau Ustazah Mashitah ingat lagi kata-kata aku semasa di bilik kaunseling dahulu, apa yang dia buat agaknya?

Ketawa ataupun bersyukur sebab akhirnya aku putus dengan Naufal? Betapa yakinnya aku memberitahu ustazah dahulu, aku akan berkahwin dengan Naufal. Nah! Akhirnya, habuk pun tarak! Walaupun sebenarnya bukan ustazah yang menjadi punca hubungan kami putus, mesti dia gembira bila aku tidak lagi menjalinkan mana-mana ‘hubungan luar nikah’ dengan lelaki lain.

Kotak kayu itu aku letakkan di atas meja yang dahulunya aku gunakan untuk belajar. Entah kenapa, sejak semalam aku terjumpa balik kad-kad pemberiannya sepanjang dua tahun berada di asrama, ingatan aku melayang mengingatkan lelaki itu. Apa agaknya khabar dia ya? Sihatkah dia? Sudah habis belajar ke? Kerja di mana? Masih di UK ataupun dah pulang ke Tanah Melayu? Semua persoalan itu bermain-main di fikiran aku. Dan apa yang paling penting, sudah berkahwinkah dia?

Kalau enam tahun lepas, ada jugalah aku dengar khabar dia. Namun, semenjak kami sekeluarga berpindah ke Kedah, khabar Naufal langsung tidak pernah aku dengar lagi. Kali terakhir yang aku dengar, dia hendak memperkenalkan kawan perempuannya yang sama-sama belajar di UK kepada keluarga dia. Mujurlah ayah sudah pencen dan hendak balik ke Kedah. Jadi tak adalah aku memendam rasa sedih kalau ternampak dia dengan mana-mana perempuan lain.

Aku meluruskan badan di atas katil. Lega rasanya dapat meluruskan sendi-sendi yang terasa tegang. Ingatan aku kembali melayang kepada Naufal. Satu per satu perkara mengenai dia terbayang difikiran. Macam mana agaknya kalau aku terjumpa dia dan dia dah kahwin. Menyesal ke aku putuskan hubungan dengan dia? Oh, tidak! Bahkan, aku bersyukur sebab Allah menggerakkan hati aku untuk melakukannya. Sekurang-kurangnya, hati aku semakin tenang sekarang bila tiada lagi virus merah jampu yang ‘memakan’ hati aku sedikit demi sedikit tanpa aku sedari

“Siti! Buat apa dekat dapur tu? Marilah tolong mak dekat dapur ni. Petang ni kan, kawan mak nak datang!” jerit mak lantang.

Aku mengeluh. Baru hendak melayan blues, sudah kena kacau. Argh!

“Iya... iya! Siti keluar ni!” Jeritku juga. Sepit rambut di atas meja cermin aku capai. Selepas mengemaskan rambut, aku memerhatikan kuku aku sekali lalu, memastikan ia sentiasa pendek dan kemas sebelum memasak.

“Siapa yang nak datang mak?” soalku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dapur. Aroma kari ayam memenuhi ruang udara dapur ini. Sedap!

“Kawan lama mak...” balas mak pendek.

“Siapa?” soalku ingin tahu.

Mak leka melakukan tugasnya. Lagaknya seolah-olah tidak mendengar langsung soalan aku. Dia pun tak memandang aku, bertanyakan kembali soalan yang aku tanyakan. Malas mahu bising-bising di dapur, laju aku membantu mak menyediakan sambal goreang. Menu kedua untuk tengah hari ini. Belum lagi masuk sayur capcai dan ikan siakap stim yang mak suruh aku sediakan lepas ni. Meriah betul mak menyambut kawan dia, macam nak sambut menantu!

***

“Makanlah, Naufal. Jangan malu-malu dengan kami. Syairah, makan-makan. Buat macam rumah saudara sendiri, ya? Jangan malu-malu...” kata mak kepada dua pasangan yang berada di hadapan aku. Di sebelah Naufal pula, duduk mak cik Lina dan pak cik Zakaria.

Mataku ralit memerhatikan Naufal yang sudah seratus peratus berubah daripada dulu. Kata-katanya sudah tersusun dan lembut. Kulitnya sudah putih bersih, tak ada lagi kesan-kesan kudis. Badannya sudah berisi sedikit, tidak lagi kurus kerempeng macam dulu. Hanya satu yang masih tidak berubah pada dia, pandangan dia masih lembut seperti dahulu. Lagi-lagi apabila dia memandang Syairah di sebelah. Hati aku digigit perasaan cemburu.

Aku mengetap bibir. Sebak rasanya melihat Naufal kini berpasangan dengan Syairah. Sama cantik, sama padan! Perutku mula terasa sebu walaupun nasi baru lima suap kecil yang selamat masuk ke dalam mulut. Akhirnya aku meminta diri pergi. Sewaktu itulah baru kali pertama Naufal memandang muka aku sejak mereka tiba tadi. Hati aku menangis.

“Sikit sangat makannya, Siti?” tegur pak cik Zakaria sewaktu aku berdiri. Aku hanya melempar senyuman kepadanya. Pandanganku beralih pula ke arah Naufal yang memandang aku. Siti! Get a grip! He is a married man now! Aku kembali memandang pak cik Zakaria.

“Kenyanglah, pak cik. Tak larat rasanya hendak makan. Pak cik jemputlah, ya! Penat Siti masak...” kataku selamba, cuba untuk menutup keresahan di dalam hati. Masing-masing di meja makan ketawa dengan usikan aku. Aku mengukir senyuman. Langkah di atur ke dapur dengan seribu satu perasaan.

Allah Engkau dekat penuh kasih sayang,

Takkan pernah Engkau biarkan hamba-Mu menangis,

Karna kemurahan-Mu,

Karna kasih sayang-Mu...

Aku terduduk di sudut dapur selepas membasuh tangan. Lagu yang berkumandang daripada radio yang terpasang sewaktu memasak tadi, benar-benar menyentuh hati aku. Ya! Kenapa perlu aku menangis hanya kerana seorang lelaki yang bernama Naufal itu? Sedangkan, Allah itu terlalu dekat dengan aku, sedangkan Allah itu sendiri lebih dekat daripada urat leher. Air mata yang sudah menitis ke pipi aku kesat sebelum ada orang lain yang masuk ke dapur.

“Kenapa menangis?”

Aku yang baru hendak bangun, terhenti untuk menoleh. Suara Naufal yang lembut menampar gegendang telinga aku. Aduh! Kenapa mesti dia masuk ke sini waktu-waktu macam ni? Kan lagi bagus kalau dia biarkan sahaja pinggan yang dia gunakan tu kat atas meja. Bukannya aku tak boleh tolong angkatkan!

Aku berdehem dua tiga kali sebelum bersuara. Terasa segan pula hendak menoleh, memandang Naufal dengan muka sememeh lepas menangis.

“I am not!” kataku perlahan.

“Iya? Kalau macam tu, kenapa tak toleh pandang Naufal?”

Aku tertunduk. Memandang simen yang dipijak. Rasa hendak pinjam kain Harry Potter untuk jadi halimunan.

“You look different, now. A lot of changes happened in past few years, right?” katanya perlahan. Aku menelan air liur.

“Dulu, masa habis sekolah, you started wearing tudung. And now...” dia terhenti seketika. “You look much more better than before...” sambungnya.

“Naufal pun apa kurangnya. Lama duduk UK pun, makin banyak berubah!” akhirnya aku memberanikan diri untuk menoleh. Biarlah dia nak kata apa pun bila tengok muka aku macam ni.

“Iya? Makin handsome ke, tak? Ada macam boyfriend Siti yang baru tak?” katanya.

Aku menggigit bibir. “Siti tak ada boyfriend!” tegasku.

Naufal tersenyum sinis. “Iya? So, rasa menyesal tak bila kita putus dulu?” soalnya sinis. Telinga aku terasa berasap. Mana hilangnya Naufal aku yang dulu? Kawan baik aku yang kata-katanya tak pernah menyakitkan hati orang lain?

“Siti tak pernah menyesal. Never! Sebab Siti yakin, ada yang lagi baik untuk Siti,” balasku geram.

Air muka Naufal sedikit berubah. Pinggan kotor yang sejak tadi dipegangnya akhirnya diletakkan di dalam singki. Tangannya dibasuh dan kaki aku pula bagaikan terpaku di tempat yang aku berdiri.

“Fal nak tahu? Sampai satu masa nanti, Naufal akan rasa apa yang Siti rasa. Hidup macam kosong, tak ada apa-apa makna. Buat apa pun, hati tak tenang. Masa tu, barulah Naufal faham apa yang Siti rasa. Sampai masa tu nanti, kita akan terfikir, apa tujuan kita hidup sebenarnya. Masa itulah kita akan buat buat pilihan untuk masa depan kita. Sama ada untuk menjadi lebih baik, ataupun jadi lebih teruk daripada fitrah kita sebenarnya...” kataku sebaik sahaja Naufal selesai membasuh tangannya.

Tanpa menunggu lama, kaki melangkah meninggalkan dapur. Meninggalkan Naufal. Meninggalkan segala kenangan yang pernah tercipta antara kami. Ya Allah, sesungguhnya apa yang berlaku ini atas izinMu, ya Allah... berikanlah aku sedikit kekuatanMu.

“Kalau Fal dah pernah rasa macam mana?” kata-kata yang keluar daripada mulut Naufal membuatkan langkah aku terhenti.

“Kalau Fal nak kita sama-sama kongsikan apa yang kita pernah rasa, pernah lalui selama ni... Siti nak?” soalnya lagi.

Aku menelan air liur. Apa niat Naufal sebenarnya? Nak jadikan aku isteri kedua dia pula? Perlahan-lahan aku memusingkan badan, menghadap Naufal. Naufal masih setia menunggu jawapan daripada mulut aku.

“Apa maksud Fal?”

Naufal sedikit menunduk. Mukanya sudah mula kemerah-merahan. Mengingatkan aku pada peristiwa di mana dia memberitahu aku perasaan dia dahulu.

“Kita kahwin.”

***

Pintu bilik diketuk perlahan sebelum dibuka. Aku yang baru keluar daripada bilik air, menarik nafas lega kerana sudah lengkap berpakaian sewaktu si suami melangkah masuk. Sesekali, pipi aku terasa panas apabila berbalas pandang dengan dia.

“Siti dah ada wudhuk?”

Aku menggangguk perlahan. Naufal tersenyum. Melihatkan senyuman dia itu pun sudah cukup membuatkan jantung aku berdebar kencang. Cepat-cepat aku mengingatkan diri agar tidak keterlaluann melayan perasaan.

“Siti tunggu Fal, ya? Kita solat sama-sama...”

“Ok...” macam tak terkeluar suara aku membalas kata-katanya. Apa yang berlaku hari ini sudah cukup membuatkan aku terasa bertuah. Ucapan syukur berkali-kali aku panjatkan kepada Allah dengan segala ketentuan Dia. Ingatan aku melayang kepada saat Naufal mengajak aku berkahwin.

***

“Kita kahwin.”

Aku menggeleng perlahan. “Jangan buat lawaklah, Fal!” balasku keras.

Naufal terpinga-pinga. “Apa yang lawaknya? I am dead serious!”

Aku tersenyum sinis. Huh! Lelaki... cakap mudah!

“Habis tu, Syairah tu, Naufal nak letak mana? Campak masuk tasik?” soalku geram.

Dahi Naufal sudah berkerut. “Syairah? Apa kena mengena dia dengan kita?”

Aku mendengus geram. Geram dengan sikap Naufal yang masih tidak mahu mengaku.

“Syairah tu, bukan ke isteri Fal? Sampai hati Fal kan buat dia macam ni? Bukan Syairah je yang kena tanggung akibat perbuatan Fal nanti, tau! Siti pun rasa sakit sama!” marahku.

Air muka Naufal berubah. Daripada muka keliru dengan kata-kata aku tadi, Naufal mula ketawa.

“She is my sister, Siti. Dia bukan orang luar. Dia anak tiri ayah yang dah lama ayah cari lepas berpisah dengan isteri kedua dia. Fal jumpa dia masa di UK...”

Giliran aku pula yang terpinga-pinga. Syairah adik Naufal? Kenapa aku tak pernah tahu sebelum ni?

“Habis tu, dia bukan isteri Fal?”

Naufal mengangguk. “Jadi, tak ada masalah kan kalau kita kahwin? Atau Siti dah ada orang lain?” soal Naufal.

Aku menggeleng perlahan. “Jawapan tak ada pada Siti. Tanyalah mak dengan ayah dulu...” putusku sebelum melangkah masuk ke dalam bilik dengan perasaan yang masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

***

“Amin ya rabbal alamin...” Naufal meraup muka dengan tapak tangan setelah selesai berdoa. Aku pula menghulurkan tangan untuk bersalam. Buat kali kedua sejak siang tadi, bibirnya mengenai dahi aku.

“Jom...”

Dahi aku berkerut mendengar ajakan Naufal. Jom? “Nak ke mana?” soalku.

Naufal tersenyum. Tangannya sudah mencapai tangan aku dan ditarik lembut menuju ke katil. Serta merta muka aku terasa panas. Malunya!

“Fal... Siti tak sedia...”

“Fal bukannya nak buat apa. Fal nak ajak Siti berehat. Dah penat kan, satu hari melayan tetamu?”

Aku tersenyum. Malu pula bila memikirkan perkara yang bukan-bukan.

“Jadi malam ni, abang nak kita bertukar-tukar cerita pula. Selama ni, sibuk menyiapkan persiapan. Nak duduk-duduk berbual-bual kosong, masing-masing sibuk dengan kerja...” Naufal sudah mula mengubah kata ganti namanya. Aku mengiyakan. Memang pun. Sampai aku sendiri tak ada kesempatan hendak bertanya lebih-lebih tentang diri dia semenjak lapan tahun lepas.

“Jadi, apa yang Siti nak tahu pasal abang?” soal Naufal tersenyum manis.

Aku turut sama tersenyum. Macam tahu-tahu pula ada banyak perkara yang aku nak tahu tentang dia.

“Sejak bila Fal, err... abang dah berubah?” aku membetulkan sebutan apabila Naufal membulatkan matanya.

“Berubah? Dari segi apa? Rohani? Jasmani?” ceria sahaja nada suaranya.

Aku menepuk lengan dia perlahan. Buat lawak pula.

“Both,” kataku.

Naufal mendekatkan badannya dengan badan aku. Tangannya sudah melingkar di pinggang aku. Aku menahan rasa geli.

“Both berubah dekat UK...”

“Iya? Macam mana abang rawat gagap abang dulu?” aku sudah tergelak.

Teringatkan Naufal dahulu yang begitu payah hendak memikirkan perkataan untuk disebut. Naufal mencuit lembut hidung aku apabila aku ketawa menyebut perkataan gagap. Wajahnya ceria walaupun seudah keletihan kerana seharian di majlis.

“Kawan abang tepuk abang kuat-kuat masa abang bercakap. Sampai terjatuh daripada kerusi. Sakitnya, Allah je yang tau. Tapi, yang menariknya, sejak tu terus hilang gagap abang,” ceritanya.

“Iya? Bukan sebab Siti?” usikku.

Naufal mengangguk perlahan. Aku tergamam. “Mulanya, memang ada niat nak cari penawar sebab Siti tinggalkan abang. Sudahlah Fakhrul tu tak habis-habis canang dekat abang, dia couple dengan Siti masa sini belajar dekat asrama.”

Aku menggeleng perlahan mendengarkan cerita Naufal. Tak sangka ada sahaja cara Fakhrul menyakitkan hati Naufal.

“Jadi, masa kita putus, abang rasa macam loser gila! Bila dapat tawaran ke UK, sebab tu abang terima. Ingat nak lupakan Siti. Tapi alhamdulillah, dekat sana jugak abang tahu tujuan hidup abang...” dia berjeda seketika.

“Kadang-kadang, abang rasa bersyukur persi sana. Bila kita rasa takut hanyut jauh daripada Allah, kita akan cari jalan untuk kembali kepada dia. Kalau di Malaysia, kita tahu Islam agama rasmi, jadi kita tak rasa tergugat kalau aqidah kita bergoyang.”

Aku mengangguk perlahan, setuju dengan kata-kata dia.

“Bila di UK, abang rasa bangga abang seorang Islam. Abang lebih menghargai satu-satunya agama yang diredhai Allah. Abang dapat rasa, perubahan Siti masa di asrama, mesti ada sangkut paut dengan ini, kan?”

Aku mengangguk perlahan. “Macam apa yang Siti cerita, Siti rasa macam tak tenang, rasa macam ada sesuatu yang incomplete, ada sesuatu yang salah... bila Siti jumpa ustazah Siti, dia tanya tentang hubungan Siti dengan Allah macam mana, hubungan Siti dengan kawan-kawan...” aku kembali terbawa ke zaman silam. Satu per satu kenangan di asrama muncul.

Setiap hari, 17 kali kita meminta Allah memberikan petunjuk sewaktu membaca surah Al-Fatihah. Hanya kita sedar atau tidak je, Allah setiap hari memberikan petunjuk Dia sepanjang hidup kita. Syukurlah kerana Allah menunjukkan hidayahNya melalui Ustazah Mashitah.

“Lekanya! Dah sampai ke mana?” tegur Naufal apabila lama aku mendiamkan diri.

Aku ketawa, menutup malu. Mana tidaknya, terbawa-bawa ke kenangan lama sampai terlupa cik abang dekat sebelah.

“Tak ke mana-mana. Masih ada sebelah abang ni. Dah kena ikat...” balasku.

Naufal tersengih. Terasa pelukannya dieratkan.

“Siti teringat zaman sekolah. Ustazah Siti ada beritahu, berdosa besar bagi kita yang tahu sesuatu yang haram, tapi kita berlagak sombong. Macam peringatan Allah dalam surah Al-Jathiyah, ‘Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa, -Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.’”

(45:7-8)

Mata aku memandang siling kosong. Kiranya, berdosakah aku bila ustazah dah mengingatkan, tapi aku buat-buat tak faham? Berdosakah aku bila dah tahu sesuatu yang haram, tetapi aku sombong dengan peringatan Allah?

“Tidurlah. Malam ni, kita rehat je. Esok kita bangun awal, kita tahajud. Walaupun kita couple, dan kita dah kahwin, dosa tu tetap tak terampun, kan? Insya Allah, Allah sentiasa mendengar dan mengampunkan dosa-dosa anak Adam sekalipun dosa kita sebesar dunia ni...” pujuk Naufal lembut. Aku mengangguk. Kemudian, perlahan-lahan, tangan aku turut memeluk pinggangnya. Teringat satu hadith yang aku jumpa semasa belajar di universiti,

Dari Anas bin Malik r.a, berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ALLAH SWT berfirman, "Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan aku dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula." [HR Tirmidzi, hadis ini hasan sahih]

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa aku dan suami aku. Berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kami anak-anak yang soleh wa musleh! Amin...
---
Yeay! Akhirnya. ^^
notakaki #1: Terima kasih sebab sudi memenuhkan masa anda di blog saya.
notakaki #2: Semua kata-kata yang sweet + gambar itu daripada sumber internet.
notakaki #3: Saya mengalu-alukan sebarang komen, kritikan, teguran untuk setiap entry saya.

18 comments:

umi kalsom said...

only a word. BEST!
:)

iffahnazifa said...

Menarik lagi b'manfaat.

Kak Sue said...

Terbaik...
Menarik....
best...

Anonymous said...

best!! :)

Anonymous said...

penuh dgn pengajaran kita sbg org ISLAM
bessttt sgt2
terima kasih writer

kleo said...

tq writer! memang best sangat2! teruskan buat cerpen macam ini lagi. ^^

Afiqahai said...

setelah lama tiada e-cerpen di blog ini. bestnyaa bila dapat baca cerpen yang sweet dan comel ni. ;)

Anonymous said...

i like ur cerpen..best n bnyk pngajaran...lepas baca cerpen ni, baru tersedar perasaan ni lah apa yang saya rasa masa SPM dulu, walaupun da dekat 5 thn berlalu tapi tetap ingat, rasa kosong walaupun da solat jemaah, solat sunat n mengaji...buat semua tu sbb SPM, orang kata kene lebih dekatkan diri dengan ALLAH kalau nak result elok, tapi rupanya ikhlas tu takde..tak pernah terfikir pon sehinggalah saya baca cerpen ni, betapa jauhnya diri saya dari ALLAH, masyaALLAH...thanks sebab sedarkan saya secara tak langsung..

ihaaz said...

terbaikk~

Anonymous said...

I love this cerpen a lot . Banyak bagi pengajaran . Menyedarkan sy yg sy ni dah jauh dari Allah . Lalai dengan urusan dunia . Slalu amek mudah dalam hal2 agama . Couple , tapi alhamdullilah skang tak lagi . Teruskan buat cerpen mcm ni . Sesuai untuk remaja zaman skang . Harap dapat dijadikan teladan kepada orang lain juga . Memang terbaek la . Thank you writer . :)

Nadzipah said...

awesome! banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat. terima kasih cik penulis^^

btw, nak berkongsi tentang hadis tu. better tulis macam ni rasanya :

Dari Anas bin Malik r.a, berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ALLAH SWT berfirman, "Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan aku dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula." [HR Tirmidzi, hadis ini hasan sahih]

aku_dia said...

TQ Nadzipah. Terlepas pandang. :)

Anonymous said...

Boleh jadi bahan anak2 g sdg meningkat remaja. Terlalu byk bahan yg kacau bilau sekarang ni. Kalau tak print cerpen ni Buat buku ke antologi ke, saya mohon izin utk print buat bacaan anak2 ye..
Cerpen2 awak bagus2.. Saya suka. Buatlah kompilasi

Anonymous said...

terbaik!!!
saya suka-2!

SAm said...

terbaek 5 star

zietyrahman said...

Best2...keep it up

Anonymous said...

ya Allah..best sngt cite2 akk..cite cnta..but kbnykkn cite akk mnekankan dosa2 bercouple...bgus akk...xde lh jd nye bca cite cnta yg mlalaikn..gud job akk..truskn lg berkrya dan mnekankan pnjrn yg baik dlm stiap crita

Anonymous said...

jazakallahu khair writer. banyak pengajaran yg boleh diambil dari story awak nie. teruskan story line macam nie ye :)

#Murni Tan