::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

27 December 2011

Cerpen: Mencintaiku seadanya... part 1


Alamak, tajuk sangat jiwang. ^^
Ter-blank sekejap dengan semua e-novel. Idea mencurah, nak taip je tak tertekan keyboard rasanya. -.-"
Memandangkan cerita ni tak habis taip, maka mungkin akan take time sikit. ^^
Sila-silalah komen. =)
***
“Hi, all!”
Aku menegur beberapa ahli kumpulan yang sedang menunggu di dalam bilik kuliah. Malam ni, kami akan mengadakan rehearsal untuk drama yang bakal menyumbang 30% untuk keputusan akhir nanti. Masuk kali ini, sudah masuk kali ketiga kami mengadakan latihan, bagi memastikan masing-masing menghafal skrip dan tidak kaku semasa berlakon.
“Hi, Maria!” balas mereka ceria. 
          Aku mengeluarkan sepasang kurung kedah dan sehelai kain batik daripada dalam beg. Tidak lupa juga, selendang yang aku pinjang daripada Hannah tadi. Memandangkan malam ni, full rehearsal, terpaksalah aku menyarung baju orang Melayu dulu kala ni. Rimas! Kan lagi senang kalau aku bawak watak budak bandar, cukup dengan baby tee dan jeans.
“Can we start now or we are waiting for someone? It’s already 8.15 pm, guys!” tegur aku setelah lima belas minit menunggu. Iphone 4s hadiah daripada papa aku campak ke dalam beg. Mata melilau memerhatikan sekeliling bilik yang serba putih, mencari muka siapa yang tak kelihatan. Heh! Dah agak dah. Mesti ada yang tak kunjung tiba lagi. Siapa lagi kalau bukan...
“Assalamualaikum...” suara garau itu menampar gegendang telinga.
Aku mengetap bibir. Geram pula bila tiga kali mengadakan latihan, tiga kali itulah wajah yang sama lewat tiba.
“Waalaikumussalam! Awal sampai, haji?” sindir aku. Mata menjeling Syed Farhan yang menayangkan muka selamba.
“Ana minta maaf. Tadi...”
“Kali ni, apa pulak masalahnya? Motor habis minyak hitam pulak?” sindir aku geram. Apa dia ingat, pakai kopiah dengan janggut sejemput cukup nak menyejukkan hati aku ni? Setiap kali buat rehearsal, setiap kali itulah terpaksa menunggu dia yang lewat tiba. Ini paling baiklah terlewat lima belas minit. Masa kali pertama rehearsal, lagi seronok! Lambat dekat sejam. Bila ditanya kenapa, jawapan dia ada meeting dekat masjid. Hee geram, geram!
“Asif jiddan. Ana terpaksa bawak roommate ana ke klinik tadi. Kena gastrik tiba-tiba. Maaf sangat-sangat,” Syed Farhan turut tertunduk-tunduk ke arah empat lagi kawan group aku yang lain.
Daripada empat orang itu, tiga orang berbangsa Cina manakala lagi seorang India. Malu aku bila Pak Aji seorang ni lambat tiba. Kan bagus kalau aku ni sama bangsa Cina ke, India ke. Buat memalukan kaum ajelah! Memang betul agaknya Melayu ni, kalau berjanji mesti datang lambat 30 minit. Memalukan!
“Tak apalah! Bukan you lambat sebab apa. We all ok je. So, how is your roommate? Sudah okay ka?” soal Jackie prihatin.
Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu ambil tahu! Lagipun, bukannya aku dengan dia baik sangat. Biaq pi lah dia.
“Ok. Thanks to Allah. Dia makan ubat, terus hilang rasa sakit perut. I have never faced that situation before, jadi kelam kabut jugaklah. Sorry again ya, guys!” pintanya sekali lagi.
Jackie, Wong, Caroline dan Vanitha hanya mengganguk, tanda maaf diterima. Hanya aku yang membatukan diri. Malas mahu melayan.
“Ok guys! Lets start our rehearsal in five minutes. Remember tonight is our full rehearsal, so don’t forget your script, as well as the props that we need to use,” putusku selaku ketua kumpulan. Memang sengaja aku menawarkan diri untuk menjadi ketua. Risau kalau dapat ketua yang huru-hara. Tak naklah markah yang sepatutnya boleh dapat 29.99/30 tiba-tiba dapat 19.01/30. Memang anginlah aku nanti dengan siapa yang buat hal!
“Ok!” masing-masing menyahut. Mata aku sempat menjeling ke arah Syed Farhan yang sedang meletakkan beg sandangnya di atas kerusi kosong di sebelah pintu.
“Pak aji, make sure hari ni tak jadi macam semalam ya? Ni our last rehearsal tau! Jangan kaku sangat. Aku bukannya nak makan kau pun. By the way, ini kerja group. Jadi, semua main peranan penting. Dan yang paling penting...” aku berjalan ke arah Syed Farhan.
Syed Farhan sedikit kalut dengan mata memerhatikan langkah aku yang semakin mendekati.
“Dan yang paling penting, aku tak nak markah aku turun disebabkan. I aim an ‘A’ for this course,” tegasku sebelum melangkah keluar bilik untuk menuju ke bilik air. Perkara yang aku selalu lakukan sebelum berlakon ataupun bercakap di hadapan orang ramai, menenangkan diri dan membina confidence level. Cewah!
Sejam berlalu...
"Ok, we stop here." putusku sedikit bengang. Perhatian aku beralih pula ke arah Syed Farhan.
“Oh! Come on, Syed Farhan. Kenapa kayu sangat ni? Berlakon, kasilah real. Aku fahamlah kau alim, warak, beriman. Tapi bab belajar takkan tak boleh tak take it serious? Buat kerja tu, kasilah perfect sikit. Kalau tak melibatkan aku, aku tak kisah. Tapi ni, melibatkan markah aku, markah group kita.”
“Sekalipun kau menjaga sangat pandangan tu, tak nak pandang aku, tak payah nak pandang kertas putih tu sepuluh kali. Kalau pandang je, tak apalah jugak. Ini pandang, lepas tu baca satu persatu huruf kat situ! Hayatilah sikit watak kau tu. Sudahlah asyik datang lambat. Ini last rehearsal, makin teruk pulak. Dengan skripnya tak hafal. Kau sedar tak kita kena perform lagi dua hari?” tembakku berkali-kali.
Terasa berombak dada aku menahan marah. Marah sebab sikapnya yang suka bekerja sambil lewa. Tak tahulah dia dapat mencerakinkan atau tidak ayat-ayat aku tadi. Geram betul aku bila teringatkan macam mana dia berlakon tadi. Walaupun budak group lain tak memberi apa-apa komen, aku boleh nampak daripada riak muka mereka yang tak puas hati dengan cara Syed Farhan. Argh! Geramnya!
Huh! Kalau bercakap tentang agama, dia sahaja yang bagus. Ingat lagi dia pernah menegur aku sebab ‘cat’ kuku aku tiga hari lepas. Walaupun teguran dia taklah menyakitkan hati, tapi bila mengingatkan hasil kerja dia yang tak memuaskan hati aku sepanjang sama group dengan dia, perkara yang kecil itu jugaklah aku sakit hati.
“Insya Allah, ana cuba untuk improve diri ana. Ana memang kurang talent sikit dalam bab-bab berlakon ni. Ana janji, sampai masanya, ana cuba perform sehabis baik. Ana balik dululah, ya? Ada meeting ni. Assalamualaikum...”
 Syed Farhan sudah melangkah keluar. Aku mencebik. Sikit-sikit meeting, sikit-sikit ana-enti. Meluat sangat aku dengar. Bosan! Selendang yang aku pakai ala kadar, aku lipat kembali sebelum dimasukkan ke dalam beg. Rambut yang panjang dilepaskan daripada ikatan. Sekali lalu, rambut itu aku ‘sikat’ menggunakan jari. Betul kata orang, rambut ni mahkota wanita. Nasib baiklah aku turun genetik rambut mak, lurus dan sihat. Lagi-lagi bila dihighlightkan sedikit dengan warna chocolate brown. Aku tersenyum sendiri.
“Mary, you going out tonight?” soal Vanitha dalam broken English. Walaupun English kami taklah begitu hebat grammarnya, janji mesej yang hendak disampaikan boleh difahami dan kami tak malu hendak bercakap dalam bahasa itu.
“No lah. I have a date,” kataku sambil menjungkitkan kening dua tiga kali.
“Oh yeah? Who’s the lucky guy?” soal Wong. Jackie dan Carol turut mempaerkan riak muka ingin tahu. Aku sudah tersengih. Seronok jugak dapat mengenakan budak ni.
“Of course lah Jackie. Dear, you still remember our date tonight, right? You are the one who asked me to go out first. Remember?” usikku.
Muka Jackie sudah berubah. Carol sudah menjeling. Aku pulak sudah tergelak diikuti Vanitha dan Wong yang memahami usikan aku.
“Just kidding lah, Carol. Don’t worry. Jackie is a good man. Oklah guys! Got to go. My Alex dah lama tunggu tu. Kesian dia...” kataku akhirnya.
Masing-masing terlopong mendengar kata-kata aku. Mana tidaknya, inilah kali pertama aku declare hubungan aku dengan Alex setelah hampir dua bulan kami berkawan. Alex yang sekacak Alex Yong walaupun keduanya tiada pertalian darah. Aku sudah tergelak sendiri. Sekejap sahaja mood boleh berubah-ubah. Maria, Maria...


1 comment:

kleo said...

hehe. best! sambung lagi! tak sabar nak tunggu pengajarannya :P