I'm using broken english. so, kalau nampak mana-mana grammar mistake, kindly tegurlah saya yeh..
02***
“How was it?” soalan pertama Alex sebaik sahaja aku masuk ke dalam keretanya.
Aku mencebik. “Terrible! I tak tahulah real punya macam mana nanti. You know what? My ‘son’ datang lambat tau tonight. Oklah, I can acceptlah his reason tu walaupun that was for the third time. Tapi, yang I can’t accept is bila dia kerjanya membaca skrip. Hey, dia tu takkanlah dah nyanyuk kot! Dah 3 kali rehearsal pun, tak ada peningkatan. Tak fahamlah! Buat kerja tak pernah betul. Menyampah betul. Masa group assignment pun sama. Buat kerja macam sampah! Tak pasal-pasal I pulak yang kena edit part dia satu malam. Hish! Menyakitkan hati betullah!” panjang berjela aku membebel mengenangkan watak Syed Farhan. Geram... geram!
Entah apa malang nasib aku terdapat pula budak sekumpulan yang ambil ringan semua benda. Pula tu, lima tahun aku hidup dekat negara matahari terbit sebab ayah kena hantar kerja di sana oleh syarikatnya, secara tak langsung, budaya buat kerja dengan sempurna dah jadi ikutan aku. Jadi, bila orang mula buat kerja tak sempurna, akulah yang terpaksa memangsakan diri untuk menyempurnakan semua tu.
“Hushhh... calm down, dear...” pujuk Alex. “Breath in.... out...” katanya lagi.
Aku mengikut kata-katanya. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan kemudiannya. Cuba untuk merungkai rasa marah yang mula bersarang. Huh! Makin lama aku kena bekerja dengan dia, makin cepat aku kena darah tinggi muda-muda ni.
“Feeling better?”
Aku mengangguk.
“Boleh I drive sekarang?” usik Alex lagi. Lancar bahasa Melayunya kerana sudah banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.
Aku tergelak perlahan. “Sure, dear!” balasku lembut.
Mata aku masih tak beralih daripada memandang Alex disebelah. Kerutan yang tiba-tiba muncul di dahinya membuatkan aku semakin lama memandang dia.
“I perasan, you look a bit older now. Dah mula ada wrinkle dekat sini...” Alex menunjukkan ke arah hujung mata aku. “You tak jaga kulit ke? Girls kena jagalah imej, nanti tak cantik, I lari, macam mana?” ujarnya serius.
Mata aku membulat. Biar betul? Selama ni, tak perasan pulak aku kalau ada kedutan baru. Pelik juga kalau Alex lagi teliti daripada aku ni. Alahai...! Laju tangan menarik keluar cermin daripada dalam beg. Lampu kecil di dalam kereta aku nyalakan. Ketawa Alex mula kedengaran. Kali ini, dahi aku pula yang berkedut. Eh? Betul ke ni?
“Dear, just kidding, ok? Janganlah serius sangat. Tapikan kalau you asyik angin dengan Syed tu, I believe you akan nampak tua daripada sekarang...” kata Alex dengan ketawa yang bersisa.
Aku memuncung. Cermin dipegangan aku campak semula ke dalam beg.
“You ni kan....!” marahku.
Tawa Alex yang sudah mula perlahan kembali kuat. “It is only a joke, ok. I tak naklah you marah-marah. Tapi, apa yang penting, you look so funny just now. Kalaulah ada hidden camera yang record, mesti seronok. Cute!”
Aku tersengih. Seronok bila dipuji ‘cute’ oleh ‘Alex Yong’ aku.
“Yeah... I tahu...”
Perlahan-lahan kereta mula digerakkan keluar daripada parkir. Aku memerhatikan beberapa manusia yang sedang berjalan. Sekali-sekala, mata turut tercantap pada blok-blok akademik yang sudah mula gelap.
“So, you nak dinner kat dalam ke luar?” soal Alex sewaktu kereta hampir tiba di simpang.
“Kat luar jom? Boringlah dengan makanan dekat kafe. Sekali-sekala tukar angin, apa salahnya, kan?”
“Sekali-sekala? I rasa macam every night je kita makan outside. You punya taste, tinggi!” sempat Alex menegur.
Aku hanya tersengih. Nak buat macam mana? Lagipun, bukannya aku suruh dia belanja aku pun. Bukan nak membangga dirilah, tapi ada masanya aku yang lagi banyak belanja dia, tahu?
Tenang Alex memandu daripada keluar kampus sehinggalah kami tiba di restoran yang menyajikan makanan barat. Walaupun jam sudah hampir menunjukkan ke angka sepuluh, restoran ini masih lagi mempunyai pengunjung.
“Shall we?” Alex sudah membuka pintu di sebelah aku sebelum sempat aku hendak membuka sendiri. Bibir aku menguntum senyuman.
“Jom!”
Kami memilih meja yang sedikit tersorok daripada orang ramai. Selepas membuat pesanan, aku bangkit untuk ke bilik air. Sekilas, aku memerhatikan pantulan diri di cermin sehingga berpuas hati sebelum melangkah keluar.
“Tiba-tiba I terfikir masa you ke toilet tadi...”
Aku menjungkitkan kening bertanya. Kain berwarna putih yang terletak di atas meja aku ambil dan letakkan di atas riba.
“Apa dia?”
Alex diam. Seolah-olah memikirkan sesuatu sebelum bersuara.
“Syed Farhan tu, bukan ke budak yang baik-baik, selalu pergi masjid tu?”
Aku mengerutkan dahi mendengar soalan yang keluar daripada Alex. Hai? Macam mana si Alex ni pun tahu budak tu budak masjid?
“Hrm... dialah. How do you know?”
“Eh? Kan you pernah tunjuk pada I?”
Aku mengangguk. “Memanglah. But, how do you know yang dia tu selalu pergi masjid tu semua?”
Alex sekadar mengangkat bahu. “Pernah ternampak sekali dua...”
Sekali dua? Sekali dua itu yang dia cakap selalu? Pelik... pelik.
“Tapi peliklah. I thought dia tu taklah seteruk yang you cakap. Well, setahu I, Islam mengajar umatnya tentang kesempurnaan kan? Kalau boleh buat apa-apa kerja tu, buat bersungguh-sungguh? Bukan macam tu ke?”
Aku menggigit bibir. Iya ke? Entahlah. Aku bukannya pernah ambil tahu pun. Alex pula yang lebih tahu daripada aku. Isk!
“I am not so sure lah, dear. I bukannya tahu sangat apa Islam ajar ni. Yang I tahu, as long as I solat, puasa, enoughlah. Lagipun, kalau Islam ajar macam tu, kenapa masa I di Jepun dulu, I perhatikan orang Jepun lagi Islam daripada orang Islam? And of courselah diaorang tak sembayang apa semua. And even you, you are not muslim pun. Tapi macam mana you boleh buat semua assignment you kema? Perfect? Takkanlah you ikut ajaran Islam kan?”
Aku cuba menyelamatkan diri dengan cara begitu. Lagipun, papa dengan mama bukannya tekankan sangat dengan agama. Bagi diaorang, cukup aku sembahyang dengan setiap tahun puasa dah cukup. Papa dengan mama pun dah dua tiga kali pergi Mekah buat haji. Apa lagi yang nak buat?
“Hrm... mungkinlah kot...” separuh hati Alex menjawab.
Matanya memerhatikan ke arah pintu masuk bagaikan ada sesuatu yang menarik di situ. Perbualan kami bersambung pula selepas pelayan menghantar pesanan ke meja. Kali ini dengan topik yang berbeza. Baik daripada tentang pelajaran, sehinggalah ke perihal keluarga. Baru aku tahu rupa-rupanya seorang abang Alex sudah convert kepada Islam.
“Kenapa dia convert? Sebab nak kahwin dengan Malay ke?”
Alex menggeleng. Aku jadi kagum. “Then? Why?”
“He said, dia dah lama belajar tentang Islam and he found that Islam is beautiful.”
Aku mengangguk perlahan. Apa yang cantiknya Islam sebenarnya? Aku sendiri tak pernah hendak ambil tahu.
“Baguslah untuk dia. Your parents tak mengamuk ke bila dapat tahu?”
Alex tersengih.
“Why? You risau ke kalau parents I tak restu our relationship?” tembaknya.
Aku memalingkan muka ke arah lain. Gelas berisi fresh orange di atas meja aku capai. Isk!
“Tak adalah. I nak tahu jugak penerimaan parents you bila he said dia nak masuk Islam.”
Alex mengangguk perlahan. “Awal-awal dulu, mengamuk jugaklah. My brother masuk senyap-senyap. He did not perform his solat at home. Then suddenly my parents found tafsir at his room. Apa lagi, mengamuklah...” Alex memandang jauh ke jalan raya seolah-olah sedang cuba untuk mengulang kembali peristiwa itu di dalam fikirannya.
“But then, after several months my brother tried to convince them, alhamdulillah they accept. I pun pelik jugak, masa one of my uncle masuk kristian, they did not comment anything.”
Aku terdiam mendengarkan kata-kata Alex. Tadi kalau tak silap, aku macam terdengar Alex sebut alhamdulillah? Hrm... salah dengar agaknya.
“Oh. So, abang you sekarang buat apa?”
“Dia kerja sendiri. Business. Kadang-kadang jelajah satu Malaysia jugak, bagi sharing kalau ada orang jemput,” ceritanya mengakhiri makan malam kami. Aku terangguk-angguk mendengarkan ceritanya. Menarik juga kisah abang dia tu. Teringin pula aku hendak melihat tuan punya badan.
“Dah kahwin?” soalku spontan.
Alex menjeling aku tajam. “Kalau belum kenapa? I am going to accept you as my sister in law ok?”
Aku memuncung. Ceh! Siapa nak kahwin dengan abang dia tu, cukuplah Alex seorang di hati aku! Cewah!
2 comments:
hehe :D tenkiu akak! sangaaaat best! tak sabar nak baca sambungannya :)
adekah alex tgh mndalami islam?or alex mmg da jd seorang muslim?
Post a Comment