03***
“Apa ni?” tegurku apabila terpandang sepinggan spageti di atas meja belajar. Hannah yang sedang menyiapkan program di laptopnya menjeling sekilas.
“Spageti...”
“Iyalah.. tapi, dari mana? Untuk siapa? Buat apa?” soalku lagi.
“Dari kakak bilik sebelah. Untuk kau. Sebagai tanda kejiranan...” katanya sebelum tergelak.
Aku menggeleng. “Apa-apalah kau. Dia buat gathering lagi ke? Siap masak apa semua. Tiap-tiap minggu pulak tu...” kataku sebelum menjamah sedikit spageti tadi. Kemudian, tangan menekan suis laptop untuk menghidupkannya. “Kau nak?”
Hannah menggeleng perlahan sebelum kembali menumpukan kepada skrin laptop.
“Yesss! Akhirnya! Berpeluh otak aku nak menyiapkan satu ni je. Fuh! Finally...!”
“Program yang mana?”
Aku berlajan ke arah Hannah dengan pinggan di tangan. Skrin laptopnya aku pandang. Sebuah pop up kecil berwarna hitam keluar menandakan programnya berjaya.
“Ohho! Tahniahlah. Berjaya jugak kau ye. Berapa jam buat benda ni?”
“Tiga puluh minit,” jawabnya.
Aku mencebik. Tiga puluh minit je dia cakap otak dah berpeluh? Kalau aku, dah krem dah otak dibuatnya. Suapan seterusnya dikunyah. Perut yang sudah penuh cuba untuk memuatkan makanan yang aku telan.
“Hannah, betul ke kau tak nak? Aku dah kenyang dah ni,” soalku cuba untuk mendapatkan pertolongannya.
“Tak. Aku dah makan tadi dekat bilik akak tu.”
Kunyahan terhenti. “Kau pergi bilik dia? Kau buat apa?”
“Saja. Segan jugak sebenarnya dengan akak tu. Every week bagi kita makanan, lepas tu tadi kebetulan masa dia masak, aku tengah ambil air. Dia pun ajaklah join sekali...”
Aku mengangguk perlahan. “Buat apa je kat sana?”
“Alah... tak ada apa sangat. Baca Quran, belajar terjemahan. Cerita pasal hari-hari yang berlaku minggu ni. Tapi tadi seronok jugaklah aku baru tahu benda baru...”
Aku memberikan isyarat untuk dia meneruskan ceritanya.
“Kau tahu tak sebenarnya Khalid al-Walid dengan Saidina Umar sebenarnya sepupu?”
Dahi aku berkerut mendengarkan kedua nama itu. Khalid al-Walid? Umar? Ok, Umar tu, biasalah jugak dengar dulu. Antara empat sahabat nabi yang terkenal. Umar, Uthman, Ali... lagi seorang siapa eh... Abu Bakar rasanya! Itu jelah yang aku tahu. Tapi, Khalid tu siapa pulak?
“Khalid al-Walid, panglima Islam masa zaman Rasulullah. Saidina Umar pulak, pemimpin Islam kedua selepas Saidina Abu Bakar merangkap sahabat baik Rasulullah,” terang Hannah ringkas. Macam tahu-tahu je aku tak tahu.
“Oh...” aku sekadar mengangguk. Malas mahu bertanya lebih-lebih. Lagipun, tak rasa menarik sangat pun bercerita pasal dua insan tu.
“Dia orang sepupu yang sangat rapat. Dua-dua sama kuat, sama hebat. Sebelum Islam, Saidina Umar ni, suka masuk pertandingan gusti dekat kota Mekah dan selalu jadi juara. Satu hari ni, adalah orang-orang yang dengki, nak kasi Khalid dengan Umar bergaduh. Mereka pun suruhlah dua-dua ni berlawan. Pemenang akan dapat ganjaran yang lumayan...”
“Mereka pun berlawan. Lepas tu, Khalid menang dan dapat hadiah. Umar pulak sedih sebab tak dapat jadi juara. Yang bestnya, bila Khalid al-Walid ni, pulihkan balik hubungan dia orang. Dia cakap, dia masuk bukan sebab nak jadi juara, tapi sebab nak ganjaran je. Dan title juara tu, dia bagi pada Umar. Tapi of courselah kenangan tu pahit buat Umar yang tak pernah kalah selama ni.”
Aku hanya mengangguk sekadar memberi tanda aku mendengar. Mata sibuk memerhatikan kalau ada apa-apa yang menarik di blog-blog bloggers. Siapa Khalid, siapa Umar, aku tak ambil peduli. Rasanya, tak ada apa-apa effect pun aku tahu atau tak.
“Tadi kau keluar dengan Alex ke?” Hannah menukar topik perbualan.
“Hrm...”
“Makin rapat kau dengan dia eh?”
“Bolehlah...”
“Setiap hari keluar pulak tu...”
“Alah... pergi makan je. Bukannya buat apa pun,” jawabku tanpa sedikit pun mengalihkan pandangan daripada skrin.
“Eh, Hannah, kau tolonglah habiskan. Aku dah kenyang sangat dah ni...” kataku merujuk kepada spageti yang masih berbaki separuh di dalam pinggan.
“Iyalah... iyalah...”
Dalam malas, akhirnya Hannah menurut juga. Botol air berisi air mineral aku capai dan minum. Kemudian, laptop ditutup dan tangan menarik getah yang mengikat rambut sebelum badan dibaringkan di atas tilam. Letihnya... esok kelas pukul lapan pagi pulak tu.
“Kau dah isyak ke belum, Maria?” tegur Hannah apabila terpandangkan aku sudah selamat berbaring. Aku mengenyeh mata yang terasa gatal. Nampak sangat mata pun nak tidur jugak.
“Nantilah kau kejutkan. Aku mengantuklah...”
“Maria... kalau Allah tak pulangkan balik nyawa kau masa tidur macam mana?”
Sayup kedengaran suara Hannah apabila aku sudah menutup telinga dengan bantal. Ah...! Bisinglah pulak budak ni.
***
Tepukan bergema di dalam bilik yang memuatkan 25 orang pelajar. Aku menarik nafas lega. Lega bila drama berkumpulan sudah selamat ‘ditayangkan’. Kami berenam tunduk, sebagai tanda hormat sebelum kembali mengambil tempat. Mata aku sempat menjeling ke arah Syed Farhan yang duduk di kerusi bahagian kiri. Nampak lain bila dia tak memakai kopiah rasmi dia. Rambut dia... aku menarik hujung rambut aku sedikit, cuba membandingkan. Hrm... sihat jugak rambut dia. Mujurlah lakonan dia nampak real kali ni. Pelik aku masa rehearsal dia buat macam sampah. Hish!
“Class dismiss...” ujar Sir James.
Bunyi kerusi ditarik dan bergesel dengan lantai memenuhi ruang bilik. Aku berjalan mendapatkan Jackie, Wong, Caroline dan Vanitha.
“Good job! Thank you guys!” ucapku ceria kepada ahli kumpulan aku. Tinggal Syed Farhan yang aku belum ucapkan apa-apa lagi. Sempat aku memandang dia yang sudah bersedia untuk melangkah keluar daripada kelas.
“Syed, wait.”
Syed Farhan menoleh. Mukanya serius memandang aku.
“Thanks a lot for today. Sorry kalau selama sekumpulan dengan aku satu semester ni, kau tak puas hati dengan aku..” aku menyusun ayat-ayat di minda. “Aku tak tahu kenapa, bila aku kerja dengan kau, ada je yang tak kena. Sorry to saylah, aku ni perfectionist sikit. Semua benda nak nampak sempurna. Tapi bila bekerja dengan orang macam kau je, mesti buat kerja cincai-cincai. Sampai pernah ada orang tanya aku, Islam ajar buat kerja macam tu ke? Manalah aku tahu. Iyalah, aku ni tudung pun tak pakai, kuku pun warna warni. Jadi, orang-orang macam kaulah yang kena terangkan kalau orang tanya.”
Kening Syed Farhan terangkat sebelah sebelum dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Perhatian aku juga sudah teralih apabila terpandangkan Alex sudah berdiri dan bersandar di pintu.
“So, aku dah cakap apa yang aku nak cakap. Itu jelah. By the way, you have done a very good job. Serius. Selama ni masa rehearsal kau sengaja agaknya. Oklah, thanks eh! See ya!” terus aku melangkah mendapatkan Alex sebaik sahaja menghabiskan ayat aku. Alex sudah tersenyum daripada jauh.
“Happy nampak?”
Aku tersengih. “Of course! Dapat kerjasama semua pihak, happylah!” balasku ceria.
“I tengok jugak tadi. Tapi kenapa you pula yang macam kaku sikit?” soal Alex.
Aku menggigit bibir. Alamak? Obvious sangat ke? Semua salah Syed Farhan tadilah. Rupa dia nampak lain, aku pulak yang jadi kayu tadi.
“Serious? Was it too obvious? Habislah I...”
“Taklah. Tapi whenever scene you dengan dia mesti you macam pandang tempat lain, tak pandang dia. Dia, tak payah cakaplah kan. Tapi tak adalah obvious sangat tadi...” nada Alex sedikit memujuk. Tahu agaknya aku risau bila dia menguatarakan hal itu.
Aku diam. Hrm... Syed tu memang berlakon tak berapa pandang aku. Kalau ada dinding belakang aku, dinding itulah yang dia pandang.
“Hrmmm... forget it lah. Dah lepas. I have done my best,” kataku cuba untuk memujuk diri sendiri. “Eh, jomlah. I teringin nak makan sushilah. You nak ikut tak?” spontan aku menarik tangannya untuk mengikut aku. Alex menggaru-garu kepala sebelum menjawab. Matanya memandang mata aku dalam.
“I ada option lain tak?”
Aku dah tergelak. “Tak ada! You kena ikut. I malas nak drive.”
“I dah agak...”
Aku menoleh memandang Alex. Eh? Macam dah bosan melayan aku je?
“Dear, are you okay? Boring dengan I ye?”
Alex kembali tersenyum. “I oklah. Tapi, halal ke?”
Aku mengerutkan dahi. Halal? “I don’t know. Selama ni I makan je. Why you ask?”
“Tak adalah. Sebelum makan apa-apa, you confirmkanlah halal or not. Tak adalah makan benda-benda yang tak tahu asal-usul.”
Aku memandang Alex pelik. “You ni kan...”
Alex menjungkitkan kening, bertanya.
“Kalah Syed Farhan tau! Dia pun tak pernah kisah apa yang I makan.”
Alex sudah tergelak. Nasib baiklah kami sudah sampai di kereta. Kalau tidak, mesti ada sahaja yang dia hendak jawabkan.
“I kenalah kisah. I don’t want because of me, parents you cakap I bagi pengaruh tak baik pada you sedangkan I sendiri tak biasa makan sushi...” balasnya.
Aku terharu mendengarkan kata-kata Alex. Walaupun dia tak menyatakan secara terus, aku boleh rasakan dia sayang aku dan jaga aku. Oh Alex, you are so great! Alex the Great!
1 comment:
best sangat akak! baru tahu Saidini Umar dengan Khalid al-Walid tu sepupu. thanks akak! ;)
Post a Comment