Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,) v
Suami Aku Ustaz?! 08
BERGERAK pada jam sembilan pagi, kami tiba di rumah umi sewaktu jarum jam menunjukkan ke angka satu. Halaman rumah umi masih lagi kosong, tiada kereta. Maknanya, Abang Ipin dengan Kak Suraya tidak sampai lagilah tu. Abang Hafiz ni anak ketiga daripada tiga beradik. Senang cerita, dia ini kiranya anak bongsulah walaupun dia seorang je yang sudah berkahwin. Tak dapat aku bayangkan macam mana si anak bongsu itu hidup dengan anak tunggal macam aku ni. Mesti tak menarik.
Satu perkara yang bagusnya pada Abang Hafiz ni, walaupun dia anak bongsu, aku rasa dia nampak matang. Mungkin sebab pergaulan dia masa belajar agaknya. Kalau tidak pun, sebab dia ni lagi tua daripada aku. Hahaha! Bunyi cermin tingkap aku yang diketuk dari luar mengejutkan aku. Abang Hafiz memanggil aku suruh turun. Ceh! Tak romantik langsung! Paling tidak pun, bukakanlah pintu ni untuk aku.
“Lisa masuklah dulu. Abang pergi ambil barang sekejap” Dia cakap pada aku lepas aku keluar daripada kereta.
Aku tersenyum dalam hati sambil mata melihat Abang Hafiz yang sudah berjalan ke belakang kereta. Terlupa yang baru tadi aku merungut pasal dia. Bagus Abang Hafiz ni. Ada ciri-ciri suami mithali. Bekerjasama dengan isteri. Hahaha! Aku ni? Ada ciri-ciri isteri mithali ke, tidak?
Abang Hafiz membuka boot kereta untuk mengambil barang yang dibeli tadi. Barangnya itu sebenarnya tidak adalah banyak mana. Blouse sehelai, T-shirt dua helai, seluar slack perempuan warna hitam dua helai, track suit sehelai. Seluar slack tu pun Abang Hafiz yang ambil. Mulanya aku mahu mengambil jeans yang macam aku selalu pakai. Bila dia nampak aku ambil, selamba je dia letak balik dekat rak seluar tu.
“Perempuan tak elok pakai jeans.”
Aku tertunggu-tunggu juga kalau dia hendak tambah apa-apa pada ayat dia yang tergantung tu. “Kenapa?” Akhirnya aku juga yang bertanya walaupun dia buat tidak dengar dengan soalan aku. Isk! Tak faham aku. Lain kali, cakap sahajalah berterus terang.
“Selama ni Lisa selalu je pakai?” Aku bertanya lagi.
“Lepas ni jangan pakai lagi. Sekalipun lelaki punya. Abang tak suka tengok,” balasnya. “Kalau pakai yang perempuan punya, ketat. Kalau pakai yang lelaki punya, dah serupa lelaki. Lagipun Lisa, apa salahnya pakai pakaian yang suami suka? Kan lagi bagus...” tiba-tiba nada suaranya bertukar lembut.
Aku mencebik. Malas mahu membalas, aku tinggalkan je dia dan berjalan pergi tempat lain. Erk! Tak retilah aku hendak melayan dia.
***
AKU memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu tiada bayang manusia. Umi dekat dapur agaknya. Walid pun tidak ada. Selepas meletakkan sandal di atas rak kasut, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Ringkas hiasan dalam rumah umi ni. Tidaklah serabut mata melihatnya. Langkah terus aku hayun ke dapur. Bau asam pedas umi membuatkan aku tersenyum. Asam pedas umi dengan asam pedas Abang Hafiz lebih kurang je rasanya. Sedap! Abang Hafiz menuntut daripada umi agaknya.
“Assalamualaikum, umi?” aku menyapa umi.
Umi menoleh dengan senyuman di bibir. Salamku dijawab perlahan. “Dah sampai?” soalnya.
Tangan dihulur untuk bersalam.
“Banyak ke shopping barang?”
Tergelak aku bila mendengar soalan umi. “Tak adalah shopping mana umi. Saja je berjalan-jalan. Cuci mata.”
“Hrm... umi dengar sangatlah cakap dia tu. Saja berjalan konon. Hari ni je dua-tiga ratus duit Hafiz habis. Lepas ni sebulan sekali ajelah kalau nak bawa dia berjalan.” Abang Hafiz menyampuk perbualan kami.
Spontan aku dengan umi menoleh ke arah dia. Entah bila masa entah Abang Hafiz masuk ke dapur. Geram pula aku melihat ustaz ni. Kalau boleh, memang aku picit-picit je buat keropok lekor. Ada sahaja benda yang dia mengenakan aku. Tapi, bila mendengarkan dia nak bawa aku berjalan sebulan sekali, rasa tidak jadi nak buat macam tu. Nampak gayanya, setiap bulanlah aku dapat beli baju dengan seluar baru.
“Siapa yang offer diri nak belanja dulu? Lisa tak paksa...” Aku menjawab. “Orang dah serah diri kan umi? Kita ambil ajelah kan barang kita berkenan. Rezeki jangan ditolak. Betul tak, umi?” kataku. Tangan mengacau-ngacau sayur yang baru umi masukkan ke dalam kuali.
Umi hanya ketawa. Abang Hafiz pula hanya menggeleng. Kemudian dia mengintai lauk dalam periuk yang umi masak.
“Wah! Lauk sedap!” sempat dia memuji. Kuat bodek betul!
“Bila Abang Ipin dengan Kak Su sampai, umi?” Abang Hafiz bertanyakan soalan yang tadi berlegar-legar di fikiran aku.
“Malam ni sampailah dia orang. Ipin kerja hari ni. Dia bergerak dari KL lepas habis kerja. Dia cakap, nak jumpa Su dekat Seremban. Lepas itu saing ke sini.”
Abang Hafiz mengangguk faham. Aku pula, tumpang dengar ajelah, menadah telinga. Tidak lama kemudian, sudip bertukar tangan. Aku berjalan keluar ke belakang rumah. Umi ada bela kucing dua ekor. Jojo dengan Kiki. Comel pula tu. Siap ada sangkar lagi.
“Hafiz ok?” Sambil berjalan telinga aku berjaya menangkap perbualan umi dengan Abang Hafiz yang perlahan itu. Entah kenapa, aku terasa tidak sedap hati mendengarkan soalan itu. Soalan tu ada kena mengena dengan aku ke?
“Ok je, umi.” Abang Hafiz turut membalas dalam nada perlahan.
Aku berlakon seperti tidak mendengar apa yang mereka bualkan. Abang Hafiz sakit ke? Isk! Takkanlah. Aku tengok dia sihat bin afiat je dekat rumah tu. Tak pula nampak dia makan ubat ke, apa ke. Ataupun maksud soalan umi tu, dia ok ke kena kahwin dengan aku? Aku berhenti mengelamun bila terpandangkan Jojo, kucing yang berbulu coklat cair tu tengah baring sambil menyusukan anak dia. Wah! Laju aku bukak sangkar Jojo, aku seekor anak dia yang paling comel aku curi. Jojo ni jenis jinak lagi baik. Kalau tidak, mahu aku kena cakar dengan dia ni.
“Lisa?” Abang Hafiz sudah keluar dari rumah untuk mencari aku.
Eh? Baru Lisa hilang sekejap, abang dah rindu ke? Hahaha! Tak adanya aku nak cakap macam tu dekat ustaz ni.
“Ye?” Aku menjawab sambil tangan sakan bermain dengan anak Jojo. Comelnya! Kalaulah aku boleh bela seekor kat rumah ni...
Abang Hafiz menggelengkan kepala apabila melihat aku mencium anak Jojo. “Macam main dengan baby!” komennya.
Aku tersengih. “Ni baby apa? Kan baby kitten ni.”
Abang Hafiz hanya diam mendiamkan diri. Matanya ralit melihat aku sampai aku pula yang terasa segan.
“Kenapa cari orang ni?” aku tanya bila teringat yang tadi tiba-tiba dia keluar cari aku.
Abang Hafiz tersentak. “Apa dia?”
Aku buat muka. “Berangan je!”
Dia tersenyum tatkala mendengar aku merungut. “Jom siap solat. Dah dekat satu setengah dah ni,” dia mengajak.
Aku menjeling jam di pergelangan. Tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Selepas memasukkan anak Jojo ke dalam sangkar, aku pergi mendapatkan Abang Hafiz. Nampaknya Zohor hari ni berimamkan dia.
“Agaknya kalau ada baby sendiri nanti macam manalah, ye?” cara dia bercakap macam berbisik pada diri sendiri.
Erk! Spontan muka aku rasa panas. “Hah? Abang cakap apa-apa ke?” aku bertanya.
Abang Hafiz menggeleng. “Tak ada apa. Dah, pergi siap. Kalau boleh salin baju. Mana tahu kalau ada terkena apa-apa ke masa berjalan tadi.”
Nasib baik dia tidak mengulang kembali ayat dia tadi. Kalau tidak, memang aku pelangkung dia depan-depan umi ni. Isk! Dia ni merepeklah. Cukuplah aku kena buat benda yang merepek dalam hidup aku, masa aku kena kahwin dengan dia. Ni dia cakap pasal baby-baby pula. Sudahlah perancangan hidup aku untuk sepuluh tahun akan datang menjadi tunggang langgang disebabkan dia.
Dulu aku siap buat peta minda lagi masa awal tahun tingkatan lima. Peta minda perkara-perkara yang aku hendak capai dalam tempoh sepuluh tahun. Dapat straight A’s untuk SPM, dapatkan biasiswa, pergi sambung belajar ke luar negara, bekerja selepas belajar. Kalau bab kahwin ni aku cadang umur dua puluh lima tahun sebab masa tu baru sesuai aku rasa.
Ini, tidak. Daripada merancang masa umur dua puluh lima tahun, tiba-tiba tercepat lapan tahun. Cukuplah satu perkara itu sahaja yang dibawa ke hadapan. Bab baby tu biarlah lambat sikit ye, ustaz! Heh, agaknya ustaz ni tidak fikir apa-apa pun. Aku pula yang lebih-lebih. Itulah, banyak sangat tengok cerita Korea! Eh, ada kena mengena ke?
***
“CUBA Lisa baca Al-Fatihah? Abang nak dengar.” Dia menyuruh aku elok selepas kami habis berdoa.
Aku termangu sekejap. Apahal tiba-tiba ni? “Kenapa?”
“Banyak tanyalah Lisa ni. Baca ajelah...”
Aku pula yang kena. Ceh! Aku membaca daripada ayat pertama sehingga ayat ke tujuh surah Al-Fatihah. Dia mengangguk-angguk sahaja mendengarkan bacaan aku. Lagaknya seperti berpuas hati. Aku tersenyum dalam diam.
“Ok. Eloklah tu.” Itu sahaja komen dia.
Sengih aku semakin melebar apabila dipuji. “Thank you!”
“Puji sikit dah sengih melebar!” Sempat dia mengenakan aku.
“Eh, dah orang puji kan? Kita berterima kasihlah. Nanti kalau tak, orang cakap kita ni sombong pula!”
“Hish. Orang cakap sepatah, berpuluh-puluh patah dia menjawab. Lepas ni, pastikan bila solat Lisa baca macam ni juga. Jangan depan abang baca ok, depan Allah baca tunggang langgang.”
Macam tahu-tahu je aku baca sikit punya jaga tadi. Aduh! Terkena lagi. Al-Fatihah dengan surah-surah pendek bolehlah aku baca ok. Aku rasa kalau baca Al-Quran tu, mungkin tunggang langgang sikit. Sebaik sahaja Abang Hafiz bangun, aku turut mengikut. Telekung aku buka lalu aku lipat dan sangkut pada rak. Sejadah, Abang Hafiz yang angkat dan tolong lipatkan.
“Lisa?”
Aku menoleh.
“Nanti, lepas Maghrib jangan lupa ye?”
Aku pandang Abang Hafiz dengan pandangan kosong. Apahalnya pula dengan lepas Maghrib ni? Sekarang ni ada lebih kurang lima jam lagi untuk masuk waktu Maghrib. Lama lagi tu.
“Kenapa? Nak ajak pergi City Square pula ke?” sengaja je aku bertanya begitu.
“Bulan depan pula kalau nak. Lepas Maghrib ni, abang nak dengar Lisa mengaji.”
Erk! Aku mengigit bibir. “Alaa.. Bang, kat rumah nantilah! Seganlah kalau umi dengan walid dengar. Lisa baca bukannya sedap pun sampai boleh cairkan hati dia orang.” Aku cuba untuk mengelak. Segan oh mengaji depan-depan orang ni. Walaupun dekat dalam bilik, aku yakin suara aku boleh didengar sampai ke luar.
“Ada pula niat mengaji nak cairkan hati orang lain?” Sempat aku kena marah. “Lagipun kalau bertangguh-tangguh, bila nak mula?”
“Iyalah... iyalah!” Malas mahu menjawab lagi. Kalau menjawab, nanti aku juga yang kena. Baik aku turun ke bawah. Boleh juga berbual-bual dengan umi.
***
UMI sedang tegak duduk melipat baju sambil mata sesekali melekat pada skrin televisyen. Aku melabuhkan punggung di sebelah dia sambil mencapai beberapa helai kain untuk dilipat. Umi hanya tersenyum melihatkan tingkah laku aku. Ambil hati mak mentua beb! Aku bukannya tahu kalau umi sebenarnya tidak berapa suka dekat aku ni. Sudahlah mak dengan ayah aku yang cadangkan aku kahwin dengan Abang Hafiz.
“Pak Long err.. walid mana umi?” Aku bertanya sekadar tidak mahu terlalu senyap sewaktu duduk di sebelah umi.
“Walid ke kebun. Biasalah dia, hujung minggu. Hari-hari lain dah sibuk dengan kerja pejabat pula.”
“Oh! Umi tak ikut?” Aku lihat umi relaks je duduk dekat rumah.
“Kalau umi pergi, tak ada siapa nak masak, Lisa. Hafiz tu, bukannya jenis makan dekat luar.”
Terangguk-angguk aku mendengar jawapan umi. Kata-kata umi memberi input yang baru kepada aku. Baru hari ini aku tahu yang Abang Hafiz ni suka makan dekat rumah. Kesiannya dia! Bila duduk dengan aku asyik beli makanan di kedai je.
“Lisa dekat rumah selalu masak ke?”
Aku menggeleng. “Tak sempatlah umi. Busy. Dengan kelas tambahan lagi.” Bukannya tak sempat. Kalau dah masak mee segera pun aku guna, bekas Tupperware. Itu pemalas namanya!
“Kalau dekat rumah Abang Hafiz yang selalu masak,” rajin aku membuka cerita. Alamak! Ada umi ingat aku suka buli anak dia nanti.
Umi senyum je dengar aku mengeluh. “Oklah tu, Lisa. Umi ada juga pesan dekat Hafiz, jangan suruh Lisa sibuk buat kerja rumah.” Ayat yang keluar daripada mulut umi buat aku terasa disayangi pula.
“Pelajaran Lisa ok?” Umi bertanya bila tengok aku diam.
“Oh. Ok je...”
Dia mengangguk. “Baguslah. Belajar ajelah elok-elok. Jangan fikirkan sangat benda lain,” nasihat umi lembut. Mendengarkan nasihat umi membuatkan aku tiba-tiba rindukan mak. Hah! Dengar tu Abang Hafiz. Umi suruh Lisa belajar je tau. Jangan fikir benda lain! Hahaha! Walhal fikiran aku yang banyak sangat merewang berfikir yang bukan bukan!
4 comments:
lisa....lisa ...asyik nak mengenakan orang je kejenya.. slamat la abang ustaz ni sporting... huhuhu
Bila SAU nak kuar nih? Tak sabar nak baca full. :)
rindu kat Lisa n Ustaz Hafiz...Bila nak kuar ni
bila novel ni nak kuar ye?dah lama tu.tunggu
Post a Comment