Rasanya ramai yang dah perasaan update di laman web KaryaSeni. Saya sendiri tak sedar
bila masa pihak KS update. Jadi, pengumuman rasmi dah pun dikeluarkan, dan
insya Allah pertengahan April nanti bolehlah anda semua temui Suami Aku Ustaz
di pasaran ye! Bagi yang bakal ke PBAKL, bolehlah kunjungi booth Karyaseni
nanti.
Di sebalik tabir Suami Aku Ustaz.
Apa-apa pun, saya nak memohon berjuta kemaafan daripada
semua follower SAU. Saya sedar, novel ni lambat sangat keluarnya. Selalu saya
baca komen anda yang tertanya-tanya bila keluarnya, yang mengeluh kenapa lambat
sangat keluarnya. Again, I’m so sorry.
Saya mula menulis SAU back then 2010. Wah, lama ye. -.-“
Niat mulanya nak buat cerpen, maka saya mula menulis part by part, akhirnya
idea pula mencurah-curah dan panjang pula kisah Alisa dengan Hafiz saya
lakarkan. Saya sangat mendalami watak Alisa ye! Dia sangat nakal. Hehehe. Dan
paling saya tak sangka cerita yang biasa-biasa tu mendapat sambutan. :’)
Pada Januari 2011 saya mendapat email daripada pihak
penulisan2u. Bertanya berapa peratus manuskrip siap dan meminta saya menyiapkan
ASAP. Masa tu pula, saya sendiri baru mula semester baru ‘persekolahan’ dan hanya bercuti pada hujung tahun. Saya tak mahu
siapkan SAU dalam keadaan tergesa-gesa. Risau kualitinya tak seberapa. Sebab
itulah saya hanya dapat fokus menyiapkan SAU pada Oktober 2011 dan pada awal
November 2011 barulah saya dapat hantarkan kepada pihak Karyaseni.
Saya bukan pelajar dalam bidang sastera. Dan saya tak
pernah langsung mengikuti mana-mana bengkel penulisan. Saya hanya akan menulis
apabila idea datang, dan berehat apabila idea tak melawat. Saya tak pernah
terfikir perlunya draft idea untuk mana-mana cerita. Sebab itu saya hanya
draftkan di otak je. Bertambah lambatlah manuskrip SAU disiapkan. Maafkan saya.
:)
SAU cerita ringan. Konfliknya tak begitu berat. Jadi, kalau anda
baru selesai membaca novel yang berat, bolehlah dapat SAU nanti untuk
merehatkan fikiran. ;) Saya dah cuba yang terbaik dalam SAU. Harap semuanya
berpuas hatilah ya. = Apa-apa pun, yang baik datangnya daripada Allah dan yang
kurang, yang tak elok itu adalah dari kekuarangan saya.
Mahukan teaser? ;)
9 comments:
nak teaser !!
nak2.. hehe..kalau boleh ltak ckit2 sdutannye.. hehe
mestilah nakk...
makin bertambahlah list novel wajib beli saya wakt pesta buku nanti...
tahniah!! saya dah lama tunggu... ya Allah, rasa banyak sangat nak komen nih sbb teruja..
tapi nanti penat plak awak nak baca... heheh...anyway, saya doakan novel yg awak kata 'biasa' ni, akan best seller...
saya tahu novel ni 'biasa' tapi 'luar biasa' kan...
hehe...argh! terujanya!!
wah ! cik April . . cepat2 lah datang . xsbr nk beli SAU ni . hehe :d
very2 happy... akhirnya. Official announcement ya. ;)
will get it, insyaAllah.
rasa macam nak volunteer buatkan cover page buku tu pulak, haha..
yes... dah nak kuar..
mesti beli ni.. hehe :)
Salam aku_dia...cerita nampak mcm real je??? seriously, saya xtido sampai subuh baca novel SAU kat P2U..awak umur brp?? hehe...btw, tlg kirim salam kat ustaz hafiz...saya nak jd no. 3 boleh???lol...congrats!
Post a Comment