::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

13 March 2012

Suami Aku Ustaz Update! :)

Assalamualaikum…
Rasanya ramai yang dah perasaan update di laman web KaryaSeni. Saya sendiri tak sedar bila masa pihak KS update. Jadi, pengumuman rasmi dah pun dikeluarkan, dan insya Allah pertengahan April nanti bolehlah anda semua temui Suami Aku Ustaz di pasaran ye! Bagi yang bakal ke PBAKL, bolehlah kunjungi booth Karyaseni nanti.

Di sebalik tabir Suami Aku Ustaz.
Apa-apa pun, saya nak memohon berjuta kemaafan daripada semua follower SAU. Saya sedar, novel ni lambat sangat keluarnya. Selalu saya baca komen anda yang tertanya-tanya bila keluarnya, yang mengeluh kenapa lambat sangat keluarnya. Again, I’m so sorry.
Saya mula menulis SAU back then 2010. Wah, lama ye. -.-“ Niat mulanya nak buat cerpen, maka saya mula menulis part by part, akhirnya idea pula mencurah-curah dan panjang pula kisah Alisa dengan Hafiz saya lakarkan. Saya sangat mendalami watak Alisa ye! Dia sangat nakal. Hehehe. Dan paling saya tak sangka cerita yang biasa-biasa tu mendapat sambutan. :’)

Pada Januari 2011 saya mendapat email daripada pihak penulisan2u. Bertanya berapa peratus manuskrip siap dan meminta saya menyiapkan ASAP. Masa tu pula, saya sendiri baru mula semester baru ‘persekolahan’ dan hanya bercuti pada hujung tahun. Saya tak mahu siapkan SAU dalam keadaan tergesa-gesa. Risau kualitinya tak seberapa. Sebab itulah saya hanya dapat fokus menyiapkan SAU pada Oktober 2011 dan pada awal November 2011 barulah saya dapat hantarkan kepada pihak Karyaseni.

Saya bukan pelajar dalam bidang sastera. Dan saya tak pernah langsung mengikuti mana-mana bengkel penulisan. Saya hanya akan menulis apabila idea datang, dan berehat apabila idea tak melawat. Saya tak pernah terfikir perlunya draft idea untuk mana-mana cerita. Sebab itu saya hanya draftkan di otak je. Bertambah lambatlah manuskrip SAU disiapkan. Maafkan saya. :)

SAU cerita ringan. Konfliknya tak begitu berat. Jadi, kalau anda baru selesai membaca novel yang berat, bolehlah dapat SAU nanti untuk merehatkan fikiran. ;) Saya dah cuba yang terbaik dalam SAU. Harap semuanya berpuas hatilah ya. = Apa-apa pun, yang baik datangnya daripada Allah dan yang kurang, yang tak elok itu adalah dari kekuarangan saya.

Mahukan teaser? ;)

9 comments:

Uwais Al-Qarni said...

nak teaser !!

Yaya Nufariya said...

nak2.. hehe..kalau boleh ltak ckit2 sdutannye.. hehe

Yaya Nufariya said...

mestilah nakk...

xxx ooo said...

makin bertambahlah list novel wajib beli saya wakt pesta buku nanti...

tahniah!! saya dah lama tunggu... ya Allah, rasa banyak sangat nak komen nih sbb teruja..

tapi nanti penat plak awak nak baca... heheh...anyway, saya doakan novel yg awak kata 'biasa' ni, akan best seller...

saya tahu novel ni 'biasa' tapi 'luar biasa' kan...

hehe...argh! terujanya!!

Unknown said...

wah ! cik April . . cepat2 lah datang . xsbr nk beli SAU ni . hehe :d

umi kalsom said...

very2 happy... akhirnya. Official announcement ya. ;)
will get it, insyaAllah.

zAr said...

rasa macam nak volunteer buatkan cover page buku tu pulak, haha..

ihaaz said...

yes... dah nak kuar..
mesti beli ni.. hehe :)

LiTtLe MiSs.. said...

Salam aku_dia...cerita nampak mcm real je??? seriously, saya xtido sampai subuh baca novel SAU kat P2U..awak umur brp?? hehe...btw, tlg kirim salam kat ustaz hafiz...saya nak jd no. 3 boleh???lol...congrats!