::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

2.09.2012

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 25

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,)v


Suami Aku Ustaz?! 25
AKU bergolek-golek di atas katil seperti orang sudah tamat sekolah. Sepatutnya, orang yang bakal ambil SPM ni, kena belajar. Ini aku punya relaks, macam soalan SPM tu aku yang buat. Tak ambil pengajaran langsung daripada trial hari tu. Boleh dikira dengan sebelah tangan je berapa ‘A1’ yang aku kumpul.
Awal malam tadi, umi ajak aku masuk ke dapur. Katanya hendak aku teman dia masak. Tetapi, aku tahu sebenarnya umi suruh aku belajar masak. Ceh! Aku tidak tahulah dari mana umi tahu aku tidak suka dan tidak pandai memasak. Rasanya tidak perlu aku peningkan kepala memikirkan. Siapa lagi pusat sumber maklumat aku kalau bukan Muhammad Nur Hafiz tu.
Aku cuba memejamkan mata, walaupun belum rasa mengantuk. Iyalah, jam pun baru pukul sembilan. Umi dengan walid tengah menonton berita tadi sewaktu aku bagi alasan untuk masuk bilik awal, hendak buat revision. Hrm... revision sangat! Sejak tadi aku lagi berfikir benda lain daripada berfikir soal belajar. Okay... aku mengaku, aku tengah tunggu orang yang tadi kata nak telefon tadi tapi sampai sekarang tidak telefon. Huh! Satu pun kerja tidak jalan.
Telefon yang tiba-tiba melagukan lagu Avril Lavigne – When You’re Gone buat aku terkaku memandang telefon dekat sebelah. Dahi aku sudah berkerut. Bila masa pula lagu ni ada dalam telefon ni? Dan, bila masa pula ringtone aku bertukar ni? Seingat aku, aku pakai ringtone Nokia biasa je. Bunyi ‘ring-ring’ macam telefon lama. Sejak siang tadi aku setkan ke mod senyap, baru ni aku tersedar ringtone biasa aku sudah menjadi luar biasa.
Aku memaksa diri untuk bergerak dan mencapai telefon yang masih setia berdering Walaupun lagu tu sedap dan jiwang yang tersangat, aku rasa kesian juga dekat Avril Lavigne yang sudah melalak-lalak dari tadi. Aku menahan bibir daripada tersenyum apabila nama pemanggil dibaca. Kalau dia dekat depan aku, sah-sah kantoi. Mesti dia cakap aku angau. Isk! Butang hijau aku tekan dan dengan lemah gemalai telefon aku dekatkan ke telinga. Ucapan salam diberi.
“Tak boring ke call Lisa tiga kali sehari?” Tidak sempat Abang Hafiz bersuara aku sudah bertanya.
“Tak adalah. Kenapa nak boring? Or Lisa yang boring dengar suara abang tiga kali sehari?”
Aku mencebik. Tiru ayat aku. Ceh. “Tak adalah... Bila masa Lisa boring?
Erk! Aku terdiam apabila tersedarkan sesuatu. Telinga dapat menangkap ada tawa yang meletus setelah mendengar jawapan aku. Sukalah tu aku terlepas cakap. Terlepas, okay? Bukan ikhlas daripada hati. Aku memang boring gila dengar suara dia. Ah! Tapikan, bukan ke apa yang kita terlepas cakap itu sebenarnya perasaan kita? Spontan muka aku panas. Kureng betul! Doa apalah yang dia baca masa call aku tadi ni?
“Kenapa Lisa lambat angkat? Tengah buat kerja ke?”
“Tak adalah. Tak perasan telefon bunyi.”
Aku bermain dengan hujung bantal. Apabila aku mengangkat muka, mata terpandangkan pantulan diri aku di cermin. Erk! Apahal gaya aku berbual macam orang tengah bercinta? Laju aku bangun, menukar gaya daripada berbaring kepada duduk.
“Hai? Tak perasan? Berangankan siapa? Teringatkan abang ke?”
Suhu muka aku naik lagi dua degree celcius. Dia ni, kalau depan aku macam boleh baca fikiran aku. Dah jauh ini pun, takkan boleh baca daripada suara aku?
“Ceh... tak kuasa. Baik Lisa hafal lens law.” Laju aku menjawab.
“Hah, iyalah. Hafal ye. Bawa tidur.” Dia menyindir.
Tergelak besar aku mendengar nada suara dia macam merajuk. Bawa tidur? Hahaha! Sekalipun aku rebus buku rujukan Pelangi tu dan aku minum air dia, belum tentu aku dapat ‘A1’ dalam SPM, tahu?
“Apa je program abang dekat sana?” Tiba-tiba aku menjadi ramah untuk berbual dengan dia.
“Biasa je. Pagi petang seminar. Malam baru free sikit. Tak padat sangat kursus ni. Ni baru lepas dinner.”
Dinner? Tiba-tiba aku teruja sekejap. “Mesti makan sedap. Abang makan kat hotel ke?”
Abang Hafiz ketawa. “Tak adalah. Makan dekat kedai kat luar, Lisa. Umi masak apa tadi?”
“Dalca daging.”
“Oh sedap! Umi yang masak ke Lisa yang masak?”
Aku terasa sesuatu yang pelik dengan nada Abang Hafiz bertanya. Terasa macam umi dengan Abang Hafiz ada komplot yang aku tidak tahu.
“Did umi tell you anything?”
Abang Hafiz sudah ketawa besar. “Abang baru lepas call umi tadi,” dia mengaku.
Aku buat muka mendengar jawapan Abang Hafiz. “Ceh! Baik tak payah. Mesti daripada A sampai Z abang dah tahu kan?” Daripada betapa perlahannya aku potong bawang sampai siap masak dalca tu. Umi siap komen lagi, aku potong bawang macam guna pembaris!
“Agaknya kalau dekat rumah, mesti abang selalu report bukan-bukan dekat umi?” tanya aku lagi. Ah! Terasa hilang kebebasan aku. Bosan betul.
“Mana ada. Cuba Lisa jangan fikir benda yang bukan-bukan?”
Aku diam, tidak menjawab.
“Hrm? Kenapa diam? So, how’s your day, today?” Abang hafiz sudah menukar topik. Malas hendak panjangkan topik tadi agaknya.
“Biasa je.”
“Iya? Sekolah macam mana?”
Ngee... aku sudah terasa bosan untuk berbual. Tidak ada topik lain ke hendak bercerita selain hal sekolah? Hish... kalau macam inilah gayanya, cancel aku hendak jadi ustazah. Hahaha!
“Bosan.”
“Kenapa? Sebab abang tak ada?”
Dahi aku dah berkerut. “Eh? Mana abang tahu ni? Serius bosan sebab abang tak ada. Hrm... bosan sangat.” Mendatar je suara aku. Nampak sangat tengah menyindir.
“Amboi, abang tak ada betul nanti, baru tahu bosan ke tak?”
Tersentap hati aku apabila dia cakap macam tu. Isk! Apalah dia ni. “Kenapa? Abang nak pindah sekolah ke? Alah... rugilah. Lisa dah habis sekolah. Kalau tak...” Sengaja aku buat cerita lain. Mahu menghilangkan rasa tidak sedap di dalam hati.
“Kalau tak, apa?”
“Entah?” Aku ketawa.
“Abang, tadi kan... Cikgu Liana kan...” Sengaja aku buat-buat saspen sedikit. Teringatkan kes Cikgu Liana masa dekat sekolah tadi, terasa hendak bercerita dekat Abang Hafiz.
“Kenapa dengan dia?”
Akhirnya Abang Hafiz bertanya apabila aku lambat sangat menyambung cerita. Aku tersenyum simpul. Laju aku bercerita peristiwa di sekolah tadi. Abang Hafiz tidak menyampuk. Cuma sesekali dia ketawa.
“Itulah. Lain kali jangan fikir buruk orang je,” sempat dia menegur.
Aku mencebik. “Bukan fikir buruk. Tapi dah kebetulan dia yang tahu pasal kita. Lepas tu, dia panggil Lisa pergi bilik guru. Seorang je pula tu. Macam mana tak terfikir yang bukan-bukan?” ujarku.
“Hrm... Kalau dia tanya abang macam mana kita kahwin, Lisa nak abang cerita?”
“Hee....” laju aku menggeleng. “Tak payahlah. Tak ada yang menarik pun.”
“Eh? Iya ke? Kan menarik kisah kita?” Abang Hafiz ketawa.
“Eh! Menarik gila. Macam kisah cinta artis gitu kan?”
Aku mencebik. Macamlah kisah perkahwinan kami hot sangat. Kalau bagi dekat surat khabar, belum tentu laku. Kalau nak buat pun, mungkin mereka akan bagi tajuk yang catchy. Contohnya, ‘Ustaz Berkahwin Dengan Anak Murid Selepas Di Tangkap Basah’. Kalau tidak pun, ‘Anak Murid Dipaksa Berkahwin Dengan Ustaz Sendiri’. Selepas itu, sekolah pun hantar surat berhenti. Haish! Apa ke jauh sangat aku merepek ni?
Abang Hafiz ketawa. “Hai... Lisa, Lisa...” Itu je balasan dia.
Aku tidak tahu kenapa rancak pula kami berbual malam ni.
“Lisa...” dia memanggil.
“Hrm?”
“Senang hati abang, dengar Lisa macam ni.”
Kening aku bertaut. “Kenapa?”
“Sebab selalunya kalau dekat rumah, tak pernah Lisa bercerita sakan macam malam ni.”
Aku terpegun sekejap. Tidak menyangka kami berfikir perkara yang sama.
“Oklah. Lisa pergilah study. Nanti lambat sangat, mengantuk pula. Esok balik rumah dulu ye baru pergi sekolah?” dia menyoal.
“Hrm.”
“Oklah. Jaga diri. Jaga iman. Assalamualaikum,” pesan dia seperti biasa.
Aku menjawab salam didalam hati. Entah kenapa, hati aku tiba-tiba terasa kosong. Aku mengeluh.
***
AKU menopang dagu dengan tangan kiri. Sambil itu, mata melilau ke sekeliling kelas. Masing-masing sudah selamat meletakkan kepala di atas meja. Sekali lihat, sudah macam kena langgar Garuda. Adalah dua-tiga orang pelajar bukan harapan sekolah yang sibuk buat latihan. Sebabnya, pelajar harapan sekolah sudah tahu mereka pandai, maka mereka tidur. Jadi, kami yang bukan harapan ni, berusahalah untuk mengharumkan nama keluarga. Macam akulah kononnya. Ecece... merendah diri yang amat pula aku hari ni ya?
Cuma masalahnya, aku yang asyik melangut dari tadi, bukannya belajar. Hendak belajar pun tidak boleh masuk. Terasa kosong pula waktu ni sebab... err... sebab sekarang masa Pendidikan Agama Islam dan tiada ustaz yang mengajar di hadapan. Pelik aku sebab tidak ada guru ganti. Dengar cerita, Ustazah Faezah ajar seronok juga.
Nasib baik tidak terhantuk dagu aku dengan meja ni sewaktu Wati menolak tangan aku. Aku buat muka tidak puas hati. Kacau! Aku kan tengah layan perasaan ni, cubalah hormat sikit!
“Jauh menung, Lisa?” Wati sudah tersengih-sengih.
Aku menjulingkan mata.
“Muka macam ikan kembung atas para dekat pasar tu je aku tengok!” dia menambah lagi.
Aku mengerutkan dahi. Apa kaitannya aku dengan ikan tu?
“Dua-dua termenung bodoh macam tu je! Hahaha!” Tidak perlu aku bertanya, dia sudah tolong jawabkan.
Aku menahan diri daripada tergelak. Kureng! Aku disamakan dengan ikan termenung tu? Aku rasa mata aku lagi cun daripada ikan tu. Aku menayangkan serius. Sengaja ingin membuatkan Wati serba salah.
“Eh? Aku lupa nak tanya. Best tak ringtone baru kau?” tanya Wati teruja. Sengaja dia buat tidak faham dengan riak muka aku. Tidak makan saman betul!
“Kau?!” Suara aku meninggi. Baru tersedar rupanya dia yang tukar ringtone aku. Dua tiga orang classmate aku yang tengah buat kerja memandang aku semacam. Maaflah! Terlebih pula. Aku kan drama queen.
“Kau nak tahu? Lagu tu sesuai sangat dengan keadaan kau sekarang ni. Angau!”
“Bila masa pula?!” Aku angau? Angaukan Ustaz Hafiz pula tu? Isk! Tak kuasa.
Wati tiba-tiba berdehem bagi membetulkan suara. When you're gone, the pieces of my heart are missing you. When you're gone, the face I came to know is missing too. When you're gone, the words I need to hear to always get me through, the day and make it ok… I miss you” Wati berulang-ulang menyanyikan bahagian korus lagu tu.
Aku mengetap gigi. Ini kalau selalu sangat kena sakat macam ni, daripada tidak ada apa-apa perasaan dekat Abang Hafiz pun, boleh tersyok sendiri ni.
“Bila masa kau ‘gigi biru’ lagu tu? Lagi satu, macam mana kau tahu aku bawa telefon semalam?”
Dahi aku sudah berkerut. Serius aku pelik dengan minah ni. Dia ni spy Abang Hafiz apa?
“Eleh! Kalau dah sepuluh kali setiap lima minit kau tengok skrin telefon tu, macam mana aku tak perasan? Kau tunggu dia mesej eh?” Usik Wati lagi.
Aku buat-buat tidak faham. “Mana pula? Aku tunggu mak aku call lah.” Hrm.. Memang mak aku pernah telefon masa aku dekat sekolah, kan? Fail menipu!
“Yang kau ni pula? Jangan cakap kau bawa telefon pergi sekolah?” Laju aku menukar topik sebelum kena hentam balik dengan Wati
Wati sengih tanpa rasa bersalah. Kening kirinya dijungkitkan dua tiga kali.
“Hai? Pa’an sekelas pun, takkan nak bermesej-mesej juga? Ada nanti couple ke mana, belajar ke mana.” Aku menegur.
“Alah, kahwin je lah lepas SPM kalau tak lepas.”
Laju darah aku menyirap mendengarkan Wati berkata macam tu. Pantang aku, kalau ada kawan-kawan aku yang fikir hendak kahwin dan tidak mahu belajar. Aku tidak nafikan, boleh berkahwin selepas SPM, sebab aku pun sebelum SPM lagi dah selamat! Tetapi, kalau selepas SPM, dengan SPM pun kantoi sebab sibuk bercinta, baik tak payah.
Zaman sekarang, sijil SPM pun penting, tahu? Walaupun dengan sijil tu, kerja yang ditawarkan tu biasa-biasa je, sekurang-kurangnya ada. Apa dia ingat senang-senang je ke hendak hidup dengan tidak ada kerja ni? Sekalipun orang cakap ulat dalam batu boleh hidup, kita ni manusia. Kahwinlah dengan anak billionaire sekalipun, kalau jodoh tidak panjang? Hah! Macam mana hendak cari duit? Nampak muka aku serius semacam, Wati akhirnya menyinggul lengan aku.
“Aku gurau ajelah. Kau ni serius sangat! PMS apa?”
Hilang sekejap perasaan marah tadi apabila Wati tegur macam tu.. PMS? Pre Menstrual Syndrom? Haish...
“Tak adalah...” Aku meletakkan kepala ke atas meja. Argh... bosan, bosan, bosannya!
“Alah... baru sekali sekala berjauhan. Takkan dah teruk macam ni. Dasyatlah kau!”
Aku memekakkan telinga. Kalau menjawab, lagi dia ingat aku memang rindukan ustaz tu. Kalau tidak jawab pun, dia akan fikir benda yang sama. Lagi baik aku gunakan masa ni untuk tidur. Dua masa Pendidikan Islam ni terasa lambat sangat untuk habis. Lagi-lagi bila ustaz yang mengajar tidak ada. Haih...
***
JAM sudah menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Aku keluarkan kalendar daripada purse. Pen daripada celah buku nota aku capai. Tarikh hari ni aku tanda pangkah. Hari ni dia balik! Aku sudah tergelak dalam hati. Macamlah Abang Hafiz tu pergi kursus dua tiga bulan sampai bertanda dekat kalendar. Kalaulah Abang Hafiz nampak aku macam ni, mesti dia ingat aku rindu dia. Eleh, tak rindu ke namanya kalau dah macam tu, Alisa? Tak! Bukan rindu dia. Rindu tidak ada kawan berbual je. Tambahan, aku sudah rindu dekat rumah aku. Okay... ada juga perkataan rindu dekat dalam ayat tu.
Suasana malam sudah sunyi sepi. Umi dengan walid sudah masuk tidur. Aku keluar dari bilik. Kaki dihayun menuju ke dapur. Pintu peti ais aku buka dan botol air oren Twister aku capai. Sedang duduk lepak melayan perasaan, tiba-tiba telinga aku menangkap satu bunyi burung dari luar rumah. Berderau darah aku dibuatnya. Laju aku menghabiskan air di dalam gelas. Cuak woi duduk dekat dapur ni dalam gelap, malam-malam, seorang diri!
“Siapa tu?” Suara walid membuatkan aku tersedak.
Lama aku terbatuk menghilangkan rasa sakit tekak sehingga walid sendiri yang buka lampu dapur.
“Lisa? Kenapa tak tidur lagi? Duduk bergelap seorang-seorang.”
Aku tersengih. “Tak mengantuk lagi. Kenapa tiba-tiba bangun, walid?”
“Walid terlupa dah kunci pintu belum.”
Aku hanya mengangguk. Betullah Abang Hafiz ni macam walid. Kalau dekat rumah, dia yang selalu ingatkan aku untuk kunci pintu semua. Mungkin sebab dia ketua keluarga agaknya. Eh? Abang Hafiz kiranya ketua keluarga akulah kan? Habis tu, ayah? Ah! Aku dah pening.
"Kalau tak nak tidur lagi, tak apalah. Tapi janganlah duduk bergelap macam tadi. Nasib baik walid tak ada sakit jantung!”
Belum sempat aku menjawab, sekali lagi kedengaran burung entah namanya berbunyi di luar. Sudahlah bunyi dia menyeramkan. Berubah terus muka aku. Walid yang perasan riak muka aku, tergelak.
“Mesti terus nak tidur ni?” Dia mengusik.
Aku buat muka cool. “Tak adalah...” Meleret aku menjawab. “Bunyi burung apa tu, walid?” soalku selamba.
“Itu bunyi burung Jampuk,” balasnya.
Aku hanya mengangguk. Hai... ada juga burung bunyi macam ni.
“Oklah, walid masuk dulu ya.”
Sekali lagi aku mengangguk. Kemudian walid melangkah masuk bilik. Baru aku hendak duduk kembali di atas kerusi, sekali lagi burung Jampuk sudah menyuruh aku masuk tidur. Aku rasa burung ni dekat pokok pelam belakang rumah ni lah. Bunyi dia, macam dekat. Kuat pula tu! Laju aku bawa gelas ke sink. Isk! Dengan walid tadi bolehlah berlagak berani. Kalau dah seorang-seorang macam ni, kirim salam sahajalah.
Masuk bilik, telefon baru berhenti menyanyi lagu Avril Lavigne. Sengaja aku malas hendak tukar. Biarlah sekali sekala lagu lain pula. Ini kalau telefon aku waktu-waktu macam ni, mesti Abang Hafiz. Kalau bukan dia, Ustaz Hafiz lah tu. Kita tengok nanti dia telefon hendak bercakap pasal apa. Kalau biasa-biasa tu, abanglah. Kalau tazkirah, ceramah dan semua yang seangkatannya, ustaz. Kalau suami pula... eh, mana ada!
“Hello?”
“Waalaikumussalam Lisa!” Berkerut dahi aku dengar nada suara Abang Hafiz.
“Eh? Siapa call siapa ni? Tak pasal-pasal Lisa pula yang kena! Nasib baik Lisa ni baik tau. Assalamualaikum, ustaz!” Aku menyindir. Dia yang telefon, aku pula dia sindir.
Abang Hafiz menjawab salam dalam tawa. Isk! Tak faham aku ustaz ni.
“Hah, kali keempat abang call hari ni. Ada apa? Tak jadi balik esok malam pula ke?” Aku bertanya bila ketawa dia sudah reda. Memang kali keempat pun dia telefon. Subuh sekali. Balik sekolah tadi sekali. Lepas Maghrib sekali dan ini lagi sekali.
“Eh? Mana Lisa tahu abang tak jadi balik esok malam?” Dia bertanya. “Esok malam ada BBQ. Abang balik Sabtu pagi kut. Lisa tak kisah kan?”
Aku terdiam. Tiba-tiba rasa sedih pula dia cakap macam tu. Sampai hati dia mungkir janji. Sanggup dia pentingkan BBQ daripada aku.
“Duduklah sana lama-lama. Tak payah balik pun tak apa. Suka sangatkan duduk sana?” Tiba-tiba aku teremosi sekejap. “Biar Lisa je ambil mak dengan ayah nanti. Bila dia tanya, cakaplah abang dah tak nak balik. Huh!”
Abang Hafiz ketawa. “Lisa, kenapa ni? Tiba-tiba sensitif sangat? Abang gurau ajelah. Ye... abang balik esok malam. Tapi lambat sikitlah bergerak. Dalam pukul sebelas. Lepas habis program semua. Ok?”
“Tak boleh awal sikit ke?” Aku bertanya. Risau pula aku, dia memandu seorang diri tengah-tengah malam.
“Kenapa? Miss me, eh?”
Panas muka aku dengar soalan dia. “Huh. Tak kuasa!”
Abang Hafiz ketawa. “Iyalah. Orang tak rindu kita... nak buat macam mana. Insya Allah, esok dah nak bertolak abang call, ok?”
“Hrm...”
“Doakan abang selamat sampai.”
“Iye.”
“Miss you!”
“Me too!” Ops! Aku menggigit bibir. Terlepas sudah. Cis!
Abang Hafiz ketawa senang. Ceria suaranya. “Oklah. Pergilah tidur. Kalau boleh, bangun qiam. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Aku menjawab selepas talian putus. Ya Allah, selamatkanlah perjalan dia.
***
“TIDUR sini ajelah, Lisa. Cakap dengan Hafiz suruh balik sini dulu.” Umi memujuk.
Aku menggeleng. Tak mahulah! Sudah dua malam aku tinggalkan rumah tu.
“Tak apalah umi. Lagipun rumah tu tak kemas lagi. Tak sedap pula mak dengan ayah balik esok tengok rumah bersepah.”
Di fikiran, aku membayangkan keadaan rumah yang perlu aku kemas supaya tidak sakit mata memandang.
Umi menggelengkan kepala. “Takkan nak duduk seorang? Umi tak sedap hatilah.” Umi membantah. “Nak umi dengan walid teman ke?”
Aku tersenyum melihatkan umi yang kerisauan. Ke risau sebab Abang Hafiz ada minta tolong tengok-tengokkan aku?
“Satu malam je umi. Lagipun nantikan abang sampai. Umi jangan risaulah.” Aku memujuk.
Dalam terpaksa, umi bersetuju.
***
BALIK dari sekolah, aku terus menuju ke katil. Ah! Nikmatnya berada di rumah sendiri. Walaupun saiz katil dekat rumah sana dengan rumah sini sama, perasaan dia tetap berbeza. Aku melemparkan pandangan ke sekeliling bilik. Bilik ni tidak bersepah sangat, jadi tidak payah kemas. Apa yang pasti, bilik mak ayah, ruang tamu dengan ruang tengah memang kena bersihkan. Baru sebulan lebih mak dengan ayah pergi Mekah, habuk dia... fuh!
Selepas menunaikan solat Asar, aku memulakan misi mengemas rumah. Mana yang kena guna vacuum, aku guna. Mana yang kena guna mop, aku guna. Bilik air, mana yang kena sental daki dia, aku sental. Sekali rasa macam dah Han Ji Eun dalam cerita Full House. Cuma memasak je aku tidak buat. Iyalah, kan abang Hafiz sudah makan BBQ dekat sana. Jadi tidak perlulah aku memenatkan diri di dapur. Ceh, gaya macam selalu sangat masak untuk Abang Hafiz.
Selepas Isyak, belum pukul sembilan, aku sudah matikan semua lampu. Bukan sebab hendak bertapa dalam rumah, tapi sebab badan aku sudah terlalu penat. Letih dan mengantuk! Siapa kata jadi suri rumah tidak penat? Aku rasa lagi penat daripada orang yang kerja pejabat. Sudahlah tidak ada gaji. Tak jadi aku hendak ambil domestic engineering. Hahaha!
Aku tersedar daripada tidur apabila terdengar bunyi pelik di luar rumah. Dahi aku sudah berpeluh. Aduh! Aku rasa tidak sedap hati. Ada apa pula ni? Telefon dicapai. Jam sudah pukul dua belas setengah pagi. Ada dua missed call dengan satu mesej daripada Abang Hafiz pukul sepuluh setengah tadi, memberitahu yang dia sudah bergerak. Aku mematikan diri di dalam bilik. Cuba untuk mengesan kalau ada suara orang. Sah! Aku rasa ada orang cuba pecah masuk rumah ni. Ya Allah! Apa aku nak buat?
Menggigil tangan aku semasa mendail nombor Abang Hafiz. Tiga kali aku telefon, tiga kali jugalah tidak berangkat. Aku semakin cuak. Dengan rumah ada orang hendak masuk, Abang Hafiz boleh pula tidak angkat telefon. Abang, tolonglah berhenti sekejap dekat tepi jalan untuk angkat call Lisa! Kali keempat aku mencuba, Abang Hafiz masih tidak menjawab. Tanpa aku sedar, air mata sudah mengalir di pipi.
Telinga menangkap bunyi pintu grill ditolak. Laju aku berdiri di tepi katil. Hendak cari tempat sembunyi pun tidak tahu dekat mana. Bawah katil? Argh! Masa macam nilah aku rasa tidak berguna langsung katil lawa tapi bawahnya tertutup habis. Aku sudah tidak boleh hendak berfikir. Mata terpandangkan langsir. Langsir! Dengan badan menggigil, aku terfikir satu nama je dalam fikiran.
“Hello Joe! Joe! Tolong aku ada orang pecah masuk rumah!”
Sebaik sahaja menghabiskan ayat, aku terpandangkan ada lembaga berdiri di hadapan pintu bilik. Daripada pertolongan cahaya daripada lampu jalan, aku lihat lembaga itu tidak terus masuk ke dalam bilik. Dia seolah-olah memastikan tiada sesiapa di dalam rumah. Talian aku putuskan dan mata aku pejamkan serapat yang boleh. Ya Allah, tolonglah ni semua mimpi. Tangan terlepaskan telefon di dalam pegangan. Terdengarkan bunyi telefon jatuh, lembaga tadi laju berjalan ke arah aku. Makin kecut perut aku dibuatnya. Langsir diselak. Abang Hafiz, tolong Lisa!

11 comments:

Anonymous said...

nk yg 26 skli bule?? ^_^

Aida Nadia said...

skong2..
bg la 26 skali erkkk

ibtisam said...

sokong juga.. nak bab 26 ...plssssssss

aku_dia said...

hehehe.
mahu entry 26 ke... mahu teaser? ^^

Anonymous said...

Nk n3 26......

dewdrop said...

nk jgk n3 26..nk..xnak la stop part suspen cmni..hohoh

me my mine said...

bila nk publishkn cita ni..x sbar nk tgu..hehe

Anonymous said...

salam , cik penulis,.. bila cite ni nk dibukukn ? hehe..xsbr nk taw kesudahan cite dia ni,,hehehe....

- saiyidah -

Anonymous said...

salam , cik penulis,.. bila cite ni nk dibukukn ? hehe..xsbr nk taw kesudahan cite dia ni,,hehehe....

- saiyidah -

Anonymous said...

smbung la yg ke 26 lgi..pleaseeeeee

Anonymous said...

smbung la yg ke 26 lgi..pleaseeeeee

::aku_dia::

My Photo
If there is anything you would like to share, e-mail me at
aku_dia1911 [at] yahoo [dot] com