::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

09 February 2012

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 14

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,)v


Suami Aku Ustaz?! 14
BANGUN pagi aku terasa tekak perit semacam. Tangan aku lekapkan ke dahi. Suhu di dahi terasa seperti biasa, cuma badan aku rasa tidak selesa. Terasa panas sikit di dalam badan. Ah, sudah! Hendak kena demam pula ke? Kepala pun terasa berpusing sedikit. Rasanya kesan daripada selesema sebab kena hujan semalam.
“Dah solat Subuh ke belum ni?” Abang Hafiz menyoal sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik.
Aku menggeleng.
“Enam empat puluh lima dah ni. Nak tunggu matahari naik ke baru nak qada’ solat?” dia sudah mula bising.
Mesti dia ingat aku sengaja tidur balik selepas dia kejut pagi tadi. Tapi, memang iya pun. Aku tidak larat betul rasa hendak bangun awal-awal ni. Malas mahu menjawab, aku mendiamkan diri. Aku memaksa diri untuk bangun ke bilik air. Selesai menunaikan solat Subuh, Abang Hafiz tiba-tiba datang mendekati semasa aku tengah melipat telekung. Tangannya dilekapkan di dahi aku.
“Kenapa ni?” Terkejut dengan tindakan dia, spontan aku ke terkebelakang.
“Demam ke?” Itu soalan yang keluar daripada mulut Abang Hafiz. Oh! Nak rasa badan aku panas ke tidak. Lain kali cakaplah awal-awal.
“Tak adalah.”
Dia memandang aku semacam. “Muka Lisa nampak sangat tak sihat. Tengok mata tu pun dah tahu. Itulah, semalam berhujan. Macam tak boleh nak call suruh abang ambil,” bebel Abang Hafiz.
Aku buat-buat tak dengar. Nombor dia pun aku tak hafal, macam mana hendak telefon? Selepas melipat telekung, aku terus masuk ke dalam bilik air sekali lagi untuk membersihkan badan.
***
SELESAI bersiap dengan baju sekolah, aku melangkah ke ruang makan. Di atas meja makan sudah tersedia dua bungkus nasi lemak yang Abang Hafiz beli masa balik dari surau tadi. Baru aku duduk untuk makan, Abang Hafiz keluar dari dapur dengan air teh yang dibancuhnya. Tiba-tiba terasa bersalah kerana setiap hari dia yang sediakan sarapan untuk aku. Itu tidak termasuk makan malam lagi.
“Lisa?”
Aku menoleh.
“Ok ke tak ni?” Muka Abang Hafiz risau semacam.
“Ok je. Kenapa?” Kepala terasa pening sikit. Badan pula terasa macam hendak demam. Selepas makan Panadol dua biji nanti, oklah ni.
“Sebab bila abang bising Lisa tak menjawab.”
Tersenyum aku dengar dia cakap macam tu. Sakit kepala. Nak menjawab apanya.
“Kan abang suka?” Selalu dia yang bising aku banyak menjawab kata-kata dia.
“Menjawab-menjawab pun, abang tahu Lisa dengar apa abang cakap. Kan?”
Aku diam. Tidak teringin untuk berbual. Nasi lemak pun aku hanya larat habiskan separuh. Dengan tekak macam ni, nasi yang sedap pun boleh jadi rasa entah apa-apa. Aku bangun ke dapur mencari panadol.
“Tak adalah pula!” Aku mengeluh sendiri. Apabila mencari Panadol di tempat selalu tiada.
“Lisa, kalau tak larat tak payah pergi sekolah.” Risau Abang Hafiz bersuara.
Tiba-tiba terasa terharu kerana ada orang ambil berat. Aku menggeleng. Mengada yang amatlah tu kalau tidak sihat sikit, terus hendak ambil MC. Bukannya aku kena demam yang sampai tahap tidak boleh bangun.
“Lisa gerak dululah,” kataku apabila melihat jam sudah tujuh lima minit pagi. Harapnya badan aku oklah apabila sampai di sekolah nanti. Baru aku hendak mencapai kunci motor yang aku sangkutkan di dinding, Abang Hafiz sudah memanggil.
“Abang hantar.”
Terasa hendak terkeluar mata aku mendengarkan ayat yang dia keluarkan. Di dalam keadaan yang kurang sihat aku ni, rasanya otak aku masih boleh lagi mencerna maksud ayat dia tu.
No!” Aku lagi gagah bawa motor daripada semua orang nampak kami berdua ke sekolah bersama.
***
“KAU ok ke tak ni?”
Aku hanya tersenyum melihat Wati yang nampak risau. “Oklah sayang. Larat lagi ni.”
“Kalau sakit kepala, lepak je dekat bilik sakit. Duduk dekat kelas, bukannya dapat input apa pun.” Dia memberi idea.
Aku menggeleng. Badan terasa semakin panas dengan kepala yang berpusing semacam. Ah! Kalah betul aku dengan air hujan ni. Walhal bukannya kena kulit kepala pun. Ini disebab selesema inilah, yang melarat sampai begini. Hidung pun sudah macam paip air bocor.
“Haih... Tak selesalah...”
Akhirnya terkeluar juga keluhan daripada mulut ni. Tadi berlagak kuat sangat! Ambil kau! Jam baru menunjukkan pukul sembilan pagi. Ada lebih lima jam lagi untuk sesi persekolahan tamat.
“Pergi bilik sakitlah!”
“Lepas ni BM dua masa kan? Cikgu Jaafar pun tak ada. Nanti time Miss Lai, aku naiklah.” Aku mencapai satu buku teks. Kononnya ingin membaca semasa duduk di dalam bilik sakit tu. Tapi aku rasa, kalau masuk bilik tu makin sakit adalah. Mahu tertidur terus aku dekat dalam tu.
“Tak naik pun tak apalah. Nanti aku cakap dekat cikgu kau demam.”
Aku hanya mengangguk.
“Buku tu tinggal ajelah. Ada cikgu cakap kau sengaja skip kelas nanti bila duduk bilik sakit dengan buku.”
Ada betulnya juga kata-kata Wati. Akhirnya aku akur dan berjalan ke bilik sakit berlenggang, tanpa membawa apa-apa.
***
TIDUR aku terasa diganggu. Hai? Peliknya cikgu bertugas cek pelajar sampai menyentuh dahi dengan leher aku ni? Perlahan-lahan aku membuka mata yang terasa kelat. Erk!
“Buat apa kat sini?” Aku bertanya apabila ternampak Abang Hafiz di hadapan. Terkejut monyet aku dibuatnya. Pandangan aku alihkan ke sekeliling bilik. Takut-takut kalau ada mata lain yang memandang.
“Abangkan duty minggu ni.” Terjawab sudah soalan aku.
“Panas ni. Tadi abang cakap tak payah datang, nak datang juga.” Dia menambah. Sebotol air mineral dengan sebungkus roti dihulurkan kepada aku.
Aku menyambut.
“Makan roti dulu. Lepas tu baru makan Panadol.” Dia menunjukkan dua biji Panadol sebelum diletakkan di sebelah aku.
“Kalau rasa tak ok lagi nanti, balik tengah hari dengan abang. Terus pergi klinik.” Dia mengarah lagi.
Aku diam je. “Kalau tak ok. Tapi kalau ok tak payahkan? Rasanya lepas makan ni oklah.”
Abang Hafiz hanya mempu menggeleng apabila dengan laju aku menolak saranan dia.
“Nak ikut cakap dia je,” sempat Abang Hafiz mengeluh sebelum keluar dari bilik sakit. Nasib baik aku seorang sahaja di sini. Kalau ada pelajar lain, macam mana?
Selepas waktu rehat aku naik ke kelas. Adalah dalam sejam lebih aku berehat di dalam bilik sakit tadi. Itu pun, satu kerja budak bertiga tu bawakan aku roti dengan air. Walhal, sebelum waktu rehat lagi aku sudah berehat. Petang ini seperti biasa, kelas tambahan dijalankan. Tambah-tambah lagi apabila SPM sudah terlalu hampir. Langit sudah mula gelap seperti petang semalam. Nasib baik aku tergerak untuk membawa baju hujan tadi. Tidak adalah basah kuyup kalau balik nanti.
“Oit, budak tak sihat. Larat ke ni?” Joe menegur apabila aku muncul di kelas selepas solat Zohor. Selepas waktu kelas tadi, bising mulut Joe menyuruh aku balik.
Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Panas badan dah berkurang. Kepala pun dah mula ok. Alhamdulillah, berkesan juga makan Panadol tadi.
“Ingatkan nak skip je? Kalau tak larat baik kau balik je, Lisa.” Wati pula yang menegur. Dia sejak dari surau tadi dia menyuruh aku balik. Beriyalah aku meyakinkan dia yang aku sudah ok, boleh dia buat tidak dengar je. Terharu juga aku mendapat kawan yang mengambil berat ni.
“Semalam aku suruh tunggu dekat bus stop masa hujan kau tak nak. Kau tu kan baby, antibodi tak kuat!” sempat Joe mengutuk. Ketawa sakan Pa’an apabila mendengar.
“Cis!” Aku di samakan dengan baby. “Ini namanya demam mengada-ngada. Tahu? Bukan sebab antibodi ke apa,” kata aku.
Demam mengada hendak minta perhatianlah ni. Perhatian daripada Ustaz Hafiz. Hahaha! Buktinya, lepas dia datang bilik sakit dengan bawakan ubat, terus kebah demam aku. Tidak ke mengada-ngada tu? Sebenarnya, aku rasanya tak perlu tunggu demam pun perhatian dia pada aku sudah terlebih macam yang Wati cakap.
“Balik ni, kalau hujan jangan nak redah je. Elok nak baik demam nanti makin teruk pula,” nasihat Joe.
“Wah Joe! Risau betul kau ya Lisa demam. Selama ni aku demam kau buat bodoh je?”
Muka Joe memerah. “Kau lelaki. Lisa perempuan. Lain tu...” bidas Joe apabila kena bahan dengan Pa’an.
Aku buat-buat tak faham. Kalau banyak sangat fikir pasal dia orang ni, tak jadi kerja aku dibuatnya.
***
SELEPAS kelas tamat, hujan sudah mula hendak renyai seperti semalam. Aku rasa tidak lama lagi ni, lebatlah. Kaki laju melangkah ke garaj tempat meletak motor. Selepas baju hujan aku sarung, enjin motor terus aku hidupkan. Malas menunggu Joe, aku sudah pergi terlebih dahulu. Sebaik sahaja sampai di pintu pagar sekolah, hujan dah mula turun lebat.
Aku berhenti apabila lampu isyarat menunjukkan warna merah. Apabila lampu bertukar hijau, laju aku membelok ke kiri. Tiba-tiba, aku terasa motor mahu tergelincir sewaktu aku menekan brek. Kalut dengan situasi macam tu, tidak sampai sepuluh saat aku sudah terbaring di atas tar dengan motor berada di atas kaki. Aduh! Beratnya!
“Lisa, kau ok ke tak ni?” Joe yang sudah memarkir motor dia di tepi jalan, membantu aku dengan angkat motor.
Dengan hujan yang semakin lebat, dicampur pula dengan aku yang masih terkejut dengan situasi sekarang, kata-kata yang keluar daripada mulut Joe bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je rasanya. Ya Allah! Pedihnya tangan dengan kaki ni, tak terucap dah. Mujur kereta dari belakang tidak banyak.
“Jom ke tepi dulu. Tangan kau pun bleeding tu,” kata Joe bila ternampak siku aku berdarah.
Mengingatkan kami berada di tengah-tengah jalan, aku terus bergerak ke tepi dengan kaki terhincut-hincut. Hah! Malam tadi Abang Hafiz duk bercakap pasal tak balik-tak balik, sekarang ni aku pula yang jatuh motor. Nasib baik panjang lagi umur aku ni dapat juga balik ke rumah.
“Alisa? Awak ok?”
Aku mengangkat muka apabila ditegur Cikgu Liana yang berpayung. Kemudian aku terpandangkan kereta Proton Wira milik dia yang tadi berada di belakang aku sewaktu berhenti, sudah terparkir di tepi jalan.
Bleeding sikit, cikgu.” Aku menjawab.
“Sikit apanya? Macam dalam je aku tengok luka tu?” tegur Joe.
“Nak pergi klinik ke Alisa? Saya hantarkan?”
Aku hanya menggelengkan kepala apabila Cikgu Liana menawarkan diri untuk membantu. Sekarang ni aku hanya berfikir untuk cepat sampai di rumah.
“Tak perlulah. Ok ni. Sikit je. Oklah cikgu. Saya gerak dululah.”
Aku cuba untuk melangkah. Namun, belum pun tapak kaki menyentuh tanah, muka aku sudah berkerut menahan sakit. Aduh! Rasanya macam terseliuh ni.
“Macam mana nak masuk gear dengan kaki macam tu?” Joe sudah bising.
“Siku pun payah nak bengkok, macam mana nak bawa motor tu?” bebel dia lagi.
Geleng kepala Cikgu Liana melihatkan kedegilan aku. “Hujan makin lebat ni, Alisa. Awak tak boleh nak buat apa. Daripada kita berdiri dekat sini, lagi baik awak masuk ke dalam kereta. Kalau awak tak nak pergi klinik, saya hantar awak balik.”
“Aku boleh hantarkan motor kau. Nanti cikgu tolong hantarkan saya ke sini balik boleh cikgu?” Joe pula menambah.
Cikgu Liana hanya mengangguk. Memandangkan tiada pilihan lain, aku masuk juga ke dalam kereta milik Cikgu Liana.
“Belok kanan, cikgu.” Aku memberitahu apabila sudah tiba di simpang masuk ke rumah.
Kereta dibelok. Belum pun tiba di hadapan rumah, mata aku terpandangkan kereta Abang Hafiz daripada jauh. Allah! Macam mana pula aku boleh terlupa dia ada dekat rumah? Kenapalah masa-masa macam ni dia tidak keluar beli makanan ke? Beli groceries ke? Alahai...! Aku mengurut dahi perlahan. Masalah, masalah.
“Dekat simpang yang ada pokok bunga kertas tu, cikgu belok kiri.”
Aku memejamkan mata serapat yang boleh. Di dalam hati, aku berharap agar kereta itu tidak wujud apabila aku membuka mata. Namun, sebaik sahaja aku membuka kelopak mata, tiada apa perubahan yang berlaku. Kereta Abang Hafiz masih elok di hadapan rumah. Jantung aku berdegup kencang. Macam mana aku nak berhadapan dengan Cikgu Liana? Dengan Joe? Ya Allah, bantulah aku. Gerakkanlah hati Abang Hafiz untuk tidak keluar nanti.
“Eh? Bukan ke ni kereta...”
Ayat Cikgu Liana tergantung apabila Joe tiba-tiba muncul dan masuk ke bawah garaj untuk memarkir motor. Abang Hafiz sudah mengintai keluar di sebalik langsir tingkap. Aku mengetap bibir. Pintu rumah dibuka dan Abang Hafiz muncul dari dalam. Aku membuka tali pinggang keledar. Baju hujan dengan beg yang aku letakkan di seat belakang aku ambil. Cikgu Liana di sebelah, langsung aku tidak pandang. Ah, mati aku... mati!

No comments: