::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

09 February 2012

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 21

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,)v


Suami Aku Ustaz?! 21
MATA yang kelat aku pejam kelipkan dua tiga kali. Mengantuknya! Malam tadi sempat aku melayan cerita Full House dua tiga episod sebelum tidur. Apabila Abang Hafiz bertanya dah buat soalan latihan ke belum, aku hanya mengangguk. Iyalah, petang tadi kan aku balun siapkan. Tengah-tengah menonton sambil teman Abang Hafiz menyiapkan kerja, sempat juga aku dapat tazkirah. Hah, siapa suruh duduk serumah dengan ustaz? Memang dapat tazkirah free ajalah. Kalau dekat sekolah, cikgu sanggup bayar dua tiga ratus minta mana-mana ustaz datang sekolah bagi ceramah. Huh!
***
MALAM TADI...
“Tak habis lagi dengan cerita Korea?”
Aku tersengih apabila kena tegur. Mata masih leka pandang Lee Young Jae yang tengah duduk bersedih hati dalam gereja.
“Kalau Lisa perasankan, cerita-cerita macam ni, dia orang hanya tunjuk part agama masa ada babak sedih je.”
Aku hanya mengangguk walaupun apa yang dia cakap seperti angin lalu di tepi telinga.
“Lisa, dengar ke tak ni?”
“Hah?” Aku menoleh ke arah dia. “Apa abang cakap tadi?” Aku bertanya dengan senyuman di bibir. Nak tak nak, mengaku jugalah yang aku tak dengar apa yang dia cakap tadi.
Abang Hafiz menggeleng. “Leka betul!”
Tangan dia sudah mencubit pipi aku. Kureng! Kalau sikit tidak apa juga! Kebas sekejap pipi ni. Kalau makin lebar pipi aku ni, aku cancel plan mak hendak buat kenduri lepas SPM nanti!
“Abang cakap, sepanjang abang duk perhati Lisa tengok cerita ni, part yang dia orang sedih je baru ingat Tuhan dia orang,” dia menjelaskan.
Dahi aku sudah berkerut. “Lah? Abang tak perasan ke? Kan ada part dia orang kahwin buat dekat gereja?” Dalam hati aku, sudah terasa hendak ketawa guling-guling je dapat mengenakan ustaz ni. Nasib tidak kena luku kepala aku dengan Abang Hafiz. Walaupun aku tidak duduk, tapi bila-bila masa je tangan dia boleh sampai dekat kepala aku ni.
“Memanglah. Tapi masa kahwin tu, ada ke dia orang betul-betul ‘berbual’ dengan Tuhan dia orang? Maksud abang, ada kita nampak dia orang pergi sana selain masa ada masalah dengan sedih je? Ada masalah pun, ada masa dia orang akan menyalahkan balik Tuhan dia orang. Sedih pun masa putus cinta. Kalau kita, tak rasa malu ke dengan Allah sebab cintakan makhluk Dia melebihi rasa cinta kepada Dia?”
Aku menjuihkan bibir. “Iyalah... iyalah. Ustaz ajelah yang betul. Saya ajelah yang salah. Isk! Dengan budak kecil pun nak menang sangat.” Aku merungut. Tapi mata masih melekat pada skrin laptop.
“Bukan sebab nak menang, Lisa. Ingat tak abang pernah pesan? Tengok cerita ni, jangan tengok kosong gitu je. Ambil pengajaran dia. Abang pun, tak nak Lisa jadi macam tu. Hanya bersungguh buat solat hajat semua bila nakkan something, bila tengah sedih baru ingat Allah.”
Aku diam.
“Jangan bila dah nak SPM baru bersungguh beribadat sebab nak minta Allah perkenankan hajat kita. Hah, abang tak pernah nampak Lisa solat hajat ke, qiam ke. Kenapa?”
Oh! Itu rupanya point Abang Hafiz. Punyalah berjela pendahuluan dia. “Nanti-nantilah.” Tidak ada rasa hendak buat semua tu lagi. Mungkin betul agaknya apa yang Abang Hafiz cakap, aku ni bila tengah SPM baru bersungguh nak ‘dating’ dengan Allah. Nampak sangat tidak ikhlasnya.
“Kalau boleh mulakan dari sekarang. Lagipun, bulan depan Lisa dah SPM. Allah lagi suka kalau Lisa doa, minta tiap-tiap hari. Lagi satu, jangan sibuk nak minta itu ini, tapi tak minta Allah maafkan dosa-dosa kita. Kalau boleh, buat solat sunat taubat setiap malam sebelum tidur. Kalau rasa susah, cuba sikit-sikit dulu. Seminggu sekali ke...”
Aku sudah menggaru kepala. Panjang pula cerita Abang Hafiz malam ni. Kerja sudah siap ke, ustaz?
“Tapi, kalau kita buat solat sunat taubat, lepas tu esok buat dosa pun tak guna jugakan?”
“So?”
“So?” Aku mengerutkan dahi.
“Jadi, bila solat taubat tu, tanamkan niat tak nak buat dosa. Bukannya buat dosa je, lepas tu solat taubat. Tak ke manalah kalau macam tu. Kan taubat nasuha tu kena berazam tak nak ulang lagi kesalahan kita?”
Aku terus berhentikan cerita yang aku tengah tengok separuh jalan. Hilang terus fokus dengan mood aku. Apa tidaknya, baru hendak baca substitle je, sudah ada suara yang kedengaran. Kacau betul!
***
“HAI, ustazah!”
Laju tangan aku melayangkan fail ke bahu Wati apabila mendengar teguran dia. Kureng punya budak! Ini yang aku geram ni. Kalau aku tahu, memang tidak ada aku cerita dekat makcik ni. Biar aku selesaikan masalah aku seorang diri. Tak agak-agak betul! Pa’an yang berjalan di sebelah Wati, memandang aku dengan Wati silih berganti.
“Apahal tiba-tiba panggil Lisa, ustazah?” dia bertanya.
Aku mengetap gigi. Wati ini kan... betullah. Geramnya aku! Kalaulah aku boleh berjalan sepantas kilat, memang aku sudah pergi ke taman berdekatan bengkel kemahiran hidup tu. Aku curi cili dua tiga biji, untuk cilikan mulut Wati ni.
“Eh? Kau tak tahu ke? Lisa ni kan...”
“Nak ambil Usuluddin lepas SPM. Ok tak, Pa’an?” Laju aku memintas. Kening dijungkit dua tiga kali. Wati sudah tersengih jahat. Hampeh!
“Apa-apalah kau orang ni.”
Pa’an menggelengkan kepala, tanda malas mahu melayan. Nasib baik dia ni lelaki. Kalau perempuan, mesti sudah sibuk bertanya itu ini apabila tidak puas hati. Apabila Pa’an sudah mendahului, aku berjalan di sebelah Wati. Laju tangan aku mencubit pinggang dia. Balas dendam!
***
“EH? Lepas ni masa suami kau kan?”
Wati! Ya Allah....! Aku meraup muka dengan tapak tangan. Tidak tahu hendak dilakukan apa lagi dekat Wati. Budak ini memang tidak boleh simpan rahsia betul!
“Senyaplah! Kan aku suruh kau rahsiakan?” marahku.
“Aku cakap slow ajelah. Bukannya ada orang lain dengar!” balas Wati dengan muka tidak bersalah.
Aku mencebik. Modul Fizik aku masukkan ke dalam beg. “Tak ada orang dengar konon. Yang pagi tadi tu apa?” aku mengungkit.
“Lah... pagi tadikan aku, kau dengan Pa’an je yang ada?”
“Memanglah kau dengan Pa’an je. Tapi, Pa’an mana tahu benda ni?”
Mata Wati membulat. “Weh? Serius? Kau ni Lisa, teruk betullah. Benda baik ni pun kau nak rahsiakan. Dengan kawan baik sendiri pula tu. Isk! Kau ni... bukannya kau kahwin dengan perompak ke, penyamun ke, perogol ke sampai nak berahsia bagai? Kahwin dengan pencuri, iyalah!”
Aku terpinga-pinga sekejap dengar ayat Wati. “Pencuri?” Kening aku bertaut.
“Iyalah! Pencuri hati gadis Melayu! Kan Ustaz Hafiz tu jejaka idaman Malaya! Jangan tak tahu siap ada kelab peminat Ustaz Hafiz dekat sekolah ni. Presiden dia? Akulah!” Wati sudah buat cerita karut. Payah betul berkawan dengan tukang karut macam dia ni.
Aku mencebik. Rasa hendak termuntah sekejap apabila dengar pujian Wati yang tinggi melangit. Jejaka idaman Malaya? Jejaka idaman Korea tidak apalah juga. Ceh! Aku pun sudah terkena badi drama Korea sekarang ni.
“Ustaz je pun. Bukannya CEO ke, manager ke yang gaji ribu-ribu.” Serentak dengan habisnya ayat aku, Wati sudah menampar bahu aku.
“Aduh!”
“Kau ni, mata duitanlah!” marah Wati.
Aku ketawa. Iyalah, berapa sangatlah gaji ustaz tu kan? Sudahlah baru dua tahun bekerja. Duit tu sangat perlu tahu? Zaman sekarang, tidak ada duit payah. Kalau hidup berdua ok lagi. Kalau ada anak? Susu setin sudah berapa puluh. Belum masuk pampers dengan lain-lain lagi. Eh? Aku sudah terfikir pasal anak ni apahal? Ngeee...
“Eh! Hidup tak ada duit, payah tau!”
“Iyalah. Tapi bersederhana pun dah ok apa? Lagipun, bukannya kecil sangat gaji dia. Kau ingat senang ke kalau duit banyak ni? Kalau tak betul cara kau guna, boleh masuk neraka tahu?”
Aku diam je mendengarkan kata-kata Wati. Aku rasa dia ni lagi sesuai jadi ustazahlah. Baru hendak meletakkan kepala di atas meja, Wati tiba-tiba menggelabah. Aku termangu melihat tingkah dia.
“Suami kau dah datanglah!”
Laju tangan aku mencubit pinggang dia. Hei mulut tu... lepas sangat!
“Hari ni revision bab ibadat! Bab kahwin!” tambah dia lagi.
Sekali lagi pinggangnya kena cubit. Wati ketawa mengekek. Kena cubit pun suka. Tak faham aku.
***
“SAYA rasa semua faham dengan tajuk hari ni kan? Memandangkan kita hanya buat revision, saya nak ingatkan lagi sekali, yang saya tak pernah mengajar kamu membenci poligami. Lebih-lebih lagi buat pelajar perempuan, ya?”
Budak-budak sudah membuat bunyi bising mendengarkan statement tu. Aku pula membuang pandang keluar tingkap. Seganlah nak tengok Abang Hafiz masa dia tengah mengajar.
“Ustaz lelaki. Lainlah!” Nisa membantah.
Aku menarik senyuman segaris. Lelaki, senanglah cakap. Cuba kalau jadi perempuan, baru dia faham macam mana rasanya di dua, tiga dan empatkan. Eh, aku pula yang terlebih emosi.
“Lelaki atau perempuan sama saja. Yang lelaki kena ingat, jangan fikir seronok je kalau berpoligami. Kalau tak adil, ada senget awak nanti masa berjumpa dengan Allah. Lagipun, kita kena ingat ada hikmahnya kenapa Allah membenarkan poligami.”
“Ceh!” Kalau dua ayat pertama tadi kelas semua diam mendengar, ayat terakhir membuatkan semua pelajar perempuan bersuara. Aku rasa, budak lelaki tengah bersemangat gila dengan topik ni.
“Ustaz, kalau ustaz ada terfikir nak kahwin dua, tiga atau empat tak? Kalau ada, boleh saya jadi yang kedua!” suara pelajar perempuan itu sangat aku kenal.
Spontan aku menoleh ke sebelah. Wati menayangkan muka selamba. Bertenang, Alisa. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau aku buat reaksi spontan yang pelik-pelik dekat sini, memang kantoi dengan satu kelas. Lagi malang, satu sekolah terus tahu.
“Kenapa kedua? Kenapa tak pertama? Ustazkan tak kahwin lagi?” terdengar suara sumbang lain.
“Ustaz dah kahwin agaknya! Hah! Ustaz? Jawab... jawab?” suara lain yang menyampuk. Mata aku terpandangkan Joe yang tersenyum tawar. Kemudian aku memandang ke arah Abang Hafiz. Dia hanya ketawa. Tangan aku laju mengutil pinggang Wati. Memang tidak serik budak ni kena cubit dengan aku. Wati tergelak-gelak. Tapi, teringin juga nak dengar jawapan Abang Hafiz. Manalah tahu tiba-tiba aku bermadu dengan Cikgu Liana ke... Opps! Minta simpang!
“Afrina, bagi saya isteri seorang pun tak terjaga. Apatah lagi nak berpoligami. Tak begitu, Alisa?”
“Ehhhh.....” satu kelas sudah bingit.
“Ustaz dengan Alisa ni, ada apa-apa ke?” Terdengar suara nakal Khairul mengusik.
Hampeh betullah Abang Hafiz ni. Kalaulah aku tahu apa yang terjadi hari ni, memang aku dah sellotape mulut dia malam tadi masa tidur. Biar dia ambil MC hari ni. Aku mengalihkan pandangan ke arah Abang Hafiz di hadapan. Terasa darah menderu-deru turun daripada muka. Risau!
“Alisa? Jangan main masa saya tengah mengajar ya? Awak buat apa dekat Afrina tadi?” Abang Hafiz bersuara. Aku rasa dia sengaja nak menutup balik apa yang dia buat tadi.
Dia ni, aku ingatkan masa aku langgar cakap sahaja yang dia kenakan aku dekat kelas. Ini bila aku menjadi Lisa yang baik lagi mendengar kata pun, dia hendak kenakan aku. Sabar sahajalah. Kalau tidak kerana bulan hadapan SPM dan aku sudah mendaftar untuk ambil SPM dekat sini, memang aku minta mak dengan ayah pindahkan sekolah dah. Geram, geram!

No comments: