Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,)v
Suami Aku Ustaz?! 17
TELEFON di tangan aku lambung dua tiga kali ke udara. Sesekali aku phone book aku buka dan mencari-cari nama Wati. Abang Hafiz sudah keluar selepas solat Isyak tadi. Dia hanya kata hendak pergi ke rumah Ustaz Awang. Tujuannya tidak diberitahu pula. Agaknya nak pergi ambil air untuk lembutkan hati aku kot. Isk!
Aku melihat jam sekilas sebelum mata kembali memandang ke arah telefon di tangan. Call atau tak? Tanpa sedar, ibu jari menekan butang hijau. Terdengar suara Wati di hujung talian, barulah aku mendekatkan telefon ke telinga.
“Kau tengah buat apa?” dengan malas aku bertanya.
“Kau salah call orang ke?” dia pula melontarkan soalan.
Kening aku bertaut. “Kenapa pula?”
“Call aku, tiba-tiba tanya tengah buat apa. Ingatkan kau nak call Joe tapi tercall aku.”
Ceh! Ada pula ke situ. “Aku sedarlah sekarang aku tengah bercakap dengan siapa. Kau tengah buat apa? Aku nak kacau sikit ni.”
“Aku tengah isi goodies bag untuk kenduri esok. Apahal?”
“Banyak lagi ke? Aku nak curik masa kau sikit ni,” kata aku.
Wati diam seketika. “Adalah sikit lagi. Apahal?”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Tangan bermain dengan bantal kat atas katil. Betul ke apa yang aku buat ni?
“Errr... Wati? Macam mana nak pujuk orang yang merajuk?”
“Siapa? Joe? Hah! See! Aku dah agak dah kau dengan Joe bergaduh. Apa cerita ni?”
Aku mencebik. Bersemangat pula Cik Afrina ni bertanya. Tidak habis-habis dengan Joe. Aku dah tak kisah kalau Joe hendak merajuk atau apa. Sebab, pada aku sekarang ni, yang membuatkan aku lebih risau apabila Abang Hafiz tengah merajuk.
“Dengan Joe tu, aku malas nak kisah dah. Ni dengan orang lain.”
“Siapa?”
Terkelu sekejap lidah aku hendak menjawab. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal.
“Err... Kalau aku cakap, ada benda yang aku tak cerita dekat kau, kau rasa apa dia bendanya?”
Wati terdiam di hujung talian. “Kau couple dengan Joe?”
Ternganga sekejap aku mendengar ayat yang keluar daripada mulut Wati. Aku? Couple? Joe? Euw! Kalau disebabkan itu yang membuatkan Wati hendak merajuk dengan aku, kalau dia tahu kisah aku dengan Abang Hafiz, aku tidak dapat bayangkan macam mana dia punya merajuk nanti. Memang matilah aku. Aku melangkah keluar dari bilik. Kaki dihayun ke arah dapur. Pintu belakang aku buka lalu aku duduk di anak tangga belakang rumah.
“Err... taklah! Kalau aku couple, of course kau orang pertama yang tahu!” Aku menelan air liur. Cuma pasal aku isteri orang je kau lambat sikit.
“Habis tu? Pasal apa?”
“Err... sebelum aku cakap, aku nak kau letak dulu apa-apa barang yang kau tengah pegang.”
“O...kay.”
Aku menelan air liur. Nafas dihela dua tiga kali bagi menghilangkan perasaan gementar. “Ok. Sebenarnya, ustaz merajuk dengan aku.”
“Hah?” Wati menyoal dalam nada pelik. “Ustaz mana pula ni?”
“Ustaz Hafiz.” Pendek aku menjawab.
“Eh? Apahal pula dia nak merajuk bagai dengan kau ni?”
Erk! Soalan membunuh tu! Ya Allah, kau sejukkanlah hati kawan aku ni.
“Wati... ada satu perkara yang aku rahsiakan daripada semua orang. Dan aku fikir aku nak beritahu lepas kita habis SPM,” kataku sebagai pemula bicara.
“So....? Apa rahsianya?”
“Wati, sebenarnya aku sekarang duduk serumah dengan Ustaz Hafiz!”
Lama Wati terdiam sebelum menyoal. “Maksud kau?”
Aku sudah tergaru-garu leher, sementara otak menyusun ayat yang paling mudah. “Aku duduk sebilik dengan dia.”
“Kau. Gila.”
“Wati, aku mungkin kena sehidup semati dengan dia.”
“Lisa, don’t tell me...”
“Wati, aku minta maaf sangat sebab tak cerita dekat kau. Sebenarnya before mak ayah aku pergi hari tu, kita orang dah... err...”
“Kau dengan dia dah kahwin?!” suara Wati tiba-tiba meninggi.
“Eheh. Yup!” Teragak-agak aku nak menjawab.
“Ek eh! Sampainya hati kau! Langsung tak nak cerita dekat aku!” ujar Wati yang sudah seperti merajuk dengan aku.
“Wati, kau marah?” Aku bertanya dengan mata memandang langit yang tidak ceria tanpa bintang. Seperti hati aku, tidak ceria.
“Tak adalah. Tapi terkilan jugalah kau langsung tak cerita kat kita orang. Kawan baik sendiri mengaku dah kahwin tapi tak ajak, siapa yang tak bengang?”
Aku terdiam mendengarkan kata-kata Wati. Dia marahlah tu. Bengang dengan marah itu pada aku sama sahaja makna dia.
“Lisa, serius ke kau dengan ustaz dah kahwin?” Wati menyoal, meminta kepastian.
Aku mengangguk tanpa sedar. “Hrm...” perlahan je aku menjawab.
“So, kau dengan dia pernah err tu lah...?”
Aku ternganga. Muka aku terasa panas. “Bodohlah kau ni! Tak ada benda lain ke nak tanya?!” Perkara lain yang aku risaukan, perkara lain yang dia tanya.
Hai... budak-budak zaman sekarang ni. Nampak sangat kalau bercakap pasal kahwin je, mesti fikirannya terus ke situ. Teruk betul! Wati tergelak apabila aku marah. Sengal betul minah seorang ni!
“Eh, Wati! Serius ke kau tak marah aku?” Aku bertanya lagi apabila mendengarkan dia menerima berita ni seperti biasa. Berita exclusive, beb! TV3 pun tidak tayang!
“Marah jugalah sebenarnya.” Pendek jawapan dia. “Tapi, aku kesian juga dekat kau kalau aku pun nak marah. Dengan Joe terasa hati lagi dengan kau. Eh? Sekejap. Joe dah tahu ke benda ni?”
“Hrm...”
“Seriuslah? Weh? Apasal aku orang last yang tahu ni?” Dia dah mengungkit.
“Kau bukan orang lastlah. Kau orang first yang aku beritahu, tau! Joe tahu pun sebab kebetulan.” Ah, janji ada perkataan first tu, dah oklah nak pujuk si Wati ni.
“Kebetulan?”
“Dia datang rumah aku. Ternampak Abang Hafiz sekali. Itu yang dia tahu tu.” Aku bercerita.
“Abang Hafiz? Amboi.... dah hilang dah ‘ustaz’ dia. Siap berabang-abang lagi.” Wati mengusik.
“Alah... dia itukan abang sepupu aku. Habis, takkan dekat rumah nak panggil Ustaz Hafiz kot?”
“Abang sepupu....” meleret Wati menyebut perkataan itu. Dia kemudiannya ketawa. “Hrm... Patutlah Joe merajuk dengan kau. Eh, Kau tahu tak sebenarnya Joe tu suka kau?”
Nyaris tersedak aku mendengarkan berita yang disampaikan oleh Wati. Dia yang mendengar rahsia aku pun tidak apa-apa, aku pula yang terkejut sakan mendengar cerita dia.
“Tak.”
“Iya ke? Hai? Aku ingatkan kau dah tahu. Hari tu beriya-iyalah dia cakap dengan Pa’an dia nak confess dekat kau.”
“Oh!” Sepatah perkataan itu sahaja yang mampu aku jawab. Aku terfikirkan sesuatu. Agaknya dia hendak beritahu masa angkat buku pergi bilik guru itu kot. Itu yang sampai dia tanya soalan luar silibus tu.
“Hrm... agaknya sebab kau dah kahwin kot, dia merajuk. Kesian dia. Hah, yang pasal Ustaz Hafiz ni kenapa pula?”
Aku menggigit bibir. “Entahlah Wati. Aku tercakap benda yang aku tak patut cakap, and he heard it.”
“Bila?”
“Tadi kat sekolah. Masa aku nak pujuk Joe.”
“Tadi kat sekolah. Masa aku nak pujuk Joe.”
“Kau pujuk Joe?” Nada Wati meninggi. “Kau cakap apa sampai ustaz terasa hati dengan kau ni?”
Aku mengurut-urut dahi perlahan. “Entahlah. Aku pun tak ingat.” Malas aku hendak buka cerita lama.
“Apa aku nak buat ni, Wati? Macam mana aku nak minta maaf ni?”
Aku terdengar Wati menarik nafas dalam. “Macam ni lah. Kau tengah online tak?”
“Tak.”
“Aku cadangkan kau online. Kau search cara-cara romantik nak minta maaf.”
Tersedak air liur aku dibuatnya apabila dengar idea gila Wati. “Kau bengong apa? Perlu ke sampai nak romantik segala bagai? Kau ingat aku tengah bercinta dengan dia ke?”
“Ek, eh budak ni!” Wati sudah menyampuk. “Kalau tak bercinta dengan dia, dengan siapa lagi? Joe?”
Aku mencebik. “Tak adalah.” Aku sudah mula lenguh memegang telefon sejak dari tadi. “Tapi idea yang kau bagi tu, langsung tak membantu tau?” balasku geram.
“Dah tu? Cubalah. Kalau tak pun, kau minta maaf depan-depan macam selalu.”
Aku tergeleng perlahan. “Tak boleh...”
“Kenapa?”
“Aku takut.”
“Aku takut.”
“Hai? Sejak bila pandai takut nak minta maaf ni?”
Aku terdiam. “Sejak aku kahwin dengan dia?”
Wati ketawa. “Dah dah. Aku tengah buat kerja ni. Tak berjalan kerja aku kalau berbual dengan kau. Lagipun aku dah bagi idea kan dekat kau? Tinggal kau aje lah nak pilih.”
Dahi aku berkerut. Idea apa je yang ada? Idea yang boleh pakai tu, satu je. Minta maaf macam biasa. Yang lagi satu tu? Tunggu aku belajar bercinta baru aku buat. Ingat status aku dengan Ustaz ni, macam status dia dengan Pa’an agaknya?
“Iyalah... iyalah!” Akhirnya aku mengalah juga.
“Wati, thanks sebab memahami.” Memahami aku dengan menerima baik rahsia yang aku sampaikan.
“Hrm... kalau ikutkan hati, tak adanya aku nak layan kau.” Serius je Wati bersuara. “Tapi, kata kawan kan? Aku buat macam mana pun, kau dah kahwin. Tak guna nak marah kau walaupun aku sebenarnya terkilan juga. Cuma satu aje lah.”
Aku setia mendengarkan ayat seterusnya.
“Masa kenduri nanti kalau kau tak cakap awal-awal memang kita putus sahabat!” Dia mengugut.
Aku ketawa perlahan. “Insya Allah, nanti aku ajak Ustaz Hafiz datang sekali masa bagi kad,” kataku.
“Aku tuntut janji kau tu.” Wati turut ketawa.
Aku tersenyum sumbing. Itupun kalau aku dengan ustaz tu dah okay. Kalau macam sekarang ni gayanya, nak pandang muka dia itu pun, aku sudah terasa takut! Talian diputuskan selepas hampir sepuluh minit berbual. Kesian juga dekat Wati yang tengah sibuk dengan kerja dia. Esok nanti lagilah sibuk. Namun, sempat aku berpesan kepada dia, minta dia merahsiakan perkara ni dekat sekolah benda. Isk! Rahsia sulit ni!
Aku menghela nafas perlahan. Suasana malam sedikit sejuk membuatkan aku tidak mahu berlama-lama di luar. Ditambah pula dengan nyamuk yang sudah berapa kali entah menggigit kulit aku. Aku bangkit daripada duduk. Ya Allah, kau lembutkanlah hati hamba-Mu itu.
***
AKU terdengar bunyi enjin kereta Abang Hafiz sewaktu tengah ralit membaca cara memohon maaf dit internet. Google punya Google, akhirnya, nah! Artikel bertajuk ‘10 Cara Romantik Untuk Meminta Maaf’ yang aku jumpa. Cis! Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terikut idea gila si Wati ni. Semasa aku membaca artikel ni, aku tahu aku tak boleh ikut langsung idea yang dicadangkan si penulis. Apa tidaknya, perkara pertama yang dia cadangkan ialah, hantarkan bunga ke tempat kerja si dia. Hish! Gila apa? Takkan aku kena hantar bunga dekat bilik guru sebab hendak minta maaf? Itu mencari masalah namanya.
Nak bagi coklat? Yang aku tahu, dia suka makan gula-gula je. Bagi kad? Apa aku kena tulis dekat dalam tu. Kalau aku pandai buat pantun ke, syair ke, puisi ke memang idea ni aku guna pakai. Lagu? Menyanyi pun pitching lari memanjang, ada hujan lebat nanti. Masak makanan favourite dia? Memang ada berita masuk muka hadapan akhbar nanti, ‘Gadis berusia tujuh belas tahun membakar rumah sendiri’.
Imbau kenangan manis? Aku rasa banyak kenangan masam-kelat je dengan dia ni. Bagi mesej atau e-mail lawak? Tunggu aku apply masuk Raja Lawak dulu tengok aku ni kelakar ke tidak. Ah! Senang cakap, memang tiada langsung cadangan yang aku boleh pakai daripada artikel ni. Tak membantu langsung!
Abang Hafiz menolak pintu yang sememangnya tidak rapat. Aku memandang dia, dan dia juga memandang aku. Namun sepatah perkataan pun tidak keluar. Aduh! Ada aku mati disebabkan kebosananan melampau kalau dia terus-terusan macam ni. Tapi, memang salah aku at the first place lah, kan? Siapa suruh tidak mengaplikasikan peribahasa Melayu dalam kehidupan seharian? Kan orang-orang dulu selalu berpesan, ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’. Ada bagusnya nasihat orang-orang tua ni.
Aku bangun dan melangkah ke bilik air apabila apabila duduk lama di atas simen ni. Sejuk! Laptop dibiarkan di atas meja. Malas aku hendak tutup lepas tu buka balik. Selepas ni, boleh cari dekat mana-mana forum pula. Manalah tahu ada orang yang berkongsi cara untuk meminta maaf daripada suami.
“Tengah online ke? Nak cek e-mail sekejap?”
Belum sempat aku menutup pintu, terdengar Abang Hafiz bersuara. Ek eh? Abang Hafiz bercakap dengan akulah! Wah...! Terasa lega sedikit walaupun cara dia bercakap tu, macam cara dia bercakap dengan student dia masa dekat kelas.
Aku membuka sedikit pintu bilik air untuk memudahkan aku melihat dia. Kemudian aku mengangguk. Sebaik sahaja aku keluar, Abang Hafiz sudah tidak ada di dalam bilik. Malas mahu memikir dia ke mana, aku kembali duduk di hadapan laptop. Lagipun esok cuti, maka bolehlah aku berehat sekejap malam ni sebelum aku sambung belajar esok.
Sebaik sahaja terpandangkan skrin laptop, mata aku membulat. Ya Allah! Aku tidak tutup ke browser ni tadi? Artikel 10 Cara Romantik Untuk Meminta Maaf masih elok terpampang di skrin. Aku menepuk dahi. Aku yakin ustaz ni perasan tadi. Aduh! Terasa mahu sahaja melompat masuk laut sekarang. Argh! What a stupid act you have done, Alisa!
No comments:
Post a Comment