Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,)v
Suami Aku Ustaz?! 23
AKU menekan-nekan remote Astro. Tidak sampai seminit tengok, aku tekan sekali lagi untuk menukar ke siaran lain. Setelah buat perkara sama lebih sepuluh kali, akhirnya butang merah aku tekan. Membuatkan skrin TV yang tadinya bercahaya kembali gelap. Aku menyandarkan badan ke kerusi malas. Jam di dinding aku jeling. Baru sejam Abang Hafiz keluar meninggalkan rumah, tapi kenapa aku terasa macam sunyi semacam ni?
“Sebab tak ada kawan gaduh!”
Spontan aku duduk menegak. Gila apa sampai terdengar suara... err... Alisa, dia dah keluar rumah sejam lepas, Alisa! Ilusi je suara yang kau dengar tu. Ke sebab... rindu? Isk! Tak kuasa. Aku melangkah malas masuk ke dalam bilik. Nak buat apa ni? Belajar? Malas. Tengok kdrama? Malas juga. Keluar pergi lepak mamak? Lagilah malas.
***
“KAU tak nak lepak rumah ke aku malam ni?”
Wati pandang muka aku dengan dahi berkerut. “Kau demam apa? Lagipun, tak naklah aku kacau orang dah kahwin!”
Laju aku mengutil lengan Wati. Sudah jadi tabiat pula aku mencubit budak ni. Nasib baiklah tidak pernah lagi mak dia call aku tanya kenapa badan Wati lebam-lebam.
“Kau ni! Sejak kahwin ni, kerjanya mencubit aku je. Kesian betul dekat ustaz!”
Aku mendengus. Dia yang kena cubit, ustaz juga yang dia kesiankan.
“Kau sebut lagi statement berbau skandal macam tu, lagi kuat aku cubit kau.” aku mengugut.
Wati ketawa. Langkah diatur ke koperasi. Semenjak dua menjak ni, Joe sudah tidak mahu pergi koperasi dengan aku.
“Eh, jomlah lepak rumah aku malam ni?” aku buat muka kesian.
“Apahal? Kau gaduh dengan dia ke?”
Nasib baik Wati pandai tukar kata ganti nama masa dekat tempat awam macam ni.
“Mana... diakan pergi kursus!”
Mulut Wati melopong. “Ha’ah! Lupa pula dia cakap masa dekat kelas haritu!”
“Kata presiden kelab peminat dia. Apa ni?” aku menyindir.
“Eh! Tak apa. Benda kecil je yang aku lupa. Sekurang-kurangnya kisah perkahwinan dia aku tahu!”
Spontan kaki terhenti melangkah. Aku mengetap gigi. Geramnya bila melihat Wati tayang muka selamba. Aku rasa, tindakan aku awal-awal dahulu tu bagus sebenarnya. Tengoklah! Semenjak dia tahu ni, ada sahaja idea dia untuk kenakan aku.
“Nak tunggu apa dekat situ? Takkan nak berdiri tiga hari dekat sana tunggu ada orang datang sambut!” dia sudah terjerit.
Aku mengecilkan mata. Nanti kalau aku layan lebih-lebih, bukannya boleh jangka apa yang minah ni buat.
“Bisinglah kau. Kalau aku tahu memang tak adanya aku nak cerita dekat kau.”
Wati menayangkan gigi dia. “Dah nama lagi kalau. Tapi... apa yang penting, aku dah tahu sekarang ni.”
Aku menjulingkan mata. Malas mahu melayan. Elok sampai depan koperasi, mata laju spot satu bangku kosong.
“Kau pergi masuk belikan aku makanan. Aku lepak dekat luar je. Lagi satu, kau belanja eh? Asyik mengenakan aku je.” Sengaja aku cakap macam tu. Tidak sangka pula Wati melayan.
Sambil duduk membuang masa, aku memerhatikan gelagat adik-adik yang duduk di bangku hadapan. Macam-macam gaya. Kalau aku, aku cop je terus budak-budak ni budak gedik! Hahaha! Tak percaya? Cuba tengok tu? Berbual dengan lelaki pun gedik semacam. Belum yang tengah couple, dating dekat bus stop lepas sekolah. Macam tidak ada tempat lain yang lagi best nak berdating agaknya? Aku pula yang berbulu mata melihatnya.
Tapi, oklah juga daripada berjumpa dekat tempat tersorok. Buat menambahkan lagi statistik kelahiran anak luar nikah tahun depan. Aku yang tinggal lagi setahun ini pun tak pernah declare dengan siapa-siapa. Suci lagi murni hati aku ni. Kalau aku duk sakat-sakat mereka yang bercouple ni dengan ayat, ‘bila kau kahwin dengan pakwe kau tu...’ laju pula dia orang membalas yang dia orang ‘bukannya aku nak kahwin dengan dia’. Isk! Sungguh aku tidak faham.
“Alisa.”
Aku menoleh ke arah suara lembut yang memanggil. Melihatkan pemilik suara, aku tergamam.
“Lepas ni, jumpa saya kat bilik guru sekejap ye?”
Laju aku mengangguk. Faham. Cikgu Liana tersenyum kemudian melangkah pergi. Bila masa dia berada dekat sebelah aku? Mata setia memerhatikan Cikgu Liana berjalan pergi. Kenapa dia nak jumpa? Nak serang aku ke? Nak ‘basuh’ aku? Nak kantoikan aku dengan cikgu-cikgu lain? Nak... err... aku tersentak apabila Wati menepuk bahu, mengajak pergi.
“Berangan!” Sempat dia menyakat.
Aku buat tak dengar. Roti dengan air yang dihulur, aku sambut.
“Wati, kau pergi dulu. Aku ada hal sekejap.”
“Hal? Hal apa?”
Aku menggeleng. Merahsiakan.
“Hai? Sejak bila kau pandai berahsia? Pasal rahsia besar kau tu pun kau cerita dekat aku walaupun lambat?”
“Tak... aku nak pergi bilik guru. Ambil barang.” Ringkas aku menjawab.
***
LIGAT aku berfikir, mencari sebab Cikgu Liana hendak jumpa. Takkanlah kes dia dapat tahu Ustaz Hafiz tu suami aku, dia tidak puas hati lagi? Aku perhatikan masa dekat kelas, dia okay je. Tidak nampak gaya marah ataupun dendam atau apa pun?
Pintu bilik guru aku tolak perlahan. Mata melilau mencari kelibat Cikgu Liana. Kaki teragak-agak melangkah ke arah dia yang sedang bercakap di telefon. Sementara menunggu dia menghabiskan perbualan dia, jantung aku sudah rasa hendak melompat keluar. Ya Allah, janganlah kau biarkan Cikgu Liana buat bukan-bukan depan cikgu lain dekat sini. Amin ya rabbal a’lamin.
“Alisa.”
Aku menelan air liur. Muka Cikgu Liana nampak serius. Isk! Kenapa pula ni?
“Saya ada meeting lepas ni. Jadi tak dapat masuk kelas. Kebetulan ternampak awak. So...tolong passkan latihan ni, ya?” Cikgu Liana bersuara selepas meletakkan telefon dia ke atas meja. Tangan dia kemudian menghulurkan satu set kertas yang berwarna putih.
Spontan kening aku terangkat. Apa? Hahaha! Aku rasa hendak ketawa guling-guling atas lantai ni. Hari inilah berlakunya perkara paling lawak yang pernah terjadi dalam hidup aku. Salah aku juga! Lain kali cubalah bersangka baik. Macam yang ustaz pernah cakap dekat kelas, husnu zhon.
“Err...” Teragak-agak aku hendak mengambil kertas di tangan Cikgu Liana. Sempat telinga menangkap kata-katanya yang sedikit merungut.
“Sekolah ni, semuanya last minit. Pukul sepuluh setengah nak meeting, lagi setengah jam baru saya dapat tahu.”
Aku hanya diam berdiri di sebelah meja dia.
“Oh ya! Saya nak semua siapkan hari ni. Habis waktu nanti saya nak ada atas meja. Suruh Irfan kutip and hantar. Ok?”
Aku hanya terangguk-angguk macam burung belatuk. Tidak tahu apa hendak jawab.
“Oh, ya! Kenapa awak nampak cuak sangat tadi?” soal Cikgu Liana apabila dia sudah sedikit tenang. Tadi aku nampak dia macam kelam kabut semacam.
“Err... tak ada apa, cikgu!” Tergagap aku menjawab. Habis? Takkan aku hendak jawab, ‘saya takut cikgu serang saya?’
Aku dapat rasakan mata Cikgu Liana tajam memandang aku, seolah-olah membaca raut wajah aku. Aku menelan air liur dan terus aku menunduk.
“Alisa...”
Aku mengangkat muka.
“Tak perlulah awak risaukan hal itu, kalau itu yang buat awak risau. Insya Allah, saya masih berpegang pada janji.”
Aku hanya senyum nipis. Sekali dia tembak, memang mengena!
“Awak antara pelajar kesayangan saya, Alisa. Pelajar yang sekolah aim akan dapat straight A’s. Saya takkan buat benda yang bukan-bukan kalau itu yang awak risaukan.”
Aku terdiam. Terasa terharu apabila Cikgu Liana cakap macam tu. Aduh, baiknya dia! Walaupun dia bukanlah guru yang termasuk dalam kategori guru paling aku hormati atau sayangi, aku tetap terharu apabila aku, Nur Alisa ini dijadikan sebagai pelajar kesayangan dia.
“Saya tahu awak mungkin expect saya jadi batu api, pendendam, macam dalam cerita-cerita Melayu tu. Saya ada maruah, Alisa. Walaupun saya sebenarnya terkejut jugalah bila dapat tahu Ustaz Hafiz pilih awak, tapi tak adalah sampai saya terniat nak hancurkan hidup awak,” ujarnya dalam senyuman.
Muka aku terasa panas. Bukannya panas sebab malu atau marah, tapi panas sebab rasa rendah diri sewaktu Cikgu Liana berkata, dia tidak sangka ustaz pilih aku walaupun aku tahu Cikgu Liana tidak berniat apa-apa semasa bercakap tadi. Aku hanya tersenyum sumbing.
“Macam mana awak dengan dia boleh... err...” soalan Cikgu Liana tergantung apabila ada seseorang berjalan di hadapan kami.
Tanpa menunggu dia menyambung soalan dia pun, aku boleh agak apa yang dia mahu tanya. Tidak tahu hendak menjawab apa, aku hanya menggeleng. Abang Hafiz pun tidak cerita, malaslah pula aku mahu membuka cerita.
“Cikgu tanyalah dia.” Aku tersenyum nipis. Akhirnya Cikgu Liana mengalah. Hendak tanya Ustaz Hafiz? Sudah tentu Abang Hafiz akan tanya pendapat aku untuk bercerita atau tidak. Nanti, ‘pi mai pi mai tang tu’ juga. Hahaha!
***
BUAT kesekian kalinya aku membelek telefon yang masih tidak menunjukkan apa-apa simbol telefon ataupun sampul surat. Ah! Kenapa langsung tidak ada berita dari malam tadi? Aku sudah mula cuak. Haraplah semuanya selamat. Abang, kalau iya pun busy, bagi satu mesej pun Lisa dah lega!
“Hoi! Berangan!”
Nasib tidak luruh jantung aku bila kena sergah dari belakang. Wati pandang aku sambil tersengih. Laju aku menyimpan telefon ke dalam kocek baju kurung tanpa disedarinya. Kalau tidak, ada pula cerita yang dia bawa nanti.
“Kenapa kau macam tengah resah gelisah? Rindukan orang jauh ke?” nakal Wati bertanya.
Aku mencebik. Tanpa menghiraukan Wati, perhatian kembali diberikan kepada soalan latihan di atas meja. Namun tidak lama. Fikiran aku sudah kembali teringatkan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Abang Hafiz.
Tamat sesi persekolah, dengan sehelai sepinggang, aku terus balik ke rumah umi. Nasib baik ada juga dua tiga helai baju aku memang sengaja aku tinggalkan dekat sana. Kenapa entah perasaan aku kuat sangat nak balik rumah umi. Walaupun jauh sedikit, tapi tidak apalah. Balik rumah sendiri pun, sunyi sangat sebab tidak ada kawan. Hai... Alisa? Sejak bila sudah pandai hendak berteman dekat rumah ni?
***
MEMBEBEL panjang umi sewaktu aku sampai di sana. Risau betul dia sebab aku menunggang motor dari sekolah. Dia tanya juga, kenapa tidak telefon dahulu supaya walid boleh ambil. Aku hanya tersenyum. Selepas bersalam dengan umi, aku terus menuju ke bilik Abang Hafiz. Bilik ni aku perhatikan, nampak kemas dan tidak berhabuk. Cuma tilam sahaja yang tidak bercadar. Baru aku pasang niat untuk menyalin baju, umi sudah mengetuk pintu bilik.
“Nanti pasanglah cadar ni. Lisa balik tak cakap. Kalau tak, sempat juga umi kemas apa yang patut,” umi bersuara.
Aku hanya menggeleng. “Tak apa, umi. Nanti Lisa pasangkan. Bukannya susah pun,” ringkas aku menjawab dengan senyuman di bibir.
Umi hanya mengangguk. “Buatlah apa yang patut. Umi turun dulu.”
Giliran aku pula yang mengangguk. Memang kurang sungguh komunikasi antara aku dengan umi. Tetapi pada aku, okay juga. Manalah tahu umi tidak suka menantu yang bising ke?
Selesai memasang cadar, terus aku meluruskan badan di atas katil bersize queen ini. Terasa hilang sekejap penat sehari di sekolah. Jam loceng di sebelah katil aku pandang. Waktu Asar belum masuk lagi ni. Kalau ada Abang Hafiz, mesti dia sudah membebel melihat aku.
Aku mencapai telefon di dalam beg sekolah. Eh? One missed call? Amboi! Hari dah petang baru ingat orang dekat sini ya? Aku cek baki kredit sebelum buat keputusan untuk telefon atau mesej Abang Hafiz. Belum sempat hendak menekan butang hijau, nama Abang Hafiz sudah terpampang di skrin.
“Assalamualaikum.” Dia terlebih dahulu memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Aku menjawab mendatar. Ceh! Walhal tadi aku juga yang beriya-iya tunggu dia menelefon.
“Lisa tengah buat apa?”
“Tak ada apa.”
“Baru sampai rumah ke?”
“Kat rumah umi.”
"Lah iya ke? Kenapa tak cakap?"
Diam.
“Makan dah?”
“Belum.”
“Dah Asar?”
“Baru nak siap.”
Geram agaknya mendengar jawapan aku, akhirnya dia bertanya. “Ini kenapa abang tanya sepuluh patah, dia jawab sepatah? Tak nak tanya abang apa-apa ke?”
Aku mencebik. Dia yang baru ingat untuk telefon aku, aku pula yang dia bising tidak banyak cakap. “Tak ada apa.”
“Abang tak percaya.”
Aku menghela nafas perlahan. “Abang baru teringat nak call Lisa ke petang ni?” Entah dari mana entah semangat semangat datang sampai aku boleh cakap macam tu.
“Lah? Kan Lisa dekat sekolah satu hari? Takkan abang nak call masa Lisa dekat kelas pula?”
Aku mengetuk kepala dengan telefon. Nasib baik tak kantoi aku bawa telefon pergi sekolah sebab menunggu mesej daripada dia. Kalau tidak, buat malu je!
"If abang sampai tengah pagi pun, kan boleh je kalau mesej cakap dah sampai? Susah sangat ke? Buat orang risau ajelah abang ni!” aku sudah mula marah.
Abang Hafiz terdiam sekejap. Baru rasa bersalah agaknya. Huh!
“Lisa?”
Aku diam. Terasa hati dengan dia. Cis! Sejak bila aku pandai dan senang merajuk ni?
“Lisa... I’m sorry. Sorry sangat sebab buat Lisa risau.”
Aku diam lagi. Namun, tiba-tiba aku terdengar dia ketawa perlahan. Dahi aku sudah berkerut. Abang Hafiz! Hai, geramnya aku!
“Abang ingat Lisa dah baca mesej abang malam tadi. Sebab Lisa pun reply. Agaknya Lisa baca tengah mamai kot. Sebab itu mesej Lisa abang baca pelik!” Rancak dia ketawa. Lawak sangat agaknya.
Muka aku sudah terasa panas. He did? Ya Allah, kenapa aku tidak ingat langsung? Kenapalah aku boleh tidak terfikir hendak tengok call register ke... inbox message ke? Aduh... malunya aku! Selepas sahaja berbual, terus aku masuk ke inbox message. Memang betul, mesej terakhir yang aku terima adalah daripada dia. Panas sekejap muka aku semasa membaca mesej dia. Aku pergi pula ke sent items. Makin panas apabila aku baca mesej aku sendiri.
-K. Mjirss u c2-
Walaupun berterabur ayat dan salah ejaan kerana membalas sewaktu tengah mamai, tapi aku rasa Abang Hafiz faham je apa yang aku taip. Argh! Kenapa aku suka buat benda yang memalukan diri sendiri ni bila dengan dia?
No comments:
Post a Comment