Kawan Shamsul tiba bila jam dah dekat pukul
sebelas malam. Aku keluar pejabat tadi pukul sepuluh. Sejam juga aku habiskan
masa dengan Shamsul dekat kedai makan tadi. Ini kalau mak dengan abah dekat
kampung tahu aku balik lewat malam, sebulan tak habis dengar dia orang
berleter. Bukan tak pernah dia orang bising aku masih di pejabat malam-malam
begini, tapi kerja yang menimbun tak mengizinkan aku balik awal. Nak buat macam
mana?
“Bos!” Shamsul mengangkat tangan sebaik saja
lelaki itu keluar daripada kereta kancil dia.
Aku hanya menjadi pemerhati. Disebabkan pomen
ni kawan Shamsul, biarlah dia yang uruskan sampai selesai.
“Apa fasal ini kereta?” lelaki itu menyoal
dalam pelat Cina.
Lah, cina rupanya. Ingatkan Melayu kawan dia
tadi. Cahaya lampu yang samar-samar membuatkan aku tak dapat nak mengecam wajah
lelaki itu tadi.
“Kereta tak boleh hidup. Aku rasa battery
ni.”
“Tolong buka hood, boleh?”
katanya kepada aku yang berdiri di sebelah Shamsul.
Aku temangu. Hood?
“Bonnet,” Shamsul menerangkan.
Oh! Aku mengangguk. Tanpa berlengah, langkah
di atur ke tempat pemandu dan lakukan apa yang disuruh. Lelaki itu
melihat-lihat keadaan enjin dengan dibantu oleh lampu suluh.
“Cuba start!”
Aku mengikut. Hasilnya masih sama.
“Ok. Tunggu sekejap.”
Lelaki itu berlalu pergi ke kereta dia.
Kemudian, kereta kancil dia parkir berhadapan dengan kereta aku. Bonnet keretanya
dibuka. Kemudian, dia ke belakang kereta pula, mengeluarkan dua kabel panjang
yang dipanggil jumper. Hampir setengah jam menguruskan kereta aku,
akhirnya berjaya juga kereta buruk ini dihidupkan. Aku menarik nafas lega.
“Thanks. Berapa ya?” soalku. Bersedia
untuk mengeluarkan duit daripada beg tangan.
“Tak apalah. Saya pun kebetulan daripada
bengkel. Kalau boleh, esok awak datang ke workshop saya. Boleh cek battery.”
“Ok...”
“Sul!” aku memanggil Shamsul. Shamsul
mendekat. Pomen tadi mengemas barang-barang dia ke dalam kereta
“Teman aku balik?”
“Naik?” soalnya kabur.
“Kereta buruk ni lah!” balasku geram. Takut
juga nak balik seorang diri. Sudahlah jalan nak masuk ke rumah aku gelap dan
sunyi selepas pukul sembilan.
“Kereta buruk, kereta buruk. Bersyukur tahu
ada kereta? Kau ingat semua orang mampu nak beli Toyota ni? Tengok pomen tu?
Bawak kancil je sana sini tau!”
“Overlah tu! Setakat Toyota Corolla
yang dah lebih 20 tahun umur, takkan aku nak berlagak macam Toyota Altis yang
baru lahir tahun lepas?” Shamsul dah malas nak layan bila aku menjawab. Dia
menjeling aku geram
“Habis tu? Motor aku? Ke kau nak ajak aku
tidur rumah sewa kau malam ni?”
“Gatal kau! Dahlah! Aku balik dulu lah
walaupun aku takut gila ni nak balik.” Aku memboloskan diri ke dalam perut
kereta. Belum sempat aku menutup pintu, pomen tadi mengetuk tingkap penumpang
sebelah aku. Cerpin tingkap aku turunkan.
“Ya?”
“Rumah awak dekat mana? Saya temankan awak
balik.”
Aku terpinga-pinga. Mata memandang Shamsul
yang mengangguk mendengarkan pelawaan lelaki itu. Tetapi jauh di lubuk hati
aku, aku lagi yakin dengan Shamsul daripada lelaki ni. Sudahlah tak kenal
langsung. Nama pun aku tak tahu.
“Taman Permai. Dekat-dekat Tesco.”
Lelaki itu mengangguk. “Sama jalan dengan
saya. Awak drive depan. Saya follow daripada belakang.”
Aku bersetuju. Tidak sampai sepuluh minit, kami
sama-sama bergerak meninggalkan kawasan pejabat aku. Shamsul pula, bila yakin
aku selamat dia masuk kembali ke dalam pejabat. Rasanya kalau sampai hujung
tahun aku tak jumpa calon suami, memang aku ajak je Shamsul tu kahwin dengan
aku. Zhafran pun, tak bagi aku apa-apa hint walaupun aku tahu dia tahu
aku ada hati pada dia.
Sampai di rumah, aku terus memakirkan kereta
di bawah garaj. Bilik Lin sudah gelap. Awal pula dia tidur malam ni. Aku
melihat jam di tangan sekilas. Dua belas tengah malam. Memang patut pun dia dah
tidur. Aku yang balik lambat sebenarnya. Aku berjalan ke arah pintu pagar. Pomen
kereta yang menemani aku tadi masih setia menunggu di dalam kereta, di bahu
jalan. Tingkap di sebelahnya diturunkan.
“Ini rumah awak?”
Aku mengangguk. “Ya. By the way, thanks
ya.”
“Tak apa-apa. Perempuan bahawa memandu
malam-malam macam ni seorang. Macam-macam boleh jadi...”
Aku tersenyum mendengarkan kata-katanya. Sama
macam Shamsul. Wujud lagi rupa-rupanya lelaki yang mahu melindungi wanita.
Bukannya mengambil kesempatan sewaktu wanita dalam kesusahan.
Teringat kata-kata seorang ustaz dekat
televisyen dahulu. Kalau lelaki nampak wanita berjalan seorang diri pada waktu
malam, lelaki itu kena bantu menghantar wanita itu ke tempat yang dia ingin
tuju. Pada waktu malam, macam-macam boleh jadi dekat wanita tu. Ustaz tu tambah
lagi, kalau naik kereta, suruh wanita itu duduk di tempat penumpang belakang.
Kalau naik motor? Telefon teksi untuk wanita tu. Jangan pula ajak wanita tu
naik motor sama-sama, macam Shamsul ajak aku tadi. Ceh!
“Oklah. Saya balik dulu. See you tomorrow!”
Dia sudah bersedia untuk pergi. Namun mengingatkan sesuatu, laju aku menahan
dia pergi.
“Eh, kejap! Nama awak siapa? Bengkel awak
dekat mana?”
“Ah Lee. Bengkel dekat Jalan Mahsuri. Ada satu
je bengkel dekat sana...”
“Ok. Jumpa esok, Ah Lee!” kataku lalu mengunci
pintu pagar. Kereta Kancil Ah Lee sudah jauh meninggalkan aku. Laju jugak apek
ni bawak kereta. Tadi dengan aku slow je. Alah, paling-paling orang cakap,
‘perempuan...’. Apa nak hairan.
***
Aku keluar pergi ke bengkel pada jam sepuluh
pagi. Itu pun lepas merayu-rayu dengan bos mintak keluar. Kena pula kerja
tengah banyak, masam juga muka dia walaupun dia mengizinkan. Itu pun lepas aku
janji untuk siapkan projek aku malam ini juga. Aduhai! Balik lewat lagilah aku
malam ni.
Aku tiba di bengkel tempat Ah Lee bekerja bila
jam menunjukkan pukul sebelas pagi. Itu pun selepas sesat larat dalam Taman
Mewah ni. Tamannya besar, berfasa-fasa. Bengkel Ah Lee ni pula tengah-tengah
taman. Memanglah satu je dekat Jalan Mahsuri, tapi aku rasa dekat sepuluh juga bengkel
dalam Taman Mewah ni. Dugaan betul.
Sampai di bengkel Ah Lee, aku terus bertanyakan
tentang Ah Lee kepada pekerja yang ada di situ. Memandangkan Ah Lee lebih tahu
masalah kereta aku, biarlah dia yang uruskan semua.
“Oh? Lu cari bos ah? Kejap ah...” Lelaki itu
berkata selepas aku bertanya.
Aku mengerutkan dahi. Bos? Dia ni pemilik
bengkel ni ke macam mana? Belum sempat aku nak berfikir lanjut, lelaki itu
menjerit ke arah lelaki yang sedang berbaring di bawah kereta Proton Wira yang
ada di situ.
“Bos! Ini ada perempuan cari!”
“Siapa?”
“Wa tak kenal lor!”
“Ok, ok sekejap!”
Aku lihat Ah Lee sudah keluar daripada bawah
kereta. Dia berjalan ke arah rak yang menempatkan alat ganti kereta. Kain buruk
di capai dan tangan yang berlumuran minyak dia lap.
“Eh! Awak!” Ah Lee berjalan ke arah aku dengan
bibir yang mekar dengan senyuman.
Aku tergamam melihatkan paras Ah Lee. Kacak!
Macam pelakon John Cho masa muda. Malam tadi aku tak nampak muka dia sebab
cahaya tak berapa terang. Bila nampak depan mata macam ni, terasa dada aku
berdebar-debar. Pipi aku terasa panas. Terasa malu-malu hendak membalas
senyuman dia. Rasanya kalau berdiri depan cermin, aku rasa muka aku merah betul
ni.
“Lama saya tunggu. Saya ingatkan awak dah cari
bengkel lain!” katanya ramah.
Aku hanya mampu ketawa kecil untuk menutup
kegugupan. Wargh! Apa kena dengan aku ni?
5 comments:
Yeah... ah lee boleh di replace dgn ali... hahahha.....
panggil je Ali
cepat sambung! >_<
Hehe. Ni excited ni. Suka2. :)
Hahahaha, ko tanya ko knp ek?! Dh jatuh cinta la tu!!
Post a Comment