Oh My Prince! 25
Aku dan Hairi sama-sama berjalan
melewati blok H. Kelas yang baru je tamat 5 minit lepas betul-betul membuatkan
tenaga aku hilang. Mana tidaknya, hari ni hari jadual aku paling penuh.
Selalunya, lepas kelas memang aku balik bilik dan tak keluar-keluar lagi. Pagi
tadi, Hairi datang mengambil aku untuk bersama-sama ke kelas. Mujurlah dia
bersikap macam biasa lepas peristiwa malam tadi.
Langkah kami terhenti apabila kami
melintasi sekumpulan pelajar yang berdiri di hadapan papan kenyataan. Aku
menarik tangan Hairi untuk sama-sama menyertai mereka. Ada berita yang menarik
ke dalam kampus sekarang? Apabila kumpulan pelajar tadi bergerak pergi, aku dan
Hairi ke depan untuk membaca berita terkini.
“Nak join?”
Hairi memandang aku dengan dahi
berkerut.
“Join
apa?”
“Tu? Inter-batch Sports Competition. Next-sem ada Sports Carnival, kan? Ni mesti nak cari wakil fakulti ni...”
Hairi diam berfikir. Kemudian dia
mengeluarkan telefon dia dan menyalin nombor person in charge yang tertera.
“Boleh jugak. Lama tak asah skill badminton,” kata dia sebelum
menarik tangan aku untuk meneruskan perjalanan yang terhenti.
“Kau nak ikut aku tak?”
“Hrm? Pergi mana?” soalku sedikit
terpinga-pinga.
“Kalau ikut tarikh yang dia bagi
tadi, dua minggu lagi mula selection.
Jadi, aku ingat nak nak ajak budak-budak ni main.”
“Oh...” aku mengangguk tanda faham.
Dia nak ajak geng-geng dia mainlah tu. Tapi nak ikut dia? Penatnya rasa. Kalau
dia ajak pergi Quake ke oklah lagi
walaupun sebenarnya pergi Quake jauh
lagi penat daripada tengok dia main badminton.
“Nak
ke tak?” Hairi bertanya lagi.
Aku
memandang dia serba salah. “Bila tu?”
“Tak
confirm lagi. Mungkin setiap
malamlah. Dah lama tak main badminton ni. Last
sem setiap minggu jugak aku main. Sem ni je kurang.”
Aku
mengangguk perlahan. “Hairi, kawan-kawan kau tak pernah berbunyi ke kau banyak dengan
aku?” aku bertanyakan soalan yang tiba-tiba bermain di fikiran.
Hairi
pandang aku lama. Nampak dia tak puas hati dengan soalan aku tadi. “Kenapa tiba-tiba
pula? Dah tak suka aku ada dengan kau mana pergi?”
“Ke
situ pula dia...” kataku perlahan.
“Manalah
tahu kan... kau dah tak suka aku ada dengan kau selalu. Iyalah, dengan keluarga
rupa-rupanya dah ada calon untuk dijadikan suami. Kau kan banyak sangat
berahsia dengan aku. Mana tahu bila aku tak ada, ada benda lain pula kau buat
belakang aku, kan?”
Tajam
dan pedas kata-kata yang Hairi tujukan pada aku. Aku terdiam. Terasa hati
sangat bila dia cakap macam tu. Memang salah aku sebab tak berterus terang dari
awal. Dah tahulah sekarang yang Hairi belum betul-betul memaafkan aku tentang
semalam. Dan ini juga bermakna dia belum betul-betul percayakan aku. Kalau
macam inilah gayanya, macam mana aku nak jelaskan semua perkara pada dia?
“Sorry, aku tak bermaksud macam tu pun.
Nanti kalau dah confirm bila,
cakaplah. Kalau aku free aku ikut,”
kataku perlahan.
Aku
mengambil jalan tengah sebab tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Orang tengah
marah ni, tak boleh dilayan. Lagi dilayan, lagi menggila marah dia nanti. Kami
berjalan untuk ke tempat parking
kereta dalam keadaan yang paling senyap sekali. Aduhai... sampai bilalah
hubungan kami nak macam ni. Selagi aku tak berterus terang, selagi itulah
masalah kami akan berlarutan. Aku mengeluh.
***
Aku berbaring di katil dengan mata memandang ke
arah siling. Bermacam perkara yang bermain di fikiran. Tentang keluarga,
tentang Hairi, tentang Adib, tentang diri aku sendiri, Hani. Aku bergolek pula
ke kiri. Dinding berwarna biru laut aku tatap lama. Tak boleh jadi ni. Dah
pukul dua setengah pagi tapi mata tetap tak mahu lelap.
Aku
bangun daripada pembaringan. Langkah di atur ke meja belajar. Aku mengalihkan
buku dan alat tulis yang memenuhi meja. Kemudian, aku memanjat meja belajar dan
duduk memeluk lutut. Suasana Amanjaya pada waktu malam aku nikmati seorang
diri.
Aku
memanjangkan tangan untuk membuka selak tingkap gelongsor dan tidak lama
kemudian, angin masuk melalui celah tingkap yang aku buka sedikit. Aku kembali
memeluk lutut dengan kepala aku letakkan di atas lengan. Dalam aku memerhatikan
lampu yang berkelipan, tanpa sedar aku terlelap sendiri.
Aku
tersedar bila terdengar bunyi kenderaan mula sibuk. Terkejut dengan keadaan aku
tidur di sebelah tingkap yang sedikit terbuka, terus aku melompat turun
daripada meja. Gila! Nasib baiklah aku buka tingkap sikit. Kalau tak, tak
pasal-pasal muka aku masuk berita perdana. Seorang gadis bunuh diri dengan
terjun dari bilik di tingkat dua puluh. Aku mengusap dada perlahan cuba untuk
menenangkan diri. Betul-betul terkejut. Mujurlah aku jenis tidur statik. Dahlah
tingkapnya tak ada gril.
Aku
membuka tingkap dengan lebih luas. Buku-buku yang aku letakkan di kerusi malam
tadi aku letakkan kembali di atas meja. Terpandangkan jam sudah pukul tujuh
empat puluh lima, berebut aku bersiap untuk mandi. Tak mahu mood Hairi rosak
bila aku terlambat nanti. Parah kalau pagi-pagi mood dia dah tak betul.
Sebaik
saja bersiap, aku turun ke bawah bila jam sudah pukul lapan setengah. Hairi
sudah menunggu di tempat selalu. Dalam berdebar, aku masuk juga ke dalam kereta
dia. Seperti biasa, dia akan menghulurkan satu bekas makanan berisi beberapa
jenis kuih.
“Thanks...”
Hairi
mengangguk sedikit sebelum meneruskan pemanduan. Aku terasa kekok. Dia ni, ok
ke tidak? Aku nak bercakap lebih-lebih pun kecut perut juga.
“Malam
ni, mama ajak kau dinner sekali.”
“Dinner? Pukul berapa?”
“Tujuh
setengah aku ambil kau.”
“Hrm...
nak pakai baju apa, ye? Dekat rumah kau je kan?”
Hairi
mengangguk lagi. Aku terasa malu sendiri bila Hairi seolah tak berminat nak
berbual. Aku menghela nafas panjang. Akhirnya bekas makanan tadi aku buka dan donut
aku kunyah perlahan.
***
Sepanjang
hari aku stres bila Hairi tak banyak bercakap. Sudahlah dekat kampus ni aku tak
ada kawan rapat. Hairi seorang sajalah yang aku ada dekat sini. Jadi bila dia
sekali-sekali buat perangai macam ni, memang mati kutu sajalah aku jadinya. Aku
menguap buat kali seterusnya. Mengantuknya rasa. Semalam, kali terakhir aku
tengok jam pukul dua setengah. Itu pun sebelum aku pindah duduk atas meja. Jadi
tak tahulah pukul berapa aku tidur sebenarnya.
Selepas
kelas, aku dan Hairi berjalan ke kafateria. Terasa sunyi pula blok C ni. Kenapa
ya? Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Biasa je. Terpandangkan Putera Danial
yang sedang berjalan dari tasik buatan menuju ke sini, barulah aku tersedar
blok ni sunyi sebab tak ada kumpulan Putera Danial dengan gadis-gadis dia.
“Kenapa
mengantuk sangat ni?” tegur Hairi bila aku menguap lagi sekali.
Aku
mengangguk perlahan.
“Tidur
pukul berapa semalam? Buat apa?”
Aku
tersenyum bila dia bertanya begitu. Rindu dengan Hairi yang mengambil berat
walaupun baru sehari dia buat perangai.
“Aku
tak boleh tidur semalam. Pukul tiga agaknya baru terlelap,” jawabku perlahan.
Geleng kepala Hairi mendengarkan jawapan aku.
“Kalau
tak tidur sebab siapkan assignment, aku
faham. Tapi selalunya kalau siapkan kerja, kita selalu sama-sama tak tidur.
Tapi, kalau tak tidur sebab fikirkan masalah...” Hairi berjeda seketika. “Lebih
baik kau tidur. Jangan disebabkan masalah kesihatan kau terganggu. Macam mana
nak selesaikan masalah kalau badan tak sihat?”
Aku
hanya mengangguk, mengiyakan kata-kata dia. Kau sedar tak Hairi? Sebab kau aku
tak boleh tidur malam! Sebab kau aku rasa tersepit dengan setiap masalah aku!
“Hairi...”
“Hrm?”
“Kau marah aku lagi?” soalku takut-takut.
Hairi terdiam.
“Antara sebab aku tak boleh tidur
pun sebab fikirkan kau. Aku susah hati bila kau marah aku. Untuk kali ni je aku
nak minta pada kau. Please, trust me...”
“Aku percayakan kau.”
Aku sedikit terkejut mendengarkan
kata-kata Hairi. Kalau dia percaya, kenapa dua hari ni buat aku macam ni? Aku
nak bertanya lagi, tapi takut sangat kalau kemarahan dia datang balik. Sudahnya
aku menguncikan mulut rapat.
“Buat apa yang kau rasa betul. Aku
percayakan kau,” ulangnya lagi.
Akhirnya aku tersenyum. Aku berjanji
dengan diri sendiri untuk tak mensia-siakan kepercayaan dia. Tangan dia aku
capai dan sepanjang perjalanan ke kafeteria kami berpegangan tangan. Sebaik
saja kaki kami melangkah ke kafeteria, mata aku terpandangkan susuk tubuh
seseorang yang aku kenal sedang berjalan ke arah kami. Terasa jantung bagai
melompat ke anak tekak. Aku cuba mengumpul keberanian walaupun aku sedar risiko
yang bakal aku hadapi.
Dengan menayangkan muka selamba, aku
berjalan dengan penuh yakin. Sebaik saja kami melepasi Adib, aku menarik nafas
lega. Tapi sebenarnya tak lega sangat sebab aku perasan riak wajah Adib yang
sedikit berubah sewaktu terpandangkan aku. Mungkin dah sampai masanya untuk aku
berdepan dengan masalah aku. One step at
a time, Adele. Jangan terburu-buru.
xxx
Next entry --> Isnin next week. Hehe.
Ok saya noted komen2 anda untuk entry yang lepas. Thanks a lot. ^_^
xxx
Next entry --> Isnin next week. Hehe.
Ok saya noted komen2 anda untuk entry yang lepas. Thanks a lot. ^_^
7 comments:
Adele da jmp adib lorh..
hehe..
cmne ek?
writer xnk adele ngn adib nnty jd cm suamiku ustaz..
adele ngn spe ye?
x sbr nk tggu next entry..
rindu tgku daniel
(^^,) Cerita Adele dgn Hairi je harini. Rindulah kat Tuan Putera :) kih3..
Ok one step more.. Semangat masuk office harini sbb ade update yg pantas dr writer ! (^__^)
By mean time, dah lama x buat cerpen eh? hihi
xsbr nk tnggu cerita tuan putera..hehe
bestnya!!! Drama dah bermula. I wonder if Adib will confront her. Hehe teruskan menulis! terima kasih!!!
Mesti Adib terkejut tgk Adelia x bertudung. hehe..
Tuan putera senyap je.. Ingatkan tuan putera menunggu adelia dkt luar tingkap masa Adelia tgh kemurungan dn bersedih hati. haha
akak writer bile putera daniel punya cerita..tpkn akak,,mesti adib trkjut hbis lpas nmpk adele x pkai tdung.hrap2 adib x trus bgitau family adele..kesian adele.. huhuhu :'(
Suke3... suke pengakhirn chapter ni.. akhirnyer adib bertembung dgn adele. Hrp2 ada confrontation nnt.. buat adele xleh pndng remeh ttg ni..
Ttg hairi.. mmg la nmpk sgt adele ni cuba jadik adele n susah nk berterus terang dgn hairi...
tp dgn prince.. mcm secara x langsung mudah aja dia bercerita...
Dah baper ari x jupe prince... apa kisah nyer?
X sabar nk tunggu episod seterusnya...
Post a Comment