::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 January 2014

E-novel: Oh My Prince! 25


Oh My Prince! 25
            Aku dan Hairi sama-sama berjalan melewati blok H. Kelas yang baru je tamat 5 minit lepas betul-betul membuatkan tenaga aku hilang. Mana tidaknya, hari ni hari jadual aku paling penuh. Selalunya, lepas kelas memang aku balik bilik dan tak keluar-keluar lagi. Pagi tadi, Hairi datang mengambil aku untuk bersama-sama ke kelas. Mujurlah dia bersikap macam biasa lepas peristiwa malam tadi.

            Langkah kami terhenti apabila kami melintasi sekumpulan pelajar yang berdiri di hadapan papan kenyataan. Aku menarik tangan Hairi untuk sama-sama menyertai mereka. Ada berita yang menarik ke dalam kampus sekarang? Apabila kumpulan pelajar tadi bergerak pergi, aku dan Hairi ke depan untuk membaca berita terkini.
            “Nak join?”
            Hairi memandang aku dengan dahi berkerut.
            Join apa?”
            “Tu? Inter-batch Sports Competition. Next-sem ada Sports Carnival, kan? Ni mesti nak cari wakil fakulti ni...”
            Hairi diam berfikir. Kemudian dia mengeluarkan telefon dia dan menyalin nombor person in charge yang tertera.
            “Boleh jugak. Lama tak asah skill badminton,” kata dia sebelum menarik tangan aku untuk meneruskan perjalanan yang terhenti.
            “Kau nak ikut aku tak?”
            “Hrm? Pergi mana?” soalku sedikit terpinga-pinga.
            “Kalau ikut tarikh yang dia bagi tadi, dua minggu lagi mula selection. Jadi, aku ingat nak nak ajak budak-budak ni main.”
            “Oh...” aku mengangguk tanda faham. Dia nak ajak geng-geng dia mainlah tu. Tapi nak ikut dia? Penatnya rasa. Kalau dia ajak pergi Quake ke oklah lagi walaupun sebenarnya pergi Quake jauh lagi penat daripada tengok dia main badminton.
“Nak ke tak?” Hairi bertanya lagi.
Aku memandang dia serba salah. “Bila tu?”
“Tak confirm lagi. Mungkin setiap malamlah. Dah lama tak main badminton ni. Last sem setiap minggu jugak aku main. Sem ni je kurang.”
Aku mengangguk perlahan. “Hairi, kawan-kawan kau tak pernah berbunyi ke kau banyak dengan aku?” aku bertanyakan soalan yang tiba-tiba bermain di fikiran.
Hairi pandang aku lama. Nampak dia tak puas hati dengan soalan aku tadi. “Kenapa tiba-tiba pula? Dah tak suka aku ada dengan kau mana pergi?”
“Ke situ pula dia...” kataku perlahan.
“Manalah tahu kan... kau dah tak suka aku ada dengan kau selalu. Iyalah, dengan keluarga rupa-rupanya dah ada calon untuk dijadikan suami. Kau kan banyak sangat berahsia dengan aku. Mana tahu bila aku tak ada, ada benda lain pula kau buat belakang aku, kan?”
Tajam dan pedas kata-kata yang Hairi tujukan pada aku. Aku terdiam. Terasa hati sangat bila dia cakap macam tu. Memang salah aku sebab tak berterus terang dari awal. Dah tahulah sekarang yang Hairi belum betul-betul memaafkan aku tentang semalam. Dan ini juga bermakna dia belum betul-betul percayakan aku. Kalau macam inilah gayanya, macam mana aku nak jelaskan semua perkara pada dia?
Sorry, aku tak bermaksud macam tu pun. Nanti kalau dah confirm bila, cakaplah. Kalau aku free aku ikut,” kataku perlahan.
Aku mengambil jalan tengah sebab tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Orang tengah marah ni, tak boleh dilayan. Lagi dilayan, lagi menggila marah dia nanti. Kami berjalan untuk ke tempat parking kereta dalam keadaan yang paling senyap sekali. Aduhai... sampai bilalah hubungan kami nak macam ni. Selagi aku tak berterus terang, selagi itulah masalah kami akan berlarutan. Aku mengeluh.
***
Aku  berbaring di katil dengan mata memandang ke arah siling. Bermacam perkara yang bermain di fikiran. Tentang keluarga, tentang Hairi, tentang Adib, tentang diri aku sendiri, Hani. Aku bergolek pula ke kiri. Dinding berwarna biru laut aku tatap lama. Tak boleh jadi ni. Dah pukul dua setengah pagi tapi mata tetap tak mahu lelap.
Aku bangun daripada pembaringan. Langkah di atur ke meja belajar. Aku mengalihkan buku dan alat tulis yang memenuhi meja. Kemudian, aku memanjat meja belajar dan duduk memeluk lutut. Suasana Amanjaya pada waktu malam aku nikmati seorang diri.
Aku memanjangkan tangan untuk membuka selak tingkap gelongsor dan tidak lama kemudian, angin masuk melalui celah tingkap yang aku buka sedikit. Aku kembali memeluk lutut dengan kepala aku letakkan di atas lengan. Dalam aku memerhatikan lampu yang berkelipan, tanpa sedar aku terlelap sendiri.
Aku tersedar bila terdengar bunyi kenderaan mula sibuk. Terkejut dengan keadaan aku tidur di sebelah tingkap yang sedikit terbuka, terus aku melompat turun daripada meja. Gila! Nasib baiklah aku buka tingkap sikit. Kalau tak, tak pasal-pasal muka aku masuk berita perdana. Seorang gadis bunuh diri dengan terjun dari bilik di tingkat dua puluh. Aku mengusap dada perlahan cuba untuk menenangkan diri. Betul-betul terkejut. Mujurlah aku jenis tidur statik. Dahlah tingkapnya tak ada gril.
Aku membuka tingkap dengan lebih luas. Buku-buku yang aku letakkan di kerusi malam tadi aku letakkan kembali di atas meja. Terpandangkan jam sudah pukul tujuh empat puluh lima, berebut aku bersiap untuk mandi. Tak mahu mood Hairi rosak bila aku terlambat nanti. Parah kalau pagi-pagi mood dia dah tak betul.
Sebaik saja bersiap, aku turun ke bawah bila jam sudah pukul lapan setengah. Hairi sudah menunggu di tempat selalu. Dalam berdebar, aku masuk juga ke dalam kereta dia. Seperti biasa, dia akan menghulurkan satu bekas makanan berisi beberapa jenis kuih.
Thanks...”
Hairi mengangguk sedikit sebelum meneruskan pemanduan. Aku terasa kekok. Dia ni, ok ke tidak? Aku nak bercakap lebih-lebih pun kecut perut juga.
“Malam ni, mama ajak kau dinner sekali.”
Dinner? Pukul berapa?”
“Tujuh setengah aku ambil kau.”
“Hrm... nak pakai baju apa, ye? Dekat rumah kau je kan?”
Hairi mengangguk lagi. Aku terasa malu sendiri bila Hairi seolah tak berminat nak berbual. Aku menghela nafas panjang. Akhirnya bekas makanan tadi aku buka dan donut aku kunyah perlahan.
***
Sepanjang hari aku stres bila Hairi tak banyak bercakap. Sudahlah dekat kampus ni aku tak ada kawan rapat. Hairi seorang sajalah yang aku ada dekat sini. Jadi bila dia sekali-sekali buat perangai macam ni, memang mati kutu sajalah aku jadinya. Aku menguap buat kali seterusnya. Mengantuknya rasa. Semalam, kali terakhir aku tengok jam pukul dua setengah. Itu pun sebelum aku pindah duduk atas meja. Jadi tak tahulah pukul berapa aku tidur sebenarnya.
Selepas kelas, aku dan Hairi berjalan ke kafateria. Terasa sunyi pula blok C ni. Kenapa ya? Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Biasa je. Terpandangkan Putera Danial yang sedang berjalan dari tasik buatan menuju ke sini, barulah aku tersedar blok ni sunyi sebab tak ada kumpulan Putera Danial dengan gadis-gadis dia.
“Kenapa mengantuk sangat ni?” tegur Hairi bila aku menguap lagi sekali.
Aku mengangguk perlahan.
“Tidur pukul berapa semalam? Buat apa?”
Aku tersenyum bila dia bertanya begitu. Rindu dengan Hairi yang mengambil berat walaupun baru sehari dia buat perangai.
“Aku tak boleh tidur semalam. Pukul tiga agaknya baru terlelap,” jawabku perlahan. Geleng kepala Hairi mendengarkan jawapan aku.
“Kalau tak tidur sebab siapkan assignment, aku faham. Tapi selalunya kalau siapkan kerja, kita selalu sama-sama tak tidur. Tapi, kalau tak tidur sebab fikirkan masalah...” Hairi berjeda seketika. “Lebih baik kau tidur. Jangan disebabkan masalah kesihatan kau terganggu. Macam mana nak selesaikan masalah kalau badan tak sihat?”
Aku hanya mengangguk, mengiyakan kata-kata dia. Kau sedar tak Hairi? Sebab kau aku tak boleh tidur malam! Sebab kau aku rasa tersepit dengan setiap masalah aku!
            “Hairi...”
            “Hrm?”
            “Kau marah aku lagi? soalku takut-takut.
            Hairi terdiam.
            “Antara sebab aku tak boleh tidur pun sebab fikirkan kau. Aku susah hati bila kau marah aku. Untuk kali ni je aku nak minta pada kau. Please, trust me...
            “Aku percayakan kau.”
          Aku sedikit terkejut mendengarkan kata-kata Hairi. Kalau dia percaya, kenapa dua hari ni buat aku macam ni? Aku nak bertanya lagi, tapi takut sangat kalau kemarahan dia datang balik. Sudahnya aku menguncikan mulut rapat.
            “Buat apa yang kau rasa betul. Aku percayakan kau,” ulangnya lagi.
            Akhirnya aku tersenyum. Aku berjanji dengan diri sendiri untuk tak mensia-siakan kepercayaan dia. Tangan dia aku capai dan sepanjang perjalanan ke kafeteria kami berpegangan tangan. Sebaik saja kaki kami melangkah ke kafeteria, mata aku terpandangkan susuk tubuh seseorang yang aku kenal sedang berjalan ke arah kami. Terasa jantung bagai melompat ke anak tekak. Aku cuba mengumpul keberanian walaupun aku sedar risiko yang bakal aku hadapi.
            Dengan menayangkan muka selamba, aku berjalan dengan penuh yakin. Sebaik saja kami melepasi Adib, aku menarik nafas lega. Tapi sebenarnya tak lega sangat sebab aku perasan riak wajah Adib yang sedikit berubah sewaktu terpandangkan aku. Mungkin dah sampai masanya untuk aku berdepan dengan masalah aku. One step at a time, Adele. Jangan terburu-buru.
xxx
Next entry --> Isnin next week. Hehe.
Ok saya noted komen2 anda untuk entry yang lepas. Thanks a lot. ^_^

7 comments:

Anonymous said...

Adele da jmp adib lorh..
hehe..
cmne ek?
writer xnk adele ngn adib nnty jd cm suamiku ustaz..
adele ngn spe ye?
x sbr nk tggu next entry..
rindu tgku daniel

Basyirah Abd Rahman said...

(^^,) Cerita Adele dgn Hairi je harini. Rindulah kat Tuan Putera :) kih3..
Ok one step more.. Semangat masuk office harini sbb ade update yg pantas dr writer ! (^__^)

By mean time, dah lama x buat cerpen eh? hihi

Anonymous said...

xsbr nk tnggu cerita tuan putera..hehe

Anonymous said...

bestnya!!! Drama dah bermula. I wonder if Adib will confront her. Hehe teruskan menulis! terima kasih!!!

Peminat Prince said...

Mesti Adib terkejut tgk Adelia x bertudung. hehe..
Tuan putera senyap je.. Ingatkan tuan putera menunggu adelia dkt luar tingkap masa Adelia tgh kemurungan dn bersedih hati. haha

Anonymous said...

akak writer bile putera daniel punya cerita..tpkn akak,,mesti adib trkjut hbis lpas nmpk adele x pkai tdung.hrap2 adib x trus bgitau family adele..kesian adele.. huhuhu :'(

Anonymous said...

Suke3... suke pengakhirn chapter ni.. akhirnyer adib bertembung dgn adele. Hrp2 ada confrontation nnt.. buat adele xleh pndng remeh ttg ni..
Ttg hairi.. mmg la nmpk sgt adele ni cuba jadik adele n susah nk berterus terang dgn hairi...
tp dgn prince.. mcm secara x langsung mudah aja dia bercerita...
Dah baper ari x jupe prince... apa kisah nyer?
X sabar nk tunggu episod seterusnya...