::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

14 April 2014

E-novel: Oh, My Prince! 37



Oh My Prince 37
            Hairi mengajak aku untuk sarapan terlebih dahulu sebelum ke komplek sukan universiti. Kami singgah di warung yang tidak jauh dari rumah aku. Hairi meminta satu set roti bakar bersama dua biji telur setengah masak manakala aku memilih nasi goreng untuk mengisi perut. Kami menikmati sarapan pagi dalam keadaan yang tenang sekali walaupun suasana sekeliling tak setenang mana. Ada saja suara kanak-kanak menjerit tiba-tiba. Sudahlah suaranya nyaring. Bila aku jeling Hairi, dia relaks saja. Aku pula yang bengang tak tentu hala.

            Selesai sarapan pagi, kami terus menuju ke kampus. Setibanya di dewan badminton, orang ramai sudah hadir, bersiap-siap untuk bermain. Kami terus menuju ke kerusi penonton yang kosong. Selepas meletakkan beg, Hairi bergerak ke meja urusetia seorang diri. Tinggallah aku duduk seorang diri dekat kerusi ni. Mata liar memerhatikan gelagat manusia yang ada dalam dewan ni.
            “Hari ni baru datang, Adlina?”
            Aku tersentak apabila mendengar satu suara dari arah belakang. Aku menoleh. Eh? Bila masa pula tuan putera ni duduk belakang aku? Aku menjeling ke arah Hairi yang masih berada di meja urusetia.
            “Semalam dating dengan bakal mak mertua. Awak buat apa dekat sini?”
            “Bakal mak mertua? Bonda saya tak cakap apa-apa pun semalam?” Putera Danial sudah sengih mengusik. Melihatkan aku wajah aku tak ada perasaan, barulah dia kembali serius.
“Kami ada game hari ni, sebab tu kami ada dekat sini, sayang... takkanlah kami ada dekat sini nak sorak kamu punya boyfriend pula.”
            Aku mencebik. Macam mengenakan aku je.
            “Awak masuk semi final, kan? Good luck!
            Putera Danial tersenyum lalu mengangguk. Seketika kemudian, Hairi tiba di sebelah aku. Dia menjeling ke arah Putera Danial sekilas sebelum duduk untuk menukar kasut yang dia pakai. Jantung aku rasa nak melompat keluar bila berada dalam situasi macam ni. Mujurlah Putera Danial bangun dan meninggalkan kami untuk memanaskan badan. Aku menarik nafas lega.
            “Berbual apa dengan dia?” tegang suara Hairi bertanya. Dia tertunduk untuk mengikat tali kasut.
            “Tak ada apa pun. Wish good luck, je...” balasku tenang.
            “Kat aku, tak nak wish pula?” Hairi memangkat muka. Masam mencuka je muka dia pandang aku.
            “Engkau, lebih daripada wish tau! Aku siap datang sini, nak bagi semangat. Kalau menang, siap ada hadiah lagi.”
            Hairi sedikit tersenyum. “Iyelah tu...”
            “Betul apa?”
            “Tak perasan pula dia tadi. Kalau aku tahu, aku tak nak duduk sini.” Hairi menukar topik. Aku mmerhatikan Putera Danial yang sedang berlari sekeliling dewan.
            “Kenapa kau tak suka betul dengan dia? Dia tu okey je aku tengok. Tadi tegur aku pun, ok je.”
            Hairi tidak menjawab. Selesai mengikat tali kasut, dia membuka sweater yang dipakai lalu berdiri di depan aku untuk melakukan aktiviti untuk memanaskan badan. Lama aku menunggu jawapan dia. Bila dia tak menunjukkan gaya hendak menjawab, aku mengeluarkan telefon. Lagi baik main game daripada duduk termenung tak buat apa.
            “Aku tak suka cara dia pandang kau, cara dia senyum dekat kau. Sejak kita terserempak dia masa dekat Quake lagi,” balas Hairi ringkas sebelum berlari-lari anak di sekeliling dewan.
            Aku terdiam mendengarkan jawapan Hairi. Cemburu tu tak salah. Tapi bila dengar dia cakap dia tak suka cara Putera Danial bercakap dan senyum pada aku tu, aku tertanya-tanya sendiri. Caranya nampak lain ke? Malas mahu memikirkan perihal dua orang lelaki ni, aku hanyut dalam dunia aku.
            “Adele, game dah nak start. Jom?”
            Aku menyimpan kembali telefon ke dalam beg. Langkah Hairi yang menuju ke gelanggang C aku ikuti.
            “Hari ni banyak game lagi, ke?”
            “Banyak juga kalau tak silap. Dengar cerita semalam, double tak tahu lagi siapa masuk semi-final.”
            Aku mengangguk. Kami mengambil tempat di tepi gelanggang. Perlawanan antara pasangan Fiza dengan Shidah dan Ryu dengan Lin sedang berlangsung. Tamat perlawanan tu, kami saksikan pula perlawanan berikutnya.
Daripada satu set ke satu set permainan kami saksikan. Boleh tahan juga sambutan pelajar untuk pemilihan ni. Yang pemain pun ada yang siap angkut kawan-kawan baik turun sini, kasi sokongan. Sambil melihat mereka bermain, aku dengan Hairi membincangkan corak permainan mereka.
“Hairi...” aku mencuit lengan Hairi bila terdengar pengumuman untuk pemain single yang akan ke semi final nanti.
Hairi menoleh ke arah aku. Kening di angkat, bertanya.
“Tu... macam ada announcement tadi untuk kau.”
“Dah pukul berapa dah?”
Aku menunjukkan jam di pergelangan tangan ke arah Hairi. Berkerut Hairi melihat kedudukan jarum panjang dan pendek.
“Eh, dah nak mula! Jom, jom!”
Kami bingkas bangun dan menuju ke gelanggang yang disebut, gelanggang B. Terpandangkan pemain yang berada di gelanggang A, cepat-cepat aku menghalakan pandangan aku ke arah lain sebelum Putera Danial mengangkat muka dan berbalas pandang dengan aku. Aku mengambil tempat di hujung gelanggang. Dalam keadaan macam ni, dua-dua gelanggang aku boleh perhatikan.
Hairi sudah berdiri di tengah-tengah gelanggang. Tangannya digosok-gosok perlahan dan kemudian dia meraup mukanya. Tiba-tiba dia memandang ke arah aku. Sebuah senyuman dia berikan. Melihatkan dia memandang aku, aku menggenggam jari-jemari aku dan gaya ‘fighting’ aku tunjukkan ke arah dia. Hairi ketawa kecil. Dia kembali fokus untuk memulakan permainan.
Mataku terpandang pula ke arah Putera Danial di gelanggang sebelah. Dia melemparkan sebuah senyuman. Dengan teragak-agak, aku membalas senyuman dia dan membuatkan tanda bagus. Apa yang bagusnya, Adele? Ah, apa-apalah!
            ***
            Aku tak tahu sama ada Putera Danial terlalu hebat ataupun lawan dia yang tak sekuat mana. Hairi dengan Josh baru habis satu set, yang dimenangi oleh Hairi tentunya, Putera Danial dah bersantai di kerusi penonton selepas memenangi perlawanan dia dengan William. Sesekali aku menjeling Putera Danial yang tajam memerhatikan Hairi bermain. Ish! Keliru aku dibuatnya.
           Hairi memenangi set kedua dengan mata 21-18. Sebaik saja pengadil mengumumkan dia bakal masuk ke final, aku sudah melompat kegirangan. Bangga bila kekasih hati berjaya mengalahkan lawan dia tadi. Wah! Kalau dia menang final ni, dapatlah dia wakil fakulti untuk Sports Carnival semester depan! Aku terpandangkan Putera Danial yang melangkah turun daripada kerusi penonton. Bukan ke dia pun menang game tadi? Ak sudah terlopong memikirkan sesuatu.
            “Kenapa, ni?” tegur Hairi bila aku leka sekejap.
            “Tak... final nanti, kau jumpa Putera Danial.”
            Hairi terpempan. “Dia menang juga?”
            Aku mengangguk perlahan.
            “Kalau macam tu, penting final ni untuk aku!”
            Dahi aku sudah berkerut. “Kenapa pula?”
            Hairi tersenyum sendiri. “Rasa macam tengah bersaing dengan dia. Dan hadiahnya adalah engkau!”
            Aku terkejut. Tanpa ditahan-tahan, kuat aku menampar lengan Hairi. Dia mengadu sakit.
            “Apa ni, pukul-pukul ni?”
            “Kau tu lah! Suka-suka hati je nak fikir macam tu. Dah memang selama-lama ni, kau tu je ‘putera’ aku, kan? Pernah ke aku curang dengan orang lain? Tak ada tau! Cara cakap macamlah aku ni barang pula, boleh jadi hadiah macam tu!” luahku geram.
            Hairi menggosok lengan dia. Nampak riak tak puas hati terpampang di muka dia. “Itu perasaan aku ajelah! Bukannya betul-betul. Tergugatlah juga bila tengok dia tu semacam je dengan kau. Aku rasa bila aku menang, tinggilah sikit pride aku.”
            Aku sudah tergeleng. “Kau ni... kalau ditakdirkan kau kalah sekalipun, hati aku tetap dekat kau. Datanglah sepuluh Putera Danial tu, aku tak pandang!” tegasku. “Tapi, kalau Putera Danish, mungkin aku akan pertimbangkanlah...” sambungku perlahan sebelum ketawa. Dalam sekelip mata mood kami berubah.
            Hairi sudah membulatkan mata mendengarkan kata-kata aku. Dengan geram, telinga aku dipulasnya. Aku masih ketawa. Macam budak kecil yanng kena denda pula rasanya. Hahaha!
              xxx                       Pengubat rindu. Ok tau tak ada Danial, jadi tak terubat juga... kan? ;)

18 comments:

Unknown said...

Mcm xpuas bca pla. Putera danial knp xmncul2 ni?

Basyirah Abd Rahman said...

Alhamdulillah pengubat rindu! haha.. Putera danial dh kembali. X sabar ni nk tunggu next week. Hopefully Putera danial menang!! yeaayy!

Anonymous said...

Sokong putera danial! hehe.
Hairi jgn emo sgt yeh. putera danial kena cool.

Aziela said...

"Mak mertua? Bonda saya tak ada cakap apa-apa pun semalam?" - Putera Danial.

Super sweet ok.... Khairi, tolonglah lepaskan Adele pada Danial...please..please..please....

Anonymous said...

Ehehhehehe... yes! Yes! Yes! Ske arini ada new chapter.. senyum n gelak sowang2 baca... hehehehe.. putera daniel Vs hairi...
wow.. nmpknye chapter minggu depan ni lg menarik jek..

Anonymous said...

tak puas lak baca. nak lagi! hehehhe ✌ tak sabar nk tgk match between PD and hairi ;)

eifa said...

Tak puas baca laa. Nak lagi....... hehe. Mesti gemoak Hairi vs Putera Danial.

Anonymous said...

Hishh! peliknya putera danial? macam tu je reaksi jumpa kekasih? rasa macam nak menyebelahi HAIRI je...

manga lover said...

yeah!! thanks akak..tpi nk lagi prince daniel..nk lagi tau.. kalau boleh nk adele ngan putera daniel..hope so.. heheeehehe..

Peminat Prince said...

Heart melting. Dpt terbayang kesweetan prince charming. hihi. agaknya org yg lwn ng prince tu x berani nk kalahkan la sbb berdaulat kan. haha. Adele backup prince, ade improvement ni. haha comel je. aah. next entry hopefully ade cover pasal prince tau.

Peminat Prince said...

huhu.. putera danial xkan nak lebih2 kot jumpe adele. dia mesti la ade maruah dan harga diri, bukan sembrono je nak ambik hati adele. Slow and steady. lgpn ade hairi kat situ dgn adele kn. sure dia xnak timbulkan ketegangan.
(respon bila baca komen anonymous 15 April 8:53pm)

Anonymous said...

Betul betul betul.
Terbaikkk!

eifa said...

Takde entry baru lg eh?

Basyirah Abd Rahman said...

Itula.. tertunggu2 jugak. Hmm..

Anonymous said...

Seronok la baca ni...next pls.. 😉

Aqilaa said...

Updaaaaaaaatee! Hihi 😆

Aqilaa said...

Seriously dah macam anime. Earl and fairy. Hohohohooooo

SyaRil said...

Nak Adele ngan Putera Danial..Hope tuan putera menang!!