Oh My Prince 37
Hairi mengajak aku untuk sarapan
terlebih dahulu sebelum ke komplek sukan universiti.
Kami singgah di warung yang tidak jauh dari rumah aku. Hairi meminta satu set
roti bakar bersama dua biji telur setengah masak manakala aku memilih nasi
goreng untuk mengisi perut. Kami menikmati sarapan pagi dalam keadaan yang
tenang sekali walaupun suasana sekeliling tak setenang mana. Ada saja suara
kanak-kanak menjerit tiba-tiba. Sudahlah suaranya nyaring. Bila aku jeling
Hairi, dia relaks saja. Aku pula yang bengang tak tentu hala.
Selesai sarapan pagi, kami terus
menuju ke kampus. Setibanya di dewan badminton, orang ramai sudah hadir,
bersiap-siap untuk bermain. Kami terus menuju ke kerusi penonton yang kosong.
Selepas meletakkan beg, Hairi bergerak ke meja urusetia seorang diri. Tinggallah
aku duduk seorang diri dekat kerusi ni. Mata liar memerhatikan gelagat manusia
yang ada dalam dewan ni.
“Hari ni
baru datang, Adlina?”
Aku tersentak apabila mendengar satu
suara dari arah belakang. Aku menoleh. Eh? Bila masa pula tuan putera ni duduk
belakang aku? Aku menjeling ke arah Hairi yang masih berada di meja urusetia.
“Semalam dating dengan bakal mak mertua. Awak buat apa dekat sini?”
“Bakal mak mertua? Bonda saya tak
cakap apa-apa pun semalam?” Putera Danial sudah sengih mengusik. Melihatkan aku
wajah aku tak ada perasaan, barulah dia kembali serius.
“Kami
ada game hari ni, sebab tu kami ada
dekat sini, sayang... takkanlah kami ada dekat sini nak sorak kamu punya boyfriend pula.”
Aku mencebik. Macam mengenakan aku
je.
“Awak masuk semi final, kan? Good luck!”
Putera Danial tersenyum lalu
mengangguk. Seketika kemudian, Hairi tiba di sebelah aku. Dia menjeling ke arah
Putera Danial sekilas sebelum duduk untuk menukar kasut yang dia pakai. Jantung
aku rasa nak melompat keluar bila berada dalam situasi macam ni. Mujurlah
Putera Danial bangun dan meninggalkan kami untuk memanaskan badan. Aku menarik
nafas lega.
“Berbual apa dengan dia?” tegang
suara Hairi bertanya. Dia tertunduk untuk mengikat tali kasut.
“Tak ada apa pun. Wish good luck, je...” balasku tenang.
“Kat aku, tak nak wish pula?” Hairi memangkat muka. Masam
mencuka je muka dia pandang aku.
“Engkau, lebih daripada wish tau! Aku siap datang sini, nak bagi
semangat. Kalau menang, siap ada hadiah lagi.”
Hairi sedikit tersenyum. “Iyelah
tu...”
“Betul apa?”
“Tak perasan pula dia tadi. Kalau
aku tahu, aku tak nak duduk sini.” Hairi menukar topik. Aku mmerhatikan Putera
Danial yang sedang berlari sekeliling dewan.
“Kenapa kau tak suka betul dengan
dia? Dia tu okey je aku tengok. Tadi tegur aku pun, ok je.”
Hairi tidak menjawab. Selesai
mengikat tali kasut, dia membuka sweater
yang dipakai lalu berdiri di depan aku untuk melakukan aktiviti untuk
memanaskan badan. Lama aku menunggu jawapan dia. Bila dia tak menunjukkan gaya
hendak menjawab, aku mengeluarkan telefon. Lagi baik main game daripada duduk termenung tak buat apa.
“Aku tak suka cara dia pandang kau,
cara dia senyum dekat kau. Sejak kita terserempak dia masa dekat Quake lagi,” balas Hairi ringkas sebelum
berlari-lari anak di sekeliling dewan.
Aku terdiam mendengarkan jawapan
Hairi. Cemburu tu tak salah. Tapi bila dengar dia cakap dia tak suka cara
Putera Danial bercakap dan senyum pada aku tu, aku tertanya-tanya sendiri.
Caranya nampak lain ke? Malas mahu memikirkan perihal dua orang lelaki ni, aku
hanyut dalam dunia aku.
“Adele, game dah nak start. Jom?”
Aku menyimpan kembali telefon ke
dalam beg. Langkah Hairi yang menuju ke gelanggang C aku ikuti.
“Hari ni banyak game lagi, ke?”
“Banyak juga kalau tak silap. Dengar
cerita semalam, double tak tahu lagi
siapa masuk semi-final.”
Aku mengangguk. Kami mengambil
tempat di tepi gelanggang. Perlawanan antara pasangan Fiza dengan Shidah dan
Ryu dengan Lin sedang berlangsung. Tamat perlawanan tu, kami saksikan pula
perlawanan berikutnya.
Daripada
satu set ke satu set permainan kami saksikan. Boleh tahan juga sambutan pelajar
untuk pemilihan ni. Yang pemain pun
ada yang siap angkut kawan-kawan baik turun sini, kasi sokongan. Sambil melihat
mereka bermain, aku dengan Hairi membincangkan corak permainan mereka.
“Hairi...”
aku mencuit lengan Hairi bila terdengar pengumuman untuk pemain single yang akan ke semi final nanti.
Hairi
menoleh ke arah aku. Kening di angkat, bertanya.
“Tu...
macam ada announcement tadi untuk
kau.”
“Dah
pukul berapa dah?”
Aku
menunjukkan jam di pergelangan tangan ke arah Hairi. Berkerut Hairi melihat
kedudukan jarum panjang dan pendek.
“Eh,
dah nak mula! Jom, jom!”
Kami
bingkas bangun dan menuju ke gelanggang yang disebut, gelanggang B.
Terpandangkan pemain yang berada di gelanggang A, cepat-cepat aku
menghalakan pandangan aku ke arah lain sebelum Putera Danial mengangkat muka
dan berbalas pandang dengan aku. Aku mengambil tempat di hujung gelanggang.
Dalam keadaan macam ni, dua-dua gelanggang aku boleh perhatikan.
Hairi
sudah berdiri di tengah-tengah gelanggang. Tangannya digosok-gosok perlahan dan
kemudian dia meraup mukanya. Tiba-tiba dia memandang ke arah aku. Sebuah
senyuman dia berikan. Melihatkan dia memandang aku, aku menggenggam jari-jemari
aku dan gaya ‘fighting’ aku tunjukkan
ke arah dia. Hairi ketawa kecil. Dia kembali fokus untuk memulakan permainan.
Mataku
terpandang pula ke arah Putera Danial di gelanggang sebelah. Dia melemparkan
sebuah senyuman. Dengan teragak-agak, aku membalas senyuman dia dan membuatkan
tanda bagus. Apa yang bagusnya, Adele? Ah, apa-apalah!
***
Aku tak tahu sama ada Putera Danial
terlalu hebat ataupun lawan dia yang tak sekuat mana. Hairi dengan Josh baru
habis satu set, yang dimenangi oleh Hairi tentunya, Putera Danial dah bersantai
di kerusi penonton selepas memenangi perlawanan dia dengan William. Sesekali
aku menjeling Putera Danial yang tajam memerhatikan Hairi bermain. Ish! Keliru
aku dibuatnya.
Hairi memenangi set kedua dengan mata
21-18. Sebaik saja pengadil mengumumkan dia bakal masuk ke final, aku sudah melompat kegirangan. Bangga bila kekasih hati
berjaya mengalahkan lawan dia tadi. Wah! Kalau dia menang final ni, dapatlah dia wakil fakulti untuk Sports Carnival semester depan! Aku terpandangkan Putera Danial
yang melangkah turun daripada kerusi penonton. Bukan ke dia pun menang game tadi? Ak sudah terlopong memikirkan
sesuatu.
“Kenapa, ni?” tegur Hairi bila aku
leka sekejap.
“Tak... final nanti, kau jumpa Putera Danial.”
Hairi terpempan. “Dia menang juga?”
Aku mengangguk perlahan.
“Kalau macam tu, penting final ni untuk aku!”
Dahi aku sudah berkerut. “Kenapa
pula?”
Hairi tersenyum sendiri. “Rasa macam
tengah bersaing dengan dia. Dan hadiahnya adalah engkau!”
Aku terkejut. Tanpa ditahan-tahan,
kuat aku menampar lengan Hairi. Dia mengadu sakit.
“Apa ni, pukul-pukul ni?”
“Kau tu lah! Suka-suka hati je nak
fikir macam tu. Dah memang selama-lama ni, kau tu je ‘putera’ aku, kan? Pernah
ke aku curang dengan orang lain? Tak ada tau! Cara cakap macamlah aku ni barang
pula, boleh jadi hadiah macam tu!” luahku geram.
Hairi menggosok lengan dia. Nampak
riak tak puas hati terpampang di muka dia. “Itu perasaan aku ajelah! Bukannya
betul-betul. Tergugatlah juga bila tengok dia tu semacam je dengan kau. Aku
rasa bila aku menang, tinggilah sikit pride
aku.”
Aku sudah tergeleng. “Kau ni...
kalau ditakdirkan kau kalah sekalipun, hati aku tetap dekat kau. Datanglah
sepuluh Putera Danial tu, aku tak pandang!” tegasku. “Tapi, kalau Putera Danish,
mungkin aku akan pertimbangkanlah...” sambungku perlahan sebelum ketawa. Dalam
sekelip mata mood kami berubah.
Hairi sudah membulatkan mata
mendengarkan kata-kata aku. Dengan geram, telinga aku dipulasnya. Aku masih ketawa.
Macam budak kecil yanng kena denda pula rasanya. Hahaha!
xxx Pengubat rindu. Ok tau tak ada Danial, jadi tak terubat juga... kan? ;)
18 comments:
Mcm xpuas bca pla. Putera danial knp xmncul2 ni?
Alhamdulillah pengubat rindu! haha.. Putera danial dh kembali. X sabar ni nk tunggu next week. Hopefully Putera danial menang!! yeaayy!
Sokong putera danial! hehe.
Hairi jgn emo sgt yeh. putera danial kena cool.
"Mak mertua? Bonda saya tak ada cakap apa-apa pun semalam?" - Putera Danial.
Super sweet ok.... Khairi, tolonglah lepaskan Adele pada Danial...please..please..please....
Ehehhehehe... yes! Yes! Yes! Ske arini ada new chapter.. senyum n gelak sowang2 baca... hehehehe.. putera daniel Vs hairi...
wow.. nmpknye chapter minggu depan ni lg menarik jek..
tak puas lak baca. nak lagi! hehehhe ✌ tak sabar nk tgk match between PD and hairi ;)
Tak puas baca laa. Nak lagi....... hehe. Mesti gemoak Hairi vs Putera Danial.
Hishh! peliknya putera danial? macam tu je reaksi jumpa kekasih? rasa macam nak menyebelahi HAIRI je...
yeah!! thanks akak..tpi nk lagi prince daniel..nk lagi tau.. kalau boleh nk adele ngan putera daniel..hope so.. heheeehehe..
Heart melting. Dpt terbayang kesweetan prince charming. hihi. agaknya org yg lwn ng prince tu x berani nk kalahkan la sbb berdaulat kan. haha. Adele backup prince, ade improvement ni. haha comel je. aah. next entry hopefully ade cover pasal prince tau.
huhu.. putera danial xkan nak lebih2 kot jumpe adele. dia mesti la ade maruah dan harga diri, bukan sembrono je nak ambik hati adele. Slow and steady. lgpn ade hairi kat situ dgn adele kn. sure dia xnak timbulkan ketegangan.
(respon bila baca komen anonymous 15 April 8:53pm)
Betul betul betul.
Terbaikkk!
Takde entry baru lg eh?
Itula.. tertunggu2 jugak. Hmm..
Seronok la baca ni...next pls.. 😉
Updaaaaaaaatee! Hihi 😆
Seriously dah macam anime. Earl and fairy. Hohohohooooo
Nak Adele ngan Putera Danial..Hope tuan putera menang!!
Post a Comment