::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

26 September 2014

OMP UPDATE!




Assalamualaikum.
Apa khabar? Masih ingat saya? Hihi. Lama rasanya tak update blog @ fb. >.<  Maaf.
Sedikit berita gembira saya ingin kongsikan buat pengikut setia kisah OMP malam ni. Alhamdulillah, OMP sudah lulus penilaian untuk diterbitkan. Bila terbitnya? Belum tahu lagi. Insya Allah, sebarang update akan saya beritahu nanti ye. Terima kasih atas sokongan anda semua. Tiada anda, tiadalah OMP, tiadalah Hannah Dhaniyah.. :’)


 Di sebalik tabir Oh, My Prince!
Novel OMP ni saya mula menulis sewaktu saya sedang menjalani latihan industri hujung tahun 2013. Entah macam mana idea tu boleh datang secara tiba-tiba sama seperti idea untuk menulis kisah Alisa dan Hafiz. Berbeza dengan SAU, saya sudah ada plot yang sudah saya lakarkan di dalam minda saya. Cuma bila hendak diterjemahkan dengan perkataan jadi sukar dan selalu kena penyakit writer’s block.
Jadi alhamdulillah, sejak entry 1 sehingga entry 45, sokongan daripada anda semua dengan komen-komen anda walaupun hanya sepatah, cukup memberikan saya semangat untuk terus menulis walaupun pada masa tu sibuk dengan kuliah. Hihi. Alhamdulillah, dalam tempoh 8 bulan berjaya juga kisah Adlina, Hairi dan Danial saya tamatkan.
Seperti mana kisah SAU, kisah OMP ni hanya fantasi sahaja. Langsung tiada kena mengena dengan hidup atau yang mati. OMP, kisahnya ringan. Konfliknya pun tak begitu berat. Jadi, kalau anda baru selesai membaca novel yang berat, sesuai sangat OMP dibaca untuk bersantai nanti. Jujur, saya tak sabar rasanya nak tahu bila bakal diterbitkan. Hihi.






12 comments:

Unknown said...

Taniah..

Anonymous said...

Tahniah. ... akhirnya penantian bakal berakhir utk tahu kesudahan.. tunggu berita yg sterusnye bile akan diterbitkan...

Basyirah Abd Rahman said...

Ahaa.. Lamanya menyepi. Yeay.. Akhirnya nnt berjaya diterbitkan. Nk sign sekali boleh? haha.. Mmg cerita ni full of excitement. Tahniah !

Unknown said...

Sabar menanti....

Anonymous said...

Yeay x sabar nk beli ..... tahniah yeay

Anonymous said...

Tahniah... X sabar nak tunggu OMP di pasaran...

Anonymous said...

Kalau OMP dah ada di pasaran nak minta sekali dengan Sign blh x?

Anonymous said...

Bila la OMP ni keluar d pasaran....x sabar nak tggu......bst3

Aziela said...

Alhamdulillah...tahniah. Sejujurnya, akak suka baca novel santai dan fantasi. Bila ada novel yang katanya santai, tapi diterapkan dalam persekitaran sebenar, ada beberapa ketika, ianya jadi tergelincir. Jadi, lebih baik difantasikan saja...lebih mudah melayan alunan romantika itu...hahahaha

Yin Areesa said...

Tahniah awak
Lamanya tak masuk blog ni
Citer pun dah ada yang baru ya
Moga semuanya berjalan dengan lancar ya

Anonymous said...

HANTAR MANUSKRIP DENGAN SYARIKAT MANA YE? NAK TUNGGU NOVEL NI DITERBITKAN...JALAN CERITA YANG MENGUNDANG FANTASI DALAM KEHIDUPAN SESUAI DIBACA........

Anonymous said...

bila nk kuar novel ni??xde pun lg kat bookstore??cite dy best r