Assalamualaikum.
Apa khabar? Masih
ingat saya? Hihi. Lama rasanya tak update blog @ fb. >.< Maaf.
Sedikit berita
gembira saya ingin kongsikan buat pengikut setia kisah OMP malam ni. Alhamdulillah,
OMP sudah lulus penilaian untuk diterbitkan. Bila terbitnya? Belum tahu lagi. Insya
Allah, sebarang update akan saya
beritahu nanti ye. Terima kasih atas sokongan anda semua. Tiada anda, tiadalah
OMP, tiadalah Hannah Dhaniyah.. :’)
Di sebalik
tabir Oh, My Prince!
Novel OMP ni saya mula menulis sewaktu saya sedang menjalani
latihan industri hujung tahun 2013. Entah macam mana idea tu boleh datang secara
tiba-tiba sama seperti idea untuk menulis kisah Alisa dan Hafiz. Berbeza dengan
SAU, saya sudah ada plot yang sudah saya lakarkan di dalam minda saya. Cuma
bila hendak diterjemahkan dengan perkataan jadi sukar dan selalu kena penyakit writer’s block.
Jadi alhamdulillah, sejak entry 1 sehingga entry 45,
sokongan daripada anda semua dengan komen-komen anda walaupun hanya sepatah,
cukup memberikan saya semangat untuk terus menulis walaupun pada masa tu sibuk
dengan kuliah. Hihi. Alhamdulillah, dalam tempoh 8 bulan berjaya juga kisah
Adlina, Hairi dan Danial saya tamatkan.
Seperti mana kisah SAU, kisah OMP ni hanya fantasi
sahaja. Langsung tiada kena mengena dengan hidup atau yang mati. OMP, kisahnya
ringan. Konfliknya pun tak begitu berat. Jadi, kalau anda baru selesai membaca
novel yang berat, sesuai sangat OMP dibaca untuk bersantai nanti. Jujur, saya tak
sabar rasanya nak tahu bila bakal diterbitkan. Hihi.
12 comments:
Taniah..
Tahniah. ... akhirnya penantian bakal berakhir utk tahu kesudahan.. tunggu berita yg sterusnye bile akan diterbitkan...
Ahaa.. Lamanya menyepi. Yeay.. Akhirnya nnt berjaya diterbitkan. Nk sign sekali boleh? haha.. Mmg cerita ni full of excitement. Tahniah !
Sabar menanti....
Yeay x sabar nk beli ..... tahniah yeay
Tahniah... X sabar nak tunggu OMP di pasaran...
Kalau OMP dah ada di pasaran nak minta sekali dengan Sign blh x?
Bila la OMP ni keluar d pasaran....x sabar nak tggu......bst3
Alhamdulillah...tahniah. Sejujurnya, akak suka baca novel santai dan fantasi. Bila ada novel yang katanya santai, tapi diterapkan dalam persekitaran sebenar, ada beberapa ketika, ianya jadi tergelincir. Jadi, lebih baik difantasikan saja...lebih mudah melayan alunan romantika itu...hahahaha
Tahniah awak
Lamanya tak masuk blog ni
Citer pun dah ada yang baru ya
Moga semuanya berjalan dengan lancar ya
HANTAR MANUSKRIP DENGAN SYARIKAT MANA YE? NAK TUNGGU NOVEL NI DITERBITKAN...JALAN CERITA YANG MENGUNDANG FANTASI DALAM KEHIDUPAN SESUAI DIBACA........
bila nk kuar novel ni??xde pun lg kat bookstore??cite dy best r
Post a Comment