::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

26 February 2015

E-novel: Bidadari 02



Assalamualaikum... Maaf lewat update. Tak ada di rumah beberapa hari lepas. ^_^
Oh ye, saya nak clarify awal-awal ye... Khairul abang susuan Hanis. Kikiki. Sebelum ni ingatkan nak buat pembaca tertanya-tanya. Tapi bila fikir-fikir balik, tak perlulah kot. Hehe. :)

Selamat membaca. :)
Bidadari 02
Setibanya aku di rumah Atiqah, orang ramai sedang sibuk bergotong-royong di belakang rumah. Ada orang yang tengah kisar lada, ada yang tengah bersihkan ayam, ada yang tengah kopek bawang. Opsss! Kupas, kata orang utara. Duduk dalam suasana kampung begini, jiran tetanggalah yang ramai membantu selain daripada sanak saudara. Itulah yang istimewanya majlis di kawasan luar bandar macam ni.

Aku terlihat Atiqah sedang mengeluarkan baju nikah dia dari kereta Abang Muaz. Dia bakal bernikah esok pagi di masjid dalam pukul sembilan pagi. Selepas itu, baru pasangan pengantin nanti ke rumah Atiqah untuk makan beradab dan melayan tetamu. Kenduri dia tak ada pelamin. Nak berjimat, kata Atiqah.
Kehidupan selepas berkahwin ni, bukannya sikit guna duit. Kalau rasa hendak berhabis sewaktu hari perkahwinan, jangan merungut jika kena membayar hutang di kemudian hari. Lagipun, apalah sangat hendak dikejar pujian orang? Biarlah majlis perkahwinannya ringkas dan diberkati Allah s.w.t. Itu lebih bagus!
Lepas ni, aku nak jadikan kenduri Atiqah ni sebagai kenduri contoh untuk aku dengan Aiman nanti. Tak adalah lepas kahwin, kami sesak nafas hendak membayar hutang. Zaman sekarang semuanya nak guna duit. Kalau diri sendiri mampu dan mak bapak kaya ataupun ramai hendak sponsor, tak apa juga. Tapi kalau yang kurang mampu tu, kesian dekat diri sendiri terpaksa berjimat bertahun-tahun semata-mata hendak membayar hutang puluhan ribu untuk majlis dulu.  Ehem. Macam pasti je bakal berkahwin dengan Aiman nanti.
Aku yang belum kahwin ini pun, dah bermacam-macam hutang keliling pinggang. Gaji bersih untuk jurutera macam aku pun hanya dua ribu dua ratus ringgit malaysia. Bukan Singapore Dollar tau! Tolak bayar duit kereta, duit minyak, rumah sewa, pinjaman PTPTN, kad kredit dan belanja harian adalah berapa puluh yang tinggal.
Rasa menyesal bila ambil keputusan melulu untuk beli kereta baru dulu. Baru dua tahun pakai, sudah berganda nilainya susut. Mungkin lebih baik aku beli kereta lama yang masih gagah bergerak lagi. Bayar bulanan pun tak mahal. Mujur mak tak pernah menetapkan berapa nilai yang perlu aku berikan kepadanya setiap bulan. Ada masanya, dia yang terpaksa membantu aku kalau aku meminta duit di hujung bulan.
“Kau pergi mana? Lambatnya baru balik?” Atiqah bertanya apabila aku melangkah masuk bilik dia yang dah sudah siap dihias.
“Aku pergi berjalan dekat bandar Ipoh. Kan aku dah beritahu tadi?”
“Tahu. Saja tanya, kau pergi berjalan ke mana je?” Atiqah memasukkan bajunya ke dalam almari. Kemudian pintu almari ditutup.
“Aku pergi GM.”
Atiqah pandang aku dengan dahi berkerut. Lepas tu dia dah ketawa sakan.
“Setahun kau tak datang Ipoh, kau rindu GM je? Lawaklah kau ni.”
Aku tersengih. “Entah! Tiba-tiba terasa nak pergi.”
Tudung di kepala aku buka. Tudung basahan yang aku pakai sepanjang di rumah Atiqah aku sarung. Lepas ni nak keluar pula, tolong apa yang patut.
“Agaknya sebab dah ditakdirkan untuk terjumpa Aiman kut...”
Aku tersenyum sendiri. Teringat wajah Aiman sewaktu berjumpa dia tadi. Senyuman dia, lirikan mata dia. Astaghfirullah al-Azim. Hanis! Bukan suami, Hanis! Aku mengingatkan diri.
“Siapa?” daripada suara Atiqah, aku tahu dia tidak sabar hendak mendengar cerita sepenuhnya.
“Aku terjumpa Aiman tadi. Dekat kedai jual barang-barang kahwin,” cerita aku ringkas.
Atiqah pandang aku tak berkelip. “Hah? Dia dah nak kahwin ke? Kau frust ke? Kau ok ke tak ni?”
“Hish! Tak adalah!” Aku mengalih pandang ke tempat lain. Takut Atiqah perasan muka aku sudah merah.
“Habis tu? Dia buat apa?”
“Dia keluar dengan adik dia. Adik dia yang cari barang kut?”
“Iya ke? Tapi mana tahu kalau adik dia yang tolong carikan barang untuk Aiman?” Atiqah serkap jarang.
Kepala aku tergeleng perlahan. “Takkanlah...” perlahan aku berkata.
“Kau pasti?”
Aku mengangguk. “Dia sendiri mengaku yang dia belum fikir lagi pasal ni. Dia sambung belajar lagi.”
“Itu aku tahu. Tapi, boleh je kalau nak kahwin, apa? Bukannya tengah buat degree. Buat master beb!”
“Dia nak habiskan dulu dan tunggu kerja kut!”
Atiqah mengeluh. “Hanis, sampai bila kau nak diamkan macam ni?”
Aku ketawa. Cuba untuk menutup perasaan yang membuatkan dada aku rasa hendak meletup. “Diamkan apa?” sengaja aku jawab dengan soalan juga.
Atiqah pandang aku tak puas hati. “Kau tahu kan apa yang aku maksudkan?”
Aku tersenyum nipis. “Dia budak baik, Tiqah. Daripada keluarga yang baik-baik juga. Mestilah akan dapat isteri yang baik juga,” komen aku.
“Kau baiklah Hanis... manalah tahu memang kau ke orangnya?” Atiqah cuba memujuk.
Aku menggeleng. “Kau ni... jauh sangat berfikir! Dia deserve someone yang jauh lagi bagus daripada aku. Aku ni banyak sangat kekurangan. Lagipun dia cakap esok dia nak datang sini tunjuk bakal isteri dia.”
“Dah dah. Cukup bercerita pasal Aiman. By the way, abang aku nak datang tau. Dia on the way. Tapi tak tahulah nak tidur mana tu. Mengada betul!” Aku tukar topik. Malas nak memanjangkan cerita pasal Aiman.
“Lah... ajak sajalah dia tidur sini? Rumah ni walaupun tak besar mana, insya Allah muatlah untuk Khairul tu.”
“Susahlah dia tu. Dia tak percaya aku nak drive seorang balik Johor. Walhal, aku dah selamat dah sampai dari Johor malam tadi. Leceh betul!” aku merungut.
“Orang sayang kita, Hanis. Bukan senang tau orang nak sayang kita!”
“Memanglah bukan senang, tapi kalau terlebih sangat risau pasal aku, bukan senang juga untuk aku tu!”
Atiqah dah menggeleng je dengar aku merungutkan perangai Khairul. Akhirnya dia menjungkitkan bahu, tak tahu hendak berkata apa lagi.
“Dahlah. Baik kau tolong dekat luar. Nak isi bunga telur pula. Kau kena overtime malam ni. Tadi dah skip kerja siang tadi kan? Ganti balik malam ni ya?” selamba dia berkata.
Aku tersengih. “Teruk punya tuan rumah. Buli tetamu!”
“Eh, engkau special case! Tak ada istilah buli dah.”
Aku hanya mampu menggeleng melihat gelagat Atiqah. Harapnya kami mesra walaupun dah berumah tangga nanti. Dialah antara kawan yang banyak bersama aku sewaktu susah dan senang jadi pelajar universiti dulu. Sayangnya rasa kalau hubungan terputus selepas berkahwin.
***
Khairul menelefon aku apabila bas dia sudah sampai persimpangan keluar Simpang Pulai. Nasib baik bas sekarang turun dekat Medan Gopeng je. Selepas meletakkan kereta depan deretan kedai makan, aku mesej dia suruh datang sini. Tak sampai sepuluh minit, Khairul dah sampai dengan senyuman di bibir. Beg pakaian yang sederhana besar diletakkan ke dalam boot. Kemudian Khairul mengambil tempat di sebelah aku.
“Dah lama Hanis sampai?” Khairul memecahkan kesunyian.
“Tak adalah. Masa Hanis mesej, masa itulah Hanis sampai.” Ringkas aku menjawab.
“Ramai ke yang ada dekat sana? Ada apa-apa lagi ke yang abang boleh tolong?”
“Ramai jugalah saudara mara dia. Abang sampai nanti, pandai-pandailah cari kerja...”
Kemudian, mata aku memerhatikan cermin pandang belakang. Perlahan-lahan aku mengundurkan kereta keluar daripada petak parkir. Sehinggalah aku dikejutkan dengan suara Khairul yang tiba-tiba memanggil nama aku. Laju aku menekan brek kaki. Alamak! Nyaris nak terlanggar orang ke? Rasanya tak ada apa masa aku tengok tadi. Isk! Aku dah menggelabah. Ini yang payah kalau bawa kereta dengan Khairul dekat sebelah. Mesti benda ni dia jadikan bahan tak bagi aku memandu jauh.
“Kenapa?”
“Abang laparlah. Kita makan dulu baru pergi rumah Atiqah. Boleh?”
Aku pandang Khairul macam nak makan. “Kut ya pun, janganlah buat Hanis panik. Abang ni kan...” aku merungut. “Sudahlah tengah reverse kereta. Macam tak tau je Hanis cepat gelabah!” aku menyambung.
“Sebab itu abang tak percaya Hanis drive jauh.” Selamba Khairul berkata. Aku mencebik. Sengaja mencari alasan.
“Menggelabah pun, sebab abang dekat sebelah. Kalau abang tak ada, Hanis relax je!” bidasku.
“Iyelah, abang juga yang salah! Walhal, Hanis yang cepat gelabah!” kata Khairul.
Aku menjeling. Geram.
“Abang tidur mana malam ni? Cari hotel kan?” aku tukar topik dengan menyoal dengan senyuman mengusik. Aku menjeling dia sekilas.
“Kenapa diam?”
“Tak... abang tengah fikir. Boleh juga abang cari bilik. Tapi Hanis kena teman abang sekalilah!”
Aku mencebik. “Apahal pula?”
“Iyalah. Abang tak familiar dengan Ipoh. Ada nanti sesat melarat pula.”
“Lepas tu abang ingat  malam ni abang ingat nak jalan bandar Ipoh. Dengar cerita ada gerbang malam? Bukan selalu dapat jalan tempat orang, Hanis.”
Aku buat muka. Suka-suka hati dia je buat perancangan. Ingat aku datang sini bercuti-cuti Malaysia ke?
“Hish! Tak kuasalah. Esok kendurilah! Kalau nak lain kali. Manalah tahu Hanis kahwin dengan orang sini ke. Boleh abang datang sini, ziarah Hanis tiap-tiap bulan.”
 Aku tersenyum dengan hati yang sudah berbunga-bunga. Hanya satu saja nama yang berada di fikiran aku sekarang. Aiman. Ah! Gila apa? Laju aku menggelengkan kepala. Mak! Hanis nak kahwin!
“Oh! Dah ada calon ya!”
“Jangan nak pandai-pandai buat cerita. Jenuh Hanis nak menjawab dengan mak ayah nanti.” Aku menjeling ke arah Khairul sekilas. Spontan tangan kiri aku mencubit paha kanan dia. Khairul mengaduh. Lepas itu dia ketawa. Geramnya aku dengan dia ni!
Selepas melayan Khairul mengisi perut, kami terus ke rumah Atiqah. Khairul berjalan mendapatkan ayah Atiqah dan bersalaman. Aku mengeluarkan beberapa helai pakaian dia daripada beg besar dan kemudian aku masukkan ke dalam beg sandang dia untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
“Dah siap dah?” bertanya apabila Atiqah tengah sibuk menguruskan kerja dia di dalam bilik pengantin.
“Apa yang dah?” Dia mengangkat muka, memandang aku sekilas sebelum kembali melakukan kerja dia.
“Bunga telur tadi?”
“Hrm... Dah lama dah siap. Tunggu kau, ada tak tidur aku malam ni. Pergi ke mana je tadi?”
Aku meletakkan beg Khairul bersebelahan dengan beg pakaian aku. “Biasalah dia tu. Lapar pula tadi.. Lepas sibuk nak pusing bandar Ipoh malam-malam macam ni. Bawalah dia pusing. Tapi tengok lampu sajalah!” aku bercerita.
Mana tak lamanya. Pergi kedai makan tadi, boleh pula ramai orang. Beria aku bawa dia kedai yang paling dekat dengan rumah Atiqah. Ingatkan nak jimatkan masa, boleh pula si Khairul ajak berjalan. Nasib baik ambil angin dalam kereta je!
“Lah... kenapa tak ajak dia makan dekat sini je? Hah, dia tidur mana malam ni?”
“Sini.”
“Baguslah tu. Tak payahlah sibuk nak cari hotel pula. Rumah ni muat.”
Aku tergelak. Daripada siang tadi Atiqah nak meyakinkan aku yang rumah dia ni muat untuk Khairul.
Aku menebarkan pandangan ke sekitar bilik pengantin. Walaupun dah lebih sepuluh kali aku tengok, masih rasa tak puas. Terasa macam cantik sangat! Hiasannya ringkas. Yang menariknya cadar, sarung bantal dibuat daripada baldu bersulam benang emas. Tekat benang emas, namanya. Salah satu budaya orang Perak untuk menghias bilik pengantin.
“Khairul tu handsome lagi tak? Kalau dulu kau cakap kau ada abang yang handsome, mesti aku dah suruh kau kenalkan!” tiba-tiba Atiqah keluar topik.
Aku menjeling Atiqah geram. “Kau jangan cakap yang bukan-bukan tau! Esok dah nak menikah. Dengar orang lain, ada ingat kau kena kahwin paksa karang!”
Ketawa besar Atiqah mendengarkan kata-kata aku. “Kau ni... sampai ke situ pula fikirnya.”
“Tak adalah. Cuba kalau si Zhafran dengar, mati kau karang nak memujuk.”
“Alah, aku bergurau saja!”
“Tak patut betul bergurau macam tu, tau! Lagipun, tak terfikirlah aku nak kenalkan dia dengan kawan-kawan aku. Susah rasanya kalau beriparkan kawan sendiri. Aku tak boleh nak bayangkan!”
Aku memberi komen sambil membayangkan ada di antara kawan rapat aku menjadi kakak ipar aku. Entah bagaimana pula keadaannya nanti. Ketukan di pintu bilik mematikan lamunan aku. Hish! Sempat pula berangan waktu-waktu macam ni. Aku membuka pintu bilik memandangkan Atiqah tengah sibuk dengan kerja dia.
“Ada bawa masuk baju abang kan tadi?” Khairul bertanya sebaik sahaja aku membuka pintu.
“Ada, ada. Sekejap...” Aku berjalan ke arah beg pakaian dan baju milik Khairul aku keluarkan daripada beg sandang dia. Kemudian, aku hulurkan kepada Khairul. Selepas mengucapkan terima kasih, Khairul melangkah pergi.
“Hanis, kalau orang tak kenal betul engkau, mesti diorang ingat Khairul tu boyfriend kau.”
Kata-kata yang keluar daripada mulut Atiqah membuatkan aku terkejut beruk. Boyfriend?
“Apahal pula?”
Atiqah ketawa. “Tak adalah. Dengan muka tak ada iras langsung, dengan cara kau melayan dia, orang boleh salah faham!” kata Atiqah.
Aku mengerutkan dahi. “Habis tu, aku nak buat macam mana? Dah dia abang aku. Takkanlah aku nak buat tak tahu je?”
“Tak adalah apa. Aku cakap je...” Atiqah masih ketawa. Kepalanya digelengkan perlahan. Entah apa yang dia fikirkan entah!

1 comment:

Unknown said...

Ok..something fishy...but i like it...