***
HAMPIR pukul dua petang, barulah Abang Hafiz sampai di
rumah. Aku mendekati Abang Hafiz yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.
Tangannya aku salam dan cium. Melayani dia seperti biasa kalau aku bercuti di
rumah. Beg di tangannya aku capai dan seretak dengan itu, pipi aku dicium. Aku
tersenyum malu.
“Lisa masak apa hari ni?” soal Abang Hafiz.
Aku menggeleng. “Lisa tak masak. Abang tak beli makanan
dekat luar ke?”
Muka Abang Hafiz sedikit terkejut. “Lah? Kenapa Lisa tak
pesan? Abang tak solat lagi ni. Nanti lepas solat, kita keluar. Ok? Lisa cuti
kan?”
Muka aku terasa panas. Aku mengangguk.
“Jomlah.
Abang nak bilas badan sekejap. Ayah tengah buat apa?” Belum sempat aku hendak
bersuara, Abang Hafiz terlebih dahulu memotong. Abang Hafiz sudah menarik
tangan aku untuk masuk ke dalam bilik.
“Ayah tengah baca Quran,” kataku.
“Abang!” aku memanggil sewaktu kami sudah berdiri di
hadapan pintu bilik.
Abang Hafiz menoleh.
“Lisa nak bergurau je tadi. Lisa dan masak dah. Tapi tak
hidang lagi. Abang solatlah dulu. Nanti
kita makan sekali...” kataku serba salah. Tadi ingat nak bergurau. Disebabkan
dia dah tanya banyak sangat soalan, tak menjadi pula gurauan aku.
Abang Hafiz tersenyum. “Abang tahu!”
Eh? Dahi aku berkerut. “Mana...”
“Lisa tak pandai nak bohong abang. Dari luar abang dah
terbau lauk kari Lisa,” potongnya.
“Mesti Lisa rindu masa awal-awal kita kahwin kan? Abang balik rumah, belikan
lauk. Ada masanya, abang masakkan untuk Lisa. Betul tak?” tambahnya lagi.
Aku tersengih. Kenangan lama terlayar kembali di fikiran.
“Esok abang masakkan untuk Lisa. Kesian dia setiap hari
kena masakkan untuk abang,” rancangnya. Aku tergelak. Mentang-mentanglah esok
hari Sabtu dan dia free. Macam-maca
rancangan dia. Nampaknya, mak duduk berehat sahajalah esok.
“Lisa tunggu abang mandi dengan solat sekejap, ya? Nanti
kita hidang makanan sama-sama. Ok?” katanya lagi.
Tangannya menarik aku masuk ke dalam bilik. Akhirnya aku
hanya menunggu Abang Hafiz di birai katil. Selepas lima minit dia membilas
badan, Abang Hafiz keluar dari bilik air dan bersedia untuk solat. Bosan duduk
termenung, beg kerjanya aku buka. Berminat pula hendak tahu apa yang ada di
dalam. Sepucuk surat yang terselit di dalam menarik minat aku. Laju tangan
menarik keluar surat yang masih di dalam sampul itu. Ayat-ayat yang tertulis di
atas kertas itu aku baca. Surat gantung kerja? Dahi aku berkerut.
“Surat apa ni, bang?” soalku sebaik sahaja Abang Hafiz
selesai menunaikan solat Zohor. Muka Abang Hafiz mula berubah melihatkan surat
yang berada di tangan aku.
“Abang?” panggilku sekali lagi apabila Abang Hafiz masih
tidak membalas kata-kata aku.
“Lisa kan boleh baca...” katanya perlahan. Dia berjalan
mendapatkan aku selepas menyidai sejadah. Wajahnya kembali tenang, seolah-olah
tidak ada apa yang berlaku.
“Kenapa abang kena gantung ni? Sampai dua minggu?” soalku
dengan nada terkejut yang masih tak habis.
Abang Hafiz menarik surat yang berada di dalam
peganganku. Perlahan surat itu dilipat dan dimasukkan kembali ke dalam sampul.
Soalan aku masih belum dijawab. Mataku hanya memerhatikan Abang Hafiz yang
sudah duduk di sebelah aku.
“Abang kena gantung kerja masa Lisa masuk hospital sebab gugur
dulu...” dia mula membuka rahsia.
Aku terpempan. “Abang kena gantung sebab apa?”
“Lisa... percayakan abangkan?” soalnya.
Aku mengangguk. Kenapa baru sekarang dia bertanyakan
tentang kepercayaan aku terhadap dia?
“Sungguh?”
“Abang... sejak Lisa bersedia untuk hidup dengan abang,
sejak itulah Lisa letak seluruh kepercayaan Lisa pada abang. Kenapa baru
sekarang abang nak pertikaikan?”
Abang Hafiz menggeleng perlahan. “Bukan abang
pertikaikan...” dia membetulkan.
“Kalau Lisa percayakan abang, rasanya tak ada apa yang
patut cerita. Semuanya dah selesai dah. Berkenaan surat ni pun, tak sampai dua minggu
pun. Sekolah tarik balik,” ceritanya masih merahsiakan kisah sebenar.
Mataku masih tidak beralih daripada memandang surat yang
berada si pegangan dia. Surat itu direnyuk. Entah kenapa, rasa sebak mula
menguasai diri. Terasa hati dengan tindakan Abang Hafiz membelakangkan aku dan
tidak bercerita apa-apa masalahnya.
“Sampai hati abang tak nak cerita dengan Lisa...” sayu
aku bersuara.
Abang Hafiz sedikit terkejut melihatkan aku sudah mula
hendak menangis.
“Lisa tahu Lisa banyak menyusahkan abang. Banyak buat
abang ke sana sini, melayan Lisa. Banyak kena tahan telinga dengar Lisa
mengeluh itu ini. Tapi tak boleh ke kalau abang sama-sama cerita masalah abang?
Share dengan Lisa kalau abang rasa
tak susah hati. Abang buat Lisa rasa left
out sangat dengan benda yang terjadi pada abang. Patutlah masa Lisa
merungut dengan umi, dia cakap abang busy.
Busy dengan apa, sikit pun abang tak beritahu Lisa, kan? Patutlah Lisa
tengok muka abang macam tengah kusut masa jaga Lisa dekat hospital. Rupanya,
ada benda yang abang tak beritahu, abang rahsiakan daripada Lisa...” kataku
berjauh hati.
Abang Hafiz cuba untuk menarik aku ke dalam pelukannya.
Aku menolak. Terasa diri sangat tak berguna bila masalah yang dia hadapi tak
dikongsi dengan aku. Aku ni siapa? Bukan isteri dia ke? Bukan masa susah senang
sepatutnya kami hadapi bersama? Tapi kenapa bila aku sahaja di dalam kesusahan,
dia banyak memberi semangat? Kenapa bila dia susah hati, dia tidak langsung
bercerita kepada aku?
“Lisa ni, isteri tak berguna langsung, kan?” aku
menunduk. Air mata yang jatuh ke atas baju aku lihat tak berperasaan.
“Lisa...” Abang Hafiz memanggil aku lembut. Tangannya
memeluk belakang aku. Aku mengeraskan diri.
“Sayang... jangan macam ni. Ada sebab kenapa abang tak
cerita,” pujuknya. Tangannya mengusap lembut belakang aku. Aku masih menangis,
melayan perasaan sendiri.
“Lagipun, selama ni abang cerita semua yang berlaku pada
abang. Sikit pun abang tak pernah sorok, kan? Cuma kalau ada masalah yang kecil,
adatlah... tak adalah abang nak cerita pada Lisa pasal masalah yang abang boleh
selesaikan?”
“Kalau kena gantung sampai dua minggu, kecil apanya
abang? Takkan itu pun abang nak rahsiakan daripada Lisa?” bantahku.
“Syyhh...” jari telunjuknya diletakkan di mulutku,
memberi isyarat supaya aku tidak membuka mulut.
“Itu yang Lisa kena faham. Ya, abang tak nafikan aku
serabut sikit masa kena gantung kerja. Tapi, abang tahu... kalau abang share dengan Lisa, abang akan buat Lisa
makin terbeban. Mana dengan Lisa keguguran lagi, dengan final exam Lisa yang lagi berapa minggu masa tu. Lisa ingat abang
tak fikir semua tu? Abang tahu, Lisa tertekan. Dengan belajar susah, lepas tu
diuji dengan peristiwa tu. Takkan abang nak tambahkan lagi stres Lisa dengan
cerita benda ni? Jadi abang rasa, biar abang uruskan perlahan-lahan. Cuba Lisa
tengok, alhamdulillah, tak sampai dua minggu abang kena gantung, sekolah tarik
balik sebab abang tak bersalah. Insya Allah Lisa, kalau kita bersabar, Allah
pasti tolong kita,” katanya perlahan.
Aku semakin sebak. “Abang kalau buat apa-apa, mesti
fikirkan Lisa, kan? Lisa tak pernah terfikir semua tu kalau ada apa-apa
masalah. Masalah yang kecil pun, nak cerita pada abang. Tak reti langsung nak
hidup berdikari...” kesalku.
Abang Hafiz menggeleng. Sekali lagi dia cuba menarik aku
ke dalam pelukannya. Aku menurut. Boleh terdengar bunyi jantungnya yang
berdegup. Bagaikan mampu membuang rasa bersalah aku pergi jauh. Tenang.
***
Assalamualaikum. Memandangkan KS bakal buka order dalam minggu ni maka insya Allah, inilah last teaser SAU untuk semua. Jadi, kesinambungannya berada di dalam novel nanti ye. insya Allah. Boleh order online melalui KS ataupun boleh dapatkan di kedai buku berhampiran. Tapi selalunya lewat seinggu selepas KS buka order. Harap buah tangan pertama saya tidak menghampakan semua. ^^,
ps: saya kemungkinan besar tidak buka order personally due to certain constrains. 2-3 minggu akan datang ni tersangat hectic dan takut tak ada masa hendak menguruskan order. maaf. =)
16 comments:
pertama kali drop komen.. tahniah hannah..suke cite ni..penuh pengajaran..
what a bless.
tahniah! can't wait to know the whole story. hahah
semoga bermanfaat, ;)
terima kasih... ^^,
Tak sabar nk beli....
x sabarnya nak baca~~~
tahniah!!!
xsabar nak beli jugak... sori kalo sy silap komen yea.. latar masa kat atas ari jumaatkan?? Ust Hafiz xpegi solat jumaat ke?
wah tak sabar nak tau npe ustz hfz digntung kerje.bg penjwat awam kes2 gntung kerja ni besa2nye melbtkan tduhn kes2 polis.dlm dunia prguruan cth mcm kes pukul mrd@kes gngguan seksual@salah guna wang sekolah@kes dadah@trlbt dgan parti poltik khususnya pmbngkang..
Ayani : fkir +ve ye..anggp jle dr sek hfiz trus k msjd slat jumaat.ada mas2?bln2 trtntu kdng2 zhor msuk sblm pkul 1 @ awal pukul 1 p.m.so sblm kul 2 jumaat dah siap sslsai.sma gak dgn ayah si lisa yg tngh mngaji tu ....
ayani, itulah sebab manusia x mampu membuat buku sesempurna Al-Quran. hehehe. silap saya, mngkin saya menaip tengah malam masa tu. masa menaip pula banyak take 5, rehat, itu yang tak tally latar masanya. tq ye sebab pointing that out, insya Allah akan lebih berhati-hati lepas ni. :)
aku_dia..don't worry lah ...hubby sya sllu gak blik dr sek trus ke msjd untk solat jmaat(expsially ble zohor msuk awal) after solat bru dia blik rumah utk lunch sma2 dgn fmily.
Tidak sabar nk dapatkan novel ni.
Aku-dia @ hannah, ya perlu lebih berhati2 dgn latar masa. W'pun pembaca tak kesah tp ia mencacatkan pemahaman dan boleh juga mengelirukan pmbaca.
Apapun setinggi2 tahniah untuk awak yg tlh berusaha keras menyiapkan buku. All the best
salam..
saya baru habis baca novel ni 5 minit lepas..26/4/12,jam 1.45 pagi..sejujurnya saya memang menantikn novel ni dh lama..bila bole order je,saye terus beli..terima kasih,atas sume ilmu yg awk kongsikn dlm novel tu..byk yg bole saye belajar sbnrnye,sama ada yg tersirat atau tersurat..semoga ianya akn menjadikn awk terus bersemangat utk berkarya~ =)
Assalamu'alaykum...
Tahniah saya ucapkan kepada penulis. Edisi bercetak S.A.U telah khatam saya baca hari ini. Tahniah sekali lagi kerana berjaya menghasilkan sebuah novel romantis + unsur-unsur agama. Yang pasti, novel ini memang berbaloi untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja <3
tahniah kak...ceritanya sangat menarik..malah ada input yang saya perolehi..may Allah bless..=D
Syukran, crita yg sgt bermanfaat dn sgt2 mnarik
Salam. Novel ini saya telahpun milikinya sejak tahun lepas lagi. Tahniah kepada penulis. Kisah ustaz Hafiz dengan Lisa memang amat menarik. Syabas saya ucapkan. Teruskan usaha anda :)
Saya ingin membeli buku nya, bagaimana cara pesannya?
Post a Comment