::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

17 April 2012

Suami Aku Ustaz?! Last Teaser


***
HAMPIR pukul dua petang, barulah Abang Hafiz sampai di rumah. Aku mendekati Abang Hafiz yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. Tangannya aku salam dan cium. Melayani dia seperti biasa kalau aku bercuti di rumah. Beg di tangannya aku capai dan seretak dengan itu, pipi aku dicium. Aku tersenyum malu.
“Lisa masak apa hari ni?” soal Abang Hafiz.
Aku menggeleng. “Lisa tak masak. Abang tak beli makanan dekat luar ke?”
Muka Abang Hafiz sedikit terkejut. “Lah? Kenapa Lisa tak pesan? Abang tak solat lagi ni. Nanti lepas solat, kita keluar. Ok? Lisa cuti kan?”
Muka aku terasa panas. Aku mengangguk.
 “Jomlah. Abang nak bilas badan sekejap. Ayah tengah buat apa?” Belum sempat aku hendak bersuara, Abang Hafiz terlebih dahulu memotong. Abang Hafiz sudah menarik tangan aku untuk masuk ke dalam bilik.
“Ayah tengah baca Quran,” kataku.
“Abang!” aku memanggil sewaktu kami sudah berdiri di hadapan pintu bilik.
Abang Hafiz menoleh.
“Lisa nak bergurau je tadi. Lisa dan masak dah. Tapi tak hidang lagi. Abang solatlah dulu.  Nanti kita makan sekali...” kataku serba salah. Tadi ingat nak bergurau. Disebabkan dia dah tanya banyak sangat soalan, tak menjadi pula gurauan aku.
Abang Hafiz tersenyum. “Abang tahu!”
Eh? Dahi aku berkerut. “Mana...”
“Lisa tak pandai nak bohong abang. Dari luar abang dah terbau lauk kari Lisa,” potongnya. “Mesti Lisa rindu masa awal-awal kita kahwin kan? Abang balik rumah, belikan lauk. Ada masanya, abang masakkan untuk Lisa. Betul tak?” tambahnya lagi.
Aku tersengih. Kenangan lama terlayar kembali di fikiran.
“Esok abang masakkan untuk Lisa. Kesian dia setiap hari kena masakkan untuk abang,” rancangnya. Aku tergelak. Mentang-mentanglah esok hari Sabtu dan dia free. Macam-maca rancangan dia. Nampaknya, mak duduk berehat sahajalah esok.
“Lisa tunggu abang mandi dengan solat sekejap, ya? Nanti kita hidang makanan sama-sama. Ok?” katanya lagi.
Tangannya menarik aku masuk ke dalam bilik. Akhirnya aku hanya menunggu Abang Hafiz di birai katil. Selepas lima minit dia membilas badan, Abang Hafiz keluar dari bilik air dan bersedia untuk solat. Bosan duduk termenung, beg kerjanya aku buka. Berminat pula hendak tahu apa yang ada di dalam. Sepucuk surat yang terselit di dalam menarik minat aku. Laju tangan menarik keluar surat yang masih di dalam sampul itu. Ayat-ayat yang tertulis di atas kertas itu aku baca. Surat gantung kerja? Dahi aku berkerut.
“Surat apa ni, bang?” soalku sebaik sahaja Abang Hafiz selesai menunaikan solat Zohor. Muka Abang Hafiz mula berubah melihatkan surat yang berada di tangan aku.
“Abang?” panggilku sekali lagi apabila Abang Hafiz masih tidak membalas kata-kata aku.
“Lisa kan boleh baca...” katanya perlahan. Dia berjalan mendapatkan aku selepas menyidai sejadah. Wajahnya kembali tenang, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
“Kenapa abang kena gantung ni? Sampai dua minggu?” soalku dengan nada terkejut yang masih tak habis.
Abang Hafiz menarik surat yang berada di dalam peganganku. Perlahan surat itu dilipat dan dimasukkan kembali ke dalam sampul. Soalan aku masih belum dijawab. Mataku hanya memerhatikan Abang Hafiz yang sudah duduk di sebelah aku.
“Abang kena gantung kerja masa Lisa masuk hospital sebab gugur dulu...” dia mula membuka rahsia.
Aku terpempan. “Abang kena gantung sebab apa?”
“Lisa... percayakan abangkan?” soalnya.
Aku mengangguk. Kenapa baru sekarang dia bertanyakan tentang kepercayaan aku terhadap dia?
“Sungguh?”
“Abang... sejak Lisa bersedia untuk hidup dengan abang, sejak itulah Lisa letak seluruh kepercayaan Lisa pada abang. Kenapa baru sekarang abang nak pertikaikan?”
Abang Hafiz menggeleng perlahan. “Bukan abang pertikaikan...” dia membetulkan.
“Kalau Lisa percayakan abang, rasanya tak ada apa yang patut cerita. Semuanya dah selesai dah. Berkenaan surat ni pun, tak sampai dua minggu pun. Sekolah tarik balik,” ceritanya masih merahsiakan kisah sebenar.
Mataku masih tidak beralih daripada memandang surat yang berada si pegangan dia. Surat itu direnyuk. Entah kenapa, rasa sebak mula menguasai diri. Terasa hati dengan tindakan Abang Hafiz membelakangkan aku dan tidak bercerita apa-apa masalahnya.
“Sampai hati abang tak nak cerita dengan Lisa...” sayu aku bersuara.
Abang Hafiz sedikit terkejut melihatkan aku sudah mula hendak menangis.
“Lisa tahu Lisa banyak menyusahkan abang. Banyak buat abang ke sana sini, melayan Lisa. Banyak kena tahan telinga dengar Lisa mengeluh itu ini. Tapi tak boleh ke kalau abang sama-sama cerita masalah abang? Share dengan Lisa kalau abang rasa tak susah hati. Abang buat Lisa rasa left out sangat dengan benda yang terjadi pada abang. Patutlah masa Lisa merungut dengan umi, dia cakap abang busy. Busy dengan apa, sikit pun abang tak beritahu Lisa, kan? Patutlah Lisa tengok muka abang macam tengah kusut masa jaga Lisa dekat hospital. Rupanya, ada benda yang abang tak beritahu, abang rahsiakan daripada Lisa...” kataku berjauh hati.
Abang Hafiz cuba untuk menarik aku ke dalam pelukannya. Aku menolak. Terasa diri sangat tak berguna bila masalah yang dia hadapi tak dikongsi dengan aku. Aku ni siapa? Bukan isteri dia ke? Bukan masa susah senang sepatutnya kami hadapi bersama? Tapi kenapa bila aku sahaja di dalam kesusahan, dia banyak memberi semangat? Kenapa bila dia susah hati, dia tidak langsung bercerita kepada aku?
“Lisa ni, isteri tak berguna langsung, kan?” aku menunduk. Air mata yang jatuh ke atas baju aku lihat tak berperasaan.
“Lisa...” Abang Hafiz memanggil aku lembut. Tangannya memeluk belakang aku. Aku mengeraskan diri.
“Sayang... jangan macam ni. Ada sebab kenapa abang tak cerita,” pujuknya. Tangannya mengusap lembut belakang aku. Aku masih menangis, melayan perasaan sendiri.
“Lagipun, selama ni abang cerita semua yang berlaku pada abang. Sikit pun abang tak pernah sorok, kan? Cuma kalau ada masalah yang kecil, adatlah... tak adalah abang nak cerita pada Lisa pasal masalah yang abang boleh selesaikan?”
“Kalau kena gantung sampai dua minggu, kecil apanya abang? Takkan itu pun abang nak rahsiakan daripada Lisa?” bantahku.
“Syyhh...” jari telunjuknya diletakkan di mulutku, memberi isyarat supaya aku tidak membuka mulut.
“Itu yang Lisa kena faham. Ya, abang tak nafikan aku serabut sikit masa kena gantung kerja. Tapi, abang tahu... kalau abang share dengan Lisa, abang akan buat Lisa makin terbeban. Mana dengan Lisa keguguran lagi, dengan final exam Lisa yang lagi berapa minggu masa tu. Lisa ingat abang tak fikir semua tu? Abang tahu, Lisa tertekan. Dengan belajar susah, lepas tu diuji dengan peristiwa tu. Takkan abang nak tambahkan lagi stres Lisa dengan cerita benda ni? Jadi abang rasa, biar abang uruskan perlahan-lahan. Cuba Lisa tengok, alhamdulillah, tak sampai dua minggu abang kena gantung, sekolah tarik balik sebab abang tak bersalah. Insya Allah Lisa, kalau kita bersabar, Allah pasti tolong kita,” katanya perlahan.
Aku semakin sebak. “Abang kalau buat apa-apa, mesti fikirkan Lisa, kan? Lisa tak pernah terfikir semua tu kalau ada apa-apa masalah. Masalah yang kecil pun, nak cerita pada abang. Tak reti langsung nak hidup berdikari...” kesalku.
Abang Hafiz menggeleng. Sekali lagi dia cuba menarik aku ke dalam pelukannya. Aku menurut. Boleh terdengar bunyi jantungnya yang berdegup. Bagaikan mampu membuang rasa bersalah aku pergi jauh. Tenang.
***
Assalamualaikum. Memandangkan KS bakal buka order dalam minggu ni maka insya Allah, inilah last teaser SAU untuk semua. Jadi, kesinambungannya berada di dalam novel nanti ye. insya Allah. Boleh order online melalui KS ataupun boleh dapatkan di kedai buku berhampiran. Tapi selalunya lewat seinggu selepas KS buka order. Harap buah tangan pertama saya tidak menghampakan semua. ^^,
ps: saya kemungkinan besar tidak buka order personally due to certain constrains. 2-3 minggu akan datang ni tersangat hectic dan takut tak ada masa hendak menguruskan order. maaf. =)

16 comments:

Rehan Makhtar said...

pertama kali drop komen.. tahniah hannah..suke cite ni..penuh pengajaran..

xxx ooo said...

what a bless.
tahniah! can't wait to know the whole story. hahah

aku_dia said...

semoga bermanfaat, ;)
terima kasih... ^^,

Kim Razel said...

Tak sabar nk beli....

Anonymous said...

x sabarnya nak baca~~~
tahniah!!!

Ayani said...

xsabar nak beli jugak... sori kalo sy silap komen yea.. latar masa kat atas ari jumaatkan?? Ust Hafiz xpegi solat jumaat ke?

deesyirah said...

wah tak sabar nak tau npe ustz hfz digntung kerje.bg penjwat awam kes2 gntung kerja ni besa2nye melbtkan tduhn kes2 polis.dlm dunia prguruan cth mcm kes pukul mrd@kes gngguan seksual@salah guna wang sekolah@kes dadah@trlbt dgan parti poltik khususnya pmbngkang..

Ayani : fkir +ve ye..anggp jle dr sek hfiz trus k msjd slat jumaat.ada mas2?bln2 trtntu kdng2 zhor msuk sblm pkul 1 @ awal pukul 1 p.m.so sblm kul 2 jumaat dah siap sslsai.sma gak dgn ayah si lisa yg tngh mngaji tu ....

aku_dia said...

ayani, itulah sebab manusia x mampu membuat buku sesempurna Al-Quran. hehehe. silap saya, mngkin saya menaip tengah malam masa tu. masa menaip pula banyak take 5, rehat, itu yang tak tally latar masanya. tq ye sebab pointing that out, insya Allah akan lebih berhati-hati lepas ni. :)

deesyirah said...

aku_dia..don't worry lah ...hubby sya sllu gak blik dr sek trus ke msjd untk solat jmaat(expsially ble zohor msuk awal) after solat bru dia blik rumah utk lunch sma2 dgn fmily.

Anonymous said...

Tidak sabar nk dapatkan novel ni.
Aku-dia @ hannah, ya perlu lebih berhati2 dgn latar masa. W'pun pembaca tak kesah tp ia mencacatkan pemahaman dan boleh juga mengelirukan pmbaca.
Apapun setinggi2 tahniah untuk awak yg tlh berusaha keras menyiapkan buku. All the best

syakinah said...

salam..
saya baru habis baca novel ni 5 minit lepas..26/4/12,jam 1.45 pagi..sejujurnya saya memang menantikn novel ni dh lama..bila bole order je,saye terus beli..terima kasih,atas sume ilmu yg awk kongsikn dlm novel tu..byk yg bole saye belajar sbnrnye,sama ada yg tersirat atau tersurat..semoga ianya akn menjadikn awk terus bersemangat utk berkarya~ =)

Ikhwanul Muslimin said...

Assalamu'alaykum...

Tahniah saya ucapkan kepada penulis. Edisi bercetak S.A.U telah khatam saya baca hari ini. Tahniah sekali lagi kerana berjaya menghasilkan sebuah novel romantis + unsur-unsur agama. Yang pasti, novel ini memang berbaloi untuk dimiliki oleh sesiapa sahaja <3

Ryien Aamal said...

tahniah kak...ceritanya sangat menarik..malah ada input yang saya perolehi..may Allah bless..=D

Anonymous said...

Syukran, crita yg sgt bermanfaat dn sgt2 mnarik

அமுதா விநாயகம் said...

Salam. Novel ini saya telahpun milikinya sejak tahun lepas lagi. Tahniah kepada penulis. Kisah ustaz Hafiz dengan Lisa memang amat menarik. Syabas saya ucapkan. Teruskan usaha anda :)

Unknown said...

Saya ingin membeli buku nya, bagaimana cara pesannya?