“Makan?”
Hairi
menyoal sebaik saja kami melangkah keluar daripada dewan kuliah. Petang ni ada
lagi satu kelas dengan Prof Yash, profesor yang berasal daripada negara
Bollywood. Masa awal-awal dulu aku confuse
dia dengan Yash Chopra tu. Punyalah aku semangat nak minta tangkap gambar sama,
sekali aku salah orang. Nasib baik Hairi yang beritahu masa kelas tengah
berjalan. Saat itulah Hairi pertama kali menegur aku dan kami mula berkawan. Tiba-tiba
aku teringat kenangan dulu.
“Hey!
Berangan! Aku tanya, nak makan ke tak ni?” tegur Hairi bila soalannya masih tak
berjawab. Hairi menepuk bahu aku dengan buku teba di tangannya.
“Aku
kenyang lagi. Tadi makan roti tu banyak!”
Hairi
menjeling. “Sedar pun. Tiga bungkus je kau makan seorang. Manalah tak gemuk!”
“Hey!”
aku tampar bahu dia kasar. “Aku tak gemuklah! Berisi je! BMI aku normal tau!”
kataku. Tangan mengukur pinggang sendiri. Ramping lagi apa?
“Iyalah...
kau tak gemuk, kau cantik, kau menarik, kau da
bomb!” Hairi mengusik dengan senyuman. Aku mencebik.
“Aku
kenyang lagi. Kita pergi Pustaka Ilmu jelah. Boleh buat research yang Prof Hijaz suruh.”
Hairi
mengangguk bersetuju. Kami berjalan beriringan ke Pustaka Ilmu atau umumnya
dikenali sebagai perpustakaan. Disebabkan tidak ada apa yang hendak di kejar,
kami berjalan santai ke sana. Sesekali kami ketawa bersama apabila ada cerita
yang kelakar terkeluar. Lagi-lagi bila Hairi mengungkit kembali kisah kami
berkenalan.
Hampir
lima belas minit berjalan, dicampur dengan berhenti seketika dan membeli
minuman di vending machine, kami tiba
di bangunan Pustaka Ilmu yang mempunyai reka bentuk tersendiri Alamin. Berjalan
di tepi pintu masuk Pustaka Ilmu, sudah terasa kedinginan penyaman udara di
dalam. Aku dan Hairi sama-sama tergamam apabila melihat beberapa wartawan
berlegar di ruang legar Pustaka Ilmu.
Ah,
sudah! Jangan kata Putera Danial pun ada dekat sini? Wartawan pun satu hal. Dah
kata dia nak belajar di sini, takkanlah satu hari nak ikut ke mana dia pergi?
Putera Danial pun satu. Tak reti penat ke? Haih... aku pula yang bengang bila
ke mana saja aku pergi, dia ada.
Malas
mahu memikirkan terlalu jauh, aku dan Hairi melangkah masuk dan mencari tempat
duduk yang berdekatan dengan rak buku yang akan kami gunakan untuk mencari
bahan. Tempat duduk kami sedikit tersorok daripada pandangan umum. Kata Hairi,
lebih selesa begini daripada duduk di bahagian luar yang akan terganggu dengan
orang yang lalu lalang.
Selepas
meletakkan beg dan buku di atas meja, aku dan Hairi berjalan mendapatkan rak
buku yang tersusun kemas. Satu demi satu bahan rujukan yang berkenaan aku belek
dan semak jika ia benar-benar sesuai dengan topik yang diberikan Prof. Hijaz.
Dalam pada itu, mata aku memerhatikan ruang legar di bawah. Wartawan-wartawan
yang sama masih ada di sana.
“Hairi!”
panggilku dalam nada yang perlahan tapi cukup untuk di dengari di kawasan rak
ni.
“Hrm?”
“Aku
pelik kenapa Putera Danial yang perempuan-perempuan dok tergila-gila tu, pindah
masuk u kita,” luahku. Berada di tempat yang tertutup begini, mudahlah aku
hendak bercerita dengan Hairi.
“Entahlah.
Kau rasa kenapa?” soal Hairi malas.
Aku
tersengih. Aku rasa kenapa ya?
“Aku
rasa dia sebenarnya taklah pandai sangat macam abang dia, Putera Danish yang handsome tu. Sebab tu dia pindah keluar daripada
Universiti Diraja Alamin dan masuk ke sini. Hahahaha!” kataku selamba. Ini
kalau Putera Danial tu dengar, mati aku kena kejar.
Hairi
sekadar tersenyum dan menggeleng mendengarkan aku merepek. Aku merepek pun
sebab stres sangat hari ni bila mana pergi penuh dengan orang. Tadi sampai
universiti pagi-pagi, main gate dah
penuh dengan orang ramai. Lepas tu, nak brunch
kafeteria dah penuh sampai makanan semua dah habis. Mana tak angin? Sebab
Putera raja seorang pindah universiti ni je, hidup kami dah tunggang terbalik!
Ini waktu lunch, tak pula dia sibuk
bawa orang-orang dia lunch dulu.
Nanti bila aku nak lunch, masa itulah
dia sibuk nak lunch. Akhirnya makanan
untuk aku, rakyat marhaen ni langsung tak ada!
“Lagipun,
dia pindah sini sampai dapat degree
kan? Maknanya kena tendang keluar daripada universiti diraja lah tu!” kataku
lagi.
Aku
mengeluarkan buku setebal dua inci daripada rak. Macam ada kena mengena je
tajuk buku ni dengan topik yang bakal kami bincangkan. Sebaik saja buku ditarik
keluar, mata aku bertentang mata dengan Putera Danial yang berada di rak
sebelah. Dia terkejut, aku lagilah terkejut!
Buku
yang aku keluarkan tadi, aku letakkan kembali di atas rak dan tanpa amaran,
tangan Hairi aku tarik untuk mengikut langkah aku. Mesti Putera Danial dah
dengar apa yang aku merepek banyak-banyak tadi. Alamak! Kutuk dia pula tu! Lari
lagi!
***
“Kau
ni! Nasib baik staff tak tegur kita
berlari tau!” marah Hairi. Mukanya merah padam bila aku tarik dia keluar
daripada kawasan rak buku dan terus keluar daripada Pustaka Ilmu.
“Kau
tahu tak?” soalku dalam tercungap-cungap.
“Tahu
apa?!” Hairi masih tak hilang marah pada aku. Hairi mengurut dadanya perlahan.
Wajahnya masih masam mencuka. Penat agaknya.
“Putera
Danial ada dekat rak sebelah kita tadi masa aku cakap macam-macam!” jelasku.
Hairi terkejut. Bulat matanya memandang aku.
“Sebab
tu aku ajak kau lari. Kau tak takut kalau tiba-tiba esok kita dapat surat
berhenti daripada u? Dia tu sudahlah anak Raja Hussin. Petik jari je,
macam-macam dia boleh buat untuk punish
kita!” kataku panjang lebar.
Hairi
mengerling aku sekilas. “Bukan kita, tapi kau. Kau seorang je yang suka cakap
bukan-bukan pasal dia. Jadi kau seorang je yang akan kena punish.” Hairi tak mahu mengalah.
Aku
diam. Terasa hati dengan kata-kata Hairi. Dalam pada itu, tangan Hairi tetap aku
capai dan kami berjalan seiringan meninggalkan bangunan Pustaka Ilmu.
“Nak
pergi mana ni?” tanya Hairi bila kami separuh perjalanan untuk sampai ke
kafeteria.
“Makan!
Bila dah kenyang baru boleh fikir macam mana nak selesaikan masalah aku kalau
aku kena tendang nanti!” kataku sedikit menyindir. Hairi ketawa. Tangan
kanannya dibawa ke kepala dan rambut aku dia usap lembut.
“Jangan
risau. Dia tak akan ambil apa-apa tindakan. Jatuh imej dia kalau perkara kecil ni,
dia arahkan pentadbiran universiti berhentikan kau,” pujuk Hairi.
Aku
diam. Bukan itu yang aku risaukan. Isu bakal dihukum oleh Putera Danial bukan
menjadi isu utama. Aku terasa hati bila Hairi tegas menyatakan hanya aku
seorang yang bakal dihukum. Seolah-olah dia tak ada rasa ingin melindungi aku
sekali. Tak apalah Adele, sekurang-kurangnya, kalau aku seorang yang kena
tendang, Hairi masih boleh capai cita-cita dia dan kau boleh berkahwin dengan
dia bila tiba masanya nanti. Tak adalah dua-dua kecundang dalam mencapai
cita-cita, kata aku cuba memujuk kembali hati yang sedikit terluka.
“Sudahlah...
jangan tarik muka masam macam tu. Tak cantik!” pujuk Hairi.
Aku
tidak membalas.
“Eh!
Tengok sana!” Hairi sedikit menjerit. Aku menoleh ke arah yang dia tunjukkan.
Kenapa? Putera Danial pun nak ke kafeteria pula ke? Aku mengerutkan dahi. Tak
ada apa-apa pun? Jangan-jangan Hairi tipu aku tak?
“Tak
ada apa, pun?” aku bertanya.
Baru
aku hendak memalingkan muka memandang Hairi, terasa aku ada sesuatu melekat di
pipi. Namun tidak lama. Tergamam dengan tindakan Hairi mencium pipi aku, aku
memegang bekas ciumannya. Aku tidak mampu meneruskan perjalanan. Betul-betul
terkejut dengan perbuatan Hairi tadi.
“Hei.
Merajuk lagi?” Hairi tersenyum.
Dia
turut sama berhenti di sebelah aku. Aku menolak perlahan muka dia. Debaran di
dada sudah tidak dapat aku gambarkan lagi. Entah kenapa, sedikit pun aku rasa
tidak suka dengan tindakannya. Ada rasa bersalah mula menghimpit diri.
2 comments:
amboii hairi suka2 jer cium anak dara org.. adela nti bcinta ngn putera ke..
best...nak lagi .
Post a Comment