Oh My Prince 10
Aku masih lagi baring di atas katil
sewaktu jam menunjukkan pukul sebelas. Hujung-hujung minggu macam ni aku paling
malas nak bangun awal. Hairi pun dah faham sangat dengan perangai aku. Jadi,
tak adalah dia sibuk-sibuk hendak mengajak aku keluar pada sebelah pagi.
Tengah aku sedap bergolek, telefon
kedua aku tiba-tiba berbunyi. Terbuka luas mata aku dibuatnya. Aku melompat
turun daripada katil dan berlari dan pantas mendapatkan telefon di atas meja.
Bibir sedikit tersenyum apabila melihatkan nombor rumah yang memanggil.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam. Hani bila cuti?”
serius suara Abang Hadi menyoal.
Aku sedikit terasa hati. Tidak
pernah dia bertanyakan khabar aku di sini. Sabarlah Adele, bukankah dahulu kau
juga yang berkeras nak belajar di universiti? Ayah dengan Abang Hadi sudah
menentang keras-keras dulu.
“Minggu depan. Kenapa Abang Hadi?”
“Hani balik cuti kali ni. Ada benda
yang nak diuruskan.”
“Ok...”
“Hani tengah buat apa ni?”
Perasaan aku sedikit terpujuk
apabila Abang Hadi menyoal begitu.
“Tak ada apa. Hani baru bangun
tidur. Hujung minggu macam ni banyak di bilik je.”
“Baru bangun? Sembahyang subuh tak
tadi?” nada Abang Hadi bertukar garang.
“Hrm...” balasku malas.
“Duduk sana seorang, jangan nak buat
pelik-pelik. Kalau Abang Hadi tahu, tahulah apa Abang Hadi akan buat.”
Aku menggeleng perlahan. Bibir
menarik senyum sinis. Bukan ke masa aku berdegil mahu ke sini, Abang Hadi
dengan ayah dah kata tak akan ambil tahu langsung pasal aku? Segala masalah,
makan pakai aku semua aku kena uruskan sendiri.
Sejak
berkawan dengan Hairi, Hairilah yang banyak membantu aku. Cuma bab duit, aku
tak pernah meminta. Dan apa yang buat aku hormat pada Hairi bila dia sendiri
tidak sibuk bertanya lebih- lebih tentang keluarga aku bila aku katakan aku
tidak suka bercerita tentang keluarga aku.
Abang
Hadi menamatkan talian tidak lama kemudian apabila tiada apa lagi untuk dikatakan.
Aku meletakkan kembali telefon di atas meja. Kemudian langsir bilik aku buka.
Cahaya matahari masuk menyinari seluruh bilik. Aku menutup suis lampu sebelum
duduk di atas kerusi di meja belajar. Badan aku sandarkan di kerusi manakala
kedua belah kaki aku angkat dan letakkan di atas meja. Nafas di hela perlahan.
Berbual
dengan Abang Hadi sebentar tadi sedikit sebanyak menyebabkan emosi aku
terganggu. Teringat perjalanan hidup aku sejak kecil sehinggalah dewasa.
Membesar dengan ayah dan abang-abang yang kurang memberikan perhatian kepada
aku cukup menyakitkan. Tatkala satu persatu perkara yang berlaku dalam hidup
aku terlayar di ruang mata, air mata aku menitis. Dan aku hanya membiarkan pipi
aku dicemari air mata. Aku benci dengan hidup aku sebagai seorang Hani!
***
Aku
betul-betul menghabiskan satu hari di dalam bilik. Ada juga Hairi mesej ajak
keluar sekali sebab mama dia ajak pergi shopping.
Tapi aku yang menolak kerana malas. Akhirnya aku memesan Nori’s piza untuk
makan tengah hari tadi dan menghabiskan masa dengan mengemas bilik, membasuh
baju dan yang sewaktu dengannya. Masa aku selesai dengan tugasan mengemas, jam
sudah menunjukkan pukul empat setengah petang.
Aku
meluruskan badan di atas katil. Bosannya! Tak tahu apa yang patut dibuat untuk
menghabiskan hari ni. Di saat mata aku terpandangkan pakaian sukan aku yang
tergantung di dalam almari, aku mendapat satu idea. Menarik juga kalau pergi jogging dekat Tasik Nona petang-petang
macam ni. Aku bingkas bangun dan mendapatkan telefon. Ingin mengajak Hairi
sekali kalau dia nak. Kalau dia tak nak pun tak jadi masalah.
-Sorry, love. Baru je lepas balik
daripada melayan mama tadi. Kalau nak pergi, then hati-hati.-
Aku
senyum. Janji dia tak kisah pun dah cukup bagus. Tanpa berlengah, aku terus
bersiap-siap menukar pakaian.
***
Lima
minit menaiki MRT, aku turun di stesyen MRT Pearl. Kemudian aku kena berjalan
sedikit untuk ke Taman Tasik Nona. Pada masa aku tiba, ramai juga orang yang
ada. Ada yang bermain layang-layang, ada yang berkayak, ada yang naik sampan. Memandangkan
kawasan tasik ini luas, jadi bermacan jenis aktiviti yang orang buat dekat
sini. Ada juga tapak untuk camping.
Camping di tengah-tengah bandaraya Amanjaya. Jadilah tu daripada tak ada.
Aku
memulakan larian perlahan-lahan. Sambil berlari, sambil mendengar lagu-lagu,
sambil menikmati suasana alam. Segala masalah yang ada aku cuba ketepikan
dahulu. Masa ini masa aku. Masa untuk aku nikmati sendiri tanpa ada apa-apa
gangguan. Tapi tak lama aku rasakan ketenangan itu bila aku tiba-tiba
terlanggar seseorang di hadapan. Kami sama-sama terduduk. Mujurlah impact tak kuat mana. Tapi boleh tahan
keras juga badan orang yang aku langgar ni.
Aku
bangun sambil membersihkan tangan dan punggung. Jari menanggalkan earphone yang disumbatkan di telinga.
Melihatkan lelaki yang aku langgar tadi masih terduduk, aku menghulurkan tangan
ke arah dia. Wajahnya terlindung disebalik topi dan hoodie yang menutup kepalanya.
“Encik,
maaf saya tak perasan tadi.”
Lelaki
itu mengangkat muka. Aku sedikit terkejut.
“Ehhh?!”
Bulat aku memerhatikan lelaki di hadapan aku. “Kenapa cermin mata?” rahang aku
sudah jatuh. Putera Danial! Kecilnya dunia ni sampai mana pergi pun dia ada.
Jangan dia yang sengaja buat aku terlanggar dia. Dia kan suka sangat ikut aku
mana aku pergi.
“Eh?”
Putera Danial turut sama terkejut melihatkan aku.
“Adlina
rupanya yang melanggar kami. Tak apalah, kami maafkan kamu.”
Sempat
dia mengenyitkan mata. Nakal. Huluran tangan aku bersambut. Putera Danial
bangun lalu sebelah lagi tangannya membersihkan kotoran yang ada di seluar. Aku
masih memerhatikan Putera Danial dengan tidak berkelip. Terasa lain benar rupa
dan aura dia sekarang ni. Lagi-lagi bila ada sepasang cermin mata terletak elok
di atas pangkal hidung dia.
“Adlina,
kamu tak mahu lepaskan tangan kami ke? Kami tak kisah. Seumur hidup kami rela
berpegangan tangan.”
Tersedar
dengan teguran Putera Danial, aku melepaskan peganganku. Gyaaa... malunya rasa!
Rasa nak lari tinggalkan putera ni dekat sini. Tapi kaki tak mampu nak bergerak
pula. Akhirnya tanpa sedar aku dan Putera Danial berjalan bersama di trek.
“Tuanku
nampak lain hari ni. Menyamar ke? Ikut saya ya?” soalku straight to the point. Terkebil-kebil Putera Danial memandang aku.
Kemudian dia ketawa kecil.
“Kamu
ni, perasan juga orangnya,” komen Putera Danial. Mendengarkan ayat itu serta
merta muka aku terasa panas. Tersalah sangka pula ke?
“Kami
saja mengambil angin di sini memandangkan tak ada urusan yang kami kena uruskan
di universiti mahupun di istana. Jadi, disebabkan kami ada masa terluang, kami
datang ke sini untuk jogging
sambil-sambil memerhatikan suasana luar,” jelas Putera Danial panjang lebar.
Aku
mengangguk tanda faham. Beriya sungguh Putera Danial ni. Kalau diperhatikan
secara luaran, dia lebih berjiwa rakyat berbanding Putera Danish. Sepatutnya, Putera
Danish lakukan apa yang Putera Danial lakukan sekarang memandangkan dia akan
menggantikan Raja Hussin nanti.
“Kamu
datang sini seorang?”
“Yup!
Saya seorang. Tadi ajak juga Hairi. Tapi dia keluar dengan mama dia tadi.”
“Oh
begitu...”
Entah
mengapa, kami terus berjalan bersama-sama mengelilingi tasik. Aku pula tiada
rasa untuk meninggalkan dia. Bosan juga jalan seorang diri dekat tasik ni.
Setibanya di kawasan yang menyediakan khidmat sampan untuk mengelilingi tasik,
Putera Danial tiba-tiba menarik tangan aku untuk berhenti. Aku terpinga-pinga.
“Kenapa,
tuanku?”
“Kamu
nak naik sampan dengan kami?”
Berkerut
dahi aku mendengar pelawaan Putera Danial. Melihatkan beberapa buah sampan di
tasik barulah aku faham.
“Tuanku
tahu mendayung ke?”
Putera
Danial menggeleng.
“Habis
tu?”
Putera
Danial tiba-tiba menggamit seseorang di belakang. Baru aku tersedar, lelaki
yang selalu bersama dengan dia turut bersama dengan dia di tasik ni. Juga
memakai pakaian jogging.
“Joe
akan dayungkan. Kami akan duduk dengan kamu di dalam sampan.” Putera Danial
tersenyum manis.
Aku
memerhatikan lelaki yang dipanggil Joe menguruskan sesi menyewa sampan. Setelah
urusan selesai, Joe dan lelaki yang menguruskan sampan bergerak ke arah tasik.
Putera Danial tiba-tiba menghulurkan tangannya kepada aku.
“Shall we?”
Dan
tanpa teragak-agak aku huluran itu aku sambut. Kami sama-sama melangkah ke arah
sampan yang disediakan. Pengalaman menarik ni naik sampan di Tasik Nona.
Bertambah menarik bila naik dengan putera kedua Alamin dengan sama-sama memakai
baju sukan. Aku tersenyum sendiri. Hari ini dalam sejarah ni. Mahu mengamuk die-hard fan Putera Danial dekat kampus
tu kalau nampak kita orang macam ni.
5 comments:
wah...best best
bunyi pelik sikit bila putera danial membahasakan diri dia 'kami'. anyway, best! next chapter plak ye :)
best.
Best!! Sambung cepat2!
Mesti hensem kn tuan putera :) Knp tulis sikit sgt.. Xpuas baca babak2 antara tuan putera dan adele..
Post a Comment