::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

29 November 2013

E-Novel: Oh My Prince! 10



Oh My Prince 10
            Aku masih lagi baring di atas katil sewaktu jam menunjukkan pukul sebelas. Hujung-hujung minggu macam ni aku paling malas nak bangun awal. Hairi pun dah faham sangat dengan perangai aku. Jadi, tak adalah dia sibuk-sibuk hendak mengajak aku keluar pada sebelah pagi.
            Tengah aku sedap bergolek, telefon kedua aku tiba-tiba berbunyi. Terbuka luas mata aku dibuatnya. Aku melompat turun daripada katil dan berlari dan pantas mendapatkan telefon di atas meja. Bibir sedikit tersenyum apabila melihatkan nombor rumah yang memanggil.

            “Assalamualaikum...”
            “Waalaikumussalam. Hani bila cuti?” serius suara Abang Hadi menyoal.
            Aku sedikit terasa hati. Tidak pernah dia bertanyakan khabar aku di sini. Sabarlah Adele, bukankah dahulu kau juga yang berkeras nak belajar di universiti? Ayah dengan Abang Hadi sudah menentang keras-keras dulu.
            “Minggu depan. Kenapa Abang Hadi?”
            “Hani balik cuti kali ni. Ada benda yang nak diuruskan.”
            “Ok...”
            “Hani tengah buat apa ni?”
            Perasaan aku sedikit terpujuk apabila Abang Hadi menyoal begitu.
            “Tak ada apa. Hani baru bangun tidur. Hujung minggu macam ni banyak di bilik je.”
            “Baru bangun? Sembahyang subuh tak tadi?” nada Abang Hadi bertukar garang.
             “Hrm...” balasku malas.
            “Duduk sana seorang, jangan nak buat pelik-pelik. Kalau Abang Hadi tahu, tahulah apa Abang Hadi akan buat.”
            Aku menggeleng perlahan. Bibir menarik senyum sinis. Bukan ke masa aku berdegil mahu ke sini, Abang Hadi dengan ayah dah kata tak akan ambil tahu langsung pasal aku? Segala masalah, makan pakai aku semua aku kena uruskan sendiri.
Sejak berkawan dengan Hairi, Hairilah yang banyak membantu aku. Cuma bab duit, aku tak pernah meminta. Dan apa yang buat aku hormat pada Hairi bila dia sendiri tidak sibuk bertanya lebih- lebih tentang keluarga aku bila aku katakan aku tidak suka bercerita tentang keluarga aku.
Abang Hadi menamatkan talian tidak lama kemudian apabila tiada apa lagi untuk dikatakan. Aku meletakkan kembali telefon di atas meja. Kemudian langsir bilik aku buka. Cahaya matahari masuk menyinari seluruh bilik. Aku menutup suis lampu sebelum duduk di atas kerusi di meja belajar. Badan aku sandarkan di kerusi manakala kedua belah kaki aku angkat dan letakkan di atas meja. Nafas di hela perlahan.
Berbual dengan Abang Hadi sebentar tadi sedikit sebanyak menyebabkan emosi aku terganggu. Teringat perjalanan hidup aku sejak kecil sehinggalah dewasa. Membesar dengan ayah dan abang-abang yang kurang memberikan perhatian kepada aku cukup menyakitkan. Tatkala satu persatu perkara yang berlaku dalam hidup aku terlayar di ruang mata, air mata aku menitis. Dan aku hanya membiarkan pipi aku dicemari air mata. Aku benci dengan hidup aku sebagai seorang Hani!
***
Aku betul-betul menghabiskan satu hari di dalam bilik. Ada juga Hairi mesej ajak keluar sekali sebab mama dia ajak pergi shopping. Tapi aku yang menolak kerana malas. Akhirnya aku memesan Nori’s piza untuk makan tengah hari tadi dan menghabiskan masa dengan mengemas bilik, membasuh baju dan yang sewaktu dengannya. Masa aku selesai dengan tugasan mengemas, jam sudah menunjukkan pukul empat setengah petang.
Aku meluruskan badan di atas katil. Bosannya! Tak tahu apa yang patut dibuat untuk menghabiskan hari ni. Di saat mata aku terpandangkan pakaian sukan aku yang tergantung di dalam almari, aku mendapat satu idea. Menarik juga kalau pergi jogging dekat Tasik Nona petang-petang macam ni. Aku bingkas bangun dan mendapatkan telefon. Ingin mengajak Hairi sekali kalau dia nak. Kalau dia tak nak pun tak jadi masalah.
-Sorry, love. Baru je lepas balik daripada melayan mama tadi. Kalau nak pergi, then hati-hati.-
Aku senyum. Janji dia tak kisah pun dah cukup bagus. Tanpa berlengah, aku terus bersiap-siap menukar pakaian.
            ***
Lima minit menaiki MRT, aku turun di stesyen MRT Pearl. Kemudian aku kena berjalan sedikit untuk ke Taman Tasik Nona. Pada masa aku tiba, ramai juga orang yang ada. Ada yang bermain layang-layang, ada yang berkayak, ada yang naik sampan. Memandangkan kawasan tasik ini luas, jadi bermacan jenis aktiviti yang orang buat dekat sini. Ada juga tapak untuk camping. Camping di tengah-tengah bandaraya Amanjaya. Jadilah tu daripada tak ada.
Aku memulakan larian perlahan-lahan. Sambil berlari, sambil mendengar lagu-lagu, sambil menikmati suasana alam. Segala masalah yang ada aku cuba ketepikan dahulu. Masa ini masa aku. Masa untuk aku nikmati sendiri tanpa ada apa-apa gangguan. Tapi tak lama aku rasakan ketenangan itu bila aku tiba-tiba terlanggar seseorang di hadapan. Kami sama-sama terduduk. Mujurlah impact tak kuat mana. Tapi boleh tahan keras juga badan orang yang aku langgar ni.
Aku bangun sambil membersihkan tangan dan punggung. Jari menanggalkan earphone yang disumbatkan di telinga. Melihatkan lelaki yang aku langgar tadi masih terduduk, aku menghulurkan tangan ke arah dia. Wajahnya terlindung disebalik topi dan hoodie yang menutup kepalanya.
“Encik, maaf saya tak perasan tadi.”
Lelaki itu mengangkat muka. Aku sedikit terkejut.
“Ehhh?!” Bulat aku memerhatikan lelaki di hadapan aku. “Kenapa cermin mata?” rahang aku sudah jatuh. Putera Danial! Kecilnya dunia ni sampai mana pergi pun dia ada. Jangan dia yang sengaja buat aku terlanggar dia. Dia kan suka sangat ikut aku mana aku pergi.
“Eh?” Putera Danial turut sama terkejut melihatkan aku.
“Adlina rupanya yang melanggar kami. Tak apalah, kami maafkan kamu.”
Sempat dia mengenyitkan mata. Nakal. Huluran tangan aku bersambut. Putera Danial bangun lalu sebelah lagi tangannya membersihkan kotoran yang ada di seluar. Aku masih memerhatikan Putera Danial dengan tidak berkelip. Terasa lain benar rupa dan aura dia sekarang ni. Lagi-lagi bila ada sepasang cermin mata terletak elok di atas pangkal hidung dia.
“Adlina, kamu tak mahu lepaskan tangan kami ke? Kami tak kisah. Seumur hidup kami rela berpegangan tangan.”
Tersedar dengan teguran Putera Danial, aku melepaskan peganganku. Gyaaa... malunya rasa! Rasa nak lari tinggalkan putera ni dekat sini. Tapi kaki tak mampu nak bergerak pula. Akhirnya tanpa sedar aku dan Putera Danial berjalan bersama di trek.
“Tuanku nampak lain hari ni. Menyamar ke? Ikut saya ya?” soalku straight to the point. Terkebil-kebil Putera Danial memandang aku. Kemudian dia ketawa kecil.
“Kamu ni, perasan juga orangnya,” komen Putera Danial. Mendengarkan ayat itu serta merta muka aku terasa panas. Tersalah sangka pula ke?
“Kami saja mengambil angin di sini memandangkan tak ada urusan yang kami kena uruskan di universiti mahupun di istana. Jadi, disebabkan kami ada masa terluang, kami datang ke sini untuk jogging sambil-sambil memerhatikan suasana luar,” jelas Putera Danial panjang lebar.
Aku mengangguk tanda faham. Beriya sungguh Putera Danial ni. Kalau diperhatikan secara luaran, dia lebih berjiwa rakyat berbanding Putera Danish. Sepatutnya, Putera Danish lakukan apa yang Putera Danial lakukan sekarang memandangkan dia akan menggantikan Raja Hussin nanti.
“Kamu datang sini seorang?”
“Yup! Saya seorang. Tadi ajak juga Hairi. Tapi dia keluar dengan mama dia tadi.”
“Oh begitu...”
Entah mengapa, kami terus berjalan bersama-sama mengelilingi tasik. Aku pula tiada rasa untuk meninggalkan dia. Bosan juga jalan seorang diri dekat tasik ni. Setibanya di kawasan yang menyediakan khidmat sampan untuk mengelilingi tasik, Putera Danial tiba-tiba menarik tangan aku untuk berhenti. Aku terpinga-pinga.
“Kenapa, tuanku?”
“Kamu nak naik sampan dengan kami?”
Berkerut dahi aku mendengar pelawaan Putera Danial. Melihatkan beberapa buah sampan di tasik barulah aku faham.
“Tuanku tahu mendayung ke?”
Putera Danial menggeleng.
“Habis tu?”
Putera Danial tiba-tiba menggamit seseorang di belakang. Baru aku tersedar, lelaki yang selalu bersama dengan dia turut bersama dengan dia di tasik ni. Juga memakai pakaian jogging.
“Joe akan dayungkan. Kami akan duduk dengan kamu di dalam sampan.” Putera Danial tersenyum manis.
Aku memerhatikan lelaki yang dipanggil Joe menguruskan sesi menyewa sampan. Setelah urusan selesai, Joe dan lelaki yang menguruskan sampan bergerak ke arah tasik. Putera Danial tiba-tiba menghulurkan tangannya kepada aku.
“Shall we?”
Dan tanpa teragak-agak aku huluran itu aku sambut. Kami sama-sama melangkah ke arah sampan yang disediakan. Pengalaman menarik ni naik sampan di Tasik Nona. Bertambah menarik bila naik dengan putera kedua Alamin dengan sama-sama memakai baju sukan. Aku tersenyum sendiri. Hari ini dalam sejarah ni. Mahu mengamuk ­die-hard fan Putera Danial dekat kampus tu kalau nampak kita orang macam ni.

5 comments:

Unknown said...

wah...best best

Amirah Hidayah said...

bunyi pelik sikit bila putera danial membahasakan diri dia 'kami'. anyway, best! next chapter plak ye :)

Unknown said...

best.

Basyirah Abd Rahman said...

Best!! Sambung cepat2!

Syeera said...

Mesti hensem kn tuan putera :) Knp tulis sikit sgt.. Xpuas baca babak2 antara tuan putera dan adele..